#PkpLagi
Explore tagged Tumblr posts
Text
Selain bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan, sebagai manusia biasa, tetap juga rasa sedihnya menjadi rakyat Malaysia kerana terpaksa berkorban hati dan perasaan menghadap menteri menteri yang asyik asyik sedang mengkaji dan menimbangkan semula pelan pelan pemulihan fasa untuk hapuskan wabak koronavirus ni ye. Daripada tahun lepas, baru kebelakangan ini nak mengkaji. Aku tak tahulah sejauh mana mereka ikhlas untuk menyelamatkan nyawa rakyat yang semakin hari banyak terkorban bukan setakat sebab covid, sebab mental pun ada, ramai yang murung dan ada yang bunuh diri dengan bebanan hutang. Seolah-olah menteri buat-buat tak nampak keadaan yang sedang berlaku dan apa yang mereka buat hanya mengkaji pelan dulu. Betapa banyak nya masa sudah dihabiskan dengan duduk rumah, tak dapat merentas daerah dan negeri, sambutan perayaan begitu hambar. Menteri seolah-olah tidak ikhlas menjaga rakyat dan apa yang diucapkan dibibir mereka hanyalah menyalahkan rakyat yang banyak melanggar sop. Mereka hanya nampak salah rakyat tetapi, tidakkah mereka nampak betapa banyaknya rakyat sudah terkorban? Mereka tidak nampak jugak ke betapa susahnya rakyat terpaksa menghadapi kemelut bebanan hutang dan lepas tu, terpaksa tanggung ahli keluarga yang ramai ? Kalau tidak mahu susahkan diri untuk fikir kebajikan rakyat, jangan jadi menteri lagi bagus. Peranan menteri yang sebenar untuk membantu rakyat mengurangkan beban, bukan menambahkan lagi beban.
Tetapi tidak. Mereka jadi menteri untuk apa ? Untuk duit kah ? Untuk kemewahan kah ? Kamu jawablah di akhirat. Kamu rasa senang lah di dunia , tapi jangan ingat akhirat boleh lepas . Kalau kamu tidak merasa apa pun, itu betul2 tandanya hati kamu sudah mati sebab rasa macam lambat lagi pengadilan yang sebenar untuk kamu. Rakyat bijak cuma menteri yang tidak mahu dengar kata rakyat. Mana ada kes covid boleh turun selagi kilang dibuka ? Dimanakah logiknya ? Memang tak boleh lah nak fikir logik sebab tengah fikir cara nak kekalkan kuasa dan duit saja . Sampai bila nak tunggu kes turun at least 4000 ke bawah memandangkan punca segalanya berasal dari tempat kerja. Boleh pulak ada seorang orang tua ni kata, asal covid dari asrama tempat tinggal pekerja. Ya Allah. Kalau dia dah datang keje, dah merebak ke satu kilang lah pandai . Dia nak jugak backup kilang , semahu-mahu nya cari statement yang tidak akan salahkan kilang .
Menyusahkan frontliners sungguh. Frontliners bermati-matian menghadap benda sama , kejar sana sini , yang mereka tahu , melawat , buat statement , habis kerja balik rumah layan cucu . Sama jugak macam yang jaga SJR , entah sampai bilalah mereka nak berpanas jaga roblok bagai . Tahu nak kurang kan orang melata pergi sana sini, tapi menteri lah yang lembab sebab lambat sangat nak kurangkan kes . SOP bercelaru, pelan pemulihan bercelaru. Dia ibarat, selagi benda tak jadi, selagi itu kita hanya merancang setakat itu sahaja . Rancangan jangka panjang ada , tapi baru di tahap nak mengkaji ye sekarang setelah setahun menghadap covid. Tidak diketahuilah tahap amanah mereka menjaga rakyat. Sepatutnya bila dah nampak covid ni pattern dia macam mana, pihak yang tertentu patut lebih bijak merangka pelan dan bekerjasama, bukannya menggunakan covid ini untuk bahan politik.
Rakyat sudah jemu dengan pelan yang dirangka menteri-menteri sebab tidak nampak apa hasil pun. Selangor masih di tangga pertama dengan kes sebanyak 2000 ke atas. Yang hairannya, menteri patutnya nampak kenapa Selangor makin tinggi tetapi kenapa tiada pelan yang lebih tegas untuk Selangor ? Nak jaga kepentingan siapa tu kat Selangor ? Selangor kan negeri yang paling banyak kepentingannya . Selangor lah negeri paling tinggi kes , kenapa negeri ini yang mula2 dulu membenarkan urusan pejabat agama untuk ada kan majlis akad nikah ? Selangor kes paling tinggi tapi dia dulu mahu bukak majlis ? Aku dah kata, Selangor ni negeri banyak kepentingan, tapi menteri tak dapat nak buat apa melainkan tercongok menunggu kes turun . Ingatlah, selagi kilang2 banyak dibuka, selagi itu kes tidak akan turun dengan mudah dan selagi itu kita harus hidup sampailah hilang pertimbangan . Menteri kini membunuh rakyat dari segi mental . Maka, rakyat , kita semua terpaksalah bertabah , kuatkan mental.
Belum lagi dengan beban mental , sekali langgar sop , duit lagi terbang . Menteri sekali lagi membunuh rakyat . Dengan keadaan rakyat terumbang-ambing mencari pendapatan , dapat pulak saman yang mana nilainya amat tinggi . Kalau menteri kene saman yelah, nilainya rendah atau takde nilai langsung sebab siapa je berani nak saman menteri .
Terkini, nasib baik peniaga makanan dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 10 malam setelah sekian lama mendengar rintihan rakyat . Tetapi , selagi kilang banyak-banyak tak tutup , hati dan perasaan kita terpaksa berkorban lagi weh sebab apa-apa pelan menteri buat, tersangatlah lambat untuk ambil masa bagi nampak impaknya . Sepatutnya, kalau diorang ikhlas tolong rakyat, pelan pemulihan yang dibuat dah boleh nampak kesan tapi tidak. Azmin Ali sorang yang bangga diri menyatakan kes covid semakin turun . Kenyataan untuk sedapkan hati dan selamatkan diri padahal dia buat-buat buta, kes masih 5000 lagi , bukannya turun sampai 400 ke 500 kes.
#PkpLagi#Sedih#Rentas negeri#Melayu islam#Menteri#Azmin ali#Coronavirus#Covid#Malaysia#Bengang#Lembab
2 notes
·
View notes