#kitab terfaktab
Explore tagged Tumblr posts
eh-myiaa · 8 years ago
Text
#16- crappyrants
Hi,
Aku baru lepas baca kitab terfaktab entah kali keberapa aku pun tak tahu. peliknya cuma ada dua nama dalam kepala, mubin dan baha (gelak jap pehal ada nama baha). letak tepi baha kejap fokus pada mubin. tak tahu kenapa setiap helaian aku belek, setiap tajuk aku baca aku nak relate antara aku dengan kau (mubin), ayam betei macam takde orang lain je. cis!
(Tindakan Selepas Clash)- Bukan Penggoda
Penulis secara peribadi cerita apa yang dia buat untuk move on dan menyatakan pendapat sama ada patut kawan semula dengan ex atau tak. 
 Aku tak tahu macam mana mubin move on laju laju sampai boleh jumpa pengganti before putus (curang?) tapi surely bukan mudah untuk aku. jadi apa aku buat? nangis lah paling mudah. kakaka. menangis meroyan sampai puas sampai bosan. no, actually sampai last mubin reply ws aku. apa dia tulis tu ibarat satu tamparan hebat di pipi, sakit sangat. lagi sakit daripada dicurangi barangkali. aku buat keputusan untuk pergi sementara waktu. yes time heals walaupun parut masih terasa :’) yelah buat apa kejar orang yang tak nak kat kita lagi ye dak?
(Confession)- Shahirah Khairuddin 
Beliau bagi dua situasi perasaan yang lama disimpan tapi tak terluah. huhu. aku suka ayat dia tulis ni “cinta memerlukan keberanian” dengan “Perasaaan itu memang sudah ada, cuma perlu sedikit kekuatan untuk menyampaikan. kadang kadang kita rela membiarkan perasaan itu berlalu begitu sahaja tanpa mahu mencuba, sedangkan kita ada pilihan untuk menyampaikannya dan berbahagia dengan persaan yang kita ada.” 
Parappappapa! tang ni jelah aku tetiba teringat crush kat office time internship. huhu izinkan saya dekah sekejap boleh?
(Rebound Relationship)- Mr K
Mr K cakap pasal advantage dengan disadvantage rebound relationship ni.
Kalau kau tanya aku, aku takkan buat benda ni (insyaAllah!) sebab aku rasa rebound cuma sekadar alternatif untuk kau nak lupakan yang lama je, dan mestilah nanti akan ada hati yang terluka. uhuks. lepas break up dengan mubin aku rasa kalau ada orang datang minang aku terima je. hahaha giler over kan! tapi tu dolu dolu je sekarang mak dah occay noks. nasib baik jugaklah takde orang datang minang bebetul kalau aku terima hahh menyesal jugak lah kot sekarang ni. huhu
(Kekeliruan)- Penulis. Sahaja
Penulis ceritakan kisah lelaki dan perempuan ni masih menyayangi tapi perempuan tu terima pinangan lelaki lain sebab tak nak bergelumang dengan dosa masa bercinta. tapi perempuan tu pergi macam tu je, mestilah sedih lelaki tu kan :(
Anggap saja memang aku dengan mubin takde jodoh cuma aku masih tak faham dengan orang yang pergi tak cakap apa apa ni. susah sangat ke nak cakap “awak saya nak putus sebab..” takpun cakap camni “awak saya taknak awak lagi, saya dah ada orang lain. jom putus” hah kan jelas camtu. orang yang ditinggalkan pun tak rasa sakit sangat. kot la kot. aku takdelah harap mubin balik cukup dia bagi pencerahan sudah. 
macam tengah buat kupasan novel time sekolah je huhu. eh untung tak kupas semua tajuk hm tapi taip panjang panjang bukan ada orang baca pun.
Buat mubin, semoga awak sentiasa di dalam peliharaanNya, diberi kejayaan dunia dan akhirat. balik malaysia jumpalah myia okay :)
0 notes
seanterobuku-blog · 8 years ago
Text
Kitab Terfaktab : Konotasi Rasa
Kitab Terfaktab : Konotasi Rasa
Tidak cukup lagi korang terlanjur dengan semua ini? Perasaan suka, cinta, rindu, kasih, saying, setia, rabak, toleransi, yang membawa kepada pernikahan dan perkahwinan akan memacu halatuju Malaysia yang lebih romantik. Kitab Terfaktab: Konotasi Rasa adalah kitab yang lebih membincangkan isu perasaan dan idea korang dari kesimpulan mengenai relationship. Kitab keempat ini menjadi titik tolak dan…
View On WordPress
0 notes
cause-this-is-all-we-know · 11 years ago
Quote
Manusia selalu bercerita tentang bahagia yang dikejar, bukan bahagia yang dirasa. Kat situ manusia tak pernah rasa bahagia. Ketika saat-saat bahagia tu datang, raikan. Kecapi nikmat bahagia tu. Cherish the moment!
Kitab Terfaktab - Sarkastik Cinta
10 notes · View notes
juwitaafifah · 11 years ago
Photo
Tumblr media
8 notes · View notes
mynameiszuriaty-blog · 13 years ago
Quote
5. Menangis sepuas-puasnya (sepuas-puasnya, bukan selama-lamanya).
99 Perkara Boleh Buat Selepas Kecewa by Brader Leplep (Kitab Terfaktab 2: Nakal Tapi Halal, 2012).
44 notes · View notes
seanterobuku-blog · 8 years ago
Text
Kitab Terfaktab : Sarkastik Cinta
Kitab Terfaktab : Sarkastik Cinta
Terasa dengan sindiran cinta? Melihat yang lain berteriak kegembiraan, tidak mustahil hati turut jatuh sakit. Di dalam dunia serba kebendaan, kita seolah-olah mencari kuasa yang paling kukuh untuk memaksa diri kita tersenyum. Kitab Terfaktab: Sarkastik Cinta adalah sebuah kitab ketiga yang diisi dengan pelbagai titik pandangan, latar belakang, latar gaya, dan pentas. Bukan sebuah himpunan karya…
View On WordPress
0 notes
seanterobuku-blog · 8 years ago
Text
Kitab Terfaktab : Definisi Cinta Infiniti
Kitab Terfaktab : Definisi Cinta Infiniti
Definisikan cinta dalam satu perkataan? Terlalu banyak definisinya dan pelbagai tafsirannya sehingga tidak cukup dengan satu perkataan. Cinta lebih awal wujud dari politik, lebih bernilai dari wang ringgit, dan lebih rumit dari hokum sains. Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti merupakan sebuah kitab pertama yang bukan sahaja ditulis oleh penulis-penulis berpengalaman dalam percintaan, malah ia…
View On WordPress
0 notes
seanterobuku-blog · 8 years ago
Text
Kitab Terfaktab : Pasca Gelap
Kitab Terfaktab : Pasca Gelap
Cinta itu celaka? Perkara indah tidak semestinya suci. Apa yang pedih pada mata pemerhati mungkin yang paling indah bagi mereka yang menikmati. Kitab Terfaktab: Pasca Gelap akan bawa kau ke satu sudut lebih jauh yang dipenuhi dengan kekejaman dan cerita-cerita sengsara supaya minda kau yang koma itu kembali sedar. Kalau kau tak percaya wujudnya kegelapan, maka jangan kau cuba berlagak memeluk…
View On WordPress
0 notes