#kerja kosong melaka mudah
Explore tagged Tumblr posts
kapkunkap12 · 3 years ago
Text
Kerja Kosong Terkini LPM
Kerja Kosong Terkini LPM
Kerja Kosong Terkini LPM | Lembaga Perumahan Melaka mempelawa kepada seluruh rakyat Malaysia yang menetap di Melaka untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan seperti berikut. Kerja Kosong Terkini LPM Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Pegawai Undang-undang Gred L41Penolong Pegawai Tadbir Gred N29Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19Pembantu Tadbir…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
kemungkinan-blog · 6 years ago
Text
'Seorang posmen kena handle lebih 100 item sehari'
Tumblr media
Isu rungutan terhadap Pos Malaysia bukanlah isu baru. Sebelum ini pelbagai aduan dan rungutan mengenai perkhidmatan Pos Malaysia telah diajukan oleh netizen, tetapi isu ini dikatakan masih tidak ditangani dengan baik oleh pihak berkenaan.
Apabila berdepan dengan situasi sebegini lebih-lebih lagi di dalam sektor perkhidmatan, ayat seperti ‘customer is always right’ perlu dititikberatkan.
Walaubagaimanapun, isu rungutan ini dijawab oleh seorang pengguna Facebook yang dipercayai merupakan kakitangan Pos Malaysia yang berharap agar netizen bersabar dengan perkhidmatan kakitangan Pos Malaysia kerana mereka juga memikul tanggungjawab berat demi memenuhi permintaan pelanggan.
Berdasarkan maklum balas dari netizen, mereka mengharapkan mutu perkhidmatan Pos Malaysia diperbaiki, selain turut mengesyorkan agar gaji kakitangan Pos Malaysia dinaikkan setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Tumblr media
SETELAH aku baca setiap komen-komen korang, mari aku jelaskan situasi satu persatu, yang mana boleh hadam, sila hadam, yang mana nak kecam aku silakan. Aku bukan nak backup mana-mana even part customer atau Pos Malaysia.
Aku bekerja di Pos Malaysia, so aku baca setiap laporan yang customer hantar, baik aduan, pertanyaan atau penghargaan. Ada sesetengah staff yang okay, cekap dan ada yang kurang cekap.
Faktor gaji sangat memainkan peranan. Jika nak diharapkan pada gaji RM1,500 sebulan dengan keadaan sekarang ini, memang susah. Terpaksa buat Over Time, sampai keadaan tak dapat handle, ada staff yang dah pergi ke courier lain, diorang offer gaji lebih tinggi. Jadi, buat apa nak stay kan?
Faktor seterusnya adalah lambakan item, sebab terlalu banyak peniaga online. Sangat-sangat banyak tak termasuk Lazada, Shopee, Carousel, web-web yang jual barang-barang online, barang-barangan jualan dari China, apatah lagi jika ada promosi jualan seperti tahun lepas.
Kebanyakan peniaga menggunakan khidmat Pos Malaysia kerana Pos Malaysia paling murah berbanding courier lain. Bila dah murah, ramai yang guna dan bila ramai yang guna barang semakin banyak menyebabkan sesebuah Pejabat Pos Laju yang boleh menampung item sebanyak 500 barang pada satu hari bertambah kepada 2,000 item seperti yang berlaku di Pejabat Pos Laju Dato Onn. 
Seorang posmen kena handle 100 item sehari dan risiko sangat besar kepada penunggang motor. Ada mulut yang nak disuap kat rumah, mak ayah yang perlu ditanggung, bayar itu dan ini. Kos meningkat, so kenapa tak nak guna courier lain wahai peniaga online?
Kamu semua kena baca terma dah syarat sebelum hantar, jangan pakai hantar saja, barang makanan, mudah pecah, mudah rosak, barang-barang berharga tak boleh dihantar. Kalau dalam Islam hukumnya haram sebab Pos Malaysia tak tanggung. Korang boleh percayakan semua peniaga ini jujur? 
Aku ada tengok video yang peniaga cuma hantar surat kosong dalam peti Ezidrop, guna nombor item yang sama dan jual item yang sama pada customer yang berbeza. Bila customer buat report barang memang tak ada. Hakikatnya ada peniaga yang tak jujur. Serius aku cakap dan tak semua peniaga begitu.
Kamu semua tampal sticker fragile untuk apa? Dah tahu barang mudah pecah, hantar gelas, pasu, barang plastik, barang-barang yang kandungan cecair, bergas. Baca terma syarat belakang slip tu. Nak balut lagi, bubble wrap, aduh. Bila korang tetap nak hantar juga, jadi isu barang pecah, korang salahkan staff, tapi hakikat korang tak baca terma dan syarat.
