#InsuransKenderaan
Explore tagged Tumblr posts
ohhmymalaysia · 3 years ago
Video
youtube
Beza Antara Insurans Kenderaan 1st Party Dan 3rd Party Info Ringkas! 
Biasanya anda akan renew insurans setiap tahun kan? Apa insurans yang anda ambil,adakah insurans 1st party atau 3rd partyTahukah anda apa perbezaan antara insurans 1st party dan 3rd party?
0 notes
fincrew · 2 years ago
Link
Ramai tahu kos untuk membeli atau memperbaharui insurans kenderaan pastinya mahal terutama sekali bagi kenderaan baharu. Sebab itulah anda akan dengar mereka merungut ataupun mengeluh setiap kali perlu memperbaharui insurans kenderaan mereka. Tapi, jangan risau. Anda masih lagi mampu untuk menjimatkan duit anda semasa memperbaharui insurans biarpun secara online. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk menjimatkan duit anda semasa ingin membeli atau memperbaharui insurans kenderaan:
1. Letak Nilai Insurans Yang Tepat
Semasa proses membeli insurans kenderaan, anda perlu meletakkan nilai insurans kereta mengikut nilai pasaran semasa kenderaan itu. Dengan cara ini, anda cuma perlu membayar jumlah yang sepatutnya sahaja. Anda juga boleh memilih nilai yang dipersetujui bersama dengan syarikat insurans. Tetapi pastikan nilai tersebut tak lebih dan tak kurang. Ini mengelakkan anda daripada kerugian. Sebagai contoh, jika anda meletakkan nilai yang lebih tinggi daripada nilai pasaran, anda akan dikenakan premium yang lebih tinggi. Tetapi bila anda meletakkan nilai yang rendah pula, tiba masa untuk anda membuat tuntutan, anda terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk menanggung kerosakan yang anda alami. Ini kerana pihak insurans memberikan jumlah pampasan yang lebih rendah. Jadi, lebih baik jika anda meletakkan nilai yang tepat untuk keuntungan anda.
2. Pilih Perlindungan Yang Sesuai
Seperti yang sedia maklum, terdapat 3 jenis polisi insurans kenderaan yang ada di Malaysia iaitu polisi pihak ketiga, polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan juga polisi komprehensif. Walaupun polisi insurans kenderaan komprehensif menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh, mungkin anda tidak memerlukan kesemua perlindungan yang ditawarkan di dalam polisi terbabit. Sebagai contoh, anda cuma menggunakan kereta untuk menghantar anak ke sekolah yang jaraknya hanya 5 minit perjalanan. Jadi, rasanya tidak perlu anda mengambil polisi komprehensif yang mahal. Cukup sekadar membeli polisi insurans pihak ketiga sahaja. Jadi, selidik dan kaji dahulu setiap jenis polisi untuk mencari polisi mana yang seharusnya anda ambil. Bila sudah tahu polisi yang tepat untuk anda, barulah mudah untuk anda membuat perbandingan harga premium yang ditawarkan antara sebuah syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain.
3. Lihak Promosi
Bukan produk lain sahaja yang ada promosi, insurans juga ada promosi. Lagipun, zaman sekarang terdapat pelbagai premium insurans yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans yang berbeza. Jadi, pastinya syarikat-syarikat insurans ini akan berlumba-lumba menawarkan pelbagai promosi menarik bagi menarik minat pelanggan. Tugas anda cuma perlu peka, bila agaknya pihak insurans akan melakukan promosi harga menarik.
4. Buat Perbandingan
Bagi yang sering membaca tentang tip-tip penjimatan, anda pasti sudah selalu mendengar nasihat supaya sentiasa membuat perbandingan harga sebelum mengambil keputusan untuk membeli sesuatu. Kaedah yang sama juga boleh dilakukan jika anda ingin membeli atau memperbaharui polisi insurans kenderaan anda. Ini kerana terdapat banyak pilihan pelan insurans kenderaan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans di luar sangat. Harga premium yang mereka tawarkan juga berbeza-beza di antara satu syarikat dengan satu syarikat yang lain. Jadi, jika anda ingin berjimat, anda perlulah meluangkan sedikit masa untuk membandingkan polisi insurans yang ada di luar sana.
