#kerja kosong di melaka
Explore tagged Tumblr posts
Text
Kerja Kosong Terkini LPM
Kerja Kosong Terkini LPM
Kerja Kosong Terkini LPM | Lembaga Perumahan Melaka mempelawa kepada seluruh rakyat Malaysia yang menetap di Melaka untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan seperti berikut. Kerja Kosong Terkini LPM Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Pegawai Undang-undang Gred L41Penolong Pegawai Tadbir Gred N29Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19Pembantu Tadbir…
View On WordPress
#indeed melaka#jawatan kosong hotel melaka#kerja kosong di melaka#kerja kosong melaka 2022 terkini#kerja kosong melaka mudah#kerja kosoong melaka part time
0 notes
Text
'Seorang posmen kena handle lebih 100 item sehari'
Isu rungutan terhadap Pos Malaysia bukanlah isu baru. Sebelum ini pelbagai aduan dan rungutan mengenai perkhidmatan Pos Malaysia telah diajukan oleh netizen, tetapi isu ini dikatakan masih tidak ditangani dengan baik oleh pihak berkenaan.
Apabila berdepan dengan situasi sebegini lebih-lebih lagi di dalam sektor perkhidmatan, ayat seperti ‘customer is always right’ perlu dititikberatkan.
Walaubagaimanapun, isu rungutan ini dijawab oleh seorang pengguna Facebook yang dipercayai merupakan kakitangan Pos Malaysia yang berharap agar netizen bersabar dengan perkhidmatan kakitangan Pos Malaysia kerana mereka juga memikul tanggungjawab berat demi memenuhi permintaan pelanggan.
Berdasarkan maklum balas dari netizen, mereka mengharapkan mutu perkhidmatan Pos Malaysia diperbaiki, selain turut mengesyorkan agar gaji kakitangan Pos Malaysia dinaikkan setimpal dengan kerja yang dilakukan.
SETELAH aku baca setiap komen-komen korang, mari aku jelaskan situasi satu persatu, yang mana boleh hadam, sila hadam, yang mana nak kecam aku silakan. Aku bukan nak backup mana-mana even part customer atau Pos Malaysia.
Aku bekerja di Pos Malaysia, so aku baca setiap laporan yang customer hantar, baik aduan, pertanyaan atau penghargaan. Ada sesetengah staff yang okay, cekap dan ada yang kurang cekap.
Faktor gaji sangat memainkan peranan. Jika nak diharapkan pada gaji RM1,500 sebulan dengan keadaan sekarang ini, memang susah. Terpaksa buat Over Time, sampai keadaan tak dapat handle, ada staff yang dah pergi ke courier lain, diorang offer gaji lebih tinggi. Jadi, buat apa nak stay kan?
Faktor seterusnya adalah lambakan item, sebab terlalu banyak peniaga online. Sangat-sangat banyak tak termasuk Lazada, Shopee, Carousel, web-web yang jual barang-barang online, barang-barangan jualan dari China, apatah lagi jika ada promosi jualan seperti tahun lepas.
Kebanyakan peniaga menggunakan khidmat Pos Malaysia kerana Pos Malaysia paling murah berbanding courier lain. Bila dah murah, ramai yang guna dan bila ramai yang guna barang semakin banyak menyebabkan sesebuah Pejabat Pos Laju yang boleh menampung item sebanyak 500 barang pada satu hari bertambah kepada 2,000 item seperti yang berlaku di Pejabat Pos Laju Dato Onn.
Seorang posmen kena handle 100 item sehari dan risiko sangat besar kepada penunggang motor. Ada mulut yang nak disuap kat rumah, mak ayah yang perlu ditanggung, bayar itu dan ini. Kos meningkat, so kenapa tak nak guna courier lain wahai peniaga online?
Kamu semua kena baca terma dah syarat sebelum hantar, jangan pakai hantar saja, barang makanan, mudah pecah, mudah rosak, barang-barang berharga tak boleh dihantar. Kalau dalam Islam hukumnya haram sebab Pos Malaysia tak tanggung. Korang boleh percayakan semua peniaga ini jujur?
Aku ada tengok video yang peniaga cuma hantar surat kosong dalam peti Ezidrop, guna nombor item yang sama dan jual item yang sama pada customer yang berbeza. Bila customer buat report barang memang tak ada. Hakikatnya ada peniaga yang tak jujur. Serius aku cakap dan tak semua peniaga begitu.
Kamu semua tampal sticker fragile untuk apa? Dah tahu barang mudah pecah, hantar gelas, pasu, barang plastik, barang-barang yang kandungan cecair, bergas. Baca terma syarat belakang slip tu. Nak balut lagi, bubble wrap, aduh. Bila korang tetap nak hantar juga, jadi isu barang pecah, korang salahkan staff, tapi hakikat korang tak baca terma dan syarat.
Barang dari Lazada/Shopee mostly dari China. Dari sana pun ada delay lagi korang kena check item korang itu siapa seller dia, dari Malaysia ke China? Kalau dari China, kalau tak ada dalam rekod Pos Malaysia, korang kena buat report dulu dengan Lazada atau Shopee, bukan dengan Pos Malaysia dulu. Bila tak ada rekod dalam Pos Malaysia, mulalah korang salahkan Pos Malaysia. Padahal item itu masih sangkut lagi di China. Aku selalu dapat kes macam ni. Bila check, “item sorting from delivery facility at China.”. China beb, bukan Malaysia. Check betul-betul.
Ada kes orang hantar dari KL ke PJ, KL ke PJ sahaja, tetapi kenapalah boleh pusing satu Malaysia kan. Ini aku boleh cakap kelemahan sistem, salah karung, item termasuk dalam karung destinasi lain. Dari KL singgah Shah Alam, singgah Melaka, terbang ke Kota Kinabalu, dah sampai PJ boleh patah balik ke KL balik. Pusing-pusing dah makan 10 hari, barang nak pakai esok. Aku tahu sistem menjadi isu.
Bila ada viral, staff pos baling-baling barang macam bola keranjang, isu item diterima oleh customer itu bila aku maksudkan staff yang kurang. Tindakan tetap diambil, itu bahagian internal. Aku pun terkesan juga bila staff buat macam tu, main campak-campak. Bila staff marah, teremosi, geram maybe dengan bos ke, ada masalah family ke kan. Ini yang jadi (mungkin).
Nak ambil staff? Ingat senang ke nak ambik staff baru. Siapa yang kerja HR, jelaskan sikit proses macam mana, nak pergi hantar training lain, nak tahu hantar lokasi lagi, nak tahu function itu ini, nak check itu ini. Aku tak pandai sangat hal HR ini, cakap sangat senang, yang berhenti 10, yang masuk 5 orang, short 5 staff. Memang Pos Malaysia ada proses nak ambik staff. Sabar, yang mana tak ada kerja sekarang, cuba mohon, mana tahu rezeki.
Terima kasih sebab korang masih nak gunakan servis Pos Malaysia. Sangat hargai. Mahu atau tidak, itu lumrah. Yang bekerja, yang hantar barang itu manusia. Manusia ni ada had limit. Aku pun customer juga. Aku marah bila barang aku lambat sampai sebulan, pecah, dan lain-lain tapi barang tetap sampai.
