#seni reka grafik
Explore tagged Tumblr posts
grafikita · 4 months ago
Text
Tumblr media
0 notes
ehkoi · 3 years ago
Text
Tumblr media
240 , Squid Game
7 notes · View notes
kemungkinan-blog · 5 years ago
Text
'Netizen ni bodoh, cuma tahu nak merungut' - Nazri selar netizen kritik logo baru TMM2020
Tumblr media
Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mohamed Nazri Aziz, tampil mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu logo mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020). 
Nazri berkata, Menteri Pelancongan wajar mengabaikan kritikan dari netizen, sebaliknya menumpukan perhatian dalam meningkatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia pada tahun depan. 
"Logo hanya memainkan perana kecil saja untuk menarik pelancong berbanding langkah yang diambil melalui kaedah promosi lain. 
"Tak usah peduli apa netizen cakap. Netizen bukan cerdik pun, buat apa semua tak kena. 
"Netizen ni bodoh, buat apa semua tak kena, cuma tahu nak merungut," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini. 
Terdahulu, logo baru TMM2020 ciptaan Alfred Phua Hong Fook, 23, dikritik dan dianggap tiada nilai seni atau berkualiti selain didakwa menciplak idea orang lain serta mempunyai kesilapan tata bahasa. 
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata, logo tersebut direka oleh pereka berkelulusan memiliki ijazah seni reka grafik kelas pertama dari IPT. 
"Graduan ijazah kelas pertama tidak akan melakukan perbuatan tiru-meniru kerana dia tidak berminat memalukan dirinya sendiri. Hanya orang yang tidak pandai lukis akan meniru," katanya. 
Menjelaskan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam logo tersebut, beliau menjelaskan ia sudah betul dan hanya dianggap salah jika seseorang itu tidak memahami bahasa Inggeris. 
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/2Y6nevr via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZafsNz via IFTTT
5 notes · View notes
fiziesss · 4 years ago
Text
Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas)
Tumblr media
Syarat kemasukan ke Tingkatan 6 bagi pelajar berkeperluan khas adalah berbeza dengan pelajar yang lain. Hal ini disebabkan mereka mereka LAYAK untuk mendapatkan keutamaan yang berbeza bagi memberi mereka ruang dan laluan untuk berjaya seperti orang yang normal. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menyediakan syarat AM dan khas yang berbeza bagi mereka yang berkeperluan khas ini.  “Kejayaan dan kemewahan tidak datang bergolek tanpa ada usaha untuk berjaya dan kaya” TAHUKAH ANDA!!! Kemasukan ke Tingkatan 6 adalah secara automatik sekiranya calon memenuhi syarat kelayakan kemasukan. TETAPI pemilihan JURUSAN adalah berpandukan kepada syarat khas kemasukan. Aplikasi Online Tingkatan 6 https://sst6.moe.gov.my/semakanT6 Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas) Setiap kemasukan ke pusat pengajian pasti mempunyai syarat yang tersendiri. Sama juga dengan kemasukan ke Tingkatan 6 ini, mereka juga mempunyai syarat kelayakan yang tersendiri bagi membolehkan seseorang itu masukan ke jurusan pilihan anda. Antara syaratnya adalah:- - Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan mendapatkan sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Berumur di antara 17 sehingga 20 tahu pada 1 Januari 2021 tahun semasa Syarat Khas Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas) 
Tumblr media
Antara syarat khas kemasukan pelajar ke Tingkatan 6 bagi pelajar berkeperluan khas adalah:- 1) Jurusan Sains Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian (C) berserta jumlah mata Gred TIDAK MELEBIHI 18 unit untuk 3 mata pelajaran berikut :- - Matematik/ Matematik Tambahan - Fizik - Kimia - Biologi - Lukisan kejuruteraan/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ kejuruteraan awam/ kejuruteraan elektrik & elektronik/ reka cipta/ pengajian argoteknologi/ sains sukan/ sains rumah tangga/ sains komputer/ grafik komunikasi teknikal - Pengursan makanan/ pengajian pakaian 2) Jurusan Sains Sosial Bagi jurusan sains sosial, terdapat beberapa pecahan syarat kahs mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki. Antara syarat kemasukan mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki adalah seperti berikut:- a) Sekolah Menengah