Di zaman yang serba canggih ini, anda boleh menjimatkan masa anda untuk melakukan semua perkara di atas tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah anda. Anda boleh melakukan segalanya dihujung jari sahaja. Antara laman web perbandingan insurans yang anda boleh lawati adalah Fincrew.my. Di sini anda bukan sahaja boleh membandingkan serta mendapatkan sebut harga insurans kenderaan, tetapi anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang insurans kenderaan di Malaysia. Jadi, apa tunggu lagi? Layarilah laman web Fincrew sekarang!
1 note · View note
fincrew · 2 years ago
Link
Disebabkan faktor tertentu anda mungkin perlu mengambil polisi insurans auto untuk kenderaan anda walaupun tanpa lesen. Adakah anda tertanya-tanya adakah mungkin untuk mendapatkan insurans kenderaan walaupun tanpa lesen memandu yang sah di negara ini? Adakah anda ingin tahu tentangnya? Apa yang perlu anda lakukan hanyalah duduk dan teruskan menonton video ini!
Helo dan selamat datang ke satu lagi episod dalam Siri Video Insurans360! Hari ini saya akan membawa anda untuk mengetahui bagaimana untuk mendapatkan pelindungan insurans sepenuhnya biarpun tanpa lesen dengan langkah pantas dan mudah! Saya, Yuna duta jenama Fincrew dan terima kasih kerana bersama kami hari ini. Dapatkan segalanya yang perlu anda ketahui tentang insurans kenderaan di hujung jari anda! Hanya klik pada ikon ‘Subscribe’dan aktifkan notifikasi supaya anda dapat melihat segala yang ada dalam Siri Video Insurans360 kami!
Sekarang, setelah anda selesai melakukannya mari kita mulakan. Lesen memandu merupakan sebahagian keperluan untuk mendapatkan insurans auto di Malaysia. Salah satu sebab utamanya ialah syarikat insurans kenderaan memerlukan maklumat ini bagi memeriksa sejarah pemanduan anda. Jika mereka tidak memilikinya, maka mereka tidak dapat menjangka potensi risiko yang mereka ambil dengan pemanduan anda. Dengan kata mudah, mereka mungkin akan mengalami sedikit masalah untuk menilai berapa premium yang perlu anda bayar untuk insurans anda itu. Disebabkan ini, mencari syarikat insurans yang akan memberikan pelindungan kepada anda tanpa lesen memandu adalah agak mencabar. Ia mencabar, tapi tidak mustahil. Sesetengah syarikat insurans tetap akan memperluaskan pelindungan anda biarpun anda tidak memiliki lesen memandu yang sah. Syarikat insurans ini mempertimbangkan bahawa anda mungkin tidak mempunyai lesen memandu kerana faktor memiliki pemandu atau mempunyai masalah kesihatan. Untuk itu, jika anda ingin mendapatkan pelindungan dari syarikat insurans ini, anda boleh melakukannya dengan menggunakan salah satu saluran berikut:
Namakan Orang Lain Sebagai Pemandu Utama
Anda boleh membeli polisi dengan menggunakan nama individu lain. Ini akan berfungsi dengan baik jika nama individu yang anda gunakan itu:
Tinggal di alamat anda
Mempunyai hubungan dengan anda dan
Mempunyai lesen memandu yang sah
Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada syarat sebenar syarikat insurans tersebut, individu yang ingin anda namakan sebagai pemandu utama mungkin tidak memenuhi semua kriteria yang telah disebutkan tadi. Namun, selaras dengan pendekatan ini, anda boleh membeli polisi tersebut dan menamakan diri anda sebagai pemandu yang dikecualikan. Banyak syarikat insurans yang terbuka dengan cara ini. Perlu diingatkan bahawa, sekiranya anda terlibat dalam kemalangan semasa memandu, anda tidak akan menerima apa-apa bayaran bagi menampung perbelanjaan akibat kemalangan itu.