Kita semua, staff atau customer mahukan perubahan yang baik. Ayat Dato’ Samy Vellu “besok kirim, hari ini sampai.” InshaAllah Pos Malaysia akan cuba perbaiki kelemahan yang ada. Feedback korang tu point-point yang perlu Pos Malaysia perbaiki.
Yang nak kecam aku tu, tak apa. Mesti ada yang tak senang dengan penulisan aku ni. Tak apa, aku tak marah. Yang mana aku boleh jawab, aku cuba jawab. Aku tuliskan tak semua korang nak baca kan. Yang mana faham point-point aku, terima kasih. Nak berilmiah, silakan.
Sumber: Muhammad Aidil
from The Reporter https://ift.tt/2A4TTG2 via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2mCh1Cb via IFTTT
6 notes
·
View notes
Video
tumblr
KUNSHAN CARSAI AUTO PARTS INDUSTRY CO., LTD https://www.carsai-precisionparts.com/ Whatsapp&WeChat: +8615212743691 email: [email protected] --------------------- harga murah cnc pemesinan pengeluar produk berkualiti baik tersuai di China bagaimana untuk mencari perkhidmatan penyesuaian cnc termurah sebut harga serta-merta dalam talian maksud pemesinan cnc,proses pemesinan cnc,teknik pemesinan cnc,proses pemesinan cnc diawali dengan mendesain objek gambar menggunakan software,soal teknik pemesinan cnc kelas 12,soal teknik pemesinan cnc kelas 11,materi teknik pemesinan cnc,silabus teknik pemesinan cnc dan cam,prosedur pemesinan bubut cnc,teknik pemesinan nc/cnc dan cam,teknik pemesinan cnc dasar kelas xii,modul teknik pemesinan frais cnc,mengevaluasi prosedur pemesinan frais cnc,juruteknik pemesinan cnc,kursus pemesinan cnc,silabus teknik pemesinan cnc kelas xi,rpp teknik pemesinan cnc kurikulum 2013,teknik pemesinan nc/cnc,materi teknik pemesinan nc/cnc dan cam,silabus teknik pemesinan nc/cnc dan cam,rpp teknik pemesinan nc/cnc dan cam kelas xii,rpp teknik pemesinan nc/cnc dan cam,buku teknik pemesinan nc cnc dan cam pdf,teknologi pemesinan cnc,kilang cnc penang,kilang cnc gelang patah,kilang cnc bukit minyak,kilang cnc di selangor,kilang cnc di malaysia,kilang cnc senai,kilang cnc di shah alam,kilang cnc di johor,kilang cnc batu kawan,kilang cnc tikam batu,kilang cnc paper tikam batu,kilang cnc desa cemerlang,kilang cnc di kulim,kilang cnc di penang,kilang cnc di melaka,kilang cnc jawatan kosong,johor kilang cnc,cnc paper international sdn bhd,kilang cnc melaka,kilang cnc malaysia,kilang cnc perai,kilang cnc sungai petani,jawatan kosong kilang cnc penang,kilang cnc sabah,pemotong besi,pemotong kayu,pemotong dawai,mesin pemotong besi,mesin pemotong kayu,parameter pemotongan mesin cnc,bahagian kilang,kerja kilang bahagian qc,kerja kilang bahagian qa,bahagian dalam kilang,e-kilang,e-kilang mpob,e kehadiran mpob,bahagian kerja kilang,bahagian operator kilang,bahagian production kilang,bahagian pengeluaran kilang,profil aluminium etalase,profil aluminium jendela,profil aluminium pintu lipat,profil aluminium jendela casement,profil aluminium en u,profil aluminium alexindo,profil aluminium pour bande led,profil aluminium pintu,profil aluminium angle,profile aluminium accessories,aluminium profile accessories malaysia,aluminium profile angle bracket,aluminium profile at,aluminium profil auf gehrung sägen,profile aluminium amazon,profil aluminium a,profil aluminium belgique,profil aluminium blanc,profil aluminium bosch,profil aluminium bahan lemari,profil aluminium bauhaus,profil aluminium bandung,profil aluminium bardage,profil aluminium brico depot,aluminium b profil,profil aluminium com,profil aluminium castorama,profil aluminium cena,profil aluminium carrelage,cnc aluminium profile,profil aluminium carré,profil aluminium cuisine,aluminium profile catalog,c profil aluminium m8,c profil aluminium m6,harga profil c aluminium,c-schiene aluminium profile,aluminium c profil m10,aluminium c profil ár,aluminium c profil bauhaus,aluminiumprofiler c-profil,profil aluminium dwg,profil aluminium daun jendela,profil aluminium dan kegunaannya,profil aluminium dacon,profil aluminium d'angle,profil aluminium dumawall,aluminium profile door,aluminium profile doors for kitchen,profil d'angle aluminium,profil d'étanchéité aluminium,profilé d'arret aluminium,profile d'aluminium pour fenetre,profil d'étanchéité sptd aluminium concave,profil d'étanchéité sptd aluminium concave 3 15m,profil aluminium en,profil aluminium en l,profil aluminium en t,profil aluminium en h,profilé extrudé aluminium,profil aluminium en z,aluminium profile,e-profil aluminium 10 mm,e-profil aluminium 8 - 10 mm,profil aluminium für led-streifen,profil aluminium firkantrør,profil aluminium flexible pour bande led,profil aluminium fenetre,profil aluminium flat,profil aluminium france,profil aluminium fixation sol pour verre,aluminium profile for led strip,f-profil aluminium,profil f aluminium 16 mm l.3 m,f profile aluminium extrusion,f profile aluminium channel,aluminium f profile 8mm,profil f aluminium 16 mm,aluminium f profil 6 mm,profil aluminium grenoble,aluminium profil győr,aluminium profil glas,aluminium profil gyártás,profil gouttiere aluminium,aluminium profil göteborg,pesanan disesuaikan cnc pemesinan bahagian bukan standard perkhidmatan produk gred tinggi China pembekal ,murah adat aluminium bukan produk standard kilang perkhidmatan
0 notes
Text
#MyFinalYear #TownandRegionalPlanning #UiTMPuncakAlam 2019
Alhamdulillah 4 years is finally over! 2015-2019 how time flies! Ingat lagi masa mula-mula masuk degree life selalu cakap dekat diri sendiri “Oh masa pls be fast!” Tak sabar nak habiskan semua ni. And now selepas 4 tahun akhirnya masa yang ditunggu- tunggu telah tiba. #MyFinalYear!
Bukan senang untuk mengharungi degree life ni. Orang luar nampak semuanya indah. Tetapi hakikatnya tidak! yes tidak! Ada hari rasa semangat nak buat semua benda, ada hari rasa malas+letih+tak semangat untuk buat semua ni.
