#pertubuhan silat
Explore tagged Tumblr posts
Text
PSGFM Bertaraf Dunia: Penganjuran IMACSSS & GSMACC 2024 dengan Sokongan UNESCO ICM
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) terus membuktikan kredibilitinya sebagai organisasi seni mempertahankan diri bertaraf dunia dengan penganjuran 13th International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) & 5th Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress (GSMACC) 2024 di Putrajaya, Malaysia. Acara bertaraf antarabangsa ini dijadualkan berlangsung dari 14…
#acara sukan tempur#AIKIDO#bengkel seni tempur#demonstrasi seni mempertahankan diri#fisiologi sukan#GSMACC 2024#IMACSSS 2024#inovasi seni mempertahankan diri#jaringan global#kajian biomekanik#kajian seni mempertahankan diri#kecederaan sukan#kemajuan sukan tempur#kerjasama antarabangsa#keselamatan diri#latihan seni mempertahankan diri#malaysia#muay thai#pameran budaya#pencak silat#penganjuran antarabangsa#penyelidikan seni mempertahankan diri#perbincangan akademik#persembahan seni silat#persidangan seni mempertahankan diri#pertarungan seni mempertahankan diri#pertubuhan silat#psgfm#psikologi sukan#pusat seni mempertahankan diri
0 notes
Photo
Anugerah Silat Kebangsaan (ASK) adalah merupakan satu anugerah tertinggi Silat Melayu kepada individu, badan dan pertubuhan Silat Melayu sama ada di peringkat amatur atau profesional. Anugerah ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai jasa individu yang memberikan sumbangan terbaik di dalam memartabatkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa. Tiga puluh anugerah (30) diberikan kepada para penggerak Seni Silat Malaysia yang diadakan ini. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada para pengamal Silat Melayu yang giat mempromosikan Silat ke serata dunia. Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa. Pada tahun 2022, walaupun negara sedang dalam peralihan ke fasa endemik Covid-19, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) tetap gigih menganjurkan pelbagai program sama ada dalam mahupun luar negara. Ini terbukti dengan penganjuran acara antarabangsa iaitu penganjuran IMAF2022 dengan kerjasama UNESCO ICM dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM). UNESCO ICM merujuk kepada International Centre of Martial Arts for Youth Development (ICM) yang bernaung di bawah UNESCO, manakala IMAF2022 bermaksud International Martial Arts & Malay Festival 2022. Di samping itu, siri program antarabangsa yang terkenal, iaitu siri Silat European Tour kembali pada tahun 2022 di mana delegasi Silat Malaysia telah menghadiri persidangan antarabangsa IMACSSS kali ke 13 di bandar Rzeszow (sebutan zey-syuf), Poland. Selain itu juga, siri GSMACC, yakni Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress kembali lagi pada tahun 2022 dalam siri Seminar Silat Melayu Antarabangsa selama empat hari berturut-turut. Seminar dianjurkan diadakan secara maya bagi membincangkan topik-topik semasa industri Silat Malaysia bersama para panel yang mahir dalam bidang seperti Kebudayaan, Sains Sukan, Keusahawanan, Teknologi, mahupun Sains Sosial. Justeru, anugerah-anugerah yang disampaikan dapat menyuntik dan menyemai semangat bekerja keras memartabatkan agama, bangsa dan negara. #ask2022 #silatmalaysia #psgfmofficial #pesonamalaysia #worldsilatfederation (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CoDB9pxBZKMjLjn7csVcKQ2tB_tFTjSnA7GXJ00/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
Photo
"Akal yang sejahtera datang dari badan yang sihat." Pengambilan Ahli Baru Tahun 2023 bagi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Gelanggang SBPCS Masjid Putra, Putrajaya dibuka kepada dewasa, remaja dan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Borang boleh dimuat-turun di https://bit.ly/borangPSSGM-MP ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ *Juga boleh mendaftar secara walk-in pada hari Isnin (9pm - 11pm) di Masjid Putra. *Atau hubungi Cikgu Ishkandar (0123733573), Cikgu Saufi (0122673260). #SilatSeniGayongMalaysia #SriBintangPelangiChulaSakti #MasjidPutra #Putrajaya #senibeladiri #martialart #igmasjidputra #jomsolatberjemaah #syukur #alhamdulillah #fyp #igersmalaysia #malaysiaigers https://www.instagram.com/p/CneEsBrg7Qf/?igshid=NGJjMDIxMWI=
#silatsenigayongmalaysia#sribintangpelangichulasakti#masjidputra#putrajaya#senibeladiri#martialart#igmasjidputra#jomsolatberjemaah#syukur#alhamdulillah#fyp#igersmalaysia#malaysiaigers
0 notes
Text
Rasa macam curfew saja...
