#suruhanjaya anti-rasuah malaysia
Explore tagged Tumblr posts
Text
23 pegawai JPJ Pulau Pinang ditangkap atas raket perlindungan | Malaysia
23 pegawai JPJ Pulau Pinang ditangkap atas raket perlindungan | Malaysia
Pintu masuk ibu pejabat SPRM di Putrajaya digambarkan pada 19 November 2018. – Gambar oleh Hari Anggara
GEORGE TOWN, 16 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 31 individu termasuk 23 anggota dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana didakwa melindungi pemandu lori yang melanggar undang-undang lalu lintas di negeri ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM…
View On WordPress
0 notes
Text
0 notes
Text
Panglima Bugis kena tengking dengan bini....
Panglima Bugis kena tengking dengan bini.....
youtube
Mengikut rakaman perbualan telefon, yang tidak diketahui penghantarnya, kepada SPRM, Rosmah Mansor dikatakan berang dan tidak berpuas hati semasa membuat panggilan kepada suaminya Najib Razak pada 27 Julai 2016. SPRM, yang mendedahkan kandungan rakaman itu kepada media hari ini, yakin rakaman berkenaan adalah tulen. Jom dengaq... Rosmah: Hai. Najib: Hai. Rosmah: Apa cerita? Boleh saya nasihatkan kamu, boleh saya nasihatkan kamu tentang sesuatu? Najib: Sebentar... ya, ada apa-apa? Rosmah: Kamu, jangan, dengar cakap saya, mereka beritahu kamu untuk jaga (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Abu Kassim Mohamed. Dia banyak membuat kenyataan (audio tidak jelas) ambil gambar dengan Pak Lah apa semua. Mereka buatnya, jadikannya seperti wira, dan kamu pula jadi penjahat. Dan semua lima orang ini, bolehkah mereka lihat keutamaan mereka adalah kamu, bukan orang lain?
Najib: Siapa mereka? Rosmah: Pejabat kamulah. Shahlan dah yakin, Tengku dah yakin, Ahmari dah yakin. Macam kita dah jadi penjahat. Najib: Tidak, tidak, tidak, saya benarkan Azwan membuat kenyataan, kesannya baik. Rosmah: Tidak, Azwan OK. Hari ini Abu Kassim di Berita Harian dan mereka benarkan Abu Kassim ambil gambar dengan Pak Lah. Dan ada muka dia nak berterima kasih kepada Pak Lah dan semua orang lain kecuali kamu. Ini tidak adil. Najib: Hmm, hmm, faham. Rosmah: Tolonglah, darling. Najib: Tidak, saya sudah tandatangani surat pelantikan Dzul. Rosmah: Dan Abu Zahar boleh buat kenyataan, oh, mesti (tak jelas) sebab mereka dah melobi, tahu? Mereka tahu mereka dah melobi. Najib: Abu Zahar jangan buat kenyataan, biarlah. Rosmah: Ya, tapi Abu Zahar dalam Berita Harian. Dia tahu ke dia cakap apa? Najib: Itulah dia. Okey, okey. Rosmah: Saya tak suka ni. Darling, awak PM, awak patut kawal, bukan orang lain. Najib: Ya. Saya faham. Rosmah: Dan awak ada orang-orang bodoh (goons) di sekeliling awak untuk nasihatkan awak. Sebab saya beritahu Shahlan, kalau nak tolong, kenapa tak tolong minggu lepas bila benda itu terjadi? Kamu (Shahlan) sepatutnya datang pada saya ‘Datin, bagaimana saya boleh bantu?’ (tak jelas) Lepas satu minggu, saya kata, kamu tak patut cakap (tak jelas). Saya tak faham. Sebab ada orang buat aduan ke atas Abu Kassim, dia dalam masalah, oh baru kamu nak datang nak bercakap. Kenapa kamu tak cakap seminggu sebelum tu? Najib: Hmm hmm...