Tapi itulah kehidupan, kita yang mencorakkan perjalanan hidup kita bukan orang lain. Dan bukan juga makcik dan pakcik-pakcik bawang! KITA!! Ok! KITA! so nak tak nak hidup perlu di teruskan. Bila rasa malas+tak semangat akan ada satu perasaan/aura yang tiba-tiba datang cakap dekat diri sendiri “Jangan mudah putus asa, bukan manusia kalau takda masalah. Ramai lagi orang dekat luar sana yang teringin nak jejak kaki masuk Universiti. Tapi bukan rezeki mereka. KIta? Alhamdulillah Allah izinkan/makbulkan doa untuk merasa semua ni.
So itulah kata-kata yang selalu bermain di fikiran yang menguatkan lagi diri ini untuk tempuhi semuanya. And to be frank! sedih untuk menulis entry ni, lepasni takkan ada lagi entry about #MyStudentLife #MyDegreeLife #MyNewSemesterBegin huwarghh! #Sedihnya! 4 tahun tak terasa pun. Tahu-tahu ja dah habis.
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk baca entry ini. Semoga Allah/God bless all of you guys! Kepada semua yang merasakan perjalanan degree life saya sentiasa indah you better read it til d end! semoga anda dapat rasa/bayangkan apa yang saya rasa. but above all, Alhamdulillah di atas nikmat/rezeki/ruang/peluang ini. so here we go!
#PermulaanYangMencabar
HI! My name is Nur Atiqah Azizan and this is my final year degree journey!
Gambar makanan ni adalah our first treat for this last semester bagi meraikan Duit PTPTN yang terakhir. Lepasni takda nak tunggu duit PT dah. Tunggu dapat surat kena bayar la pulak lepas ni:P #TheFact
Our final year yang mencabar. Bayangkan untuk semester terakhir ni tak dapat kolej alasan sebab student practical semester lepas so nama takda dalam senarai kolej. Ya Allah! Raflesia why you did this to me! sob sob! So almost 2 minggu juga la kitaorang duduk rumah sewa sementara masih menanti keputusan kolej dengan penuh harapan.
Haaa! Ini lah muka-muka menunggu keputusan kolej. Ada yang tak mandi di situ. Cuba teka siapa :P
And finally!!!! Alhamdulillah. Terima kasih kolej Raflesia, No more homeless!
ini adalah bilik terakhir bagi semester terakhir ini.
#MyFirstClassOfFinalYear
Muka-muka semangat untuk final year! Ye semangat sebab first day tunggu week-week 10-14 nampak la kebaraian tu nanti:P
One with my forever joker! Anda semua sudah menonton joker di pawagam? How was it? :P HAHAHA!
One with forever princess katanya! Syitoh!
Turun padang tengok orientasi student semester 1! tak sangka cepat masa berlalu. Dulu kita turun orientasi sebab student sem 1. Now turun bagi semangat dekat adik-adik la pulak ;)
#MyFirstStudioMeeting
Biasalah setiap sem akan macam ni.
Studio meeting 8.0 Our final site visit together. Sedihnya! and this semester our last site visit is Melaka! Yesss tempat yang paling dalam wishlist nak pergi sebab nak makan Asam Pedas ;)
Kesibukkan dah bermula! everyday/everynight rutin. Tidur 4-5am tu normal la tu
List for site visit. Yes this is really me! Tanpa list ni tak teratur hidup turun site visit. This List Is A Must! Siapa yang sama macam ni yes kita geng!
Menunggu ketibaan bas!
final site visit with them!
Here we go!!! #OffToMelaka
Dah sampai
Inilah hotel/penginapan sepanjang site visit di sini
ni dalam dia
Siap ada tv!
Here we go! #Survey
Thank you for d sponsor Semua makanan sedap-sedap. Nasi lemak pandan!
Turun site with Beyonce! #Aidura
With the glowing mum to be #PuanIntan
Discussion
#Interview Ketua Kampung
Me and the one and only Artis MV Tangisan! Nak tengok go and search Mv Tangisan Azlinda! #ShesSoTalented! Mana mana producer silalah ambil dia
With abang kawasan dan kakak kawasan Project besar ni! So kena serious la sikit :P
Inilah tugas kami town planner mendengar pandangan orang
masing-masing tengah focus
iv untuk dapatkan maklumat/data
pecah kumpulan untuk masuk sector masing-masing
Iv sampai ke dalam rumah guys! And kebetulan abang ni cameraman film/drama! sambil - sambil tu #PartTimeJob! :P
Terima kasih Puan atas kerjasama yang diberikan.
focusnya faz :D
Thank you atas kerjasama yang diberikan. Orang Melaka semuanya sporting!
Discussion Malam
Another day for site visit! Pagi yang penuh dengan Cahaya Nur with LisaSyiraHani
Focus dengar taklimat!
Thank You PLANMalaysiaMelaka!
with syitah syira and fanaaaaaaaaaaa
Hi joker! Focusnya dia! hahahahahahahahaha
Lepas tu dia balas dendam bagi gambar ni. “Tak boleh zoom lagi ka sampai nampak bulu hidung?” Letak sini la sebagai kenangan :P
One with them! #O8B
Thank You Makcik atas kerjasama
survey apa yang kurang.. Apa yang tak puas hati. Apa yang rasa nak improve
Site visit again!
This kuih its always remind me to my arwah tok. Setiap kali balik kampung selalu ada kuih ni. Now no more. But you will always be in my heart forever!
sedap sangat! Thank you bagi makan kuih free. Tapi tak makan saja. Saya support business makcik! 2 balang terus beli. Worth it!
Dalam penat berjalan tengah panas buat survey tiba-tiba jumpa sign ni. Alhamdulillah rasa bersyukur/tenang.. #JauhPerjalananLuasPermandangan
disclaimer: Abaikan parti politik disitu.
The struggle is real guys!
Joker suruh buat mini love pulak
One with them!
Muka tengah kutip sampah pun seronok. Begitulah juga kehidupan sentiasa kena positif/bahagia walaupun ada hari yang tak berapa bahagia :D
with kakak kakak hot
With Dua orang Puan disitu! Cuba teka yang mana?
walaupun penat survey! Lepaking is Onz!
Melaka
Berpuluh tahun duduk penang tak pernah sekali pun naik beca. So datang melaka dapat la peluang naik beca. Beca Unicorn okay! Bukan biasa biasa ni:P
Last day in Melaka
berBBQ
Semangat membakar semua
ayam
Garlic bread + sosej!
#KembaliBerpijakDiBumiYangNyata
Bila dah namanya final year memang busy dia tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata . Mana nak focus studio, assignment, thesis, ENT, Presentation,Viva.. DLL
terima kasih Dr Naasah atas dorongan dan nasihat
Balik dari site attend Malaysian Institute Planners pulak
Thank you pakcik Van bawak kami dengan laju sampai sana terus pening lalat! Nampak tak muka Joker semangat dekat depan tu. Dialah Co Driver kami :P
with them
One with Dr Mar
Amboi joker! saja letak gambar dia banyak-banyak sebab dia selalu bising gambar dia 1-2 ja:P
Amboi focusnya dia! Kalau ada mana-mana director yang nak ambik part time model acah mengacah boleh ambil tyra :D
one with TPr. Hj Ihsan Zainal Mokhtar | President of the Malaysian Institute of Planners
#HeticWeekBegin
Beginilah kehidupan final year. Nak dapat tidur 2-3 jam sehari tu mustahil apatah lagi nak dapat tidur yang nyenyak tu memang jauh sekali! Masing-masing tengah focus untuk report studio and presentation
Pakai macam ni sebab kena ikut tema #Jeans! Kalau saja-saja suruh pakai macam ni pi class memang tak laaa. Once in awhile!
