#ditangguh
Explore tagged Tumblr posts
nazmetal · 6 months ago
Text
PROMOSI CUCKOO 2024
Bila kali terakhir anda mencuci tangki air di rumah anda❓❓ Air paip berkarat, berbau dan kulit menjadi gatal❓❓Itu tanda tangki air rumah anda perlu dicuci. Jangan ditangguh lagi sebelum keadaan akan menjadi semakin buruk. Kami menyediakan perkhidmatan cucian tangki dan baik pulih paip di rumah anda!!! Bergantung pada saiz tangki Harga bermula RM120.00 UNTUK 1 CUCIAN TANGKI RUMAH ANDA!!!!👍
Kami menyarankan supaya tangki air ini dicuci sekurang kurangnya 6 bulan sekali bagi memastikan penggunaan air dirumah anda bersih dan tidak tercemar.💯 Untuk sebut harga baik pulih paip,bergantung keadaan kerosakan paip di rumah anda🛠 -Saya ada penyelesaian utk masalah ini. -Tak perlu fikir utk set appointment & fikir bila masa yg sesuai utk cuci tangki. -Perkenalkan produk kami drp CUCKOO hanya RM85 sebulan serta servis PERCUMA setiap 6 bulan + WARRANTY -Boleh layari website saya di www.cuckoooriginal.com -Atau buat belian secara ONLINE di https://store.cuckoo.com.my/buy/SR1003439/CPOF-BFRO02/
Klik WhatsApp dibawah untuk membuat temu janji dengan kami🙂 👇👇👇👇👇 www.wasap.my/60192364364/+X3
Tumblr media
0 notes
hubby2u · 4 years ago
Text
Gb ditangguh sebab PKPB diisytihar utk seluruh Selangor sampai 27hb oktober.
Apa pun, pm jika berminat. Lps 28hb, open balik.
1 note · View note
realdealmy · 5 years ago
Text
Interview with Ijai (Kugiran A. Sazali)
Boleh ceritakan sedikit sebanyak pasal Encik Ijai, dan macam mana ko boleh menjebakkan diri ke kancah musik. Sehingga menjadi pemain dram untuk Kugiran A. Sazali?
Apa yang buat aku ni main muzik, masa aku kecik dulu bapak aku ni rock kapak setiap pagi dia akan buka lagu mostly permulaan hidup aku mula dengan muzik la. So setiap pagi tepat je jam 8 pagi bapak aku akan buka lagu dulu la, sekarang tak lagi. Ok lagi satu masa kecil tu, abang aku la meracungi minda aku dalam main muzik. Kitaorang masa kecik dah instrumen muzik semua tu dah ada. Cuma kitaorang je tak main. Mula dengan abang aku (Fazwan) di sebabkan kitaorang lahir di zaman era indie, mostly dia banyak dengar lagu indie. Dari situ aku dengar abang aku buka lagu semua aku just dengar tengok semua. Dalam komputer abang aku dulu bersepah la video band masa tu, aku selalu tengok video kat komputer dia je, dalam satu masa tu aku tertengok pulak video porn hahahaha. Babi la. Tapi masa tu aku tak tau lagi apa benda tu, sumpah aku tak tau lagi porn tu apa hahahah. Tak stim pun tengok. So abang aku main gitar dia belajar sendiri, kitaorang semua belajar sendiri. Aku start main drum masa aku tadika kot tak silap aku. Aku start main bodo-bodo je, aku dengar lagu tu pastu aku try beat drum tu, lagu tu aku ingat lagi, (WE WILL ROCK YOU - QUEEN) & (NIRVANA SMELLS LIKE SPIRIT). Ha itulah lagu mula-mula main. Rumah aku ni dua tingkat bawah rumah batu atas rumah kayu. Aku duduk di kampung, aku main drum tu ada dalam jam 8-9 pagi camtu pagi-pagi dah memekak haha. Dahla rumah kampung kau taukan kalau orang gaduhpun satu kampung boleh dengar ni apatah lagi aku main drum pagi-pagi. Pastu kitaorang main lagu ni, (STATIK) aku tak pasti lagu apa. Abang aku main guitar maman main bass semua time tu kecik lagi. Bapak aku sazali ahmad, dia selalu support kitaorang dari kecik lagi kalau main muzik. Dia suka je kitaorang main muzik, sebernanya kitaorang banyak berangan je nak buat band bagai la. Asalnya band kitaorang namanya the sazalies, pastu sampai meningkat usia 2017 kitaorang tukar nama kemunkinan kita orang akan tukar nama band jugak akan datang. Aku jadi drummer sebab kitaorang adik beradik kira lengkap la kitaorang main je tiga orang, apa yang bestnya macam mana nak main tiga orang tapi bunyi macam 10 orang tu yang kitaorang banyak eksperimen. Kitaorang pernah main postrock pop punk banyak la sampai mainstream pun kitarorang try last-last kitaorang dapat sound and genre kitaorang nak. Cukup tu kot. Hahahah nak lebih sembang kopi sat
Ada benda lain yang ko buat, selain terlibat dalam bidang musik?
Selain main muzik aku ada jugak berniaga bundle online (rojak_bundle), satu lagi orang tak tau rahsia aku, masa kau kecik dulu aku suka jual kacang. Sebab aku memang minat benda-benda jual ni. Pastu aku ada brand baju sendiri kat ig jugak ( strangebandit). so korang boleh check out la nanti. Impian aku nanti aku nak buka kedai sendiri la or space collective for art something like that la.
Macam mana, kau as a musisi terkesan untuk tempoh kawalan pergerakan ni? Maybe kurang show, atau you guys ada plan yang terpaksa ditangguh? And macam mana ko co op dengan situasi mcm ni?
