#ustaz ebit lew
Explore tagged Tumblr posts
arnamee · 4 years ago
Text
Tumblr media
Twitter: @arnamee
14 notes · View notes
beritasaatini · 4 years ago
Text
Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberi sumbangan kepada penduduk kampung di Paloh Hinai
Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberi sumbangan kepada penduduk kampung di Paloh Hinai
Siapa yang tak mengenali nama Ustaz Ebit Lew, seorang dermawan yang sering turun padang melakukan kerja kebajikan tanpa mengira status, bangsa dan agama. Tak kiralah di ceruk mana pun, pasti adanya kelibat pendakwah ini sekali gus jadi inspirasi ramai pihak. Awal tahun 2021 ini, beliau sekali lagi jadi perhatian ramai susulan membantu penduduk yang terjejas musibah banjir. Sedih mendengar…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
monoloqseorangwanita · 4 years ago
Text
Dulu saya juga tergolong dalam golongan yang mengumpulkan harta dan sentiasa menghitung-hitung, sentiasa cek amount dalam bank.
Sedangkan Allah kata, "CELAKALAH golongan yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung", (surah Al-Humazah ayat 2).
Setiap bulan rasa 'happy' sebab tengok duit dalam akaun makin bertambah, bertambah dan bertambah.
Kerapkali saya kata pada suami,
"Kalau apa-apa berlaku in future, sekurang-kurangnya saya dah ada simpanan untuk SURVIVE" (yakin pada 'kuasa' makhluk, yang hakikatnya tak ada kuasa pun).
Pemikiran dangkal saya ketika ini bertepatan dengan ayat 104:3, yang bermaksud;
"ia menyangka bahawa hartanya itu dapat MENGEKALKANNYA".
Saya fikir dengan adanya simpanan (harta) maka kehidupan dunia saya lebih TERJAMIN, sedangkan bukan harta yang menjamin kehidupan kita, tetapi ALLAH.
Allah menguji hambaNya dari segenap penjuru.
Maka Allah kata lagi, kalla! "TIDAK SEKALI-KALI! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam Huthomah" (104:4)
Sekarang baru saya faham kenapa ada kumpulan manusia yang menginfakkan seluruh harta jiwa raga dan diri mereka untuk ugama, untuk bangunkan ummat.
Kerana harta yang halal pasti akan DIHISAB, harta yang haram akan DIAZAB.
Hatta yang halal sekalipun, apabila kita mengumpulnya untuk tujuan MEMENUHKAN DUNIA yang bersifat sementara, dan mengukuhkan keyakinan kita terhadap 'kemampuan' di dunia, besar kebarangkaliannya akan berakhir di neraka Huthomah.
Sedangkan ingin memikul beban dosa sedia ada bahkan kita tidak tertanggung, setiap hari masih berbuat dosa, dengan atau tanpa sengaja, apatah lagi ingin menambahkan BEBAN HARTA yang bakal dihisab.
Takut. Saya sangat takut dihisab di 'yaumiddin' nanti. Sedang dosa-dosa lain belum terhisab.
Sejak dari itu, simpanan di dalam akaun saya semakin berkurang, berkurang dan berkurang, sehinggalah kami dapat infaqkan diri kami juga untuk perjuangan ugama satu hari nanti (in shaa Allah).
Bila kita ada Allah, kita tak risau akan kekurangan, sebab Allah yang MENCUKUPKAN hambaNya, bukan wang ringgit yang mencukupkan kita (wang ringgit hanya ASBAB, ramai tertipu dan percaya dengan ASBAB).
Apatah lagi jika kita membantu ugama Allah (rujuk QS Muhammad ayat 7), YAKIN, Allah takkan persiakan hambaNya yang berkorban, jika kita tak yakin pada Allah, Tuhan sekalian alam, maka pada siapa lagi kita ingin yakin?
Seperti kata Ustaz Ebit Lew, "bila kita ada Allah, kita ada SEGALA-GALANYA".
