#Pendidikan Keusahawanan
Explore tagged Tumblr posts
Text
Inovasi dan Pertukaran Budaya: Sorotan Hari Kedua IMACSSS2024 & GSMACC2024
Laporan Hari Kedua IMACSSS2024 & GSMACC2024Tarikh: 15 Oktober 2024Lokasi: Mercure Living Putrajaya Hotel, Putrajaya, Malaysia Pendahuluan Hari kedua Persidangan Antarabangsa Ke-13 IMACSSS dan Kongres Global Seni Mempertahankan Diri dan Budaya Ke-5 (GSMACC) yang berlangsung pada 15 Oktober 2024 telah berjaya mempertemukan pelbagai pihak dari seluruh dunia. Acara ini tidak hanya memberi tumpuan…
#acara seni bela diri#AIKIDO#analisis prestasi#biomekanik seni bela diri#budaya Asia#budaya global#forum akademik#gala seni bela diri#globalisasi seni bela diri#GSMACC2024#harmoni budaya#hubungan antarabangsa#IMACSSS2024#inovasi seni bela diri#inovasi teknologi#jaringan akademik#kajian budaya#kajian seni bela diri#kecederaan sukan#keusahawanan seni bela diri#kolaborasi akademik#komuniti global#pelan strategik#pembentangan saintifik#pencak silat#pendidikan seni bela diri#pengembangan silat#pengurusan sukan#penyelidikan antarabangsa#penyelidikan silat
0 notes
Photo

Perkasa Pendidikan Keusahawanan Hadapi Arus Revolusi Industri Pendidikan keusahawanan amat signifikan dan pemangkin kepada fokus pembangunan, sejajar budaya negara keusahawanan. Justeru, usaha memperkenalkan pendidikan keusahawanan perlu diperkasa supaya generasi muda cekal bertunjang menongkah arus Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
0 notes
Photo

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Tun Perak (ITP) dan Precious Education Academy telah berlangsung pada 21 Februari 2023 bertempat di AMES Hotel, Ayer Keroh. Majlis MoU telah disaksikan oleh YB Datuk Hj Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi. MoU antara ITP dan PEN Academy adalah untuk merealisasikan program Pensijilan Profesional oleh UTM Space melalui 'train and place' kepada golongan belia di Melaka dalam usaha meningkatkan kemahiran pensijilan profesioal dalam bidang logistik, kulinari dan keusahawanan. Semoga usahasama ini dapat memberi nilai tambah pensijilan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia negeri Melaka. . #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia https://www.instagram.com/p/Co7bXYfviF3/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
Text
List of iStar Activities
here goes, a compiled list of my campus committee participation throughout the years, updated regularly.
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20192020/1
K-V-2019-230 participant Program Kesedaran Kesihatan Mental 14/12/2019 Dewan Kuliah 1, Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM Tahap: Dalam Negara
K-V-2019-204 exco program
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ TUN DR ISMAIL 2019/2020 18/04/2020 Le Quadri Hotel, Kuala Lumpur Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20192020/2
F-FF-2020-181 exco
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-45 PERSATUAN MAHASISWA/I FAKULTI PERUBATAN (PERSIAP) 16/04/2020 AUDITORIUM DAN GALERIA PPUKM Tahap: Dalam Negara
P-PJ/012/000-2019-564 participant Larian Amal `Neon Run` 2020 11/04/2020 Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Tahap: Dalam Negara
T-2019-228 exco Larian Amal `Neon Run` 2020 11/04/2020 Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Tahap: Dalam Negara
F-FF-2020-166 participant Bengkel Kaedah dan Penyelidikan 18/04/2020 Dewan Kuliah 1, Praklinikal Fakulti Perubatan UKM Tahap: Dalam Negara
F-FF-2020-26 exco PROGRAM PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN AMSA 2020 05/03/2020 - 26/03/2020 KTDI2 STUDY ROOM Tahap: Dalam Negara
F-FF-2019-449 exco gamemaster TEMASYA SUKAN FAKULTI PERUBATAN (T-SUPER) 2020 20/02/2020 - 21/03/2020 Kolej Tun Dr. Ismail , Blok Praklinikal PPUKM,Auditorium Blok Pendidikan PPUKM,Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Tahap: Dalam Negara
F-FF-2020-156 vice secretary Hari Inovasi Fakulti Perubatan UKM Tahun 2020 06/04/2020 Blok Pra-Klinikal PPUKM Tahap: Dalam Negara
