#Perkongsian
Explore tagged Tumblr posts
Text
Kenyataan Akhbar Hamas
Kami dalam Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) mengikuti dengan amat terkejut dan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden AS Joe Biden, di mana beliau mendakwa bahawa Hamas telah berundur daripada perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, beberapa jam selepas Setiausaha Negaran AS Blinken menyeru Hamas untuk menerima cadangan terbaru itu.
Dalam konteks ini, kami menekankan perkara berikut:
- Kenyataan Biden dan Blinken adalah dakwaan yang mengelirukan dan tidak menggambarkan kedudukan sebenar Hamas, yang ingin mencapai pemberhentian pencerobohan.
- Kenyataan ini datang dalam rangka berat sebelah Amerika sepenuhnya terhadap penjajah Zionis dan perkongsian penuh dalam pencerobohan dan perang pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak berdaya di Semenanjung Gaza, dan percubaan untuk mencairkan perjuangan nasional kita.
- Kami menganggap kenyataan ini sebagai lampu hijau Amerika yang diperbaharui bagi kerajaan pelampau Zionis untuk melakukan lebih banyak jenayah terhadap orang awam yang tidak berdaya dalam mengejar matlamat untuk memusnahkan dan memindahkan rakyat kami.
- Apa yang dibentangkan baru-baru ini kepada Hamas merupakan pengulangan terhadap apa yang dicapai oleh beberapa pihak pada 2 Julai, berdasarkan deklarasi Biden pada 3 Mei, dan Resolusi Majlis Keselamatan 2735 pada 11 Jun, yang dianggap sebagai tindak balas dan persetujuan Amerika terhadap tindakan baru pengganas Netanyahu keadaan dan rancangan jenayahnya ke arah Semenanjung Gaza.
- Saudara pengantara di Qatar dan Mesir tahu bahawa Hamas bertindak secara positif dan bertanggungjawab dalam semua pusingan rundingan sebelum ini, dan Netanyahu sentiasa menjadi orang yang menghalang mencapai persetujuan dan menetapkan syarat dan tuntutan baharu.
- Kami mengesahkan komitmen kami terhadap perkara yang kami persetujui dengan pengantara pada 2 Julai, berdasarkan pengisytiharan Biden dan resolusi Majlis Keselamatan, dan kami menyeru pengantara untuk memikul tanggungjawab mereka dan mewajibkan penjajah Zionis untuk menerimanya.
- Kami menyeru pentadbiran AS untuk mengubah dasar berat sebelah buta terhadap penjenayah perang Zionis, menanggalkan perlindungan politik dan ketenteraan untuk perang pembunuhan beramai-ramai yang dilancarkan oleh tentera penjajah fasis terhadap rakyat kami yang tidak berdaya di Semenanjung Gaza, dan bekerja secara serius untuk hentikannya.
Gerakan Perjuangan Islam - Hamas 20 Ogos 2024
#free palestine#gaza genocide#free gaza#palestine news#save palestine#i stand with palestine#gaza strip#palestinian genocide#all eyes on palestine#gaza solidarity encampment#gaza fights for freedom#gaza
2 notes
·
View notes
Text
💔Mendewasa Dengan Luka - Aiman Amri❤️🩹
🧮 Skor: 4.9/5.0
■ Buku ini sememangnya pilihan yang tepat untuk peringkat saringan…
• …bagi mereka yang ingin muhasabah dan mengenal masalah diri(jika ada) dan mencari keyakinan diri untuk pergi mendapatkan bantuan(jika perlu). Sebabnya, ada orang mungkin tiada masa, atau segan untuk berjumpa dengan kaunselor kerana fikir, masalah beliau perkara biasa, dan orang sekeliling ramai tak memahami.
• Tapi, tak semua orang mengerti diri sendiri, atau berupaya(mempunyai kapasiti/pengetahuan) untuk proses emosi sendiri. Kadang-kadang orang yang banyak tolong orang lain, tuan empunya badan sendiri, secara separa sedar yang telah lama “menderita” yang terseksa. Terutama mereka yang sudah terbiasa memikul tanggungjawab “besar” dan jarang mengeluh, sejak kecil lagi. Atapun orang yang memang lahir “timid”. Mereka memerlukan bimbingan, bahu untuk bersandar untuk berehat sebentar, teman berbual agar minda tidak terlalu berkecamuk dan tersusun, dan lain-lain. Tak semua orang familiar dengan konsep journaling.
