#wan nur syakira
Explore tagged Tumblr posts
mibeau · 1 year ago
Text
[Book Review] 👨‍👩‍👧‍👦Berbual-bual Dengan Anak Tentang Seksualiti - Wan Nur Syakira👨‍👩‍👧‍👦
🧮 Skor: 4.5/5.0 . 📌 “Sekiranya ibu ayah atau orang dewasa bercakap tentang pendidikan seksualiti secara matang dan berilmu dgn anak-anak, maka topik ini akan bebas daripada gurauan lucah, lawak double meaning & sikap ambil mudah.” - page 29.
.
■ Emphasising on Pendidikan Seksualiti, buku ini essentially is a must have parenting book! Dengan cara pendekatan bersuaian mengikut peringkat usia, kandungan buku ini meliputi langkah-langkah yang boleh diambil oleh para ibu bapa dan penjaga, sebelum, semasa, dan selepas sesi pendidikan dan asuhan. It is an ongoing process. Be it for prevention, maintenance and solution, the author I believe, has done a great job to coach us well with great skills, inshaAllah!
Tumblr media
■ The book is about the size of B5, which is handy. The cover design set a nice tone to the reading experience, too. Illustrasi dan pemilihan warna terkandung dalam buku ini memberikan rasa nyaman, membuatkan kita lebih fokus pembacaannya.
■ Gaya penulisan yang santai dan ilmiah makes it more convincing. Penulis tahu bila perlu concise, bila perlu penjelasan panjang lebar. The content structure is proactive and engaging. Jadi, segalanya lebih jelas dan mudah difahami, tak bosan.
■Segala perkongsian beliau, terutamanya mengenai effective communicating skills and handling arising issues, inshaAllah, boleh diaplikasikan juga dalam hal-hal lain dalam membesarkan anak-anak.
Tumblr media Tumblr media
■ Pendidikan Seksualiti tak semestinya harus mengikut model pendidikan barat, kita boleh mendidik anak-anak berlandaskan pendidikan Islam. Sebenarnya, memang dah ada pun dalam ajaran agama kita, cuma mungkin banyak orang kurang faham. Penulis membuka lagi minda pembaca tentang hal ini dan menjelaskan lagi ilmu-ilmu pendidikan Islam dari lens Psikologi dan bidang-bidang lain yang berkaitan.
■ Diketengahkan hal-hal kebiasaan yang orang anggap remeh tapi sebenarnya mempunyai impak yang serius dalam pembentukkan rohani dan jasmani anak-anak. Penulis menjawab segala persoalan umum sebelum ditanya. Beliau sepertinya updated with perkembangan silibus sekolah Malaysia masa kini. Jagi beliau boleh agak permasalahan dan/atau persoalan yang boleh timbul.
Tumblr media Tumblr media
■ Buku ini juga mengambil kira latar belakang ibu bapa dan penjaga yang mungkin tidak tech-savvy atau mempunyai asas Biology. Semua beliau terangkan, jangan risau! Dari segi saintifik dan juga kaintannya dengan pendidikan Islam. Yang lebih menarik, the content is integrated with QR code untuk maklumat tambahan dan alat bantuan visual yang lain. This is incredible, MashaAllah! . ■ Pemangsa ada di mana mana sahaja, seiring dengan pembangunan negara, akses menjadi sangat mudah. Ramai ibu bapa sudah mempunyai kesedaran ini, tapi tak pasti bagaimana cara menanganinya. Education empowered the people. Kita tidaklah sentiasa bersama-sama dengan si anak, jadi kita perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu, they got to be able to protect and stand for themselves to some extend. It’s better to be safe than sorry!
Topik seperti LGBT wajar dibincangkan kerana jika tidak diperkenalkan buruknya dan cara berdepan denagnnya bila terjadi, pasti bahaya!
Yang paling , amat penting diajar kepada adnak kita ialah segala tentang child grooming. Nauzubillahi min zalik! Jazakillahu Khairan penulis atas penghasilan buku ini. <3
Tumblr media
---- ● Buy a preloved copy here:
https://carousell.app.link/JqBmSuvZjBb . ● Buy new copies here:
https://www.karangkrafmall.com/berbual-bual-dengan-anak-tentang-seksualiti-wan-nur-syakira
1 note · View note
swit-purple · 3 years ago
Text
Rahsia nak tenang bahagia.
Jangan ada dua benda dalam hidup ;
Pertama: Risaukan atau terlebih risau perkara yang tak berlaku lagi.
TAWAKAL bila kita dah usaha dan BERSANGKA BAIK dengan takdir.
Kedua: Jangan menyesal dengan apa yang telah berlaku.
REDHA dengan apa yang terjadi dan yang lepas.
InsyaAllah, hidup lebih tenang dan bahagia.
Wan Nur Syakira
0 notes
bustoregadgets-blog · 5 years ago
Photo
Tumblr media
Antara doa yang sering saya baca sepanjang menjadi ibu. Sehebat mana pun kita menjaga, Tetap akhirnya Allah lah sebaik-baik penjaga. Upaya dan pancaindera kita terhad. Di kala kita tak mampu menjaga mereka dengan upaya kita, Kepada Allah lah, tawakal diletakkan. Khususnya bila mereka sudah besar, jauh dari kita. Doa-doa ini selalu saya bacakan, Ketika anak-anak baru sahaja tertidur sambil mengusap kepala mereka. Dan ketika itu juga, Saya bisikkan harapan dan doa lain untuk mereka. Dengan harapan; Ianya bersemadi dalam minda separa sedar mereka. Selain doa ini, Saya bacakan juga surah al Kauthar dengan niat supaya Allah limpahkan kasih sayang dalam diri mereka untuk diberi pada dunia. Surah Al Insyirah, niatkan moga mereka diterangkan hati dan dilapangkan dada supaya mudah dididik dan dijaga. 3 Qul, niatkan mereka dilindungi syaitan dan diteguhkan iman. Surah al Fatihah, moga sentiasa mereka menjadi hamba yang bergantung pada Allah. Ini ikhtiar saya. Surah lain juga boleh diamalkan. Saya percaya setiap surah ada istimewanya. Moga Allah perkenankan ikhtiar ini. Hidup kita ini, Biarlah sentiasa kita memohon pada Allah. Doa itu senjata. Doa itu tanda kita mengakui kita lemah dan memerlukan Allah dalam hidup. Moga Allah jadikan kita insan yang sentiasa berdoa. Amin. Moga Allah jagakan anak kita sentiasa dengan asbab doa kita yang tak putus buat mereka. Kredit : @Wan Nur Syakira . DI FOLLOW AJA DULU SIAPA TAU NANTI PERLU 😉⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Follow @resipikampung ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Follow @rasa.antarabangsa ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Follow @mytravelmurah ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Follow @mysabrinabakery ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Follow @lifehack.my ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ https://www.instagram.com/p/B8xyIjPJq_i/?igshid=kmwbcqmgpdkv
0 notes