#seni sukan
Explore tagged Tumblr posts
Text
2 Minggu Sebelum IMACSSS & GSMACC 2024!
2 minggu lagi sebelum kita bertemu di IMACSSS & GSMACC 2024! Acara ini bukan sahaja mengandungi sesi panel akademik, tetapi juga persembahan budaya yang mempamerkan kekayaan seni mempertahankan diri di Asia Tenggara. Melalui kerjasama dengan UNESCO ICM dan Universitas Negeri Padang, acara ini turut melancarkan International Martial Arts and Culture Journal, dengan Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam…
#Asia Tenggara#GSMACC 2024#IMACSSS 2024#interaksi budaya#International Martial Arts and Culture Journal#kajian seni tempur#kerjasama akademik#pencak silat#penyelidikan ilmiah#persembahan budaya#persidangan global#Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie#program antarabangsa#rangkaian global#seni mempertahankan diri Asia#seni sukan#sesi panel akademik#silat melayu#unesco icm#Universitas Negeri Padang
0 notes
Text
Pesona Magis Musim Dingin: Wisata yang Memikat saat Salju Turun
Musim dingin membawa keajaiban tersendiri, terutama bagi para pecinta salju dan pemandangan bersalju yang memukau. Destinasi wisata untuk musim dingin menyuguhkan pengalaman yang unik dan indah. Artikel ini akan membahas berbagai tempat wisata yang memikat selama musim dingin, dari pegunungan yang tertutup salju hingga festival unik yang hanya dapat dinikmati di bawah lapisan salju putih.
1. Pegunungan Alpen, Swiss: Pegunungan Alpen menawarkan pemandangan yang menakjubkan selama musim dingin. Dengan puncak-puncak tertutup salju dan desa-desa kecil yang damai, Swiss menjadi destinasi yang sangat diminati. Anak-anak dapat menikmati bermain ski atau snowboard di resor ski terkenal, sementara pasangan dapat menikmati suasana romantis dan perjalanan ski melalui lembah yang indah.
2. Aurora Borealis di Lapland, Finlandia: Musim dingin di Lapland, Finlandia, menyuguhkan pertunjukan cahaya yang luar biasa, yaitu Aurora Borealis atau Northern Lights. Ini adalah pengalaman yang tidak boleh dilewatkan, di mana langit berwarna-warni karena partikel matahari bertabrakan dengan atmosfer bumi. Selain itu, Lapland juga menjadi tempat yang sempurna untuk menikmati kegiatan seperti berkendara sleigh anjing, mengunjungi desa Santa Claus, dan bermain ski salju.
3. Festival Salju di Sapporo, Jepang: Sapporo Snow Festival di Jepang adalah salah satu festival salju terbesar di dunia. Setiap tahun, taman Odori di pusat kota Sapporo dihiasi dengan patung salju dan es raksasa yang menakjubkan. Festival ini tidak hanya menampilkan seni patung es yang menakjubkan, tetapi juga menyuguhkan karnaval, pertunjukan musik, dan makanan lezat.
4. Ski di Whistler Blackcomb, Kanada: Whistler Blackcomb di British Columbia, Kanada, adalah surga bagi para pecinta ski. Dengan ratusan lintasan ski yang menantang, pemandangan pegunungan yang megah, dan fasilitas berkualitas tinggi, Whistler Blackcomb menarik wisatawan dari seluruh dunia. Ini juga menjadi tuan rumah Olimpiade Musim Dingin 2010.
5. Kota Bersejarah di Praha, Republik Ceko: Praha, ibu kota Republik Ceko, memiliki keindahan arsitektur yang istimewa, dan ketika musim dingin tiba, kota ini menjadi terasa seperti dongeng salju. Jembatan Karluv dan Kastil Praha yang bersalju memberikan nuansa yang luar biasa. Pengunjung dapat menikmati suasana Natal yang hangat, dengan pasar Natal tradisional dan pohon Natal yang menghias kota.
6. Festival Sukan Salju di Innsbruck, Austria: Innsbruck, Austria, menjadi pusat kegiatan olahraga musim dingin saat menjadi tuan rumah dua kali Olimpiade Musim Dingin. Destinasi ini menawarkan pelbagai aktivitas, mulai dari ski alpine hingga snowboarding. Setiap tahun, Innsbruck juga menyelenggarakan Festival Sukan Salju, menampilkan kompetisi olahraga musim dingin terkenal.
7. Berkuda Salju di Islandia: Islandia selama musim dingin menawarkan pengalaman berkuda yang tak terlupakan. Dengan latar belakang pemandangan salju yang megah, pengunjung dapat menjelajahi keindahan alam Islandia sambil berkuda. Ini adalah cara yang unik dan indah untuk menjelajahi keajaiban alam Islandia selama musim dingin.
8. Festival Luces de Invierno, Madrid, Spanyol: Madrid, yang biasanya dikenal dengan suhu hangatnya, menyuguhkan Festival Luces de Invierno yang mengubah kota menjadi dunia salju dan cahaya. Pohon Natal raksasa, hiasan salju, dan pameran cahaya membuat Madrid menjadi destinasi yang menyenangkan selama musim dingin.
9. Kastil Hohenzollern, Jerman: Kastil Hohenzollern di Jerman menjadi pemandangan yang menakjubkan saat tertutup salju. Terletak di puncak bukit, kastil ini memberikan pemandangan yang megah dan penuh keajaiban. Selain itu, Jerman juga dikenal dengan pasar Natal tradisionalnya yang menyenangkan.
10. Aktivitas Air Panas di Blue Lagoon, Islandia: Walaupun suhu ekstrem, Islandia memiliki Blue Lagoon, air panas alami yang dapat dinikmati sepanjang tahun. Berendam di air panas ini yang hangat di tengah salju dan dinginnya udara musim dingin memberikan pengalaman yang unik dan menyegarkan.