Ok time covid ni, semua orang kena duduk rumah firstly, apa yang aku buat aku banyak menghabiskan masa aku dengan membuat aktiviti harian basic kita selalu buat. Aku banyak menghabiskan masa aku dengan explore banyak muzik tak kisah kpop ke apa, sebab aku sebagai pemuzik nak dapatkan sesuatu idea ku kita banyak explore, macam hidup jugak banyak kita jumpa orang banyak la pengalaman kita dapat. Selain muzik, aku tengah rancang something big for my band kugiran a sazali. But its still cooking. Selain dengar muzik aku more tengok movie jugak, sebab bila aku tengok movie tu aku rasa aku kat tempat lain dah hahahaha. But I not stone boy ok hahaha. More ke home studio jugak la, banyak project aku nak buat after corona ni. But Malaysia now kau camne kan. Aku tak la banyak project ada a few la. Just belum gerak lagi. Tengah proses. Time free camni baik korang curahkan bakat anda. Banyak orang berbakat time camni la orang nak tengok material yang korang ada tu. Jangan buang masa dengan benda yang tak mendatangkan apa-apa ada sebab kita di bagi masa macam ni.
Untuk masa perintah Kawalan Pergerakan ni, ko ada cara alternatif lain untuk kau publish music work ko? Atau ko ada project lain yg orang patut aware sepanjang dalam masa quarantine ni?
Ok yang pasal projek ( Duo Electromagnetic ), sebernanya project ni timbulnya idea bila aku dengan housemate aku didi solomon, kitaorang bosan time tu, so kitaorang lepak, dia ajak jom malam ni spin. So aku cakap, apa kata kita buat live kat ig supaya orang lain boleh layan sama jugak.So dia kata ok boleh, tapi aku pilih kau buat poster, nanti orang boleh la tengok project kita,. so malam tu dia buat terus, Ejai poster dah siap. Fuck aku kata kau serious ke hahah . poster dah siap tunggu time je ni. So kitaorang just play for fun je. Its not a serious project. Just for fun. Sebab tak semua orang mampu beli turntable tu banyak orang dengar digital je. So kitaorang just share kat orang-orang yang tak pernah tengok. Thanks jugak pada yang support time tu. Mungkin ada spin volume two nanti.
Harapan ko personally, untuk semua orang dalam menghadapi masa sukar ini?
Harapan aku dalam since kita ni more support jangan ada dengki antara satu dan lain. Support each other. Kalau kau nak buat sesuatu buat je. Pergi mampus orang nak cakap. Sebab masa kau bawah dulu dia bukan ada pun. Bila kau dah naik baru nak puja. Pesanan kepada crowd muzik pulak korang kalau minat muzik jangan minat untuk band tu baik ngan korang je, minat muzik its your soul bukan sebab dia baik ngan kau terus kau kena minat band tu. Pastu jangan la berkelompok maksud aku bila band kau minat perfom baru kau nak tengok pastu bila band lain pula perfom kau cau itu kimak namanya. Set your mind be postitive support more band banyakkan mendengar dan banyakkan menerima sesuatu yang baru. Kalau bukan orang kita sapa lagi nak support ? banyak lagi band yang bagus kat malaysia ni. Sebelum support orang luar support orang kita dulu.orang luar belum tentu support kita. kenapa orang kita tak support kita sendiri ? sebab mentality orang kita tu sendiri. Kalau orang kata kau poser tu gi mampus dia la dia pun poser jugak sebelum ni kahahahah. Beli material band jangan minta ! kata support.
1 note · View note
hokalohnews · 6 years ago
Text
Projek MRT3 Hanya Ditangguh, Tidak Batal | Politik Bisnes
KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menjelaskan Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) tidak dibatalkan dan hanya ditangguhkan untuk mengurangkan bebanan hutang kerajaan.
Menurut beliau, kabinet akan menentukan bila proses menyambung semula pembinaan MRT3 akan dibuat namun menegaskan projek utama seperti MRT3 akan diberi keutamaan sekiranya kedudukan kewangan negara pulih.
“Sebarang keputusan besar sebegini, perlu mendapatkan keputusan kabinet.
“Tetapi sekarang priority (keutamaan) kerajaan ialah mengurangkan kadar hutang negara terlebih dahulu, tetapi untuk projek penting seperti ini, apabila kedudukan kewangan negara pulih, sudah tentunya ia akan diberi keutamaan untuk dikaji semula,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang meminta kementerian menyatakan rasional dan implikasi daripada pembatalan projek pengangkutan awam seperti MRT3.
Menurut Loke, kerajaan tidak menafikan bahawa projek MRT3 akan membawa pelbagai manfaat, tetapi pelaksanaannya harus dikaji semula demi mendapatkan hasil yang optimum dari segi faedah kos projek berkenaan memandangkan tahap hutang negara yang sedia ada adalah terlalu tinggi.
Jelasnya, berdasarkan Laporan Kebolehlaksanaan yang disediakan oleh MRT Corp pada awal tahun 2017, jajaran projek MRT3 adalah sepanjang 40 km dan merupakan ‘circle line’ yang melalui kawasan-kawasan seperti Jalan Duta, Setiawangsa, Pandan Indah, Salak Selatan, Bandar Malaysia dan Kerinchi.
“Oleh kerana jajaran MRT3 melalui kawasan pusat bandar yang tepu bina dan berkepadatan tinggi, maka hampir 80 peratus daripada jajaran tersebut adalah terowong bawah tanah. Ini menyumbang kepada kos pembinaan yang sangat mahal iaitu dijangka mencecah RM50 billion.
Katanya bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam sekaligus membantu mengurangkan kesesakan jalan raya, kerajaan akan memberi keutamaan kepada perkhidmatan pelbagai jenis bas yang akan dipertingkatkan dari segi kualiti perkhidmatan dan rangkuman serta menambah baik sistem KTM Komuter di Lembah Klang menerusi kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih struktur landasan kereta api.