F-FF-2019-476 participant PROGRAM BAHASA ISYARAT UNTUK SEMUA (BIUS) 05/10/2019 Auditorium, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff Tahap: Dalam Negara
F-FF-2019-602 exco Khidmat Masyarakat AMSA UKM 17/11/2019 Rumah Nur Salam, Jalan Chow Kit, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20202021/2
F-FF-2021-90 exco publisiti & multimedia Pertandingan Fotografi PIXELLENCE 2021 16/04/2021 - 25/04/2021 Dalam talian melalui laman sosial Instagram Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20212022/1
F-FF-2022-157 exco public relation PERSIAP Editorial Board 2022 25/05/2022 - 31/07/2022 Atas talian Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-39 exco teknikal THE POWER OF OKAY (INFO 101: A WEBINAR SERIES 2022) 16/04/2022 Atas talian (zoom) Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-41 exco teknikal SAFETY 101 (INFO 101 : WEBINAR SERIES 2022) 09/04/2022 Atas talian (Zoom) Tahap: Dalam Negara
P-PK/001/000-2021-584 participant virtual volunteer SPEAK UP 8.0 01/03/2022 - 26/03/2022 Zoom(secara maya) Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-49 exco teknikal FIQH ON BLOOD (INFO 101 : WEBINAR SERIES 2022) 10/04/2022 Atas talian (Zoom) Tahap: Dalam Negara
P-PF/006/000-2022-25 exco logistik CLINICAL SKILL INTRODUCTION (CSI) 2021/2022 19/02/2022 MAKMAL SKIL KLINIKAL & DEWAN KULIAH 1 BLOK PRAKLINIKAL FAKULTI PERUBATAN UKM Tahap: Dalam Negara
P-PF/010/000-2021-641 participant Proses Bedah Mayat COVID-19 18/12/2021 Atas Talian Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-33 exco PROGRAM ONLINE TUSYEN KTDI 17/03/2022 - 23/03/2022 GOOGLE MEET ATAU ZOOM MEETING Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-44 naib pengerusi EXPO KEUSAHAWANAN 27/05/2022 RUANG LEGAR DI ANTARA AUDITORIUM KOMPLEKS PERUBATAN CANSELORI TUANKU JAAFAR DAN DEWAN KULIAH BANGUNAN PENTADBIRAN Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-46 exco teknikal The Power Of Okay (Info 101: A Webinar Series 2022) 24/04/2022 Atas talian (zoom) Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20212022/2
K-V-2022-115 naib pengerusi WEBINAR KEUSAHAWANAN 03/07/2022 ZOOM Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20222023/1
F-FF-2022-964 ketua exco multimedia Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) International in collaboration with World ATMC network 25/01/2023 - 15/04/2023 Secara Atas Talian (Zoom) Tahap: Dalam Negara
.
.
.
thanks for reading til this point, may it be a best reference to you!
Fion (A174305) UKM MD student
1 note
·
View note
Text
Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM 2021


Institusi TVETMARA @KKTM, MJII dan IKM adalah salah satu program dibawah seliaan pihak MARA yang dipantau oleh bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. Justeru itu, bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di salah sebuah intitusi ini anda boleh lakukan permohonan mengikut kelayakan anda. TAHUKAH ANDA!!! KKTM adalah Kolej Kemahiran Tinggi Mara, manakala MJII adalah MARA Japan Industrial Institute dan IKM pula adalah Institusi Kemahiran MARA. Ketiga-tiga institusi ini adalah dibawah seliaan TVETMARA. Visi TVETMARA Menjadi Organisasi Amanah yang Unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa MISI TVETMARA Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan Objektif TVET - Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan Institusi dan Teknousahawan - Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills anda Entrepreneurships) - Pemangkin dalam revolusi teknologi bagi meningkatkan daya saing - Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik - Menjadi Institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa. Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM 2021