Rosmah: Yang kita ni dah satu minggu sakit hati, sakit badan, sakit kepala. Najib: Hmm hmm... Rosmah: Hmm... Najib: Hmm...
Rosmah: Jadi saya dah beritahu Amhari, perkara ni tak susah pun. Tarik sajalah arbitration (timbang tara) (tak jelas). Mereka perlu percayakan kita sebagaimana kita percayakan mereka. Najib: Betul. Sebab tu Amhari beritahu saya. Saya kata, kamu pergi cakap dengan Khaldoon, cuba yakinkan dia. Tak guna buat arbitration. Saya kata, kamu buat arbitration, semua orang sakit. Nampak? Saya boleh cakap dengan putera mahkota. Putera mahkota (tak jelas) akan ulang cakap “Oh, saya kena runding dengan Khaldoon”. Balik pada kat situ. Rosmah: Awak tak boleh salahkan dia, itu budaya dia. Jadi kita kena buat kerja sekitar budaya itu. Mungkin Khaldoon patut datang sini dan bercakap dengan awak, dengan Amhari, untuk selesaikannya. Itu apa saya rasa, bukan setakat bercakap di telefon, tak jadi. Najib: Kita boleh jemput dia. Ya, sudah tentu. Rosmah: Jemput dia dan selesaikan semuanya sekaligus. Dia kenal kita, bukan tak kenal kita. Kau dah makan minum rumah kita semua. Tolonglah jemput dia. Najib: Itu idea yang bagus, kita boleh jemput dia ke sini. Sudah tentu, saya akan beritahu dia. Rosmah: Awak dan Amhari, duduk untuk selesaikannya (tak jelas). Dan sementara tu, kita boleh selesaikan Riza. Riza punya masalah, bukan payah. Masalahnya hanyalah, ada benda dalam proses tu (along the line) yang tak lengkap. Itu saja. Najib: Sudah tentu. Sudah tentu. Rosmah: Saya fikir jalan terbaik adalah beritahu Khaldoon. Dia boleh bawa peguam dia datang sini. Saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan. Berbanding Amhari cakap dengan dia dekat LA, dia nak tunggu siang, tunggu malam. Awak tahu? Najib: Saya boleh cadangkan kepada Amhari, jemput dia ke sini. Rosmah: Kemudian kita beritahu putera mahkota, Khaldoon ada di sini bercakap dengan kami, untuk selesaikan semuanya sekaligus. Kita dah bazirkan satu minggu dah. Najib: Ya, ya. Kita boleh jemput dia ke sini. Tak bazir, banyak benda dah bergerak dah. Mereka ni, dia nak tengok ada pergerakan di belah sana, belah China. Belah China sudah bergerak, tahu?
Rosmah: Itulah sebabnya, darling, tak banyak benda boleh kita cakapkan di telefon. Najib: Kita boleh jemput dia ke sini. Rosmah: Jemput dia ke sini segera, kemudian kita boleh beritahu putera mahkota, beritahu dia yang Khaldoon datang sini kita selesaikan (tak jelas). Saya tahu dan pasti Sheikh Mansour mahu selesaikan ini (tak jelas). Saya tahu putera mahkota mahu selesaikan ini. Tapi mereka bukanlah jenis orang yang duduk dan bercakap dengan awak, tahu? Najib: Hmm.. Ok. Kita boleh buat itu. Rosmah: Dia (tak jelas) ada duit saja. Najib: Saya akan cakap dengan Amhari selepas ini, saya akan beritahu dia untuk jemput Khaldoon. Rosmah: Atau awak cakap dengan Khaldoon. Tak apalah, darling, kita tak payah nak (tak jelas). Selesaikan perkara ini. Tolonglah datang sini, selesaikan semuanya sekaligus (tak jelas). Ini siang tunggu malam, malam tunggu siang, kamu tahu? Siang ke malam, ada senggang 24 jam. Najib: Ok, ok. Rosmah: Please darling. Najib: Saya akan cakap dengan Amhari. - mk
youtube
Perbualan didakwa antara Dzulkifli, Najib dan Rosmah
youtube
When can Khaldoon come here? - Najib Razak
youtube
Thats why your highness is important for us" - Datuk Seri Najib Razak
youtube
Perbualan didakwa antara Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Eksekutif Mubadala Development Company, Khaldoon Al-Mubarak.