“Penangguhan projek MRT3 memberi peluang kepada kita untuk mengkaji semula keutamaan bajet, di mana kerajaan akan memberi fokus baharu kepada penambahbaikan perkhidmatan bas serta pembangunan infrastruktur bukan sahaja di sekitar Lembah Klang namun di seluruh Malaysia selaras dengan manifesto kerajaan untuk menambah baik kualiti serta liputan perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya.
youtube
#Politik #Dibatal #Ditangguh #Hanya #MRT3 #Politik #Projek #Semasa #Tidak
https://www.hokaloh.news/politik/projek-mrt3-hanya-ditangguh-tidak-batal-politik-bisnes/
0 notes
kemungkinan-blog · 6 years ago
Text
“Sayang mungkin tak mampu beri B anak..” - Wanita ini kongsikan pengalaman kandung cyst
Tumblr media
Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Hanya individu yang kuat mampu menanggung segala ujian yang diberikan. Wanita tabah ini tidak terkecuali menerima ujian ini. Pada mulanya, dia berasa kehidupannya gelap seketika apabila dia dimaklumkan oleh doktor berkemungkinan rahimnya bakal dibuang jika cyst terus merebak.
Tetapi, dia tidak terus melatah, sebaliknya menadah tangan memohon petunjuk. Perkongsian wanita ini diharapkan dapat memberikan peringatan kepada wanita di luar sana supaya menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
I WASN'T PREGNANT, I HAD CYST. Panjang masa yang di ambil untuk membuat perkongsian ni. Di sini, ada kisah berserta nasihat yang ingin diberikan berdasarkan sedikit pengalaman yang pernah dilalui.
Januari 2016, Alhamdulillah saya menjadi seorang isteri kepada imam bernama Azrul Aziz. 2 tahun pertama kami merancang untuk tidak lagi menimang zuriat atas faktor kami pelajar, untuk mengukuhkan ikatan pernikahan yang baru dibina dan juga untuk menstabilkan ekonomi dan sahsiah kami sebelum bergelar ibu bapa.
Menuju ke akhir tahun ke-2 perkahwinan, kami memutuskan untuk menimang cahaya mata, menjemput zuriat dalam keluarga kecil kami jika itu yang terbaik menurut aturanNya. Bermula dari sini, satu lembaran kisah hidup Dia bentangkan di hadapan kami.
Lebih kurang Julai 2017, kami teruji dengan keadaan saya yang mengalami haid tidak teratur. Oleh kerana secara lumrahnya haid saya teratur bermula dari kali pertama, ianya mendatangkan kegusaran. Ditambah dengan kesukaran untuk mengira waktu haid dan istihadah berdasarkan waktu haid yang sangat panjang, kami mula merujuk hal ini kepada pakar perubatan. Temujanji demi temujanji serta menjalani ultrasound, semuanya kelihatan normal, barangkali perubahan hormon yang temporary disebabkan stress atau faktor yang lainnya.
Januari 2018, saya mula mengalami heartburn yang boleh dikatakan teruk. Terkadang rasa seolah-olah tidak boleh bernafas dan dalam keadaan seperti itu, saya amat sukar untuk makan. Di samping itu, dalam tidak sedar berat badan bertambah di luar jangkaan, walaupun amount and pattern diet saya tetap sama seperti sebelumnya. Suami, keluarga dan rakan-rakan tertanya-tanya adakah saya mengandung? Saya akui kerana persoalan itu dan ditambah dengan haid yang masih tidak teratur, saya kerap menjalani ujian air kecing untuk mengesahkan samada saya mengandung atau tidak. Dan terbukti, setiap ujian yang dijalani memberikan keputusan negative.
Jun 2018, saya semakin mudah merasa kenyang setiap kali makan, dan saya juga semakin kerap mengunjungi tandas untuk membuang air dan perubahan itu disedari suami. Oleh kerana haid yang terus tidak teratur, kami meneruskan rawatan dengan merujuk pakar sakit puan di Kelantan. Disebabkan kekangan masa dan urusan pengajian, temujanji saya terpaksa ditangguh 2-3 kali. 
19 Julai 2018, ketika ini saya dan suami sedang menjalani latihan perindustrian (praktikal) dan hari ini saya mengunjungi doktor pakar sakit puan ditemani ummi saya, Hapizah Soekis. Konsultasi dengan doktor berjalan lancar sehinggalah saya menjalani ultrasound sekali lagi. Dengan riak wajah yang terkejut, doktor pakar berbincang bersama doktor pelatih (barangkali) serta jururawat yang ada bersama beliau. 
Dengan nada yang kedengaran berhati-hati, doktor mengatakan bahawa ada sesuatu di ‘kilang telur’/ovari saya. Dengan tenang saya terus mendengar penjelasan beliau. Beliau mengambil masa yang agak lama memeriksa ovari di kiri dan kanan sambil berbincang kemungkinan situasi yang saya hadapi. Dengan sedikit ilmu medical terms dan English, saya dapat meneka kemungkinan keadaan saya. Mood yang mesra, damai dan tenang di dalam kamar itu tadi tiba-tiba berubah. 
Antara dialog yg berlaku ketika itu antara saya dan doktor tersebut:
Doktor: Ada ketulan ye di kilang telur awak, ovari. Nampak macam ada kat dua-dua belah tapi banyak di bahagian kanan. Nampak macam ketulan-ketulan kecil yang banyak. Awak takde rasa sakit ke kat bhgian abdomen, perut awak  ni?
Saya: Ada doktor, kadang kuat jugak tapi saya rasa bearable, masih boleh tahan.
Doktor: Lama dah start rasa sakit?
Saya: Lebih kurang akhir tahun lepas atau awal tahun ni doktor.
Doktor: Awak ada ambik ubat putih atau kurus ke?
Saya: Tak pernah doktor.. sy tak makan benda-benda mcm tu..
Doktor: Dalam family, ada yg kena kanser ke?