Wisata musim dingin membawa pesona dan keunikan tersendiri. Dari festival salju hingga petualangan ski yang menakjubkan, setiap destinasi menawarkan pengalaman berbeda yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Terlepas dari pilihan destinasi Anda, musim dingin adalah waktu yang sempurna untuk mengeksplorasi keindahan dunia yang bertutup salju dan merayakan pesona musim dingin.
1 note
·
View note
Text
RAHASIA ILMU P.RAMLEE
Semasa P.Ramlee bersekolah di Penang Free School, beliau adalah seorang pelajar yang mempunyai tulisan paling cantik. Tidak kira tulisan itu dalam bentuk rumi atau jawi. Kenyataan ini kita boleh rujuk kepada tandatangan P.Ramlee yang seringkali berubah-ubah dari satu gaya ke satu gaya lebih kreatif dan unik. Menurut guru sekolah beliau iaitu Cikgu Hashim (bapa seniman Ahmad Daud), beliau sering meminta bantuan P.Ramlee untuk membawa buku sekolah murid-murid pulang ke rumahnya untuk disemak. Apabila sampai di rumah, isteri Cikgu Hashim akan menjamu P.Ramlee makan tengahari bersama. P.Ramlee sentiasa senang hati makan tengahari di rumah gurunya dan tidak payah lagi beliau makan apabila pulang ke rumah.
Di zaman persekolahan P.Ramlee tidak suka membuang masa. Selepas makan tengahari beliau akan pergi belajar agama. Menurut beberapa sumber sahih, P.Ramlee pernah menuntut ilmu agama dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi). Beliau adalah seorang Ulama besar yang terkenal di zaman itu. Syeikh Abdullah Fahim adalah individu yang dirujuk oleh Tunku Abdul Rahman dalam menetapkan tarikh bagi hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana beliau mempunyai pengetahun yang tinggi dalam ilmu Falak. Selain itu beliau juga cenderung mengajar agama berkaitan dengan ilmu Usuluddin, Fiqh, Tauhid, Tasawuf dan Al-Quran. Syeikh Abdullah Fahim juga merupakan pengasas Sekolah Agama Rakyat. Difahamkan sebelum P.Ramlee berhijrah ke Singapura beliau sering bertalaqi dan menadah kitab menuntut ilmu Tauhid dan Tasawuf dengan Syeikh Abdullah Fahim.
Selepas selesai belajar agama, P.Ramlee akan membuat aktiviti sukan. P.Ramlee sangat gemar bermain sepak raga dan badminton bersama rakan-rakan sekolahnya. P.Ramlee juga sangat aktif bersukan dan berpesatuan semasa di sekolah. Selepas selesai solat Isyak, P.Ramlee akan berlatih muzik bersama kumpulan pancaragam Sinar Bintang Sore. Setelah beberapa lama bersama pancaragam itu beliau sertai pula pancaragam Teruna Sekampong sebagai pemain biola, penyanyi dan pencipta lagu. Sebenarnya bakat seni P.Ramlee ini telah terlihat dari zaman beliau remaja. P.Ramlee juga pernah belajar bermain biola bersama dengan Cikgu Kamaruddin seorang guru biola terkenal di Pulau Pinang.
Apabila diadakan pertandingan menyanyi anjuran Radio Malaya pada tahun 1945, P.Ramlee telah mencuba nasibnya sebagai penyanyi. Tetapi pada tahun itu P.Ramlee hanya mendapat tempat ketiga. Setelah tiga tahun mencuba akhirnya P.Ramlee berjaya mendapat johan pada tahun 1947. Semenjak itu nama P.Ramlee dan pancaragam Teruna Sekampung telah mula dikenali di kawasan utara Malaya. Perkara ini telah membuatkan pengarah B.S Rajhans berminat akan bakat yang ada pada P.Ramlee sehingga meminta beliau ke Singapura seperti yang kita semua tahu.
Apabila P.Ramlee sampai ke Singapura, beliau banyak menuntut ilmu dengan beberapa orang guru dan tokoh muzik, antaranya ialah Zubir Said, Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar. P.Ramlee juga pernah balajar cara membuat ragaman muzik dengan Fred Libio dan LB Ventura dua orang komposer tekenal dari Filipina.
Moral dari kisah P.Ramlee yang kita dapat adalah dengan etika berguru. Kerana segala ilmu di dunia ini perlu ada guru. Bukan hanya sekadar menadah kitab tetapi ianya juga perlu bimbingan dan rujukan guru. Seperti P.Ramlee kita tahu bahawa beliau sememangnya dianugerahkan bakat dari Allah, tetapi P.Ramlee juga berguru dan menuntut ilmu. Cara terbaik dalam menuntut ilmu itu dipelajari dengan cara berguru dan menadah kitab daripadanya agar segala ilmu itu berkat dan bermanfaat.
Teks : HAR
Sumber :
Gagak Di-Rimba - Abdullah Hussain
Erti Yang Sakti - Tun Ahmad Sarji
P.Ramlee Dari Kacamata Aimi Jarr - Aimi Jarr
Temubual bersama Syeikh Ali (Abang P.Ramlee)
1 note
·
View note
Photo
Guru-guru silat di Sarawak tekun mempelajari kemahiran Seni Silat Malaysia Tahap 1 dengan kerjasama PESONA, PSGFM, FSR UiTM, PESONA SARAWAK dan KEMENTERIAN BELIA SUKAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SARAWAK. Lebih menarik para guru berumur antara 40 - 65 tahun menghadari bengkel kali ini.. OTAI. #silatuntuksemua (at Sarawak Bumi Kenyalang) https://www.instagram.com/p/Cpp1kOxh7m1AEHHMvFVuFk2_-CAXlGkfwpUOGc0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
Photo
tak sengaja ulang.
Perpisahan sebenarnya bersifat kekal atau sementara? Beberapa bulan lepas, banyak perpisahan yang terjadi. Ia mati atau ia patah hati. Ia bersemuka atau via teks. Ia diam atau beritahu. Dan sebenarnya, saya tak terkecuali.