youtube
"Dua kekal, kita tambah lagi dua" - Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
youtube
Najib minta pinjaman UAE untuk filem Riza Aziz
youtube
Perbualan didakwa antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Tan Sri Shukri dari pejabat Perdana Menteri.
youtube
"Mr Khaldoon, this is Najib once again"
youtube
"I can arrange a conversation with you"
youtube
Perbualan Azeez dan Dzulkfli bincang siasatan 1MDB, kaitan Tabung Haji. (Andainya rakaman2 video di atas berulang/repeat, gua minta ampooon, gua pun dah jadi konfius...T/S)
youtube
Rakaman penuh...
SPRM dedah 9 rakaman audio didakwa konspirasi jenayah tertinggi. Sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
Sebahagian daripada petikan rakaman percakapan berkenaan ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2016.
Recordings Show Najib’s Effort
to Seek Help on 1MDB Scandal...
Malaysian investigators played audio recordings of former premier Najib Razak seeking help from people including a member of Abu Dhabi royalty and former prosecutors to try to untangle himself from the 1MDB scandal in 2016.
One of the clips show Najib reaching out to Abu Dhabi’s Crown Prince Mohammed bin Zayed to secure a meeting to discuss how to resolve the “impasse” relating to 1MDB and Abu Dhabi’s International Petroleum Investment Co. in a July 26, 2016, conversation. That followed the U.S. Department of Justice filing lawsuits to seize assets linked to 1MDB and saying $3.5 billion
had been misappropriated from the Malaysian state fund.
The Malaysian Anti-Corruption Commission has verified the recordings and can vouch for their authenticity, Chief Commissioner Latheefa Koya told reporters in the administrative capital of Putrajaya. The agency will hand the clips to the police as they show elements of abuse of power, obstruction of justice and fabrication of evidence, which fall under the penal code, she said.
Najib is undergoing trial to face dozens of charges linked to his role in the troubled state fund 1MDB, which is at the center of global investigations into corruption and money laundering.
“I am shocked by the revelation and I am studying its content and I have referred the matter to my lawyer,” Najib said to reporters outside the Kuala Lumpur courtroom. He said he needed to review the matter when asked to confirm the veracity of the clips.
The nine clips also show conversations between Najib and people including his wife Rosmah Mansor and former anti-corruption chief Dzulkifli Ahmad.
Investigation Papers
In a recording dated Jan. 5, 2016, then-public prosecutor Dzulkifli said to Najib he was worried that the 1MDB investigation papers were known to about 20 people, and asked, “how can we cover this up?” Dzulkifli also said to Najib that he and former Attorney-General Apandi Ali can handle the matter on the legal side. Dzulkifli was appointed as chief commissioner at the anti-graft agency the following August.
On Jan. 26 of that year, Apandi held a press conference clearing Najib of all wrongdoing.
In Najib’s July 2016 discussion with Abu Dhabi’s crown prince, he sought help signing a loan agreement for his stepson Riza Aziz’s movie “The Wolf of Wall Street.” Najib said such an agreement would “show it’s a legitimate financing package, it’s not money laundering.”
The former premier said he was worried Riza would be made a scapegoat.
“I don’t want him to be a victim when he was totally unaware of the source of money,” Najib said in the conversation with Abu Dhabi’s crown prince.
In another recording, Rosmah told Najib to withdraw an arbitration between 1MDB and IPIC. They discussed inviting representatives from the United Arab Emirates to settle the matter without arbitration. - Anisah Shukry,Hadi Azmi,Bloomberg Business
Nama2 yang disebutkan dalam 9 rakaman audio dipercayai cubaan menutup siasatan kes 1MDB/SRC International pada 2016. Tu pun dok kata DAP pengkhianat negara...
