#kemajuan melaka
Explore tagged Tumblr posts
Text
BMW 740Le xDrive M Sport Mengelektrifikasi Festival Filem Malaysia Ke-32
BMW 740Le xDrive M Sport Mengelektrifikasi Festival Filem Malaysia Ke-32
BMW Group Malaysia dan Seong Hoe Premium Motors telah membekalkan enam buah jentera BMW 740Le xDrive M Sport kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebagai kenderaan rasmi untuk Festival Filem Malaysia Ke-32 yang telah berlangsung di Melaka baru-baru ini. Lima calon terbaik bagi setiap kategori telah disambut dengan khidmat drebar serba istimewa menggunakan sedan hibrid dari portfolio…
View On WordPress
0 notes
Text
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka | Kepada mereka yang sedang mencari jawatan kosong jangan lepaskan peluang untuk segera membuat permohonan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut. Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka Akuantan Gred WA41Gaji ditawarkan : RM2,820.00- RM 9,585.00 Lain-lain jawatan terkini yang ditawarkan Syarat asas permohonan Calon…
View On WordPress
0 notes
Text
Pengalaman di Kolej Matrikulasi Melaka
Pada era globalisasi ini, pendidikan merupakan satu elemen kemajuan yang sangat penting. Di Malaysia, kebanyakkan masyarakat generasi lama hanya berpendidikan sehingga sekolah menengah sahaja. Mereka tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat kolej atau universiti. Generasi-generasi muda zaman ini, haruslah berusaha secara bersungguh-sungguh kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran banyak serta secara tidak langsung masa depan yang lebih cerah boleh dijamin. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan dalam blog ini untuk menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya di Kolej Matrikulasi Melaka selama 11 bulan sebelum berjaya menjejakkan kaki ke menara gading Universiti Putra Malaysia. Pengalaman belajar di Kolej Matrikulasio Melaka sangat menyeronokkan.
Saya merupakan pelajar program satu tahun dimana ia merupakan satu program yang sangat padat dan deras. Sudah pasti kehidupan di kolej matrikulasi sangat susah, namun jikalau berjaya mengharungi segala cabaran dengan jaya peluang kita untuk mendapat tempat di Universiti awam adalah sangat besar. Kehidupan di kolej matrikulasi sangat susah, tambahan pula ia merupakan kali pertama saya meninggalkan keluarga saya di Perak. Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman hidup bersendirian kerana saya datang dari sekolah harian biasa dan bukannya sekolah berasrama penuh seperti kebanyakkan pelajar di kolej Matrikulasi. Segala keperluan harian haruslah diselesaikan sendiri. Tiada lagi ibu bapa di sebelah kita untuk menyediakan makanan harian, membasuh pakaian, mengejutkan kita untuk bersedia ke kelas. Saya telah belajar untuk hidup berdikari di kolej dan hal ini telah menyediakan saya menghadapi kehidupan di universiti Putra Malaysia sekarang.
Selain itu, pengalaman belajar juga amat berbeza berbanding zaman persekolahan kita. Dahulu, sewaktu belajar di sekolah, kesemua pengajaran yang dilakukan oleh guru sangat lengkap kerana ia disuapkan kepada kami. Segala nota disediakan oleh guru, latih tubi disediakan oleh guru. Kita sebagai pelajar hanyalah perlu membaca dan memahami nota tersebut serta melengkap semua kerja rumah yang telah diberikan. Itu sudah memadai untuk SPM. Di Kolej matrikulasi pula pengajaran dilakukan dalam bentuk kuliah. Satu kuliah mempunyai kira-kira 200 orang pelajar dan pensyarah hanya akan menceritakan apa yang penting dalam subjek tersebut. Kita harus mencari nota kita sendiri berdasarkan apa yang pensyarah telah sampaikan sewaktu kuliah. Nota yang dicari haruslah lengkap dan tutorial yang diberikan harus digunakan dengan sepenuhnya kerana latih tubi yang diberikan adalah sangat terhad. Di kolej matrikulasi juga terdapat “assignment-assignment” seperti di Universiti di mana setiap assignment harus dihantar dan markahnya akan ditambah ke penilaian akhir tahun kita. Kita haruslah sentiasa sedia dan rajin belajar untuk berjaya di Matikulasi.
Antara pengalaman yang sangat menarik di kolej matrikulasi adalah kehidupan seharian dengan rakan sekelas dan juga rakan sebilik. Rakan sekelas dan rakan sebilik kami akan kekal bersama kami sepanjang satu tahun menuntut di kolej matrikulasi. Saya sangat rapat dengan rakan-rakan kelas dan sebilik saya. Merekalah insan-insan yang akan sentiasa memberi sokongan, dorongan, bekerjasama, menolong dalam pelajaran dan sebagainya. Kesemua masa kita di kolej matrikulasi akan bersama meraka. Setiap hujung minggu, kita akan keluar membeli barangan keperluan bersama dan mencari keseronokan bersama. Susah senang mereka pasti alukan bersama kita. Bak kata pepatah, “seperti isi dengan kuku”. Disamping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti-aktivit yang dianjurkan oleh pihak matrikulasi untuk para pelajar. Aktiviti tersebut sangat menyeronokkan dan membantu diri pelajar membina modal insan yang baik. Aktiviti-aktiviti ini juga mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar, "seperti aur dengan tebing”.
Secara tuntasnya, pengalaman di kolej matrikulasi sangat menyeronokkan walaupun kehidupan yang dihadapi itu bukan senang. Namun demikian, dengan rakan-rakan yang sentiasa mendorong saya, segalanya boleh diharungi dengan sikap yang positif. Kehidupan di matrikulasi hanya menyediakan kita untuk peringkat seterusnya iaitu kehidupan kita di menara gading nanti. Oleh itu, kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di kolej matrikulasi supaya masa depan kita lebih cerah. Bak kata pepatah, “Usahatangga kejayaan”.
1 note
·
View note
Text
Bulan Ramadan atau Bulan Bazar Ramadan?
Hi fellow humans. So recently i've seen a lot of tweets that sounded like these:
"omg bazaar ramadhan are canceled! damn bazaar ramadan is the best part of ramadhan kot!"
"what am i going to eat omg, bazaar ramadan are canceled!" sad face
"Puasa without bazaar ramadan is another level of pain."
Those tweets show how synonymous the bazaar culture with the month of Ramadan in Malaysia. It looks like a small set of data sample and maybe some of them (mostly privileged people) are just joking around but i think its something worth looking into.
