Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
Tunang Ke-9
Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya.
“Bagi aku, dalam dunia ni, perempuan cuma ada dua jenis. Jenis jual murah dan jenis jual mahal. Kedua-duanya, sampah!” – Shah
“Awak tak tahu ke jenis perempuan yang ketiga?”- Reny Fathia
“Apa?” – Shah
“Perempuan yang tak ingin jual apa-apa pada sampah macam awak!”-…
View On WordPress
0 notes
Text
Pelakon Cinta & Mr. G
Pelakon Cinta & Mr. G
Dia hot, dia handsome, dia kaya, dia genius, tapi dia… mr. G?!
Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr…
Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal.…
View On WordPress
0 notes
Text
Kahwin 6 Bulan Aje?!
Kahwin 6 Bulan Aje?!
RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.
EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!
View On WordPress
0 notes
Text
Kill Me With Love
Kill Me With Love
“Let say, kalau saya ni perempuan paling jahat dalam dunia awak tetap nak kahwin dengan saya?
“Ya!” jawab Khairul Rasheed dengan cepat, “tapi saya tak fikir awak jahat. Awak perempuan baik dan cantik walaupun ada banyak muslihat!” Kharlissa hanya tersenyum.
Kharlissa tersepit dalam masa lampau, realiti dan angan-angan. Di saat dia ingin berubah, hadirnya Khairul Raheed yang terasa sungguh…
View On WordPress
0 notes
Text
Kharlissa
Demi Kharlissa, Khairul Rasheed sanggup melakukan apa sahaja. Malah dia mulai melanggar prinsip hidupnya sendiri. Dia tidak ingin kehilangan wanita yang sangat dicintai. Sungguh dia tidak tahu betapa pahit dan hitamnya sejarah silam Kharlissa. Sehingga satu demi satu rahsia terbongkar. Khairul Rasheed bertindak menyembunyikan Kharlissa jauh dari segala bahaya.
Tetapi bahaya tetap datang mengintai…
View On WordPress
0 notes
Text
Miss Cleaner Undercover
Khaira Wilda tahu, zaman glamornya akan terhenti seketika saat ditugaskan untuk menyamar sebagai seorang tukang sapu. Namun sebagai seorang anggota polis yang mencintai kerjaya dan janji taat setia kepada negara, Khaira Wilda sanggup.
Bagi Hayden Daniel pula, kemunculan Wilda sebagai seorang tukang cuci yang dianggapnya luar biasa mula memikat hatinya. Dia langsung tak tahu bahawa Wilda ialah…
View On WordPress
0 notes
Text
Andai Itu Takdirnya
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling…
View On WordPress
0 notes
Text
7 Hari Mencintaiku
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak…
View On WordPress
0 notes
Text
Cinta Kau dan Aku
Cinta Kau dan Aku
“Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver”, marah Mak Timah.
“Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah…
View On WordPress
0 notes
Text
Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai…
View On WordPress
0 notes
Text
Takdir Itu Milik Aku
Takdir Itu Milik Aku
Perlukah kau bertanya tentang hatiku Sedangkan sejak itu kau telah tahu Betapa ku kecewa oleh perbuatan Yang tiba di luar jangkaan…
Ku rela diriku begini Seperti karang di samudera sepi Terluka atau mungkin melukai Suratan menentukan insani…
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul,…
View On WordPress
0 notes
Text
Curi-Curi Cinta
“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan…
View On WordPress
0 notes
Text
Andai Itu Takdirnya 2
Andai Itu Takdirnya 2
Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.
“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”
Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan…
View On WordPress
0 notes
Text
Cukup Derita Itu
Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibu bapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
“Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat…
View On WordPress
0 notes
Text
Rindu Awak Separuh Nyawa
Rindu Awak Separuh Nyawa
“Kasih Maisara!!!”
Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.
Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!
“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada…
View On WordPress
0 notes
Text
Melodi Cinta (Edisi 1)
Melodi Cinta (Edisi 1)
Ayuni Safira – Zaraa Sofea (Adaptasi Ke Drama) “Maafkan saya, Ayuni… Kalaulah awak tahu perkara sebenar, mesti awak akan benci saya sampai mati. Maafkan saya… saya tak ada pilihan…”
Love Is Totally Blind – Nuraqilah Syuhaida “Nasib baik muka mung ni handsome, kalau dok, jangankan jadi pelakong, nok jadi model supermarket Jusco pung orang tak moh.” “Rupa takkan kekal… Yang kekal hanyalah agama dan…
View On WordPress
0 notes
Text
Pabila Romeo vs Juliet
Pabila Romeo vs Juliet
Awatif, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.
Ayyad, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.
“Awatif… Kau…
View On WordPress
0 notes