#Kos Guaman
Explore tagged Tumblr posts
swiftinsight · 1 year ago
Text
Tipu projek perumahan: SPNB Aspirasi saman Azizi bekas CEO, pemaju dikaitkan anak Tun Daim dan Dato’ Sri Sunny Ung
Tumblr media
SPNB memfailkan satu lagi saman yang mendakwa penipuan terhadap bekas CEO, termasuk pemaju yang dikaitkan dengan anak Daim
SPNB Aspirasi Sdn Bhd, anak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memfailkan satu lagi saman mendakwa penipuan terhadap bekas CEO dan pengarah eksekutif SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali melibatkan projek perumahan Pangsapuri di Hulu Langat, Selangor.
Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah lima yang lain termasuk Wiradani Development Sdn Bhd pemaju hartanah yang dikaitkan dengan anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
SPNB Aspirasi mendakwa bekas CEO Azizi bersama Wiradani Development dan tiga pengarahnya, serta Akitek Akiprima Sdn Bhd telah berkomplot antara 2014 dan 2019 untuk menipu syarikat itu berhubung projek Hulu Langat yang menyebabkan SPNB Aspirasi memeterai perjanjian tambahan berat sebelah yang memihak kepada pemaju.
Tiga pengarah Wiradani yang dinamakan dalam saman itu difailkan oleh firma guaman Rajesh, Chew & Ho di Mahkamah Tinggi Shah Alam ialah Dato’ Sri Ung Eng Huat (Sunny), Datuk Cheah Kah Lip, Datuk Leong Yeng Kit. Cheah juga merupakan pengarah di Akitek Akiprima yang dilantik oleh Wiradani untuk menjadi arkitek projek itu.
Datuk Leong Yeng Kit pula merupakan Managing Director of WiraDani Development Sdn. Bhd selain seorang peguam di firma Leong Yeng Kit & Co. Beliau juga merupakan bekas Pengarah Bebas bukan eksekutif Meridien Berhad.
Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah lima yang lain termasuk Wiradani Development Sdn Bhd pemaju hartanah yang dikaitkan dengan anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. 
SPNB Aspirasi mendakwa bekas CEO Azizi bersama Wiradani Development dan tiga pengarahnya, serta Akitek Akiprima Sdn Bhd telah berkomplot antara 2014 dan 2019 untuk menipu syarikat itu berhubung projek Hulu Langat yang menyebabkan SPNB Aspirasi memeterai perjanjian tambahan berat sebelah yang memihak kepada pemaju.
Tiga pengarah Wiradani yang dinamakan dalam saman itu difailkan oleh firma guaman Rajesh, Chew & Ho di Mahkamah Tinggi Shah Alam ialah Dato’ Sri Ung Eng Huat (Sunny), Datuk Cheah Kah Lip, Datuk Leong Yeng Kit. Cheah juga merupakan pengarah di Akitek Akiprima yang dilantik oleh Wiradani untuk menjadi arkitek projek itu.
Datuk Leong Yeng Kit pula merupakan Managing Director of WiraDani Development Sdn. Bhd selain seorang peguam di firma Leong Yeng Kit & Co. Beliau juga merupakan bekas Pengarah Bebas bukan eksekutif Meridien Berhad.
Tumblr media
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa Wiradani adalah 66% dimiliki oleh Ferntreegully Sdn Bhd, manakala Dato Sri Ung Eng Huat @ Dato’ Sunny  memiliki 29%; baki 5% dipegang oleh anak Daim, Datuk Md Wira Dani Abdul Daim.
Tumblr media
Dilaporkan awal minggu ini bahawa SPNB Aspirasi telah memfailkan saman RM141 juta menuduh Azizi, pemaju hartanah Tunas Tunas Manja Development & Construction Sdn Bhd dan 10 yang lain bersubahat untuk menipu SPNB berhubung projek rumah mampu milik di Kuantan, Pahang menggunakan modus operandi yang serupa.
Dalam saman kedua yang difailkan pada 21 September SPNB Aspirasi mendakwa Azizi, bersama Allahyarham pengerusi SPNB Datuk Ahri Hashim telah bertindak bersama pengarah Wiradani untuk menipu SPNB itu membayar RM28 juta kepada Wiradani untuk tanah seluas 1.26 ekar di mana Service Apartment itu akan dibangunkan.
SPNB Aspirasi menuntut ganti rugi tidak kurang daripada RM134 juta daripada saman ini. RM106 juta untuk kehilangan peluang komersial dan RM28 juta sebagai pampasan untuk kos tanah yang dibayar kepada Wiradani antara relif lain.
Menurut SPNB Aspirasi ia telah menandatangani perjanjian pembangunan dengan Wiradani pada Oktober 2014 untuk membangunkan projek Service Apartment terdiri daripada 256 unit pangsapuri dan 20 unit runcit di atas sebidang tanah seluas 1.26 ekar milik pemaju hartanah itu.
SPNB Aspirasi mendakwa Wiradani kemudiannya melantik pelbagai kontraktor tanpa kelulusan yang diperlukan, termasuk Akitek Akiprima. Azizi dan bekas pengerusi Allahyarham Datuk Ahri mengetahui pelantikan tanpa kebenaran itu tetapi gagal melaksanakan tugas mereka sebagai pengarah syarikat dan gagal mempertahankan kepentingan SPNB Aspirasi tambahnya.
Perjanjian berat sebelah
Kemudian pada Disember 2017, perjanjian pembangunan tambahan yang berat sebelah telah ditandatangani antara SPNB Aspirasi (diwakili oleh Ahri dan Azizi) dan Wiradani (diwakili oleh Ung Eng Huat dan Cheah) yang memihak kepada Wiradani dan menjejaskan kepentingan SPNB Aspirasi. Ahri dan Azizi dilaporkan tidak mendapat kelulusan kelulusan lembaga pengarah syarikat sebelum membuat perjanjian.
Khususnya, klausa dalam perjanjian tambahan membolehkan Wiradani berhak untuk menamatkan perjanjian pembangunan 2014 sekiranya berlaku keingkaran oleh SPNB Aspirasi, dan menuntut ganti rugi bersamaan dengan keseluruhan kehilangan keuntungan daripada projek itu katanya.