When you say that the best part of a month full of forgiveness and blessings is the place where you can buy your favorite kambing bakar or roti john1, there's clearly something wrong with how you or we see Ramadan.
At times when the whole nation is fighting with a global pandemic, being able to eat your favourite kuih or drink your beloved ABC should be the least of your worries when there are people out there dying of a disease or putting themselves at the risk of it.
Bazaar Ramadan is the perfect spreading place for a disease such as COVID-19 to spread. Thousands of people interacting with each other. You don't need to be an epidemiologist2 or a virologist3 to see this through.
Even though in the slightest of chance that we could lower our daily cases drastically, everyone knows that its impossible for the government to permit people to start selling in the usual method. Even if the goverment put some restrictions or a degree of control, its not possible and the risk is too big.
Remember, the virus only needs one person to be infected and once that happened, a nuclear-like reaction will happen and we would start having new clusters and that will certainly put a strain to the already burdened health care workers and then we would need to do pkp/lockdowns again that could extend till next year. Yikes, right?
"But...but..afif..the economy?? dan pendapatan peniaga?"
Aku pasti pihak kerajaan akan mengambil inisiatif ataupun menyediakan platform untuk membolehkan peniaga-peniaga menjalankan perniagaan dalam kaedah alternatif.4
Konsep e-bazar pun kita dah nampak banyak muncul di FB. Walaupun sambutannya mungkin tidak sehangat (atau lebih hangat) bazar Ramadan biasa tapi aku rasa bolehlah menampung sedikit sebanyak keperluan peniaga. Aku pasti kerajaan juga akan cari cara lain untuk membantu peniaga. Yang pentingnya kesihatan dan keselamatan.
Apabila beratus-ratus nyawa dah melayang (kalau kita degil), barulah kita sedar yang ekonomi negara pada tahap kemuncak sekalipun tak mampu nak kembalikan semula walau satu jiwa yang telah pergi. Health over everything.
Negeri-negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Sarawak dah pun mengambil keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri masing-masing.4
Jujur, aku juga suka bazar Ramadan. Siapa tak suka makan kan. But for once, maybe we could really learn something that we should have all along, and that is humility and simplicity especially in our iftar.
Kita semua tahu betapa banyak pembaziran berlaku sewaktu bulan Ramadan dan khususnya disebabkan oleh bazar Ramadan. Dalam satu artikel MyMetro pada tahun 2019, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pernah berkata,
“Menurut laporan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), rakyat negara ini membuang 15,000 tan metrik makanan sehari dan 3,000 tan metrik daripadanya adalah makanan yang masih elok dan tidak sepatutnya dibuang. Bahan sisa buangan itu meningkat 15 hingga 20 peratus pada Ramadan."5
Satu tamparan besar buat kita umat Islam, khususnya di Malaysia. We keep repeating to ourselves and the non-muslims that the month of Ramadhan is the month of humility, self-discipline, self-control, and sacrifice. But instead...the opposite happened? It defeats the ultimate purpose of Ramadhan; to attain a higher status of taqwa.
Jelas kita perlu kaji semula bagaimana kita berpuasa. Sama ada kita menahan diri semata-mata atau kita benar-benar mendidik diri. Kita tahan segala lapar dahaga nafsu apa semua sebelum berbuka kemudian bila waktu berbuka kita melantak segala macam makanan yang kita nak sampai membazir. Jadi...apa yang kita dapat dengan puasa kita?
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. [Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690] [Syeikh Syu’aib menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya juga baik].67
Yang menulis ini pun tak kurang cacat cela juga dalam puasanya. Jadi, sama-sama kita muhasabah semula puasa kita selama ni dan bertekad untuk perbaiki puasa dan aktiviti Ramadan kita yang mendatang. Moga-moga Allah mengizinkan kita untuk sampai ke bulan Ramadan yang akan datang dan selama mana kita masih hidup.
Roti John: Sejenis roti yang disalut dengan telur, bawang dan lain-lain bahan. Intinya sama ada ayam atau daging. Sangat sinonim dengan bulan puasa. Tak, bukan kepunyaan mana-mana John. Kelihatannya tidak ada John yang mematenkan nama roti tersebut. ↩︎
Epidemiologist: Ahli epidemiologi. Pengkaji perkaitan berbagai-bagai faktor yang menentukan kekerapan dan keleluasan penyakit di dalam sesuatu komuniti. http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=epidemiologi&d=28648LIHATSINI ↩︎
Virologist: Ahli virologi. Pengkaji virus dan penyakit-penyakit yg disebabkan virus. http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=virologi&d=28648LIHATSINI ↩︎
Artikel Sinar Harian berkenaan pembatalan bazar Ramadan di negeri-negeri tertentu. https://www.sinarharian.com.my/article/77063/KHAS/Koronavirus/Batal-bazar-Ramadan-langkah-terbaik-bendung-Covid-19 ↩︎ ↩︎
Artikel MyMetro berkenaan pembaziran pada bulan Ramadan. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/450076/ramadan-tanpa-pembaziran ↩︎
Rujukan hadis dari Sunan Ibn Majah. https://sunnah.com/urn/1270930 ↩︎
Artikel Irsyad Al-Hadith dari Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan "Orang yang Berpuasa dan Berqiyam yang Sia-sia." https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1082-irsyad-al-hadith-siri-ke-93-orang-yang-berpuasa-dan-berqiyam-yang-sia-sia ↩︎
6 notes
·
View notes
Text
9.1 juta isi rumah bakal guna meter pintar menjelang 2026 - TNB
Hampir setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia tidak lama lagi akan mendapat kemudahan untuk mengesan corak dan penggunaan tenaga elektrik menerusi Advance Metering Infrastructure (AMI) atau meter pintar.
Ini berikutan rancangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memasang 9.1 juta meter pintar menjelang 2026 untuk memudah cara faedah AMI secara menyeluruh untuk pelanggannya, sebagaimana dimandatkan Suruhanjaya Tenaga.
Pengarah Operasi Industri Suruhanjaya Tenaga, Roslee Esman berkata di bawah Tempoh Kawal-Atur 2 (RP2) dari 2018 hingga 2020, sejumlah 1.5 juta meter pintar dijadualkan dipasang di premis pelanggan di Melaka dan kawasan tertentu di Lembah Klang.
Pada masa ini, beliau berkata hampir 300,000 meter pintar telah berjaya dipasang di Melaka di bawah RP2 Fasa 1 dalam 2018 sementara 1.2 juta lagi akan dipasang menjelang 2020 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya/Cyberjaya di bawah Fasa 2.