Namakan Pemandu Berlesen Sebagai Pemilik Bersama Kenderaan
Sebagai pilihan, anda boleh mengambil polisi tersebut dan kemudian menamakan seseorang yang mempunyai lesen memandu yang sah sebagai pemilik bersama kenderaan. Dalam pelbagai peringkat, pendekatan ini terbukti lebih mudah untuk anda berbanding dengan pilihan sebelum ini.
Menggunakan ‘Parked Car Policy’ (Polisi Kereta Terpakir)
Sekiranya anda mempunyai kereta eksotik atau kereta mahal yang di parkir di garaj anda, anda MESTI mengambil insurans. Anda boleh berunding dengan syarikat insurans untuk memberikan pelindungan lain, tetapi masih menginsuranskan kereta anda daripada kecurian, kebakaran dan kerosakan. Ini merupakan cara paling biasa untuk anda melindungi kenderaan tanpa memiliki lesen memandu.
Jadi, apa pendapat anda tentang memiliki kereta tanpa lesen memandu? Adakah anda akan melakukannya? Kongsikan kepada kami di bahagian komen di bawah. Jangan tinggalkan kami tanpa tanda ‘Like’ dan tekan butang ‘Subscribe’ serta aktifkan notifikasi! Jumpa lagi!
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana untuk memperbaharui insurans kenderaan anda secara online? Ada sebarang soalan tentang Fincrew? Hubungi pasukan bantuan dan jualan kami sekarang. https://www.fincrew.my/bm/contactus.html #insurans #insuranskenderaan #insurance #insuranceagent #insurancecompany #komprehensif #insuranskereta #renewroadtaxinsurancekereta #fincrew (at The Vertical Office Suites at Bangsar South) https://www.instagram.com/p/CSGtGQkBXOV/?utm_medium=tumblr
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
FinCrew merupakan salah satu laman web perbandingan insurans kenderaan paling komprehensif di Malaysia. Kami komited untuk membantu anda mencari produk yang tepat dengan harga terbaik serta berdedikasi untuk menjimatkan masa dan wang anda.
https://www.fincrew.my/bm/aboutus.html #insurans #insuranskenderaan #insurance #insuranceagent #insurancecompany #komprehensif #insuranskereta #renewroadtaxinsurancekereta #fincrew (at The Vertical Office Suites at Bangsar South) https://www.instagram.com/p/CSGr7fzBjzN/?utm_medium=tumblr
0 notes
fincrew · 4 years ago
Text
Tuntutan Insurans Kenderaan
Tumblr media
Apabila kenderaan yang diinsuranskan terlibat dalam kecelakaan, tuntutan insurans kereta tersebut selalunya akan ditangguhkan. Ia bergantung kepada senario atau situasi bagaimana kenderaan tersebut mengalami kerosakan. Tidak ada sesiapa yang mahu terlibat dalam kemalangan. Tetapi kadangkala berlaku juga perkara yang tidak diingini. Mungkin kereta anda terlibat dalam kemalangan yang tidak melibatkan kehilangan nyawa, tetapi ia merupakan pelanggaran yang teruk atau kereta anda dicuri. Dalam keadaan seperti inilah ‘insurans’ yang selalu membuatkan anda merungut untuk membelinya akan memberikan manfaat yang besar. Sama ada kereta anda dicuri, atau terlibat dalam kemalangan (tidak kira siapa yang bersalah), perkara pertama yang akan diberi perhatian adalah jenis insurans yang anda ambil. Setelah itu, faktor kehilangan atau kerosakan kereta tersebut akan diambil kira.
Dalam Kes Kecurian
Kes kecurian merupakan senario yang paling tidak digemari, membuatkan polisi insurans jenis ini sangat penting untuk kereta anda. Kesahihan tuntutan insurans anda hanya akan dipertimbangkan sekiranya anda memilikinya.