With my groupmate nurul! #SekaliSekalaNakNampakRock :P
Port wajib selfie! Hanya student FSPU Ja tahu
Dalam kesibukan kerja-kerja studio thesis assignment dll.. Luangkan masa untuk menghadiri malam Pre-Graduation Night Dinner.
Dan tema kita hari ini adalah......
One with syira
One with them. Syitoh memang mata selalu ke tempat lain.
Thank you for Having us!
One with Our Thesis Coordinator En Mad
Lec yang banyak membantu sepanjang perjalanan thesis ini
Walaupun dah almost week 10 and above! Tetap semangat pergi class. So here the shameless selfie of mine!
Dalam tengah busy dengan studio bagai. Ada pulak pertandingan mencipta/melukis banner. Bila dah namanya banner bukan pendek. Panjang pulak tu!
apa yang penting.....
Kerjasamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Yess! panjang I told you! INI HASIL KERJA 30+ STUDENTS
Dalam kesibukkan itu juga ada lagi site visit for comparative study. kena pergi Seoul,Korea
note: Nak baca story di Seoul,Korea scroll sampai habis this entry! On my Previous post!
So belanja la sikit gambar di Korea
And Alhamdulillah for this award! Thank you for all your prayers and Utmost Support! Salah satu orang yang mendorong atiqah untuk masuk/teruskan course ni adalah ika Jumat! Ingat lagi kata-kata dia
“Belajar bagi focus dan faham betul-betul, tak perlu nak kejar dekan stress nanti, biar tak dekan janji input tu dapat dan boleh adapt sampai bila-bila” -IKA JUMAT
Terima kasih atas semuanya! Doa, Semangat,Kekuatan,Nasihat,Dorongan selama 4 tahun ini. Orang lain takkan pernah rasa apa yang kita rasa selagi dia takda dalam kasut/tempat kita. Zahirnya semua nampak indah tapi hakikatnya banyak yang perlu dikorbankan dan di harungi untuk dapatkan semua ini
#PuasaTerakhirDiCampus
Ini adalah tahun terakhir berpuasa/buka puasa di campus. Alhamdulillah walaupun jauh dari keluarga tapi ini bukanlah tahun yang pertama berjauhan dari keluarga. Cuma perbezaan berpuasa di rumah dan di campus tu tetap terasa! but above all dua dua best!
Juadah Berbuka
Makanan wajib buka puasa. Nasi ayam Kunyit Pasar Malam Puncak Alam is the best! RM5 nasi+ayam banyak sambal yang pedas gila.. Aaaaa rindunya!
Inilah tempat dimana student-student berpusu-pusu beli kuih. #GRABandGO!
Ramadhan terakhir with them! Terima kasih atas kenangan 4 tahun bersama ini. You guys will be miss!
#SurveyDiBulanRamadhan
Turun survey thesis di bulan Ramadhan. Tersangatlah mencabar. Dah la kawasan street art tu banyak jual makanan sedap-sedap. Dengan keadaan cuaca yang panas terik lagi. Hanya Allah saja yang tahu. But its okay! Not complaining but Alhamdulillah
Thank you auntie atas kerjasama! | Dapat Bayangkan Tak Cuaca Panas Tu macam mana dalam keadaan berpuasa macam ni. But its okay;)
sambil sambil survey tu.... sambil sambil la.....
Duduk dulu #LetihBerjalan
Kosong lagi tu boleh tolong tumpangkan saya dah penat ni berjalan pls!:P
#RayaCampus
Raya this year tak dapat nak balik lama-lama. Raya ke3 dah kena balik kampus. Disaat orang lain sedang menikmati juadah raya ketupat rendang. Dah kena packing nak balik Puncak Alam
Finishing school! Program ni wajib join. Banyak manfaat dan faedah daripada program ni. Program ni banyak mengajar cara-cara nak pergi interview, cara untuk lebih yakin berkomunikasi dengan orang sekeliling dan mostly banyak mengajar preparation untuk melangkah alam pekerjaan. Best!
Once in awhile
Thank you fana banana! The one yang always be there through my ups and down. sahabat yang baik. Susah nak dengar dia marah. Selalu layankan kerenah saya. sahabat yang sama-sama redah hujan lebat naik motor pegi print thesis, assigment, bazar ramadhan,pegi buka puasa dll! Sorry fana sebab selalu kena marah dengan saya :P Marah tu bersebab. sebab dia careless! so lepasni takda orang yang nak marah kalau kunci bilik hilang, purse hilang semua hilang.. okay! haha
gambar ni bukan nak focus selfie sebenarnya tetapi gambar lofa dan vivy di belakang tu. Dua wanita hebat sebagai pembakar semangat ;)
Hetic week!
Everyday routine. Beginilah kehidupan life as a student. Setiap hari naik bas. Ada hari kena berdiri, ada hari dapat duduk, Ada hari bas lambat, ada hari tertinggal bas #Thatlife
#FinalPresentation
Balik awal ke kampus raya ke 3 untuk siapkan final presentation. Course ni banyak mengajar erti bertolak ansur dan kerjasama. Sebab mostly semua assignment grouping. Tak boleh bagi alasan “Sorry tak dapat nak balik awal sebab masih nak beraya” sedangkan kawan-kawan kita yang lain semua balik awal ke kampus sebab masih ada tugasan yang belum selesai. Takkan la kita pulak nak pentingkan diri sendiri masih beraya sambil menikmati ketupat rendang bersama keluarga di rumah. Inilah erti sebuah pengorbanan!
Yes guys ini masih raya ke 3 dan semua orang ada tanggungjawab masing-masing
Daripada board ni kosong seperti on my previous picture to this! Ini adalah hasil kerjasama semua classmate!
Full Board!
Sahabat yang paling ikhlas dan paling baik. Thank you Ustaz atas segalanya. Since semester 1 til semester 8! Terima kasih banyak banyak jasamu dikenang!
Alhamdulillah done for presentation preparation from 10am-10pm 12 jam disini!
Forever be XclusiveStudio
muka-muka kepenatan 12jam stay up for this preparation with 30++ of my classmates
#TodayIsTheDay!
Muka muka yang masih mampu tersenyum walaupun hakikatnya tak cukup tidur, letih, mengantok, Otak masih fikirkan thesis yang tak siap-siap #HanyaAllahYangTahu
One with naemah! Happy Birthday to you Naemah! (Waktu update this entry is her birthday) Thank you my groupmate yang banyak membantu + Tyra and Oman #SectorKemudahanAwam
Crit
Masih sabar menanti giliran...
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. All d sleepless night is paid off!