"Kami menyokong sepenuhnya langkah ini, dan RM1.2 bilion akan dibelanjakan untuk ini dalam tempoh tiga tahun (dari 2018 hingga 2020) di bawah RP2.
"Sementara 9.1 juta rumah kediaman dijangka dipasang dengan meter pintar menjelang 2026 (RP4),” katanya pada sidang akhbar selepas satu taklimat media TNB mengenai pemasangan meter pintar itu di sini hari ini.
Ditanya sama ada kos meter pintar akan berubah menjelang 2026, Roslee berkata beliau positif bahawa harga akan turun berdasarkan kemajuan teknologi.
“Kos RM1.2 bilion (kos RP2) adalah berdasarkan teknologi semasa. Harga (meter pintar) dari RP2 hingga RP4 akan menurun sewajarnya,” kata beliau.
Mengenai perkembangan lain, Pengarah Projek (AMI-Lembah Klang) Bahagian Rangkaian Pengedaran TNB, Mohamed Ghous Ahmad berkata TNB sudah mendirikan 200 tiang untuk penghantaran data sejak April tahun ini di sekitar Lembah Klang.
“Kami tidak memasang meter pintar lagi kerana kami masih memasang tiang untuk mendapatkan sistem rangkaian. Kami akan memasang 740 tiang lagi secepat mungkin supaya kami boleh mula memasang meter,” kata beliau.
Mengulas berkenaan dakwaan meter pintar mengancam kesihatan, pakar daripada Pusat Komunikasi Wayarles Universiti Teknologi Malaysia, Chua Tien Han menyanggah pandangan sedemikian kerana meter pintar memancarkan paras radiasi yang amat rendah.
Beliau berkata meter pintar menggunakan gelombang frekuensi radio, sama seperti telefon pintar dan pendedahan radiasi adalah sangat kecil sebagai perbandingan.
“Jangan risau, meter pintar adalah selamat. Itu adalah persepsi umum, mereka fikir teknologi baharu akan mempunyai radiasi yang tinggi. Sebenarnya tidak,” katanya.
Turut hadir pada taklimat media itu Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Noor Afifah Abdul Razak dan Ketua Pegawai Korporat TNB Datuk Roslan Ab Rahman.
Dalam ucapan pembukaannya, Afifah berkata pemasangan meter pintar juga akan melonjakkan ekonomi negara kerana ia membuka peluang pelaburan untuk syarikat melibatkan diri dalam inisiatif itu, pada masa yang sama menjana 5,000 peluang pekerjaan.
Beliau berkata meter pintar juga diguna pakai di beberapa negara maju termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura dan Jepun.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2mtnCSY via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2mwJ09Z via IFTTT
3 notes
·
View notes
Photo
Ahad | 2 Januari 2022 | Sungai Udang, Melaka “Antara nikmat di dalam syurga ialah pertemanan (al-ṣuḥbah). Ahli syurga tak hidup seorang-seorang. Mereka mesti ada teman. Oleh sebab itu, di dunia ini, jangan hidup seorang-seorang.” Demikianlah antara bait kalam Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail ḥafiẓahuLlāh yang sangat kuat menembusi relung hati kami saat menutupi sesi taujihat beliau pada petang itu. Hal tersebut memberi kami suatu isyarat dan kesimpulan yang begitu kukuh; betapa kami perlu bersungguh-sungguh hidup dalam kesatuan jemaah dan memperbanyak pergaulan bersama orang-orang yang soleh. 〰️ Kalau dahulu, ketika masih bergelar pelajar, apabila memohon nasihat daripada Tuan Guru, pasti soalan kami akan berkisarkan dunia kemahasiswaan, dakwah di kampus, dan sewaktu dengannya. Namun kini, saat roda kehidupan meneruskan putarannya, tumpuan lebih terarah kepada alam kerjaya dan keluarga pula. Sebut Tuan Guru, jadikan pekerjaan kita sebagai alat untuk mengukuhkan perjuangan. Saat memiliki atau bertambah kemahiran, sumbangkan kemahiran yang kita ada untuk kemajuan perjuangan. Saat memperoleh pendapatan pula, infakkan sebahagian daripada pendapatan tersebut untuk kelangsungan perjuangan. Hal ini demikian kerana, kecintaan kepada Allah ﷻ, Rasulullah ﷺ, dan perjuangan Islam merupakan jalan ketaatan (ṭarīq al-ṭā‘ah) kepada-Nya. Tingkatkan setiap kecintaan itu dengan benar-benar ikhlas dan itqan dalam setiap kerja buat kita. Kata Tuan Guru lagi, tiada istilah pertembungan antara keluarga, kerjaya, dengan jemaah. Seandainya kita benar-benar melihat dan memahami keutamaan (awlawiyyāt), ketiga-tiga aspek tersebut boleh saja diwujudkan keseimbangan (equilibrium). Apa guna berjuang Islam, tetapi ahli keluarga terabai daripada nafkah dan dakwah? Apa guna sibuk bekerja, tetapi tiada masa pula untuk jemaah? Begitulah sebahagian misal yang diuntaikan untuk kami senantiasa beringat. 〰️ Mudah-mudahan, Allah selalu mengurniai kita istiqamah dalam jalan ketaatan. Sungguh, nikmat istiqamah itu adalah sebaik-baik karāmah yang hanya dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Alhamdulillah, permulaan 2022 yang penuh hikmah. 🥰🤲 #BaytHamim #ZiarahUlama (Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha') https://www.instagram.com/p/CYeXrgkDZPF/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
"Untuk memulihkan keadaan ekonomi yang teruk, ahli-ahli dewan undangan negeri Johor akan menubuhkan satu kumpulan bagi membangunkan ekonomi negeri Johor tanpa mengira parti pemerintah ataupun pembangkang. Bilakah kerajaan Melaka akan mengambil tindakan sesamanya terhadap Negeri Melaka untuk memulihkan kemajuan seperti yang lalu?" ADUN Kesidang Allex Seah. Ada sebilangan negeri telah mengambil langkah yang sama untuk memulihkan ekonomi tempatan masing-masing bagi mendapatkan idea dan kemudahan yang lebih baik , efisien dan efektif dalam masa yang terdekat. Salah satu contoh iaitu Negeri Perak telah berjaya mendirikan kumpulan-kumpulan seperti ini yang akan membangunkan negeri termasuk bidang kebajikan, pendidikan, kemasyarakatan, dan lain-lain penguatkuasa yang berkaitan dengan kerajaan negeri Perak untuk menyelesaikan masalah sosial dan selebihnya. Semua perancangan akan diambil tindak oleh AJK tempatan masing-masing. "Pandemik COVID-19 ini telah membawa kerugian yang amat besar kepada ekonomi tempatan. Untuk melaksanakan "Rakyat dan Virus perlu hidup bersama", kebanyakan negeri turut mengadakan pertubuhan yang sesamanya bagi memulihkan negeri masing-masing,bilakah kerajaan negeri Melaka akan mengambil tindakan yang sedemikian untuk memulih ekonomi Melaka Bandaraya Bersejarah ini? ADUN Negeri tidak ambil peduli lansung terhadap isu semasa ini . Melaka Negeriku yang sayang tidak cukup teruk ke? " Allex Seah Kerajaan tempatan perlu memainkan peranan yang betul dan mengambil tidakan yang sewajarnya untuk memulihkan ekonomi negeri , bukannya membiarkan ekonomi negeri Melaka terjejas sebegitu sahaja. Menurut Allex Seah, semua ADUN Melaka perlu meletakkan pandangan diskriminasi antara parti pemerintah dan parti pembangkang. Mereka perlu bincang bersama-sama untuk mendapatkan cara penyelesaian masalah ekonomi dan social dalam negeri semasa pendemik ini. "Ekonomi negara kita telah diganggu oleh Virus ini. Negara kami tetap akan teruk jika semua tindakan masih bergantung kepada parti pemerintah. Tidak sesama negara jiran kita, mereka boleh hidup dengan Virus dengan keadaan ekonomi yang stabil." Allex Seah. Selain daripada isu ekonomi, semua negara... (at Pusat Khidmat DAP DUN Kesidang民主行动党格西当州选区服务中心) https://www.instagram.com/p/CTohfvmlXSO/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