Harian Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata Gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan. Antara 3 mata pelajaran yang berlainan adalah seperti berikut:- - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Kesusateraan Melayu/ Literature in English - Sejarah - Geografi/ Pendidikan Seni Visual - Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari - Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral - Matematik/ Matematik Tambahan - Prinsip Perakaunan - Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science - Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV) - Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran - Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science & Technology - Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan b) Sekolah Menengah Agama  Bagi permohonan Tingkatan 6 dalam Jurusan Sains sosial, syarat khas bagi pelajar lepasan sekolah agama terbahagi kepada dua kategori. Setiap kategori mempunyai syarat permohonan yang berbeza. Antara sekolah agama menengah yang terlibat adalah:- i) Sekolah menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Bagi pelajar yang berkeperluan khas, mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran pilihan (elektif) seperti:- - Tasawwur Islam - Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah - Pendidikan Syariah Islamiah - Bahasa Arab - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran ii) Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu Bagi pelajar KISAS dan SMAP Labu, syarat kemasukan ke Tingkatan 6, pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata Gred TIDAK MEELBIHI bagi 3 mata pelajaran pilihan (elektif) adalah seperti:- - Tasawwur Islam - Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah - Pendidikan Syariah Islamiah - Bahasa Arab - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran  Cara pengiraan mata Gred Bagi Kemasukan ke tingkatan 6 Dibawah ini adalah pengiraan mata Gred bagi calon lepasan SPM :-
Tumblr media
Diharapkan segala perkongsian ini dapat membantu memudahkan lagi urusan para pelajar dalam membuat pemilihan. Setiap satu pilihan yang dibuat adalah yang terbaik buat semua pelajar. Justeru itu, anda yang perlu menentukan masa hadapan anda, tiada siapa yang lebih layak dalam menenukan masa hadapan seseorang manusia itu selain daripada tuan empunya diri itu sendiri.   Read the full article
0 notes
dayudesigns · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Alhamdullilah, 2017... Tahun Kedua bersama The Happy Planner® 😍 Penggunaan Planner amat membantu dalam mengurus dan merancang aktiviti kerja dan kehidupan. Terutama berkaitan dengan pengurusan seharian. Kelazimannya, seorang individu hanya akan mencatit to-do-list, tarikh dan waktu temujanji, program penting dan lain-lain tetapi tahukah anda betapa pentingnya PLANNER untuk mencapai GOAL? Inilah TOOL yang paling efektif Dayu gunakan untuk menguruskan segala temujanji servis inai pengantin, tempahan produk inai, tempahan seni reka grafik, merancang aktiviti/program syarikat-syarikat yang Dayu uruskan, mencatitkan senarai tugasan seharian yang bukan hanya merangkumi skop kerjaya tetapi juga keluarga dan kehidupan. 👍🏼 The Happy Planner BEST kerana: ✅ Layoutnya yang teratur dan menarik. ✅ Mudah untuk aplikasikan SISTEM Bullet Journal atau SISTEM Planner Pad kerana Layoutnya sesuai untuk pemilik yang bekerjaya. ✅ Setiap helaian kertas mudah ditanggalkan daripada Disc Boundnya dan mudah dimasukkan kembali kepada tempat asal. ✅ Senang untuk tambah kertas atau artikel yang bercetak pada planner ini. ✅ Dihiasi dengan kata-kata motivasi dan banyak lagi…. 😱 Dalam gambar ini, bukan semua Happy Planner tu Dayu punya. Dayu hanya guna satu sahaja, ya satu sahaja dah memadai untuk menguruskan pelbagai urusan seharian. Yang selebihnya tu kepunyaan yang telah menempahnya dan juga yang bakal berminat untuk memilikinya. Love it! ❤️😍😘 . #planneraddictmalaysia #myplannerbabes #plannerbabemalaysia #stationeryaddict #art #happyplannermalaysia #thehappyplannermy #hobo #thehappyplanner365 #washitape #happyplanner2017 #thehappyplanner #mambiplanneraddict #mambiplanner #mambi #mambihappyplanner
0 notes
grafikita · 6 months ago
Text
Tumblr media
Ukays - Bisa Berbisa
Album ini terjual melebihi 350000 unit pada tahun 1994.