Rasa macam curfew saja....
Dengan keadaan negara kita yang macam tak ada kerajaan, kena pulak perintah berkurung dalam rumah disebabkan wabak covid-19, tengah masak kat rumah gas pulak habis. Terpaksa keluar nak beli gas, suasana lengang dan senyap sunyi, terasa macam sedang berada di zaman perang. Senyap sunyi dan sepi... Kalau kat bandar pun macam ni, tak tahu lah kat kampung macam mana... Kalau malam mesti ada nampak langsuir bergantung atas pokok kekabu. Masa berjalan nak masuk kedai itu, mata liar jugak mengawasi sekeliling takut ada askar jerman buat serang hendap kang, "Amerika naa....!"
Kalau malam lagi terasa. Gelap dan sepi. Sekali-sekala nampak cahaya lampu motosikal budak grab food dan lip-lap cahaya siren kereta polis. Lockdown ni tak ada kena-mengena dengan politik, cuma kebetulan virus corona menyerang ketika politik kita sedang dilanda krisis. Cerita politik kita pause dulu, kecuali yang berkaitan dengan covid-19 yang melibatkan kenyataan orang politik. Dan kalau tak kerana covid pun, tak ada apa nak cerita dah bab politik. Tun dah letak jawatan dan PH dan jadi pembangkang, selesai dah lah politik saya. Nak harap apa lagi lepas ni...? Bontot Azmin betul-betul telah merosakkan segala-galanya... Itulah punca segala punca hingga terjadi segala masalah yang menimbulkan problem... Berubah lanskap politik kita hingga berlaku seperti mana yang kita hadapi sekarang, puncanya kerana jubor je. - Umo Bin Othman
Belajar bahasa Covid-19...
Bahasa Covid-19 adalah bahasa dunia masa kini. Bahasa pandemik. Bahasa yang merentasi benua. Dulu-dulu ada orang mendoakan agar bahasa Covid-19 ini datang ke Malaysia. Katanya, biar bangsa DAP faham bahasa Covid-19. Sekarang benar-benar bahasa Covid-19 berada di depan pintu rumah masing-masing. Ia tidak mengira penghuni rumah itu bangsa DAP atau bangsa lain, agama Islam atau bukan Islam. Ini benar-benar bahasa yang menuntut nyawa. Tiada siapa yang dapat menyangkal. Orang China berbahasa Mandarin setuju. Orang Israel berbahasa Ibrani, akur. Orang Itali yang tidak bertutur bahasa Inggeris mengakui. Orang Nusantara macam Malaysia sedang tekun memahami bahasa Covid-19. Ia tidak pernah dituturkan berlaku sebelum ini. Bahasa ini perlu difahami oleh semua orang. Tatabahasanya rumit. Pakar bahasa Covid-19 masih terkial-kial mencari formula terbaik untuk memahami bahasa ini. Ia semakin sukar apabila kenyataan menteri kerajaan belakang pintu kadang-kadang setaraf saja dengan bomoh Satu Malaya. Memburukkan keadaan, berlaku pertembungan autoriti di antara pakar bahasa Covid-19 terlatih dari Cambridge University dengan pakar-pakar bahasa Covid-19 yang naik junjung selepas dapat kuasa. Ketika artikel ini ditulis, Malaysia merupakan negara keempat dalam penguasaan bahasa Covid-19 di peringkat Asia.