Dalam Institusi TVETMARA ini kemasukan pelajar termasuklah :- - Program Sepenuh Masa - Program Jangka Pendek - Program Kecemerlangan Industri - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) - MARA Japan Industrial Institute (MJII) - Institut Kemahiran MARA (IKM) Dalam Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII dan IKM memberi tumpuan dalam pelbagai bidang pengkhususan di bawah 12 kluster. Semua program yang dilaksanakan adalah bersifat “hand-on” dan berteraskan komputer. Antara Syarat Am kemasukan TVETMARA adalah:- - WARGANEGARA Malaysia - Taraf Bumiputera astau Bumiputera Sabah dan Sarawak - Berusia 17 Tahun dan ke atas - Sihat tubuh badan (TIDAK RABUN warna bagi sesetengah program) - LULUS SPM atau setara dengannya. 1) Peringkat Sijil Pemohon yang mahu mengikuti pengajian di peringkat Sijil WAJIB:- - LULUS SPM atau setara denganya SEKURANG-KURANGNYA - Satu KEPUJIAN dalam mana-mana pelajaran - LULUS MATEMATIK - SYARAT khusus kemasukan adalah berlainan mengikut program yang dipohon. 2) Peringkat Diploma Pemohon yang mahu mengikut pengajian di peringkat Diploma WAJIB:- - LULUS SPM atau setara dengan tiga kepujian dalam matapelajaran - Matematik - Mana-mana satu mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/ Vokasional & Teknologi/ Vokasional (MPV)/ Aliran Vokasional (MPAV) - Mana-mana satu mata pelajaran lain - LULUS Bahasa Inggeris - SYARAT khusus kemasukan adalah berlainan mengikut program yang dipohon. Keistimewaan Mengikuti Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM Antara keistimewaan mengikuti untitusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM adalah seperti:- - Pemohon tergolong dalam golongan Lepasan SPM atau Setara - Mendapat Elaun sara hidup - Asrama atau penhinapan disediakan - Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar Negara - Yuran pengajian ditanggung oleh pihak MARA PENTING!!! TVETMARA mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA, JPK, Industri Dan Badan Profesional yang ada di Malaysia. Justeru itu, sekiranya anda mengikuti IInstitusi TVETMARA anda tidak akan menyesal. 12 Kluster Yang Ditawarkan Oleh TVETMARA 12 Kluster Yang Ditawarkan adalah seperti:- - Kluster minyak dan gas - Kluster Elektrik - Kluster Elektronik - Kluster Mekanikal Servis - Kluster Bioteknologi - Kluster Awam - Kluster Mekanikal Pembuatan - Kluster Seni & Rekabentuk - Kluster Alam Bina - Kluster Pemprosesan Bahan - Kluster Automotif - Kluster Bioperbuatan Selaian daripada bidang Akademik, pihak TVETMARA juga ada menyediakan kemudahan untuk aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua pelajar sebagai sebahagian daripada objektif untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan kecerdasan minda. Justeru itu, pihak MARA sangat komited dalam membentuk dan memberikan kemudahan sukan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa kepada seluruh warganya.

Dalam usaha membangunkan pelajar yang sihat, pihak TVETMARA juga mempunyai pelbagai jenis sukan dan kemudahan rekreasi yang luas TERMASUKLAH:- - Padang bola - Padang futsal - Gelanggang Badminton - Gelanggang Tenis - Gelanggang Bola Jaring - Ragbi dan lain-lain Untuk Maklumat Lnajut boleh Hubungi :- Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur No Tel : 03-2613 4258 Fax : 03- 2691 4510 Email : [email protected] Diharapakan perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat sesuatu keputusan. TIDAK bererti anda TIDAK mendapat keputusan yang cemerlang anda TIDAK LAYAK untuk menyambung pengajian. Sesungguh keputusan yang cemerlang hanya tiket sahaja untuk memudahkan anda menyambung pengajian selebihnya adalah usaha dan takdir yang telah ditentukan oleh ALLLAH. Justeru itu, JANGAN pernah berhenti berharap dengan kurniaan ALLAH. Teruskan berusaha untuk mendapat keredhaan ilahi. Rujukan:- https://tvetmara.edu.my/index.php/visi-misi-objektif Read the full article
0 notes
Text
Pandangan pemilik diambil kira, bangunkan tanah tapak bekas penternakan babi
Pandangan pemilik diambil kira, bangunkan tanah tapak bekas penternakan babi
PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan membuka peluang kepada pemilik tanah di Bukit Pelandok dekat sini memberikan pandangan mereka bagi membangunkan tanah di tapak bekas penternakan babi yang terbiar lebih 20 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, kerajaan negeri…