Amazing video of Qasim Sulaimani’s assassination...
cheers.
Sumber asal: Panglima Bugis kena tengking dengan bini.... Baca selebihnya di Panglima Bugis kena tengking dengan bini....
0 notes
Text
Saya akan teruskan perjuangan Dr M dalam pendidikan, kata Maszlee
New post https://is.gd/MnPWjm
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan perjuangannya dalam sektor pendidikan kepada beliau disebabkan manifesto Pakatan Harapan (PH) melarang perdana menteri memegang 2 jawatan dalam Kabinet.
Katanya, Dr Mahathir mahu memegang portfolio pendidikan kerana merasakan ada objektif yang belum direalisasikan.
“Disebabkan manifesto PH, beliau tak boleh menjadi menteri pendidikan, rezeki sayalah.
“Dr Mahathir pernah memanggil saya dan memberitahu saya agar menyambung hasratnya untuk meneruskan perjuangan dalam sektor pendidikan,” katanya ketika berucap di Forum Permuafakatan Peringkat Kebangsaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kementerian Pendidikan, hari ini.
Pada 18 Mei lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau terpaksa melepaskan portfolio pendidikan dalam Kabinet demi mematuhi manifesto PH yang melarang perdana menteri memegang lebih daripada satu jawatan.
Manifesto PH bagi pilihan raya umum lalu menyatakan perdana menteri tidak akan secara serentak memegang jawatan menteri lain, terutamanya menteri kewangan.
Maszlee berjanji berusaha merealisasikan hasrat Dr Mahathir supaya mutu pendidikan Malaysia setanding negara lain.
“…beliau konsisten untuk melihat negara ini maju seperti Jepun melalui pendidikan.
“Dr Mahathir sangat konsisten, beliau selalu ingatkan saya untuk terapkan nilai-nilai murni dan integriti kepada anak-anak dan ianya harus dimulakan di peringkat sekolah,” katanya.
Maszlee antara menteri yang menyertai kunjungan rasmi Dr Mahathir ke Jepun awal bulan ini untuk melawat beberapa universiti terkemuka di negara itu.
Pada 5 November lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau melihat pendidikan ialah aspek cukup kritikal dalam proses membangun dan memajukan negara.
“Jika anda sekadar mempunyai ilmu pengetahuan, tetapi sikap dan tingkah laku anda buruk, ia mungkin tidak membawa apa-apa kebaikan. Anda mungkin akan menggunakan ilmu itu di jalan yang salah,” kata perdana menteri yang dipetik Bernama.
Sementara itu, Maszlee berkata, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) akan diperkenalkan semula di sekolah rendah dan menengah mulai pertengahan tahun depan.
Beliau berkata, kementeriannya menggabungkan pelbagai cadangan untuk memperkenalkan subjek baru berkaitan integriti dan anti-rasuah ke dalam silibus PSK yang dihentikan 4 tahun lalu.
“Kita tidak ada satu subjek yang khusus tajuknya anti-rasuah, tapi apa yang kita lakukan adalah kita masukkan ia sebagai salah satu tajuk dalam mata pelajaran sivik yang kita akan perkenalkan semula.”
Beliau mengulas cadangan beberapa pihak, termasuk SPRM mewujudkan subjek khusus berhubung integriti, nilai murni dan anti-rasuah.
Pada November 2014, PSK yang merupakan subjek teras di sekolah menengah tidak diajar sebagai mata pelajaran khusus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025. – FMT
0 notes
Text
Hokaloh News Updated: Media berperanan bantu kerajaan lawan rasuah - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/politik/media-berperanan-bantu-kerajaan-lawan-rasuah-hokaloh-berita/
Pihak media berperanan membantu kerajaan membanteras rasuah kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita mengenai permintaannya sempena ulang tahun kelahiran ke-93 hari ini.
“Saya harap media membantu kami melawan rasuah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi tadi.