■ Bahasa mudah faham dan mesra pembaca.
• Ada empati. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Tetapi masih memerlukan orang yang mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang baik atau orang yang memang minat membaca. Sebabnya, saya ada beri kepada seorang remaja dewasa perempuan berbangsa India, beliau hanya baca sekerat jalan sahaja kerana banyak perkataan yang beliau tak “familiar”. . ■ Pembahagian bahagian utama dan penyusunan kandungan yang baik dan memberangsangkan!
• “Masalah” atau “simptom” atau “kecendurangan akibat trauma” yang kebanyakan orang alami, disimpulkan dan disampaikan dan 5 bentuk cerita. Saya percaya banyak orang dapat “relate”, cuma tahap “severity” setiap individu berlainan. • Penggunaan typesetting yang kontra further emphasised the main points and fun soft illustrations that make the presentations more impactful for us, the readers, inshaAllah.
• Selepas bahagian penceritaan, baru sampai ke bahagian perbincangan mengenai kisah-kisah yang disampaikan, dan apa diperjelaskan lagi isu-isu yang ingin diketengahkan dan dikenalpasti serta apa stigma atau stereotaip masyarakat mengenai perihal-perihal tersbut.
• Dan di bahagian terakhir, diberikan bahan-bahan dan alat-alat pengukur kendiri, untuk kita self-evaluate. Kemudian, cuba buat keputusan apa langkah seterusnya. Dapatkan khidmat professional atau mempunyai keberanian diri dan keyakinan diri untuk menyatakan pendapat atau bincangkan apa yang bersarang di fikiran dengan orang yang terdekat dan dipercayai.
• Cuma, perkongsian rajah dan jadual sampingan yang diselitkan, tulisannya rata-rata agak kecil. Kalau tak pakai kaca mata pasti susah nampak. Kalau orang yang sah-sah rabun dekat, lagilah! .
■ Percayalah, inshaAllah, buku ini sangat membantu! Mungkin orang yang tak pernah trauma boleh jadi terbahagi kepada dua, “stereotyping” dan meperkecilkan orang lain atau menjadi individu yng cuba memahami keadaan dan carikan bantuan. Bagi orang yang memang mengalami, dan baru mula cuba memahami diri, buku ini adalah satu bentuk “support system” yang ada.
Kita boleh! Healthy Mindset, Happy Life!
--- 🛒 Get the book from Imanshoppe.com 🛍 --- *Read also on other platforms:
Instagram
Facebook --- Follow me on Telegram for quick updates!
#mendewasa dengan luka#psikologi#bahasa melayu#self evaluation#pencinta buku#selfhelp books#book review#ulasan buku#bibliophile#Malaysia#Iman Publication#Imanshoppe#booksa
4 notes
·
View notes
Text
| 20240304 | Isnin | Melbourne, Australia | Malaysia- Australia hari ini komited untuk mempertingkat lagi kerjasama komprehensif dalam pelbagai industri antaranya Perdagangan, Pelaburan, Pendidikan, Ekonomi Digital dan Keselamatan Siber.
Perkara itu dimaklumkan dlm sidang media bersama selepas pertemuan dengan rakan sejawatam dgn saya Anthony Albanese dalam lawatan rasmi ke negara ini, selain menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.
Kami juga sepakat untuk memperluaskan kerjasama sedia ada dalam hal terkait ekosistem vaksin serta peralihan tenaga bersih.
Menopang cabaran mendatang, kami juga senada utk menerokai Perkongsian Maklumat, Pembangunan Siber serta Menuntut Kebersamaan lebih padu dalam isu Imigresen dan Persempadanan.
Sebelum sidang media bersama, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia disambut Albanese dan Gabenor Victoria Margaret Gardner AC sejurus tiba di halaman Government House Victoria diiringi lagu Negaraku, disusuli tembakan penghormatan sebelum pemeriksaan barisan kehormat.
Usai majlis tersebut, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan TYT Albanese mengadakan pertemuan empat mata sblm adakan Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia - Australia.
Moga hubungan dan kerjasama Malaysia-Australia terus saling menguntungkan dan ikatan persahabatan kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama kekal utuh.