Asbab itulah Baginda saw, Saidina Abu Bakar, Othman, Ali dan para sahabat yang lain menjadi fakir di dunia (jutawan di akhirat) dengan menyerahkan segala-galanya untuk ugama, hatta diri mereka sendiri.
Kerana ADA Allah sahaja sudah CUKUP buat mereka, kerana mereka TAHU syurga Allah sangat MAHAL nilainya, kerana Allah-lah JAMINAN mereka, bukan makhluk, harta kekayaan atau wang ringgit.
Cari harta tak salah, carilah sebanyak yang mungkin selagi ia tidak melalaikan dari mengingati Allah dan dari sumber yang halal. Kita dituntut berusaha mencari rezeki.
Tapi jika TAKUT dihisab di akhirat kelak, jangan lupa infaqkan untuk ugama dan ummat yang memerlukan, jika tidak takut dihisab dan YAKIN LULUS ujian penghisaban nanti, boleh saja mengumpulkan harta dunia.
Tepuk dada tanya selera.
Jika kita kejar dunia, dunia akan DITINGGALKAN dan BINASA. Jika kita kejar akhirat, dunia akan mengekori kita, dan kehidupan akhirat kekal buat selama - lama - lamanya...
Sumber Fb : Ummu Izz
41 notes · View notes
arifputera07 · 3 years ago
Text
Pagi-pagi baca penjelasan saudara Nadir Al-Nuri tentang isu Misi Ustaz Ebit Lew ke Gaza.
Ada anggap ia cuma masalah peribadi antara dua pihak ini. Tapi tidak. Pada aku, Tim UEL kena belajar beberapa benda.
Nak bagi bantuan ke mana-mana, apatah lagi di negeri yang jauh seperti ini, kena dengar dan ambil saranan daripada orang yang dah lama kat sana. Kalau tak ia akan jadi kerja syok sendiri apabila keperluan masyarakat akhirnya tak terpenuhi. Lebih teruk menimbulkan fitnah. (kesukaran dan sangka buruk)
Dan ini bukan kali pertama.
Di Malaysia pun berapa kali UEL telah memberi bantuan kepada orang yang "salah" kemudian menimbulkan sangka buruk masyarakat terhadap pertubuhan zakat di sana seolah-olah mereka tidak buat kerja. Sedangkan bantuan sentiasa diberikan tapi orang itu sendiri "selesa" hidup susah dengan meminta-minta.
Kedua, ada baiknya UEL tidak main sentimen "saya sedih" apabila isu timbul.
Suatu yang menghairankan apabila UEL yang selalu pesan untuk berkasih sayang antara sesama tidak berusaha meleraikan kekusutan yang timbul antara beliau dan pihak lain hingga menimbulkan kebencian dan cakap-cakap yang tidak enak dari kalangan masyarakat terhadap pihak tersebut.
Sepatutnya UEL kedepan untuk beri penjelasan berkenaan apa yang berlaku dan meminta maaf jika ada melakukan sebarang kesilapan dari pihaknya sendiri dan pesan kepada masyarakat agar tidak menjaga lisan daripada berkata yang tidak sepatutnya. Tapi tidak. Akhirnya yang keluar "saya sedih".
Ketiga, NGO beliau perlu diaudit untuk lebih telus.
Ada daripada kalangan masyarakat kata, UEL tidak perlu audit sebab kita tahu duit-duit beliau tersalur ke tempat yang sepatutnya. Memang tersalur. Masalahnya berapa peratus daripada wang sumbangan yang terkumpul itu? Berapa peratus pula wang yang dibahagikan kepada kos pengurusan dan sebagainya?
Ini bukan masalah tidak percaya. Ini masalah ketelusan dan amanah. Kalau orang bagi kita RM10 untuk disampaikan kepada orang tertentu namun senyap-senyap kita terguna RM1 daripada duit tersebut, itu sudah tidak amanah. Inikan pula kalau sumbangan yang terkumpul itu ratusan ribu atau juta-juta. Ingat senang nak handle?