Wiradani kemudiannya mengeluarkan tuntutan palsu yang diperakui oleh Akitek Akiprima pada Julai 2019 sebanyak RM2.57 juta dakwa SPNB Aspirasi yang membawa kepada kejadian ingkar tercetus.
Tumblr media
Timbangtara seterusnya dimulakan untuk menyelesaikan pertikaian itu menyebabkan SPNB diarah membayar Wiradani RM31.51 juta termasuk RM28.22 juta untuk kehilangan keuntungan.
SPNB Aspirasi menegaskan bahawa perjanjian itu adalah “batal dan tidak sah ab initio (dari awal) dan harus diketepikan kerana ia adalah instrumen penipuan yang digunakan oleh defendan untuk menipu SPNB Aspirasi”.
Ia juga mendakwa tindakan Ahri dan Azizi yang didakwa menunjukkan dua pengarah itu telah melanggar fidusiari dan kewajipan berkanun mereka kepada syarikat, dan bahawa kedua-dua mereka, melalui perjanjian tambahan secara tidak jujur ​​membantu Wiradani dalam mengekalkan kos tanah RM28 juta dan mengemukakan tuntutan berlebihan menyebabkan kerugian apabila perjanjian ditamatkan.
Seperti saman SPNB sebelum ini SPNB Aspirasi berkata konspirasi dan penipuan itu terbongkar berikutan siasatan forensik dalaman yang dijalankan syarikat itu atas arahan pengerusi SPNB Datuk Husam Musa yang dilantik ke jawatan itu pada Mac tahun ini.
SPNB ialah sebuah syarikat pembangunan perumahan nasional yang ditubuhkan pada 1997 dan ditugaskan untuk membangunkan rumah mampu milik yang berkualiti untuk rakyat Malaysia.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia digesa menyiasat kes ini kerana terbukti wujud salahgunakuasa dan rasuah di SPNB ketika Datuk Ahmad Azizi Ali sebagai CEOnya.
Tindakan SPNB Aspirasi menyaman 5 individu yang bersekongkol merompak wang rakyat di SPNB adalah tepat sekali. Ini kerana mereka tetap hidup kaya raya di luar sana.
Siapa Dato’ Sri Ung Eng Huat @ Dato’ Sunny yang disaman?
Dato’ Sri Ung Eng Huat atau dipanggil Dato’ Sunny memang seorang yang kaya-raya. Pernah dikaitkan sebagai ‘proksi’ Nazri Aziz.
Tumblr media Tumblr media
Tahun 2011 beliau merupakan Pengarah Eksekutif kepada Envair Holdings Bhd (Kini Straits Energy Resources Berhad) mempunyai 6.7 juta saham atau 5.65% kepentingan sebelum menjualnya.
Dato’ Sri Ung Eng Huat juga Pengerusi Eksekutif Petrol One (Tg Agas) Sdn Bhd menguasai 70% dan 30% lagi Mohamed Nedim Mohamed Nazri, anak Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz ketika itu. Seorang lagi pengarah ialah Annuar Musa. Petrol One (Tg Agas) telah didaftarkan pada Mei 2011, dan mempunyai tunjang utama dalam aktiviti perkapalan O&G, termasuk pembrokeran kapal, penyewaan dan bunkering.
Tahun 2012 Datuk Md Wira Dani Abdul Daim, anak kepada bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah menjual 3.2 juta sahamnya atau 6.3% kepentingan dalam Petrol One Resources Bhd. Blok 3.2 juta saham ini diambil alih oleh Charisma Positief Sdn Bhd milik Dato’ Sri Ung Eng Huat. Hubungan Dani anak Daim dengan Dato’ Sri Ung Eng Huat bukan baru mereka memang kawan lama dalam dunia ‘scammer’ korporat Malaysia.
Tahun 2016 kecoh mengenai Dato’ Sri memiliki kenderaan mewah Lamborghini dan Rolls Royce bernilai RM3.4 juta kerana lari daripa da cukai kastam. Dato’ itu tidak bukan ialah Dato’ Sri Ung Eng Huat berasal dari Kelantan.
Tumblr media
Kekayaan dan gaya glamour Md Wira Dani Abdul Daim  
Sementara itu siapa tidak kenal Tun Daim Zainuddin?. Namun anaknya Wira Dani Abdul Daim tidaklah sepopular bapanya itu. Namun kemunculannya seawal tahun 2011 sebagai pemegang saham Sanichi Berhad, kemudiannya tahun 2012 Petrol One Resources Bhd.
Gaya hidup mewah dan glamour bersama isterinya Datin Wira Sabrena juga menjadi sering mendapat perhatian media.
Tumblr media Tumblr media
Namun tahun 2016 nama beliau lebih ke depan selepas menjadi pemegang saham terbesar dalam Reliance Pacific Bhd menguasai 30.96% kepentingan dengan 265.8 juta saham selepas ketua pegawai eksekutif Reliance Pacific Datin Irene Tan menjual saham kepadanya.
Tumblr media
Paling kontroversi tahun yang sama Md Wira Dani Abdul Daim imej korporatnya tercemar selepas diisytiharkan muflis berhubung hutangnya sekitar $1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities. Bekas pengarah bebas dan bukan eksekutif LionGold Corp dan Pengerusi Eksekutif ISR Capital bergelut dengan perintah muflis oleh Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan hutang sebanyak $2.459 juta (RM7.3 juta) ketika membeli saham LionGold.
Saham LionGold serta Blumont Group dan Asiasons Capital menjunam pada Oktober 2013 hingga mengurangkan sekitar $6.9 juta (RM20.55 juta) daripada nilai pasaran menyebabkan kerugian kepada anak bekas Menteri Kewangan itu.
Menurut Maybank pihaknya menerima hanya kira-kira $835,950 (RM2.4 juta) iaitu kekurangan sebanyak $1,650,642 (RM4.9 juta) hingga mencetuskan tindakan muflis.
Untuk rekod Asiasons Capital Ltd, Blumont Group Ltd dan LionGold Corp Ltd adalah tujuh syarikat yang disiasat pihak berkuasa Singapura kerana skandal Penny Stock Singapura. Ia mengaitkan tentang penglibatan beberapa individu Malaysia dalam rangkaian pegangan saham dan jawatan pengarah memanipulasi saham menyebabkan kenaikan dan penurunan mendadak Bursa Saham Singapura.