Terima kasih my groupmate shafik,chemal,lin,nurul,faz,hafriz and mir! #WeDidIt!
Alhamdulillah REPORT STUDIO sebanyak 500++ pages ini berjaya disiapkan bersama dengan my teammate! Banyak masa,tenaga,tidur,duit yang dikorbankan untuk menghasilkan kerja studio ini.
WORK HARD PAID OFF!
Beratur sebab bapak nak bagi duit raya dekat anak-anak sebab berjaya siapkan studio dengan jayanya
One with syira! Terima kasih atas segalanya. Orang yang sentiasa ada susah dan senang. Banyak bagi nasihat dan semangat sepanjang 4 tahun ini. susah senang kita hanya Allah saja yang tahu. Cant wait to baling topi sama-sama #SyeraNahzri
one with fana. terima kasih atas segalanya juga! orang yang sama-sama ada susah senang jatuh bangun suka duka sepanjang 4 tahun ini. #FarhanaRina
Alhamdulillah from semester 2- semester 8 | Lepasni dah tak boleh stick together macam ni lagi. Masing-masing stay jauh sorang penang, sorang johor sorang kl. Apa - apa pun Alhamdulillah impian kita untuk baling topi convo sama-sama is almost there! cant wait for next year! take care and always be safe sahabat! Stay keep in touch okay Xx
Yeayyy selesai presentation dapat duit raya rm50! Heavennya!
Mula melangkah masuk alam degree life bersama mereka dan mengakhiri alam degree life juga bersama mereka. 4 years being together is amazing! Banyak drama, cerekarama, sinetron, suka duka, jatuh bangun, susah senang yang kita tempuhi sama-sama dan akhirnya semuanya berakhir disini. Terima kasih atas semuanya to each and everyone of you! jumpa lagi di lain waktu. Officially end of our studio life!
#BerayaDiKampus
Alhamdulillah walaupun tahun ni dapat beraya dua hari ja dengan keluarga tapi Allah bagi nikmat beraya bersama mereka. Thank you Dr ayu Dr Raja yang treat kami semua macam anak sendiri;)
Semua sedang melihat masa depan disana :D
The best view ever! MashaAllah! View from my room.
#Thesis
Alhamdulillah final consultation with my supervisor
THESIS submission!
Viva! This place is same exactly waktu atiqah viva. Bayangkan 4 vs 1! Apa yang penting waktu ni adalah confident. Jawab saja apa soalan yang ditanya dengan tenang dan yakin. And Alhamdulillah I’m survived!
Muka muka viva
Alhamdulillah we’re suvived!
Bila final year banyak duit yang keluar. Duit untuk site, duit untuk studio, print assignment, makan minum, bayar yuran, bayar kolej, bayar everything
And to be frank, yes pernah dalam acc duit hanya tinggal RM28.25sen! Orang takkan pernah tahu apa yang kita lalui disebalik semua ini. Semua orang hanya nampak zahirnya sahaja. Tapi susah senang jatuh bangun kita hanya Allah sahaja yang tahu. #ApaApaPunTetapBersyukur
#WorkHardPaidOff
Alhamdulillah rasa terharu,seronok,sedih,rasa nak menangis semua ada bila tengok hasil thesis ni siap. Thesis ini berjaya disiapkan bersama air mata, tak cukup tidur,jatuh bangun susah senang suka duka. Above all, Syukur Alhamdulillah 4 years of sleepless night Is totally worth it! All the work hard is finally paid off!
Terima kasih para pensyarah
Terima kasih En Ishak (My Second Reader)
Terima kasih atas teguran nasihat dan tunjuk ajar
Alhamdulillah I’m Survived!
Mengabadikan kenangan bersama thesis
With Linda anak didik Dr Naasah!
muka muka happy bersama thesis sendiri
serious sangat la ustaz ni #MukaPerasaanBercampurBaur
Terima kasih Dr Naasah atas segala tunjuk ajar since day one. To be frank, thesis ini berjaya disiapkan setelah 4 kali tukar tajuk. Tanpa bimbingan nasihat dan dorongan Dr thesis ini takkan berjaya. Terima kasih Dr
with Dr Naasah
One with YB! Terima kasih YB atas segala tunjuk ajar. YB ni setiap sem dekan. Sesiapa yang nak minta tips dekan boleh PM tepi ;)
one with our studio master Dr Ayu!
One with makcik cleaner. Waktu sem 4-5 setiap kali ada gap untuk next class selalu tidur dekat surau sekali mak cik ni. Dia selalu cerita kisah hidup dia. Terima kasih makcik atas doa dan nasihat makcik. InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. Doa saya sentiasa ada untuk makcik. Semoga makcik terus kuat mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga makcik, sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki Aminn yarobb.
Ni case thesis ikut warna baju:P
Terima kasih En Mad untuk segalanya
Mungkin selepas ni kita susah nak jumpa macam ni sebab masing-masing jauh. but its okay as long as kita sentiasa ada untuk each other. Take care syira!
Untuk pengetahuan semua almost 4 tahun dekat puncak alam tak penah sekali pun masuk library ni. Jadi untuk kali terakhirnya saya membawa thesis saya bergambar disini.. #GambarDepanLibraryPunJadiLa
Settle thesis jalan-jalan di Kuala Lumpur! 5pm-5am totally worth it!
Waktu ni pukul 3.30am ya masih lagi gagah berdiri disitu demi sekeping gambar di hadapan klcc :)
one with syitah.
Muka 3.30am #Barai
one with my joker, Thank you for everything! Orang yang selalu buat lawak kadang lawak dia yang memang lawak, kadang lawak dia yang hambar. walaubagaimanpun you will always be my joker. rinduuuu nak dengar ur joke! #MakcikBerusKakiDenganBerusPeriuk
My followers know you with that:D
Thank you Kolej Rafflesia for this past 4 years #JasamuDikenang
Rindu bilik :)
its finally over! terima kasih UiTM Puncak Alama untuk kenangan indah ini. You will be miss #UiTMDiHatiku
Alhamdulillah syukur atas nikmat yang sementara ini. Banyak suka duka jatuh bangun susah senang sepanjang 4 tahun mengharungi degree life ini. Terima kasih kepada yang membaca hingga habis entry ini. Atiqah sangat- sangat menghargainya. Til the next post! Assalamualaikum
By Hand
A T I Q A H A Z I Z A N
10:12:19
3.00AM
0 notes
Text
Tips cari lokasi homestay Pulau Pinang
Bercuti sesekali dalam setahun memang satu aktiviti yang menyeronokkan. Lagi seronok kalau dapat duduk homestay yang mempunyai banyak bilik. Boleh ajak dua tiga family duduk sekali. Antara lokasi percutian kegemaran rakyat Malaysia adalah di Pulau Pinang. Jom saya kongsikan tips cari lokasi homestay Pulau Pinang.
1. Kenal pasti tujuan percutian dan cari homestay di lokasi yang berdekatan.
Apabila anda ingin mencari dan menempah homestay, tentunya anda sudah pun mempunyai tujuan utama untuk ke mana-mana destinasi. Jadi, tujuan utama anda itu secara tidak langsung akan menentukan kawasan atau daerah homestay yang akan anda cari dan tempah.
