#persidangan seni tempur
Explore tagged Tumblr posts
senigayungfatani · 2 months ago
Text
Seminggu Lagi ke IMACSSS & GSMACC 2024!
Hanya tinggal seminggu lagi! IMACSSS & GSMACC 2024 akan memulakan perjalanannya di Putrajaya. Dengan program padat termasuk persembahan seni mempertahankan diri, pameran budaya, dan bengkel praktikal, acara ini dijamin memberikan pengalaman yang mendalam dan kaya kepada semua peserta. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan tokoh seni mempertahankan diri dari seluruh dunia dan menyertai…
0 notes
senigayungfatani · 2 months ago
Text
PSGFM: Memartabatkan Silat di Peringkat Dunia melalui Kejohanan dan Kerjasama Global
Selaku Silat Terbaik di Dunia, PSGFM telah membuktikan keunggulannya melalui pelbagai pencapaian di peringkat antarabangsa. Bermula dengan penglibatan pertama dalam IMACSSS 2014 di Poland, PSGFM menonjolkan silat sebagai seni mempertahankan diri yang kaya dengan nilai budaya dan saintifik. Kejayaan ini diteruskan dengan pengiktirafan sebagai satu-satunya organisasi sukan silat terbaik di Asia…
0 notes
senigayungfatani · 2 months ago
Text
2 Minggu Sebelum IMACSSS & GSMACC 2024!
2 minggu lagi sebelum kita bertemu di IMACSSS & GSMACC 2024! Acara ini bukan sahaja mengandungi sesi panel akademik, tetapi juga persembahan budaya yang mempamerkan kekayaan seni mempertahankan diri di Asia Tenggara. Melalui kerjasama dengan UNESCO ICM dan Universitas Negeri Padang, acara ini turut melancarkan International Martial Arts and Culture Journal, dengan Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam…
0 notes
senigayungfatani · 2 months ago
Text
3 Minggu Lagi ke IMACSSS & GSMACC 2024!
Tinggal 3 minggu sahaja lagi! IMACSSS & GSMACC 2024 akan menghimpunkan tokoh seni mempertahankan diri dan sukan tempur dari seluruh dunia di Putrajaya. Dengan tema “Unity in Diversity”, persidangan ini memfokuskan kepada bagaimana seni mempertahankan diri dapat berkembang melalui kepelbagaian budaya dan penemuan saintifik. Acara ini juga akan menawarkan sesi bengkel interaktif yang memaparkan…
0 notes
senigayungfatani · 2 months ago
Text
4 Minggu Menuju IMACSSS & GSMACC 2024!
Persediaan untuk 13th International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) Conference dan 5th Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress (GSMACC) 2024 semakin hampir! Hanya 4 minggu lagi sebelum acara ini berlangsung di Mercure Living Putrajaya dari 14 hingga 16 Oktober 2024. Sertai komuniti global pakar, pengamal, dan penyelidik seni mempertahankan diri yang akan…
0 notes
senigayungfatani · 2 months ago
Text
PSGFM Bertaraf Dunia: Penganjuran IMACSSS & GSMACC 2024 dengan Sokongan UNESCO ICM
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) terus membuktikan kredibilitinya sebagai organisasi seni mempertahankan diri bertaraf dunia dengan penganjuran 13th International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) & 5th Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress (GSMACC) 2024 di Putrajaya, Malaysia. Acara bertaraf antarabangsa ini dijadualkan berlangsung dari 14…
0 notes
senigayungfatani · 8 days ago
Text
Persidangan IMACSSS dan GSMACC 2024: Perpaduan Seni Mempertahankan Diri dan Sains Antarabangsa Laporan Hari Pertama IMACSSS 2024
14 Oktober 2024 | Mercure Living Putrajaya Hotel, Putrajaya, Malaysia PUTRAJAYA – Mercure Living Putrajaya menjadi tumpuan dunia seni bela diri dan sukan tempur apabila Persidangan Seni Mempertahankan Diri dan Sukan Tempur Antarabangsa ke-13 (IMACSSS 2024) dan Kongres Sains Seni Bela Diri dan Budaya Global ke-5 (GSMACC 2024) berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Acara ini, yang bertemakan…
0 notes
senigayungfatani · 5 years ago
Text
Para pengkaji Silat Malaysia dari Seni Gayung Fatani cemerlang semasa membincangkan dan membahaskan tajuk-tajuk yang dibentangkan di Scientific Congress on Martial Arts and Combat Sports (SCMACS) yang berlangsung di Viseu, Portugal pada 10-12 Oktober 2019.
Mereka adalah Dahlia Al-Syurgawi, J Ann Pawista dan Tuan Guru GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.