View On WordPress
0 notes
Video
instagram
WAH! UNTUNGNYA ALUMNI FIPT Nak tau berita gembira utk alumni FIPT? Meh kami nak bagitahu pada alumni kesayangan kami. Alumni Diploma yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda FIPT di KUIM , layak perolehi sehingga SEPARUH TEMPOH PENGAJIAN!. KEMASUKAN DISEMBER 2020. Jom Masuk Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi (FIPT), KUIM. Yuran Pendaftaran untuk alumni juga adalah PERCUMA. Berbaloi - baloi. Apa tunggu lagi adik-adik alumni? Rugi kalau tak rebut peluang hebat ini. FIPT menawarkan pelbagai bidang pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. . 🎓Pengurusan 🎓Kewangan 🎓Pemasaran 🎓Keusahawanan 🎓Perakaunan 🎓E-Dagang 🎓Perbankan Islam dan Takaful Layari www.kuim.edu.my untuk maklumat lanjut dan permohonan kemasukan bagi Disember 2020. Sebarang pertanyaan hubungi pegawai pendidikan kami : Tn. Hj. Zamry (013-620 7313) atau melalui whatsapp https://wa.me/60183050910?text=sayanakmasukFIPTKUIM #JomSambungBelajar #JomMasukIPT #FIPTPilihanHati #KUIMPilihanBijak #KUIMpikan (at Kolej Universiti Islam Melaka - KUIM) https://www.instagram.com/p/CFe6uS3nIEa/?igshid=6h15vcsnrwmt
0 notes
Text
Ketua UPKO Putatan akui pernah terima duit RM1 Juta daripada Najib

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, yang mendengar kes perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd pada 23 April 2019, saksi ke-15 yang merupakan Bendahari Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Putatan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya juga telah menerima cek bernilai RM1 juta daripada Najib, iaitu pada Februari 2015. Datuk Seri Dr Markin @ Marcus Mojigoh, yang juga Ketua UPKO Putatan berkata, cek yang diterima itu adalah bagi menjalankan program parti termasuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan di Sabah. "Sebelum ini, pihak kami telah mengadakan mesyuarat bersama BN (Barisan Nasional) untuk memohon bantuan dengan agenda membantu rakyat. "Pada masa itu, kita tiada sumber kewangan, jadi kami beritahu kepada Datuk Seri Najib yang kemudian memberikan sumbangan tersebut,” kata bekas Ahli Parlimen Putatan itu. Muhammad Shafee: Adakah UPKO juga menggunakan dana itu mengadakan klinik perundangan secara percuma? Marcus: Ya ada, biro perundangan. Muhammad Shafee: Menolong untuk mendapatkan hak berkaitan tanah? Marcus: Ya betul. Muhammad Shafee: Dalam bidang Pendidikan juga? Marcus: Tak, tapi kami jalankan kursus keusahawanan kepada ibu tunggal. Muhammad Shafee: Najib setuju untuk beri dana tapi ada syarat? Marcus: Tiada syarat tapi kita senaraikan apa yang kita akan buat. Read the full article
0 notes
Text
Hokaloh News Updated: InnoHub lahir 10 syarikat berjaya - Hokaloh Berita
https://hokaloh.news/bisnes/innohub-lahir-10-syarikat-berjaya-hokaloh-berita/
KUALA LUMPUR 17 Julai – Majlis Pelancaran Showcase Inovasi InnoHub, Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Putra Science Park diadakan bagi mengiktiraf graduasi bagi 10 teknologi UPM melalui pembangunan syarikat pemula di bawah program InnoHub.
Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris berkata, InnoHub ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan validasi pasaran bagi teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D).
“Dengan adanya inovasi seperti ini, ia dapat membuktikan bahawa setiap masalah pengguna dan pembeli pasti ada penyelesaiannya.
“Banyak produk yang dihasilkan oleh kami yang boleh dibeli secara online seperti Lazada,” katanya ketika memberi ucapan di Auditorium Rashdan Baba, di sini hari ini.
Tambah Aini, InnoHub telah melahirkan pekerjaan baharu melebihi 50 modal insan (sebagai usahawan teknologi) yang mampu menerajui perniagaan.
Sementara itu, majlis ini juga meraikan penyerahan replika cek pemberi dana InnoHub daripada empat agensi utama iaitu, Malaysia Technology Development Corporation, PlaTCOM Ventures Sdn Bhd, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Cradle Fund Sdn Bhd.
Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md. Yusof ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran daripada Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan, Cik Normah Awang, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr. Zulkifli Idrus, Pengarah Putra Science Park, Dr. Samsilah Roslan, Wakil-wakil Agensi, Pegawai-Pegawai Kanan UPM dan Para Usahawan Teknologi InnoHub
Program InnoHub ini merupakan satu program yang komprehensif, merangkumi kajian validasi pasaran, pembangunan kanvas perniagaan dan yang paling utama adalah sesi `pitching’ kepada pemberi dana atau pelabur agar perniagaan yang telah dibangunkan dapat direalisasikan. – UTUSAN ONLINE
قالب وردپرس
#Bisnes #Ekonomi #Hari #Julai #Kementerian #KualaLumpur #Lahir #Malaysia #Masalah #Menteri #Pasaran #Pegawai #Pelabur #PendidikanKolejDanUniversiti #Pengguna #PerniagaanDanKewanganPerniagaanDanKeusahawanan #Utama
#ekonomi#hari#julai#kementerian#Kuala Lumpur#lahir#malaysia#masalah#menteri#pasaran#pegawai#pelabur#Pendidikan/Kolej dan Universiti#pengguna#Perniagaan dan Kewangan/Perniagaan dan Keusahawanan#utama#Bisnes
0 notes
Text
Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas)

Syarat kemasukan ke Tingkatan 6 bagi pelajar berkeperluan khas adalah berbeza dengan pelajar yang lain. Hal ini disebabkan mereka mereka LAYAK untuk mendapatkan keutamaan yang berbeza bagi memberi mereka ruang dan laluan untuk berjaya seperti orang yang normal. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menyediakan syarat AM dan khas yang berbeza bagi mereka yang berkeperluan khas ini. “Kejayaan dan kemewahan tidak datang bergolek tanpa ada usaha untuk berjaya dan kaya” TAHUKAH ANDA!!! Kemasukan ke Tingkatan 6 adalah secara automatik sekiranya calon memenuhi syarat kelayakan kemasukan. TETAPI pemilihan JURUSAN adalah berpandukan kepada syarat khas kemasukan. Aplikasi Online Tingkatan 6 https://sst6.moe.gov.my/semakanT6 Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas) Setiap kemasukan ke pusat pengajian pasti mempunyai syarat yang tersendiri. Sama juga dengan kemasukan ke Tingkatan 6 ini, mereka juga mempunyai syarat kelayakan yang tersendiri bagi membolehkan seseorang itu masukan ke jurusan pilihan anda. Antara syaratnya adalah:- - Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan mendapatkan sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Berumur di antara 17 sehingga 20 tahu pada 1 Januari 2021 tahun semasa Syarat Khas Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Berkeperluan Khas)

Antara syarat khas kemasukan pelajar ke Tingkatan 6 bagi pelajar berkeperluan khas adalah:- 1) Jurusan Sains Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian (C) berserta jumlah mata Gred TIDAK MELEBIHI 18 unit untuk 3 mata pelajaran berikut :- - Matematik/ Matematik Tambahan - Fizik - Kimia - Biologi - Lukisan kejuruteraan/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ kejuruteraan awam/ kejuruteraan elektrik & elektronik/ reka cipta/ pengajian argoteknologi/ sains sukan/ sains rumah tangga/ sains komputer/ grafik komunikasi teknikal - Pengursan makanan/ pengajian pakaian 2) Jurusan Sains Sosial Bagi jurusan sains sosial, terdapat beberapa pecahan syarat kahs mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki. Antara syarat kemasukan mengikut jenis sekolah yang pelajar duduki adalah seperti berikut:- a) Sekolah Menengah Harian Pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata Gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan. Antara 3 mata pelajaran yang berlainan adalah seperti berikut:- - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Kesusateraan Melayu/ Literature in English - Sejarah - Geografi/ Pendidikan Seni Visual - Komunikasi Visual/ Seni Halus/ tearer/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari - Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral - Matematik/ Matematik Tambahan - Prinsip Perakaunan - Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science - Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV) - Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah/ Pendidikan Syariah islamiah - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran - Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science & Technology - Pengajian keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan b) Sekolah Menengah Agama Bagi permohonan Tingkatan 6 dalam Jurusan Sains sosial, syarat khas bagi pelajar lepasan sekolah agama terbahagi kepada dua kategori. Setiap kategori mempunyai syarat permohonan yang berbeza. Antara sekolah agama menengah yang terlibat adalah:- i) Sekolah menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Bagi pelajar yang berkeperluan khas, mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred TIDAK MELEBIHI 18 unit bagi 3 mata pelajaran pilihan (elektif) seperti:- - Tasawwur Islam - Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah - Pendidikan Syariah Islamiah - Bahasa Arab - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran ii) Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu Bagi pelajar KISAS dan SMAP Labu, syarat kemasukan ke Tingkatan 6, pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata Gred TIDAK MEELBIHI bagi 3 mata pelajaran pilihan (elektif) adalah seperti:- - Tasawwur Islam - Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah - Pendidikan Syariah Islamiah - Bahasa Arab - Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran Cara pengiraan mata Gred Bagi Kemasukan ke tingkatan 6 Dibawah ini adalah pengiraan mata Gred bagi calon lepasan SPM :-