𝑨𝒔𝒔𝒂𝒍𝒂𝒎𝒎𝒖𝒂𝒍𝒂𝒊𝒌𝒖𝒎... . 𝙎𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙠𝙖𝙠𝙪 𝙈𝙖𝙟𝙪 𝙅𝙖𝙮𝙖, 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖, 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙢𝙞𝙩 𝘿𝙪𝙣𝙞𝙖.. . Akhbar Melaka Hari Ini Muka Surat 4, Institut TUn Perak (ITP) sebagai agensi badan pemikir buat kerajaan negeri dalam memacu kemajuan Melaka amnya. ITP juga akan menjadi pusat mengumpulkan kepakaran dan idea-idea baharu serta perlu menjalankan penyelidikan, program, pendidikan, penerbitan dan perundingan yang memberi impak tinggi, bagi menggerakkan kemajuan negeri untuk kesejahteraan rakyat. . #KawalanDiri #MelakaMestiMenangCOVID19 #MelakaRumahku #InstitutTunPerak #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia https://www.instagram.com/p/CGzSQpCnqxU/?igshid=h72sbd6ghyam
#kawalandiri#melakamestimenangcovid19#melakarumahku#instituttunperak#melakakumajujayarakyatbahagiamenggamitdunia
0 notes
Link
SELAIN destinasi pantai atau kepulauan yang mempunyai pemandangan yang indah, Malaysia juga turut memiliki pelbagai muzium-muzium yang menarik dan layak dikunjungi oleh orang ramai. Malaysia kaya dengan sejarah dan memiliki pelbagai artifak yang menarik yang dipamerkan di muzium-muzium di seluruh negara. Kini, susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang awam akhirnya dibenarkan untuk merentas negeri dan bersiar-siar bersama rakan-rakan dan ahli keluarga sambil mengamalkan penjarakan sosial serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Orang ramai boleh memberikan sokongan terhadap muzium-muzium ini untuk melanjutkan kelangsungan operasi mereka sambil menimba ilmu yang bermanfaat tentang evolusi ketamadunan masyarakat tempatan pada zaman silam. Berikut Astro AWANI senaraikan lima muzium menarik yang boleh dilawati: 1. Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur Muzium Kesenian Islam yang terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur merupakan Muzium kesenian Islamik terbesar di rantau Asia Tenggara. Mula dibuka pada Disember 1998, muzium ini dibina dan diuruskan oleh Yayasan Al-Bukhary, sebuah yayasan yang diterajui oleh Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memperingati zaman puncak kegemilangan Islam di mata dunia. Terdapat lebih 7,000 artifak berkenaan kesenian Islam purba yang dipamerkan dari pelbagai tamadun termasuklah India, Cina, Iran dan sekitar perantauan Asia Tenggara juga. Antara artifak menarik yang dipamerkan termasuklah model binaan Masjidil Haram di Mekah dan kitab suci Al-Quran bersaiz sebesar ibu jari! 2. Muzium Padi, Alor Setar Terletak di ‘negeri jelapang padi’, Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, Alor Setar dan mempamerkan artifak serta mesin-mesin penanaman serta pemprosesan padi. Pengunjung diberikan pengenalan terhadap elemen kebudayaan, penyelidikan serta dan pembangunan tentang teknologi padi. Turut menarik perhatian ialah struktur pembinaan muzium tersebut yang menyerupai gantang, digunakan untuk menyukat berat beras. Muzium ini menerangkan proses penanaman padi, memaparkan pelbagai jenis padi, peralatan dan alat yang digunakan dalam penanaman padi sepanjang zaman dan di pelbagai negara. 3. Muzium Samudera / Muzium Maritim Melaka Menyebut tentang soal reka bentuk, Muzium Samudera yang terletak di bandar Hilir Melaka ini tidak patut dilepas pandang. Terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka, Muzium Samudera ini terbahagi kepada tiga bahagian muzium utama iaitu Muzium Samudera Fasa I dan II serta Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Reka bentuk luaran Muzium Samudera Fasa I iaitu sebuah replika kapal Flor De La Mar milik Portugis ini tentunya menarik perhatian orang ramai. Selain itu, Muzium Samudera Fasa II pula mempunyai beberapa galeri yang umumnya lebih kepada penceritaan tentang kepentingan dan keindahan alam samudera. Manakala Muzium TLDM pula menempatkan pelbagai koleksi pameran menarik berkenaan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia. Difahamkan, lokasi ini juga turt menempatkan Kapal Ex KD Sri Terengganu iaitu sebuah kapal ronda milik TLDM yang sudah beroperasi selama lebih 31 tahun dan turut delangkapi dengan meriam besar. 4. Muzium Peranakan Pulau Pinang Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan. Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19. Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race. 5. Muzium Tekstil Kuala Lumpur Jika anda mahu mengenali sejarah warisan tekstil negara, Muzium Tekstil Kuala Lumpur yang terletak di Dataran Merdeka ada mempamerkan koleksi tekstil dari zaman pra sejarah dahulu. Bertempat di salah satu mercu ikonik ibu kota, Muzium Tekstil Kuala Lumpur mula dibuka pada tahun 2010 dan mempunyai dua aras berbeza serta dibahagi kepada empat galeri berbeza iaitu: I. Galeri Pohon BudiII. Galeri PelangiIII. Galeri Teluk BerantaiIV. Galeri Ratna Sari Teknik pembuatan pakaian tradisi tempatan seperti pakaian istiadat kaum Iban, Pua Kumbu, Telupuk dan Songket juga boleh dilihat di sini. Lebih menarik lagi, kemasukan ke muzium ini adalah percuma dan orang ramai boleh berkunjung ke muzium ini bersama seisi keluarga serta rakan-rakan apabila melawat ke ibu kota. BACA: Kurator muzium sedunia isi kebosanan ‘lockdown’, pamer koleksi artifak aneh dan ngeri! (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src="https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v3.1&appId=517691711979098&autoLogAppEvents=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); HEROKITA.com | Digital Talents On Demand Source link
0 notes
Text
Persib Bandung Sudah Siapkan Mental Untuk Bertanding Jelang Liga 1 2020
Beritabolaharian - Liga 1 2020 akan segera bergulir pada 29 Februari 2020. Persiapan tim asal Jawa Barat,��Persib Bandung, diakui sudah mencapai 70 persen.