Setahun dah. November bulan perkenalan kami sebelum ia berlanjutan beberapa bulan lagi untuk akhirnya kami keluar bersama dan akhirnya memisahkan diri. Masa sukar saya cuma benda lucu. Ia tak sepenting masalah sesiapa. Dan fikir saya, kesukaran itu akan tamat apabila ia dilupakan. Saya menghampiri lupa sehinggalah membaca “Jalan Pagi”.
ii) selaut manusia meredah harta kitar untuk terus hidup dirinya atau apa hanya tuhan benar tahu
iii) girang kita pulang menggalas milik baru
Entah kenapa Mucky seperti merakam saya. Dia mengambil foto seorang lelaki afro yang gatal kepala. Dan foto itu di sebelah sajak ini. Lelaki afro itu seperti saya yang afro. Foto itu di sebelah sajak yang mengingatkan saya kepada kami.
Petang itu, kami ke Pasar Seni membeli cincin untuk kelas tari piringnya. Petang belum mengah dan orang masih seronok, jadi kami masuk Petaling Street dan terus ke bundle yang Karim ajar (dan sebenarnya, dia pun tahu). Lepas lama, kami pulang dengan dua seluar sukan untuk saya sementara dia, sebiji burger dan calitan sos panjang pada jambu baju sejuk yang dipinjam. Waktu itu, kami akhirnya berumah; dia dalam saya, saya dalam dia dan ingin sekali aku mencuri/ senyummu dari kamar ini/ lalu jahitkan ia/ pada tirai siang sebab kami masih baru dan biasan luar adalah perkara yang perlu dielakkan dulu. Ia pelik untuk bogel di peringkat ini. Pelik sebab saya tak pandai dengan cakap belakang.
Sepanjang pulang, kami dalam masing-masing dan berbual. Sesekali duduk kerana kakinya sakit dan sambung semula dan duduk lagi dan sambung semula.
cumbui aku andai bibirmu beralamat tiada hingga bibirku menjadi alamatnya
Tak seperti Mucky yang selesa dengan bibir Ayu, saya cuma kaku tiap lesung pipitnya. Tapi, lepas membaca sajak-sajak dalam zine ini, saya juga berharap bibir yang dicari. Tak pasti kenapa. Mungkin hidup kita terlalu kering dan sering cinta buat kita basah sebasah-basahnya. Seperti basah Mucky kepada Ayu.
Saya tak tahu banyak tentang rindu, tapi kalau rindu menimbulkan rasa lazim selepas kita cuba melupakannya, jadi saya telah pun dibawa pulang ke situ. Dan mungkin satu-satunya sebab saya mencari bibir kerana hari ini tak ada apa yang buatkan saya basah lagi.
- Semua tulisan ber-italic adalah baris-baris yang ada dalam sajak Jalan Pagi, Menunggu dan Alamat tulisan Mucky dalam zine Pulang Ke Rindu terbitan Penerbitan Langit.
6 notes
·
View notes
Text
Ninja 'peminat' terbaik membuat US $ 1m untuk mempromosikan pelancaran 'Apex Legends' EA | Tech / Gadgets
Ninja 'peminat' terbaik membuat US $ 1m untuk mempromosikan pelancaran 'Apex Legends' EA | Tech / Gadgets
Gamer Ninja, yang juga dikenali sebagai Tyler Blevins, tiba di pertunjukan Kepujian NFL di Fox Theatre di Atlanta 2 Februari 2019. – Gambar Kirby Lee-USA TODAY Sports melalui Reuters
BENGALURU, 14 Mac – Apakah beberapa jam bermain permainan video dan beberapa tweet bernilai? US $ 1 juta (RM4 juta) jika anda adalah Tyler Blevins, yang diketahui berjuta-juta sebagai "Ninja," peminat komputer di…
View On WordPress
0 notes
Text
KBS sedang berusaha bawa masuk BTS ke Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang dalam usaha untuk membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS ke Malaysia untuk membuat persembahan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.
Difahamkan, usaha itu turut dilakukan dengan kerjasama dari Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes yang terdahulu mengeluarkan kenyataan di Twitter rasminya memaklumkan beliau sedang bekerja keras untuk merealisasikan impian BTS Army.
"Saya telah berjumpa dengan promoter yang berkaitan dengan BTS dan kita sudah di peringkat perbincangan.
"Usaha kami adalah untuk memastikan BTS datang pada tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Jelas Syed Saddiq, usaha itu juga dilihat sebagai satu pelaburan yang akan menguntungkan negara.
"Industri hiburan Malaysia telah mencatatkan keuntungan kira-kira AS$D4 bilion selain menarik lebih 250,000 pengunjung ketika penganjuran MotoGP, baru-baru ini.
“Contoh lain adalah konsert hiburan terbesar Ed Sheeran di mana berjaya menarik 45,000 pengunjung dan dalam tempoh tiga hari tiket habis dijual. Kejayaan ini telah menarik minat penganjur-penganjur lain,” katanya.
Sementara itu, Balai Seni Lukis Negara pula bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun Doraemon bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Pengerusinya, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, pameran lukisan itu secara tidak langsung akan dapat mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh negara dan secara tidak langsung menjadi daya penarik pelancong luar datang ke negara ini.
Namun begitu, cadangan itu tidak digemari oleh Persatuan Animasi Malaysia kerana kerajaan sepatutnya menampilkan watak animasi tempatan bagi mempromosi acara tersebut dan langkah itu menunjukkan kerajaan menghargai dan meraikan karyawan animasi tempatan berbanding Doraemon yang jelas sekali bukan lahir di negara ini.
Presidennya, Ameir Hamzah Hashim berkata, Malaysia tidak kurang hebatnya dengan watak animasi yang sedia ada antaranya seperti Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboiboy dan lain-lain yang masih mendapat tempat di hati penonton.
Perkara itu turut mendapat perhatian syarikat Les' Copaque Production Sdn Bhd yang menyindir cadangan itu melalui Facebooknya.
"Benda boleh pakai animasi luar untuk promosi Malaysia, buat apa pakai animasi Malaysia sendiri?" tulis laman itu.