Namun, anda jangan terlalu terikat pada satu-satu kawasan sahaja kerana kadang-kadang homestay yang di luar kawasan itu (berhampiran dengan kawasan yang anda cari) mungkin lebih berbaloi berbanding homestay yang berada betul-betul di dalam kawasan tersebut.
Jika anda ingin pergi ke satu tempat atas urusan kerja atau rasmi. Anda haruslah memilih homestay yang tidak jauh dari tempat kerja anda. Paling elok adalah 10 minit dan paling lama pun 30 minit.
Jangan nanti anda rugi minyak kereta. Bila menginap di homestay yang jauh dari tempat kerja. Bukan hanya minyak, rugi masa dan tenaga juga.
2. Kenal pasti jumlah bilangan ahli keluarga atau rombongan.
Sebelum anda mencari homestay, anda perlu mendapatkan anggaran berapakah bilangan orang yang akan turut serta dalam percutian anda itu. Jika anda telah mendapat jumlah yang betul-betul confirm, itu adalah lebih baik.
Ini kerana jumlah bilangan orang yang akan turut serta, akan menentukan kapasiti bagi homestay yang ingin anda cari dan tempah. Terdapat perbezaan kapasiti bagi sesebuah homestay, bergantung kepada jenis rumah (rumah kampung, apartmen, Semi D, Teres atau Banglo) dan reka bentuk.
Kita kena pastikan agar semua ahli keluarga dan rombongan mendapat tempat penginapan yang selesa dan jumlah katil yang cukup untuk semua orang. Lagipun masing-masing turut berkongsi bayaran.
3. Tetapkan budget anda.
Yang pasti, jumlah budget anda akan menentukan kualiti dan kemudahan yang disediakan oleh sesebuah homestay. Kebiasaannya,homestay yang mempunyai aircond adalah lebih mahal berbanding dengan homestay yang hanya menyediakan kipas. Homestay yang beroperasi di rumah kayu juga, biasanya adalah lebih murah berbanding dengan rumah batu.
4. Survey atau ‘google search’ homestay yang wujud di kawasan yang anda cari.
Anda perlulah survey terlebih dahulu homestay yang wujud dalam kawasan yang anda cari, contohnya Negeri Sembilan. Ini memberikan anda peluang untuk mendapatkan promosi yang berbaloi. Cara yang paling mudah untuk survey adalah dengan menggunakan ‘Google Search’ dan contoh kata kunci ‘homestay melaka murah’.
Google bukan sahaja akan menyenaraikan laman web, blog atau facebook bagi homestay yang wujud, tetapi juga laman web-laman web yang menyediakan senarai homestay yang wujud di Negeri Sembilan. Selain itu, anda juga boleh luaskan pilihan anda dengan survey homestay yang wujud di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.
5. Gunakan ‘google maps’ untuk menganggarkan jarak antara lokasi.
Untuk mengetahui secara tepat jarak antara homestay yang akan menjadi pilihan anda dengan lokasi bagi destinasi utama percutian anda, anda boleh menggunakan ‘Google Maps”.
Dengan ini, anda akan mendapat gambaran jarak yang akan anda lalui dan anggaran masa yang diperlukan bagi membuat perancangan mengikut jadual anda.
Contohnya anda boleh lihat contoh maps bagi Homestay Melaka Pokok Mangga disini
6. Sediakan senarai homestay mengikut keutamaan anda.
Setelah membuat survey homestay yang wujud, anda perlu sediakan senarai homestay berserta dengan no. telefon yang perlu dihubungi(jika anda ingin berurusan terus dengan pemilik homestay). Senarai ini perlulah mengandungi sekurang-kurangnya 10 homestay.
Senarai homestay tersebut perlulah disusun mengikut ‘priority’ berdasarkan kelebihan dan kekurangan sesebuah homestay. Kenapa perlu ada sampai 10 homestay? Ini kerana jika homestay yang berada pilihan utama telah dibooking orang lain, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk memulakan semula proses survey. Hanya terus beralih untuk senarai yang kedua dan begitulah seterusnya.
Harus diingat bahawa anda adalah orang yang cukup bertuah jika mendapat homestay yang berada di pilihan utama. Apatah lagi jika anda ingin booking homestay tersebut dalam tempoh yang singkat dari tarikh percutian anda.
7. Hubungi pemilik homestay.
Andaikan anda telah mempunyai senarai homestay di tangan. Perkara yang terakhir adalah menghubungi terus pemilik homestay. Anda boleh memilih cara sama ada untuk menelefon, menggunakan whatsapp atau sms sahaja bergantung kepada keselesaan anda.
Perkara yang utama untuk ditanya adalah adakah tarikh yang anda inginkan masih kosong atau telah ditempah. Jika masih kosong, seterusnya anda boleh bertanyakan tentang harga. Ini kerana terdapat homestay yang menawarkan harga yang berbeza bergantung kepada jenis dan jumlah hari serta musim sama ada cuti sekolah atau cuti umum.
0 notes
Text
Merdeka, Tuan
oleh ZIKRI RAHMAN
Kan Tuan pun sudah susun elok-elok, janganlah perlu fikir panjang-panjang lagi. Kalau sudah begitulah katanya, elok sangatlah begitu. Apa lagi yang hendak difikirkan. Antara ya atau tidak. Angguk atau geleng. Kalau tak diikut, nantikan susah. Beginilah, begitulah.
Kita pun tahu kelemahan kita, takkan kalian percaya dalam masa beberapa tahun Tuan kita menu-nai janjinya, negeri kita kan terus maju berjaya bukan? Tuan pun sudah beri segala-galanya. Kita, rakyat ne-gara sebelah ini yang harus terhutang budi bersyukur.Perlahan-lahanlah. Sabarlah, kan sabar itu separuh dari Iman. Untung-untung, kita ada rakyat sendiri, kita ada hasil mahsul bumi kita sendiri. Nah, sekarang kita punya negeri sendiri!
*** Pintu kamarnya tertolak. Setiausahanya, Lauryn masuk bertanya selepas dibenar, “Good Morning Mister Ed. Dengar siar berita di radio pagi tadi?”
Bagaimana mungkin Ed bisa dengar radio atau mendengar tentang apa-apa sekalipun, kepalanya pusing bahana mabuk masih belum surut. Kelmarin malam Rabu, sama-sama diplomat negeri-negeri serata dunia belah sana berpesta hingga bergelimpangan, manakan hirau dengan anak watan yang bergelimpangan miskin.
“Tidak. Tidak banyak berita dan hal yang menarik. Oh ya, di mana Sylvia? Sampaikan pesan padanya, malam ini jam sama, saya akan ambilnya depan pintu rumahnya, boleh?”, dalih Ed.
“Tentang berita itu, katanya sekarang keadaan gawat, sampai tujuh ratus orang terkorban, orang kita lima puluh orang lebih, Mister Ed apa tidak mahu sampaikan hal ini pada Tuan dan yang lain-lain? Mungkin kita perlu sampaikan hal ini pada Tuan. Ini ada laporan dari akhbar pagi ini juga, kalau-kalau Mister Ed mahu semak”, dihulur tiga naskhah suratkhabar terlipat elok; The Herald, Daily Tribune, dan The Nation.