Persib Bandung memang menjadi telah menjalani pemusatan latihan (TC) di Lembang, Kabupaten Bandung, sejak 26 Januari dan berakhir pada 31 Januari 2020.
Tim berjuluk Maung Bandung ini juga sempat beruji coba melawan tim asal Malaysia, Melaka United, pada Sabtu (1/2/2020). Pada laga itu, Persib Bandung menang 3-1.
Geoffrey Castillion dalam pertandingan Persib Bandung vs Melaka United. (Dok. Persib).
Pelatih Persib Bandung, Robert Rene Alberts, pun cukup senang dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh Febri Haryadi dan kolega sejauh ini.
"Saya kira persiapan tim sudah mencapai 70 persen saat ini. Dan saya sangat senang dengan progres yang terus ditunjukan oleh semua pemain," kata Robert Rene Alberts di laman resmi klub.
Lebih lanjut, Persib Bandung akan mengadakan tiga pertandingan uji coba untuk memantapkan skema tim sebelum berjuang di Liga 1 2020. Namun, belum ditentukan tim mana saja yang akan menjadi lawan.
"Ya, menjalani pertandingan persahabatan memang sudah ada dalam rencana kami. Setidaknya, ada tiga pertandingan persahabatan yang akan kami jalani," imbuh pelatih asal Belanda tersebut.
Persib Bandung akan melawan Persela Lamongan pada pekan pekan pertama Liga 1 2020. Duel tersebut bakal dihelat di markas sendiri pada Minggu (1/3/2020).
0 notes
Text
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka 2022
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka 2022
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka 2022 | Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang ditawarkan berikut (Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Melaka). Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka 2022 Akauntan Gred WA41Pegawai Tadbir Gred N41Pembantu Akauntan…
View On WordPress
0 notes
Text
ILMU PELABURAN EMAS PERCUMA DI BRANCH WEEKLY MEETING
Ilmu Pelaburan Emas Percuma di Branch Weekly Meeting Ilmu pelaburan emas percuma di Branch Weekly Meeting,BWM setiap minggu di semua cawangan Public Gold untuk belajar free ilmu pelaburan emas dan ilmu perniagaan emas serta mendapat emas dan hadiah percuma. Bermula tahun 2019 Public Gold telah melancarkan Branch weekly Meeting, BWM setiap minggu di semua 18 cawangan Public Gold mengantikan seminar emas sebelum ini yang diadakan pada masa yang tidak tetap. Branch Weekly Meeting Public Gold diadakan pada tarikh yang tetap bagi setiap cawangan untuk kemudahan orang ramai mendapat ilmu emas, panduan pelaburan, panduan perniagaan emas, maklumat terkini, promosi hebat, emas percuma, promosi hebat serta pelbagai hadiah menarik berjumlah RM1 juta melalui seminar perkongsian ilmu oleh dealer emas berpengalaman. Branch meeting Public Gold sebenarnya adalah perkongsian ilmu percuma mengenai pelaburan dan perniagaan emas oleh dealer berpengalaman setiap negeri seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Masuk adalah percuma tanpa had umur, boleh bawa keluarga atau rakan bersama-sama menghadiri majlis ilmu yang bermanfaat dengan terus mengunjungi cawangan Public Gold berdekatan dan beritahu serta daftar mengisi nama dan introducer (Tuliskan Nama Introducer : MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan Kod PG Introducer : PG001425) atau boleh daftar BWM secara online dengan KLIK DAFTAR BRANCH WEEKLY MEETING BWM PUBLIC GOLD.