Saya: Ada doktor, makcik saya.
Doktor: Belah mak atau ayah?
Saya: Belah mak.
Dialog itu berakhir di situ buat sementara.
Ketika itu terbayang wajah arwah ibu sedara saya yang baru meninggal tahun lepas. Saya sifatkan beliau sebagai salah seorang cancer-fighter yang bertarung dengan breast cancer hampir 8-9 tahun kalau tak silap saya. Wanita hebat yang diuji, namun saya tak merasakan bahawa saya akan menjadi sesabar dan setabah beliau jika diuji sedemikian.
Doktor mula kelihatan ‘kalut’ memberi arahan itu dan ini kepada jururawat serta beliau mengisi 3-4 borang di hadapan saya. Darah saya diambil sebanyak 6 botol darah. Kembali bertemu doktor, doktor menerangkan yang penyisatan untuk mengetahui keadaan sebenar saya perlu dilakukan melaui CT Scan, dan diagnos hari itu belum dipastikan dan hanyalah kemungkinan. Surat rujukan untuk menjalani CT Scan diberikan, tertulis di bahagian bawah surat tersebut adalah: Possible diagnose: ovarian cancer
Selepas pertemuan hari itu, tarikh temujanji dimaklumkan pada suami, ummi dan keluarga namun diagnose hari itu dan matlamat temujanji seterusnya tidak dimaklumkan. Hampir 2-3 hari ianya disimpan sebagai rahsia. Memandang suami, keluarga terutama ummi ayah terasa begitu asing kerana memikirkan kemungkinan yang berlaku. 
Akhirnya ummi dimaklumkan terlebih dahulu dan kemudian suami. Dengan matlamat untuk menjadi lebih peka menjaga pemakanan, ibu mertua mengetahui hal tersebut dan tangisan di pipinya membuatkan air mata saya yang bergenang di kelopak mata juga tidak dapat dibendung. Tangisan saya seka dan senyuman diukirkan. Suami mula resah, merujuk ke sana dan ke mari, bertanyakan kemungkinan yang akan berlaku kepada saya.
“Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi insan yang diuji” – Itu suara hati yang saya pegang sejak menerima berita tersebut.
Tumblr media
13 Ogos 2018, CT Scan dijalankan. 29 Ogos 2018, temujanji dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui keputusan CT Scan. Kemungkinan saya mengalami kanser ovari ada,namun ianya hanya dapat dibuktikan apabila sampel ketumbuhan di ovari saya dikeluarkan dan diuji. Tarikh pembedahan ditetapkan dan keputusan yang dicapai adalah untuk mebuang ketumbuhan yang ada serta membuang ovari kanan saya. Dengan penjelasan bahawa peluang saya untuk mengandung tetap ada memandangkan masih ada ovari kiri, suami menerima keputusan tersebut.
1 Oktober 2018, kami mengambil cuti selama seminggu untuk urusan pembedahan dan hari ini saya dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pembedahan keesokan harinya, dan ditemani kakak tercinta Ummu Husna Derahman. 
Petang itu, sekali lagi ultrasound di jalankan, saya dimaklumkan tentang doktor-doktor yang akan menyertai pembedahan saya. Saya mengisi borang kebenaran untuk dibius penuh serta saya diterangkan tentang proses pembedahan esok hari. 
Berdasarkan pemerhatian melalui ultrasound serta dibantu oleh imej dari CT Scan, doktor seolah-olah merasakan keadaan saya lebih teruk dari yang sebelumnya. Dan doktor juga telah memaklumkan berkemungkinan kedua-dua ovari akan dibuang. Sekiranya telah merebak ke bahagian rahim, doktor terpaksa membuang rahim sekali. Dan doktor meminta persetujuan.
Keadaan wad terasa sunyi, dalam keadaan terkesima saya mengiyakan dan doktor membenarkan saya kembali ke katil selepas memaklumkan bahawa saya perlu menandatangi surat persetujuan untuk menjalani pembedahan dan dibius penuh.
Dengan fikiran kosong, saya disapa kakak dan saya bertindak biasa. Saya kemudian berwuduk dan solat Asar. Sujud kali itu terasa lama, tangisan dalam diam mencurah di dada sejadah. Doa terasa sukar dilafaz. Ketika itu, terasa seolah-olah hamba yang sangat dhaif dan hina di hadapanNya, hamba yang sedang memahami aturanNya dan dalam keadan bertawakal terus mensyukuri nikmat ujian itu. 
Memandangkan saya hanya ditemani ummi, ayah Derahman Yusoff dan kakak semasa urusan kemasukan wad, petang itu suami datang seawal waktu melawat bermula. Saya menyambut dengan senyuman namun hati yang gundah. Selepas usikan dan jenaka antara saya, suami dan kakak, suami duduk di hadapan saya dan memandang tepat wajah saya, seolah membaca riak wajah saya untuk berkomunikasi dengannya.
Dengan hati dan lidah yang berat menuturkan kata, saya menceritakan apa yang saya lakukan tadi. Menyampaikan maklumat untuk pembedahan esok kemudian mengkhabarkan kemungkinan yang bakal kami hadapi esok. Saya ingin dia menjadi yang pertama dimaklumkan, kakak ditepi mendengar dengan tenang.
Wajah suami kekal tenang namun tangisan saya tak dpt dibendung. Hakikatnya saya tak mampu untuk menzahirkan kata, tapi saya memujuk hati. Dia menenangkan saya bahawa itu hanya kemungkinan dan bukan kepastian. Saya memaklumkan bahawa dia akan membuat keputusan tersebut esok jika diperlukan. 
Air mata saya terus mengalir laju, memandang wajah suami dengan bayangan “sayang mungkin tak mampu beri b anak..”, ianya terasa begitu pahit dan pedih. Terlintas di hati, andai benar itu takdir yang bakal tersurat, saya berazam untuk minta dilepaskan kelak agar suami mampu memilik isteri yang dapat memberinya zuriat. Suami menemani hingga ke habis waktu melawat dan pulang dengan riak wajah yang tenang dan menasihati untuk saya terus bertilawah untuk menenangkan hati.
