Tumgik
#Majlis Amanah Rakyat
terbakordotcom · 1 year
Photo
Tumblr media
Jawatan kosong MARA (Majlis Amanah Rakyat) secara kontrak bagi tahun 2023. Permohonan dibuka sekarang! Lawati: https://www.ptdexam.com/jawatan-kosong-mara-2023-kontrak-permohonan-dibuka/
0 notes
osarothomprince · 1 year
Text
30 Peratus Pelajar MRSM Berbayar Mungkin Dari Keluarga B40
30 Peratus Pelajar MRSM Berbayar Mungkin Dari Keluarga B40 KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Kira-kira 30 peratus pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar berkemungkinan melibatkan pelajar daripada keluarga B40. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat […] The post 30 Peratus Pelajar MRSM Berbayar Mungkin Dari Keluarga B40 appeared first on Vigo.30 Peratus Pelajar MRSM Berbayar Mungkin Dari Keluarga…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
wwwhoimy · 3 years
Text
HOI Partner (FARA v.2) on MARA BPU BizNetwork
New Post has been published on https://www.hoi.my/hoi-partner-fara-v-2-on-mara-bpu-biznetwork/
HOI Partner (FARA v.2) on MARA BPU BizNetwork
Tumblr media
HOI telah diberikan kesempatan untuk berkongsi aplikasi bagi membantu mana mana rakyat Malaysia yang berminat untuk terus memulakan perniagaan tanpa modal secara atas talian. MARA BPU telah melihat pelbagai jenis respons yang menarik dari ramai viewer yang hadis ketika sessi pembentangan.
Pautan rakaman penuh
Bagi yang berminat, anda boleh terus mendaftar di https://hoi.my/joinus aaa
Berikut adalah dokumen layaran yang berkenaan sepanjang pembentangan:
FARA-v2-COMPANY-PROFILE-2021-HOI-Services-Sdn-BhdDownload
FARA-v.2-FARA-v2-USER-WALKTHROUGH-SLIDE-HOI-Services-Sdn-BhdDownload
FARA-v.2-FARA-v2-PARTNER-WALKTHROUGH-SLIDE-HOI-Services-Sdn-BhdDownload
0 notes
kinitular · 6 years
Photo
Tumblr media
(via Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) Oktober 2018 - Kini Tular)
0 notes
cybertrophicr · 3 years
Text
Selain bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan, sebagai manusia biasa, tetap juga rasa sedihnya menjadi rakyat Malaysia kerana terpaksa berkorban hati dan perasaan menghadap menteri menteri yang asyik asyik sedang mengkaji dan menimbangkan semula pelan pelan pemulihan fasa untuk hapuskan wabak koronavirus ni ye. Daripada tahun lepas, baru kebelakangan ini nak mengkaji. Aku tak tahulah sejauh mana mereka ikhlas untuk menyelamatkan nyawa rakyat yang semakin hari banyak terkorban bukan setakat sebab covid, sebab mental pun ada, ramai yang murung dan ada yang bunuh diri dengan bebanan hutang. Seolah-olah menteri buat-buat tak nampak keadaan yang sedang berlaku dan apa yang mereka buat hanya mengkaji pelan dulu. Betapa banyak nya masa sudah dihabiskan dengan duduk rumah, tak dapat merentas daerah dan negeri, sambutan perayaan begitu hambar. Menteri seolah-olah tidak ikhlas menjaga rakyat dan apa yang diucapkan dibibir mereka hanyalah menyalahkan rakyat yang banyak melanggar sop. Mereka hanya nampak salah rakyat tetapi, tidakkah mereka nampak betapa banyaknya rakyat sudah terkorban? Mereka tidak nampak jugak ke betapa susahnya rakyat terpaksa menghadapi kemelut bebanan hutang dan lepas tu, terpaksa tanggung ahli keluarga yang ramai ? Kalau tidak mahu susahkan diri untuk fikir kebajikan rakyat, jangan jadi menteri lagi bagus. Peranan menteri yang sebenar untuk membantu rakyat mengurangkan beban, bukan menambahkan lagi beban.
Tetapi tidak. Mereka jadi menteri untuk apa ? Untuk duit kah ? Untuk kemewahan kah ? Kamu jawablah di akhirat. Kamu rasa senang lah di dunia , tapi jangan ingat akhirat boleh lepas . Kalau kamu tidak merasa apa pun, itu betul2 tandanya hati kamu sudah mati sebab rasa macam lambat lagi pengadilan yang sebenar untuk kamu. Rakyat bijak cuma menteri yang tidak mahu dengar kata rakyat. Mana ada kes covid boleh turun selagi kilang dibuka ? Dimanakah logiknya ? Memang tak boleh lah nak fikir logik sebab tengah fikir cara nak kekalkan kuasa dan duit saja . Sampai bila nak tunggu kes turun at least 4000 ke bawah memandangkan punca segalanya berasal dari tempat kerja. Boleh pulak ada seorang orang tua ni kata, asal covid dari asrama tempat tinggal pekerja. Ya Allah. Kalau dia dah datang keje, dah merebak ke satu kilang lah pandai . Dia nak jugak backup kilang , semahu-mahu nya cari statement yang tidak akan salahkan kilang .