Penggusti berhenti sejenak Sudah lebih 1,183 kes positif setakat ini dan empat orang sudah meninggal dunia manakala 87 telah dibenarkan pulang ke rumah. Angka ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan bahasa Covid-19 melebarkan wataknya. Sudah masuk hari kelima, saya dan juga rakyat Malaysia berkurung dalam rumah. Bukan lagi ‘social distancing’ tetapi sememangnya langsung tidak bersosial saja, kecuali hubungan di antara suami isteri sahaja. Menjadi suatu keperluan yang amat kepada rakyat mengetahui bahasa Covid-19. Bahasa Covid-19 datang semacam tepat pada waktunya. Ia berlaku di tengah-tengah keributan ahli politik berpencak silat merebut takhta kuasa di Shareton. Segala makhluk politik dari seantero dunia turun malam itu. Bersatu merebut kuasa. Sedang yang berkuasa bertungkus-lumus mempelajari bahasa Covid-19 tanpa henti. Acara di gelanggang sedang berlangsung, tiba-tiba bahasa Covid-19 masuk ke tengah-tengah podium. Langsung seakan-akan terhenti seketika para penggusti kuasa bertelingkah. Tiba-tiba sahaja Muhyiddin Yassin diisytihar sebagai pemenang. Bukan tiada bantahan atau gerakan melawan keputusan itu. Ada. Akan tetapi bahasa Covid-19 seakan membisukan suara rakyat yang keramat itu. Masing-masing sibuk bertutur bahasa Covid-19 siang malam, pagi petang tanpa henti. "Stay at home. Stay at home. Stay at home." Muhyiddin lebih lancar merayu dalam bahasa Inggeris. Berulang kali ia disebut dengan fasih. Itulah bahasa Covid-19. Pengumuman pihak polis menggunakan pembesar suara kepada orang awam yang sedang beriadah tidak dihiraukan. Orang awam seakan tidak memahami bahasa yang digunakan oleh pihak polis. Itulah bahasa kebangsaan. Bahasa Covid-19 adalah bahasa Inggeris, barangkali. Oleh itu, langkah awal kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin adalah memastikan sebarang gerakan rakyat dapat dikawal. Covid-19 ialah kesempatan terbaik memastikan ketidaktentuan gerakan politik tanah air akibat pertelingkahan politik dapat dihentikan.
Tak ada lagi kesesakan Kerajaan tidak membenarkan sebarang perhimpunan besar hatta kenduri kahwin pun terpaksa dibatalkan demi membendung wabak ini melebar. Mesyuarat pertubuhan dan parti politik juga dihentikan. Orang sedang memancing diarah pulang. Mereka tidak tahu, barangkali itulah lauk buat anak isteri. Bahasa Covid-19 tidak kenal kasihan dan pertimbangan. Sekatan jalan raya oleh pihak polis juga dikatakan tidak dapat menghalang orang ramai yang tidak reti duduk diam. Akhirnya kerajaan memutuskan untuk mendapatkan bantuan Kementerian Pertahanan bagi membantu penguatkuasaan dalam pelaksanaan pendekatan social distancing. Bahasa Covid-19 menurunkan harga petrol sehingga RM1.50 seliter. Bursa saham menjunam dan Bursa Malaysia kehilangan berbilion-bilion ringgit dalam seminggu ini. Tiada langsung kesesakan jalan raya di kota raya dan Tambak Johor. Kadar kemalangan jalan raya menurun. Kadar jenayah pun merudum. Semua kaum ibu dan isteri memasak di rumah untuk ahli keluarganya. Semua anak-anak memakan air basuhan tangan ibu. Suami membantu isteri - daripada mengemas rumah hingga memasak lauk-pauk. Inilah cerminan keluarga bahagia. Kilang Carlsberg dan Anchor tutup operasi. Kedai nombor ekor, kasino Genting Highlands tutup. Satu pencapaian yang luar biasa kerajaan di bawah Muhyiddin. Bil elektrik mulai April akan menerima diskaun sehingga enam bulan. Bayaran PPPTN juga ditangguhkan bagi mengurangkan beban peminjamnya. Tidak cukup dengan itu, beberapa kerajaan negeri memberi beberapa bantuan dan sumbangan bagi mengurangkan bebanan. Terdapat juga Adun yang kelihatan ceria mengedar ikan kembong kepada asnaf zakat, mengedar penutup hidung, menghantar bekalan makanan dan sebagainya walaupun sebelum itu dia menitiskan air mata. Semua langkah tersebut memang patut dipuji. Media mereka sendiri giat mengulang tayang keprihatinan mereka. Laksana hero turun dari langit ke tujuh.
