#insuranskereta
Explore tagged Tumblr posts
ohhmymalaysia · 3 years ago
Video
youtube
Tak Ada Lesen Atau Lesen Tamat Tempoh Kalau Kemalangan Boleh Claim Insurans Tak?
Ini adalah satu soalan baik,kalau kita terlibat dalam kemalangan baik motor atau kereta tapi kita tiada lesen boleh claim tak insurans,jawapannya senang...ikuti video penuh untuk informasi lengkap ya!
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Empat perkara yang perlu dilakukan selepas kemalangan kereta 🚓 Laporkan kemalangan itu kepada syarikat insurans anda 🚓 Tarik kereta anda ke bengkel panel untuk diperiksa 🚓 Serahkan dokumen yang diperlukan kepada syarikat insurans anda 🚓Ketahui berapa harga kereta anda https://blog.fincrew.my/2020/12/12/total-loss-dalam-syarat-insurans-kereta/ #kereta #insuran #insurance #insuranskereta #insuranceauto #autoinsurance #accident #accidentshappen #fincrew #insuranmotor (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CR8-4XMhP8R/?utm_medium=tumblr
1 note · View note
fincrew · 2 years ago
Link
Bagi para pemilik kereta, pasti ramai yang selalu mengeluh sewaktu sampai masa untuk memperbaharui insurans kenderaan masing-masing. Iyalah, harga premium insurans kereta bukanlah murah. Tambah lagi jika anda mengambil polisi yang menawarkan pelindungan yang lebih baik seperti pelindungan insurans komprehensif. Sudahlah anda diwajibkan untuk memperbaharui insurans tersebut setiap tahun bersama dengan cukai jalan. Kadang-kadang bila duit pun tengah kurang, pasti ada juga yang merungut kenapalah, setiap pemilik kereta diwajibkan untuk mengambil polisi insurans kenderaan bukan? Mari kami kongsikan kepada anda apa yang perlu anda tahu tentang insurans kereta, dan kenapa ianya penting untuk para pemandu.
1. Diwajibkan Kerajaan
Anda tentu tahu bahawa, setiap pemilik kereta diwajibkan untuk mendapatkan pelindungan insurans kenderaan setiap kali ingin memperbaharui cukai jalan mereka. Anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan sekiranya anda tidak mempunyai pelindungan insurans kenderaan. Jadi, bagi yang mungkin tengah mempunyai masalah kewangan atau pun jarang menggunakan kereta tersebut, mereka akan membeli sekurang-kurangnya pelan insurans pihak ketiga supaya mereka dapat memperbaharui cukai jalan.
2. Melindungi Pemandu Daripada Sebarang Kemungkinan Di Atas Jalan Raya
Insurans kereta sangat penting bagi memberikan pemandu pelindungan daripada sebarang kemungkinan buruk yang mungkin akan berlaku. Contohnya seperti kemalangan, kecurian mahupun kebakaran. Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti di atas, pihak insurans akan memberikan pampasan ke atas kerosakan yang dialami oleh anda atau pihak lain dalam kemalangan tersebut. Tetapi, jenis tuntutan yang akan diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis pelindungan yang diambil oleh pemilik kenderaan tersebut. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendapatkan pelindungan insurans pihak ketiga, syarikat insurans tidak akan menanggung kerugian atas kerosakan yang dialami oleh kereta anda, sebaliknya hanya akan membayar pampasan kepada pihak lain yang anda langgar itu. Kalau anda tidak pasti, jenis pelindungan yang membolehkan anda membuat tuntutan kepada syarikat insurans, anda boleh terus berhubung dengan ejen insurans kereta anda. Jadi, senang cerita, insurans kenderaan ini akan membantu menyelamatkan duit poket anda daripada membayar kos baik pulih kenderaan yang boleh mencecah ribuan ringgit.
3. Jenis Insurans Yang Boleh Dipilih
Pemilihan pelan insurans yang tepat sangat penting supaya anda menerima pelindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Di Malaysia, terdapat tiga jenis pelindungan insurans yang boleh anda pilih iaitu polisi pihak ketiga, polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian serta polisi komprehensif. Ketiga-tiga jenis polisi ini memberikan tahap pelindungan yang berbeza-beza. Pelindungan yang paling asas dan murah adalah polisi insurans pihak ketiga. Manakala yang paling mahal serta menawarkan pelindungan yang menyeluruh kepada pemandu dan juga mangsa lain dalam kemalangan tersebut adalah polisi pelindungan komprehensif. Pemilik kereta juga masih boleh menambah beberapa lagi pelindungan yang dirasakan perlu di dalam polisi insurans komprehensif ini, sebagai contoh, pelindungan untuk cermin hadapan kenderaan serta pelindungan dari kecurian aksesori.