Sumber: Sinar Harian, MalaysiaKini
from The Reporter http://bit.ly/2XvWuQ2 via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2W2J7GO via IFTTT
2 notes
·
View notes
Text
Celoteh Peribadi 151 : Bagaimana Komuniti Peminat Tokoh Ilmuwan Ahli Bait Dari Keluarga Al-Ġumāriyy Memuliakan Tokoh Ini?
Sepanjang saya mengikut rapat dengan murid kepada tokoh ilmuwan ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy dan mereka yang di komuniti peminatnya, saya tidak pernah nampak mereka membesar-besarkan dan menceritakan kisah yang mencarik adat dan kejadian yang aneh daripada mereka. Sememangnya sebahagian dari ahli keluarga ini ada menceritakan pengalaman mereka yang itu dalam karya mereka, tetapi muridnya dan komuniti ini sama sekali tidak menggembar-gemburkan dan membesar-besarkannya seakan-akan ia adalah sesuatu yang signifikan untuk diperkenalkan dan disebarkan. Komuniti ini sememangnya mengamalkan tidak mengambil peduli tentang kisah sebegini. Mereka tidak peduli kalau mereka tahu atau tidak tahu. Pada mereka, karya-karya peninggalan mereka dan sumbang bakti keilmuan tokoh dari keluarga ini adalah karamah yang berharga lagi dibanggakan serta disebut-sebutkan dengan penuh pengagungan. Komuniti ini lebih suka bercerita tentang manhaj mereka, mengkaji pola pemikiran mereka, meneliti pendalilan mereka dalam perbahasan suatu permasalahan dan menjengah keilmuan mereka melalui khazanah yang mereka tinggalkan kepada kita semua, bukan mengejar, menggeledah dan mencari-cari kisah yang ajaib seperti ini. Inilah keistimewaan yang saya secara peribadi berasa bangga dengan komuniti ini. Peninggalan dan manhaj keluarga al-Ġumāriyy adalah warisan dan tradisi keilmuan, seni berfikir serta semangat intelektualisme.
Sesiapa yang menjulang tinggi keluarga ini sememangnya merasakan wajib dan bertanggungjawab untuk menyebarkan dan menghidupkan perjuangan pembaharuan dan kerancakan keilmuan yang berteraskan pengikutan dalil dan sunnah dengan menjadikan karya mereka sebagai inspirasi. Kita sebagai komuniti peminat keluarga ini adalah penyambung kepada legasi keilmuan dan pemikiran, bukan ketaksuban dan fanatik yang hanya tahu memuja orang lain sahaja sepertimana sang fanatik yang memuja idola mereka seperti artis dan pemain sukan Saya bukanlah mahu merendahkan atau memperkecilkan tokoh yang disebutkan ini. Akan tetapi, saya tidak suka melihat sikap sebahagian orang yang memuja tokoh ahli bait atau mana-mana ulama seperti ini. . Tidak ada masalah berkongsi karamah yang ada pada seseorang tokoh ulama kerana banyak sahaja kitab biografi yang muktabar yang memuatkan cerita ini dalam selitan, tetapi kemuliaan mereka bukan semata-mata kerana itu dan bukan sebegini cara memuliakan mereka. Jika seseorang lihat sendiri bagaimana komuniti peminat ahli bait dari keluarga al-Ġhumāriyy ini memuliakan keluarga ini, pasti akan melihat perbezaan yang nyata jika dibandingkan orang fanatik seperti ini dan dia akan faham mengapa saya tidak suka cara sebegini dalam memuliakan para ulama. Bahkan, sikap tidak suka memperbesarkan kisah karamah ini adalah sepertimana Muḥammad Tawfīq Romaḍōn al-Būṭiyy; anak kepada Muḥammad Sa*īd Romaḍōn al-Būṭiyy menceritakan tentang datuknya. Apabila dibacakan sebahagian karamah dari orang soleh, dia akan menyuruh untuk melangkaunya. Ini kerana kata Tawfīq bahawa kita tidak mengingkarinya, tetapi kita tidak melihatnya sebagai timbangan untuk menilai kedudukan seorang hamba di sisi Allah. [Rujuk : https://www.facebook.com/watch/?v=414716806725446]. Malah, Muḥammad Sa*īd Romaḍōn al-Būṭiyy berkata ketika berbicara tentang seseorang yang melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- secara jaga : إن التاريخ لايعلم أن في العصور المفضلة الثلاثة، بل الأربعة، من ادعى هذه الرؤية.. فهي إما أنها لم تقع، أو إنها ربما وقعت لبعض منهم، ولكنه لم يزعمها لنفسه ولم يتحدث بها، لا في مجالسه الخاصة، ولا على الملأ وأمام عامة الناس، كما يفعل بعضهم اليوم. إذن فالذي يدعي أنه رأى، أو يرى رسول الله يقظة في زماننا هذا ينبغي أن يعزر لأنه كاذب. إذ لو رآه فعلاً بناء على الإمكان العقلي، لكان إذن من أصلح الصالحين ولحملته حاله المتميزة من الصلاح والفضل والتقوى والقرب من الله، على أن يصمت ولا يجلجل بهذا الأمر بين الناس، بل لا بدّ أن تحمله حاله تلك على أن لا يفتح فمه بهذا الخبر لأحد، وأن يزداد وجلاً وتواضعاً وخوفاً من الله عز وجل. ولماذا يحدث الشيخ مريديه بمثل هذه المزاعم أو الأخبار؟!. أمَا إنها لا تقنع مرتاباً بالحق، ولا تعرّف جاهلاً بالدين، ولا ترقق قلباً جللته القسوة، ولا تقرب فاسقاً إلى حظيرة التوبة والالتزام. أغلب الظن أنه لا يملك حصيلة من العلم