International News For Malaysian
Berita Antarabangsa Untuk Malaysia
POSITIF • PERPADUAN • POPULAR
POSITIVE • UNITY • POPULAR
SILA KLIK SUKA, KOMEN DAN KONGSI
#AnwarIbrahim #JPM #KDN #MCMC #SPRM #PDRM #BernamaTV #Astroawani #BeritaRTM #TV3Malaysia #UkasNews #SabahNews #YDPAgongXVII #Agong #MNACNetworks #IstanaNegara #PrayForPalestine #PrayForMalaysia #SalamPerpaduan #UnityMedia #KamiSokongPerpaduan #MalaysiaMADANI
2 notes
·
View notes
Text
I think you'd like this story: "Farahin" by terunasepi21 on Wattpad https://www.wattpad.com/story/308419127?utm_source=android&utm_medium=com.tumblr&utm_content=story_info&wp_page=media_slideshow_button&wp_uname=HanafiahbinmdtaibTai&wp_originator=gcSl94yC20ucyzIrptUBQX5Hm51tpLH01KsfVb%2BkClGYAw1T4sBQ1E%2BaKeiTu2VS%2FPUrmlwsJsZK5fHscTA2yKw6HU3Ciof14ksS6zC8KCPuSY4PkPQ2662MRZNN7PKz
8 notes
·
View notes
Text
Selamat berpuasa buat semua rakan-rakan yang saya sayang semuanya dan maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata dan perkongsian selama ini. Moga Ramadan kita kali ini akan lebih diberkati.
3 notes
·
View notes
Text
SapuraOMV bernilai RM5.7b perlu segera dijual elak kerjasama syarikat Negara Austria pro Israel
Bulan lalu media melaporkan Syarikat Abu Dhabi, Mubadala Investment dan Inpex Corporation syarikat penerokaan minyak Jepun, bersaing untuk membeli SapuraOMV yang bernilai kira-kira $1.2 bilion (RM5.7 bilion). Selain itu syarikat tenaga Indonesia, Medco Energi juga bersaing untuk membeli SapuraOMV.
Setakat ini belum diumumkan syarikat manakah berjaya membida SapuraOMV.
SapuraOMV mengeluarkan kira-kira 30,000 tong bersamaan minyak sehari (kboepd) daripada dua aset di Malaysia, SK310-B15 dan SK408 – Gorek, Larak dan Bakong, kata Sapura Energy dalam laporan tahunan terbaharu bagi tahun fiskal 2023.
SapuraOMV merupakan syarikat usaha sama (JV) antara Sapura Energy Bhd dan OMV Exploration & Production GmbH, anak syarikat OMV Aktiengesellschaft yang berpengkalan di Austria pada September 2018 membentuk kerjasama strategik melalui pengambilalihan pegangan sama rata, 50-50 dalam anak syarikatnya, Sapura Upstream Sdn Bhd, dengan nilai perusahaan sebanyak AS$1.6 bilion (RM6.63 bilion).
Misi Sapura Jual aset
Pada April 2021, SapuraOMV telah menjual aset milik syarikat di Semenanjung Malaysia kepada Jadestone Energy sebuah syarikat berpengkalan dari Australia. Menerusi pembelian ini, Jadestone Energy akan mengambil alih kepentingan dalam empat Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di mana dua (2) daripadanya sebagai pengendali atau operator antaranya adalah PM323, PM329, PM318 dan AAKBNLP Production Sharing Contracts. Dua PSC dimana SapuraOMV sebagai operator adalah PSC PM329 (70% kepentingan) yang terdiri daripada medan East Piatu dan PSC PM323 (60% kepentingan) yang terdiri daripada medan East Belumut, West Belumut dan Chermingat.
Hutang dan status PN17
Sapura yang berstatus PN17 bergelut menyelesaikan hutangnya melalui penjualan aset-asetnya.
Sebelum ini Syarikat dari Austria, OMV Exploration & Production GmbH, anak syarikat OMV Aktiengesellschaft mungkin menjadi penyelamatnya apabila membeli 50 peratus kepentingan Sapura Upstream Sdn Bhd namun nampaknya belum menyelesaikan kemelut Sapura.
Kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam Sapura Energy iaitu hampir 35% pastinya akan campur tangan syarikat layak membida SapuraOMV.
Sejak awal tahun 2019 sebanyak RM2.68 bilion dilaburkan PNB dalam Sapura Energy syarikat kedua di dalam sektor tenaga dimana PNB mempunyai pegangan besar melebihi 30 % selepas Velesto Energy.
Isunya siapa syarikat yang memenangi bidaan? Siapa pilihan kerajaan dan Sapura?
Apakah Mubadala Investment (Abu Dhabi), INPEX Corporation (Jepun), Medco Energi (Indonesia) atau OMV Austria sendiri meningkatkan pegangannya?