4. Boleh Dikenakan Penalti
Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda boleh dikenakan sehingga RM1,000 serta tiga tahun penjara sekiranya anda ditangkap memandu tanpa insurans kenderaan. Disebabkan anda tidak dapat memperbaharui cukai jalan tanpa insurans kenderaan, anda akan dikenakan tambahan denda sehingga RM3,000. Banyak bukan? Jadi pilih, nak bayar denda sampai beribu ringgit atau nak perbaharui sahaja insurans?
Sekarang anda pasti sudah nampak betapa pentingnya untuk mengambil polisi insurans kereta bukan? Jika anda risau tidak tahu mahu memilih polisi insurans yang tepat, anda boleh layari laman perbandingan insurans Fincrew. Anda boleh membandingkan sebut harga yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans yang anda di Malaysia. Ini memberikan peluang kepada anda untuk memilih pelan insurans yang sesuai dengan bajet masing-masing.
0 notes
fincrew · 2 years ago
Video
youtube
Insurans 360° | Apakah Penjelasan Mudah Mengenai Insurans Kereta?
Mendapatkan insurans, mengekalkannya dan memperbaharui polisi apabila perlu merupakan amalan standard bagi pemilik kenderaan. Namun, adalah selamat untuk mengatakan bahawa ramai pemandu yang tidak begitu tahu tentang insurans kenderaan melainkan perkara asas sahaja.
Apakah Sebenarnya Insurans Kereta?
Pada dasarnya, polisi insurans auto merupakan kontrak bertulis antara anda dan syarikat insurans yang melindungi anda daripada menanggung kerugian kewangan jika kenderaan anda mengalami kerosakan atau insiden kecurian. Sebagai balasan, anda perlu membayar apa yang disebut Premium. Perlu diingatkan sejauh mana pelindungan yang diberikan syarikat insurans kepada anda adalah bergantung kepada jenis pelan pelindungan yang anda ambil bersama mereka. Di Malaysia terdapat tiga jenis insurans kereta iaitu:
Perlindungan Pihak Ketiga
Mengikut peraturan pemanduan di negara ini, anda mesti memiliki polisi insurans auto sebelum memandu kenderaan anda di jalan raya. Ini merupakan pelindungan paling sedikit yang boleh anda ambil untuk kenderaan anda. Ia juga adalah yang paling murah. Bagaimanapun, skop pelindungan adalah minimum kerana anda hanya diinsuranskan untuk kerosakan kepada harta benda, kenderaan serta individu lain, tidak lebih dari itu.
Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran Dan Kecurian
Ini merupakan penambahbakan kepada pelindungan asas Pihak Ketiga untuk pemandu yang sanggup membayar lebih sedikit. Perlu dinyatakan bahawa mendapatkan polisi ini adalah mengikut pilihan masing-masing. Beberapa faedah melakukannya termasuklah hakikat bahawa anda diinsuranskan terhadap kerugian kewangan sekiranya kenderaan anda rosak akibat kebakaran dan kecurian. Tapi, anda tidak diinsuranskan untuk membaiki kenderaan anda sekiranya ia rosak akibat kemalangan.
Perlindungan Komprehensif
Ini merupakan polisi pelindungan paling luas dan mahal yang anda boleh ambil untuk kenderaan anda hari ini. Anda bukan sahaja dilindungi sepenuhnya dari segi kewangan sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan atau harta benda Pihak Ketiga, tetapi anda juga tidak perlu mengeluarkan duit poket anda sendiri sekiranya kereta anda mengalami kerosakan akibat kebakaran atau kecurian. Anda juga diinsuranskan untuk pembaikan jika kereta anda rosak akibat pelanggaran, dengan syarat anda bukan pihak yang bersalah. Untuk menuntut bayaran, anda perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dalam tempoh 24 setelah kemalangan. Seterusnya, pindahkan kenderaan anda ke bengkel panel syarikat insurans anda atau syarikat insurans pemandu yang bersalah bergantung kepada kejadian kemalangan. Anda kemudian perlu menggunakan khidmat ‘Adjuster Berlesen Bebas’ untuk membantu anda menilai perkara-perkara seperti kos kerosakan dan pampasan yang sesuai untuk jangka masa yang anda perlukan tanpa kenderaan.