Lagi pula kita ingin tahu kekayaan UEL itu datang dari mana? UEL kerja apa? Kalau ada orang kata kekayaan beliau itu sebenarnya datang daripada NGO, dapatlah ditutup mulut orang itu dengan membentangkan laporan audti kepadanya. Kan?
Ia cuma sumbang saran kita agar tim UEL dapat perbaiki apa yang kurang. Tidak ada manusia yang sempurna. Maka sumbang saran seperti ini, dari pihak seperti saudara Nadir Al-Nuri ini sepatutnya didengar. Bukan dipekakkan dan meneruskan kerja seperti seadanya.
Wallahualam.
Tumblr media
3 notes · View notes
eyeofsoul · 5 years ago
Photo
Tumblr media
Nafkah batin seorang suami dan isteri. Perlu merangkumi aspek emosi, perasaan dan juga kehendak seksual. Bukan nafkah batin sebelah pihak sahaja. Malah kedua dua nya. Bukan seksual semata tapi keintiman yang dibina bersama 😊
Kalau lah nafkah batin adalah tentang kehendak seksual, Masakan ada suami yang berkecil hati bila si isteri tidak pernah memahami tugasan kerjaya nya. Masakan juga ada isteri yang mengalami kemurungan akibat suami tidak membantu dalam tugasan rumah nya. Masing masing punya hak yang perlu dipenuhi.
Sepanjang proses perkahwinan,saya ada juga ke ceramah / seminar dan membaca seberapa banyak buku berkenaan perkahwinan. Rata rata tidak langsung menyentuh tentang hak seksual. Sebab kebiasaan pasangan suami isteri sudah mahir bab yang ini. Cuma bahagian yang lain masih lompong.
Dipetik daripada pengisian seminar yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew & Ustaz Syed Abd Kadir Al Joofre di Siri Keluarga Sunnah dan juga pembacaan sendiri
🌸Tips untuk mendapat keluarga yang bahagia dan hubungan suami isteri kekal keintiman.
1- Niat perkahwinan sentiasa diperbaharui.
Kalau dahulu sekadar kahwin sebab suka sama suka/keluarga jodohkan/ dah sampai usia untuk kahwin. Kali ini perlu bersungguh meletakkan niat berkahwin kerana Allah . Untuk mendapat redha Allah dan untuk melengkapkan sebahagian daripada agama mengikut sunnah Rasulullah. Matlamat perkahwinan itu perlu jelas untuk mencapai syurga Allah.
Bukan sekadar menunjukkan kemesraan di media sosial, tapi untuk merasakan sakinah, mawaddah, rahmah dan barakah dalam perkahwinan.
2- Wujudkan kasih sayang.
Selalu nyatakan perasaan, “i love u”, “i miss u”. Selalu peluk, dukung, bergurau dengan pasangan tanpa rasa segan dan hilangkan perasaan menganggap pasangan adalah “stranger”. Selalu ucapkan “terima kasih” setiap kali pasangan membantu. Hatta membantu membawa segelas air. Selalu ucapkan “tolong” setiap kali meminta pasangan berbuat sesuatu. Hatta sekadar buka kan pintu. Selalu ucapkan “maaf” setiap kali bertelingkah dan tidak sefahaman. Hatta berselisih pendapat yang kecil. Selalu meraikan hobi/minat pasangan. Terutama minat yang bermanfaat. Seperti pasangan yang minat jogging atau membaca. Lebih baik kalau wujudkan hobi yang bermanfaat bersama. Selalu ada “our time” / “dating” sekurangnya sebulan sekali, untuk berduaan, serta ada sesi heart to heart. Selalu menyambut hari sejarah bersama. Contohnya suami naik pangkat , hari ulang tahun etc. Meraikan secara sederhana pun sudah memadai.
Manusia yang cinta akan Allah, perlu perbaiki hubungan dengan makhluk ciptaanya juga. Terutama hubungan sesama pasangan.