Peluang syarikat Abu Dhabi mungkin lebih terbuka. Hubungan syarikat Abu Dhabi dengan OMV Austria bukan baru. Januari 2019, OMV menandatangani perjanjian untuk memperoleh 15% kepentingan dalam Penapisan ADNOC (Syarikat Minyak Kebangsaan Abu Dhabi) di Abu Dhabi.
Dua tahun selepas itu pada Disember 2022, syarikat milik kerajaan, Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) mengumumkan telah memperoleh 24.9% pegangan dalam OMV daripada Mubadala Petroleum and Petrochemicals Holding Company.
Jika Mubadala Petroleum JV dengan OMV untuk memiliki SapuraOMV bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Sapura Energy wajar melepaskan segera SapuraOMV daripada bekerjasama dengan syarikat kesayangan Negara Austria pro Israel ini.
OMV AG merupakan syarikat industri terbesar di Austria dengan jualan kumpulan sebanyak 20 bilion euro (kira-kira RM96.2 bilion) dan tenaga kerja lebih daripada 20,000 orang.
1 note
·
View note
Text
Ramai masih tak tahu selama ini ada air bertakung dalam kereta… Cuba periksa 5 lubang saliran ini, perlu dibersihkan selalu
Beberapa bahagian pada kenderaan perlu diperiksa bagi mengelak takungan air. SELAIN penyelenggaraan kereta di pusat servis, ada beberapa bahagian pada kenderaan yang perlu diuruskan sendiri. Tahukah anda terdapat lima lubang saluran pada kebanyakan kereta yang sering dipenuhi dengan takungan air dan perlu dibersihkan atau dikeringkan. Menurut perkongsian Brother Tong Car Knowledge di…
0 notes
Text
SapuraOMV bernilai RM5.7b perlu segera dijual elak kerjasama syarikat Negara Austria pro Israel
Bulan lalu media melaporkan Syarikat Abu Dhabi, Mubadala Investment dan Inpex Corporation syarikat penerokaan minyak Jepun, bersaing untuk membeli SapuraOMV yang bernilai kira-kira $1.2 bilion (RM5.7 bilion). Selain itu syarikat tenaga Indonesia, Medco Energi juga bersaing untuk membeli SapuraOMV.
SapuraOMV mengeluarkan kira-kira 30,000 tong bersamaan minyak sehari (kboepd) daripada dua aset di Malaysia, SK310-B15 dan SK408 – Gorek, Larak dan Bakong, kata Sapura Energy dalam laporan tahunan terbaharu bagi tahun fiskal 2023.
SapuraOMV merupakan syarikat usaha sama (JV) antara Sapura Energy Bhd dan OMV Exploration & Production GmbH, anak syarikat OMV Aktiengesellschaft yang berpengkalan di Austria pada September 2018 membentuk kerjasama strategik melalui pengambilalihan pegangan sama rata, 50-50 dalam anak syarikatnya, Sapura Upstream Sdn Bhd, dengan nilai perusahaan sebanyak AS$1.6 bilion (RM6.63 bilion).
Misi Sapura Jual aset
Pada April 2021, SapuraOMV telah menjual aset milik syarikat di Semenanjung Malaysia kepada Jadestone Energy sebuah syarikat berpengkalan dari Australia. Menerusi pembelian ini, Jadestone Energy akan mengambil alih kepentingan dalam empat Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di mana dua (2) daripadanya sebagai pengendali atau operator antaranya adalah PM323, PM329, PM318 dan AAKBNLP Production Sharing Contracts. Dua PSC dimana SapuraOMV sebagai operator adalah PSC PM329 (70% kepentingan) yang terdiri daripada medan East Piatu dan PSC PM323 (60% kepentingan) yang terdiri daripada medan East Belumut, West Belumut dan Chermingat.
Hutang dan status PN17
Sapura yang berstatus PN17 bergelut menyelesaikan hutangnya melalui penjualan aset-asetnya.
Sebelum ini Syarikat dari Austria, OMV Exploration & Production GmbH, anak syarikat OMV Aktiengesellschaft mungkin menjadi penyelamatnya apabila membeli 50 peratus kepentingan Sapura Upstream Sdn Bhd namun nampaknya belum menyelesaikan kemelut Sapura.
Penjualan SapuraOMV bernilai RM5.7 bilion mungkin satu dari jawapannya.
Kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam Sapura Energy iaitu hampir 35% pastinya akan campur tangan syarikat layak membida SapuraOMV.
Rakyat merupakan pemegang saham terbesar Sapura Energy apabila Amanah Saham Bumiputara memiliki 4,805,895,739 atau 30.08% kepentingan. Ini belum termasuk Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan, Amanah Saham Malaysia 3, Amanah Saham Bumiputera 3 – Didik, Amanah Saham Nasional, dan Amanah Saham Bumiputera 2.
Sejak awal tahun 2019 sebanyak RM2.68 bilion dilaburkan PNB dalam Sapura Energy syarikat kedua di dalam sektor tenaga dimana PNB mempunyai pegangan besar melebihi 30 % selepas Velesto Energy.
Isunya siapa syarikat yang memenangi bidaan? Siapa pilihan kerajaan dan Sapura?
Apakah Mubadala Investment (Abu Dhabi), INPEX Corporation (Jepun), Medco Energi (Indonesia) atau OMV Austria sendiri meningkatkan pegangannya?
Peluang syarikat Abu Dhabi mungkin lebih terbuka. Hubungan syarikat Abu Dhabi dengan OMV Austria bukan baru. Januari 2019, OMV menandatangani perjanjian untuk memperoleh 15% kepentingan dalam Penapisan ADNOC (Syarikat Minyak Kebangsaan Abu Dhabi) di Abu Dhabi.
Dua tahun selepas itu pada Disember 2022, syarikat milik kerajaan, Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) mengumumkan telah memperoleh 24.9% pegangan dalam OMV daripada Mubadala Petroleum and Petrochemicals Holding Company.
Jika Mubadala Petroleum JV dengan OMV untuk memiliki SapuraOMV bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Sapura Energy wajar melepaskan segera SapuraOMV daripada bekerjasama dengan syarikat kesayangan Negara Austria pro Israel ini.
OMV AG merupakan syarikat industri terbesar di Austria dengan jualan kumpulan sebanyak 20 bilion euro (kira-kira RM96.2 bilion) dan tenaga kerja lebih daripada 20,000 orang.
Hubungan OMV AG dengan syarikat minyak dan gas pro Israel
Di kala rakyat Palestin dibunuh oleh Kerajaan Israel, 30 oktober lalu Israel telah menganugerahkan 12 lesen kepada enam syarikat untuk meneroka minyak dan gas di luar pesisir pantai Mediterranean. Enam syarikat itu ialah Eni (Itali) , BP (UK), Dana Petroleum (Korea Selatan- anak syarikat Korea National Oil Corporation (KNOC) ), Ratio Energies (Israel), Socar (Switzeland) and NewMed (Israel).
0 notes
Text
Petang ini, Setiausaha Agung dan Klaus Schwab, pengasas Forum Ekonomi Dunia, beliau akan menandatangani, akan menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman mengenai strategik perkongsian antara PBB dan Forum Ekonomi Dunia, yang menggariskan bidang kerjasama untuk memperdalam penglibatan antara kedua-dua institusi dan untuk bersama-sama mempercepatkan pelaksanaan agenda 2030.
#agenda 2030#the hidden agenda#depopulation agenda#hidden agenda#new world order#pbb#wef#world economic forum#klaus schwab
1 note
·
View note
Text
[Book Review] 👨👩👧👦Berbual-bual Dengan Anak Tentang Seksualiti - Wan Nur Syakira👨👩👧👦
🧮 Skor: 4.5/5.0 . 📌 “Sekiranya ibu ayah atau orang dewasa bercakap tentang pendidikan seksualiti secara matang dan berilmu dgn anak-anak, maka topik ini akan bebas daripada gurauan lucah, lawak double meaning & sikap ambil mudah.” - page 29.
.
■ Emphasising on Pendidikan Seksualiti, buku ini essentially is a must have parenting book! Dengan cara pendekatan bersuaian mengikut peringkat usia, kandungan buku ini meliputi langkah-langkah yang boleh diambil oleh para ibu bapa dan penjaga, sebelum, semasa, dan selepas sesi pendidikan dan asuhan. It is an ongoing process. Be it for prevention, maintenance and solution, the author I believe, has done a great job to coach us well with great skills, inshaAllah!
■ The book is about the size of B5, which is handy. The cover design set a nice tone to the reading experience, too. Illustrasi dan pemilihan warna terkandung dalam buku ini memberikan rasa nyaman, membuatkan kita lebih fokus pembacaannya.