1 note · View note
tarmizihartanah · 2 years ago
Photo
Tumblr media
BANGLO 1 TINGKAT UNTUK DIJUAL DI KG CHENOK, MUKIM BIAH, DAERAH KADOK, KOTA BHARU🏠 📌Lokasi : Kg Chenok, Mukim Biah 📌 Harga : RM 420,000 SPESIFIKASI HARTANAH : —————————————— - PT261 - Freehold & Rizab Melayu - Saiz Tanah : 5,351 Sqft - Saiz Rumah : 1,505 Sqft - 4 Bilik Tidur & 3 Bilik Air KELEBIHAN BINAAN: ————————————- 📌Percuma Lampu & Kipas 📌Fully Tiles 📌Sambungan TNB 📌Table Top 📌Grill 📌Aircond (Bilik Master) 🔥 PERCUMA KOS GUAMAN 🔥 KEMUDAHAN BERDEKATAN: ———————————————- - Exit Perol Highway Kota Bharu - Kuala Krai - Masjid Jamek Ar-Rahman - SK Perol - Masjid Mukim Perol - Alamanda Sweetoes Trading - Persimpangan Nilam Puri - Pejabat Pos Nilam Puri - Klinik Kesihatan Perol - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra KIAS - Balai Polis Nilam Puri Boleh klik link ini untuk perbincangan lanjut ya. *Jual/Beli Hartanah* https://jualbelirumahdengancikmizi.wasap.my Mohd Tarmizi Bakar AFZ Realty Sdn. Bhd 🏘️Klik sini untuk ke laman telegram carian rumah, tanah dan bangunan yang diperlukan. https://t.me/tarmizihartanaheastcost Page Link Untuk Hartanah: https://www.facebook.com/profile.php?id=100090117935252&mibextid=ZbWKwL Profile FB: https://www.facebook.com/mohdtarmizi.bakar.5?mibextid=ZbWKwL Link Catalog Whatsapp: https://wa.me/c/60179454294 Link Tiktok: https://www.tiktok.com/@maimizihartanah?_t=8ZhJ6uYnZab&_r=1 Link IG: https://www.instagram.com/p/COukMpTj9-Q/?igshid=p0s13f4d0h12 Link Twitter: https://twitter.com/tarmizihartanah?t=6dF8l6VsEiyUpK-2krqndg&s=09 Link Tumblr: https://at.tumblr.com/tarmizihartanah/hp1td2uj85ed Link YouTube: Subscribe. https://youtube.com/@mohdtarmizibakar #TrustedAgentHartanah #PerundingHartanahKuantan #TeamNinjaKuantan #AFZREALTY #jualbelirumahpantas #pejuanghartanah ‌ #taman #kawasan #rumah #tanah #bangunan #kuantan #gambang #pekan #kemaman #kualaterengganu #dungun #paka #kerteh #jerteh #besut #rumahmampumilik #rumahbawahhargapasaran #lppsa #banker #lawyer #surveyour #morgage #refinance #pantaitimur https://www.instagram.com/p/CoyOFGwPtSA/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
fhproperties · 2 years ago
Photo
Tumblr media
Banglo Satu Tingkat untuk dijual di Jalan Khusasi, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor. Detail : Jika Pembeli Tunai : Teruskan. Jika Pembeli Pinjaman Bank/ LPPSA ; Mohon Pinjaman Tanah Dahulu. Selepas Nama Pembeli Dimasukkan Ke Geran. Barulah Buat Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah. Jenis : Banglo Satu Tingkat. Jumlah : 8 Unit Sahaja. Tenure : Freehold Malay Reserve. Jumlah Bilik : 4. Jumlah Bilik Air : 3. Luas Tanah : 4811 Sqf (Lot Tengah/ Rumah Tengah). Built Up : 1300 Sqf. Kelebihan Bango Ini : 1. Rekabentuk Gaya Moden. 2. Pembeli Boleh Gunakan Pinjaman Bank. 3. Pembeli Sektor Awam Boleh Gunakan Pinjaman LPPSA 4. Lokasi Cantik. 5. Infra Disedian Seperti Bekalan Elektrik, Air & Sebagainya. 6. Rumah Berpagar Sesuai Dengan Citarasa Banglo Moden. 7. Percuma Kos Guaman Perjanjian Jual Beli (S&P). 8. Kos Memorandum Of Transfer (MOT) Juga Dibiayai Pemaju. 9. Jalan Masuk Akan Dinaik Taraf. Kelebihan Lokasi Ini : 1. Lokasi Adalah Berada Di Jalan Utama Bandar Bangi Ke Bandar Baru Salak Tinggi Sepang dan Nilai. 2. Berdekatan Dengan UniKL MIAT. 3. Berdekatan Desa Vista. 4. Alamat Di Jalan Khusasi, Jenderam Hulu. 5. Mudah Ke Lokasi Ini Melalui Lebuhraya Plus Tol Bandar Southville, Lebuhraya Plus Tol Nilai & Jalan Dengkil - Putrajaya Melalui Jenderam Hulu. Harga : RM563,550 (Rumah Tengah). Hubungi : FADZIL Nombor Telefon : 011-23072362 Agensi: Nasir Sabaruddin Associates Sdn Bhd.P135 More info> https://t.me/FHproperties/3928 Whatsapps> wasap.my/601123072362/P135 (at Jenderam Sepang) https://www.instagram.com/p/Cm3FEn2PY_E/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
peguam · 3 years ago
Text
BAGAIMANA CARA UNTUK MELANTIK PEGUAM?
Kenapa anda perlu melantik peguam untuk sesuatu keadaan yang melibatkan pengaplikasian undang-undang? Bukankah lebih menjimatkan kos sekiranya anda memulakan tindakan undang-undang sendiri tanpa melibatkan peguam dan bayaran pelbagai kos guaman yang tinggi?
2. Peguam secara umumnya berfungsi untuk membantu Mahkamah dan juga anda mendapatkan hak anda sewajarnya. Keperluan untuk melantik peguam bagi mewakili anda adalah untuk melancarkan proses tuntutan hak anda melalui proses Mahkamah. Proses Mahkamah kadangkala melibatkan proses dan prosedur yang rumit dan ianya perlu dipatuhi mengikut masa-masa yang ditetapkan. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana proses ini boleh menyebabkan masalah kepada kes anda.