3- Lazimkan solat jemaah di rumah.
Solat lima waktu fardhu bagi lelaki wajib dilakukan di Masjid/Surau (melainkan ada keuzuran) Isteri perlu mengalakkan suami solat di masjid. Tetapi solat sunat boleh berjemaah bersama pasangan dirumah. Sentiasa jaga solat awal waktu dan kejutkan pasangan untuk lazimi qiamulail.
Seminggu sekali boleh bersama sama suami isteri berjemaah di surau/masjid.
4- Wujudkan suasana rumah yang ingat mengingati, belajar, mengajar, zikir dan beribadah.
Boleh cari satu rutin untuk dibuat bersama secara harian, mingguan dan bulanan. Contohnya bertilawah Al Quran, tadabbur tasmiq hafazan, dan perbaiki bacaan. Lakukan usrah bersama dengan mengupas tentang sirah, fiqh dan sebagainya.
Selalu lazimi melakukan ibadah bersama. Bukan sekadar hiburan dibuat bersama.
5- Selalu upgrade diri dengan ilmu.
Kadang yang membezakan setiap manusia adalah ilmu. Penting dalam perkahwinan untuk ada ilmu perkahwinan, ilmu memahami pasangan, ilmu keibubapaan, ilmu ilmu agama dan lain lain. Yang membentuk fikrah manusia ini adalah ilmu. Ada waktu, hal yang satu ini ilmu suami terlalu rendah. Ada waktu, hal yang itu ilmu isteri terlalu rendah. Jadi, sama sama perlu bantu top up kan. Lebih baik kalau sepakat untuk upgrade ilmu bersama. Supaya fikrah itu selari. Tidak lah seorang punya prinsip A, seorang lagi prinsip B.
Dan selalu rendahkan ego. Jangan pernah merasakan kita lebih bijak/lebih pandai/lebih bagus daripada pasangan. Selalu beri tunjuk ajar dan latih pasangan untuk turut tahu serta aplikasikan sesuatu ilmu.
6. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Slogan yang sinonim digunakan apabila dikaitkan tentang kerjasama. Sebaiknya pasangan suami isteri ini membahagi tugas sebaiknya. Tak kira lah suami isteri masing masing bekerja atau salah seorang berada di rumah.
Nak merasakan harmoni dalam rumahtangga itu lebih baik jika tugas dapat dilakukan bersama. Masak bersama, cuci atau sidai pakaian bersama. Atau boleh juga bahagi tugas, si suami buat proses melipat baju, isteri masak di dapur.
Aktiviti yang dibuat bersama dan bertoleransi ini lebih mengeratkan hubungan, dan tenaga juga dapat disalurkan dengan baik dan efisyen. Tidak ada yang bermasam muka, tidak ada satu pihak saja kerah tenaga, satu pihak duduk sahaja.
Perkahwinan ini jadikan sebagai medan memberi . Banyakkan memberi daripada menerima. InsyaAllah lebih merasa kan tenang dan bahagia
😊 Cukup lah 6 tips ini. Ini pun mungkin rasa susah dan sukar untuk laksanakan. Rasa bahagia suami isteri ini tidak boleh datang dari satu pihak. Perlu bergerak dalam pasukan. Berusahalah untuk meperbaiki kekurangan dan mengoptimakan kelebihan. Selamat bercinta dan dicintai. Buat lah secara perlahan dan mudah mudahan bertumbuh rasa kecintaan sesama pasangan.😊😊
20 notes · View notes
viralsini · 5 years ago
Photo
Tumblr media
“Saya sumph dia ditngkap dan dapat hidayah” Pejabat Ustaz Ebit Lew Dipec4h Masuk Namun Doanya buat hati netizen sebak https://ift.tt/2Ht0I59 Banyak Lagi Yang Viral di https://ift.tt/2VcE2el
1 note · View note
kotak-cinta · 6 years ago
Quote
Kita sangka isteri yang cantik pelengkap hidup kita. Hakikatnya isteri yang faham dan hormat kita adalah segalanya.