Pelindungan Komprehensif, Pelindungan Kecurian Dan Kebakaran Pihak Ketiga
Polisi asas insurans pihak ketiga tidak merangkumi pelindungan terhadap anda atau melindungi kenderaan anda dalam kes kecurian. Sebaliknya, ia untuk melindungi dan memberi pampasan kepada pihak ketiga yang mengalami kecederaan, kematian atau kemusnahan harta benda.
Situasi Kecurian
Jika kereta yang dicuri itu bukan milik anda, anda mungkin akan beranggapan tuntutan insurans anda itu tidak sah. Lebih-lebih lagi apabila dalam kes kecurian, proses untuk mendapatkan tuntutan mengambil masa yang agak lama. Setelah dimaklumkan tentang kecurian itu, pihak polis dan syarikat insurans harus melakukan siasatan terlebih dahulu.
Untuk Kes Kemalangan Jalan Raya
Jika anda dapati kenderaan anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, anda boleh melakukan tuntutan insurans melalui dua cara. Anda boleh: Membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda, atau Atau daripada syarikat insurans pihak lain yang terlibat Membuat Tuntutan Insurans Daripada Syarikat Insurans Anda Perlu diingatkan bahawa anda akan kehilangan faedah ‘No Claim Discount’ (NCD) secara automatik sekiranya anda memilih untuk melakukan perkara ini. Penting untuk anda melakukan proses sewajarnya dengan segera. Sebagai contoh, anda perlu membuat laporan insiden kepada polis dalam tempoh 24 jam selepas kejadian berlaku. Kegagalan untuk melaporkan perkara ini dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh menyebabkan anda didenda RM300! Jangan lupa juga untuk memaklumkan kepada syarikat insurans anda mengenai kemalangan tersebut. Sebaiknya, kereta anda dihantar ke bengkel yang disahkan oleh syarikat insurans anda secepat mungkin untuk memastikan kereta anda dapat dibaiki pada masa yang lebih singkat. Kemudian anda hanya perlu mengisi dokumen tuntutan insurans dan mengembalikannya kepada syarikat insurans. Dari sini ‘adjuster’ anda melakukan semua proses bermula dengan kereta anda. Membuat Tuntutan Dari Syarikat Insurans Pihak Lain Ingat! Ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda tidak bersalah. Selepas anda membuat laporan kepada pihak polis, anda perlu menghantar kenderaan anda ke bengkel syarikat insurans pihak yang bersalah. Anda juga memerlukan khidmat ‘adjuster’ untuk menentukan kos pembaikan dan mempercepat CART (Compensation for Assessed Repair Time). Pada waktu ini, anda perlu membayar sendiri kos pembaikan tersebut. Setelah anda menghantar dokumen tertentu kepada penanggung insurans pihak yang bersalah, anda akan mendapat ganti rugi dengan segera. Tuntutan Kerosakkan Umum Dan Khas Bergantung kepada pelindungan insurans yang ditawarkan kepada anda, anda mungkin boleh membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut, pihak yang terlibat itu perlu memberikan ganti rugi kepada anda. Mereka akan membayar anda sepenuhnya jika mereka bertanggungjawab sepenuhnya atau anda memikul sebahagian tanggungjawab terhadap kemalangan tersebut. Ini dikenali sebagai kerosakan umum. Manakala kerosakan khas pula merujuk kepada perbelanjaan yang anda harus tanggung akibat kemalangan tersebut seperti kos pembaikan dan juga perubatan. Read the full article
0 notes
fincrew · 3 years ago
Video
youtube
Insurans 360° | Apakah Insurans Auto Komprehensif