3. Peguam yang mahir dan berpengalaman pasti telah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan berkenaan dengan selok-belok undang-undang dan proses Mahkamah. Apatah lagi undang-undang dan proses Mahkamah adalah dua perkara yang tidak stagnan dan sentiasa berkembangmaju dari sehari ke sehari.
4. Kegagalan untuk memahami dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran untuk berurusan dengan perkara-perkara diatas, bukan sahaja boleh menyebabkan sesuatu tindakan di Mahkamah itu dibatalkan, bahkan boleh menyebabkan anda terpaksa membayar kos kepada pihak lain. Dengan adanya peguam, perkara-perkara ini boleh dielakkan.
5. Peguam yang amanah sudah tentu akan memastikan kes anda dikendalikan dengan baik dan sewajarnya. Peguam tidak boleh bersikap cuai di dalam mengendalikan kes anda kerana sekiranya peguam didapati cuai, seseorang peguam bukan sahaja boleh dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara malah boleh juga disaman di Mahkamah. Sekiranya dilantik dan yuran guaman dibayar sepenuhnya, seseorang peguam tidak mempunyai pilihan melainkan melaksanakan tanggungjawabnya dengan tertib.  
6. Dengan melantik seorang peguam, anda tidak perlu digusarkan dengan persoalan-persoalan seperti langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulakan sesuatu kes, menentukan Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk sesuatu tuntutan, pemformatan dan pemfailan kertas-kertas kausa dan pelbagai lagi isu-isu yang rumit dan kompleks untuk difahami.
7. Oleh yang demikian, sekiranya anda mempunyai pilihan maka langkah yang terbaik bagi anda adalah dengan melantik peguam (mana-mana peguam pilihan anda atau melalu Jabatan Bantuan Guaman yang berdekatan) untuk menguruskan kes anda di Mahkamah.
BAGAIMANA UNTUK LANTIK PEGUAM?
8. Persoalan ini mungkin kedengaran mudah dan leceh tapi ramai di luar sana yang tidak tahu bagaimana cara untuk melantik seorang peguam. Apatah lagi para peguam kadang-kadang kelihatan seperti agak sukar untuk didekati.
9. Pertama anda perlu tahu bagaimana untuk mencari peguam. Langkah yang terbaik adalah melalui internet samada melalui carian google atau pun media sosial. Google sahaja peguam dan diikuti dengan jenis kes anda; samada harta pusaka, perceraian, kontrak, saman fitnah dan sebagainya. Boleh juga cari peguam mengikut lokasi yang mudah bagi anda.
10. Selepas anda mendapat peguam yang anda inginkan, hubungi firma peguam tersebut dan aturkan sesi konsultasi dengan peguam yang terlibat. Sesi konsultasi ini selalunya akan ada bayaran minima mengikut ketetapan peguam tersebut. Dapatkan dahulu caj konsultasi sebelum bersetuju untuk sesi tersebut. Caj konsultasi ini kadangkala bergantung kepada pengalaman peguam. Peguam yang lebih berpengalaman lazimnya akan mengenakan caj mengikut pengalaman beliau.
11. Selepas bersetuju untuk adakan sesi konsultasi, apa yang anda perlu bawa bersama? Seeloknya bawa salinan kesemua dokumen-dokumen yang anda rasa perlu digunakan sebagai rujukan semasa sesi konsultasi tersebut.
12. Selepas mendapat nasihat daripada peguam, anda bolehlah menilai kembali kes dan tuntutan anda. Peguam akan memberikan pandangan sepintas lalu samada anda mempunyai kes yang baik ataupun tidak. Seorang peguam yang beretika selalunya tidak akan menyatakan peratusan kemenangan atau menjanjikan apa-apa kerana, di Mahkamah, apa sahaja boleh berlaku.
13. Sekiranya anda membuat pilihan untuk meneruskan tindakan di Mahkamah, boleh dapatkan sebut harga daripada peguam. Sebut harga ini selalunya adalah yuran atau fi guaman yang perlu anda bayar untuk 1) membuka fail 2)memulakan tindakan. Pastikan anda mendapatkan maklumat secukupnya berkenaan dengan yuran guaman dan apa-apa fi yang perlu dibayar bagi mengelakkan salah faham.
14. Selepas semua terma dan syarat perlantikan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, lazimnya anda perlu menandatangani Surat Perlantikan atau Waran Untuk Bertindak. Dokumen ini akan menyatakan perlantikan peguam, skop kerja dan akujanji untuk membayar fi guaman.
15. Yang paling penting, jangan lari dari membayar yuran guaman peguam anda kerana peguam berhak untuk tidak memulangkan dokumen-dokumen Mahkamah yang telah difailkan bagi pihak anda dan seterusnya menyaman anda.
https://www.norhafeezlaw.com/2020/10/melantik-peguam-kenapa-dan-bagaimana.html
0 notes
biswardi-hasbi · 6 years ago
Photo
Tumblr media
Ismail Sabri Desak Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara SHAH ALAM, 9 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendesak supaya Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.
0 notes
rosesarewardah-blog · 4 years ago
Text
My Journey
Hi Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya sebagai seorang Graduan Syariah & Undang-undang khusus berkenaan perjalanan saya untuk menjadi seorang Peguam Syarie yang bertauliah.
Tumblr media
Baiklah, pertama jika sebahagian pengalaman saya x sama dengan orang lain maka Saya minta maaf kerana setiap orang ade cabaran Dan pengalaman masing2 bergantung pada situasi Dan pilihan orang tu.