Menyusahkan frontliners sungguh. Frontliners bermati-matian menghadap benda sama , kejar sana sini , yang mereka tahu , melawat , buat statement , habis kerja balik rumah layan cucu . Sama jugak macam yang jaga SJR , entah sampai bilalah mereka nak berpanas jaga roblok bagai . Tahu nak kurang kan orang melata pergi sana sini, tapi menteri lah yang lembab sebab lambat sangat nak kurangkan kes . SOP bercelaru, pelan pemulihan bercelaru. Dia ibarat, selagi benda tak jadi, selagi itu kita hanya merancang setakat itu sahaja . Rancangan jangka panjang ada , tapi baru di tahap nak mengkaji ye sekarang setelah setahun menghadap covid. Tidak diketahuilah tahap amanah mereka menjaga rakyat. Sepatutnya bila dah nampak covid ni pattern dia macam mana, pihak yang tertentu patut lebih bijak merangka pelan dan bekerjasama, bukannya menggunakan covid ini untuk bahan politik.
Rakyat sudah jemu dengan pelan yang dirangka menteri-menteri sebab tidak nampak apa hasil pun. Selangor masih di tangga pertama dengan kes sebanyak 2000 ke atas. Yang hairannya, menteri patutnya nampak kenapa Selangor makin tinggi tetapi kenapa tiada pelan yang lebih tegas untuk Selangor ? Nak jaga kepentingan siapa tu kat Selangor ? Selangor kan negeri yang paling banyak kepentingannya . Selangor lah negeri paling tinggi kes , kenapa negeri ini yang mula2 dulu membenarkan urusan pejabat agama untuk ada kan majlis akad nikah ? Selangor kes paling tinggi tapi dia dulu mahu bukak majlis ? Aku dah kata, Selangor ni negeri banyak kepentingan, tapi menteri tak dapat nak buat apa melainkan tercongok menunggu kes turun . Ingatlah, selagi kilang2 banyak dibuka, selagi itu kes tidak akan turun dengan mudah dan selagi itu kita harus hidup sampailah hilang pertimbangan . Menteri kini membunuh rakyat dari segi mental . Maka, rakyat , kita semua terpaksalah bertabah , kuatkan mental.
Belum lagi dengan beban mental , sekali langgar sop , duit lagi terbang . Menteri sekali lagi membunuh rakyat . Dengan keadaan rakyat terumbang-ambing mencari pendapatan , dapat pulak saman yang mana nilainya amat tinggi . Kalau menteri kene saman yelah, nilainya rendah atau takde nilai langsung sebab siapa je berani nak saman menteri .
Terkini, nasib baik peniaga makanan dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 10 malam setelah sekian lama mendengar rintihan rakyat . Tetapi , selagi kilang banyak-banyak tak tutup , hati dan perasaan kita terpaksa berkorban lagi weh sebab apa-apa pelan menteri buat, tersangatlah lambat untuk ambil masa bagi nampak impaknya . Sepatutnya, kalau diorang ikhlas tolong rakyat, pelan pemulihan yang dibuat dah boleh nampak kesan tapi tidak. Azmin Ali sorang yang bangga diri menyatakan kes covid semakin turun . Kenyataan untuk sedapkan hati dan selamatkan diri padahal dia buat-buat buta, kes masih 5000 lagi , bukannya turun sampai 400 ke 500 kes.
2 notes · View notes
fckpnch · 3 years
Text
Kehadapan YB.
Yang Berusaha, bukan Yang Berhormat.
Kerana dengan usaha, hormat itu akan datang dengan sendirinya. Kerana dengan usaha, sentiasa akan membuahkan hasilnya. Berusahalah. Tak perlu berpolitik atau menabur janji semanis gula, atau menggila dengan semua kuasa yang ada. Kerana kuasa datang bersama tanggungjawabnya. Pikulah amanah yang diberikan. Janganlah cuba-cuba bermain tuhan. Ambil iktibar dan pengajaran dari YB-YB sebelumnya. Ambil tahu dan turunlah ke akar umbi rakyat dan tunjukkan contohnya, tak perlu tunggu majlis atau atau hari perasmiannya. Atau demi nak berkempen untuk pilihanraya. Berusahalah segigihnya, untuk jadi lebih prihatin kepada semua. Lebih memahami, lebih berempati untuk menjadi lebih manusia.
Masa untuk berubah, bukan lagi hormat, YB.
2 notes · View notes
kemungkinan-blog · 5 years
Text
Penuntut Malaysia di Sydney, maut akibat terjatuh dari pangsapuri
Tumblr media
Seorang penuntut Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia, hari ini.
Mangsa yang berasal dari Taiping, Perak, merupakan penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universiti Technology Of Sydney.
Bapa mangsa, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia pada jam 4 petang tadi. 
"Setakat ini saya dimaklumkan anak saya terjatuh dari pangsapuri didiaminya yang terletak kira-kira lima kilometer dari universiti berkenaan. 
"Sehingga kini saya menunggu maklumat lanjut dari MARA berikutan dia adalah pelajar tajaan MARA," katanya. 
Difahamkan, Amirul ada menghubungi bapanya sebelum ini yang memaklumkan dia gagal lima subjek. Disebabkan itu, dia perlu membuat rayuan kepada MARA.