Setelah itu, anda perlu bersedia dengan:
Salinan asal laporan polis anda
Keputusan laporan anda
Salinan kad pengenalan dan lesen memandu anda
Kad pendaftaran kereta anda
Laporan penyelaras, bil kos pembaikan dan bukti bergambar mengenai kemalangan tersebut
Dan hanya itu yang perlu anda ketahui mengenai insurans auto buat masa ini! Adakah anda mempunyai sebarang soalan mengenai insurans kereta di Malaysia setakat ini? Tinggalkan di bahagian komen di bawah, dan kami akan respons segera!
0 notes
fincrew · 2 years ago
Link
Ada tak di antara anda semua yang ingin menukar syarikat insurans kerana ingin mencuba polisi dari syarikat lain yang lebih menarik? Atau mungkin anda ingin membeli kenderaan baharu dan mahu menggunakan polisi insuran dari kenderaan lama? Jika anda sedang memikirkan untuk dua perkara ini, jangan lupa pula untuk memindahkan ‘No Claim Discount’ (NCD) atau Diskaun Tiada Tuntutan anda kepada syarikat insurans atau kenderaan baru anda. Kalau tidak, rugi nanti! Bagi anda yang masih belum tahu apa itu NCD, NCD adalah diskaun yang diberikan kepada pemilik insurans sekiranya pemilik insurans tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pembelian polisi tersebut. Anda juga layak menerima NCD sekiranya tidak ada sebarang tuntutan yang dibuat terhadap anda daripada pihak ketiga. Untuk maklumat anda, anda boleh mendapat diskaun NCD sehingga 55% selepas 5 tahun. Banyak bukan? Kerana itu, anda perlu sentiasa berhati-hati dan memandu dengan cara yang berhemat agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang menyebabkan anda terpaksa membuat tuntutan kepada syarikat insurans. Sekiranya anda ingin bertukar syarikat insurans dan juga kenderaan baharu, anda boleh memindahkan NCD lama anda kepada pihak insurans dan juga kenderaan baharu itu. Ini kerana NCD akan kekal kepada penama insurans tersebut. Jadi, kalau anda nak bertukar syarikat insurans atau kenderaan baharu pun, anda tidak perlu risau NCD anda terbatal.
Tumblr media
3 Keadaan NCD Tidak Boleh Dipindahkan
-Pindahkan kepada nama orang lain.
-Guna pihak ketiga untuk pindahkan NCD
-Tukar NCD daripada kenderaan peribadi kepada kenderaan komersial.
Perkara Yang Tidak Akan Mempengaruhi NCD
Mungkin ramai yang beranggapan, kalau berlaku sahaja kemalangan atau pun tuntutan dibuat, anda tidak akan mendapat NCD. Sebenarnya ia bergantung kepada siapa yang menyebabkan kemalangan, cara tuntutan dan banyak lagi faktor. Berikut merupakan situasi yang tidak akan menjejaskan NCD.
Kos kerosakan ditanggung sendiri dan tidak memohon pampasan dari syarikat insurans.
Kos kerosakan ditanggung oleh pihak ketiga tanpa membuat tuntutan kepada syarikat insurans anda.
Untuk kes langgar lari, pemilik boleh memohon ‘No Fault Own Damage’ (NFOC) pada syarikat insurans anda. Ia tidak akan memberikan kesan kepada NCD anda.
Bergantung kepada keputusan pihak polis selepas kemalangan dilaporkan. Siapa yang bersalah dalam kemalangan tersebut?
Jika perlu menukar cermin hadapan, dan anda telah membeli pelindungan tambahan untuk cermin hadapan, anda boleh membuat tuntutan insurans tanpa memberi kesan kepada NCD.
Jika memang terbukti anda yang bersalah, tentulah anda tidak akan mendapat diskaun NCD. Berbalik kepada topik asal, bagaimana caranya untuk memindahkan NCD?