Catatan Saya ini lebih kepada perkongsian kepada sahabat-sahabat atau junior-junior yang baru sahaja bergelar graduan Dan ingin menjadi Peguam Syarie. Sebaik sahaja habis final semester, saya mulakan Langkah pertama dengan menjalani latihan dalam kamar di firma guaman di Temerloh berdekatan dengan rumah. Di sini, saya dibimbing dengan Lawyer Sivil & Syarie yg Otai yang sangat berpengalaman. Elaun saya selama 6 bulan ni adalah RM500 sebulan, amaun ini sebenarnya bergantung juga pada lokasi, workload dsb. Jika saya di Temerloh ini, memang sudah menjadi kebiasaan dengan amaun begitu. Tambahan pula kerja yang diberikan tidaklah membebankan saya sebaliknya saya banyak masa lapang dan banyak belajar sedikit demi sedikit berkenaan pliding, correspondence, cara manage sesebuah firma, liaise dengan Mahkamah, Pejabat Tanah & LHDN dan banyak lagi. Di sini boleh katakan saya masih dalam comfort zone, tidaklah banyak sangat cabaran yang perlu dihadapi. Maka disebabkan terlalu selesa lah, saya inginkan lebih cabaran. Saya mahu tambah lebih banyak pengalaman dan keluar dari Pahang.
Jadi, selepas 6 bulan saya pun bergerak secara solo berhijrah ke Cheras. Misi saya adalah untuk mendapatkan Sijil Peguam Syarie Wilayah & Pahang. Selepas interview yang lama, saya pun diterima bekerja sebagai Pembantu Peguam dengan gaji RM1200 kerana saya masih tiada sijil dan fresh graduate. Boleh dikatakan pada tahap ini, saya sudah bersyukur kerana ada juga firma yang boleh menjadi platform saya untuk grow dalam bidang guaman. Dalam masa yang sama, saya juga berharap selepas probation selama 3 bulan dapatlah kenaikan gaji setimpal dengan performance saya.
Tumblr media
Maka disinilah bermulanya perjalanan yang penuh suka duka, fulfilling banyak mengajar saya erti adulthood, bidang guaman dan kehidupan secara general. Ramai juga yang mengatakan saya lebih matang dan positif, saya andaikan ini semua kerana pengalaman saya disini. Permulaan, firma ini banyak mengendalikan kes conveyancing dan Syariah. Namun boleh dikatakan 60% daripanya adalah conveyancing kerana firma ini merupakan panel bagi DBKL maka banyaklah projek pindahmilik strata dan Perjanjian Jual Beli yang kami kendalikan. Bagi saya cabaran paling utama Graduan Syariah & Undang-undang adalah untuk mencari 1 firma yang sesuai dengan kelayakannya. Saya tidak nafikan ilmu conveyancing saya ini boleh kata agak sama dengan Syariah disebabkan pengalaman saya secara langsung diberikan kes-kes ini. Dengan ilmu-ilmu ini sebenarnya membantu saya juga dalam kes Syariah kerana saya lebih mengenali konsep pinjaman, milikan harta, jenis-jenis hartanah, proses pinjaman, pindahmilik atau kata lain Undang-undang Tanah.  Pada pendapat saya, sememangnya seorang Peguam Syarie perlu mempunyai pengetahuan dalam isu kehartaan ini, Peguam Syarie perlulah lebih terbuka, holistik dan lebih faham agar dapat membantu klien dan Mahkamah Syariah.
Tumblr media
Ada kalanya saya rasa buntu dan keliru juga apakah haluan saya kerana saya terlalu banyak mengendalikan kes conveyancing. Nak kata mahir dan punya kelayakan, tak juga. Nak kata mahir sangat dalam Syariah pun tak juga. Identiti saya agak samar ketika itu. Kelabu. Bukan hitam atau putih. Namun saya tahu pasti ada hikmahnya Allah takdirkan saya bekerja di sini, mendapat ilmu ini. Sebab apa? Tak semua dapat pengalaman free2 macamni. Jadi saya kini, boleh attend client untuk urusan jual beli dengan lancar, boleh buat A-Z dalam urusan jual beli ini dari mohon pinjaman perumahan, jadi lawyer untuk pinjaman, lawyer untuk penjual dan pembeli sampai serahkan kunci pada pembeli dan serahkan harga jual pada penjual. Semuanya pernah saya alami. Makin lama saya disitu, saya makin selesa dan boleh adapt dengan segala kes.
Walaubagaimanapun, cabaran saya di sini adalah gaji saya tidak berbaloi dan cukup-cukup makan sahaja sedangkan saya di Kuala Lumpur. Maklum sahajalah betapa tinggi kos sara hidup sedangkan saya ingin mengumpul duit untuk mengambil Diploma Lanjutan pula.
Maka saya pula start job hunting dengan harapan gaji saya 30% lebih daripada gaji di firma sebelum. Alhamdulillah saya dapat firma yang terletak di Jalan Klang Lama.
Baiklah saya akan sambung kisah perjalanan ini di posting seterusnya, :)
3 notes · View notes
rossidijalaludin · 3 years ago
Text
TAHUKAH ANDA?? APABILA BERLAKU KEMATIAN SEMUA HARTA AKAN DIBEKUKAN DAN TIDAK BOLEH DI PINDAHMILIK?
.
.
*Akta Probate & Pentadbiran 1959
❌Akaun Bank
❌ASB/ASN
❌KWSP
❌Tabung Haji
❌Rumah
❌Hartanah
❌Kereta / Motor
❌Lain-lain Instrument Kewangan
.
.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-
JOM DAFTAR SEKARANG HIBAH TAKAFUL
=-=-=-=-=-=-=-=-=-
.
.
✅Aset tunai untuk yang Tersayang
✅Pemberian mengikut Hasrst pemberi
✅Mengelesaikan Hutang yang di tinggalkan
✅Tidak boleh di tuntut oleh Waris lain
✅Mengelak perebutan Harta
✅Penggantian Pendapatan yang hilang
✅Tiada Kos guaman & makhamah
✅Bermula dari serendah RM60 sahaja
.
.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-
HUBUNGI ROSSIDI SEKARANG
=-=-=-=-=-=-=-=-=-
.
.
Tinggalkan Detail :
Nama :
Tarikh lahir :
Pekerjaan :
Status merokok :
.
.
