#pewakilan umno
Explore tagged Tumblr posts
suara-rakyat-blog · 3 months ago
Text
Semua Parti Politik tidak boleh tubuhkan Kerajaan kecuali membawa UMNO sekali. Ini telah terbukti semasa Penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin dan tidak cukup kerusi untuk tubuhkan kerajaan. PN terpaksa dengan rasa tak malu mahu UMNO menyokong Perikatan Nasional untuk tubuh kerajaan.
Begitu juga selepas Piliharanraya ke 15, tak ada satu Parti Politik yang menang ketika itu sehingga kerajaan tidak dapat dibentuk di Malaysia.
Maka Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu ketua Pakatan Harapan yang mendapat 83 kerusi memujuk UMNO untuk sama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan. Maka tertubuh kerajaan Madani yang disokong oleh UMNO. Ini lah yang dikatakan oleh-orang Melayu. UMNO Parti Keramat Orang melayu.
youtube
Dinamik Politik: Video ini meneroka hubungan antara UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan parti politik lain di Malaysia, terutamanya semasa krisis.
Keputusasaan dan Perikatan: Ia menonjolkan bagaimana UMNO menjadi sekutu yang dicari apabila parti lain menghadapi cabaran atau tekanan politik.
Sentimen Pengundi: Perbincangan mungkin termasuk pandangan tentang bagaimana orang ramai melihat peranan UMNO dalam politik Malaysia dan kesannya terhadap tingkah laku pengundi.
Konteks Sejarah: Video ini berkemungkinan merujuk kepada contoh masa lalu di mana UMNO memainkan peranan penting dalam pembinaan pakatan semasa pergolakan politik.
Implikasi Masa Depan: Spekulasi tentang masa depan UMNO dan potensi strateginya untuk mendapatkan semula pengaruh dalam landskap politik Malaysia yang semakin berkembang.
0 notes
hokalohnews · 6 years ago
Text
Hokaloh News Updated: 'Semua anggota MT Umno bertanggungjawab, tak boleh lari' - Berita Terkini
https://hokaloh.news/politik/semua-anggota-mt-umno-bertanggungjawab-tak-boleh-lari-berita-terkini/
WAWANCARA | Bagi Tengku Razaleigh Hamzah, beban tanggungjawab atas kekalahan Umno pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak boleh diletakkan pada seseorang saja.
Sebaliknya kata calon presiden Umno itu, ia mesti digalas secara bersama oleh pemimpin parti.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam, Tengku Razaleigh berkata sebagai badan tertinggi dalam parti, semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno mesti menerima tanggungjawab tersebut.
“Orang ramai pun kata, Umno tak cacat, cuma ada sesetengah pimpinan barangkali yang telah menyebabkan kita kalah.
“Tetapi, saya nak kata, secara kolektif (sebagai satu pasukan) semua pemimpin yang berada dalam MT harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.
“Mereka tak boleh lari daripada tanggungjawab,” katanya sambil memberi contoh spontan bagaimana pemimpin tentera Jerman pada era Adolf Hitler pun menunjukkan contoh bagaimana mereka sedia dipertanggungjawabkan.
Kata Tengku Razaleigh, langkah itu dibuat sebagai bukti sikap pertanggungjawaban yang serius.
Hampir semua calon anggota MT
Tengku Razaleigh ditemui di kediaman merangkap pejabatnya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur lewat petang semalam.
Bagaimanapun, anggota parlimen Gua Musang yang lebih mesra dipanggil Ku Li itu berkata, beliau pula sebaliknya tidak boleh dipersalahkan atas kecundangnya Umno.
Katanya beliau bukan anggota MT Umno sebaliknya cuma anggota parlimen yang mewakili satu kawasan di Kelantan.
Justeru, katanya, tanggungjawab penuh dan secara langsung kepada pengundinya saja.
“Saya tidak bertanggungjawab ke atasnya. Saya hanya bertanggunjawab ke atas pengundi saya,” katanya.
Untuk rekod, Tengku Razaleigh menawarkan diri untuk menjadi presiden Umno sekali lagi selepas 31 tahun. Selain beliau, turut bersaing ialah bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dua lagi calon yang menyertai saingan itu – tetapi kurang dikenali – ialah Mohamed Iqbal Maricair (Ahli Jawatankuasa Umno Bandar Tun Razak) dan Mohd Yusof Musa @ Jamaludin (Umno Iskandar Puteri).