■ Gaya penulisan yang santai dan ilmiah makes it more convincing. Penulis tahu bila perlu concise, bila perlu penjelasan panjang lebar. The content structure is proactive and engaging. Jadi, segalanya lebih jelas dan mudah difahami, tak bosan.
■Segala perkongsian beliau, terutamanya mengenai effective communicating skills and handling arising issues, inshaAllah, boleh diaplikasikan juga dalam hal-hal lain dalam membesarkan anak-anak.
■ Pendidikan Seksualiti tak semestinya harus mengikut model pendidikan barat, kita boleh mendidik anak-anak berlandaskan pendidikan Islam. Sebenarnya, memang dah ada pun dalam ajaran agama kita, cuma mungkin banyak orang kurang faham. Penulis membuka lagi minda pembaca tentang hal ini dan menjelaskan lagi ilmu-ilmu pendidikan Islam dari lens Psikologi dan bidang-bidang lain yang berkaitan.
■ Diketengahkan hal-hal kebiasaan yang orang anggap remeh tapi sebenarnya mempunyai impak yang serius dalam pembentukkan rohani dan jasmani anak-anak. Penulis menjawab segala persoalan umum sebelum ditanya. Beliau sepertinya updated with perkembangan silibus sekolah Malaysia masa kini. Jagi beliau boleh agak permasalahan dan/atau persoalan yang boleh timbul.
■ Buku ini juga mengambil kira latar belakang ibu bapa dan penjaga yang mungkin tidak tech-savvy atau mempunyai asas Biology. Semua beliau terangkan, jangan risau! Dari segi saintifik dan juga kaintannya dengan pendidikan Islam. Yang lebih menarik, the content is integrated with QR code untuk maklumat tambahan dan alat bantuan visual yang lain. This is incredible, MashaAllah! . ■ Pemangsa ada di mana mana sahaja, seiring dengan pembangunan negara, akses menjadi sangat mudah. Ramai ibu bapa sudah mempunyai kesedaran ini, tapi tak pasti bagaimana cara menanganinya. Education empowered the people. Kita tidaklah sentiasa bersama-sama dengan si anak, jadi kita perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu, they got to be able to protect and stand for themselves to some extend. It’s better to be safe than sorry!
Topik seperti LGBT wajar dibincangkan kerana jika tidak diperkenalkan buruknya dan cara berdepan denagnnya bila terjadi, pasti bahaya!
Yang paling , amat penting diajar kepada adnak kita ialah segala tentang child grooming. Nauzubillahi min zalik! Jazakillahu Khairan penulis atas penghasilan buku ini. <3
---- ● Buy a preloved copy here:
https://carousell.app.link/JqBmSuvZjBb . ● Buy new copies here:
https://www.karangkrafmall.com/berbual-bual-dengan-anak-tentang-seksualiti-wan-nur-syakira
#ulasan buku#bahasa melayu#book review#parenting book#islamic#bibliophile#karya bestari#wan nur syakira#Malaysian author
2 notes
·
View notes
Text
| 20240303 | Ahad | Melbourne | Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam ini bagi lawatan rasmi ke Australia dan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia- Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.
Lawatan ini juga atas jemputan rakan sejawat saya Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese yang mana ia akan melibatkan beberapa mesyuarat dan pertemuan penting, perbincangan meja bulat dan juga secara langsung dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac.
Sayugia, Perdana Menteri percaya lawatan ini akan mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala, sementelahan ia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021.
Kita akan bekerja sepenuhnya dan memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Australia selain mencipta peluang dan manfaat yang terbaik untuk rakyat dan negara.