Klik LINK ini untuk hubungi ROSSIDI
==> www.wasap.my/6011137089500/PakejTakaful
==> www.wasap.my/6011137089500/PakejTakaful
==> www.wasap.my/6011137089500/PakejTakaful
==> www.wasap.my/6011137089500/PakejTakaful
0 notes
sirkutmus · 4 years ago
Photo
Tumblr media
#NOTA 5 KOS TAMBAHAN BELI / BINA HARTANAH 1️⃣ BELI Hartanah 1) Kos Guaman 2️⃣ BINA Hartanah 1) Kos Guaman 2) Kos Pelan Arkitek 3) Kos Kemasukan Api TNB dan Air *Kos Guaman* Kos berdasarkan Nilai loan Dalam Perjanjian Jual Beli SNP ( sign and Purchase) *Kos Pelan Arkitek* Harga mengikut Keluasan Bangunan,Aturan Majlis kawasan. *Kos Kemasukan Api dan Air* Api TNB (Deposit Bayaran luar Bangunan ke bangunan) ~ Single Phase ~ Three Phase Air IWK/SPAN/NEGERI Kos Berdsarkan jarak dari Punca Pair Main Paip berdekatan sampai ke Tapak Bangunan. By Sir Kutmus Team Akademi A R V I N O _ G R O U P https://www.instagram.com/p/CLuIWTRMjsS/?igshid=10zobvp3w2mp7
0 notes
zaki-takafuladvisor · 4 years ago
Photo
Tumblr media
SUAMI AWESOME AKAN PASTIKAN KELUARGA TERSAYANG TIDAK JALANI HIDUP SUSAH . Dengan mendaftar Pelan Hibah bermula dari RM85/sebulan, Tuan dan Puan dapat sediakan Hibah (Hadiah) dalam bentuk wang pampasan. . SANGAT SESUAI BAGI YANG: + UMUR 20 TAHUN KEATAS + TIADA SAKIT KRITIKAL . SIAPA PERLU AMBIL HIBAH? - Ketua keluarga. - Orang yang banyak hutang (kad credit, personal loan, rumah, kereta, PTPTN) - Tunggak Keluarga - Ada anak angkat/tak sah taraf/OKU. - Tiada anak lelaki cuma anak perempuan sahaja. - Bujang yang menanggung keluarga. - Punya Syarikat/Share partner - Ibu tunggal. - Punya harta pusaka yang nilai tinggi. . KELEBIHAN HIBAH: - 100% milik waris/penama - Tidak boleh dicabar oleh waris lain - Proses yang cepat, tidak melibatkan kos guaman/ makamah. - Pendapatan berterusan. - Dana pendidikan anak-anak - Modal urus harta pusaka. - Upah haji / Wakaf / Qurban - Nafkah keluarga/sara diri. - Simpanan. - Perlindungan kemalangan & Cacat Kekal menyeluruh. . Takaful tak perlu membebankan. Saya akan ceritakan apa yang anda perlu tahu. Mari saya tolong assist kan coverage utk anda. Free consultation. #KEBEmpire #IncomeProtectionRM85 #alczurichtakaful #road2hokkaido (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CLtu25iMYS6/?igshid=z2x7eruvygny
0 notes
fhproperties · 2 years ago
Photo
Tumblr media
Banglo Satu Tingkat untuk dijual di Pondok Moden, Al-Jenderami, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor. Detail : Jika Pembeli Tunai : Teruskan. Jika Pembeli Pinjaman Bank/ Lppsa : Mohon Pinjaman Tanah Dahulu. Sehingga Nama Pembeli Dimasukkan Ke Geran. Selepas Itu Mohon Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri. Jenis : Banglo Satu Tingkat. Jumlah : 4 Unit Sahaja. Tenure : Freehold Malay Reserve. Jumlah Bilik Tidur : 4. Jumlah Bilik Air : 4. Luas Tanah : 5210 Sqf (Lot tengah/ unit tengah). Built Up : 1752 Sqf. Kelebihan Bango Ini : 1. Rekabentuk Gaya Moden. 2. Pembeli Boleh Gunakan Pinjaman Bank. 3. Pembeli Sektor Awam Boleh Gunakan Pinjaman LPPSA 4. Tidak Banjir. 5. Infra Disedian Seperti Bekalan Elektrik, Air & Sebagainya. 6. Rumah Berpagar Sesuai Dengan Citarasa Banglo Moden. 7. Percuma Kos Guaman Perjanjian Jual Beli (S&P). 8. Kos Memorandum Of Transfer (MOT) Juga Dibiayai Pemaju. 9. Jalan Masuk Akan Dinaik Taraf. Kelebihan Lokasi Ini : 1. Lokasi Adalah Berada Di Jalan Utama Bandar Bangi Ke KLIA 2. Dalam Kawasan Pondok Moden Al-Jenderami Yang Terkenal. 3. Berdekatan Dengkil. 4. Alamat Di Daerah Sepang. 5. Mudah Ke Lokasi Ini Melalui Lebuhraya Plus Tol Bandar Southville, Lebuhraya Plus Tol Nilai & Jalan Dengkil - Putrajaya Melalui Jenderam Hulu & Jenderam Hilir. Harga : RM 610 670 (Rumah Tengah). Hubungi : FADZIL Nombor Telefon : 011-23072362 Agensi: Nasir Sabaruddin Associates Sdn Bhd.P134 More info> https://t.me/FHproperties/3921 Whatsapps> wasap.my/601123072362/P134 (at Jenderam Sepang) https://www.instagram.com/p/Cm1YlQVPBwQ/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
peguam · 3 years ago
Text
JENIS BAYARAN KEPADA PEGUAM
Perkara yang paling merisaukan seseorang sebelum bertemu dengan seorang peguam adalah bayaran peguam yang akan dikenakan. Ada peguam yang mengenakan bayaran yang mahal dan ada juga yang tidak mengenakan sebarang bayaran. Namun apakah jenis-jenis bayaran kepada peguam?
2. Anda perlu tahu dan bersedia untuk membayar jenis- jenis bayaran peguam yang perlu dibayar bagi memastikan apa yang anda bayar itu bertepatan dengan khidmat peguam yang anda perolehi.