Md Azhar berkata, rayuan telah dibuat tetapi dia percaya anaknya berasa tertekan. Kali terakhir dia menghubungi mangsa adalah pada 30 Julai lalu ketika hari ulang tahun kelahiran Amirul. 
"Dia tidak menceritakan masalah lain selain gagal lima subjek berkenaan.
"Dia baru seminggu menyambut ulang tahun kelahiran. Apapun, saya kini sedang menunggu maklumat lanjut daripada pegawai di sana. 
"Jenazah akan dikebumikan di Taiping selepas selesai semua urusan nanti," katanya. 
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/31rd1qB via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KrstMq via IFTTT
1 note · View note
kapkunkap12 · 2 years
Text
Jawatan Kosong MARA Terkini 2022
Jawatan Kosong MARA Terkini 2022
Jawatan Kosong MARA Terkini 2022 | Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mempelawa kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan seperti berikut. Jawatan Kosong MARA Terkini 2022 Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41Penolong Pegawai latihan Vakasional Gred…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
jdigital · 3 years
Text
Mara, TalentCorp wujudkan 2,000 peluang pekerjaan
Mara, TalentCorp wujudkan 2,000 peluang pekerjaan
PETALING JAYA: Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp) mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan profesional dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). Kerjasama itu memberi manfaat kepada graduan institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi memperkukuh usaha dalam membangunkan modal insan kompetitif dan menyumbang kepada…
View On WordPress
0 notes
theberita · 3 years
Photo
Tumblr media
Kuala Lumpur: Seramai 215 penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menyambung pengajian mereka dalam pelbagai bidang, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London jam 4.15 petang (waktu tempatan). https://instagr.am/p/CUT4hvHJ2Cl/
0 notes
fiziesss · 3 years
Text
I-Citra KWSP : Pengeluaran Hingga RM5000 Mulai Ogos 2021
Tumblr media
I-citra KWSP merupakan satu sinar baharu buat mereka yang terkesan akan PKP 3.0 ini. Justeru itu, apabila mendengar pengumuman dariapda pihak kerajana berkenaan dengan I-citra KWSP ini banyak pihak yang mampu menarik nafas lega. Walaupun pengeluaran I-citra ini hanyalah sejumlah 5,000 tetapi ianya dapat membantu mereka yang memerlukan. I-Citra KWSP : Pengeluaran Hingga RM5000 Mulai Ogos 2021
Tumblr media
TAHUKAH ANDA!!! Pihak KWSP sudah bersetuju untuk ahli KWSP membuat pengeluaran wang simpanan KWSP sehingga RM5,000. Sebelum I-citra, pihak KWSP telah mewujudkan I-sinar dan I-lestari bagi meringakan beban rakyat yang terkesan akan PKP ini. ***GUNAKANLAH WANG I-CITRA INI DENGAN BIJAK DAN JANGAN MEMBAZIR*** I-citra KWSP hanya boleh dibuat bagi ahli KWSP yang masih mempunyai baki wang simpanan KWSP di dalam akaun 1. Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang sehingga RM5,000 dan pengeluaran RM1,000 setiap bulan selama 5 bulan bermula ogos.
Tumblr media
Ahli KWSP boleh mula memohon pengeluaran I-citra bermula 15 JULAI 2021 dan dijangka wang pendahuluan pertama akan dibankkan pada bulan ogos 2021. Dijangka ianya akan memberi manfaat kepada hampir 12.6 juta ahli yang mempunyai simpanan di KWSP. Permohonan boleh dibuat menerusi Laman Web Rasmi https://icitra.kwsp.gov.my mulai 15 JULAI 2021 dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021. Maklumat lanjut berkenaan dengan I-citra ini akan diumumkan dari semasa ke semasa. Justeru itu, pemohon atau ahli KWSP perlu sentiasa update dengan berita semasa daripada pihak kerajaan. Maklumat tambah berkenaan dengan PEMULIH 
Tumblr media
Pihak kerajaan akan menyediakan :-  1) Moratorium selama 6 bulan Selain daripada I-citra KWSP ini, pihak kerajaan juga sudah menyediakan moratorium selama 6 bulan kepada golongan B40, M40, T20 dan usahawan mikro. Moratorium yang disediakan ini adalah TANPA SYARAT dan layak diterima oleh setiap lapisan masyarakat.  2) Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran bersasar
Tumblr media
Seterusnya, pihak kerajaan juga sudah menyediakan bantuan bayaran balik pinjaman pelajaran bersasar kepada pelajar yang membuat pinjaman di:- - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - JPA - Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Tabung pembangunan kemahiran  Bantuan bayaran balik pinjaman pelajara secara bersasar ini adalah selama 3 bulan sahaja. Justeru itu, diharapkan peminjam menggunakan kelebihan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan sebaiknya.  TAHUKAH ANDA!!! Bantuan ini bagi mengurangkan kadar bebanan rakyat yang terkesan akan pandemik COVID -19 ini. Bantuan ini adalah bertujuan bagi memastikan bayaran balik pinjaman TIDAK akan membebankan peminjam. Bantuan ini akan memberi manfaat hampir 1.6 juta rakyat seluruh Malaysia. “Hutang WAJIB dibayar walaupun lambat” 3) Program penanguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful
Tumblr media
Seterusnya, pihak kerajaan juga ada menyediakan Program penanguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful. Penanguhan ini boleh dilakukan secara opt-in. Atau dalam erti kata yang lebih mudah, anda boleh bertanya dengan agent takaful anda berkenaan dengan penanguhan pembayaran insurans ini dengan lebih jelas lagi.  4) Bantuan kepda sektor pelancongan Dalam kita sibuk berbicara berkenaan dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan, kita lupa satu sektor yang paling terkesan akan PKP 3.0 iaitu sektor pelancongan. Justeru itu, selain daripada kelongaran untuk mengeluarkan wang simpana KWSP dan moritorium pembayaran balik hutang, pihak kerajaan juga ada menyediakan bantuan kepada sektor pelancongan. Menerusi PEMULIH 3.0, pihak kerajaan akan menyediakan bantuan tambahan afas 3 kepada sektor pelancongan. Sebanyak RM3,000 one-off untuk 5,335 agensi pelancongan MOTAC akan diberikan bantuan. Peruntukan RM16 juta akan diberikan kepada sektor pelancongan. Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga akan melakukan penanguhan ansuran cukai pendapatan bulan kepada sektor pelancongan. Mereka akan mendapat pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan sehingga akhir tahun 2021. Pihak kerajaan sangat prihatin akan kesusahan yang di hadapi oleh rakyat. Justeru itu, sangat diharapkan agar rakyat mampu untuk mengikuti segala saranaan yang disediakan oleh pihak kerjaan untuk memutuskan rantaian COVID -19 ini. Sekiranya kita tidak mampu untuk memutuskan rantaian COVID -19 ini, berdoalah agar kita mampu untuk menjalani kehidupan seperti sediakala. Dan belajarlah untuk hidup bersamma dengan virus COVID -19 ini dengan mengamalkan SOP yang sempurna. ***INGATLAH VIRUS COVID -19 INI JUGA ADALAH MAKHLUK ALLAH MAKA BELAJARLAH UNTUK HIDUP BERSAMANYA*** Read the full article
0 notes
etrendsnews · 3 years
Text
MRSM Form 1, 4 admission offers can be reviewed on 10 March 2021.
MRSM Form 1, 4 admission offers can be reviewed on 10 March 2021.
4 admission offers can be reviewed: PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) has informed that the offer of admission to form 1 and 4 of the Mara Junior Science College (MRSM) session 2021 can now be reviewed in stages starting March 10, 2021. Admission to MRSM this year takes into account two criteria, namely passing the Admission Tendency Test for Admission to MRSM (UKKM) or the Ulul Albab…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
muhammadikmalfahmi · 3 years
Photo
Tumblr media
Jom bersama-sama kita Sembang Santai bersama 2 Pelajar Terbaik Dunia - Fatin Najwa dan Putera Aiman dari Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Mereka tersenarai di antara 10 terbaik dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT). Mereka akan kongsi pengalaman serta tips belajar mereka! Save the date guys - 15 Februari 2021 pukul 2 petang. @kplb_gov @majlisamanahrakyat @uitm.official @yayasanpelajaranmara #kplb #mara #yayasanpelajaranmara #ypmendah #dikenalidipercayaideliver #acca #accounting #uitm (at MAJLIS AMANAH RAKYAT) https://www.instagram.com/p/CLOaefBh3AN/?igshid=f6e8n6cby6gu
0 notes
atiqahazizann · 4 years
Text
#2020 is full of surprises
#Wawasan2020YangDinantikan
Tumblr media
Disaat anda semua sedang membaca entry ini. Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun 2o2o. Tahun 2020 yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap orang diseluruh dunia iaitu untuk menyaksikan #Wawasan2020. Sesungguhnya tahun 2020 sangatlah berbeza seperti mana yang dirancang oleh kita semua untuk menyaksikan kereta terbang,teknologi IT yang lebih canggih, kemajuan dunia dan pembangunan ekonomi yang lebih pesat. Namun, hakikatnya jauh terpesong dengan apa yang didambakan oleh kita semua. Tahun 2020 boleh dikatakan tahun yang sangat kritikal buat seluruh dunia semuanya berubah 360 darjah. Seluruh negara diancam wabak penyakit Covid-19. Seluruh negara diarahkan untuk lock down, Kes kematian semakin meningkat saban hari dan jangkitan kes Covid-19 terus berleluasa di seluruh dunia. Pintu sempadan negara/negeri tutup. Rakyat tidak dibenarkan keluar untuk bekerja, sistem pendidikan di tutup, ekonomi merosot dan banyak perancangan tergendala tahun 2020. 
#CikguAtiqah
Tumblr media
Januari 2021 sempat mengajar buat beberapa bulan sebelum Negara diancam wabak Covid-19. Sebelum ni dah pernah mengajar kategori sekolah rendah, untuk kali ini diberi peluang untuk mengajar tadika. Sejujurnya, sangatlah mencabar ya berbanding mengajar di sekolah rendah. Tahap kesabaran perlu tinggi untuk mengajar budak-budak tadika ni. Tengah kita semangat mengajar A,B,C, sorang nak pergi toilet 10 orang ikut. Kalau tak bagi nanti takut ada yang terkencing ka terberak dalam seluar ka susah pulak nak cuci . Tapi apa apa pun berbaloi dan seronok. Satu pengalaman baru buat diri ini. Bukan sekadar mengajar ya jadi cikgu tadika ni ada lagi beberapa tugas lain yang kena buat. 