Barang dari Lazada/Shopee mostly dari China. Dari sana pun ada delay lagi korang kena check item korang itu siapa seller dia, dari Malaysia ke China? Kalau dari China, kalau tak ada dalam rekod Pos Malaysia, korang kena buat report dulu dengan Lazada atau Shopee, bukan dengan Pos Malaysia dulu. Bila tak ada rekod dalam Pos Malaysia, mulalah korang salahkan Pos Malaysia. Padahal item itu masih sangkut lagi di China. Aku selalu dapat kes macam ni. Bila check, “item sorting from delivery facility at China.”. China beb, bukan Malaysia. Check betul-betul.
Ada kes orang hantar dari KL ke PJ, KL ke PJ sahaja, tetapi kenapalah boleh pusing satu Malaysia kan. Ini aku  boleh cakap kelemahan sistem, salah karung, item termasuk dalam karung destinasi lain. Dari KL singgah Shah Alam, singgah Melaka, terbang ke Kota Kinabalu, dah sampai PJ boleh patah balik ke KL balik. Pusing-pusing dah makan 10 hari, barang nak pakai esok. Aku tahu sistem menjadi isu.
Bila ada viral, staff pos baling-baling barang macam bola keranjang, isu item diterima oleh customer itu bila aku maksudkan staff yang kurang. Tindakan tetap diambil, itu bahagian internal. Aku pun terkesan juga bila staff buat macam tu, main campak-campak. Bila staff marah, teremosi, geram maybe dengan bos ke, ada masalah family ke kan. Ini yang jadi (mungkin).
Nak ambil staff? Ingat senang ke nak ambik staff baru. Siapa yang kerja HR, jelaskan sikit proses macam mana, nak pergi hantar training lain, nak tahu hantar lokasi lagi, nak tahu function itu ini, nak check itu ini. Aku tak pandai sangat hal HR ini, cakap sangat senang, yang berhenti 10, yang masuk 5 orang, short 5 staff. Memang Pos Malaysia ada proses nak ambik staff. Sabar, yang mana tak ada kerja sekarang, cuba mohon, mana tahu rezeki.
Terima kasih sebab korang masih nak gunakan servis Pos Malaysia. Sangat hargai. Mahu atau tidak, itu lumrah. Yang bekerja, yang hantar barang itu manusia. Manusia ni ada had limit. Aku pun customer juga. Aku marah bila barang aku lambat sampai sebulan, pecah, dan lain-lain tapi barang tetap sampai.
Tumblr media
Kita semua, staff atau customer mahukan perubahan yang baik. Ayat Dato’ Samy Vellu “besok kirim, hari ini sampai.” InshaAllah Pos Malaysia akan cuba perbaiki kelemahan yang ada. Feedback korang tu point-point yang perlu Pos Malaysia perbaiki. 
Yang nak kecam aku tu, tak apa. Mesti ada yang tak senang dengan penulisan aku ni. Tak apa, aku tak marah. Yang mana aku boleh jawab, aku cuba jawab. Aku tuliskan tak semua korang nak baca kan. Yang mana faham point-point aku, terima kasih. Nak berilmiah, silakan.
Sumber: Muhammad Aidil
from The Reporter https://ift.tt/2A4TTG2 via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2mCh1Cb via IFTTT
6 notes · View notes
atiqahazizann · 5 years ago
Text
#MyFinalYear #TownandRegionalPlanning #UiTMPuncakAlam 2019
Alhamdulillah 4 years is finally over! 2015-2019 how time flies! Ingat lagi masa mula-mula masuk degree life selalu cakap dekat diri sendiri “Oh masa pls be fast!” Tak sabar nak habiskan semua ni. And now selepas 4 tahun akhirnya masa yang ditunggu- tunggu telah tiba. #MyFinalYear!
Bukan senang untuk mengharungi degree life ni. Orang luar nampak semuanya indah. Tetapi hakikatnya tidak! yes tidak! Ada hari rasa semangat nak buat semua benda, ada hari rasa malas+letih+tak semangat untuk buat semua ni. 
Tapi itulah kehidupan, kita yang mencorakkan perjalanan hidup kita bukan orang lain. Dan bukan juga makcik dan pakcik-pakcik bawang! KITA!! Ok! KITA! so nak tak nak hidup perlu di teruskan. Bila rasa malas+tak semangat akan ada satu perasaan/aura yang tiba-tiba datang cakap dekat diri sendiri “Jangan mudah putus asa, bukan manusia kalau takda masalah. Ramai lagi orang dekat luar sana yang teringin nak jejak kaki masuk Universiti. Tapi bukan rezeki mereka. KIta? Alhamdulillah Allah izinkan/makbulkan doa untuk merasa semua ni. 
So itulah kata-kata yang selalu bermain di fikiran yang menguatkan lagi diri ini untuk tempuhi semuanya. And to be frank! sedih untuk menulis entry ni, lepasni takkan ada lagi entry about #MyStudentLife #MyDegreeLife #MyNewSemesterBegin huwarghh! #Sedihnya! 4 tahun tak terasa pun. Tahu-tahu ja dah habis. 
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk baca entry ini. Semoga Allah/God bless all of you guys! Kepada semua yang merasakan perjalanan degree life saya sentiasa indah you better read it til d end! semoga anda dapat rasa/bayangkan apa yang saya rasa. but above all, Alhamdulillah di atas nikmat/rezeki/ruang/peluang ini. so here we go!