Bagi jawatan timbalan presiden Umno pula, tokoh yang bersaing ialah Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa serta bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Untuk jawatan naib presiden seramai tujuh orang menawarkan diri. Mereka terdiri daripada:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Sheikh Razali Sheikh Hamad
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Datuk Seri Ahmad Said
Daripada calon-calon itu hanya Ahmad dan Sheikh Razali bukan anggota MT Umno pada penggal lalu.
Nasib mereka akan ditentukan oleh pewakilan yang akan mengundi esok.
Sementara itu mengulas dakwaan bahawa akan ada lebih ramai pemimpin parti politik itu akan disiasat pihak berkuasa selepas BN kecundang, Tengku Razaleigh berkata tindakan boleh diambil jika terbukti mereka melakukan kesalahan.
Bagaimanapun, mengulas lanjut Tengku Razaleigh berkata siasatan itu tidak sepatutnya hanya menjurus kepada Umno malah semua parti politik yang ada di negara ini termasuk Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Mereka bukan malaikat, mereka juga harus disiasat. Jangan kata Umno sahaja tak ada malaikat,” katanya lagi.
Temu bual ini turut disertai Kow Gah Chie, Lu Wei Hoong, Ahmad Amir Adzim dan Al-Abror Mohd Yusuf.
Wawancara 1: Ku Li ada cara bawa Umno kembali berkuasa sebelum 2023
Wawancara 2: Ku Li: 1987 dulu lawan bapak gergasi, 2018 lain
Wawancara 3: Saya mungkin kalah debat dengan Khairy, kata Ku Li
قالب وردپرس
#Politik #AbuBakar #Ahli #AhmadSaid #AhmadZahid #Annuar #AnnuarMusa #Bandar #Harapan #Jerman #Kelantan #Langkah #Negara #Parlimen #Parti #Pilihan #Raya #Tan #Tanggungjawab #TengkuRazaleigh #Zahid
0 notes
suara-rakyat-blog · 4 months ago
Text
HUTANG 1MDB RM32billion..???
TETAPI pihak irihati dan pemfitnah tak pernah sebut ASET 1MDB ialah RM100billion
SELAMAT MEMBACA SUPAYA ANDA TIDAK DIPERBODOHKAN selamanya...
Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mengaku bahawa saya betul bahawa prestasi ekonomi Malaysia dan prestasi mengawal Covid adalah paling teruk berbanding negara-negara jiran biarpun Malaysia adalah antara negara yang melaksanakan PKP separuh masak paling lama di dunia.
Tetapi dia kata ini bukan kegagalan Muhyiddin sebab boss dia dibeban dan dikekang oleh hutang 1MDB RM32b.
Sebab 1MDB, ekonomi dan Covid teruk di negara kita.
Okay. Saya beri fakta.
Hutang 1MDB adalah RM32b pada akhir tahun 2019 sebelum Muhyiddin jadi PM.
"Selain itu, RM32.2 billion hutang bersih 1MDB." http://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/13918-ipma-berjaya-lahirkan-modal-insan-kelas-pertama-berintegriti-datuk-seri-ismail-sabri
Namun seperti diulas Menteri Kewangan semasa membahas bajet 2022 pada bulan Oktober 2021 lalu, hutang 1MDB juga RM32b selepas Muhyiddin henti sebagai PM. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/881690/hutang-terkumpul-1mdb-rm32-bilion-setakat-akhir-jun-2021
Bermakna satu sen prinsipal hutang 1MDB tak pernah dibayar.
Malah sepanjang tempoh dia jadi PM, Malaysia dapat semula RM15.4 bilion tunai yang dibayar sebagai penyelesaian-penyelesaian kes 1MDB oleh pihak-pihak seperti Goldman Sachs, KPMG dan Deloittes.
Ini bermakna satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar tetapi dana sebanyak RM15.4 bilion diterima oleh kerajaan sebab 1MDB.
Dan dia tidak pernah sebut pun aset-aset 1MDB bernilai lebih RM100b atau peranan 1MDB untuk menyelesaikan masalah perjanjian IPP berat sebelah yang menjimatkan negara sebanyak RM15b setahun sehingga rizab tunai Petronas naik ke RM176b sebelum PRU14.