Malam itu, mesej dari teman-teman bertanyakan khabar dan mendoakan tidak putus tiba. Abang Muhd Mustafa Siba'ei dan adik Ammar Irfaan yang kejauhan membuat video call serta menghantar pesanan bahawa mereka sentiasa bersama walau berjauhan. Sokongan moral dari kakak ipar Ira Faziera juga diterima menerusi telefon pintar saya. Tidak di duga, pesanan ringkas dari kakak ipar Azliza Aziz Liza dan adik ipar Wawa Aziz II menambah hiba dan mengudang tangisan yg terhenti.
“Utamakan diri adik sebelum fikirkan tentang org lain.. kami sekeluarga menerima apa-apa keputusan seadanya.. Zuhdi dan Zuhaira sayang cik Ummu..”
“I know you’re strong kak Ummu... we all love you and I love you too, my sister..”
Begitulah ringkasan dari mesej mereka yang panjang. Malam itu terus berlalu.
2 Oktober 2018- Hari pembedahan. Seusai solat subuh, suami, ummi ayah, abang Mohd Amir Hadi Derahman sudah sampai ke wad dan bersama ketika itu adalah kakak ipar Hawadah Shafii yang setia menemani dari semalam. Kemudian kakak dan abg ipar Najahuddin Fuad Yusoff turut hadir, mengambil cuti belah pagi untuk menemani sepanjang pembedahan. Pembedahan saya adalah yang pertama dan dijadualkan pada pukul 8 pagi. 
Suami datang dan duduk bersama di atas katil. Dia menyusun atur. Kemudian dia bersuara, memaklumkan bahawa dia telah berbincang dan befikir, apa jua keputusan yang perlu diberikan hari ini, dia akan memilih apa yg terbaik untuk kesihatan saya. Andai menghilangkan peluang untuk kami mendapat zuriat sendiri itu yang terbaik untuk saya, maka dia kan memilih keputusan itu. 
Tumblr media
Di akhir kata, dia berkata sambil bercanda, “kita boleh dapatkan anak angkat.. ma dan semua kat rumah pun bersetuju dan menyokong pendirian b”, sekali lagi air mata saya mengalir, terharu dengan layanan dan sokongan dari suami dan keluarga beliau. Pukul 8 pagi, saya dibawa ke dewan bedah diiringi anak-anak buah dan keluarga memberikan sokongan.
Ayah bersuara dalam ruangan sebelum ke bilik bedah, “Ayah tahu Syera anak ayah yang kuat..”, sebak di dada di tahan, flying kisses dari ummi, dan ciuman di dahi diterima dari ayah dan suami. Ahli keluarga yang lain menunggu di luar.
Alhamdulillah, pembedahan hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dan kira-kira 2 jam kemudian, saya dibawa keluar dari dewan bedah menuju ke wad. Saat terjaga saya sempat merasa perubahan di bahgaian abdomen di mana perut saya menjadi begitu kempis. Sempat berbicara dengan doktor walau saya dalam keadaan lemah, beliau memaklumkan hanya cyst yang dikeluarkan serta ovari saya pun tidak dibuang bersama kecuali sedikit sahaja yang bersambung dengan cyst. Berbanding dengan teori awal bahawa cyst saya merupakan ketulan-ketulan kecil, hakikatnya ianya merupakan satu kantung yang sangat besar bersaiz 30cm X 30cm dan dipenuhi cecair yang akan dikenalpasti kemudian.
Mendengar penjelasan dari doktor dan menerusi gambar yang sempat di ambil suami ketika dipanggil seusai cyst tersebut berjaya di keluarkan, alhamdulillah, kelihatan kelegaan dan kegembiraan di raut wajah suami. Allah menguji dengan kami dengan sangkaan yang kami tidak akan dapat menimang cahaya mata sendiri, namun Allah hakikatnya seakan mencuit hati kami untuk mensyukuri kebenaran yang rahim saya bahkan kedua-dua ovari saya dalam keadaan baik. 5 hari kemudian saya dapat pulang ke rumah dan meneruskan recovery phase di rumah. Saya mengambil cuti pengajian untuk satu semester untuk tujuan fokus pada pemulihan.
Tumblr media
Pelbagai pengajaran yang saya dapat perolehi dan simpulkan dari sebahagian kisah hidup saya ini. Saya bila mengetahui tentang keadaan saya sebelum ini, saya menjadi lebih peka dan belajar tentang mereka-mereka yg diuji dgn cyst ini. Sedikit kesimpulannya adalah:
Antara punca/faktor yg menyumbang kepada cyst:
Wanita yg memiliki berat badan berlebihan atau obes berkecenderungan untuk menghidap polycystic ovarian syndrome (PCO’s) dimana terdapat banyak cyst kecil pada ovarinya – menghalang telur keluar dari kilang ovari lazimnya menyebabkan sukar hamil
Wanita dlm era reproduktif  di mana ovarinya berfungsi dengan baik juga merupakan golongan berisiko
Wanita pada era sebelum menopaus – jika terdapat cyst, besar kemungkinan mengidap kanser itu tinggi
Pengmbilan pil atau serbuk kolagen – or probably mudah difahami produk nak putih atau kurus
Pemakanan – haiwan yg disuntik hormon nak besar so on or suntikan hormon dlm binatang ternakan utk elak penyakit
Stress dan tekanan perasaan
Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron dlm tubuh badan
Lebihan hormon Xenostogen dlm badan
Kelewatan menimang cahaya mata – wanita yg lambat mengandung dan melahirkan anak mempunyai risiko yg lebih tinggi
Merokok
Genetik
Simptom cyst:
Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis, ketika melakukan hubungan kelamin dan sakit ketika haid (/)
Mengalami masalah membuang air kecil atau besar (...)