#PermulaanYangMencabar
Tumblr media
HI! My name is Nur Atiqah Azizan and this is my final year degree journey! 
Tumblr media
Gambar makanan ni adalah our first treat for this last semester bagi meraikan Duit PTPTN yang terakhir. Lepasni takda nak tunggu duit PT dah. Tunggu dapat surat kena bayar la pulak lepas ni:P #TheFact
Tumblr media
Our final year yang mencabar. Bayangkan untuk semester terakhir ni tak dapat kolej alasan sebab student practical semester lepas so nama takda dalam senarai kolej. Ya Allah! Raflesia why you did this to me! sob sob! So almost 2 minggu juga la kitaorang duduk rumah sewa sementara masih menanti keputusan kolej dengan penuh harapan. 
Tumblr media
Haaa! Ini lah muka-muka menunggu keputusan kolej. Ada yang tak mandi di situ. Cuba teka siapa :P
Tumblr media
And finally!!!! Alhamdulillah. Terima kasih kolej Raflesia, No more homeless! 
Tumblr media
ini adalah bilik terakhir bagi semester terakhir ini.
#MyFirstClassOfFinalYear
Tumblr media
Muka-muka semangat untuk final year! Ye semangat sebab first day tunggu week-week 10-14 nampak la kebaraian tu nanti:P
Tumblr media
One with my forever joker! Anda semua sudah menonton joker di pawagam? How was it? :P HAHAHA!
Tumblr media
One with forever princess katanya! Syitoh!
Tumblr media
Turun padang tengok orientasi student semester 1! tak sangka cepat masa berlalu. Dulu kita turun orientasi sebab student sem 1. Now turun bagi semangat dekat adik-adik la pulak ;)
#MyFirstStudioMeeting
Tumblr media
Biasalah setiap sem akan macam ni. 
Tumblr media
Studio meeting 8.0 Our final site visit together. Sedihnya! and this semester our last site visit is Melaka! Yesss tempat yang paling dalam wishlist nak pergi sebab nak makan Asam Pedas ;)
Tumblr media
Kesibukkan dah bermula! everyday/everynight rutin. Tidur 4-5am tu normal la tu
Tumblr media
List for site visit. Yes this is really me! Tanpa list ni tak teratur hidup turun site visit. This List Is A Must! Siapa yang sama macam ni yes kita geng!
Tumblr media
Menunggu ketibaan bas!
Tumblr media
final site visit with them!
Tumblr media
Here we go!!! #OffToMelaka
Tumblr media
Dah sampai
Tumblr media
Inilah hotel/penginapan sepanjang site visit di sini
Tumblr media
ni dalam dia
Tumblr media
Siap ada tv!
Tumblr media
Here we go! #Survey
Tumblr media
Thank you for d sponsor Semua makanan sedap-sedap. Nasi lemak pandan!
Tumblr media
Turun site with Beyonce! #Aidura
Tumblr media
With the glowing mum to be #PuanIntan
Tumblr media
Discussion
Tumblr media
#Interview Ketua Kampung
Tumblr media
Me and the one and only Artis MV Tangisan! Nak tengok go and search Mv Tangisan Azlinda! #ShesSoTalented! Mana mana producer silalah ambil dia
Tumblr media
With abang kawasan dan kakak kawasan Project besar ni! So kena serious la sikit :P
Tumblr media
Inilah tugas kami town planner mendengar pandangan orang
Tumblr media
masing-masing tengah focus
Tumblr media
iv untuk dapatkan maklumat/data
Tumblr media
pecah kumpulan untuk masuk sector masing-masing
Tumblr media
Iv sampai ke dalam rumah guys! And kebetulan abang ni cameraman film/drama! sambil - sambil tu #PartTimeJob! :P
Tumblr media
Terima kasih Puan atas kerjasama yang diberikan. 
Tumblr media
focusnya faz :D
Tumblr media
Thank you atas kerjasama yang diberikan. Orang Melaka semuanya sporting!
Tumblr media
Discussion Malam
Tumblr media
Another day for site visit! Pagi yang penuh dengan Cahaya Nur with LisaSyiraHani
Tumblr media
Focus dengar taklimat!
Tumblr media
Thank You PLANMalaysiaMelaka!
Tumblr media
with syitah syira and fanaaaaaaaaaaa
Tumblr media
Hi joker! Focusnya dia! hahahahahahahahaha 
Tumblr media
Lepas tu dia balas dendam bagi gambar ni. “Tak boleh zoom lagi ka sampai nampak bulu hidung?” Letak sini la sebagai kenangan :P
Tumblr media
One with them! #O8B
Tumblr media
Thank You Makcik atas kerjasama
Tumblr media
survey apa yang kurang.. Apa yang tak puas hati. Apa yang rasa nak improve 
Tumblr media
Site visit again!