Surat khabar Daily Tribune tertancap de-ngan muka depannya lebih kurang, “Malaya Kacau-Bilau” bertukar tangan diikuti bau wangian Lauryn yang tak terlupakan oleh Ed, berkali-kali juga Ed pernah mengucup rapat baunya di leher jinjang wanita kulit putih itu. Bunga-bungaan di sebelah sini benar-benar lain semerbak harumnya. Segala-galanya lain di negeri sebelah sini.
Di sini, cuaca bukan main sejuk menggigit sampai ke rangka tulang putihnya. Nah, berlapis-lapis pakai sampai berbirat merah di pinggang dan leher menahan gigil tiap-tiap kali melucut seluar baju mahu berhadas. Jarang-jarang sekali dirinya mandi di sini.
“Tidak mengapalah, ini kan pengorbanan untuk anak watan negeri sebelah sana, yang lain-lain masih tidak boleh diharap; tidak menggeleng, meng-angguk saja. Itu saja apa yang mereka yang di negeri belah sana tahu.”
*** Sesak benar, asap berkepul-kepul dari curut masing-masing hadirin dalam pub. Malam sebelum hari minggu ini masih muda, diplomat-diplomat dan atase muda dari negeri-negeri sebelah sana gemar ke mari.
“Mister Ed, apa khabar? Agar baik-baik semuanya di sana”, laki-laki melangit tingginya itu menegur dengan telo Farsi yang tebal, sebutannya keras.
Ed tersenyum manis walhal dirinya tahu, soalan itu bukan basa-basi diplomasi tapi soal hidup mati warganya yang lapar tanah berontakan di tanah air sendiri. Genggam gelasnya terisi air warna karat merah besi itu makin erat dan malam masih panjang. Untuk apa dirinya serabut-serabut memikir hal-hal seperti itu? Apa bukan dirinya sekarang sedang berkorban jauh merantau dari pertiwi dan watan? Rimas, segera Ed meneguk dari gelas sejengkal tingginya itu.
“Cheers”, bergempita entah dari mana dan bunyi gelas kaca saling berlaga. Mendecing. Usai berlaga gelas entah dengan siapa, Ed terkunang-kunang mabuk mengingat Tuhannya, timbul tenggelam silih berganti nama-nama Tuhannya yang tidak pernah sekalipun disembah. Ed sedar yang hari itu makin hampir, satu hari nanti dia kan pulang. Di negeri sebelah sana nanti, nama-nama Tuhannya ini yang akan dilacur untuk anak watannya untuk kekal mengangguk. Bagi dirinya, cukuplah jika sekadar dirinya mengangguk pada Tuan.
“Di mana Sylvia, anak gadis awal dua puluhan itu berada?”, getus hati kecil Ed.
Sylvia bukan calang-calang, bapanya bekas konsulat besar berdagang dan masih berkira-kira dasar-dasar pentadbiran di banyak negeri-negeri sebelah sana. Ladang dan lombong juga masih banyak dimiliki atas nama usahasama tempatan berburuhkan warga luar.
Untung-untung, selalu Ed berkhayal, kalau-kalau dia dan Sylvia bernikah nanti, makin gemuk isi kantung harta keluarganya nanti, yang paling penting, “standard”-nya makin tinggi. Makin jauh dirinya dari anak watan negerinya yang sebelah sana, makin tinggi darjatnya. Ed hanya mahu dua perkara untuk negeri-nya sebelah sana; satu – anak watan negerinya yang mengganguk; dua – untuk punya Tuan yang sudah menyusun elok-elok, untuk baginya janganlah perlu fikir panjang-panjang lagi.
*** Bulan Ogos makin hampir, kampung ke kampung sudah pecah berita, “Malaya Merdeka”, skripnya sudah siap, cuma tunggu yang selonggok macam Ed untuk mengungkapnya atas pentas dan melaung-laung kata “Merdeka” yang bersahut-sahutan hingga tujuh kali.
Khabarnya, pentas pun sudah sedang dibina, hanya tinggal lagi jubin lantainya yang diimport dari Itali saja masih belum dipasang. Bendera pun sudah siap, ada bulan bintang, cukup sebelas jalur sifatnya. Kita sudah punya bendera sendiri untuk dinyanyikan lagunya sendiri, apa lagi kalau bukan inilah namanya merdeka, bukan?
Kita pun sudah merangka dalam kepala, dari ا (Alif ) sampai ي (Ya); kugiran biar yang rancak-rancak, sampai bergegar lantai dansa tempat nanti kita berpencak, Smirnoff Vodka dan Casal Garcia kalau boleh bertong-tong kita simpan untuk hari keraian nanti, tapi itulah, perlu pesan pada yang lain-lain, waktu terhuyung-hayang mabuk menari, kalau boleh simpan pen jauh-jauh di pejabat jangan dibawa. Bukan sekali Tuan kita tiba-tiba menyondol kertas minta sain entah apa isinya, bukan sekali entah tanah siapa-siapa esoknya bertukar hak milik. Itulah, bukan senang memerintah negara, betul kata Tuan.
***
Betul, ada yang bising-bising menyoal untuk siapa dan untuk apa merdekanya itu, tapi itu soal bisa diberes. Yang bertanya banyak ini, campak saja dalam penjara gelap, biar mereka kira untung nasib merdeka kita ini. Kita masih punya kedaulatan undang-undang dari Tuan kita dulu untuk dipakai.
Sekali pernah Tuan keluarkan arahan untuk kumpulkan semuanya dari serata tanah Malaya; laki-laki, yang perempuan, yang asal sihat saja tubuh badannya, dari petani, nelayan hingga ke cikgu sekolah tinggi, beribu ditahan di daerah dalam Melaka.
“Kita himpun tahan yang menghasut ini, biar diam-diam mereka di dalam, lagi elok kita isytihar Darurat, lagi senang kita nak kawal,” Ed mengingati benar peristiwan ini satu-satu kerana Ed sendiri menangkap bekas abang iparnya sendiri yang sampai sekarang Ed sendiri tidak pernah bertanya untuk apa pada Tuan.
Itulah, demi tugas, Ed benar-benar patuh, Ed suka kalau rakyatnya juga mengangguk sepertimana dirinya mengganguk pada Tuan. Cumanya Ed sedar, waktunya sudah makin hampir.
*** Di atas mejanya ada selonggok surat sejak minggu lepas tidak terusik. Barang-barangnya di dalam pejabat semuanya sudah tersimpan rapi ditunggu untuk dibawa keluar. Lauryn, setiausahanya itu pun sudah tidak masuk kerja lagi sejak minggu lalu. Ed pasrah. Surat dalam sampul merah tertera cap mohor Tuan itu dibuka perlahan. Dihadam isi surat Tuan yang bertulis tangan ini.