JENIS BAYARAN KEPADA PEGUAM
3. Secara lazimnya, anda perlu tahu bahawa bayaran yang perlu dibuat kepada sesebuah firma guaman ataupun kepada seseorang peguam yang mengendalikan kes anda terbahagi kepada 3 jenis.
i. Yuran Guaman
ii. Yuran Penyelenggaraan/Belanja Hangus
iii. Cukai Perkhidmatan
i) YURAN GUAMAN
4. Ini adalah bayaran yang sering kita dengar. Yuran Guaman ataupun "legal fees" adalah bayaran ataupun upah kepada peguam untuk menjalankan tindakan bagi pihak anak guam. 5. Ianya termasuklah upah untuk membuka fail, meneliti dokumen, memberikan nasihat undang-undang dan apa sahaja tindakan peguam yang memerlukan kepakaran dan kefahaman peguam berkenaan dengan undang-undang.
6. Yuran Guaman bagi sesuatu kes sivil sebagai contoh, tidak dikawal selia secara khusus oleh undang-undang. Ianya berbeza dengan yuran guaman bagi sesuatu kes pembelian hartanah, sebagai contoh, yang dikawal selia oleh Kaedah-Kaedah/Perintah Saraan Peguamcara 2016. 7. Yuran Guaman untuk kes Hartanah, terdapat formula yang perlu diikuti oleh peguam dan beliau tidak dibenarkan untuk mengenakan yuran sesuka hati ataupun memberikan diskaun melebihi kadar yang ditetapkan.
8. Ini bermakna yuran guaman untuk kes-kes sivil, jenayah, korporat atau syariah adalah bergantung kepada budi bicara, perbincangan dan persetujuan di antara peguam dengan anak guam.
9. Budibicara untuk menetapkan kadar Yuran Guaman sesuatu kes sivil ataupun jenayah, sebagai contoh, selalunya bergantung, di antara lainnya, kepada i) kemahiran dan pengalaman peguam ii) jenis dan tahap kerumitan kes iii) jenis dan jumlah dokumentasi iv) masa yang diperlukan dan v) bidangkuasa Mahkamah.
10. Sebagai contoh, sesebuah kes yang difailkan di Mahkamah Tinggi selalunya memerlukan yuran guaman yang tinggi berbanding dengan kes-kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen.
11. Kes-kes yang melibatkan fakta yang rumit, dokumen yang banyak dan kemahiran serta pengalaman yang tinggi juga kadangkala memerlukan yuran yang lebih tinggi.
ii) YURAN PENYELENGGARAAN/BELANJA HANGUS
12. Yuran Penyelenggaraan ataupun belanja hangus adalah bayaran yang dikenakan keatas anak guam, selalunya, bagi menampung kos-kos pemfailan di Mahkamah termasuklah kos-kos yang perlu dikeluarkan oleh peguam samada kepada Mahkamah atau pihak ketiga (Jabatan Insolvensi atau Jabatan Pendaftaran Negara sebagai contoh) bagi maksud menguruskan kes-kes bagi pihak anak guam.
13. Yuran Penyelenggaraan adalah berbeza dengan Yuran Guaman kerana, di mana Yuran Guaman adalah upah untuk menjalankan kes bagi pihak anak guam, Yuran Penyelenggaraan adalah "out of pocket expenses" ataupun belanja hangus yang selalunya didahulukan oleh peguam bagi pihak anak guam mereka dan akan dibilkan kemudian.
14. Kos-kos untuk belanja hangus ini selalunya telah ditetapkan, samada oleh Mahkamah atau mana-mana institusi yang berurusan dengan seseorang peguam itu.
15. Bagi membolehkan sesuatu kes itu diuruskan dengan lancar, kos-kos penyelenggaraan atau belanja hangus ini memang tidak dapat dielakkan.
iii) CUKAI PERKHIDMATAN
16. Cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh Kerajaan. Setakat rencana ini ditulis Cukai Perkhidmatan SST yang dikenakan oleh kerajaan adalah pada kadar 6%. Cukai Perkhidmatan ini selalunya akan dikira berdasarkan jumlah Yuran Guaman yang dikenakan.
17. Adalah amat penting bagi seseorang anak guam untuk memahami jenis-jenis bayaran guaman yang perlu dibuat bagi mengelakkan sebarang salah faham di antara anak guam dengan peguamnya apabila menerima bil kelak. 18. Pada kebiasaannya, sebutharga yang diberikan oleh seseorang peguam hanya meliputi Yuran Guaman dan tidak termasuk Yuran Penyelenggaraan dan Cukai Perkhidmatan.
19. Dapatkan perincian yang jelas daripada peguam anda berkenaan anggaran kos bagi setiap satu bayaran-bayaran yang perlu dikeluarkan.
20. Ini adalah bagi membolehkan anda merangka perbelanjaan untuk kes anda dan supaya anda tidak dikejutkan dengan bil-bil yang dihantar oleh peguam anda.
21. Sekiranya amaun yuran guaman telah dipersetujui, buatlah bayaran di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh peguam anda untuk mengelakkan sebarang masalah berhubung dengan fail anda di Mahkamah. 22. Kegagalan membuat bayaran boleh menyebabkan peguam tidak dapat meneruskan perkhidmatannya bagi pihak anda, ataupun kelewatan untuk melakukan tindakan yang sepatutnya dilakukan dan menahan akses terhadap sebarang dokumen di dalam simpananya sehinggalah baki yuran guaman dijelaskan.