Ustaz Ebit Lew
37 notes · View notes
kataonline · 6 years ago
Quote
“Kita sangka apa yang kita nak itu yang terbaik. Tapi, apa yang Allah beri itulah yang terbaik.” (Ustaz Ebit Lew)
9 notes · View notes
kemungkinan-blog · 6 years ago
Text
'Saya dibelasah suami, perut dipijak sampai bocor ketuban,' - Isteri terkilan suami berubah jadi kejam selepas kenal janda pilihan
Tumblr media
Semenjak kes seorang ilmuan agama menjandakan isterinya demi bersama dengan janda pilihan, ramai wanita yang tampil berkongsikan pengalaman rumah tangga masing-masing yang mendakwa dianiaya oleh suami yang tidak bertanggungjawab. 
Berkongsikan pengalamannya di Facebook Ustaz Ebit Lew, wanita itu mendakwa lelaki yang pernah menjadi suaminya itu pernah memijak perutnya semata-mata mahu kandungan itu gugur selepas termakan helah si janda durjana. 
Pernah meminta untuk mempertimbangkan semula keputusan itu, namun suami lebih mementingkan nafsu dirinya berbanding isteri yang sarat mengandung. Tergamak si suami menganiaya isteri dan zuriatnya. 
SAYA pernah lalui dah ustaz. Baby nak masuk usia dua bulan dalam perut. Saya dipaksa redha untuk poligami. Saya rayu minta nikah selepas saya habis berpantang sebab saya takut tidak dapat kawal emosi. 
Saya cuba untuk redha, tetapi air mata 24 jam mengalir tanpa henti. Ditambah pula desakan dari si janda. Sedih tak boleh nak kawal. 
Tumblr media
Saya cuba slow talk dengan si janda. Tetapi dia mengadu dengan suami dan kata saya marah dia sedangkan itu semua dusta belaka. 
Saya dibelasah suami sampai bocor ketuban. Sakit badan saya dipukul, ditolak sampai tersandar ke dinding, ditarik rambut, kepala dihantuk ke lantai yang kemudian dihentak pula dengan beg baju besar di atas kepala. Tidak cukup dengan itu, dia tarik saya dan pijak perut saya supaya baby gugur katanya. 
Ya Allah, saya sakit sangat diperlakukan seperti itu, hanya Allah saja yang tahu. Sampai lembik dan tak bermaya saya dikerjakannya. 
Tumblr media
Allah Maha Kuasa, baby saya dah berusia lima tahun membesar dengan baik. 
Saya selalu berdoa semoga ada balasan untuk mereka berdua yang telah menganiaya saya dan kandungan saya. Saya tidak mampu nak memaafkan mereka di dunia dan akhirat. 
Saya sedar saya tidak sempurna tetapi belum pernah saya menyeksa jiwa dan raga insan lain. Bila saya sedih, saya pujuk hati saya dan berkata, "Sabarlah wahai roh dan jasad, ada lagi yang lebih bernasib malang dari kau". 
Akhirnya sedikit demi sedikit, hari demi hari, tahun berganti tahun, saya mampu menghapuskan air mata. 
Kepada yang mengalami nasib seperti saya, bangkitlah wahai ibu. Sapu air matamu. Jangan dikenang masa nan lalu yang penuh dengan kedukaan. Carilah kebahagiaan walau seorang diri Allah tetap bersama. 
Kini baru saya sedar cinta abadi kekal untuk Dia, Sang Pemilik Cinta. Allahu huu Allah. 