Perut membesar dan terasa ada ketumbuhan di perut/kembung perut tak terkawal (/)
Rasa kenyang atau perut penuh (/)
Rasa mahu terkencing sepanjang masa (/)
Sakit di belakang atau paha (...)
Payudara menjadi lembut (...)
Pening dan muntah (/)
Period/haid tak teratur (/)
(/) utk simptom yg sy alami dan (...) utk simptom yg sy tak ingat atau tak  perasan saya alami. 
Konklusinya, sentiasa alert dengan anugerah kesihatan yang diberikan kepada kita and never take it for granted. Jangan ambil remeh dengan perubahan atau kesakitan yang tubuh kita alami especially perempuan (sebab perkongsian saya ini fokus pada wanita). Diri sendiri dan suami terutamanya, serta kaum keluarga perlu alert dengan apa-apa perubahan yang berlaku dan cepat-cepat rujuk pada pakar.
Latest update: Baru jumpa doctor untuk follow up case ni, doktor terkejut sebab Alhamdulillah saya dah mengandung 3 bulan. Tapi, bukan salah saya la doktor sebab doktor tak bagi amaran kena jarakkan dulu waktu ke apa. Meanwhile suami saya dah nak baby hahaha. 
However, Alhamdulillah doktor kata bayi dalam keadaan yang sihat dan tempat cyst pun masih dalam keadaan baik. So, doakan moga-moga kandungan ini insya-Allah sentiasa dlm keadaan yang baik dan bayi akan dilahirkan kelak dlm keadaan sempurna dan baik-baik saja.
Itu saja perkongsian sy, moga ada manfaat dan peringatan untuk semua especially kaum suami dan wanita.
“Mencari yang sempurna itu mustahil, namun bagi menyempurnakan insan lain itu adalah sebahagian dari anugerah Tuhan buat kita, manusia”
Lots of love,
Ummu Syahirah Derahman
Sumber: Ummu Syahirah Deraman
from The Reporter http://bit.ly/2V71xtm via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2vvsEiK via IFTTT
11 notes · View notes
nouurun · 2 years ago
Text
Mencoba mengambil beberapa kutipan dari tafsir bagian akhir surah at-taubah. Berikut penjelasannya :
Dalam surah ini penulis (mufassir) membagi empat kelompok masyarakat yang hidup di masa Rasulullah pada saat itu, baik masyarakat kota maupun desa yang ditinjau dari kacamata keimanan.
1. Assabiquunal Awwalun (Golongan terdepan dan terkemuka yang terdiri dari kaum muhajirin wal anshor)
2. Golongan munafik yang durhaka baik warga madinah maupun dari kalangan badui
3. Golongan yang mencampurkan yang hak dan batil
4. Golongan yang ditangguh status hukumnya, sehingga Allah yang memutuskannya.
Pembahasan menarik dan membangkitkan semangat juang menurutku datang dari golongan Assabiquunal Awwalun, kemunculan mereka di tengah-tengah masyarakat madinah merupakan basis terbaik untuk menjaga eksistensi umat muslim yang kokoh dan bersih.
Kaum Muhajirin dan Anshar, keduanya begitu teguh, kokoh dan solid dalam menghadapi semua kondisi, fenomena dan keguncangan yang kadang-kadang terjadi. Mereka siap menghadapi risiko yang kadang timbul dari sebagian unsur masyarakat yang belum matang pembinaan dan penataan (keimanannya).
Memang, dalam suatu masyarakat pasti kita temukan perbedaan tingkatan keimanan, hal itu wajar terjadi karena perbedaan tingkatan yang ditimbulkan oleh gerakan akidah dalam diri mereka sendiri.
Namun, perbedaan peringkat kadar keimanan yang ditimbulkan ini tidak menjadi penghalang kedekatan antara mereka, untuk menjalin kesaruan masyarakat madinah mendekati masa fathu makkah. Sehingga bisa dikatakan bahwa secara umum masyarakat madinah merupakan kaidah atau fondasi islam.
Dari beberapa kutipan diatas, sangat jelas bagi kita posisi Assabiquunal Awwalun dari kalangan muhajirin dan anshor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, memberikan efek besar bagi mereka hingga membawa mereka ke tingkatan iman tertinggi dan tahan uji dalam pergerakan.
Hingga Allah memuji mereka dengan firman-Nya “… Allah ridha kepada mereka, dan mereka pun ridha kepada Allah…” Hufft, Maa shaa Allaah :,)
Gambaran kehidupan orang-orang terdahulu yang Allah kisahkan lewat celah-celah nash Al-Qur’an, menjadi pedoman penting bagi kita dalam hidup bermasyarakat dan Iman ialah kunci bagi segala kebaikan itu.
Ya, begitulah keadaan mereka bersama Tuhannya, “… Allah ridha kepada mereka, dan mereka pun ridha kepada Allah…”
Disana, di akhirat sana, mereka sedang dinantikan oleh tanda-tanda keridhaan Allah “Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”
So, kemenangan besar apalagi setelah ini?
Kutipan-kutipan di atas bersumber dari karya terbaik
- SAYYID QUTHB - dalam kitabnya yang berjudul
(Di bawah naungan Al-Quran) في ظلال القرآن
0 notes
akuifrit · 3 years ago
Text
Sayang
Terima kasih hadir walau sebentar
Kita tidak berpisah
Kita tidak putus
Cuma jodoh ditangguh
Sabar ya,
Masa kita akan tiba
Percaya
Nad.
0 notes
najibtakafulikhlas · 3 years ago
Text
10 tempat untuk tuntut khariat kematian yang perlu anda tahu 😊
Tahu tak, ramai waris tidak menuntut khairat kematian sebab tidakk pernah ambil tahu. Akhirnya duit itu hilang macam itu saja. Ada yang jumlahnya hampir RM10k. Rugikan !