P/s: Yang tu nanti Atiqah share in my next entry  #CikguAtiqah ok?
(Disclaimer: Gambar diambil sebelum covid19 )
#PerdanaMenteriBaru
Tumblr media
Malaysia dikejutkan dengan pembubaran kerajaan yang sedia ada, dan pertukaran Perdana Menteri. Dalam masa setahun kita dapat lihat dua Perdana Menteri mentadbir negara( Selepas pertukaran kerajaan lama). Ini merupakan sejarah buat Malaysia yang tak pernah berlaku sebelum ni. Namun ini bukanlah satu kejayaan yang dapat dibanggakan buat negara. Ini menunjukkan bahawa politik di negara kita tidak begitu stabil tahun 2020. 
(Disclaimer: Saya tidak menyentuh mana-mana parti politik sekadar bercerita secara umum)
#TitahSultanPerakJadikanPedoman
Atiqah sangat tertarik dengan Titah  Sultan Perak sempena pelantikan Menteri Besar Perak baru baru ni ( tahun 2020) yang perlu kita semua baca,ingat,menilai dan hadam betul betul supaya kita semua tak lupa diri siapa kita dan sentiasalah berpijak di bumi yang nyata. Ini antara titah Sultan Perak:-
Tumblr media
ini merupakan kegagalan bukanlah kejayaan yang perlu dibanggakan pun
Tumblr media
Setiap insan dilahirkan untuk menjalankan tanggungjawab,tugas dan kerja dengan jujur dan amanah. Mungkin di dunia kita akan terlepas, jika kita ada melakukan sesuatu kerja yang tak betul. Tapi kita kena ingat Allah s.w.t menyaksikan segala-galanya. Mungkin di dunia terlepas tetapi tidak di akhirat sana. Jadi buatlah sesuatu kerja tu dengan telus dan amanah. (Note to my self too)
Tumblr media
Disaat orang kaya sedang berMaharajalela menindas golongan orang-orang bawahan ingatlah bahawasanya, doa orang-orang teraniaya dan dizalimi seperti ini dimakbulkan Allah s.w.t. 
Tumblr media
Semua titah Sultan Perak ni sangatlah mendalam. Walaupun iainya ditujukan kepada ahli ahli politik. Tapi kita sebagai rakyat biasa ni pun boleh ambil kata-kata ni sebagai nasihat/pedoman.
Kebanyakan manusia ni semakin besar pangkat,darjat,jawatan,kedudukan,gaji dia semakin angkuh diri dia. Memang lah tak semuanya macam tu, tapi kebanyakannya begitu. 
Kita kena sedar,ingat dunia ni tak besar mana pun, hidup kita ni pun tak lama mana buat apa la nak angkuh,sombong, riak,bongkak. Tak selalu hidup kita ni di atas (Ingat tu) Kadangkala Allah uji bagi kita berada pada kedudukan paling bawah untuk bagi kita peringatan/kesedaran yang sebelum ni kita ALPA.
#PandemicCovid-19
Tumblr media
Tahun 2020 negara kita dikejutkan dengan Pandemic Covid-19 yang kita langsung tak pernah terfikir. Ini merupakan sejarah dunia bukan sahaja di Malaysia. Semua sektor di Malaysia terjejas dan terkesan baik dari segi sektor pendidikan,pelancongan,perkhidmatan, ekonomi dan lain-lain. Kita tak dibenarkan untuk merentas negara,negeri bertujuan untuk menghentikan rantaian Covid-19. Dengar macam biasa biasa ja tapi kesan dia sangat menakutkan ada yang sampai meragut nyawa insan tersayang. Siapa juga yang sangka suatu hari nanti kita  semua akan #StayAtHome . Siapa sangka semua perancangan kita terbatas disebabkan oleh this pandemic covid-19.
#IstiadatKonvokesyenDiTangguhkan
Tumblr media
Yea, ditangguhkan ya. Benda yang paling dinanti-nantikan oleh semua Graduan.