SPRM hari ini mengadakan taklimet kepada semua wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai pendekatan baru antirasuah jabatan itu.
Taklimat disampaikan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Katanya, taklimat itu bertujuan untuk memastikan wakil rakyat memimpin berdasarkan tauladan.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir semalam mengumumkan agar semua wakil rakyat HARAPAN mengisytiharkan harta dan melaporkan sebarang hadiah yang diterima kepada pihak berkuasa. – Roketkini.com
��الب وردپرس
#Politik #Hadiah #Harapan #Hari #Harta #Ibu #Integriti #Jabatan #Kerajaan #Mahathir #Malaysia #Menteri #Rakyat #Sprm #Tan
#hadiah#harapan#hari#harta#ibu#integriti#jabatan#kerajaan#mahathir#malaysia#menteri#rakyat#sprm#tan#Politik
0 notes
Text
SPRM terima senarai nama calon PRU
SPRM terima senarai nama calon PRU
KUALA LUMPUR, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Tanpa mendedahkan nama parti politik berkenaan, beliau berkata, senarai nama itu diberikan untuk disaring bagi memastikan calon mereka bebas rasuah atau salah guna kuasa.
“Ada (parti) yang telah serah nama dan ada yang belum, yang telah disaring kita akan beri jawapan kepada parti.
Ini proses sukarela dan tiada paksaan dibuat … ia untuk memberi keyakinan kepada rakyat terhadap calon yang dikemukakan untuk menjadi wakil rakyat,” katanya hari ini.
Dalam perkembangan lain, Dzulkifli berkata, SPRM sedang meneliti maklumat baharu yang diberi Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada badan anti rasuah itu semalam mengenai projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
“Jika maklumat itu mempunyai asas kita akan buka kertas siasatan dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya. – Bernama
The post SPRM terima senarai nama calon PRU appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di SPRM terima senarai nama calon PRU via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2018/01/sprm-terima-senarai-nama-calon-pru.html
0 notes
Photo
25 Ogos 2017 | Trump Jemput Najib Secara Rasmi, Dulu Mahathir Bayar Pelobi Hendak Jumpa Bush Bulan depan, pada 12 September ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House. Lawatan tersebut adalah atas jemputan rasmi Trump dan beliau memang menantikan pertemuan dengan Najib. Perkara itu telah dinyatakan Trump ketika bertemu dengan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique di Pejabat Oval, White House, semalam. Ternyata ia merupakan satu penghormatan kepada Perdana Menteri yang mendapat jemputan tersebut tatkala nama beliau cuba diburukkan di Amerika Syarikat. Macam-macam tuduhan dikenakan ke atas beliau kononnya pertemuan itu adalah untuk mengalihkan perhatian terhadap dokumen yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Betapa ceteknya pemikiran mereka yang membuat tuduhan itu kerana menyangka Trump begitu bodoh dan boleh dimanipulasi oleh Najib. Trump adalah Presiden Amerika Syarikat, iaitu sebuah negara kuasa besar dunia. Masakan beliau akan tunduk kepada sesiapa sahaja. Jika Najib mempunyai masalah dari segi siasatan 1MDB, adakah Trump akan bertemu beliau? Sudah tentu tidak kerana Trump juga pasti mahu menjaga reputasinya. Pertemuan itu berlaku ketika Najib sudah disahkan bersih oleh agensi siasatan, bukan satu malah banyak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Pejabat peguam negara. Disebabkan cemburu melihat hubungan