Entah sudah beberapa kali saya jawab perkara ini termasuk kepada Anwar dan Kit Siang sebelum PRN Melaka tetapi mereka tak pernah sekali pun menyangkal atau berbunyi: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/447483400075937
Jadi, dari sudut mana Muhyiddin dibeban atau dikekang oleh hutang 1MDB sehingga prestasinya mengawal ekonomi dan Covid amat buruk sedangkan korang tak pernah langsaikan satu sen prinsipal hutang 1MDB dan sebaliknya menerima tunai RM15.4b sebab 1MDB?
Dan tahukah kamu bahawa PN dahulu turut menaikkan hutang kerajaan sebanyak RM173.3 bilion dalam tempoh korang jadi kerajaan dari RM792b ke RM965.3b pada bulan Ogos semasa Muhyiddin turun sebagai PM?
"Hutang Kerajaan Persekutuan 2019 naik kepada RM792 bilion" https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/750317/hutang-kerajaan-persekutuan-2019-naik-kepada-rm792-bilion
"Hutang kerajaan kekal terkawal, RM965.3 bil setakat Ogos 2021" https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hutang-kerajaan-kekal-terkawal-rm9653-bil-setakat-ogos-323665
Sedangkan hutang kerajaan pada akhir tahun 2017 sebelum PRU14 adalah RM686.8 bilion.
"Hutang negara bukan RM1 trilion tapi RM686 juta - Tuan Ibrahim" https://www.kinitv.com/bm/berita/64699
Ya.. hutang naik RM173.3b masa korang. Lagi nak guna alasan hutang 1MDB sebanyak RM32b yang tidak pernah dilangsaikan satu sen oleh korang.
(Hutang kerajaan naik hampir 50% atau hampir RM300 bilion dari RM686b ke RM965.3b setelah saya henti jadi PM tapi satu sen prinsipal hutang 1MDB RM32b tidak pernah dibayar balik setakat ini.)
Bukan setakat hutang naik. Petronas turut dijarah dengan bayaran RM59b (2020: RM34b. 2021: RM25b) kepada kerajaan.
Manakala aset Khazanah Nasional turun hampir RM10b dari RM91b pada akhir tahun 2019 ke RM81b pada akhir tahun 2020.
Dan korang juga korek RM5 bilion dari tabung KWAN yang dibina masa saya jadi PM dari RM4b sehingga nilainya mencecah RM17b keitka PRU14.
"Kerajaan hanya ambil RM5 bilion dari KWAN" https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/kerajaan-hanya-ambil-rm5-bilion-dari-kwan/
0 notes
suara-rakyat-blog · 2 years ago
Video
youtube
Ok sedara-sedara, banyak yang memberikan komen. Hishamuddin memberikan komen, Khairy Jamaluddin memberikan komen, Ismail Sabri memberikan komen. Semua orang sibuk memberikan komen kerana semua orang merasa seolah-olah mereka telah menang hari ini.
Namun sebenarnya, mereka telah ditolak oleh pewakilan. Banyak orang tidak sedar bahawa keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan atau tidak, tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat majlis kerja Tertinggi UMNO, biro pengurusan parti, biro politik parti atau mana-mana mesyuarat pun.
Hanya ketika membincangkan ucapan dasar Presiden, ada seorang jurucakap dari Negeri Sembilan yang bernama Syukri yang mencadangkan agar usul tambahan dimasukkan dalam ucapan dasar Presiden, supaya jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan. Ini bukan daripada majlis kerja tertinggi atau biro politik, tetapi usul dari wakil Negeri Sembilan, Syukri Samsuddin.
Usul ini telah disokong oleh wakil Negeri Terengganu dan dibincangkan selama dua hari sebelum diadakan pengundian. Proses pengundian ini dijalankan dengan meminta pewakilan mengangkat tangan. Walaupun sepatutnya ada dua kaedah pengundian, iaitu undi sulit atau angkat tangan, pengerusi tetap memilih untuk menggunakan kaedah angkat tangan sahaja.
Mereka yang tidak menyokong usul tersebut hanya kurang dari lima peratus dan malangnya, mereka yang menyokong usul tersebut dibuat "boo". Khairy Jamaluddin dan geng pro-Perikatan Nasional sepatutnya rasa malu kerana mereka telah berkempen untuk menolak cadangan tersebut.
Walaupun tiada sesiapa yang membuat cadangan sebelum ini, Khairy Jamaluddin membuat live dan menyeru agar cadangan itu ditolak. Namun, cadangan tersebut tetap disokong oleh majoriti pewakilan dan Ismail Sabri, yang awalnya enggan untuk bangun, akhirnya bangun juga.
0 notes