Tumblr media
Hanya tinggal beberapa hari ja lagi sebelum nak konvokesyen. Sejujurnya mestilah kita akan rasa RALAT. Mana taknya, saat yang dinanti-nantikan bukan sahaja for me personally but semua orang jugak. Tanyalah sesiapa saja yang menjejakkan kaki ke Universiti dan setelah melalui proses orientasi, mengharungi semester demi semester, (4 tahun degree saya bersamaan dengan 8 semester fuhhh! Berpeluh dengar). Tak cukup tidur,tak cukup duit, kena backstabbing,kena crit dengan lecturers, diuji mental,fizikal,emosi, kena kunci pintu lecturer tak bagi masuk studio, berlari anak dari kolej ke bustop alih-alih kena tinggal dengan bas, lari dalam hujan bawak segala laptop, pelan, docs. Lepastu, turun site tak hafal site location Lecturer tak bagi balik naik bas. Nak hantar thesis dah naik motor siap dah start motor, motor pulak takda minyak, nak hantar jalan kaki hujan lebat angin kuat pulak. Fuhhh! Dugaan ya semua tu tapi takda orang pun yang tahu. Hanya Allah saja tahu. WHOAHHH!  Panjang betul ya flashback saya, Okay lah back to our story, sudah semestinya bila kita dah berjaya melalui fasa susah payah belajar dan suatu hari nanti impian kita nak bawak mak ayah keluarga datang menyaksikan majlis konvokesyen untuk mereka tengok sendiri bahawa segala penat lelah mereka akhirnya terbayar apabila melihat kejayaan anak anak mereka yang berjaya. Tapi siapalah kita, kita sebagai manusia hanya mampu merancang , Tapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Walaupun berat hati untuk menerima kenyataan ini tetapi Atiqah Redha dengan ketentuanNya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Bersangka baiklah pada Allah. “Allah takkan tarik sesuatu benda itu melainkan dengan menggantikanya dengan yang lebih baik”
#RamadhanYangBerbeza
Tumblr media Tumblr media
Siapa juga sangka, suatu hari nanti, kita tidak dibenarkan solat terawih berjemaah di Masjid seperti kebiasaanya setiap tahun yang kita lakukan. 
Siapa juga sangka, suatu hari nanti Pintu Masjid Ditutup. Jauh disudut hati ini sedih kerana tidak dapat menyambut Bulan Ramadhan seperti tahun-tahun yang lalu. Sesungguhnya, Ramadhan yang diraikan kali ini amatlah berbeza. Tahun ini (2020) solat terawih secara berjemaah di rumah sahaja di Imamkan oleh ayah. Pengalaman ini akan sentiasa terpahat diingatan sampai bila-bila dan tak mungkin dapat dilupakan.
#PerbezaanSyawalYangDirasai
Tumblr media Tumblr media
Raya tahun ni pun sangatlah berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Disebabkan oleh pandemic Covid-19. Dimana seluruh rakyat Malaysia  tidak dibenarkan untuk merentas negeri.
Sejujurnya, perbezaan syawal kali ini dirasai dan amat memberi kesan kepada seluruh umat islam. Tak boleh balik ke kampung untuk bertemu dengan opah tokwan, sanak saudara,adik beradik dan sahabat handai. (Walaupun kerajaan ada membenarkan untuk menziarahi keluarga yang terdekat dengan syarat tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah. Tetapi demi menjaga keselamatan semua orang saya sekeluarga memilih untuk tidak mengunjungi ke mana-mana rumah dan tidak juga menerima tetamu untuk datang berkunjung kerumah. (Demi keselamatan bersama). 
Sejujurnya sepanjang 25tahun hidup, tak pernah sekali pun kitaorang beraya di Penang (Rumah sendiri). Memang selalunya seminggu berkampung di Perak. Sama-sama kacau dodol, buat ketupat,rendang,lemang,susun kuih raya dalam bekas cantik-cantik untuk tetamu, isi duit rasa dalam sampul (Nampak tak betapa semangatnya nak sambut raya tu macam mana) Tapi tahun ni tak dapat la merasa lemang,ketupat,rendang special air tangan opah untuk semua anak cucu cicitnya. Mungkin ini lah hikmahnya, kalau saja-saja nak beraya di Penang memang takla. But this year we did it. #FirstimeBerayaTeamPenang
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga yang beraya di IKEA sambil menikmati hidangan meatball, lasagna panas-panass. 
#MenuRayaKaliniNiRareSikit
Tumblr media
Raya this year no more tradisional food. Semua menu western. 
Tumblr media
Tapi hakikatnya, jauh di sudut hati ku ini rindu kampung halaman. Ni lah tokwan saya. Walaupun umur dah mencecah 80an. Tapi still steady dan kuat untuk buat segala benda. Air tangan Opah dan tokwan sangatlah legend. #TakdaSiapaBolehGanti  Ni la suasana kampung saya
Tumblr media
Pintu tutup sepilu hatiku yang tak dapat balik beraya di kampung
#NewNorm2020
Tumblr media
My students with new norm. 
Tumblr media
Semua tengah semangat belajar sebabkan cuti lama since bulan 3 sampai lah bulan 7
Tumblr media
Namun, tak lama selepas itu, sekolah ditutup kembali dan akhirnya semuanya belajar secara online di alam maya sahaja. Alhamdulillah everything went well. And I’m done with it!
#Realiti2020
Tumblr media
Cuba tanya diri masing-masing “WHAT COVID 19 TAUGHT YOU....”
Tahun 2020 merupakan tahun yang dinanti-nantikan oleh kita semua untuk menyaksikan kehebatan dunia pada ketika ini yang disangkakan pada wawasan 2020 sudah memiliki kereta terbang, teknologi canggih yang tanpa batasan. Namun siapa kita untuk menentukannya?
Walau macam mana hebat sekali pun perancangan kita, Namun kita kena ingat and always bear in mind “Percaturan Allah S.W.T itu jauhhhhhh lebih baik. Jadi kita kena harungi realiti kehidupan tahun 2020.