Tumblr media
This kuih its always remind me to my arwah tok. Setiap kali balik kampung selalu ada kuih ni. Now no more. But you will always be in my heart forever! 
Tumblr media
sedap sangat! Thank you bagi makan kuih free. Tapi tak makan saja. Saya support business makcik!  2 balang terus beli. Worth it!
Tumblr media
Dalam penat berjalan tengah panas buat survey tiba-tiba jumpa sign ni. Alhamdulillah rasa bersyukur/tenang.. #JauhPerjalananLuasPermandangan 
disclaimer: Abaikan parti politik disitu.
Tumblr media
The struggle is real guys!
Tumblr media
Joker suruh buat mini love pulak
Tumblr media
One with them!
Tumblr media
Muka tengah kutip sampah pun seronok. Begitulah juga kehidupan sentiasa kena positif/bahagia walaupun ada hari yang tak berapa bahagia :D
Tumblr media
with kakak kakak hot 
Tumblr media
With Dua orang Puan disitu! Cuba teka yang mana? 
Tumblr media
walaupun penat survey! Lepaking is Onz!
Tumblr media
Melaka
Tumblr media
Berpuluh tahun duduk penang tak pernah sekali pun naik beca. So datang melaka dapat la peluang naik beca. Beca Unicorn okay! Bukan biasa biasa ni:P
Tumblr media
Last day in Melaka
Tumblr media
berBBQ
Tumblr media
Semangat membakar semua
Tumblr media
ayam
Tumblr media
Garlic bread + sosej!
#KembaliBerpijakDiBumiYangNyata
Tumblr media
Bila dah namanya final year memang busy dia tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata . Mana nak focus studio, assignment, thesis, ENT, Presentation,Viva.. DLL
Tumblr media
terima kasih Dr Naasah atas dorongan dan nasihat
Tumblr media
Balik dari site attend Malaysian Institute Planners pulak
Tumblr media
Thank you pakcik Van bawak kami dengan laju sampai sana terus pening lalat! Nampak tak muka Joker semangat dekat depan tu. Dialah Co Driver kami :P
Tumblr media
with them
Tumblr media
One with Dr Mar
Tumblr media
Amboi joker! saja letak gambar dia banyak-banyak sebab dia selalu bising gambar dia 1-2 ja:P
Tumblr media
Amboi focusnya dia! Kalau ada mana-mana director yang nak ambik part time model acah mengacah boleh ambil tyra :D
Tumblr media
one with  TPr. Hj Ihsan Zainal Mokhtar | President of the Malaysian Institute of Planners
#HeticWeekBegin
Tumblr media
Beginilah kehidupan final year. Nak dapat tidur 2-3 jam sehari tu mustahil apatah lagi nak dapat tidur yang nyenyak tu memang jauh sekali! Masing-masing tengah focus untuk report studio and presentation
Tumblr media
Pakai macam ni sebab kena ikut tema #Jeans! Kalau saja-saja suruh pakai macam ni pi class memang tak laaa. Once in awhile!
Tumblr media
With my groupmate nurul! #SekaliSekalaNakNampakRock :P
Tumblr media
Port wajib selfie! Hanya student FSPU Ja tahu
Tumblr media
Dalam kesibukan kerja-kerja studio thesis assignment dll.. Luangkan masa untuk menghadiri malam Pre-Graduation Night Dinner.
Tumblr media
Dan tema kita hari ini adalah......
Tumblr media
One with syira
Tumblr media
One with them. Syitoh memang mata selalu ke tempat lain.
Tumblr media
Thank you for Having us!
Tumblr media
One with Our Thesis Coordinator En Mad
Tumblr media
Lec yang banyak membantu sepanjang perjalanan thesis ini
Tumblr media
Walaupun dah almost week 10 and above! Tetap semangat pergi class. So here the shameless selfie of mine!
Tumblr media
Dalam tengah busy dengan studio bagai. Ada pulak pertandingan mencipta/melukis banner. Bila dah namanya banner bukan pendek. Panjang pulak tu! 
Tumblr media
apa yang penting.....
Tumblr media
Kerjasamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Tumblr media
Yess! panjang I told you! INI HASIL KERJA 30+ STUDENTS
Tumblr media
Dalam kesibukkan itu juga ada lagi site visit for comparative study. kena pergi Seoul,Korea 
note: Nak baca story di Seoul,Korea scroll sampai habis this entry! On my Previous post!
Tumblr media
So belanja la sikit gambar di Korea 
Tumblr media
And Alhamdulillah for this award! Thank you for all your prayers and Utmost Support! Salah satu orang yang mendorong atiqah untuk masuk/teruskan course ni adalah ika Jumat! Ingat lagi kata-kata dia 
“Belajar bagi focus dan faham betul-betul, tak perlu nak kejar dekan stress nanti, biar tak dekan janji input tu dapat dan boleh adapt sampai bila-bila” -IKA JUMAT
Tumblr media
Terima kasih atas semuanya! Doa, Semangat,Kekuatan,Nasihat,Dorongan selama 4 tahun ini. Orang lain takkan pernah rasa apa yang kita rasa selagi dia takda dalam kasut/tempat kita. Zahirnya semua nampak indah tapi hakikatnya banyak yang perlu dikorbankan dan di harungi untuk dapatkan semua ini
#PuasaTerakhirDiCampus
Tumblr media
Ini adalah tahun terakhir berpuasa/buka puasa di campus. Alhamdulillah walaupun jauh dari keluarga tapi ini bukanlah tahun yang pertama berjauhan dari keluarga. Cuma perbezaan berpuasa di rumah dan di campus tu tetap terasa! but above all dua dua best!
