#pemborong tepung
Explore tagged Tumblr posts
Text
Sponge Mix On Sale
Sponge Mix On Sale
View On WordPress
0 notes
Text
Hokaloh News Updated: Barang Naik – Salah GST Ke Salah Peniaga Ke Salah Penguatkuasa Ke Salah Pengguna, Atau Sebenarnya Salah Kira? - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/bisnes/barang-naik-salah-gst-ke-salah-peniaga-ke-salah-penguatkuasa-ke-salah-pengguna-atau-sebenarnya-salah-kira-hokaloh-berita/
Alhamdulillah, rakyat Malaysia semakin celik dengan dunia kewangan. Kalau sebelum ini tak berapa nak kisah, dilihat semakin ramai yang mula mengambil berat dan peka dengan sebarang perkembangan terbaru dalam negara. Yang pastinya, kita memang ada pandangan yang berbeza dalam setiap perkara.
Sebagai permulaan bicara, umum tahu bahawa GST Sifar Telah Pun Bermula Sejak 1 Jun 2018. Ini merupakan di antara perkara terawal yang dilakukan oleh Pakatan Harapan, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai mengotakan janji mereka pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu.
Kami juga ada membincangkannya secara mendalam dalam GST Sifar, Apa Kesannya Kepada Pasaran Saham? dan Zero Rate GST : Impak Kepada Ekonomi Negara. Mana taknya, GST menyumbang 23% kepada perbendaharaan negara – sudah pastinya ia memberi kesan yang besar.
Kemudian timbul pula persoalan, harga barang ada turun atau tidak sejak 1 Jun 2018 yang lalu? Dapat jimat lebih? Poket semakin tebal? Troli semakin penuh?
Sebab sebelum ini pun, Ada Klasifikasi Barang Sifar GST, Tetapi Harga Barang Tetap Naik Juga.
Di antara perkhidmatan yang menikmati sifar GST adalah di dalam sektor pengangkutan antarabangsa, perkhidmatan insurans dan takaful, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan penghantaran duit dan suratkhabar atas talian.
Barangan Sifar GST
Manakala barangan sifat GST adalah seperti makanan asas dan keperluan seperti
beras, daging, ayam dan telur ayam.
makanan laut seperti ikan, ketam, udang.
sayur-sayuran, buah-buahan, rempah ratus, tepung, gula, garam, minyak masak, roti, susu bayi dan banyak lagi.
semua jenis bahan bacaan, ubat-ubatan, bekalan air dirawat dan bekalan elektrik juga tidak dikenakan GST.
Untuk senarai penuh, boleh muat turun Senarai Barang Bercukai Dan Tidak Bercukai daripada laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia.
Jadi bukannya semua salah GST yang menyebabkan harga barang naik.
Kalau Bukan Salah GST, Salah Peniaga Ke Camana?
Tidak dinafikan ada sesetengah peniaga yang menaikkan harga barang lebih daripada kadar GST 6%. Kononnya, pengilang kena GST dan pass kepada pemborong. Pemborong pula kena GST dan pass kepada peniaga. Peniaga yang kena GST pula akan pass kepada pengguna.
Harga asal RM100 sepatutnya naik sekadar RM106 kerana disebabkan GST 6%, tetapi ternyata harga barang naik lebih daripada itu.
Salah Penguatkuasa Pula Ke?
Bagi tahun 2015, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip RM27.1 bilion untuk 9 bulan sejak perlaksanaannya pada April 2015.
Bagi tahun 2016 pula, JKDM mensasarkan RM39 bilion hasil daripada kutipan GST. Namun, mereka berjaya memungut RM41.2 bilion pula – 5.6% melebihi sasaran.
Untuk tahun 2017, sasaran kutipan GST adalah RM40 bilion. Tetapi JKDM berjaya mengutip sebanyak RM44 bilion, 10% melebih sasaran.
Kalau pihak Kastam tak buat kerja, masakan mereka boleh melebihi sasaran kutipan GST yang ditetapkan?
Ke nak salahkan sasaran kutipan yang terlalu rendah?
