#puteri sarah liyana dan syamsul
Explore tagged Tumblr posts
Text
‘Mama betul ke ayah kahwin lain?’ Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain?”
Puteri Sarah Liyana iaitu Isteri pertama kepada pengarah, Syamsul Yusof, berkongsi beberapa post tentang konflik keluarganya yang sedang dihadapinya ketika ini. Tapi ia agak berlainan sikit kali ini sebab anak lelakinya, Syaikhul, bertanya adakah benar desas-desus ayahnya berkahwin lain ?. Dan adakah itu penyebabnya bapa mereka iaitu Syamsul Yusof sudah lama tidak mengunjungi rumah atau datang…
View On WordPress
#datin patimah#ira kazar#ira kazar joget#ira kazar menari#ira kazar undur diri#patimah#puteri sarah#puteri sarah bercerai#puteri sarah liyana dan syamsul#puteri sarah terkini#syamsul#syamsul yusof#yusof haslam
5 notes
·
View notes
Text
Anak Kazar Dituduh Rampas Suami Puteri Sarah?
Anak Kazar Dituduh Rampas Suami Puteri Sarah?
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan suaminya, pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof yang masih dalam fasa memperbaiki hubungan. Bagaimanapun, tiada angin tiada ribut nama anak kepada pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar tiba-tiba menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengikut Instagram pelakon itu. BACA: Puteri Sarah & Suami Sudah…
View On WordPress
28 notes
·
View notes
Text
Jangan Dukung Anak! Puteri Sarah Hamil Anak Kedua | Hiburan Hokaloh News
HASRAT aktres Puteri Sarah Liyana untuk menimang cahaya mata kedua bakal terlaksana apabila dia disahkan hamil lima minggu.
Isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof itu berkata, dia mula berusaha untuk mendapatkan zuriat kedua itu sejak anak pertamanya Syaikhul Islam berusia 11 bulan.
“Alhamdulillah saya disahkan hamil kira-kira lima minggu.
“Saya memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan sudah mencuba sejak anak pertama berusia 11 bulan lagi,” ujarnya kepada mStar Online.
Puteri Sarah ditemui pada majlis pelancaran ketika ditemui pada majlis pelancaran jamu Mutyara di WowKL di sini pada Rabu.
Alhamdulillah pasangan ini bakal menimang cahaya mata kedua.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, pada awalnya doktor meminta dia untuk memberi ruang dan jarak sehingga anak pertama berusia setahun.
“Doktor minta saya untuk cuba hamil lepas anak saya setahun tapi saya cakap dengan Syamsul saya sudah berusia 33 tahun dan kalau boleh mahu anak segera.
“Jadi saya terus sahaja mencuba dan tidak sangka rezeki itu datang pada masa kami dua-dua sedang sibuk.
“Syamsul sibuk dengan filem Munafik dan balik rumah dua hari sekali sahaja, saya pula sibuk dengan produk kosmetik yang bakal dilancarkan tidak lama lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, berkata, doktor menasihatkan agar banyak berehat dan tidak melakukan kerja berat.
Ujarnya lagi, setakat ini dia belum mengalami alahan seperti kebiasaan dilalui wanita hamil.
“Doktor tak benarkan saya dukung anak atau lakukan kerja-kerja berat. Tapi saya dukung juga curi-curi.
“Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin masih awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga,” ujarnya.
Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. – mStar Online
youtube
#Hiburan #AllInOne #Anak #Berita #Buddy #Dukung #Hamil #HIBURAN #Hokaloh #HokalohNews #Jangan #Kedua #News #PocketNews #Puteri #Sarah
https://hokaloh.news/hiburan/jangan-dukung-anak-puteri-sarah-hamil-anak-kedua-hiburan-hokaloh-news/
#all in one#anak#berita#buddy#Dukung#hamil#HIBURAN#hokaloh#hokaloh news#Jangan#Kedua#news#pocket news#Puteri#Sarah#Hiburan
0 notes