#HikmahCovid-19 
Tumblr media
Banyak hikmah yang dapat kita perolehi daripada this Pandemic Covid-19 ni sebenarnya kalau kita betul-betul hayati dan muhasabah diri kita
Mungkin antaranya :-
~Allah nak tegur orang yang selalu mendongak ke langit supaya sesekali pandanglah ke bawah di mana tempat dia berpijak
~Allah nak tegur kita hidup penuh dengan dosa dan masih belum terlambat untuk kita berubah/bertaubat
~Allah nak tegur kalau dulu kita selalu rasa bangga dan kuat seperti tidak ada seseorang pun yang boleh hancurkan semuanya. Tapi Allah boleh..
~Allah nak tegur  segala nikmat yang diberikan ini semuanya hanyalah sementara bila bila masa juga dia boleh tarik
~Allah nak tegur supaya janganlah kita selalu bergantung/takut/tunduk pada manusia, kerana Allah sebaik-baik tempat bergantung
~Allah nak tegur janganlah kita pandang rendah pada orang yang bergaji kecil/kedudukan di bawah kerana suatu hari nanti kita juga boleh berada ditempat yang sama sepertinya.
~Allah nak tegur urusan dunia juga suatu hari nanti akan terhenti yang kekal hanyalah di alam yang kekal abadi (Akhirat)
~Allah nak tegur segala nikmat,kuasa,pangkat,darjat,kedudukan,kekayaan,kemewahan,kesenangan,kemahsyuran yang kita semua miliki pada hari ini semuanya hanyalah sementara. 
HIDUP KITA NI MACAM RODA, SEKEJAP KITA DI ATAS
SEKEJAP KITA DIBAWAH. 
P/s: Noted to my self too
Tumblr media
Sesiapa yang rasa macam 
“kenapa apa yang aku nak Allah tak bagi” 
 TAPI
“Apa yang aku tak suka aku dapat”
cuba hadam kata kata  di atas ini. InsyaAllah kita akan lebih tenang dan redha dengan apa yang kita miliki. 
#MuhasabahDiri
Tumblr media
Hidup kita ni jauh dari kesempurnaan,
Tapi orang diluar sentiasa nampak hidup kita ni sempurna,
sebab apa?
sebab Allah sentiasa tutup AIB kita supaya orang lain tak nampak
MashaAllah, baiknya Allah.
jujur...
Sesungguhnya, diri ini jauh dari kesempurnaan,
sesunggunya, diri ini tidaklah baik seperti yang disangkakan,
Sesungguhnya, diri ini tidaklah kuat seperti yang disangkakan, 
Sesungguhnya, diri ini masih perlu diperbaiki untuk menjadi yang lebih baik hari demi hari. 
semoga diri ini sentiasa istiqamah untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Dan Atiqah juga doakan sesiapa sahaja yang membaca entry ini semoga anda sentiasa berada dibawah lindunganNya, semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan olehNya dan segala apa yang anda impikan tercapai mungkin bukan harini, bukan esok, bukan bulan depan tapi suatu hari nanti tepat pada masa dan waktunya. Amiin yarobbal...
#HargaiSemuaOrangdiSekelilingiKita
Tumblr media
Sebagai manusia kita janganlah pandang seseorang itu pada rupa paras,perwatakan, pangkat, darjat,kedudukan dan kekayaannya. Kerana hakikatnya kita semua sama. Tidak ada satu pun yang sempurna.
Ada orang dilahirkan dalam keluarga yang senang,
TAPI... SAYANG..
Kurang perasaan empati dan simpati dalam diri,
Ada orang dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan
TAPI.. ALHAMDULILLAH..
Hidup sentiasa cukup, berkat, dan sentiasa dipermudahkan urusan.
Apa yang penting sebelum kita nak buat sesuatu perkara tu NIAT TU KENA BETUL
kalau NIAT kita nak tolong orang susah dengan niat kita share kan kebaikkan ni untuk orang lain ikut sama tolong orang-orang yang memerlukan (InshaAllah hanya Allah yang boleh menilai dan memudahkan urusan kita)
Sentiasalah hargai/bantu orang disekelilingi kita. Kalau kita tak dapat bantu dari segi wang ringgit bantulah dengan mendoakannya sudah memadai.
#SemogaTahun2021JauhLebihBaik
Tumblr media
Semoga tahun 2021 kita jauh lebih baik daripada tahun sebelumnya.
#Bersyukur 
Tumblr media
Dalam hidup ni kita kena sentiasa bersyukur,hargai dan menyayangi antara satu sama lain . Apa yang terjadi dan berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga tahun 2021 memberi satu sinar  yang baru buat kita semua. Dan sudah semestinya tahun 2020 meninggalkan kita seribu satu kenangan yang tak mungkin dapat kita lupakan sampai  bila-bila. 
Di kesempatan ini Atiqah nak ucapkan 
“Selamat Menyambut Tahun Baru” in advance
Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa membaca entry ini #TheluckyDolphinPost sebagai penutup tahun 2020. Semoga anda semua mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada entry ini. Rasanya dah setahun tak update blog ni. InshaAllah ada kelapangan nanti akan Atiqah update dari semasa ke semasa.
P/s: Sambil baca entry ni please go to youtube search lagu afgan-Ku Mohon okay! and feel it
A T I Q A H   A Z I Z A N
10.20PM 
29 DEC 2020
Assalamulaikum
Take care and Stay Safe everyone!