Tumblr media
Juadah Berbuka
Tumblr media
Makanan wajib buka puasa. Nasi ayam Kunyit Pasar Malam Puncak Alam is the best! RM5 nasi+ayam banyak sambal yang pedas gila.. Aaaaa rindunya!
Tumblr media
Inilah tempat dimana student-student berpusu-pusu beli kuih. #GRABandGO!
Tumblr media
Ramadhan terakhir with them! Terima kasih atas kenangan 4 tahun bersama ini. You guys will be miss!
#SurveyDiBulanRamadhan
Tumblr media
Turun survey thesis di bulan Ramadhan. Tersangatlah mencabar. Dah la kawasan street art tu banyak jual makanan sedap-sedap. Dengan keadaan cuaca yang panas terik lagi. Hanya Allah saja yang tahu. But its okay! Not complaining but Alhamdulillah
Tumblr media
Thank you auntie atas kerjasama! | Dapat Bayangkan Tak Cuaca Panas Tu macam mana dalam keadaan berpuasa macam ni. But its okay;)
Tumblr media
sambil sambil survey tu.... sambil sambil la.....
Tumblr media
Duduk dulu #LetihBerjalan
Tumblr media
Kosong lagi tu boleh tolong tumpangkan saya dah penat ni berjalan pls!:P
#RayaCampus
Tumblr media
Raya this year tak dapat nak balik lama-lama. Raya ke3 dah kena balik kampus. Disaat orang lain sedang menikmati juadah raya ketupat rendang. Dah kena packing nak balik Puncak Alam
Tumblr media
Finishing school! Program ni wajib join. Banyak manfaat dan faedah daripada program ni. Program ni banyak mengajar cara-cara nak pergi interview, cara untuk lebih yakin berkomunikasi dengan orang sekeliling dan mostly banyak mengajar preparation untuk melangkah alam pekerjaan. Best!
Tumblr media
Once in awhile
Tumblr media
Thank you fana banana! The one yang always be there through my ups and down. sahabat yang baik. Susah nak dengar dia marah. Selalu layankan kerenah saya. sahabat yang sama-sama redah hujan lebat naik motor pegi print thesis, assigment, bazar ramadhan,pegi buka puasa dll! Sorry fana sebab selalu kena marah dengan saya :P Marah tu bersebab. sebab dia careless! so lepasni takda orang yang nak marah kalau kunci bilik hilang, purse hilang semua hilang.. okay! haha
Tumblr media
gambar ni bukan nak focus selfie sebenarnya tetapi gambar lofa dan vivy di belakang tu. Dua wanita hebat sebagai pembakar semangat ;)
Tumblr media
Hetic week!
Tumblr media
Everyday routine. Beginilah kehidupan life as a student. Setiap hari naik bas. Ada hari kena berdiri, ada hari dapat duduk, Ada hari bas lambat, ada hari tertinggal bas #Thatlife
#FinalPresentation
Tumblr media
Balik awal ke kampus raya ke 3 untuk siapkan final presentation. Course ni banyak mengajar erti bertolak ansur dan kerjasama. Sebab mostly semua assignment grouping. Tak boleh bagi alasan “Sorry tak dapat nak balik awal sebab masih nak beraya” sedangkan kawan-kawan kita yang lain semua balik awal ke kampus sebab masih ada tugasan yang belum selesai. Takkan la kita pulak nak pentingkan diri sendiri masih beraya sambil menikmati ketupat rendang bersama keluarga di rumah. Inilah erti sebuah pengorbanan! 
Tumblr media
Yes guys ini masih raya ke 3 dan semua orang ada tanggungjawab masing-masing
Tumblr media
Daripada board ni kosong seperti on my previous picture to this! Ini adalah hasil kerjasama semua classmate! 
Tumblr media
Full Board!
Tumblr media
Sahabat yang paling ikhlas dan paling baik. Thank you Ustaz atas segalanya. Since semester 1 til semester 8! Terima kasih banyak banyak jasamu dikenang!
Tumblr media
Alhamdulillah done for presentation preparation from 10am-10pm 12 jam disini! 
Tumblr media
Forever be XclusiveStudio
Tumblr media
muka-muka kepenatan 12jam stay up for this preparation with 30++ of my classmates
#TodayIsTheDay!