Sediakan dokumen peribadi seperti salinan kad pengenalan dan juga maklumat bank. Jika tidak pasti dokumen apa yang diperlukan, hubungi sahaja ejen insurans anda. Jangan lupa untuk sediakan duit tambahan, mana tahu ada baki premium insurans yang perlu anda bayar nanti.
Isi borang pemindahan NCD. Jika insurans anda itu telah luput, anda perlu nombor ‘cover note’ pelindungan insurans. Pastikan anda simpan salinan ‘cover note’ yang ada kadar NCD paling tinggi. Bila sudah selesai semuanya, bolehlah anda periksa kadar NCD anda itu dengan pihak insurans. Mudah bukan?
Jadi, selepas ini, anda tidak perlu risau untuk menukar syarikat insurans sekarang kepada syarikat insurans yang lain. Bolehlah anda mula membandingkan polisi insurans yang ditawarkan di Malaysia di laman web Fincrew sekarang juga. Fincrew memberi peluang kepada anda untuk membandingkan pelindungan kenderaan yang ditawarkan di Malaysia. Jadi apa tunggu lagi? Klik dan cari pelindungan terbaik hari ini!
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
www.fincrew.my merupakan peneraju online kepada laman web perbandingan insurans di Malaysia. @fareiza_arianna membandingkan insurans kereta dia bagi mendapatkan kadar insurans yang lebih murah serta perlindungan yang lebih baik. Dapatkan sebut harga insurans kereta anda sekarang di link dalam profil kami. . . . #FinCrew #SayangFincrew #InsuransKereta #InsuransAuto #SebutHargaInsurans #InsuransKeretaMalaysia #CukaiJalan #CukaiJalanOnline #InsuransLebihMurah #InsuransMurah #InsuransMudah #memudahkaninsurans (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CWsC5hbhGX_/?utm_medium=tumblr
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Memperbaharui cukai jalan dan juga insurans kereta saya tahun ini secara online dengan @fincrew. @seeya_m_n suka betapa mudah dan pantas ia membantu saya untuk membanding dan memperbaharui insurans saya. Dapatkan sebut harga insurans kereta anda sekarang di link dalam profil kami. #Fincrew #SayangFincrew #InsuransKereta #InsuransAuto #SebutHargaInsurans #InsuransKeretaMalaysia #CukaiJalan #CukaiJalanOnline #InsuransLebihMurah #InsuransMurah #InsuransMudah #MemudahkanInsurans (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CWeulKYhSto/?utm_medium=tumblr
0 notes
fincrew · 3 years ago
Video
youtube
Apakah Susut Nilai Sifar Dalam Insurans Auto?
Terma dalam insurans boleh menjadi sukar! Tetapi anda tetap perlu cuba untuk memahaminya kerana ia adalah penting. Salah satu aspek penting yang kurang diketahui oleh para pemilik kenderaan adalah susut nilai sifar atau Nil Depreciation. Apakah maksudnya? Dan bagaimana ia berfungsi? Bagaimana pula anda sebagai pemilik kenderaan boleh mendapat manfaat daripada perkara ini?
https://blog.fincrew.my/2021/06/08/apakah-susut-nilai-sifar-dalam-insurans-auto/
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
是否有想过为什么你的保险费会和你的家人或朋友各不相同,即便是车子型号一样或是开车经验一样。其实,有非常多的因素都会影响你的保险费,无论是可控制的、或者不可控制的。 今天的影片将会为你分析是什么因素会影响你的保险费。想要了解更多?那就继续观看吧! Watch the full episode in the link at our bio . . . #omne拥有500万保险保单 #品牌投保三百万责任保险 #autoinsurance #insuranceauto #autosmartinsurance #insurance #lifeinsurance #homeinsurance #insuranceagent #carinsurance #carlifeinsurance #cargoinsurance #insuranskereta #renewroadtaxinsurancekereta #insuranskeretamurah #insuranskeretamotor #renewinsuranskereta #insuranskeretabajet #insuranskereta #renewroadtaxinsurancekereta #insuranskeretamurah #insuranskeretamotor #renewinsuranskereta #insuranskeretabajet #happycustomer #carinsurance (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CVKUKBrh5K7/?utm_medium=tumblr