واسعة بدين الله عز وجل يردّ بها غائلة الجاحدين ويروي بها غلّة الجاهلين، ويحبّب بها الإيمان بالله إلى القلوب، فهو يغطي جهالته هذه بما يتسنى له من دعوى الخوارق والكرامات وأعاجيب التحويلات. فلئن صح أن تكون هذه الدعاوى، أو حتى هذه العروض، من نوع العمل الإرشادي وجهود الدعوة إلى الله والتبصير بدين الله، فما أيسر أن تكون عروض السحرة وقرناء الجان، ومن تبعهم من الممخرقين وذوي المهارات اليدوية، مادة متميزة رائعة في عمل الدعوة الإسلامية والإرشاد الديني. Sesungguhnya sejarah tidak diketahui bahawa pada fasa masa yang ketiga yang istimewa, bahkan yang keempat ada orang yang mendakwa penampakan ini. Maka, ia sama ada tidak berlaku atau sesungguhnya ia berkemungkinan terjadi pada sebahagian mereka, tetapi dia tidak mendakwanya untuk dirinya dan tidak berbicara tentangnya walaupun di majlis yang khas dan tidak pada pembesar atau di hadapan orang ramai secara umum sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian mereka pada hari ini. Dengan itu, yang mendakwa bahawa dia melihatnya atau melihat Rasulullah secara jaga pada zaman kita, ini sepatutnya diperingatkan kerana dia berdusta memandangkan kalau dia betul-betul melihatnya berasaskan kemungkinan secara aqli, kalau begitu pasti dia termasuk orang yang paling soleh dari kalangan orang soleh dan pasti halnya yang eksklusif dari segi kesolehan, kelebihan, takwa dan kedekatan kepada Allah membawanya. Sepatutnya dia berdiam dan tidak berbuat kecoh dengan perkara ini dalam kalangan orang ramai. Bahkan, tidak dapat tidak halnya itu membawa kepada tidak membuka mulutnya dengan khabar ini kepada seseorang dan ia menambahkan kegementaran, ketawadukan dan ketakutan terhadap Allah *Azza Wa Jalla. Mengapa syeikh itu menceritakan kepada muridnya dengan semisal dakwaan atau khabar ini? Sama ada kerana ia tidak puas dengan kebenaran kerana kesangsian, ia tidak memperkenalkan orang yang jahil terhadap agama ini, ia tidak menyantuni jantungnya yang kekerasan menyelubunginya dan ia tidak mendekati kefasikan kepada kritikal taubat dan iltizam. Sangkaan yang paling dominan adalah bahawa dia tidak memiliki penghasilan jumlah ilmu yang luas terhadap agama Allah *Azza Wa Jalla yang pelampau para penentang menolaknya dan pelampau yang jahil meriwayatkannya serta dia menjadikan kecintaan iman kepada Allah dengannya pada jantungnya. Lantas, dia menutup kejahilannya terhadap ini dengan apa yang dia merasa puas terhadap dakwaan carikan adat, karamah, keajaiban dan transmogrifikasi. Jika validnya dakwaan ini atau sehingga presentasi ini dari jenis amalan berbimbingan, kesungguhan dakwah kepada Allah serta pencelikan terhadap agama Allah, maka betapa mudahnya presentasi para penyihir dan qarin jin serta orang yang mengikuti mereka dari kalangan pemukau dan orang yang memiliki kemahiran kraftangan menjadi material yang eksklusif lagi menarik perhatian dalam pengamalan dakwah dan bimbingan keagamaan. [Al-Ḥikam al-*Aṭō^iyyah : Šarḥ Wa Taḥlīl, jilid 1, m/s 297, keluaran Dār al-Fikr al-Mu*āṣir]. Ini menyatakan bahawa cerita karamah ini tidak perlu diperbesarkan kerana itu bukanlah kepentingan besar dalam tasawwuf. Apatah lagi jika penceritaan itu ada tujuan yang halus. Itu tentu lagi lebih tercela.
Seperti ini juga yang Aḥmad bin Ḥanbal memberi nasihat tentangnya. Al-Marwaḏiyy berkata : وَعَنِ المَرُّوْذِيِّ، قَالَ: أَدْخلتُ إِبْرَاهِيْمَ الحُصْرِيَّ عَلَى أَبِي عَبْدِ اللهِ - وَكَانَ رَجُلاً صَالِحاً - فَقَالَ: إِنَّ أُمِّي رَأَتْ لَكَ مَنَاماً، هُوَ كَذَا وَكَذَا، وَذَكَرَتِ الجَنَّةَ. فَقَالَ: يَا أَخِي، إِنَّ سَهْلَ بنَ سَلاَمَةَ كَانَ النَّاسُ يُخ��برُونَه بِمِثلِ هَذَا، وَخَرَجَ إِلَى سَفكِ الدِّمَاءِ، وَقَالَ: الرُّؤيَا تَسُرُّ المُؤْمِنَ وَلاَ تَغُرُّهُ. Aku membawa masuk Ibrōhīm al-Ḥaṣriyy bertemu Abū *Abdullah -dan dia adalah seorang yang soleh-. Dia berkata: "Sesungguhnya ibuku melihatmu dalam mimpi. Ia sebegini sebegini dan menyebutkan tentang syurga". Dia berkata: "Wahai saudaraku! Sesungguhnya orang ramai mengkhabarkan Sahl bin Salāmah dengan semisal ini dan dia keluar untuk menumpahkan darah". Dia berkata: "Mimpi untuk menggembirakan orang beriman, bukan memperdayakannya". [Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 227, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].
Karamah atau apa sahaja kelebihan yang ada bukanlah segala-galanya dan bukanlah justifikasi untuk segala perkara, khususnya untuk perkara yang melanggar syariat atau tipu daya yang halus daripadanya. Ia sama ada ujian yang diberikan Allah untuk kita atau sekadar untuk menggembirakan kita, bukan memperdayakan kita.
