#RZ Restoran
Explore tagged Tumblr posts
Text
Cari Patin masak gulai tempoyak ? : RZ Restoran Tempat Makan Patin Best Di Segamat
Cari Patin masak gulai tempoyak ? : RZ Restoran Tempat Makan Patin Best Di Segamat Anda peminat gulai tempoyak terutamanya ikan patin? Meh baca lagi. RZ Restoran ini mempunyai lokasi strategik terletak di tengah pusat bandar Segamat. Terletak di kawasan komersil kedai-kedai pejabat yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan warga luar tempat makan best dengan menu makan tengahari yang…
View On WordPress
0 notes
Photo
Cewek awal bulan, kalo belanja nawar barang dari mahal sampe murah. Cewek akhir bulan, kalo belanja nawar barang dari mahal sampe gratis~ 😌 Ngegrill & Ngeshabu Happy ya di Goodlife. Harga 115K per Paket (1 Orang). Promo All You Can Eat Only 100K per Paket (1 Orang) dengan Menunjukan Kartu Vaksin Fisik Maupun Digital~ 🥘 Goodlife Suki and Grill Adalah Restoran ala Jepang Yang Menyediakan Berbagai Varian Menu Makanan All You Can Eat Sukiyaki and Grill Halal di Kota Surabaya. Seluruh Menu Kami Dapat Dipesan Secara Dine In (Makan Di Tempat), Take Away (Bawa Pulang), dan Delivery (Kiriman Paket Online). Resto Kami Berlokasi di Jl. Arif Rahman Hakim No. 36A, Kota Surabaya. Kami Menyediakan Outdoor (Ruang Teras Non-AC) dan Indoor Area (Ruang Ber-AC) yang Cukup Aman Untuk Orang Dewasa dan Anak-Anak. Management Menyediakan Area Parkir Untuk Mobil Dan Motor Yang Cukup Luas, Smoking Area, serta Toilet yang Cukup Memadai. Resto Kami Buka Setiap Hari Mulai dari Jam 12 Siang Hingga Jam 09 Malam. Datang dan Rasakan Kenikmatan Makanan Khas Kuliner Jepang dengan Taste Kearifan Lokal Indonesia di Kota Surabaya. Best Regards Management Goodlife Suki and Grill Surabaya ☎️ Phone 031-5917-3838 📧 Email [email protected] 🛎 Delivery Order 0813-2222-2718 🌐 Official Site https://www.sukigrillsurabaya.com 📍 Google Maps https://g.page/r/CZJda5rPUROJEA0 • #GoodLife • #GoodLifeSukiGrill • #GoodLifeSukiGrillSurabaya • #AllYouCanEat • #Beef • #Wagyu • #Eat • #ExploreSurabaya • #Food • #Foodie • #FoodPhotography • #Grill • #Indonesia • #JajananKekinian • #JapaneseFood • #KulinerNusantara • #KulinerSurabaya • #MakananIndonesia • #MakananJepang • #MakananHits • #MakananPedas • #MakananSehat • #Photo • #Suki • #SukiAndGrill • #SukiGrillSurabaya • #Surabaya • #SurabayaHits • #AYCE • #AYCEGresik (at Goodlife Suki & Grill Surabaya) https://www.instagram.com/p/CXlJiYRP-rz/?utm_medium=tumblr
#goodlife#goodlifesukigrill#goodlifesukigrillsurabaya#allyoucaneat#beef#wagyu#eat#exploresurabaya#food#foodie#foodphotography#grill#indonesia#jajanankekinian#japanesefood#kulinernusantara#kulinersurabaya#makananindonesia#makananjepang#makananhits#makananpedas#makanansehat#photo#suki#sukiandgrill#sukigrillsurabaya#surabaya#surabayahits#ayce#aycegresik
0 notes
Photo
Memikirkan masalah memang boleh kenyang.. Terima kasih pada yang belanja makan.. Alhamdulillah #PUBL #PemudaKenyangPemudaTerbilang (at Restoran RZ, Segamat) https://www.instagram.com/p/B2DdqzogQY8G7lXwWI5yzDdIpAjDQjZGHzLmHc0/?igshid=1r87e4clii9jf
0 notes
Text
Keputusan mahkamah akhiri penantian keluarga mangsa nahas Lebuhraya DUKE
Keputusan mahkamah akhiri penantian keluarga mangsa nahas Lebuhraya DUKE
KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Penantian kami berakhir. Demikian luahan kakak kepada Fairuz Nizam Husain, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) di sini hampir tiga tahun lalu.