Tumblr media
Muka muka yang masih mampu tersenyum walaupun hakikatnya tak cukup tidur, letih, mengantok, Otak masih fikirkan thesis yang tak siap-siap #HanyaAllahYangTahu
Tumblr media
One with naemah! Happy Birthday to you Naemah! (Waktu update this entry is her birthday) Thank you my groupmate yang banyak membantu + Tyra and Oman #SectorKemudahanAwam
Tumblr media
Crit 
Tumblr media
Masih sabar menanti giliran...
Tumblr media
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. All d sleepless night is paid off! 
Tumblr media
Terima kasih my groupmate shafik,chemal,lin,nurul,faz,hafriz and mir! #WeDidIt!
Tumblr media
Alhamdulillah REPORT STUDIO sebanyak 500++ pages ini berjaya disiapkan bersama dengan my teammate! Banyak masa,tenaga,tidur,duit yang dikorbankan untuk menghasilkan kerja studio ini.
Tumblr media
WORK HARD PAID OFF! 
Tumblr media
Beratur sebab bapak nak bagi duit raya dekat anak-anak sebab berjaya siapkan studio dengan jayanya
Tumblr media
One with syira! Terima kasih atas segalanya. Orang yang sentiasa ada susah dan senang. Banyak bagi nasihat dan semangat sepanjang 4 tahun ini. susah senang kita hanya Allah saja yang tahu. Cant wait to baling topi sama-sama #SyeraNahzri
Tumblr media
one with fana. terima kasih atas segalanya juga! orang yang sama-sama ada susah senang jatuh bangun suka duka sepanjang 4 tahun ini. #FarhanaRina
Tumblr media
Alhamdulillah from semester 2- semester 8 | Lepasni dah tak boleh stick together macam ni lagi. Masing-masing stay jauh sorang penang, sorang johor sorang kl. Apa - apa pun Alhamdulillah impian kita untuk baling topi convo sama-sama is almost there! cant wait for next year! take care and always be safe sahabat! Stay keep in touch okay Xx 
Tumblr media
 Yeayyy selesai presentation dapat duit raya rm50! Heavennya!
Tumblr media
Mula melangkah masuk alam degree life bersama mereka dan mengakhiri alam degree life juga bersama mereka. 4 years being together is amazing! Banyak drama, cerekarama, sinetron, suka duka, jatuh bangun, susah senang yang kita tempuhi sama-sama dan akhirnya semuanya berakhir disini. Terima kasih atas semuanya to each and everyone of you! jumpa lagi di lain waktu. Officially end of our studio life! 
#BerayaDiKampus
Tumblr media
Alhamdulillah walaupun tahun ni dapat beraya dua hari ja dengan keluarga tapi Allah bagi nikmat beraya bersama mereka. Thank you Dr ayu Dr Raja yang treat kami semua macam anak sendiri;)
Tumblr media
Semua sedang melihat masa depan disana :D
Tumblr media
The best view ever! MashaAllah! View from my room. 
#Thesis
Tumblr media
Alhamdulillah final consultation with my supervisor 
Tumblr media
THESIS submission!
Tumblr media
Viva! This place is same exactly waktu atiqah viva. Bayangkan 4 vs 1! Apa yang penting waktu ni adalah confident. Jawab saja apa soalan yang ditanya dengan tenang dan yakin. And Alhamdulillah I’m survived!  
Tumblr media
Muka muka viva
Tumblr media
Alhamdulillah we’re suvived!
Tumblr media
Bila final year banyak duit yang keluar. Duit untuk site, duit untuk studio, print assignment, makan minum, bayar yuran, bayar kolej, bayar everything 
Tumblr media
And to be frank, yes pernah dalam acc duit hanya tinggal RM28.25sen! Orang takkan pernah tahu apa yang kita lalui disebalik semua ini. Semua orang hanya nampak zahirnya sahaja. Tapi susah senang jatuh bangun kita hanya Allah sahaja yang tahu. #ApaApaPunTetapBersyukur
#WorkHardPaidOff
Tumblr media
Alhamdulillah rasa terharu,seronok,sedih,rasa nak menangis semua ada bila tengok hasil thesis ni siap. Thesis ini berjaya disiapkan bersama air mata, tak cukup tidur,jatuh bangun susah senang suka duka. Above all, Syukur Alhamdulillah 4 years of sleepless night Is totally worth it!  All the work hard is finally paid off! 
Tumblr media
Terima kasih para pensyarah 
Tumblr media
Terima kasih En Ishak (My Second Reader)
Tumblr media
Terima kasih atas teguran nasihat dan tunjuk ajar
Tumblr media
Alhamdulillah I’m Survived!
Tumblr media
Mengabadikan kenangan bersama thesis
Tumblr media
With Linda anak didik Dr Naasah!