Sumber: Facebook
from The Reporter http://bit.ly/2XEMGDp via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Zxcbsb via IFTTT
2 notes · View notes
abuhanifah · 7 years ago
Photo
Tumblr media
Siapa yang beruntung? Seorang kawan saya baru kahwin jumpa seorang alim. Ustaz tanya macam mana perkahwinan kamu? Alhamdulillah ustaz. Isteri saya seorang yang taat. Baik sangat. Isteri idaman. Semua dia buat di rumah. Makan minum, pakaian, rumah semuanya terurus. Semuanya cantik. Dijaga saya baik-baik. Saya tak sempat buat apa-apa. Dia rajin sangat. untung tak saya ustaz? Jawab ustaz tadi. Isteri kamu yang untung. Dia bakal ahli syurga tinggi. Dia hebat. Dia tunaikan semua hak kamu. Dari cerita kamu. Kamu rugi sebab kamu tak dapat khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya berlumba khidmat. Berlumba siapkan sahur. Berlumba bangun awal tahajud. Berlumba buat baik. Perkahwinan ialah berlumba memberi. Bersama-sama buat semua perkara. Saling bertolak ansur. Berlumba beri nasihat. Berlumba kata saya salah. Berlumba kata i love u. Berlumba gembirakan pasangan kerana Allah. Jika asyik orang berkhidmat pada kita. Periksalah mungkin kita semakin jauh dari kebaikan dan hati yang bersih. Jika kita sibuk bekhidmat itulah jalan Nabi saw dan sahabat. Orang suka khidmat dapat kasih sayang Allah.. — Ustaz Ebit Lew #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama #muhasabahiman #ikutcarakita #fatehteam #pesanpadahati #thedaiegraphy #kebaikan #peringatan #peringatanbersama #kallafah #abbasyislamicdesign #cahayaislam
121 notes · View notes
arnamee · 4 years ago
Text
"Kaya ini dekat hati. Kaya bukan tentang banyaknya duit kita, tapi menghargai apa yang kita ada dalam hidup, buat apa yang Allah suruh dan niat nak bantu orang lain.
Allah akan beri kita lebih, kalau kita memberi (walaupun kita memberi sedikit).
Allah bagi rezeki banyak lagi untuk kita supaya kita dapat kongsi dengan ramai lagi orang."
- Ustaz Ebit Lew
Tumblr media
11 notes · View notes
monoloqseorangwanita · 6 years ago
Text
Kata ustaz Ebit Lew
"Kita sangka isteri yang cantik pelengkap hidup kita. Hakikatnya isteri yang faham dan hormat kita adalah segalanya."
Ya Allah, aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati. Isteri yang dikasihi. Isteri yang solehah. Isteri yang sentiasa dihati suamiku. Amiin yaRabb alamin 🤲🏼
62 notes · View notes
radziah-s · 6 years ago
Text
Amalan Harian
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
🔴 Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.
🔴 Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin.
🔴 Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.
🔴 Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).
🔴 Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.
🔴 Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’.
🔴 Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin.
🔴 Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah.
🔴 Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk.
🔴 Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
🔴 Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut.
🔴 Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.
🔴 Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh.
🔴 Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja.
🔴 Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, bagi perempuan mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’.
🔴 Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu.
🔴 Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin
kredit: tazkirah ustaz ebit lew
2 notes · View notes
viralsini · 5 years ago
Photo
Tumblr media
Penceramah Jalanan Terkenal Ustaz Ebit Lew Kem4langan https://ift.tt/2YRtWl7 Banyak Lagi Yang Viral di https://ift.tt/2VcE2el
7 notes · View notes
theberita · 3 years ago
Photo
Tumblr media
PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilihat tenang menjalani kehidupan seperti biasa biarpun khabar angin berkaitan dirinya bertiup kencang di laman media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini. Beliau turut mengambil peluang membawa keluarga tersayang bercuti ke Pulau Langkawi yang menjadi destinasi gelembung pelancongan domestik baru-baru ini. https://instagr.am/p/CUJjxjjp3Qp/
0 notes
kemungkinan-blog · 5 years ago
Text
(Video) 'Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat' - Kehadiran Ustaz Ebit Lew buat 'wanita-wanita lorong' sebak & terharu
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/30VReaW via IFTTT
1 note · View note