Public Gold Branch Weekly Meeting BWM KETETAPAN HARI DAN MASA BRANCH WEEKLY MEETING PUBLIC GOLD Ketetapan hari dan masa BWM (Branch Weekly Meeting) Public Gold di setiap cawangan Public Gold adalah seperti berikut : BWM di cawangan Public Gold Bishop Penang pada setiap hari Rabu 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Relau Penang pada setiap hari Jumaat 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Alor Setar Kedah pada setiap hari Khamis 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Sungai Petani Kedah pada setiap Jumaat 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Ipoh Perak pada setiap hari Jumaat 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Ampang Kuala Lumpur setiap Selasa 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Petaling Jaya Selangor setiap Rabu 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Bangi Selangor pada setiap hari Jumaat 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Seremban Negeri Sembilan setiap Rabu 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Melaka pada setiap hari Rabu 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Johor Bharu Johor setiap hari Jumaat 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Kuantan Pahang pada setiap hari Rabu 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Kota Bharu Kelantan setiap hari Jumaat 3:30pm hingga 5:30pm BWM di cawangan Public Gold Kuala Terengganu setiap hari Jumaat 3:30pm hingga 5:30pm BWM di cawangan Public Gold Kota Kinabalu Sabah setiap hari Khamis 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Kuching Serawak pada setiap hari Khamis 8:30pm hingga 10:30pm BWM di cawangan Public Gold Miri Serawak setiap hari Sabtu 10:30pm hingga 12:30pm KELEBIHAN HADIRI BWM (BRANCH WEEKLY MEETING) PUBLIC GOLD Dapat pelbagai ilmu pelaburan emas percuma Dapat emas atau pelbagai cenderahati percuma Dapat pelbagai promosi emas seperti promosi beli emas RM5k SAHAJA untuk upgrade menjadi dealer. Dapat beli emas murah melalui fire sales Dapat eratkan silaturrahim dan kenal mengenali sesama keluarga Public Gold. Dapat pelbagai berita dan maklumat semasa Dapat motivasi dan keyakinan mengenai pelaburan dan perniagaan emas
Branch Weekly Meeting Cawangan Public Gold Kelantan Pengalaman pertama kali saya memberikan ceramah seminar emas pada Branch Weekly meeting BWM Public Gold di cawangan Public Gold Kelantan pada 31 Mei 2019 untuk berkongsi pengalaman 10 tahun dalam pelaburan dan perniagaan emas Public Gold. Saya sebenarnya pemalu dan tidak biasa bercakap di depan seorang diri terpaksa membuat ceramah atas permintaan HOB, Head Of Branch Public Gold Kelantan. Perkongsian ilmu emas kali pertama dalam BWM adalah perkongsian pengalaman sendiri dalam Pelaburan Emas Public Gold semenjak 2010 iaitu lebih 10 tahun bersama Public Gold. Ringkasan perkongsian ilmu pelaburan dan perniagaan emas pertama kali dari pengalaman sendiri adalah kisah benar dari mula-mula menceburi bidang pelaburan emas dan perniagaan emas Public Gold. Terlebih dahulu, keutamaan saya dalam pelaburan dan perniagaan untuk memilih pelaburan dan perniagaan terbaik yang dapat memenuhi keutamaan seperti berikut : Apakah keutamaan dalam pelaburan dan perniagaan ? Pendapatan tambahan Pendapatan pasif sepanjang hayat Kebebasan kewangan Lebih banyak masa Percutian di seluruh dunia Mempunyai perniagaan anda sendiri Membantu orang mencapai kejayaan Bertemu dengan orang baru Peningkatan peribadi Peluang Persaraan awal Dari keutamaan tersebut telah memilih pelaburan dan perniagaan emas Public Gold yang telah memenuhi kriteria di atas berdasarkan pengalaman sendiri yang telah menceburi pelbagai pelaburan dan perniagaan. Pemilihan pelaburan dan perniagaan emas Public Gold semenjak 10 tahun dari pengalaman sendiri dan perbandingan dalam pelbagai pelaburan dan perniagaan yang telah diceburi seperti di bawah.
kenapa Pilih Pelaburan Emas Public Gold KENAPA SAYA PILIH PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD ? 1. EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK Pelaburan Emas Public Gold adalah pelaburan terbaik dari perbandingan pengalaman sendiri setelah menceburi pelbagai jenis pelaburan dan perniagaan seperti pelaburan dana amanah, pinjaman simpanan ASB, pelaburan haram, pelaburan matawang asing atau forex dan perniagaan. Pelaburan Emas Public Gold jadi pilihan terbaik KERANA pelaburan emas selamat, patuh syariah, tanpa risiko, dana bekalan kecemasan, penyelamat kejatuhan nilai wang, penjana aset harta modal kecil, pengelak kebocoran wang SETERUSNYA menjana keuntungan dan harta yang boleh di warisi apabila harga emas naik. Pada tahun 2010 sebelum menyertai Pelaburan Emas Public Gold saya telah menceburi pelaburan skim cepat kaya, menjadi agen dana amanah, pinjaman pelaburan ASB, bergiat pelaburan matawang asing (forex) dan berniaga, namun kecewa apabila rugi dalam pelaburan internet (skim cepat kaya), pelaburan matawang forex, pelaburan dana amanah dan keuntungan tidak berbaloi melalui simpanan ASB (pinjaman ASN) dan berniaga. Bermula dari pengalaman kekecewaan dalam pelaburan yang haram telah belajar ilmu pelaburan yang selamat dan menguntungkan iaitu pelaburan emas. Pada mulanya saya hanya beli emas untuk simpanan sendiri, namun setelah belajar ilmu pelaburan emas fizikal, saya telah upgrade menjadi dealer untuk berniaga emas dan menyimpan emas serta memberi bimbingan dan panduan dalam pelaburan emas fizikal yang sebenar. Pelaburan emas fizikal Public Gold jika dilakukan dengan baik dan mempunyai ilmu pelaburan emas tiada risiko kerugian, selamat, memiliki dana bekalan kecemasan dan menjana aset harta serta peluang menjana pendapatan pasif sepanjang hayat dengan berniaga emas Public Gold. Buktinya dari pengalaman 10 tahun dalam pelaburan dan perniagaan emas Public Gold, telah memenuhi 9 daripada 10 kriteria keutamaan dalam pelaburan di atas seperti : Telah mendapat pendapatan tambahan Telah mendapat pendapatan pasif setiap bulan semenjak 2010 Telah mendapat kebebasan kewangan kerana telah memiliki simpanan emas Telah dapat lebih banyak masa kerana perniagaan mudah secara online Telah dapat Percutian percuma tajaan penuh Public Gold ke negara Turki, Dubai, Indonesia, Sepanyol, Amsterdam, Iceland dan insyaallah tahun ini 2019 ke negara-negara Balkan. Telah mempunyai perniagaan sendiri dengan gelaran Founder Master Dealer Public Gold. Telah membantu orang ramai mencapai kejayaan melalui bimbingan online atau offline. Telah bertemu dengan orang baru yang ramai. Telah dapat peningkatan peribadi Belum peluang Persaraan awal, namun tengah usahakan untuk bersara awal. 2. PELABURAN EMAS PALING SELAMAT Pelaburan emas fizikal Public Gold paling selamat KERANA pelaburan emas fizikal patuh syariah, mengurus sendiri pelaburan denganmenyimpan emas sendiri, selamat dari ditipu pihak ketiga, selamat dari bencana kerana emas tidak boleh dimusnahkan, harta selamat dan rahsia yang tidak diketahui pihak lain, selamat hidup kerana memiliki dana kecemasan dan selamat dari kemelesetan ekonomi, inflasi serta kejatuhan nilai wang. Nilai wang semakin lama, semakin rendah, TAPI nilai emas semakin lama semakin tinggi. Pengalaman sendiri simpanan emas sebagai dana kecemasan terbaik apabila kesempitan wang atau masalah kewangan. KLIK KISAH CEMAS KECEMASAN WANG SEGERA PERUBATAN IBU untuk pengalaman sendiri kecemasan wang segera perubatan ibu. 3. PELUANG PERNIAGAAN EMAS MODAL KECIL Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas yang menawarkan peluang perniagaan modal kecil KERANA berpeluang menjadi dealer Public Gold untuk berniaga emas tanpa kedai, tanpa sempadan, paling mudah dan selamat. Perniagaan emas Public Gold adalah penyimpan dan peniaga emas yang dapat menjana aset harta dan pendapatan pasif tanpa had untuk sepanjang hidup. Pemilikan simpanan emas juga adalah digunakan sebagai starter perniagaan dan sebagai modal pusing perniagaan dengan pajakan emas. Perkongsian pengalaman pelaburan emas bersama Public Gold sebagai dealer Public Gold semenjak tahun 2010 dapat menjana pendapatan pasif tanpa bekerja setiap bulan. Semenjak 10 tahun Public Gold “tidak pernah miss” iaitu sentiasa dapat wang komisen dealer setiap bulan dan adakalanya hingga mencecah 5 digit sebulan. Pengalaman menggunakan emas iaitu pajak emas di Arrahnu untuk digunakan sebagai pemula perniagaan dan pusing modal perniagaan dengan mudah bila-bila masa sahaja. 4. PELABURAN DAN PERNIAGAAN TANPA SEMPADAN Pengalaman bersama Public Gold daripada 3 cawangan Public Gold pada tahun 2010 dan kini telah mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia menunjukkan perkembangan dan kemajuan Public Gold. Perniagaan yang berkembang luas memudahkan dealer Public Gold mengembangkan perniagaan emas tanpa sempadan.