Perkara ini langsung tidak ada pada komuniti peminat keluarga al-Ġumāriyy. Komuniti ini sangat menitikberatkan apa yang terkandung di karya mereka, apa manfaat yang kita boleh timba daripadanya dan apa inspirasi yang boleh kita cedok dari paparan keilmuan mereka. Segala puji bagi Allah. Kemudian, segala puji bagi Allah kerana telah membantu saya untuk menghasilkan beberapa penulisan tentang keluarga ini sama ada dalam satu tema yang khas atau sisipan dalam suatu perbahasan di pelbagai tempat. Saya berharap perkongsian saya tentang keluarga ini sedikit sebanyak mencetuskan inspirasi untuk mengenali keluarga ini, seterusnya ahli bait yang berkualiti secara umum dan memberi manfaat keilmuan yang berharga dari pandangan keluarga ini.
Ambilan : https://www.wattpad.com/1212885534-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-151
0 notes
Photo
Conte yakin masa depan Spurs cerah
Antonio Conte menegaskan tidak ada sebab untuk kecewa selepas kepulangannya ke Liga Perdana Inggeris bersama Tottenham berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di Everton.
Tottenham gagal menguji penjaga gol Everton Jordan Pickford apabila tiada sebarang percubaan tepat dilakukan, sama seperti ketika kekalahan 3-0 di tangan Manchester United minggu lalu.
Namun Conte merasakan masih banyak ruang untuk peningkatan dan dia sedia berusaha memperbaikinya dalam tempoh beberapa minggu dan bulan akan datang.
"Saya perlu merasa gembira atas sebab lain. Yang pertama Goodison Park bukan tempat yang mudah untuk bermain menentang Everton terutama selepas minggu yang padat.
"Sudah pasti kami boleh memperbaikinya dan mempunyai banyak ruang untuk peningkatan. Saya lihat kesungguhan pemain-pemain, semangat juang mereka, pengorbanan dan memahami saat sukar ini. Ia membuatkan saya lebih yakin.
"Seni taktikan dan fizikal boleh diajar, tetapi soal hati, minat, keazaman, kesungguhan, ia terpulang kepada individu. Pemain-pemain menunjukkan kami berada di kedudukan yang baik untuk mula mula berusaha," kata Conte. https://www.wang368.com/en-US/JoinNow?btag=a_1972b_145c_
#CMD368#PertaruhanBolaSepak#Pertaruhan#Sukan
0 notes
Text
Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM 2021
Institusi TVETMARA @KKTM, MJII dan IKM adalah salah satu program dibawah seliaan pihak MARA yang dipantau oleh bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. Justeru itu, bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di salah sebuah intitusi ini anda boleh lakukan permohonan mengikut kelayakan anda. TAHUKAH ANDA!!! KKTM adalah Kolej Kemahiran Tinggi Mara, manakala MJII adalah MARA Japan Industrial Institute dan IKM pula adalah Institusi Kemahiran MARA. Ketiga-tiga institusi ini adalah dibawah seliaan TVETMARA. Visi TVETMARA Menjadi Organisasi Amanah yang Unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa MISI TVETMARA Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan Objektif TVET - Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan Institusi dan Teknousahawan - Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills anda Entrepreneurships) - Pemangkin dalam revolusi teknologi bagi meningkatkan daya saing - Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik - Menjadi Institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa. Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM 2021
Dalam Institusi TVETMARA ini kemasukan pelajar termasuklah :- - Program Sepenuh Masa - Program Jangka Pendek - Program Kecemerlangan Industri - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) - MARA Japan Industrial Institute (MJII) - Institut Kemahiran MARA (IKM) Dalam Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII dan IKM memberi tumpuan dalam pelbagai bidang pengkhususan di bawah 12 kluster. Semua program yang dilaksanakan adalah bersifat “hand-on” dan berteraskan komputer. Antara Syarat Am kemasukan TVETMARA adalah:- - WARGANEGARA Malaysia - Taraf Bumiputera astau Bumiputera Sabah dan Sarawak - Berusia 17 Tahun dan ke atas - Sihat tubuh badan (TIDAK RABUN warna bagi sesetengah program) - LULUS SPM atau setara dengannya. 1) Peringkat Sijil Pemohon yang mahu mengikuti pengajian di peringkat Sijil WAJIB:- - LULUS SPM atau setara denganya SEKURANG-KURANGNYA - Satu KEPUJIAN dalam mana-mana pelajaran - LULUS MATEMATIK - SYARAT khusus kemasukan adalah berlainan mengikut program yang dipohon. 2) Peringkat Diploma Pemohon yang mahu mengikut pengajian di peringkat Diploma WAJIB:- - LULUS SPM atau setara dengan tiga kepujian dalam matapelajaran - Matematik - Mana-mana satu mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/ Vokasional & Teknologi/ Vokasional (MPV)/ Aliran Vokasional (MPAV) - Mana-mana satu mata pelajaran lain - LULUS Bahasa Inggeris - SYARAT khusus kemasukan adalah berlainan mengikut program yang dipohon. Keistimewaan Mengikuti Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM Antara keistimewaan mengikuti untitusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM adalah seperti:- - Pemohon tergolong dalam golongan Lepasan SPM atau Setara - Mendapat Elaun sara hidup - Asrama atau penhinapan disediakan - Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar Negara - Yuran pengajian ditanggung oleh pihak MARA PENTING!!! TVETMARA mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA, JPK, Industri Dan Badan Profesional yang ada di Malaysia. Justeru itu, sekiranya anda mengikuti IInstitusi TVETMARA anda tidak akan menyesal. 12 Kluster Yang Ditawarkan Oleh TVETMARA 12 Kluster Yang Ditawarkan adalah seperti:- - Kluster minyak dan gas - Kluster Elektrik - Kluster Elektronik - Kluster Mekanikal Servis - Kluster Bioteknologi - Kluster Awam - Kluster Mekanikal Pembuatan - Kluster Seni & Rekabentuk - Kluster Alam Bina - Kluster Pemprosesan Bahan - Kluster Automotif - Kluster Bioperbuatan Selaian daripada bidang Akademik, pihak TVETMARA juga ada menyediakan kemudahan untuk aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua pelajar sebagai sebahagian daripada objektif untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan kecerdasan minda. Justeru itu, pihak MARA sangat komited dalam membentuk dan memberikan kemudahan sukan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa kepada seluruh warganya.