0 notes
grafikita · 1 year ago
Text
Ujang x KFC
Ujang kembali dengan karya kolaborasinya bersama KFC Malaysia dan Pestlemortar
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Ujang x KFC x PMC
1 note · View note
ehkoi · 3 years ago
Text
Tumblr media
I just made Squid Game animation , be sure to check em on link! Hope you guys like it ^^
Squid Game Video
3 notes · View notes
grafikita · 4 years ago
Text
Tumblr media
by Yattlukis
2 notes · View notes
grafikita · 4 years ago
Text
Tumblr media
Bunga Raya
by NatashaNazan
2 notes · View notes
grafikita · 4 years ago
Text
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
90's logo designed by matjeninstudio
1 note · View note
grafikita · 4 years ago
Text
Tumblr media
By awakeateleven
0 notes
grafikita · 4 years ago
Text
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Belanjawan Selangor 2021 Logo & Identity Design
by Imtj
0 notes
grafikita · 4 years ago
Text
Tumblr media Tumblr media
Bisikan
Film poster by rofaizalrozemi
3 notes · View notes
kemungkinan-blog · 6 years ago
Text
'Isteri pernah beritahu kalau saya nak kahwin lagi, dia benarkan tetapi saya tidak mahu' - Edika Yusof tetap setia walaupun isterinya OKU
Tumblr media
Wajahnya dulu seringkali muncul dalam bidang peragaan mahupun lakonan. Watak Jeffri yang dilakonkan di dalam filem Maria Mariana arahan Datuk Yusof Haslam tidak dilupakan peminat-peminatnya. Kini, namanya sekali lagi meniti di bibir peminatnya apabila kisahnya yang setia menjaga isterinya yang lumpuh  tular di media sosial. 
Ketampanan wajahnya juga membuatkan segelintir peminatnya membuat andaian dia merupakan seorang 'playboy'. Tetapi, sangkaan mereka meleset sama sekali apabila kisah sebenar pelakon ini didedahkan.
Edika Yusoff dikatakan mengundur diri dari bidang seni selepas isteri tercintanya lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka. Kerana kasih dan tanggungjawab Edika lebih banyak menghabiskan masa menjaga isterinya disamping mengusahakan perniagaan seni reka grafik. 
Ketika orang lain sudah tewas dengan dugaan dan cabaran di dalam perkahwinan, tetapi dia memilih untuk setia dan berkorban demi cintanya terhadap isteri. Dan ketika lelaki lain mengeluh menjaga si isteri di dalam pantang, Edika lelaki tabah menjaga isterinya yang sakit selama berbelas tahun!
Perkongsiannya ketika ditemubual oleh bersama radio Sinar pada tahun 2017 itu membuatkan netizen sebak dengan kesetiannya. Dua tahun selepas berkahwin, isterinya jatuh sakit dan lumpuh. Isterinya juga tidak boleh bercakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.
“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku. 
“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.”
Edika tidak pernah menganggap dan melayan isterinya seperti seorang yang lumpuh malah melayan isterinya seperti manusia sempurna.
“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.”
Di sebalik dugaan itu, ada yang turut bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak memilih untuk berkahwin lain? Tapi katanya kahwin lain bukan selesaikan masalah. Biarpun dia punyai hak untuk memilih berkahwin lagi, tetapi dia enggan berbuat demikian dan memilih jalan untuk mengharungi susah senang bersama dengan isterinya. 
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka. 
Isterinya, Nor Hidayah juga pernah memberikan keizinan kepada Edika untuk berkahwin lagi tetapi Edika menolak.
“Isteri juga pernah beritahu, kalau nak kahwin lagi dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hari nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan. Jadi kalau saya nak ‘pulangkan‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama. 
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.”
Di akhir temubual itu, Edika Yusuf turut menitipkan pesanan kepada para suami di luar sana agar mengamalkan sikap sama-sama susah dan senang bersama isteri.
“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beban kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga. Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.”
Sumber: Sinar, Mingguan Wanita
from The Reporter http://bit.ly/2FqBlBa via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2SOVqVo via IFTTT
2 notes · View notes
fiziesss · 4 years ago
Text
Syarat Kemasukan Tingkatan 6
Tumblr media
Syarat kemasukan Tingkatan 6 bagi pelajar lepasan SPM Tahun 2020. Syarat kemasukan ini boleh di jadikan kayu aras untuk pelajar lepasan SPM untuk memilih untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6. Justeru itu, anda WAJIB ketahui syarat kemasukan Tingkatan 6 tidak kira syarat am atau syarat khas mengikut bidang yang di ambil. Selain daripada syarat kemasukan Tingkatan 6 anda juga perlu ketahui jurusan pengajian yang ditawarkan di Tingkatan 6. Kemasukan ke Tingkatan 6 adalah secara automatik. Hal ini disebabkan, pengambilan ke Tingkatan 6 ini TIDAK perlu membuat permohonan, pelajar yang melepasi syarat kelayakan kemasukan akan ditawarkan secara automatik. Justeru itu, bagi pelajar yang mahu ketahui status tawaran kemasukan melalui aplikasi SST6 KPM atau mennerusi semkaan SMS. Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 akan diumumkan selepas tarikh keputusan SPM diumumkan.