mesra Najib dengan Trump hingga dijemput ke White House, maka pembangkang telah menabur fitnah apatah lagi usaha mereka untuk memburukkan nama Najib menerusi media asing seperti Wall Street Jurnal (WSJ) dan Sarawak Report, gagal. Jemputan ke White House atas jemputan Trump ini menunjukkan betapa hebatnya Najib. Beliau tidak perlu mengeluarkan duit pun untuk berjumpa dengan Trump. Tidak perlu upah pelobi Tidak seperti semasa Mahathir mahu menemui presiden George W. Bush dulu, Pada tahun 2002, Pejabat Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat mengesahkan Mahathir telah membayar AS$1.2 juta (RM.4.4 juta pada 2002) kepada pelobi, Jack Abramoff untuk mengatur pertemuan tersebut. Pengesahan bayaran tersebut dinyatakan dalam laporan akhir Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi Amerika yang dikeluarkan pada 2006 dan ia pernah disiarkan oleh Malaysiakini. Jack Abramoff adalah pelobi yang telah dihukum penjara lima tahun 10 bulan oleh mahkamah Amerika pada Mac 2006 setelah didapati bersalah menipu masyarakat Indian (pribumi Amerika) dalam beberapa projek pembinaan tempat perjudian. Maknanya Mahathir guna pelobi yang sudah terbukti bersalah sebagai penipu untuk jumpa Bush dulu. Laporan tersebut diumumkan setelah sisatan selama dua tahun membabitkan penglibatan Abramoff dalam menawarkan 'khidmat perunding' kepada masyarakat Indian dalam beberapa projek ekonomi. Sementara pertemuan Mahathir-Bush itu berlangsung ketika Mahathir sedang dikritik hebat kerana sentimen anti-Yahudinya dan tindakannya memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Namun Mahathir menafikannya walaupun laporan itu telah dikeluarkan. Jadi, tengok dan nilailah sendiri antara Mahathir dan Najib. Betapa berbezanya mereka. Pentadbiran Najib dipandang tinggi oleh Trump, iaitu Presiden di sebuah negara kuasa dunia. Walaupun penyokong totok Mahathir tidak nampak akan peranan Najib dalam membangunkan negara, namun orang luar lebih nampak apa yang beliau lakukan. Jika ada rakyat negara ini sibuk membangkitkan isu yang sudah selesai seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion, Najib pula sibuk mencari pelaburan luar bagi kebajikan rakyat bersama. Najib dijemput secara rasmi oleh Presiden Amerika Syarikat. Tidak perlu keluar duit dan pelobi seperti Mahathir. Ini yang buat Mahathir cemburu dengan Najib. Maka terbitlah cerita pasal campurtangan dalam PRU14 dan sebagainya. Cerita yang hanya direka oleh Mahathir kerana "jealous" dengan layanan yang Najib terima. Tulisan : Beruang Biru BB554
0 notes
Link
Seorang pemimpin Gerakan mendakwa sebuah kilang haram menghasilkan karbon diaktifkan di Bukit Mertajam diperluaskan sehingga saiz sekarang pada 2009, berdasarkan perbandingan beberapa imej satelit selama ini.
Jurucakap Biro Tanah dan Anti Rasuah Gerakan Pulau Pinang, Hng Khoon Leng berkata, kilang yang diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, bermula dengan skala kecil pada 2007.
0 notes
Text
KPK Jalin Kerjasama dengan Badan Anti Korupsi Malaysia
KPK Jalin Kerjasama dengan Badan Anti Korupsi Malaysia
JAKARTA — Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Republik Indonesia, resmi menjalin kerjasama dengan lembaga anti korupsi Pemerintah Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kerjasama kedua lembaga anti korupsi tersebut bertujuan untuk menangani kasus-kasus Tindak Pidana Korupsi (Tipikor) lintas negara.