Dalam episod kali ini, kami akan membincangkan secara menyeluruh tentang insurans auto komprehensif dan bagaimana ia berbeza daripada polisi insurans kenderaan yang lain. Helo, saya (nama) duta jenama Fincrew dan saya akan membimbing anda berkenaan segala perkara berkaitan insurans auto. Hari ini kami akan memfokuskan setiap perkara yang membezakan polisi insurans kenderaan komprehensif dengan polisi lain. Anda tidak mahu ketinggalan walau satu video pun dari siri Video Insurans360! Dapatkan semua maklumat terkini yang berkaitan dengan yang anda perlukan bagi memanfaatkan setiap ringgit berharga anda! Hanya klik pada butang ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi, jadi anda akan bila kami memuat turun video terbaru! Terdapat banyak jenis polisi insurans di luar sana hari ini. Jadi, untuk memahami bagaimana setiap satunya berbeza daripada yang lain, anda perlu tahu makna di setiap satu polisi ini. Anda akan dapati terdapat tiga polisi insurans auto yang berfungsi pada hari ini. Ia adalah:
Insurans auto Pihak Ketiga
Insurans auto Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
Polisi Insurans Komprehensif
Perlindungan Auto Pihak Ketiga
Ini merupakan insurans kenderaan paling asas dan paling murah yang anda boleh ambil untuk kenderaan anda. Secara asasnya, apa yang dilakukan oleh polisi ini adalah memberikan anda jaminan kewangan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang merosakkan kenderaan atau harta benda pemandu lain. Polisi ini akan menampung kos pembaikan harta benda dan bil perubatan pihak lain sekiranya diperlukan. Namun setakat itu sahaja pelindungan polisi ini. Sebagai polisi kenderaan paling murah yang boleh anda ambil, pelindungan ini tidak meliputi kos membaiki kenderaan anda sendiri atau membayar bil perubatan anda.
Perlindungan Auto Pihak Ketiga, Kebakaran Dan Kecurian
Polisi ini mempunyai persamaan yang hampir sama dengan polisi perlindungan insurans auto Pihak Ketiga. Nampaknya ia juga turut merangkumi implikasi kewangan bagi membaiki kenderaan atau harta benda pemandu lain dan menyelesaikan perbelanjaan perubatan. Namun begitu, ia menawarkan satu lagi ciri tambahan yang penting. Di bawah pelindungan polisi ini, anda berhak untuk membuat tuntutan jika kenderaan anda dicuri atau rosak akibat kebakaran atau kecurian. Tapi perlu diingatkan, anda perlu berhati-hati semasa mengemukakan tuntutan di bawah polisi ini kerana ia tidak menanggung kos membaiki kerosakan akibat kemalangan.
Perlindungan Insurans Auto Komprehensif
Ini boleh dikatakan sebagai polisi insurans auto paling mahal di negara ini sekarang. Namun, semakin banyak pemandu mendapatkannya setiap hari. Ia terus mendapat perhatian kerana menawarkan pelindungan yang lebih luas untuk kenderaan anda. Selain menawarkan apa yang diperoleh dari gabungan polisi Pihak Ketiga serta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, ia juga menyediakan beberapa ciri khas yang unik hanya untuk pelindungan jenis ini. Mungkin yang paling hebat dari ciri ini adalah hakikat bahawa ia menanggung kos pembaikan kenderaan anda sekiranya rosak akibat kemalangan! Ini merupakan alat berharga dan berguna jika kereta anda mahal atau eksotik dan anda tidak mampu untuk menggantikannya begitu sahaja. Walaupun begitu, sehebat mana pun polisi ini, ia tidak akan melindungi anda dalam setiap senario kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, di bawah polisi ini tuntutan tidak dapat difailkan sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami kecederaan. Satu lagi, jika aksesori kereta yang dipasang khas rosak atau dicuri, polisi ini tidak akan menanggung kos kerugian tersebut.
Full article here https://blog.fincrew.my/2021/10/04/apakah-insurans-auto-komprehensif/
Our Blog: https://blog.fincrew.my Twitter: https://twitter.com/FinCrew_my Instagram: https://www.instagram.com/fincrew.my/ Youtube: https://www.youtube.com/c/Fincrew/ Facebook: https://www.facebook.com/fincrew.my
#Fincrew #InsuransAuto #InsuransAutoKomprehensif #InsuransKenderaan #InsuransKenderaanPihakKetiga #PelindunganPihakKetiga
0 notes