Kerja tanpa publisiti Bukankah ini semua berlaku di bawah pemerintah Muhyiddin? Apa lagi yang kamu mahu? Ironinya, masjid-masjid juga ditutup. Madrasah tiada kelas agama. Tiada solat Jumaat walaupun DAP sudah tersungkur. Sekolah-sekolah cuti. Pejabat dan kedai-kedai tutup. Hospital dan klinik menangguhkan pembedahan yang tidak kritikal. Peniaga gerai dan warung tepi jalan kehilangan pekerjaan. Pekerja-pekerja kilang terpaksa berkurung dalam asrama. Majikan menanggung kerugian yang tidak sempat dihitung. Para petugas kesihatan sama ada di hospital, klinik atau jabatan lain bertungkus lumus menguasai bahasa Covid-19. Bertarung antara hidup dan mati. Sudah terdapat doktor dan polis menjadi mangsa dan masih dirawat. Ini adalah pertarungan antara nyawa dengan tanggungjawah nasional. Pihak keselamatan, pemandu bas, lori dan pengedar makanan dan sebagainya yang kekal bertugas tanpa dendangan sesiapa pun. Tanpa kemera. Tanpa publisiti. Bahasa Covid-19 sungguh luar biasa. Bahasa Covid-19 adalah alat kuasa yang berfungsi pelbagai. Oleh kerana itu, Muhyiddin mempunyai masa untuk bermain golf bersama taikun yang menderma untuk tabung bahasa Covid-19. Ia harus dimaafkan. Namun di sebalik itu, Muhyiddin menamatkan khidmat setiausaha agung partinya tanpa berunding dengan pengerusi parti dia sendiri. Adakah ia harus dimaafkan juga? Di sebalik itu, usaha memancing pimpinan Pakatan Harapan (PH) masih berterusan. Muhyiddin menggunakan jentera kerajaan untuk mematikan sebarang elemen kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati peralihan kuasa. Maafkan sahaja? - Dr.Muhaimin Sulam,mk
Coronavirus: Government must
get its act together quickly...
We are now into the fourth day of the movement control order (MCO) initiated by the government to contain the spread of coronavirus. While Malaysians will no doubt be supportive of measures taken to protect them from, what is by all counts, a serious health emergency, the government owes it to the people to act promptly with transparency and clarity to avoid confusion and panic. It should have learned something from the panic buying that was sparked a few days ago when the government indicated that a major announcement on the crisis was in the offing. With too much ambiguity and uncertainty about what to expect, people reached their own conclusions and rushed to stock up on essential supplies. Now, news that the army is going to be deployed beginning Sunday is causing similar panic. Without a clear explanation as to why the army is being called in and with contradictory statements coming from the ministry of defence, people are wondering whether it is a prelude to harsher restrictions. The result, predictably, is yet longer lines at supermarkets.
General Arshad Raji of Patriots has questioned the need to deploy the army; many Malaysians will agree with him. After all, we have more than enough police to enforce the MCO. If the minister of defence wants to be useful, he should consider asking the army to set up field hospitals or testing centres to help cope with the pandemic instead of putting troops on the streets where they would be superfluous.
In the meantime, the government must understand that every statement it makes and every policy decision it takes will have consequences. It must think through all aspects of its decisions and statements. Former MITI minister Rafidah Aziz summed it up well when she urged Putrajaya “to think before announcing measures.” And for heaven’s sake, can the government itself stopping spreading false information as the health minister did yesterday when he suggested that drinking warm water could flush out coronavirus. That’s the kind of advice you’d expect from our Raja Bomoh not the minister of health. The government is always urging people to stop spreading fake news; it is too much to expect the government to heed its own advice?
There is also a lot of confusion about the what the MCO involves. A video is being widely circulated, for example, of a police officer telling a driver that only one person in each family is allowed to go out at a time to buy groceries. One of our ministers, on the other hand, says only the head of the family is allowed out to purchase supplies. So, what exactly is the rule? And, if that is the order of the day, why hasn’t it been highlighted before? Are they making up rules on the fly? Can’t they even agree on a common position? Whose interpretation are we to follow? Can’t they have a single spokesperson on all matters pertaining to the MCO?