Seuai manandatangani perjanjian kerjasama (MoU), Ketua KPK Agus Rahardjo dan…
View On WordPress
0 notes
Text
BERITA PILIHAN HARI INI
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Perak Amanjaya & Salam 1Malaysia. 20 Mei 2017 - Sabtu 23 Syaaban 1438 Hijrah (Ramadhan 07 Hari Lagi) ➡ NASIONAL 1. CAMERON HIGHLANDS: Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Mengenai Penerokaan Tanah Secara Tidak Sah di Cameron Highlands memutuskan lapan langkah proaktif demi kepentingan penduduk di kawasan tanah tinggi ini. 2. JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Johor mengarahkan supaya Air Terjun Gunung Pulai 1, dekat sini ditutup selama dua minggu. 3. SEPANG: Sebanyak 10 barangan disenaraikan menerusi Skim Kawalan Harga (SKH) Ramadan 2017 bermula 22 Mei hingga 31 Mei ini. 4. KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (KAGUM) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi hak pengguna daripada menjadi mangsa penipuan. 5. SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pembersihan serta menangkap pegawai dan anggota polis yang menerima rasuah akan terus dilakukan. 6. KLUANG: Berkuat-kuasa serta-merta, pemaju di Johor diwajibkan menjual dahulu unit perumahan bukan Bumiputera sebelum membuat permohonan pelepasan lot Bumiputera. 7. KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 13 jenis harga barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2017. 8. KUALA LUMPUR: Produk anti serangga berasaskan bahan organik, bebas toksin dan bahan kimia antara kelainan ditampilkan pada Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bermula 2, 3 dan 4 Jun ini. ➡ POLITIK 1. KUALA LUMPUR: Biro Kebajikan UMNO (BIKUM) akan memulakan siri penjelajahannya ke seluruh negara bermula esok dalam misinya untuk mendekati rakyat. 2. SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk terbabit dalam kemelut politik yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 3. KUALA LUMPUR: Jentera UMNO perlu melipatgandakan usaha mendekati rakyat sebagai komitmen berterusan parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. 4. PASIR GUDANG: Barisan Nasional (BN) Johor meletakkan fokus menawan lima daripada enam kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kini dikuasai pembangkang. 5. PETRA JAYA: Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka mengumumkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, awal bulan depan. 6. PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut pada 4 Julai ini. ➡ EKONOMI 1. KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini tertinggi dalam masa dua tahun. 2. SERI KEMBANGAN: Volvo Malaysia Sdn Bhd menetapkan sasaran pertumbuhan keseluruhan sebanyak 10 peratus dari tahun ke tahun untuk 2017 dalam segmen kenderaan berat yang premium, disokong oleh lori perdananya, Volvo FH yang dilancarkan pada April. 3. LONDON: Niaga hadapan minyak mentah pada Jumaat naik kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir sebulan berikutan peningkatan keyakinan bahawa negara pengeluar akan melanjutkan pemotongan pengeluaran bagi membendung lebihan bekalan. ➡ AGAMA 1. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. ➡ LUAR NEGARA 1. GAZA: Puluhan penduduk Palestin cedera semalam di Tebing Barat dan Gaza dalam pertempuran dengan tentera Israel selepas berarak menyokong banduan yang melancarkan mogok lapar, kata Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin. 2. PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, cuba meredakan ketegangan awal dengan media semalam, selepas memilih sendiri wartawan mengiringinya dalam lawatan ke barat Afrika. 3. THE HAGUE: Ahli perundangan Belanda membantah cadangan dikemukakan pegawai atasan polis membenarkan anggota polis wanita Islam di ibu kota negara itu memakai tudung. ➡ SUKAN 1. SHAH ALAM: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui kelebihan memihak kepada Kedah berdasarkan pengalaman dimiliki majoriti barisan pemain pasukan itu menjelang aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini. 2. KUALA LUMPUR: Keunikan dan kecanggihan struktur terkini Stadium Nasional Bukit Jalil yang dinaik taraf sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 atau Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) mendapat reaksi positif dari orang ramai. 3. IPOH: Jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail dan penerjun negara, Cheong Jun Hoong masing-masing dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Perak bagi 2015/2016. 4. LEICESTER: Harry Kane menghangatkan persaingan pemburuan gelaran penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang meledak empat gol ketika Tottenham Hotspur menang 6-1 ke atas Leicester City, awal pagi semalam. Cybit Media
0 notes
Text
Bekas Ex-PKR Chegubard membuat laporan tentang dakwaan penyelewengan di Pusat Perubatan Mawar | Malaysia
Bekas Ex-PKR Chegubard membuat laporan tentang dakwaan penyelewengan di Pusat Perubatan Mawar | Malaysia
Bekas Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan dengan SPRM mengenai dakwaan penyelewengan kewangan di Pusat Perubatan Mawar. – Gambar oleh Saw Siow Feng
SEREMBAN, 16 April – Bekas Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Che'gu Bard, hari ini membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan ketidakpatuhan…
View On WordPress
0 notes
Text
SPRM menahan tiga lelaki kerana mengemukakan tuntutan palsu | Malaysia
SPRM menahan tiga lelaki kerana mengemukakan tuntutan palsu | Malaysia
Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilihat di Putrajaya pada 21 Jun, 2017. – Gambar oleh Yusof Mat Isa
JOHOR BARU, 15 April – Seorang pegawai kanan Universiti Teknologi Malaysia adalah antara tiga lelaki yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini kerana didakwa menghantar tuntutan palsu berjumlah RM689,000.