Diharapkan segala perkongsian ini dapat membantu memudahkan lagi urusan para pelajar dalam membuat pemilihan. Setiap satu pilihan yang dibuat adalah yang terbaik buat semua pelajar. Justeru itu, anda yang perlu menentukan masa hadapan anda, tiada siapa yang lebih layak dalam menenukan masa hadapan seseorang manusia itu selain daripada tuan empunya diri itu sendiri. Read the full article
0 notes
Link
Permohonan Secara Online kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 & 4 2019. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM). Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah. Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 9 September 2018 hingga 30 November 2018. Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3. Sila klik pautan berikut untuk memohon. Tingkatan 1 https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp Tingkatan 4 https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp Untuk maklumat lanjut layari : https://ewarta.mara.gov.my/2018/09/08/permohonan-secara-online-kemasukan-ke-mrsm-tingkatan-1-4-2019/#more-8215 Lebih banyak info @ http://mknaceunlimited.blogspot.com/2018/09/permohonan-secara-online-kemasukan-ke.html --- #terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,

#more#terbaeekkk#kipidap#blogger#SJ4000#J3#Samsung#GalaxyCamera#altek#love#followme#fun#like#life#colorful#photooftheday
0 notes
Photo

*LANGKAH MUDAH MENUJU KEJAYAAN* Mudahnya proses mendaftar untuk kemasukan ke Kolej Universiti Islam Melaka. Hanya beberapa langkah sahaja untuk adik-adik menggapai kejayaan bersama-sama dengan Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi, KUIM. FIPT menawarkan pelbagai bidang pengajian dari peringkat Diploma hingga PhD. 🎓Pengurusan 🎓Kewangan 🎓Pemasaran 🎓Keusahawanan 🎓Perakaunan 🎓E-Dagang 🎓Perbankan Islam dan Takaful 🎓Sistem Maklumat Perniagaan 🎓Teknologi Maklumat Layari www.kuim.edu.my untuk maklumat lanjut dan permohonan kemasukan bagi Disember 2020. Sebarang pertanyaan hubungi pegawai pendidikan kami : Tn. Hj. Zamry (013-620 7313) atau melalui whatsapp https://wa.me/60183050910?text=sayanakmasukFIPTKUIM #JomSambungBelajar #JomMasukIPT #FIPTPilihanHati #KUIMPilihanBijak #KUIMpikan (at Kolej Universiti Islam Melaka - KUIM) https://www.instagram.com/p/CFLx8KMHggr/?igshid=1oz4ut2eg4hrh
0 notes
Text
ESTCON 2018 kumpul lebih 1,000 pakar
https://www.hokaloh.news/berita-semasa/estcon-2018-kumpul-lebih-1000-pakar/
ESTCON 2018 kumpul lebih 1,000 pakar
Berita Semasa Hokaloh News
ESTCON 2018 kumpul lebih 1,000 pakar
KONGRES Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Dunia Kelima (ESTCON 2018) pada 13 dan 14 Ogos ini bakal mengumpulkan lebih 1,000 pakar dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang penyelidikan dan inovasi.
Kongres yang bertemakan ‘Sains, Teknologi dan Kemanusiaan: Mencipta Semula Masa Depan’ itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan dianjurkan oleh Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), dengan sokongan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.
ESTCON 2018 turut diiktiraf sebagai kongres terbesar di dunia kerana terdiri daripada 10 persidangan antarabangsa serentak yang memberi tumpuan kepada isu berbeza mengikut tema masing-masing.
Persidangan berkenaan adalah Persidangan Antarabangsa Geosains (ICG 2018); Persidangan Antarabangsa mengenai Teknologi Kejuruteraan Minyak dan Gas (ICOGET 2018); Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Awam, Luar Pesisir & Alam Sekitar (ICCOEE 2018) dan Persidangan Antarabangsa Pengeluaran Tenaga dan Kebolehpercayaan (ICPER 2018).
Yang lain ialah Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Proses dan Bahan Lanjutan (ICPEAM 2018); Persidangan Antarabangsa mengenai Sistem Pintar dan Lanjutan (ICIAS 2018); Persidangan Antarabangsa Sains Komputer & Maklumat (ICCOINS 2018); Persidangan Antarabangsa Sains Asas dan Gunaan (ICFAS 2018) Persidangan Antarabangsa Kepimpinan dan Pengurusan (ICLM 2018) dan Persidangan Antarabangsa Kemanusiaan dan Sains Sosial (ICHSS 2018).
Pengerusi Penganjur ESTCON 2018 yang juga Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, kongres berkenaan turut menyediakan platform bagi industri, akademik, kerajaan dan orang awam untuk mengambil bahagian dalam bidang perniagaan global yang meliputi pelbagai topik seperti kepemimpinan, inovasi, keusahawanan dan kewangan.