News For Malaysian
Berita Untuk Malaysia
POSITIF • PERPADUAN • POPULAR
POSITIVE • UNITY • POPULAR
SILA KLIK SUKA, KOMEN DAN KONGSI
#AnwarIbrahim #JPM #KDN #MCMC #SPRM #PDRM #BernamaTV #Astroawani #BeritaRTM #TV3Malaysia #UkasNews #SabahNews #YDPAgongXVII #Agong #MNACNetworks #IstanaNegara #PrayForPalestine #PrayForMalaysia #SalamPerpaduan #UnityMedia #KamiSokongPerpaduan #MalaysiaMadani
2 notes
·
View notes
Photo
🤔GISB Kantoi Akui Ada Kes Leiwat Dalam GISB Jemaah Ikhwan🤔#2024 #S_DR._MAZA "Dan ada dengar jugalah maknanya bila ditangkap, macam-macam budak ni dah letih. Cuaca bawa ke klinik, bawa ke klinik, bawa ke klinik. Nak menceritakan benda ni ada, tapi tak ada. Tapi saya tak nafikan mungkin sorang dua orang tu ada. Habis, kenapa habis rangkum? Apa semua komen GSB? Sekarang dah mula sita di dalam video yang dikongsikan oleh Nasiruddin, yang berdurasi 17 minit. Nasiruddin, sebagai CEO JSB, mengesahkan bahawa ada satu atau dua kes lewat yang berlaku di dalam jemaah Ikhwan. Berikutan dalam video tersebut, pada mulanya dia menafikan bahawa wujudnya kes seumpama itu, tetapi kemudian dia memberitahu mungkin ada satu atau dua kes sahaja yang berlaku. Kemudian terdapat pada perkongsiannya juga, Nasiruddin sekali lagi telah mengaku bahawa ada berlakunya kes lewat di dalam jemaah Ikhwan. Jadi, jom kita sama-sama dengar video yang telah di-highlightkan. Cuba dibincangkan dulu. Ini tangkap sekali 400 lebih, kemudian anak-anak dia, anak-anak yang tak tahu cerita, kemudian dituduhnya lewat dan sebagainya. Memang lewat tu ada satu dua, tapi kenapa dirangkumkan semua? Hasil daripada itu juga kata memperdagangkan manusia, mengeksploitasi anak-anak. Jadi, benda ni berlaku begitu pantas. Yang paling besarnya, saya sedihlah dengan tomahan-tomahan ni. Sangat tak berasas dan jijik. Yang paling jijik tu dikatakan budak-budak mengajar lewat. Ada dengar jugalah maknanya bila ditangkap, macam-macam budak ni dah letih. Cuaca bawa ke klinik, bawa ke klinik, bawa ke klinik. Nak menceritakan benda ni ada, tapi tak ada. Tapi saya tak nafikan mungkin sorang dua orang tu ada. Habis, kenapa habis rangkumkan semua? Kemudian GSB nak, sekarang dah mula sita, GSB bank akaun semua. Dah mula disita. Saya cakap ni benda ni berlaku, bukan saya nak ada kan. Jadi sedihlah. Bagi orang yang menyokong, terima kasih banyak-banyaklah memberi sokongan. Bukan saya nakkan simpati, tapi kita sebagai orang Islam dalam negara Islam, dalam masyarakat perpaduan, dalam kerajaan perpaduan, kenapa berlaku macam ni? Malulah kita dengan orang yang bukan Islam. Islam bersama sendiri berbalah, dan perbalahan tu boleh dirunding. Bukan tak boleh dirunding, boleh dirunding. Jadi, itu saja untuk perkongsian kali ini. Jangan lupa like video ini dan tekan butang subscribe. Terima kasih dan jumpa lagi pada masa akan datang...." https://penuntutilmu.net/soal-jawab-pt/gisb-kantoi-akui-ada-kes-leiwat-dalam-gisb-jemaah-ikhwan/?feed_id=1168&_unique_id=66e9a94e0edc5 Facebook Page: https://www.facebook.com/penuntutilmu.net/ Telegram Channel: https://t.me/PenuntutIlmuDotNet Thread: https://www.threads.net/@penuntutilmudotnet
0 notes
Text
1. “Puan Faridah, bagaimana caranya agar kita mudah berlapang dada terhadap apapun kejadian yang menimpa seperti yang selalu Puan tulis dalam perkongsian Puan di FB?” Tanya seorang follower FB saya.
2. Saya jawab dalam tulisan ini. Semoga yang bertanya membaca jawapan saya ini. Ya saya faham, ramai yang tidak sabar dengan pelbagai situasi yang datang tanpa henti dalam hidup. Apa lagi jika datang tanpa henti. Selepas selesai satu hal, datang lagi hal lain. Bertimpa-timpa datangnya. Tak sempat nak rasa lega. Sesak dada dibuatnya jika kita tidak faham. Jika kita sudah faham, kita tenang dan berlapang dada.
Contohnya…
Anak ditimpa excident
Suami meninggal atau suami buat perangai.
Diberhentikan kerja tiba-tiba
Bisnes tak jalan
Orang pinjam duit tak bayar-bayar
Jiran suka menyakitkan hati
Ipar duai dengki dan mahukan harta peninggalan suami.