1 note · View note
Text
Woke
up by 5am Malaysia time just now.
There have been so many councils established before that acted as the “Pribumi Ministry”. We have the Majlis Amanah Rakyat (Mara), Federal Land Development Authority (Felda), and so on.
The establishing of a new ministry means more money to be spent. Even our current number of ministers and deputy ministers is too high. This is a burden to the taxpayers as the expenses of the government exceeds the national budget.
After 63 years of independence, there is no need for a ministry for pribumi affairs. Firstly, the government of the day should concentrate on eradicating corruption. Corruption is the biggest enemy today in Malaysia.
Secondly, focus on unity by treating all citizens equally as Malaysians. Stop preferential treatment for any one race. Thirdly, politicians should stop making racist statements.
Lastly, the government must not neglect the Orang Asli. The Orang Asli needs must be of paramount importance.
Prime Minister Muhyiddin Yassin is a frog too and he presides over the other frogs.
They are small-minded and politically-bankrupt. Their focus seems to be only how handicapped the bumiputera are and conveniently include the Orang Asli and the East Malaysians in their demands.
Actually, the Orang Asli and East Malaysians only want to be looked at as Malaysians equally, like all other communities, and not be taken advantage of.
In fact, many Malays are truly adaptive, hardworking, and do not look for handouts. The Covid-19 pandemic has mobilised many Malaysians, especially the Malay community, who have among them become self-employed in many trades with little help from the government and have adapted to the new norm.
Sadly, today, we have a bumiputera former prime minister who has stolen billions. We have become world-famous for the wrong reasons.
Government policies have made a mockery of our education. Our true Malaysian identity and culture has been lost and replaced by imported ones in the name of religion.
https://m.malaysiakini.com/news/544448/
Always,
i Woke up by 5am Malaysia time just now to protect kidney, then meditate. Have warm plain water is 👍
2
cure many iĺlness: Jogging continuously 30 minutes in daytime only after digested breakfast, light lunch & then walked 10000 steps (after had warm plain water) for sweating & bone health is 👍.
To prevent illness: AVOID chili for curing all illness including cough, flu, diabetes, etc. Avoid cold sugar drink & dessert after meal, an hour or as long as possible.
Sugar, sweetie and cold water will incur to the brain a false signal of hungry which is 👎.
Important:
Do not shower or wash head before 10am & finished bath before 6pm or then use hot water but not late than 7pm.
Reduced desire less than two times/month especially May, June, Dec, Jan, Mar, Sept...2protect life.
Have 12pm noon closed eyes about 15 minutes between 11am ~ 1pm local time (after light lunch & then walked minimum 100 steps).
Sleep before 10pm to discharge toxic every day & wake up by 5am
is
👍
Tumblr media
0 notes
ahmadzhafrimdnoor · 4 years
Photo
Tumblr media
KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN PARLIMEN SUNGAI BESAR FOKUS TAWAN KEMBALI PARLIMEN SUNGAI BESAR 19 JUN 2020 Pada hari ini telah berlangsungnya mesyuarat pertama Pakatan Harapan Parlimen Sungai Besar bagi tahun 2020 melibatkan pemilihan semula Jawatankuasa Penyelaras Parlimen. Mesyuarat ini melibatkan penyertaan wakil-wakil daripada 3 buah parti komponen Pakatan Harapan iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH) , Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Mesyuarat tersebut telah mencapai kata sepakat untuk memilih Yang Berhormat Tuan Ng Suee Lim, Speaker Dewan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Sekinchan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Sungai Besar. Jawatan Timbalan Pengerusi pula disandang secara bersama oleh Ketua Cabang PKR Sungai Besar, Saudara Azhar bin Achil dan Ketua Amanah Kawasan Sungai Besar, Saudara Zainol Azmi bin Abdul Rahman. Mesyuarat juga bersetuju untuk membuat beberapa ketetapan mewakili Pakatan Harapan Sungai Besar seperti berikut: 1. Kami menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam menyelesaikan apa-apa kemelut dan isu yang bersabit dengan kepimpinan , dasar dan halatuju Pakatan Harapan di peringkat nasional. 2. Pada masa yang sama . kami mendukung sepenuhnya kerajaan negeri Pakatan Harapan Selangor di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Haji Amirudin bin Shari yang komited membela hak rakyat serta memastikan Selangor terus maju bersama menuju negeri pintar dan berkebajikan. 3. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh Yang Berhormat Tuan Muslimin Bin Yahaya, Ahli Parlimen Sungai Besar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyokong kerajaan pintu belakang dan mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat Sungai Besar pada Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu. 4. Kami menggesa YB Tuan Muslimin bin Yahaya segera menurunkan atau menukarkan papan tanda besar dan kain rentang yang masih mengekalkan logo Pakatan Harapan di dalamnya supaya tidak menimbulkan kekeliruan rakyat. 5. Kami bersiap siaga menghadapai sebarang kemungkinan berlakunya pilihanraya mengejut yang akan diadakan bila-bila masa serta akan (Sungai Besar) https://www.instagram.com/p/CBqNk8vnhLoaAeQQsIPUZiu8bkG7wZPRxDPhYM0/?igshid=13njkjbrz5ivg
0 notes