Emas 916 Termurah Pengalaman perniagaan emas Public Gold telah memiliki ramai pelanggan dari seluruh dunia melalui perkhidmatan pembelian emas secara online. Public Gold telah berkembang dan membuka rangkaian perniagaan baru seperti PG MALL, PG JEWEL dan AURORA ITALIA untuk memberi peluang perniagaan yang lebih luas untuk menjana pendapatan pasif. Hadiri BWM untuk mendapat promosi menjadi/upgrade dealer modal kecil seperti beli emas RM5k. 5. EMAS PENJANA HARTA Pelaburan emas di jamin dapat menjana harta KERANA hanya perlukan modal serendah RM100 atau beli 1g emas sahaja untuk kumpul aset harta. Disiplin membeli emas setiap bulan akan menambah harta dan mengelak kebocoran wang. Sudah menjadi tabiat manusia “wang untuk dibelanjakan dan emas untuk disimpan” akan menjadikan pertambahan harta harta yang boleh diwarisi bagi penyimpan emas. Public Gold satu-satunya dan syarikat emas pertama Malaysia yang mengadakan program kumpul emas, Gold Accumulation Program (GAP) iaitu akaun emas fizikal untuk mengumpul emas fizikal sedikit demi sedikit melalui akaun GAP. Klik CARA BELI EMAS GAP PUBLIC GOLD untuk maklumat dan panduan membeli minima RM100 emas GAP Public Gold. Pengalaman menyimpan emas sebagai disiplin menabung dengan membeli sekurang-kurangnya 1 gram sebulan telah berjaya mengumpul emas dan menjana harta. Simpanan emas adalah harta terbaik untuk diwarisi untuk mengelak perkelahian keluarga akibat perebutan tanah yang susah untuk dibahagikan dan mengelak anak-anak menjual tanah pusaka. 6. EMAS BEKALAN DANA KECEMASAN, TABUNG PENDIDIKAN DAN INSURAN HIDUP Pelaburan emas adalah dana bekalan kecemasan, tabung pendidikan dan sebagai insuran hidup KERANA emas mudah di pajak atau di jual beli seluruh dunia. Pengalaman sendiri membawa dan menjual emas di luar negara sebagai simpanan dana kecemasan semasa melancong ke luar negara seperti semasa menunaikan umrah dan pelancongan ke Sepanyol. 7. EMAS PELINDUNG NILAI TERUNGGUL Simpanan emas adalah pelindung nilai terunggul KERANA emas tidak boleh dibinasa, dimusnahkan dan tetap bernilai walau terbakar, tenggelam air atau hancur. Emas tetap bernilai walau dipotong, kemek, terbakar dan tidak dirosakkan oleh haiwan perosak.
Wang Tidak Bernilai Pengalaman ibu sendiri yang kerugian seribu lebih akibat simpanan wang yang hancur dimakan oleh anai-anai membuktikan emas adalah pelindung nilai yang terunggul. 8. SIMPANAN EMAS PENYELAMAT KEJATUHAN NILAI WANG Simpanan emas adalah penyelamat kejatuhan nilai wang KERANA kenaikkan harga barang menyebabkan kuasa beli merosot dan kejatuhan nilai wang. Pengalaman sendiri kejatuhan nilai wang yang cepat dimana pada masa saya sekolah rendah tahun 80 an hanya membawa wang belanja 20 sen ke sekolah sudah cukup untuk membeli nasi. Kini anak-anak kesekolah membawa wang lebih kurang RM5 seorang menunjukkan kejatuhan nilai wang. Simpan nilai wang RM100 atau simpan nilai emas RM100, selepas beberapa tahun...Nilai simpanan wang tetap RM100 tetapi kerana kuasa beli wang RM100 sudah berkurang iaitu hanya dapat membeli sedikit barang sedangkan simpanan emas nilainya makin meningkat JADI MESTI... "TUKAR WANG KEPADA EMAS !!!" kerana“Nilai wang semakin rendah sedangkan Nilai emas semakin tinggi”
Selamat Hari Raya Aidilfitri Pelaburan emas Public Gold adalah pelaburan terbaik berdasarkan pengalaman sendiri setelah bersama Public Gold lebih 10 tahun. Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas yang menawarkan pelaburan emas fizikal terbaik dengan peluang perniagaan yang dapat menjana pendapatan pasif sepanjang hayat. Branch Weekly Meeting (BWM) Public Gold adalah platform terbaik untuk menjana ilmu pelaburan emas dan ilmu perniagaan emas dengan peluang dapat emas percuma serta promosi hebat jualan emas dan promosi dealer Public Gold. Saya admin www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri 2019, Maaf Zahir Batin. “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN” Read the full article
#belajarilmuemas#belajarilmupelaburan#belajarperniagaanemas#BranchWeeklyMeeting#BWM#BWMPublicGold#Emas#emaspercuma#ilmu#ilmuemaspercuma#ilmupelaburan#ilmupelaburanemas#ilmupelaburanemaspercuma#kelebihanBranchWeeklyMeeting#kenapapelaburanemas#kenapapilihpelaburanemasPublicGold#pelaburan#pelaburanemas#pelaburanemaspublicgold#pelaburanterbaik#pengalamanpelaburanemas#pengalamanperniagaanemas#percuma#perkongsianilmu#perkongsianpengalaman#Promosihebat#publicgold
0 notes
Photo
Artis4d Agen Judi Terbaik Dengan Game Terlengkap | Togel Online
Link Alternatif ~ Artis4d Agen Judi Terbaik Dengan Game Terlengkap | Togel Online merupakan salah satu agen judi togel online terbaik dan terbesar, terpercaya serta ter'aman yang pernah saya kunjungi selama ini.