Tumblr media
Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Disini kami akan berkongsikan syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 menerusi Aplikasi SST6 KPM https://sst6.moe.gov.my/. Antara maklumat yang dikongsikan adalah syarat am, syarat khas dan jurusan yang ditawarkan di Tingkatan 6 ini.  Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Syarat Am) Antara syarat Am kemasukan ke Tingkatan 6 adalah seperti berikut:- - Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Berumur di antara 17 sehingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021. Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Mengikut Jurusan Pengambilan)
Tumblr media
Setiap jurusan mempunyai syarat kemasukan yang berbeza. Hal ini disebabkan setiap jurusan menawarkan syarat kemasukan khas yang WAJIB pelajar lepasi untuk mendapat jurusan yang tertentu. Antara syarat kemasukan jurusan tersebut adalah:- 1) Jurusan Sains Bagi ambilan pelajar Jurusan Sains Tingkatan 6 ini, pelajar hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan. Kumpulan mata pelajaran berlainan adalah seperti berikut:- - Matematik/ Matematik Tambahan - Fizik - Kimia - Biologi - Lukisan kejuruteraan/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ kejuruteraan awam/ kejuruteraan elektrik & elektronik/ reka cipta/ pengajian argoteknologi/ sains sukan/ sains rumah tangga/ sains komputer/ grafik komunikasi teknikal - Pengursan makanan/ pengajian pakaian  2) Jurusan Sains Sosial Bagi jurusan sains sosial ini, terdapat beberapa pecahan mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki. Antara syarat kemasukan mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki adalah seperti berikut:- i) Sekolah Menegah Harian Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan. 3 kumpulan yang berbeza adalah seperti berikut:- - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Kesusateraan Melayu/ Literature in English - Sejarah - Geografi/ Pendidikan Seni Visual - Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari - Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral - Matematik/ Matematik Tambahan - Prinsip Perakaunan - Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science - Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV) - Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran - Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science & Technology - Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan ii) Sekolah Menengah Agama Bagi permohonan Tingkatan 6 dalam Jurusan Sains sosial, syarat khas bagi pelajar lepasan sekolah agama terbahagi kepada dua kategori. Setiap kategori mempunyai syarat permohonan yang berbeza. Antara sekolah agama menengah yang terlibat adalah:- a) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Bagi pelajar lepasan sekolah SMKA atau SABK, mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Arab DAN sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 14 unit bagi 3 mata pelajaran berlainan. 3 kumpulan yang berbeza adalah:- - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Kesusateraan Melayu/ Literature in English - Sejarah - Geografi/ Pendidikan Seni Visual - Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari - Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral - Matematik/ Matematik Tambahan - Prinsip Perakaunan - Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science - Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV) - Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran - Pendidikan Syariah islamiah - Bahasa Arab - Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan b) Sekolah Berasrama Penuh (Agama), Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu Bagi pelajar lepasan sekolah ini, mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab DAN sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 14 unit bagi 3 mata pelajaran berlainan. 3 kumpulan yang berbeza adalah:- - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Kesusateraan Melayu/ Literature in English - Sejarah - Geografi/ Pendidikan Seni Visual - Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari - Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral - Matematik/ Matematik Tambahan - Prinsip Perakaunan - Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science - Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV) - Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran - Pendidikan Syariah islamiah - Bahasa Arab - Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan  Disebabkan oleh itu, syarat kemasukan Khas dalam Jurusan Sains Sosial adalah sedikit berbeza mengikut jenis sekolah yang mereka duduki. Diharapan setiap satu perkongsian yang diberikan ini dapat membantu para pelajar ketahui serba sedikit syarat dan kehendak untuk memasuki sesuatu jurusan yang anda mahukan. 
Tumblr media
***SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON SPM YANG BAKAL MENGAMBIL PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2021*** Read the full article
0 notes