1. Khairat Kematian KHAIRIAH MASJID
▪️Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
▪️Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO
▪️RM 2,000
▪️Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
▪️RM 2,500
▪️Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪️RM 3,000
▪️Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian BANK RAKYAT
▪️RM 3000
▪️Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
6. Khairat Kematian ASNB
▪️RM 200 – RM 2,000
▪️Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian SKIM TAKAFUL
▪️RM 2,000 – RM 5,000
▪️Syarat: si mati pencarum takaful
▪️Contoh di takaful ikhlas sehingga RM20,000!
8. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
▪️RM 500 – RM 5,000
▪️Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi
9. Khairat Kematian PENCEN
▪️RM3000
10. LAIN-LAIN
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Jika tidak ada akaun bank rakyat, sila buka akaun bank tersebut. InsyaAllah ada manfaat. Bank ini dlh satu-satunya bank yang ada khairat kematian.
Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara sukarela.
Yang tidak ada insuran/takaful diri, silalah beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi sekadar mampu bayar. Cukup yang murah tetapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.
Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban kerana kehilangan kita.
Sediakan hibah untuk keluarga Pm dm saya
☎️017-4578 779
Kredit : Tengku Nazaruddin
Tumblr media
0 notes
Text
一,
woke up by 5am Mal time NOW. 一, apabila pembayaran ditangguhkan, faedah/keuntungan masih tetap diakru (terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit) terhadap bayaran yang ditangguh.
A 30-year housing loan for 180k with floating interest Base Lending Rate (BLR) 4.25% per annum, then with compounding interest, one has to repay the bank estimated 580k in total over 30 years.
https://m.malaysiakini.com/news/581981
一,
always, i woke up by 5am Malaysia time to protect kidney, then meditate. 一,
have warm plain water is 👍.
Do not shower or wash head between 6pm ~ 10am.
2
cure diabetes, cancer etc: Jogging continuously 30 minutes in daytime only after digested breakfast, light lunch & then walked 10000 steps for sweating & bone health is 👍.
To prevent illness: Avoid cold sugar drink & dessert after meal (at least an hour). AVOID chili for recuperating all illness including cough, flu, diabetes, etc.
Sugar, sweetie and cold water will incur to the brain a false signal of hungry which is 👎.
Start from warm-watered the legs, not the head when shower. Do not shower or wash head before 10am & finished shower before 6pm or then use hot water but not late than 6.30pm.
Reduced desire less than two times/month especially May, June, Dec, Jan, Mar, Sept...2protect life.
Have 12pm noon eyes' rest about 15 minutes (after light lunch & then walked minimum 100 steps).
Sleep before 10pm to discharge toxic & wake up by 5am every day
i
s
👍
.
0 notes
steadyaku47 · 4 years ago
Text
Shabery Cheek : Tarik Balik Darurat, Tarik Balik Kompoun 10K & Isytihar Semua Dah Selamat.
Shabery Cheek : Tarik Balik Darurat, Tarik Balik Kompoun 10K & Isytihar Semua Dah Selamat.
TULIS DS Shabery Cheek.. Banyak yang saya setuju dgn KJ. Kecuali beberapa hal. Semua berasas data dan sains. Pemilihan UMNO tak boleh ditangguh lepas PRU15 kerana tak tahu bila PRU15 diadakan. Paling lewat tahun 2023. Takkan nak tangguh beberapa kali lagi? Ini data dan sains. Saya setuju. Pemilihan lepas PRU tak jamin UMNO makin kuat. Bukti, kalah PRU 14 walaupun tak ada pemilihan sebelum itu.…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
buzznewskl · 4 years ago
Text
Apple Akan Memperkenalkan Ciri Menghalang Penjejakan Iklan Seawal Mac Ini – Amanz
Apple Akan Memperkenalkan Ciri Menghalang Penjejakan Iklan Seawal Mac Ini – Amanz
Apple mengambil langkah berani akan menghalang ciri penjejakan iklan tanpa kebenaran oleh pengguna pada peranti keluaran mereka yang menggunakan sistem operasi iOS, iPadOS dan tvOS. Selepas tarikh asal ditangguh tahun lalu, Apple kini mengesahkan ia akan diberikan kepada pengguna bermula musim bunga akan datang. Ciri anti penjejakan ini akan diuji terlebih dahulu pada versi beta iOS 14, iPadOS…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
hokalohnews · 6 years ago
Text
Juruterbang Mabuk, Penerbangan Ditangguh | Informasi Hokaloh News
KATHMANDU – Penerbangan dari Nepal ke Dubai ditangguhkan hampir 10 jam selepas juruterbang didapati mabuk, kata pegawai hari ini.
Pesawat FlyDubai akhirnya meninggalkan Kathmandu dengan kru berbeza.
Anggota kru memaklumkan pegawai lapangan terbang bahawa juruterbang dipengaruhi alkohol tidak sampai sejam sebelum pesawat itu dijadualkan berlepas pagi semalam.
“Ujian pernafasan menunjukkan beliau mengambil alkohol.
“Pemeriksaan perubatan mengesahkan keputusan itu,” kata pengarah urusan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Raj Kumar Chettri.
Ibu pejabat syarikat penerbangan FlyDubai diberitahu mengenai perkara itu dan penerbangan dengan 154 penumpang itu ditangguhkan sehingga kru baru tiba. – AFP
#Informasi #AllInOne #Berita #Buddy #Ditangguh #GayaHidup #Hokaloh #HokalohNews #Informasi #Juruterbang #Mabuk #News #Penerbangan #PocketNews
https://hokaloh.news/informasi/juruterbang-mabuk-penerbangan-ditangguh-informasi-hokaloh-news/
0 notes
kemungkinan-blog · 6 years ago
Text
'Orang mengandung ini memang menyusahkan ke?' soal isteri membuatkan suaminya kesal tertunjuk muka
Tumblr media
Wanita mengandung melalui pelbagai saringan kesihatan dari awal disahkan hamil sehinggalah ke saat melahirkan anak. Sudah pastinya, banyak masa dihabiskan di klinik sepanjang tempoh kehamilan. Jika bacaan kesihatan normal, wanita hamil tidak perlu gusar tetapi sekiranya bacaan kesihatan tidak menepati seperti yang dikehendaki, wanita hamil perlu berulang-alik ke klinik.