Of course, there is the hotline but what’s the point of having a hotline if it is continuously busy? Perhaps public television can run programs like what CNN is doing where people can call in to have their questions answered.
Clearly, the more information and clear instructions there are on these matters the easier it will be for the public to comply. It’s not fair to blame the public for flouting the rules when the rules themselves are not clear. To be sure, this is a new experience for all of us – government and people – and we are going to have to make adjustments as the situation progresses. Whatever it is, clarity of rules and expectations is key to avoiding panic, confusion and misunderstanding. The only way we are going to overcome this crisis is for the government and people to work together. For that to happen the government must take the people into its confidence, provide timely updates and honest assessments of the situation and respond with transparency and clarity. After all, nobody has a greater stake in the health and safety of the country than the people themselves. Muhyiddin and his Perikatan Nasional government went behind our backs to take over Putrajaya; now they must demonstrate that they have the capacity to lead. So far, their performance is far from inspiring. - Dennis Ignatius
Kempen #StayAtHome bagi orang yang pekak badak...
Kucing pun pandai social distancing, Hangpa bila lagi?...
cheers.
Sumber asal: Rasa macam curfew saja... Baca selebihnya di Rasa macam curfew saja...
0 notes
Text
Kejohanan Silat Piala Merdeka 2024: Memperkasa Seni Silat Sebagai Warisan Budaya Malaysia dan Sukan Antarabangsa
#Cyberjaya#demonstrasi silat#Fakulti Sains Sukan#generasi muda#Hari Kemerdekaan Malaysia#kejohanan silat#pameran silat#pendidikan belia#perpaduan negara#pertubuhan seni gayung fatani malaysia#pesilat muda#pesona#Piala Merdeka 2024#program Open School#program pendidikan#psgfm#seni bela diri#seni mempertahankan diri#silat antarabangsa#silat malaysia#silat melayu#silat olahraga#silat tempur#silat tradisional#sukan silat#Tun Dr. Mahathir Mohamad#Tun Dr. Siti Hasmah#UiTM Shah Alam#unesco icm#Universiti Teknologi MARA
0 notes
Photo
Pertubuhan Silat Semalaysia (at Dataran Merdeka,Kuala Lumpur) https://www.instagram.com/p/BrHJqBShBtg/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=eabr3py8ht1t
0 notes
Link
0 notes
Text
Pejuang 2017 angkat bahasa Melayu, tulisan Jawi sebagai warisan negara
Pejuang 2017 angkat bahasa Melayu, tulisan Jawi sebagai warisan negara
Oleh Athirah Huda Zalhe
SHAH ALAM, 25 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sekali lagi meneruskan usahanya tahun ini dengan menganjurkan Malam Inspirasi Pejuang 2017 (Pejuang 2017) untuk terus menyuntik semangat patriotik rakyat berjuang kepada negara dan umat.
Pejuang 2017 membuka tirainya sebentar tadi, dengan kata aluan daripada Pengarahnya, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yang menekankan aspek mempertahankan bahasa Melayu dan tulisan Jawi sebagai warisan serta identiti negara.
Aspek berkenaan juga adalah tema yang diangkat dalam penganjuran kali ketiga ini iaitu ‘Bahasa Melayu Teras Tamadun Bangsa’.
Penganjuran kali ini turut menonjolkan beberapa tokoh yang berjuang dalam pembinaan identiti Islam negara dengan memartabatkan bahasa Melayu dan tulisan jawi antaranya Tun Sri Lanang, Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba).
Acara ini pastinya menantikan ucaptama daripada Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman sebagai kemuncak yang sekaligus merasmikan Pejuang 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.
Pelbagai acara menarik telah disusun antaranya persembahan seni Silat Hang Tuah, deklamasi Teromba oleh Datuk Paduka Prof Madya Rosli Saludin dan jualan lelongan.
Lebih 500 tetamu hadir termasuklah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Pengurus Besar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dr Mohd Fauzi Shaffie dan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.