ARTIS4D adalah situs betting penyedia taruhan atau permainan togel online, ARTIS4D menyediakan berbagai macam jenis permainan / pasaran togel online, mulai dari pasaran togel Sydney Pools, Melaka Pools, Sydney 2 Pools, Singapore Pools, Kedah Pools, Sentosa TOTO Pools, dan Hongkong Pools dan Agen Sabung Ayam.
Kemajuan sistem teknologi togel online memberikan kemudahan untuk bermain dan memasang togel di ARTIS4D secara online kapan dan dari mana saja.
ARTIS4D merupakan pilihan yang sangat tepat bagi para pemain dikarenakan keamanan data anda yg tersimpan secara aman dan rahasia, berbagai macam bonus togel online berupa bonus deposit harian, bonus referral dan diskon togel yang besar.
layanan customer service kami 24 jam online yang melayani anda secara cepat dan profesional.
Sebagai Bandar Togel Online yang terpercaya, ARTIS4D mendapat dukungan bank besar seperti bank BCA, bank BNI, bank Mandiri, bank BRI, bank Danamon.
Selain melalui Livechat yang tersedia secara langsung di webiste ARTIS4D ,anda juga dapat menghubungi kami melalui BBM Messenger, Aplikasi WhatsApp, Line, Wechat, Instagram, Twitter dan Fanpage Facebook yang tersedia di halaman website nya ya.
Dengan segala fasilitas dan keunggulan yang ada di ARTIS4D, menjadikan ARTIS4D sebagai salah satu agen judi togel online terbaik.
Mari bergabung dan daftarkan diri anda sekarang juga bersama kami, untuk menjadi pemenang di website Agen Judi Togel Online ARTIS4D.
ARTIS4D adalah situs resmi togel online terpercaya, sudah ribuan member yang bergabung bersama kami di ARTIS4D yang menjadikan situs judi online favorit pemain togel online.
PROMO ARTIS4D :
BONUS DEPOSIT HARIAN
BONUS CASHBACK
BONUS ROLLINGAN
BONUS REFERRAL SEUMUR HIDUP
MINIMAL DEPOSIT & WITHDRAW Rp.20.000,-
GAMES Di ARTIS4D :
TOGEL ONLINE
CASINO ONLINE
SPORTBOOK
SABUNG AYAM LIVE
POKER & DOMINO
BOLA TANGKAS
SLOT GAMES
TEMBAK IKAN
NUMBER GAMES
Itulah tentang ARTIS4D yang bisa saya berikan kepada kalian ya, jika kalian ingin menanyakan sesuatu yang masih belum di mengerti, kalian boleh komen ataupun boleh mengunjungi live chat tersebut ya.
0 notes
Photo
Semalam Hantat vivix kat PKNM, Ayer Keroh, Melaka,.. Tahun lepas last jumpa akak ni. Baik dia. Moga adik dia cepat baik dari stroke yg tiba²... Dulu dia pernah order vivix utk adik dia yg stroke. Tu last jumpa. Semalam tiba² dia msg... Nak vivix 2, Adik kene stroke. Teringat kisah tahun lepas. Tanya dia, Bukan ke ask dah ok. Aaa.. lepas amik vivix dulu dh ok, Tiba² je stroke pula Tu nk 2 terus... Bln Feb 2019 ni. Kalau order 2 Botol vivix... ✓Dpt Free ahli ✓Dpt rebate extra. ✓Fpt cash reward. ✓FREE pos atau COD. CONTACT 0136244762 Utk saya bantu (at Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka) https://www.instagram.com/p/BuLqHqblaBp/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1pw6ujpouijqw
0 notes
Link
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2018 kepada semua pengunjung blog. Sesungguhnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Penghargaan terhadap Hari Malaysia merupakan satu cadangan yang praktikal dan signifikan demi memastikan Hari Malaysia dan sejarahnya akan terus wujud dan hidup dalam diri generasi muda. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia. Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi. Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha. Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya. Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said. Rentetan Peristiwa 27 Mei 1961 Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik 23 Julai 1961 Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen. Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah 18-20 Disember 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak 6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha 3-4 Februari 1962 Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia 21 Jun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Julai 1962 Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan. 9 Julai 1963 Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. 16 September 1963 Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia sumber : www.arkib.gov.my Lebih banyak info @ http://mknaceunlimited.blogspot.com/2018/09/selamat-menyambut-hari-malaysia-2018.html --- #terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
#terbaeekkk#kipidap#blogger#SJ4000#J3#Samsung#GalaxyCamera#altek#love#followme#fun#like#life#colorful#photooftheday
0 notes
Photo
𝑨𝒔𝒔𝒂𝒍𝒂𝒎𝒎𝒖𝒂𝒍𝒂𝒊𝒌𝒖𝒎... . 𝙎𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙠𝙖𝙠𝙪 𝙈𝙖𝙟𝙪 𝙅𝙖𝙮𝙖, 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖, 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙢𝙞𝙩 𝘿𝙪𝙣𝙞𝙖.. . 𝗜𝗧𝗣 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿, 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 “Pada masa yang sama institut ini boleh menjadi pusat mengumpulkan kepakaran dan idea-idea baharu serta perlu menjalankan penyelidikan, program, pendidikan, penerbitan dan perundingan yang memberi impak tinggi, bagi menggerakkan kemajuan negeri untuk kesejahteraan rakyat,” https://www.melakahariini.my/itp-berperanan-sebagai-agensi-pemikir-penggerak-kemajuan-melaka/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook #welovemelaka #KawalanDiri #MelakaRumahku #InstitutTunPerak #MelakaMestiMenangCOVID19 #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia https://www.instagram.com/p/CGrVwDeHNJc/?igshid=1prd8gl7ityzz
#welovemelaka#kawalandiri#melakarumahku#instituttunperak#melakamestimenangcovid19#melakakumajujayarakyatbahagiamenggamitdunia
0 notes