Tumblr media
muka muka happy bersama thesis sendiri
Tumblr media
serious sangat la ustaz ni #MukaPerasaanBercampurBaur
Tumblr media
Terima kasih Dr Naasah atas segala tunjuk ajar since day one.  To be frank, thesis ini berjaya disiapkan setelah  4 kali tukar tajuk. Tanpa bimbingan nasihat dan dorongan Dr thesis ini takkan berjaya. Terima kasih Dr
Tumblr media
with Dr Naasah 
Tumblr media
One with YB! Terima kasih YB atas segala tunjuk ajar. YB ni setiap sem dekan. Sesiapa yang nak minta tips dekan boleh PM tepi ;)
Tumblr media
one with our studio master Dr Ayu!
Tumblr media
One with makcik cleaner. Waktu sem 4-5 setiap kali ada gap untuk next class selalu tidur dekat surau sekali mak cik ni. Dia selalu cerita kisah hidup dia. Terima kasih makcik atas doa dan nasihat makcik. InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. Doa saya sentiasa ada untuk makcik. Semoga makcik terus kuat mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga makcik, sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki Aminn yarobb.
Tumblr media
Ni case thesis ikut warna baju:P 
Tumblr media
Terima kasih En Mad untuk segalanya
Tumblr media
Mungkin selepas ni kita susah nak jumpa macam ni sebab masing-masing jauh. but its okay as long as kita sentiasa ada untuk each other. Take care syira!
Tumblr media
Untuk pengetahuan semua almost 4 tahun dekat puncak alam tak penah sekali pun masuk library ni. Jadi untuk kali terakhirnya saya membawa thesis saya bergambar disini.. #GambarDepanLibraryPunJadiLa
Tumblr media
Settle thesis jalan-jalan di Kuala Lumpur! 5pm-5am totally worth it!
Waktu ni pukul 3.30am ya masih lagi gagah berdiri disitu demi sekeping gambar di hadapan klcc :)
Tumblr media
one with syitah. 
Tumblr media
Muka 3.30am #Barai
Tumblr media
one with my joker, Thank you for everything! Orang yang selalu buat lawak kadang lawak dia yang memang lawak, kadang lawak dia yang hambar. walaubagaimanpun you will always be my joker. rinduuuu nak dengar ur joke! #MakcikBerusKakiDenganBerusPeriuk 
My followers know you with that:D
Tumblr media
Thank you Kolej Rafflesia for this past 4 years #JasamuDikenang
Tumblr media
Rindu bilik :)
Tumblr media
its finally over! terima kasih UiTM Puncak Alama untuk kenangan indah ini. You will be miss #UiTMDiHatiku
Tumblr media
Alhamdulillah syukur atas nikmat yang sementara ini. Banyak suka duka jatuh bangun susah senang sepanjang 4 tahun mengharungi degree life ini. Terima kasih kepada yang membaca hingga habis entry ini. Atiqah sangat- sangat menghargainya. Til the next post! Assalamualaikum 
By Hand
A T I Q A H   A Z I Z A N
10:12:19
3.00AM 
0 notes
firdausdmark-blog · 5 years ago
Text
Tips cari lokasi homestay Pulau Pinang
Bercuti sesekali dalam setahun memang satu aktiviti yang menyeronokkan. Lagi seronok kalau dapat duduk homestay yang mempunyai banyak bilik. Boleh ajak dua tiga family duduk sekali. Antara lokasi percutian kegemaran rakyat Malaysia adalah di Pulau Pinang. Jom saya kongsikan tips cari lokasi homestay Pulau Pinang.
1. Kenal pasti tujuan percutian dan cari homestay di lokasi yang berdekatan.
Apabila anda ingin mencari dan menempah homestay, tentunya anda sudah pun mempunyai tujuan utama untuk ke mana-mana destinasi. Jadi, tujuan utama anda itu secara tidak langsung akan menentukan kawasan atau daerah homestay yang akan anda cari dan tempah.
Namun, anda jangan terlalu terikat pada satu-satu kawasan sahaja kerana kadang-kadang homestay yang di luar kawasan itu (berhampiran dengan kawasan yang anda cari) mungkin lebih berbaloi berbanding homestay yang berada betul-betul di dalam kawasan tersebut.
Jika anda ingin pergi ke satu tempat atas urusan kerja atau rasmi. Anda haruslah memilih homestay yang tidak jauh dari tempat kerja anda. Paling elok adalah 10 minit dan paling lama pun 30 minit.
Jangan nanti anda rugi minyak kereta. Bila menginap di homestay yang jauh dari tempat kerja. Bukan hanya minyak, rugi masa dan tenaga juga.
2. Kenal pasti jumlah bilangan ahli keluarga atau rombongan.
Sebelum anda mencari homestay, anda perlu mendapatkan anggaran berapakah bilangan orang yang akan turut serta dalam percutian anda itu. Jika anda telah mendapat jumlah yang betul-betul confirm, itu adalah lebih baik.
Ini kerana jumlah bilangan orang yang akan turut serta, akan menentukan kapasiti bagi homestay yang ingin anda cari dan tempah. Terdapat perbezaan kapasiti bagi sesebuah homestay, bergantung kepada jenis rumah (rumah kampung, apartmen, Semi D, Teres atau Banglo) dan reka bentuk.