The post Pejuang 2017 angkat bahasa Melayu, tulisan Jawi sebagai warisan negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pejuang 2017 angkat bahasa Melayu, tulisan Jawi sebagai warisan negara via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/09/pejuang-2017-angkat-bahasa-melayu.html
0 notes
Photo
Assalamualaikum dan Salam sejahtera Saya mewakili Ayahanda Cikgu khai A.C.K menjemput menghadiri jamuan rumah terbuka Aidilfitri Gelanggang Harimau Utara di bawah PERTUBUHAN SILAT SENI GAYUNG MALAYSIA. Kehadiran semua amat dialukan (at Terminal Bas Bersepadu Tbs)
0 notes
Photo
swafoto bersama #DRI @razaliibrahim sempena Majlis Ikatan Ukhwah 'SILAT' Wadah Penyatuan Ummah 2017 Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia Peringkat Negeri Johor & Majlis Anugerah Sandang Kebesaran. Antara penerima sandang YB Dato Razali Ibrahim & YB Dato' Seri Tn Hj Abdul Hadi Awang. (at Muar)
0 notes
Text
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/16/benarkah-silat-amal-unsur-khurafat/
Benarkah silat amal unsur khurafat?
SHAH ALAM, 16 Januari:
Seorang bekas ahli sebuah persatuan silat mendesak Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pertubuhan itu yang didakwa menjalankan aktiviti khurafat serta menyebarkan fahaman pluralisme, lapor Sinar Harian.
Zulfahmi Abdullah Tamim, 28, mendakwa persatuan itu menggunakan barangan seperti limau, api, lilin dan kemenyan dalam upacara berkenaan yang lebih menyerupai kepercayaan agama Hindu.
“Persatuan itu menjadikan silat sebagai alat untuk menutup kegiatan perubatan alternatif mistik yang menerapkan amalan kesamarataan agama termasuk Islam, Hindu dan Buddha serta unsur komunis.
“Malah persilatan itu mempunyai unsur-unsur rasis serta boleh memudaratkan ketenteraman awam termasuk menghina dan memperlekeh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Menceritakan penglibatannya dalam persatuan itu, katanya dia terjebak menerusi rakan-rakan yang memperkenalkannya pada awal 2009 dengan bayaran yuran sebanyak RM50.
“Bila dah masuk, lama-kelamaan saya rasa pelik. Pengajar persatuan itu pula bukan warga tempatan sebaliknya berketurunan India Muslim yang berkahwin dengan gadis tempatan.
“Saya dapati tidak sampai 20 orang ahli berketurunan Melayu Islam dalam persatuan sebaliknya dimonopoli oleh mereka yang berketurunan India beragama Hindu.
“Banyak perbuatan yang menjurus ke arah khurafat dan mencemar kesucian Islam. Setahun kemudian saya berhenti,” katanya.
Zulfahmi berkata, kegiatan yang berpusat di Sungai Buluh itu bergerak aktif sejak 2009 dan majoriti pengikutnya terdiri daripada kalangan bukan Islam.
“Persatuan ini turut menawarkan khidmat rawatan perubatan alternatif mistik berunsur agama bukan Islam selain menyalahgunakan amalan serta tradisi dalam bidang persilatan.
“Saya bimbang ia menjejaskan imej seni silat warisan Melayu yang terpalit dengan amalan khurafat. Kegiatan itu boleh menimbulkan kekeliruan dan memesongkan akidah generasi muda Islam khususnya,” katanya.
Jelasnya, aktiviti persatuan itu harus dibendung segera pihak berkuasa kerana perbuatan mereka seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.
Zulfahmi membuat laporan polis di Balai Polis Meru, Klang dan laporan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Klang untuk tindakan lanjut.