“Peserta ESTCON 2018 boleh mengetahui lebih lanjut mengenai topik penerokaan teknikal, nanoteknologi, pengkomputeran hijau, alam sekitar dan kejuruteraan sumber air, infrastruktur infra, teknologi geo, kejuruteraan pengangkutan dan banyak lagi.
“Mengambil kira aspek relevan dalam senario hari ini, ESTCON 2018 akan membincangkan lebih mendalam untuk menangani cabaran terkini yang dihadapi dunia dalam merangkul Industri 4.0,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mohamed Ibrahim berkata, melalui kongres ini, perwakilan dan peserta akan bekerjasama untuk membentangkan dan membincangkan inovasi, aliran dan kebimbangan terkini, cabaran praktikal yang dihadapi serta penyelesaian yang diterima pakai dalam revolusi baru ini.
“Kita mempunyai program yang cemerlang, dan beberapa penceramah yang akan berkongsi kepakaran mereka mengenai aliran dan isu terkini Industri 4.0 dari perspektif global,” katanya.
Tiga penceramah yang akan menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian ESTCON 2018 adalah Pengerusi London Futurist dan Pengetua Kebijaksanaan Delta, Dr David Wood dengan tajuk ‘Anticipating Successive Waves of Changes as the 4th Industrial Revolution Accelerates’.
Sementara itu, Presiden Akademi Sains Malaysia dan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Asma Ismail dengan tajuk ‘A Road Map for Malaysian Science’ dan Ketua Eksekutif Dan Kumpulan, Sirim Berhad, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil dengan tajuk ‘Malaysian Revolution Industrial Revolution’.
Usahawan Sosial dan Pengasas Grameen Bank, Prof Muhammad Yunus Nobel Laureate pula akan menyampaikan ucap utamanya berjudul ‘A World of Three Zeros’ pada majlis penutup.
Dalam pada itu, ESTCON 2018 juga berperanan sebagai platform untuk membantu pencipta untuk mengkomersialkan ciptaan mereka melalui program Inovasi Pitching.
“ESTCON 2018 adalah relevan kepada semua orang dalam organisasi. Kami percaya penyertaan pada kongres kali ini akan memberi manfaat kepada peserta dari dalam dan luar negara, baik dari segi pembelajaran dan potensi rangkaian,” katanya.
Mereka juga berhak menuntut 15 jam Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) daripada Lembaga Jurutera Malaysia dan 20 Jam Pembangunan Syarikat (CCD) jam dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
Bagi mereka yang berminat mendaftar sebagai penyampai kongres, boleh layari www.estcon.utp.edu.my
0 notes
Photo

Segan nak iklankan... Tapi KPI tak capai lagi ni, kena buat promosi jugak... Ada yang berminat nak jemput saya, silakanlah... Bayar murah2 je... Hari bekerja pun boleh setup untuk mana Jabatan... Biodata saya : Ustaz Mohd Redzwan Bin Abdul Mutalib Pensyarah Kanan, Kolej Komuniti Jerantut Bsc Edu (Pengajian Islam), UTM M Edu (Bimbingan & Kaunseling), UTM Student PhD Education (TVET) Ceramah yang boleh saya tawarkan Kursus Pendek untuk Warga Jerantut khususnya Ceramah Pendidikan Islam - Overview Islamic Religions - Amali Ibadah Solat - Amali Sembelihan Seni Silat - Silat Gayong Malaysia - Senibeladiri Wanita - Senibeladiri Pelajar - Silat Olahraga Aplikasi Komputer - Word / Excel / Power Point - New School Presentation - Pembinaan Laman Web/Blog (Wordpress - Divi Expert /Blogspot/Joomla) - Rekabentuk Grafik - Adobe Photoshop Motivasi - Motivasi Pelajar - Motivasi Keibubapaan - Pengucapan Awam - Stress Management Keusahawanan - eUsahawan (Master Trainer MDEC) - Pengiklanan - FB Ads / Google Adword - Laman Web Jualan ecommerce Penulisan - Jurnal Penyelidikan / Tesis - Penggunaan Software untuk penulisan- Mendeley, Word 4 writing, Atlas.ti #kkjerantut #kkjerantutpahang #soaringupwards #kpt (at Kolej Komuniti Jerantut)
0 notes
Link
Dato' Yusof Jusoh merupakan seorang usahawan bumiputera yang aktif dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah dan pengeluaran IBS (Industrialized Building System) di Malaysia.