Kita kena pastikan agar semua ahli keluarga dan rombongan mendapat tempat penginapan yang selesa dan jumlah katil yang cukup untuk semua orang. Lagipun masing-masing turut berkongsi bayaran.
3. Tetapkan budget anda.
Yang pasti, jumlah budget anda akan menentukan kualiti dan kemudahan yang disediakan oleh sesebuah homestay. Kebiasaannya,homestay yang mempunyai aircond adalah lebih mahal berbanding dengan homestay yang hanya menyediakan kipas. Homestay yang beroperasi di rumah kayu juga, biasanya adalah lebih murah berbanding dengan rumah batu.
4. Survey atau ‘google search’ homestay yang wujud di kawasan yang anda cari.
Anda perlulah survey terlebih dahulu homestay yang wujud dalam kawasan yang anda cari, contohnya Negeri Sembilan. Ini memberikan anda peluang untuk mendapatkan promosi yang berbaloi. Cara yang paling mudah untuk survey adalah dengan menggunakan ‘Google Search’ dan contoh kata kunci ‘homestay melaka murah’.
Google bukan sahaja akan menyenaraikan laman web, blog atau facebook bagi homestay yang wujud, tetapi juga laman web-laman web yang menyediakan senarai homestay yang wujud di Negeri Sembilan. Selain itu, anda juga boleh luaskan pilihan anda dengan survey homestay yang wujud di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.
5. Gunakan ‘google maps’ untuk menganggarkan jarak antara lokasi.
Untuk mengetahui secara tepat jarak antara homestay yang akan menjadi pilihan anda dengan lokasi bagi destinasi utama percutian anda, anda boleh menggunakan ‘Google Maps”.
Dengan ini, anda akan mendapat gambaran jarak yang akan anda lalui dan anggaran masa yang diperlukan bagi membuat perancangan mengikut jadual anda.
Contohnya anda boleh lihat contoh maps bagi Homestay Melaka Pokok Mangga disini
6. Sediakan senarai homestay mengikut keutamaan anda.
Setelah membuat survey homestay yang wujud, anda perlu sediakan senarai homestay berserta dengan no. telefon yang perlu dihubungi(jika anda ingin berurusan terus dengan pemilik homestay). Senarai ini perlulah mengandungi sekurang-kurangnya 10 homestay.
Senarai homestay tersebut perlulah disusun mengikut ‘priority’ berdasarkan kelebihan dan kekurangan sesebuah homestay. Kenapa perlu ada sampai 10 homestay? Ini kerana jika homestay yang berada pilihan utama telah dibooking orang lain, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk memulakan semula proses survey. Hanya terus beralih untuk senarai yang kedua dan begitulah seterusnya.
Harus diingat bahawa anda adalah orang yang cukup bertuah jika mendapat homestay yang berada di pilihan utama. Apatah lagi jika anda ingin booking homestay tersebut dalam tempoh yang singkat dari tarikh percutian anda.
7. Hubungi pemilik homestay.
Andaikan anda telah mempunyai senarai homestay di tangan. Perkara yang terakhir adalah menghubungi terus pemilik homestay. Anda boleh memilih cara sama ada untuk menelefon, menggunakan whatsapp atau sms sahaja bergantung kepada keselesaan anda.
Perkara yang utama untuk ditanya adalah adakah tarikh yang anda inginkan masih kosong atau telah ditempah. Jika masih kosong, seterusnya anda boleh bertanyakan tentang harga. Ini kerana terdapat homestay yang menawarkan harga yang berbeza bergantung kepada jenis dan jumlah hari serta musim sama ada cuti sekolah atau cuti umum.
0 notes
kapkunkap12 · 3 years ago
Text
Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah | Kepada seluruh warganegara malaysia yang berkelayakan dan sedang mencari jawatan kosong anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut. Kerja Kosong Majlis Agama Islam Negeri Kedah Akauntan Gred WA41Pembantu Tadbir Gred N19 Syarat asas permohonan Calon hendaklah rakyat malaysia…
Tumblr media
View On WordPress
1 note · View note
kapkunkap12 · 3 years ago
Text
Kerja kosong terkini Majlis Perbandaran Alor Gajah
Kerja kosong terkini Majlis Perbandaran Alor Gajah
Jawatan kosong terkini Majlis Perbandaran Alor Gajah | Bagi mereka yang sedang mencari jawatan kosong jangan lepaskan peluang untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut. Kerja kosong terkini Majlis Perbandaran Alor Gajah Pembantu Tadbir Gred N19Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19Penghantar Notis Gred N11Pemandu Kenderaan Gred H11 Lain-lain jawatan kosong kerajaan…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
kapkunkap12 · 7 years ago
Text
Kerja kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Kerja kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Kerja kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya | Peluang kerjaya terkini di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mereka yang berkelayakan dan berminat jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan. Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Kerja kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Penolong Pegawai Penilaian (Kontrak)
Pembantu Awam Gred H11 (PSH)
syarat asas permohonan jawatan
Calon…
View On WordPress
0 notes