Dalam usaha membangunkan pelajar yang sihat, pihak TVETMARA juga mempunyai pelbagai jenis sukan dan kemudahan rekreasi yang luas TERMASUKLAH:- - Padang bola - Padang futsal - Gelanggang Badminton - Gelanggang Tenis - Gelanggang Bola Jaring - Ragbi dan lain-lain Untuk Maklumat Lnajut boleh Hubungi :- Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur No Tel : 03-2613 4258 Fax : 03- 2691 4510 Email : [email protected] Diharapakan perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat sesuatu keputusan. TIDAK bererti anda TIDAK mendapat keputusan yang cemerlang anda TIDAK LAYAK untuk menyambung pengajian. Sesungguh keputusan yang cemerlang hanya tiket sahaja untuk memudahkan anda menyambung pengajian selebihnya adalah usaha dan takdir yang telah ditentukan oleh ALLLAH. Justeru itu, JANGAN pernah berhenti berharap dengan kurniaan ALLAH. Teruskan berusaha untuk mendapat keredhaan ilahi. Rujukan:- https://tvetmara.edu.my/index.php/visi-misi-objektif Read the full article
0 notes
Text
Anugerah Silat Kebangsaan: Mengiktiraf Pencapaian Pesilat Malaysia
Anugerah Silat Kebangsaan (ASK) adalah sebuah platform unggul yang diadakan setiap tahun untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian pesilat, jurulatih, kelab, serta tokoh yang telah memberikan sumbangan besar kepada seni silat di Malaysia. Dengan pelbagai kategori seperti Pesilat Harapan, Pesilat Terbaik, Program Silat, dan Tokoh Silat, ASK telah memainkan peranan penting dalam membentuk…
#acara silat 2024#Akademi Silat Malaysia#Anugerah Silat Kebangsaan#ASK 2024#Fakulti Sains Sukan UiTM#GSMACC2022#ikon silat#imacsss2020#jurulatih silat#jurulatih terbaik#kejohanan silat#kelab silat olahraga fatani bersatu#keluarga silat#komuniti silat#Malaysia dan silat#pemenang ASK#pencinta silat#penganjuran silat#perkembangan silat#persembahan silat#pertandingan silat#pesilat muda#pesilat terbaik#program silat antarabangsa#psgfm#seni mempertahankan diri#seni mempertahankan diri malaysia#seni silat Melayu#seni warisan#silat antarabangsa
0 notes
Photo
Anugerah Silat Kebangsaan (ASK) adalah merupakan satu anugerah tertinggi Silat Melayu kepada individu, badan dan pertubuhan Silat Melayu sama ada di peringkat amatur atau profesional. Anugerah ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai jasa individu yang memberikan sumbangan terbaik di dalam memartabatkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa. Tiga puluh anugerah (30) diberikan kepada para penggerak Seni Silat Malaysia yang diadakan ini. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada para pengamal Silat Melayu yang giat mempromosikan Silat ke serata dunia. Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa. Pada tahun 2022, walaupun negara sedang dalam peralihan ke fasa endemik Covid-19, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) tetap gigih menganjurkan pelbagai program sama ada dalam mahupun luar negara. Ini terbukti dengan penganjuran acara antarabangsa iaitu penganjuran IMAF2022 dengan kerjasama UNESCO ICM dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM). UNESCO ICM merujuk kepada International Centre of Martial Arts for Youth Development (ICM) yang bernaung di bawah UNESCO, manakala IMAF2022 bermaksud International Martial Arts & Malay Festival 2022. Di samping itu, siri program antarabangsa yang terkenal, iaitu siri Silat European Tour kembali pada tahun 2022 di mana delegasi Silat Malaysia telah menghadiri persidangan antarabangsa IMACSSS kali ke 13 di bandar Rzeszow (sebutan zey-syuf), Poland. Selain itu juga, siri GSMACC, yakni Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress kembali lagi pada tahun 2022 dalam siri Seminar Silat Melayu Antarabangsa selama empat hari berturut-turut. Seminar dianjurkan diadakan secara maya bagi membincangkan topik-topik semasa industri Silat Malaysia bersama para panel yang mahir dalam bidang seperti Kebudayaan, Sains Sukan, Keusahawanan, Teknologi, mahupun Sains Sosial. Justeru, anugerah-anugerah yang disampaikan dapat menyuntik dan menyemai semangat bekerja keras memartabatkan agama, bangsa dan negara. #ask2022 #silatmalaysia #psgfmofficial #pesonamalaysia #worldsilatfederation (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CoDB9pxBZKMjLjn7csVcKQ2tB_tFTjSnA7GXJ00/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
Text
Sukan Lain: Seni Mempertahankan Diri Campuran: Orang Swedia tetap pro untuk terus berusaha
Sukan Lain: Seni Mempertahankan Diri Campuran: Orang Swedia tetap pro untuk terus berusaha
VAESTARAS, Sweden (Reuters) – Seniman bela diri campuran Sweden terpaksa menjadi pilihan kerjaya yang ganjil jika mereka ingin terus berjuang – mereka harus berubah menjadi profesional. Sekatan COVID-19 negara menegaskan bahawa hanya pertandingan sukan elit yang boleh berlangsung. Oleh itu, pada Sabtu malam satu jam dari Stockholm, sekumpulan atlet bersiap untuk membuat langkah yang tidak dapat…
View On WordPress
0 notes
Text
Adalah amat menyedihkan sekali apabila semangat kesukanan dua negara yang berkongsi banyak hal persamaan (jenaka/muzik/seni/sastera/budaya/makanan) itu bertukar menjadi territorial ala kampungan setiap kali bertemu dalam acara sukan berpiala. Sifat kompetatif yang negatif ini sepatutnya sudah lama tiada untuk negara-negara yang kononnya “merdeka”. Sejujurnya kita jauh lebih baik dari hal yang remeh ini. Mungkin kerana sifat ini sudah lama disematkan, dipupuk dan dibiasakan dalam diam, kemudiannya melarat hingga membentuk jadi budaya fanatik yang negatif dan langsung tidak menguntungkan.