Atau Nak Salahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)?
Adakah KPDNKK pula yang salah kerana gagal mengekang kenaikan harga barang sehingga tidak terkawal? Ada yang kata, zaman teknologi ini sepatutnya pihak KPDNKK sudah mempunyai aplikasi atau pangkalan data harga semasa barang-barang keperluan. Sekarang ni kalau nak banding harga nak guna aplikasi apa?
Kalau nak tahu, KPDNKK telah membuat satu inisiatif supaya orang ramai boleh buat perbandingan harga. Jemput beramai-ramai ke laman web Price Catcher.
Bila kita dah tahu harga barang yang sepatutnya, boleh juga kita sebagai pengguna melaporkan sebarang harga barang yang tidak munasabah.
Salah Kita Sebagai Pengguna Sebab Tak Buat Laporan?
Kita kan suka komplen di laman sosial, tapi adakah ianya saluran yang betul untuk membuat laporan harga barang naik?
Tengok sendiri statistik KPDNKK berikut:
Sumber: Laman Web KPDNKK
Sebanyak 7,719 aduan diterima di laman web KPDNKK untuk 6 bulan pertama tahun 2018, iaitu secara puratanya sebanyak 1,286 aduan sebulan.
Nak cara yang lagi mudah untuk buat aduan? Guna saja aplikasi Ez Adu KPDNKK.
Kalau nak mainkan peranan yang lagi aktif dalam membantu KPDNKK, siap ada aplikasi Friends Of KPDNKK (FOK) lagi.
Bila dah tolong KPDNKK menjadi mata dan telinga mereka dengan melaporkan apa yang berlaku di kalangan peniaga, dapat pula imbuhan dalam bentuk diskaun 10%-70% untuk hotel dan pasaraya yang terpilih.
Atau Salah Pengiraan GST vs SST, Yang Mana Lebih Membebankan Rakyat?
Ada dua pandangan berbeza mengenai perbandingan di antara GST dan SST seperti berikut:
1. Pro-SST
2. Pro-GST
Ada yang kata GST lebih membebankan rakyat, ada pula yang kata SST yang lebih membebankan.
Itu perbincangan kita rakyat marhaen, di kalangan pihak atasan pun mempunyai pandangan yang berbeza. Pakar Cukai Kata Harga Barang Akan Naik Bila SST Mula 1 September, tapi Kementerian Kewangan melalui YB Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan pula kata 21 Bilion SST Tak Semudarat 44 Bilion GST. Siap bagi contoh lagi.
Taknak Salahkan Takdir?
Ada benda yang kita boleh ubah, jom kita ubah. Lagipun ada dua saja cara, samada kita tingkatkan pendapatan atau kurangkan perbelanjaan.
Kalau rasa terkesan dengan kenaikan harga barang, carilah kerja part-time untuk tambah pendapatan. Atau belajar tentang pelaburan saham, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia. Boleh juga baca Rasa Susah Nak Menyimpan? Ikuti Tips Hebat Ini.
Kalau rasa berat, cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan pula. Mula dengan Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak? Seterusnya, amalkan tips dalam 5 Masalah Kewangan Yang Biasa Dialami Dan Cara Penyelesaiannya. Akhir sekali, dengar kata-kata mutiara dalam Tuan Norizan Kongsikan Cara Nak Bersara Awal Di Usia 54 Tahun.
Semoga kita semua berjaya tempuhi Ekonomi Baru ini!
Komen
komen
قالب وردپرس
#Bisnes #Air #Aplikasi #Ayam #Barang #Daging #Dunia #Harapan #Ikan #Jabatan #Janji #Kadar #Kementerian #Kewangan #Laporan #Malaysia #Masalah #Menteri #Negara #Pasaran #Pengguna #Pilihanraya #Rakyat #Roti #Saham #Sayur
#air#aplikasi#ayam#barang#daging#dunia#harapan#ikan#jabatan#janji#kadar#kementerian#kewangan#laporan#malaysia#masalah#menteri#negara#pasaran#pengguna#pilihanraya#rakyat#roti#saham#sayur#Bisnes
0 notes