Menurut sumber, dua yang lain adalah…
View On WordPress
0 notes
Text
Pemuda PKR mencabar Tok Mat untuk mengisytiharkan aset | Malaysia
Pemuda PKR mencabar Tok Mat untuk mengisytiharkan aset | Malaysia
Angkatan Muda Keadilan mencabar Presiden Pemangku Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengisytiharkan asetnya selepas berita mengenai pembelian sebuah apartmen di London muncul beberapa hari lalu. – Gambar oleh Yusof Mat Isa
KUALA LUMPUR, 8 April – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Presiden Pemangku Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengisytiharkan asetnya selepas berita mengenai…
View On WordPress
#angkatan muda keadilan amk#macc#Mohamad Hasan#Nasional#pilihan raya kecil daerah#suruhanjaya anti-rasuah malaysia
0 notes
Text
Tok Mat mengalu-alukan siasatan ke atas pembelian rumah London bernilai RM10 juta, kata pembersihan oleh SPRM | Malaysia
Tok Mat mengalu-alukan siasatan ke atas pembelian rumah London bernilai RM10 juta, kata pembersihan oleh SPRM | Malaysia
Calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan, bercakap semasa sidang akhbar di pusat arahan Barisan Nasional di Rantau 1 April 2019. – Gambar oleh Yusof Mat Isa
KUALA LUMPUR, 7 April – Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila dia memindahkan RM10 juta untuk membeli sebuah apartmen di London 10 tahun yang lalu.
View On WordPress
#apartmen#komen mohamad hasan pada barisan nasional#london#Nasional#siasat#suruhanjaya anti-rasuah malaysia#tok mat
0 notes
Text
Tidak perlu mendedahkan identiti apabila melaporkan aktiviti rasuah Ali Baba, kata Menteri | Malaysia
Tidak perlu mendedahkan identiti apabila melaporkan aktiviti rasuah Ali Baba, kata Menteri | Malaysia
Gambar fail Menteri Kerja Baru Bian, 26 Julai 2018. – Gambar oleh Shafwan Zaidon
SIBU, 23 Mac (Bernama) – Orang ramai kini boleh melaporkan aktiviti rasuah dan amalan Ali Baba semasa pelaksanaan projek-projek kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa perlu mendedahkan identiti mereka.
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kerjasama antara kementerian dan SPRM adalah untuk…
View On WordPress
0 notes
Text
SPRM: Hadi Awang boleh dipanggil untuk membantu siasatan berhubung cek RM1.4 juta | Malaysia
SPRM: Hadi Awang boleh dipanggil untuk membantu siasatan berhubung cek RM1.4 juta | Malaysia
SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh dipanggil berhubung dengan dakwaan pembayaran RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. – Gambar oleh Hari Anggara
KUALA TERENGGANU, 23 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh dipanggil berhubung dengan…
View On WordPress
#abdul hadi awang#azam baki#clare rewcastle-brown#macc#Nasional#pas#suruhanjaya anti-rasuah malaysia
0 notes