Jadi begini sajalah, ya: Dalam hal sebegini, yang kalah cuma akan jadi abu, yang menang hanya akan jadi arang.
Sigh.
0 notes
Text
Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas)
Syarat kemasukan ke Tingkatan 6 bagi pelajar berkeperluan khas adalah berbeza dengan pelajar yang lain. Hal ini disebabkan mereka mereka LAYAK untuk mendapatkan keutamaan yang berbeza bagi memberi mereka ruang dan laluan untuk berjaya seperti orang yang normal. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menyediakan syarat AM dan khas yang berbeza bagi mereka yang berkeperluan khas ini. “Kejayaan dan kemewahan tidak datang bergolek tanpa ada usaha untuk berjaya dan kaya” TAHUKAH ANDA!!! Kemasukan ke Tingkatan 6 adalah secara automatik sekiranya calon memenuhi syarat kelayakan kemasukan. TETAPI pemilihan JURUSAN adalah berpandukan kepada syarat khas kemasukan. Aplikasi Online Tingkatan 6 https://sst6.moe.gov.my/semakanT6 Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas) Setiap kemasukan ke pusat pengajian pasti mempunyai syarat yang tersendiri. Sama juga dengan kemasukan ke Tingkatan 6 ini, mereka juga mempunyai syarat kelayakan yang tersendiri bagi membolehkan seseorang itu masukan ke jurusan pilihan anda. Antara syaratnya adalah:- - Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan mendapatkan sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Berumur di antara 17 sehingga 20 tahu pada 1 Januari 2021 tahun semasa Syarat Khas Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas)
Antara syarat khas kemasukan pelajar ke Tingkatan 6 bagi pelajar berkeperluan khas adalah:- 1) Jurusan Sains Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian (C) berserta jumlah mata Gred TIDAK MELEBIHI 18 unit untuk 3 mata pelajaran berikut :- - Matematik/ Matematik Tambahan - Fizik - Kimia - Biologi - Lukisan kejuruteraan/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ kejuruteraan awam/ kejuruteraan elektrik & elektronik/ reka cipta/ pengajian argoteknologi/ sains sukan/ sains rumah tangga/ sains komputer/ grafik komunikasi teknikal - Pengursan makanan/ pengajian pakaian 2) Jurusan Sains Sosial Bagi jurusan sains sosial, terdapat beberapa pecahan syarat kahs mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki. Antara syarat kemasukan mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki adalah seperti berikut:- a) Sekolah Menengah Harian Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata Gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan. Antara 3 mata pelajaran yang berlainan adalah seperti berikut:- - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Kesusateraan Melayu/ Literature in English - Sejarah - Geografi/ Pendidikan Seni Visual - Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari - Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral - Matematik/ Matematik Tambahan - Prinsip Perakaunan - Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science - Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV) - Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran - Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science & Technology - Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan b) Sekolah Menengah Agama Bagi permohonan Tingkatan 6 dalam Jurusan Sains sosial, syarat khas bagi pelajar lepasan sekolah agama terbahagi kepada dua kategori. Setiap kategori mempunyai syarat permohonan yang berbeza. Antara sekolah agama menengah yang terlibat adalah:- i) Sekolah menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Bagi pelajar yang berkeperluan khas, mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran pilihan (elektif) seperti:- - Tasawwur Islam - Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah - Pendidikan Syariah Islamiah - Bahasa Arab - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran ii) Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu Bagi pelajar KISAS dan SMAP Labu, syarat kemasukan ke Tingkatan 6, pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata Gred TIDAK MEELBIHI bagi 3 mata pelajaran pilihan (elektif) adalah seperti:- - Tasawwur Islam - Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah - Pendidikan Syariah Islamiah - Bahasa Arab - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran Cara pengiraan mata Gred Bagi Kemasukan ke tingkatan 6 Dibawah ini adalah pengiraan mata Gred bagi calon lepasan SPM :-
Diharapkan segala perkongsian ini dapat membantu memudahkan lagi urusan para pelajar dalam membuat pemilihan. Setiap satu pilihan yang dibuat adalah yang terbaik buat semua pelajar. Justeru itu, anda yang perlu menentukan masa hadapan anda, tiada siapa yang lebih layak dalam menenukan masa hadapan seseorang manusia itu selain daripada tuan empunya diri itu sendiri. Read the full article
0 notes
Text
Inovasi dan Pertukaran Budaya: Sorotan Hari Kedua IMACSSS2024 & GSMACC2024
Laporan Hari Kedua IMACSSS2024 & GSMACC2024Tarikh: 15 Oktober 2024Lokasi: Mercure Living Putrajaya Hotel, Putrajaya, Malaysia Pendahuluan Hari kedua Persidangan Antarabangsa Ke-13 IMACSSS dan Kongres Global Seni Mempertahankan Diri dan Budaya Ke-5 (GSMACC) yang berlangsung pada 15 Oktober 2024 telah berjaya mempertemukan pelbagai pihak dari seluruh dunia. Acara ini tidak hanya memberi tumpuan…
#acara seni bela diri#AIKIDO#analisis prestasi#biomekanik seni bela diri#budaya Asia#budaya global#forum akademik#gala seni bela diri#globalisasi seni bela diri#GSMACC2024#harmoni budaya#hubungan antarabangsa#IMACSSS2024#inovasi seni bela diri#inovasi teknologi#jaringan akademik#kajian budaya#kajian seni bela diri#kecederaan sukan#keusahawanan seni bela diri#kolaborasi akademik#komuniti global#pelan strategik#pembentangan saintifik#pencak silat#pendidikan seni bela diri#pengembangan silat#pengurusan sukan#penyelidikan antarabangsa#penyelidikan silat
0 notes