Kepala Ed kosong, pandangan heningnya merenung jauh ke luar jendela. Kotak fikirannya diserbui beban ingatan bersilih ganti, raut-raut wajah resah Tuannya, wajah tergesa-gesa Lauryn, wajah mungil Sylvia serta-merta mengimbau berganti wajah anak watan negeri sebelah sana yang pernah ditahannya dulu atas arahan Tuan.
Tuan dah janji untuk menunaikan kemerdekaanya untuk negeri belah sana tidak pernah bersahutan di pentas yang tidak pernah sempat disiapkan itu sejak peristiwa penabrakan tujuh ratus nyawa anak watannya. Pemberontakan meletus sebelum sempat Merdeka dilaung bersahut-sahutan mengikut rancangan Tuan.
Dan Ed tahu, jika dirinya berkira-kira mahu pulang walhal ianya hampir mustahil setelah anak watan negerinya di sebelah sana mengisytihar laung Merdeka yang sebenar-benar, tidak lagi merdeka yang masih ber-Tuan, namanya bukan lagi Ed.
Seluruh anak watan negeri sebelah sana akan memanggilnya Edrus.
0 notes
Text
Jawatan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
Jawatan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
Jawatan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka | Perbadanan Teknologi Hijau Melaka mempelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut. Jawatan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka Penolong Pegawai Tadbir Gred N29Penolong Jurutera Gred JA29Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) Gred N10Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred…
View On WordPress
#iklan jawatan di melaka#jawatan kosong melaka#Jawatan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka#kerja kosong melaka
0 notes
Text
Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah | Kepada seluruh warganegara malaysia yang berkelayakan dan sedang mencari jawatan kosong anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut. Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah Akauntan Gred WA41Pembantu Tadbir Gred N19 Syarat asas permohonan Calon hendaklah rakyat malaysia…
View On WordPress
#jawatan kosong alor setar#jawatan kosong utara#kekosongan jawatan spa#kerja kosong di sungai petani#kerja kosong kerajaan melaka#mudah job kedah#spa kedah
1 note
·
View note
Text
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka | Kepada mereka yang sedang mencari jawatan kosong jangan lepaskan peluang untuk segera membuat permohonan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut. Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka Akuantan Gred WA41Gaji ditawarkan : RM2,820.00- RM 9,585.00 Lain-lain jawatan terkini yang ditawarkan Syarat asas permohonan Calon…
View On WordPress
0 notes
Text
Kerja kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Kerja kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia | Peluang kerjaya terkini yang ditawarkan di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) iaitu salah satu agensi Badan Berkanun dibawah kementerian Pengangkutan Malaysia. Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Kerja kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Pegawai Tadbir…
View On WordPress
#kerja kosong di bangi#kerja kosong di johor#kerja kosong di kedah#kerja kosong di kelantan#kerja kosong di kelantan 2018#kerja kosong di melaka#kerja kosong di putrajaya#kerja kosong di sabah#kerja kosong di singapura#kerja kosong di terengganu
0 notes
Text
Kerja Kosong Terkini Di VJ Pro Management Services
Kerja Kosong Terkini Di VJ Pro Management Services | Kepada mereka yang sedang mencari jawatan kosong dan berkelayakan anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di VJ Pro Management Services seperti berikut.
Kerja Kosong Terkini Di VJ Pro Management Services
1. Account Executive Gaji ditawarkan: RM3,000.0 – RM3,500. Kelayakan: Ijazah Mohon…
View On WordPress
#kerja kosong terkini#kerja kosong terkini 2017#kerja kosong terkini 2018#kerja kosong terkini di kedah#kerja kosong terkini kerajaan#kerja kosong terkini melaka#kerja kosong terkini ogos 2017#kerja kosong terkini selangor#kerja kosong terkini tawau
0 notes
Text
Kerja kosong Terkini di IJM Corporation Berhad
Kerja kosong Terkini di IJM Corporation Berhad | Kepada warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di IJM Corporation Berhad. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Kerja kosong Terkini di IJM Corporation Berhad
Senarai jawatan terkini ditawarkan
Cara membuat permohonan
View On WordPress
#kerja kosong terkini#kerja kosong terkini 2017#kerja kosong terkini 2018#kerja kosong terkini di kedah#kerja kosong terkini kerajaan#kerja kosong terkini melaka#kerja kosong terkini ogos 2017#kerja kosong terkini oktober 2017#kerja kosong terkini selangor
0 notes
Text
Kerja kosong terkini Mardi
Kerja kosong terkini Mardi
Kerja kosong terkini Mardi | Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) mempelawa kepada warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut:-
Kerja kosong terkini Mardi
Pegawai Penyelidik Q41
Pegawai tadbir Undang-Undang N41
Syarat asas permohonan jawatan
Calon hendaklah rakyat…
View On WordPress
#kerja kosong terkini#kerja kosong terkini 2017#kerja kosong terkini 2018#kerja kosong terkini di kedah#kerja kosong terkini kerajaan#kerja kosong terkini kilang#kerja kosong terkini melaka#kerja kosong terkini ogos 2017
0 notes
Text
Kerja Kosong Terkini FRIM
Kerja Kosong Terkini FRIM
Kerja Kosong Terkini FRIM | Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) iaitu sebuah badan dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa kepada seluruh warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut:-
Kerja Kosong Terkini FRIM
Syarat Asas Pelantikan Jawatan
Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak…
View On WordPress
#kerja kosong terkini#kerja kosong terkini 2017#kerja kosong terkini 2018#kerja kosong terkini di kedah#kerja kosong terkini kemaman#kerja kosong terkini kerajaan#kerja kosong terkini melaka#kerja kosong terkini negeri sembilan#kerja kosong terkini ogos 2017
0 notes
Text
40 kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Selayang
40 kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Selayang
40 kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Selayang | Jabatan Khidmat Pengurusan majlis perbandaran selayang mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 10 Mac 2017 untuk segera membuat permohonan jawatan-jawatan seperti berikut:-
40 kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Selayang
Pegawai Penguatkuasa KP41
Penolong…
View On WordPress
#jawatan kosong di majlis agama islam melaka#jawatan majlis amanah rakyat kerja kosong#jawatan majlis daerah#jawatan majlis perbandaran pulau pinang
0 notes
Text
Cari kerja kosong Terkini secara Online Panduan Lengkap
Cari kerja kosong Terkini secara Online Panduan Lengkap
Cari kerja kosong Terkini secara Online | Anda sedang mencari kerja kosong? tapi tidak tahu dimana dan bagaimana untuk anda membuat permohonan? Berikut kami berikan kepada anda beberapa laman sesawang yang membolehkan anda cari kerja kosong terkini dan terus membuat permohonan secara online.
Cari kerja kosong Terkini secara Online
Jobstreet.com Jobstreet adalah laman sesawang no 1 dimalaysia yang…
View On WordPress
#cari kerja kosong#cari kerja kosong bintulu#cari kerja kosong di kelantan#cari kerja kosong di malaysia#cari kerja kosong di sabah#cari kerja kosong johor bahru#cari kerja kosong melaka#cari kerja kosong part-time#cari kerja kosong penang
0 notes