Kawan tikam belakang
Kereta kena tarik
Bisnes merosot. Asyik rugi. Modal habis.
Kawan tipu kita.
Anak buat perangai tak mahu sambung belajar di sekolah.
Kereta asyik rosak.
Rumah ditenggelami banjir. Semua tak dapat diselamatkan.
Dan macam-macam hal lagi.
Aduhai, sesak rasa dada. Rasa mati itu lebih baik daripada hidup.
3. Terdapat lima perkara yang wajib kita fahami jika kita mahu terus positif, mahu memiliki jiwa yang lapang dan hati yang selalu berbahagia atas semua yang terjadi.
4. Pertama, kita harus memahami dan menyedari bahawa semua yang terjadi adalah atas izin Allah. Tidak akan gugur walau sehelai daun. Tidak akan menitis walau satu titis air. Tidak akan bertiup angin walau sepoi-sepoi bahasa. Tidak akan terlahir walau seorang bayi kecuali semuanya dengan kehendak dan kuasa Allah.
Walau apapun yang terjadi dalam hidup kita, semuanya dengan kehendak Allah jua. Baik atau buruknya perkara yang terjadi, semuanya dengan aturan Allah. Begitulah. Maka fahami ia dengan sesungguhnya.
5. Kedua, fahami bahawa semuanya pasti baik-baik sahaja dari Allah. Tidak ada satupun perkara buruk yang Allah datangkan dalam hidup kita. Semuanya baik dan indah. Tinggal lagi, kita melihatnya dari sudut yang buruk.
Sabda Nabi SAW..
“Urusan orang-orang yang beriman itu semuanya baik-baik belaka.”
6. Ketiga, sedari bahawa semuanya sudah terujir dan diukur oleh Allah, bahawa Allah sesekali tidak akan membebani kita melebihi kesanggupan kita sendiri. Maka sebetulnya yang diuji oleh Allah itu bukan kemampuan kita tetapi Allah menguji kemahuan kita sama ada mahu memperakuinya, mahu menerimanya dan mahukah kita mengadu bahawa kita ini sangat lemah di hadapan Allah SWT.
Laa hawla wala quwattailla billahil ali yillazim.
Tiada daya dan upaya kecuali semuanya dengan kehendak Allah.
7. Keempat, kita wajib menyedari bahawa semua perkara yang tidak best, tidak seronok, kesedihan, kedukaan, kehilangan dan kepahitan itu adalah cara Allah mahu menggugurkan semua dosa kita. Ada banyak dosa yang dilakukan tidak boleh hilang hanya kerana doa dan taubat. Sebahagian besar dosa kita akan dibersihkan dengan cara Allah mendatangkan ujian kepada kita.
8. Maka bukankah kita sepatutnya bersyukur dan bergembira apabila semua dosa kita digugurkan melalui kesabaran kita menempuh segala ujian ini?
9. Kelima, kita menyedari bahawa semua kesusahan kita akan ditolong oleh Allah, akan diselesaikan olehNya Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengurus, Yang Maha Mentadbir, Yang Maha Luas KeagonganNya. Kita hanya perlu yakin bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.
10. Jika kita sedari sungguh akan lima perkara ini, insyaallah kita akan merasa cukup lapang hati, lapang jiwa, ringan kepala otak. Kita juga tidak akan risau, tidak akan resah, tidak akan sedih atau kecewa, hilang segala kebimbangan, padam segala keresahan, tidak akan marah-marah malahan masih boleh senyum bahagia menghadapi apapun perkara dan peristiwa yang datang di dalam hidup.
1 note
·
View note
Text
youtube
Jom tonton perkongsian 3 tips hafal sifir oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Boleh juga tonton di sini: https://cikgufadli.com/tmuhas
Sumber: Mohd Fadli Salleh
T.me/EbookCikguFadli
0 notes
Text
Novartis Malaysia Diiktiraf untuk ‘Community Impact in Cancer Care’
Novartis Malaysia menerima anugerah ‘Community Impact in Cancer Care’ dalam Kongres Kanser Kebangsaan Malaysia (NCCM), yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. NCCM, anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), menyerlahkan lagi usahanya untuk menambah baik landskap kanser di Malaysia. Kepentingan perkongsian awam-swasta ditekankan oleh…
0 notes
Text
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Orang Munafik Berat Solat Isyak dan Subuh Di Masjid عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنْ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُقِيمَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا يَؤُمُّ النَّاسَ ثُمَّ آخُذَ…
0 notes