Dr Mohamad Nizam juga telah mempengerusi sesi pada hari kedua dan perbincagan mendapat sambutan hangat mengenai Sukan Silat iaitu silat olahraga dan silat tempur.
Beliau juga telah membentangkan persidangan IMACSSS 2020 yang bakal berlangsung di Putrajaya Malaysia.
Satu kejayaan yang hebat dari para panglima dan srikandi PSGFM Official!
Fatani Nusa Bakti.
#gallery-0-5 { margin: auto; } #gallery-0-5 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-5 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-5 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Pengkaji Silat Malaysia Cemerlang di Eropah Para pengkaji Silat Malaysia dari Seni Gayung Fatani cemerlang semasa membincangkan dan membahaskan tajuk-tajuk yang dibentangkan di Scientific Congress on Martial Arts and Combat Sports (SCMACS) yang berlangsung di Viseu, Portugal pada 10-12 Oktober 2019.
0 notes
senigayungfatani · 7 years ago
Photo
Tumblr media
We are the best Silat in ASIA!
Seni Gayung Fatani merupakan agensi yang bertindak sebagai organisasi perkhidmatan pendidikan silat terus yakin dan berusaha membangunkan silat Melayu yang masih diamalkan oleh orang Melayu di semenanjung Tanah Melayu dan daerah bersempadan dengannya yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut.
Asli bererti tulen, asal atau masih tidak bercampur baur atau bukan tiruan. Silat asli bermaksud silat tersebut masih tulen seperti asalnya, tidak bercampur, paduan atau tiruan. Kurikulum Silat menggunakan sukatan pelajaran silat tujuh tajuk pada tujuh peringkat.
Kini keilmuan perguruan telah dikemaskini dan mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia dengan mewujudkan kurikulum sukatan silat Piawai 2002 Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) selaku salah sebuah badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia.
Sukatan ini telah diolah oleh Al-Marhum Tuan Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab AMN merupakan Guru Utama I, Pengasas juga diiktiraf sebagai Pendita perguruan ini telah menyumbangkan perkhidmatan pendidikan silat melalui aktiviti ko-kurikulum jenis pakaian seragam di sekolah-sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia.
Secara kronologi, kurikulum silat PSGFM moden Piawai 2002 atau ringkasnya kurikulum silat ini diwujudkan pada 28hb. Mac 2002.
Hasil mesyuarat antara Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA Malaysia) bersetuju menghasilkan kurikulum silat moden yang dinamakan sebagai kurikulum seni silat Malaysia bagi membantu jurulatih silat melaksanakan program pembangunan silat di sekolah.
Tugas mengasas dan menyusun kurikulum silat itu dipertanggunjawabkan kepada Al-Marhum Tuan Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab AMN.
Kejayaan program tersebut telah mendapat sambutan dan dikursuskan seramai 200 orang guru silat dari pelbagai latar perguruan di seluruh Malaysia.
PESAKA Malaysia telah menangguhkan program ini dan memberi tumpuan kepada program Pencak Silat PERSILAT pada sekitar tahun 2005.
Sukatan itu telah dipulangkan kepada penulis penyusun sukatan tersebut dengan itu terbitlah apa yang kita kenal kini sebagai kurikulum silat PSGFM Piawai 2002.
Kini Seni Gayung Fatani diterajui oleh Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar yang telah dilantik menjadi Guru Utama semenjak pemergian Al-Marhum Tuan Haji Anuar Bin Haji Abd. Wahab AMN semenjak tahun 2009. Antara pencapaian beliau semenjak menerajui perguruan ini adalah:
1. Membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan mendapat anugerah persembahan terbaik seni beladiri dunia di Gala Seni Mempertahankan Diri, Rzeszow, Poland pada Oktober 2014.
2. Bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan menerusi siri jelajah Kejohanan Silat Tempur Kebangsaan sejak tahun 2014 dalam usaha melahirkan pelapis pesilat negara pada masa hadapan.
3.  Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Warisan Malaysia menerusi program Muzik Silat Baku peringkat kebangsaan dalam melahirkan para pelapis dan pewaris pemuzik gendang silat asli Melayu.
4.  Organisasi SILAT Terbaik di peringkat Asia. Menerima pencalonan Organisasi Sukan Terbaik Asia 2015.
5.  Menghasilkan makalah-makalah berkualiti tinggi di peringkat dunia, menyertai persidangan dan ekspo-ekspo yang berkaitan dengan sukan silat dan kebudayaan Melayu serta mempromosi aktiviti kecergasan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Sebarang permasalahan boleh menghubungi kami di:
+6019 – 324 4038 (Mohamad) +6017 – 344 6272 (Guru Shahiid)
0 notes