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 kepada dua pemandu Perodua Myvi yang menyebabkan kemalangan tragis itu.
Yusnidah Husain, 49, berkata beliau dan keluarganya redha terhadap keputusan itu walaupun jauh di sudut hati mereka agak terkilan dengan hukuman itu yang disifatkan tidak setimpal.
“Tiga tahun…(hukuman penjara) tidak setimpal dengan nyawa… anak-anak ditinggalkan mama papanya ketika mereka masih kecil, tidak faham apa-apa.
“Mereka membesar dengan Kak Ngah, memanglah mereka dapat kasih sayang, tetapi tidak sama dengan kasih sayang mama dan papanya. Disebabkan kecuaian orang lain, anak kecil yang menerima nasib begini (yatim piatu),” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.
Yusnidah yang mesra disapa “Kak Ngah” berkata, beliau mengetahui mengenai keputusan mahkamah itu apabila dihubungi adik beradiknya yang meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati.
“Tapi nak buat macam mana, ini keputusan mahkamah, Kak Ngah beritahu mereka sekurang-kurangnya penantian kita selama tiga tahun dah berakhir, kita tahu apa keputusannya.
“Kita tahu apa hukuman kepada kedua-dua pemandu itu,“ katanya yang berharap kejadian itu dapat memberi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak cuai ketika di jalan raya.
Ketika ditanya adakah beliau akan beritahu keputusan mahkamah itu kepada dua anak mangsa Nur Firuza Amira, 10, dan Nur Firuza Aqila, 7, Yusnidah berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu selepas melihat keadaan dua beradik itu.
Katanya, Amira sudah matang dan boleh memahami perkara yang disampaikan namun beliau perlu berhati-hati kerana anak kecil itu mudah tersentuh, menangis dan akan demam setiap kali bersedih mendengar perkara berkaitan arwah kedua ibu bapa dan adik bongsunya.
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tiga tahun dan denda RM10,000 ke atas Siti Noor Aini Mohd Said, 39, penyelia restoran, dan kenalannya yang merupakan tertuduh kedua, Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 34, yang bekerja sendiri.
Mereka didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam, 35, isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa.
Kedua-dua tertuduh turut hilang kelayakan dari memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Km6, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015.
Tuduhan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000. – Bernama
The post Keputusan mahkamah akhiri penantian keluarga mangsa nahas Lebuhraya DUKE appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Keputusan mahkamah akhiri penantian keluarga mangsa nahas Lebuhraya DUKE via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2018/02/keputusan-mahkamah-akhiri-penantian.html
0 notes
Text
Pemangku Raja Pahang belum dimaklum sindiket jual pingat
Pemangku Raja Pahang belum dimaklum sindiket jual pingat
KUANTAN, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda masih belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung sindiket penjualan darjah kebesaran yang tidak wujud dan didakwa berlaku di negeri ini.
“Saya rasa saya tunggu laporan dulu sebelum komen…setakat ini saya hanya tahu menerusi media masa. Bagaimanapun, saya rasa memang ada sindiket ini,” titah ringkas Tengku Abdullah menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama menerusi Pegawai Media baginda Abdul Rahim Othman di sini, hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan media mengenai penahanan seorang wanita berumur 39 tahun dipercayai terbabit dengan sindiket penawaran dan penjualan gelaran darjah kebesaran negeri ini yang tidak wujud, Jumaat lalu.
Suspek yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur ditahan di sebuah restoran di Chow Kit pada jam 6 petang hasil risikan dan maklumat awam yang diterima.
Wanita berkenaan dipercayai membuat pengiklanan pembelian darjah kebesaran itu sejak tiga minggu lalu dan dijangka berjumpa pembeli pada 23 Februari ini.
Dia bersubahat dengan seorang suspek lelaki berumur 40-an bagi meyakinkan mangsa untuk membeli gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ yang ditawarkan pada RM180,000 hingga RM400,000.
The post Pemangku Raja Pahang belum dimaklum sindiket jual pingat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Pemangku Raja Pahang belum dimaklum sindiket jual pingat via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2018/02/pemangku-raja-pahang-belum-dimaklum.html
0 notes