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Jika anda pernah membandingkan harga insurans anda dengan apa yang dibayar oleh rakan-rakan, keluarga atau rakan sekerja anda, anda mungkin akan dapat melihat beberapa perbezaan yang ketara. Kenapa agaknya? Apakah faktor yang menentukan kadar insurans anda? Adakah anda sedang ditipu oleh syarikat insurans anda? Watch the full episode in the link at our bio . . . #insuranskereta #renewroadtaxinsurancekereta #insuranskeretamurah #insuranskeretamotor #renewinsuranskereta #insuranskeretabajet #insuranskereta #renewroadtaxinsurancekereta #insuranskeretamurah #insuranskeretamotor #renewinsuranskereta #insuranskeretabajet #happycustomer #carinsurance #insuranceagent #kakikereta #hondariau #secondcar #aylasurabaya #renewroadtax #jpj (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CVKUG9uhI_h/?utm_medium=tumblr
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
If you've ever compared what you pay as insurance to what some of your friends, family or colleagues pay, you may have noticed some striking dissimilarities. Why is that so? What factors even determine what you pay as insurance? Are you being cheated by your insurance provider?As a vehicle owner and insurance policy holder, these are pertinent questions you have to find answers to. Watch the full episode in the link at our bio . . . #insuranskereta #renewroadtaxinsurancekereta #insuranskeretamurah #insuranskeretamotor #renewinsuranskereta #insuranskeretabajet #happycustomer #carinsurance #insuranceagent #kakikereta #hondariau #secondcar #aylasurabaya #renewroadtax #jpj #autoinsurance #insuranceauto #autohomelifeinsurance #autosmartinsurance #autoinsuranceagent #autoinsurancequotes #autoinsurancequote #autoinsurancepolicy #commercialautoinsurance #insuranceautoauctions #autoinsuranceagents #insuranceautoauction #autoinsurancebroker #15mincansaveyou15percentonautoinsurance #autoinsurancetips (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CVKUDsVhblq/?utm_medium=tumblr
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Memperbaharui Insurans Automatik dalam talian dengan Fincrew. Fincrew, sebuah laman web perbandingan insurans di Malaysia, barulah saya tahu bahawa saya boleh bertukar syarikat insurans saya setiap tahun dan memilih hanya pelindungan yang saya perlukan sahaja. Watch the video in IGTV https://www.fincrew.my/bm/auto-insurance.html ⁣ .⁣ .⁣ .⁣ .⁣ .⁣ #pakarinsuranskereta #insurankeretamati #insurankeretaetiqa #insurankeretahonda #insurankeretađ #renewinsurancekereta #pakarinsurancekereta #insurankeretazurich #insuranskeretabajet #renewinsuranskereta #insurankeretajohor #insurankeretacepat #insurancekereta #insuranskeretamotor #insurankeretalahaddatu #renewroadtaxinsurancekereta #insuranskereta #insurankeretamurahjb #insurankeretabudget #insurankeretatakaful #insurankereta1malaysia #insurankereta #insurankeretadanmotor #insurankeretajimat #insurankeretamurahjohor #insurankeretajb #insurankeretamurah #insurankeretamotor #insurankeretaanda #insurankeretamotorlori (at The Vertical Office Suites at Bangsar South) https://www.instagram.com/p/CTThmtspEJB/?utm_medium=tumblr
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana untuk memperbaharui insurans kenderaan anda secara online? Ada sebarang soalan tentang Fincrew? Hubungi pasukan bantuan dan jualan kami sekarang. https://www.fincrew.my/bm/contactus.html #insurans #insuranskenderaan #insurance #insuranceagent #insurancecompany #komprehensif #insuranskereta #renewroadtaxinsurancekereta #fincrew (at The Vertical Office Suites at Bangsar South) https://www.instagram.com/p/CSGtGQkBXOV/?utm_medium=tumblr
0 notes
fincrew · 3 years ago
Photo
Tumblr media
FinCrew merupakan salah satu laman web perbandingan insurans kenderaan paling komprehensif di Malaysia. Kami komited untuk membantu anda mencari produk yang tepat dengan harga terbaik serta berdedikasi untuk menjimatkan masa dan wang anda.
https://www.fincrew.my/bm/aboutus.html #insurans #insuranskenderaan #insurance #insuranceagent #insurancecompany #komprehensif #insuranskereta #renewroadtaxinsurancekereta #fincrew (at The Vertical Office Suites at Bangsar South) https://www.instagram.com/p/CSGr7fzBjzN/?utm_medium=tumblr
0 notes