Si suami pastinya menjadi peneman isteri setiap kali membuat pemeriksaan di klinik. Tetapi, jika setiap hari perlu 'berkampung’ di klinik sudah pasti timbul rasa jemu dan bosan si suami. Wanita yang hamil pula jiwanya sensitif, jiwanya perlu dibelai setiap masa dan ketika.
Sebelum ini, BroOhsem berkongsikan jenis-jenis tudung tak jadi yang menarik perhatian netizen. Kali ini pula, dia berkongsikan kisah isterinya yang mempersoalkan adakah wanita mengandung menyusahkan?
"ORANG mengandung ini memang menyusahkan ke?"
Soal isteri kepada saya semalam dengan memegang erat tangan saya. Matanya merah menahan air mata dari berlinangan kerana menganggap dirinya menyusahkan saya dengan kandungannya yang sudah menghampiri 31 minggu.
Tumblr media
Ini kerana kelmarin, beliau untuk kali ketiganya menjalani ujian BSP (Blood Sugar Profile). Jadi boleh dikatakan berkampunglah kami di klinik kesihatan untuk mengambil bacaan darah sebanyak 4 kali dalam sehari. 
Setelah 2 kali BSP sebelum ini mencatatkan bacaan yang baik, namun kelmarin bacaan pertama pada pukul 8 pagi menunjukkan bacaan 5.3 tahap gula dalam darah. Jika mengikut kadar biasa, bacaan itu adalah baik. Masih di bawah 6.1. Tetapi mungkin orang mengandung ini standardnya berlainan kerana 5.3 pada bacaan pertama hari ujian BSP dianggap sebagai tinggi.
Hasilnya, selepas berjumpa doktor semalam, isteri diarahkan untuk membuat BSP sekali lagi pada hari ini. Agak mengecewakan juga kerana ujian BSP ini 4 kali. Bermakna 3 kali perlu dibuat di klinik kesihatan dan yang terakhir di klinik biasa atau farmasi. Jadi, saya perlu menemaninya lagi dua hari iaitu hari ini (BSP) dan besok untuk berjumpa Doktor sekali lagi. Bayangkan 4 hari berturut-turut ke Klinik Kesihatan yang sememangnya penuh setiap hari.
Mungkin ternampak sedikit kekesalan di air muka saya semalam yang membuatkan isteri terfikir yang dia menyusahkan saya. Saya akui memang silap saya tertunjuk muka. Selalunya saya memang akan sorok apa juga kepenatan dalam membantu dia. 
Saya tidak kesalkan bacaan gula isteri pun sebenarnya. Cuma agak stress dengan keterpaksaan berkunjung ke Klinik Kesihatan 4 hari berturut-turut. Mungkin memang tidak boleh ditangguh lagi ujian BSP itu. Kalau boleh ditunda ke minggu hadapan alangkah baiknya. Kerana 4 hari berturut-turut memang memenatkan. Tapi demi keselamatan baby, saya harus terus positif.
Sehingga hari ini saya cuba menenangkan perasaan dia. Sesungguhnya saya sedar perkara ini harus dilalui oleh kebanyakan orang yang mengandung. Tidak ada istilah menyusahkan sebenarnya. Malah saya yang patut bersyukur kerana isteri sudi bersusah payah dengan sakitnya, loyanya, muntahnya untuk kami menambah zuriat. Tidak ada apa lagi yang sepatutnya saya harapkan dari dia melainkan sentiasa cuba meringankan bebannya.
Tumblr media
Kadang-kala saya terlihat ada ibu-ibu yang datang ke klinik kesihatan bersendirian ataupun bersama anak yang masih kecil. Terdetik juga rasa kasihan tetapi saya lebih berasa kagum dengan kekentalan mereka. Semoga semua ibu yang menjalani saat-saat ini dipermudahkan segala urusan.
Doakan juga urusan kami dipermudahkan dan semoga isteri saya Nora Azni dan kandungan sentiasa sihat walafiat. Due adalah pada 20hb Oktober ini. Boleh juga bagi kata-kata semangat kat dia. Nampak sedikit down dari semalam lagi.
Korang pernah kena buat BSP? Serik tak? Pengalaman korang macam mana?
Sumber: Akhtar Syamir
from The Reporter https://ift.tt/2MFfHNo via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2BALStk via IFTTT
3 notes · View notes
viralsini · 4 years ago
Photo
Tumblr media
PKP: Solat Jumaat, Fardu Ditangguh, Akad Nikah Secara Sidang Video – JAIS https://ift.tt/3smafRy Banyak Lagi Yang Viral di https://ift.tt/2VcE2el
0 notes
najibtakafulikhlas · 3 years ago
Text
9. Khairat Kematian PENCEN
▪️RM3000
10. LAIN-LAIN
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Jika tidak ada akaun bank rakyat, sila buka akaun bank tersebut. InsyaAllah ada manfaat. Bank ini dlh satu-satunya bank yang ada khairat kematian.
Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara sukarela.
Yang tidak ada insuran/takaful diri, silalah beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi sekadar mampu bayar. Cukup yang murah tetapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.
Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban kerana kehilangan kita.
Sediakan hibah untuk keluarga Pm dm saya
☎️017-4578 779
Kredit : Tengku Nazaruddin
Tumblr media
0 notes
kataonline · 7 years ago
Quote
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
6 notes · View notes