Dato' Yusof Jusoh merupakan salah seorang pegawai eksekutif yang telah terpilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk terlibat dalam program CEO@Faculty ini. Program ini bermatlamat mewujudkan jaringan kerjasama antara industri dan universiti di Malaysia dalam bidang keusahawan, pentadbiran dan penyelidikan. Dato' Yusof dilantik sebagai Professor Adjun oleh Universiti Malaysia Perlis, dan telah dijemput untuk memberi ceramah dan menganjurkan bengkel IBS untuk pelajar-pelajar UniMAP
Jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi negara dengan Indonesia akan diperluas kepada bidang kebolehpasaran siswazah khususnya yang berkaitan dengan keusahawanan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pendidikan dalam bidang keusahawanan amat penting di Indonesia kerana negara itu mempunyai prospek tinggi dalam bidang perniagaan, pertanian dan kejuruteraan.
"Para saintis dan usahawan Indonesia dan Malaysia secara semulajadi bersatu untuk memikirkan usaha terbaik untuk memanfaatkan pasaran kedua-dua negara adalah lebih banyak faktor Indonesia dengan kepadatan penduduk lebih dari 240 juta orang.
Berkongsi Artikel King Of Religion @Azman Rasdi 11.04.2018
0 notes
Text
Kata banyak peluang kerja tapi penganggur berlambak
Kata banyak peluang kerja tapi penganggur berlambak
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Pengumuman, terutama yang dibuat ketika pembentangan bajet tahunan, bahawa puluhan ribu hingga ratusan ribu peluang pekerjaan baharu wujud, gagal menyelesaikan lambakan penganggur, khusus di kalangan belia dan siswazah.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, setinggi mana pun prestasi ekonomi negara, soalan penting yang perlu dijawab oleh kerajaan ialah sejauh mana peluang pekerjaan berjaya diwujudkan dan pengangguran diatasi.
Beliau berkata, lambakan penganggur yang mencecah lebih 500,000 akan terus berlarutan, sekiranya kerajaan gagal mencari jalan penyelesaian, yang akhirnya akan menjejaskan struktur dan ekosistem ekonomi negara.
“Menteri ketika menjawab soalan saya di Dewan Rakyat pada 29 November 2017 yang lalu tentang kadar pengangguran di Malaysia menjawab bahawa ia pada kadar 3.5 peratus atau seramai 504,100 orang penganggur daripada jumlah guna tenaga negara seramai 14.67 juta orang.
“Statistik Jabatan Imigresen Malaysia pula setakat 30 Jun lalu, menunjukkan seramai 1,781,598 pekerja asing sah berada di negara ini.
“Ini menunjukkan masih terdapat masalah yang lebih asas dibiarkan tanpa pembetulan sehingga menjejaskan struktur dan ekosistem ekonomi di negara ini sehingga menatijahkan isu penggangguran ini terus berlarutan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru, langkah terbaik buat masa ini katanya ialah kerajaan perlu menilai kembali sistem pendidikan bagi melahirkan insan berdikari dan berinovasi tinggi.
Katanya, mahasiswa yang lahir kelak perlu mampu mencipta pekerjaan selepas alam pengajian, malah menjadi sebahagian agenda pendidikan di peringkat menengah dan universiti.
Selain itu Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Nerus berkata, kerajaan boleh menggalakkan lagi aktiviti kreatif dan inovasi bagi merintis peluang kepada golongan belia untuk mencipta kerjaya dan pendapatan sendiri.
“Makna kata, ia bukan semata-mata menekankan kecekapan kos dan pergantungan pada tenaga kerja yang murah serta makan gaji.
“Kerajaan juga boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk sektor berkemahiran tinggi di samping pekerjaan berkemahiran rendah. Dalam masa sama, perlu dibanyakkan lagi peluang kerjaya di bidang pertanian bersifat lebih kormesial dan keusahawanan.
“Dengan sumber bumi yang banyak dan tanah yang subur pertanian sewajarnya diberi ruang menjadi antara kerjaya pilihan siswazah dan belia.
“Yang penting jenis pekerjaan yang diwujudkan sepadan dengan pencapaian pendidikan tenaga kerja yang dibekalkan, termasuk memberikan penempatan segera kepada golongan siswazah dalam profesion keguruan dan kedoktoran yang masih ramai menganggur sehingga kini,” katanya.
The post Kata banyak peluang kerja tapi penganggur berlambak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kata banyak peluang kerja tapi penganggur berlambak via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2018/01/kata-banyak-peluang-kerja-tapi.html
0 notes