0 notes
Text
Kejohanan Silat Terbuka Negeri Selangor 2024
Shah Alam, 17 November 2024 – Dewan MBSA Kemuning Utama di Shah Alam bergema dengan semangat dan aksi pesilat dari seluruh negara apabila Kejohanan Silat Terbuka Negeri Selangor 2024 melabuhkan tirainya dengan jayanya. Acara yang berlangsung selama tiga hari ini, bermula pada 15 November, dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dengan kerjasama MBSA, Ahli Majlis MPP Zon…
#2024#aktiviti sampingan#Antarabangsa#demonstrasi silat#Dewan MBSA Kemuning Utama#Fakulti Sains Sukan#fsr uitm#generasi muda#kejohanan silat#Negeri Selangor#nilai murni#pameran seni budaya#pembangunan lestari#pemenang#pengalaman#perpaduan#persahabatan#pertandingan#pesilat#pesona#psgfm#SDG 2030#semangat kesukanan#seni bela diri#shah alam#silat#silat olahraga#silat tempur#tradisional#warisan budaya
0 notes
Text
Penutupan Program 2024 8th Martial Arts Open School di Malaysia Semasa Kejohanan Silat Piala Merdeka 2024
Pada 25 Ogos 2024, Program 2024 8th Martial Arts Open School in Malaysia secara rasmi ditutup dengan penuh gilang-gemilang semasa Kejohanan Silat Piala Merdeka 2024 di D’Pulze Cyberjaya. Program yang berlangsung selama tiga bulan ini merupakan inisiatif kerjasama antara Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan UNESCO International Centre of Martial Arts (ICM). Penutupan ini menandakan…
#2024 Martial Arts Open School#acara silat#acara silat kebangsaan#Berikut adalah 50 kata kunci dalam Bahasa Melayu: 2024 Martial Arts Open School#budaya silat#demonstrasi silat#disiplin silat#falsafah silat#future silat practitioners#Grandmaster Hassan#juara silat#kecemerlangan seni mempertahankan diri#kecergasan silat#kejayaan pertandingan silat#kejohanan silat#kekuatan silat#kemahiran silat#kepimpinan silat#kerjasama seni mempertahankan diri#kerjasama silat#ketahanan silat#komuniti silat#latihan fizikal silat#latihan silat#Malaysia Independence Day silat#Malaysia silat practitioners#Malaysian silat leaders#martial arts collaboration#martial arts demonstration#Martial Arts Education
0 notes
Text
BENGKEL SENI SILAT MALAYSIA SEMPENA KUNJUNGAN SETIAUSAHA AGUNG UNESCO ICM KE MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA Shah Alam, 9 Ogos 2024 – Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dengan bangganya mengumumkan penganjuran Bengkel Seni Silat Malaysia bersempena dengan kehadiran Setiausaha Agung UNESCO International Centre of Martial Arts for Youth Development and Engagement (ICM), Encik Kim Gyujig, ke Malaysia. Bengkel ini akan diadakan pada 17 dan 18 Ogos 2024 di SK Seksyen 9, Shah Alam…
#Akta Warisan Negara#Bengkel Seni Silat Malaysia#disiplin#Fakulti Sains Sukan UiTM#gsmacc#identiti bangsa#imacsss#juara silat#kerjasama antarabangsa#Kim Gyujig#kolaborasi antarabangsa#kurikulum silat#latihan praktikal#latihan silat#Martial Arts & Combat Sports Research Network#Martial Arts Open School#Matlamat Pembangunan Lestari#pembangunan belia#pendaftaran bengkel#pengaruh global#perpaduan masyarakat#persembahan seni silat#pertukaran budaya#platform penting#program PSGFM#psgfm#RIG UiTM#RMK12#SDG 17#Sekolah Kebangsaan Seksyen 9
0 notes
Text
Silat vs. Other Martial Arts: A Comparative Analysis
by Mohamad Nizam Mohamed Shapie (GM Prof Dr) Introduction:Silat, an ancient martial art form originating from Southeast Asia, stands as a testament to the region’s rich heritage and cultural diversity. In this comparative analysis, we delve into the world of Silat, with a particular focus on Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (Seni Gayung Fatani), and examine how it stacks up against other…
View On WordPress
1 note
·
View note
Text
Keaslian Seni Silat Melayu Akan Dipertontonkan Kepada Semua Peminat di Kejohanan Silat Kebangsaan 2023
Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 yang akan dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dengan kerjasama Martial Arts & Combat Sports Research Network (AIRBONE), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM (FSR, UiTM) dan Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA) pada 16 hingga 18 Jun 2023 di U8 SPACE, Bukit Jelutong, Shah Alam Selangor bakal menarik minat ramai penggemar seni…
View On WordPress
0 notes