https://www.norhafeezlaw.com/2020/09/kos-guaman-jenis-jenis-caj-dan-kos.html
0 notes
herokita · 4 years ago
Link
“Boleh lagi ke dapat rumah pada harga yang murah zaman sekarang ni?” Ini dia persoalan yang Tok percaya, tersemat dalam hati ramai orang. Jawapan mudah Tok, ya. Kita masih boleh dapatkan rumah pada harga yang murah. Cuma, ia bergantung kat kemampuan kewangan diri kita sendiri. Sebab kapasiti kewangan adalah perkara utama yang akan tentukan kemampuan kita membeli rumah dalam sesuatu kawasan itu. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca perkongsian Tuan Najib Mohamed pasal topik ni. Ramai yang bertanya kepada saya. Macam mana nak beli rumah pada harga yang murah? Bagi saya soalan itu terlalu subjektif. Definisi “murah” berlainan untuk setiap orang. Ada orang kata RM1 juta masih murah, dan ada juga orang kata RM300,000 pun dah mahal. Apa-apa pun, saya akan tanya kembali. Berapa bajet tuan @ puan? Semuanya bermula dengan bajet anda Daripada bajet, kita akan dapat tahu beberapa indikator lain yang bersesuaian dengannya seperti lokasi dan jenis rumah. Jangan pula nak beli kondominium, bajet hanya RM200,000, tapi nak lokasi di sebelah KLCC. Walau berapa pun bajet korang, kita perlu pastikan lokasi pembelian kita dalam keadaan yang terbaik. Cukup kemudahan asas seperti sekolah, kedai-kedai dan jalan keluar masuk yang mudah. Pastikan pengaruh-pengaruh negatif yang akan membawa impak di kawasan terbabit seperti loji, kawasan penternakan ayam, atau kilang pelupusan bahan kimia. Kalau korang nak membeli sesuatu hartanah, kita perlu pastikan kita membuat keuntungan pada setiap urusan yang dibuat. Terdapat 3 fasa yang perlu ada kita buat untung: Semasa pembelian hartanah – beli rumah murah di bawah harga pasaran, Semasa memiliki hartanah – menyewakan rumah lebih daripada jumlah bayaran bulanan bank dan kos sampingan. Hasilnya, korang akan mendapat aliran tunai positif setiap bulan, Semasa penjualan hartanah – Daripada kenaikan harga hartanah lebih dari harga pembelian. Keuntungan setimpal apabila sudah ditolak kos CHKT, kos guaman dan lain-lain. 1) Buat survey di laman sesawang jualan hartanah seperti iproperty, propertyguru.com.my, mudah.my, propwall dan sebagainya. Kaji dan selidik rumah, keluasan, di taman yang serupa dan dapatkan range harga di situ. Jika rata-rata rumah di lokasi/apartmen pilihan korang dalam lingkungan RM275,000 – RM290,000, dan hanya terdapat satu listing yang berharga RM260,000, kita boleh anggarkan rumah tersebut murah berbanding yang lain dan berkemungkinan bawah dari nilai bank, bank value (BV). Cara ini mungkin kurang tepat. Tapi boleh digunapakai untuk dapatkan info dengan cepat. 2) Tanya perunding hartanah yang sudah biasa dengan lokasi pilihan. Mereka boleh dapat anggaran bank value (BV) dan market value (MV). Mereka ada networking yang luas dengan banker dan valuer, malah mereka boleh tolong carikan hartanah yang bersesuaian dengan bajet kita. 3) Lagi bagus kalau korang ada rakan jurunilai (valuer). Mereka sebenarnya yang berhak meletakkan nilai pasaran di sesuatu tempat. Ini kalau korang ada kawan valuer. Kalau tak ada, jangan pula terus terjah dan tanya nilai pasaran. Biasanya mereka jarang layan. Mereka pun ada banyak kerja nak dibuat . Bila korang dah dapat berapa bank value (BV) atau market value (MV), sekurang-kurangnya korang dah boleh buat pengiraan untuk pembelian rumah. Kita ambil satu contoh: Sebuah apartmen X di kawasan Kajang. Harga pasaran = RM290,000. Harga jualan = RM260,000. Melalu pengiraan, apartmen ini lebih kurang 10% lebih rendah dari nilai pasaran. Ini bermakna, kalau korang tak mempunyai atau baru sahaja memiliki sebuah rumah, korang masih lagi boleh buat 90% pinjaman dari nilai pasaran, dan boleh beli rumah tanpa downpayment. Tapi tak bermaksud, korang tak perlu keluarkan duit satu sen pun. Apabila persetujuan antara penjual dan pembeli dimetrai, kita hendaklah membayar booking sebanyak 3% daripada harga jualan kepada agensi hartanah (jika menggunakan khidmat agensi hartanah). Kemudian, minta kebenaran penjual untuk menggunakan harga pasaran di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) nanti. Berikut adalah kiraan kasar yang akan berlaku: Harga belian = RM260,000, Booking fee (3%) = RM260,000 X 3% = RM7,800, Harga dalam S&P (Perjanjian Jual Beli) = RM290,000, MOF (Margin of Finance) = RM290,000 X 90% = RM261,000. Peguam akan membuat perjanjian tambahan untuk harga jual beli yang sebenar iaitu RM260,000. Pastikan pinjaman korang dah lepas, baru korang boleh tandatangan perjanjian jual beli ini. Korang boleh cuba berbincang dengan tuan rumah agar baki deposit 7% akan dibayar selepas pinjaman dikeluarkan. Kalau tak, korang perlu membayar RM18,200 semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli tu. Kalau penjual masih lagi mempunyai baki pinjaman sebanyak RM200,000, selepas beberapa bulan (bergantung pada status hartanah, pegangan bebas (freehold) atau pajakan (leasehold)), bank pinjaman korang akan membayar baki pinjaman tersebut kepada bank penjual. Bank pinjaman korang akan membayar wang lebihan (Jumlah Pinjaman – Baki pinjaman Penjual) dekat peguam yang mewakili kita. Wang yang peguam akan dapat = RM261,000 – RM200,000 = RM61,000. Tugas peguam pula, akan membahagikan wang itu dekat penjual dan pembeli (kalau terdapat sebarang lebihan). Baki pembelian = RM261,000 – RM260,000 = RM1,000, Wang yang dibayar kepada penjual = RM60,000 – RM26,000 = RM34,000, Wang yang dibayar kepada pembeli = RM26,000 + RM1,000 = RM27,000 (ini adalah bayaran deposit 10% yang korang bayar sebelum ini). NOTA: Kiraan ini adalah pengiraan secara mudah, tanpa memasukkan beberapa kos sampingan seperti yuran guaman dan duti setem, serta perbelanjaan sampingan yang selalunya ditolak oleh peguam sebelum membayar kepada penjual seperti cukai pintu, kos penyelenggaraan, dan sebagainya. — Tok harap, perkongsian ini dapat menambah ilmu pelaburan hartanah korang. Bagi yang baru nak bermula, Tok suggest korang kumpul ilmu macam ni dulu sebelum buat apa-apa tindakan. Baru korang boleh melabur dengan yakin dan bunuh ketakutan yang menghalang korang daripada bertindak. Semoga berjaya, Tok doakan. HEROKITA.com | Digital Talents On Demand Source link
0 notes
sirkutmus · 4 years ago
Photo
Tumblr media
"JANGAN TERPEDAYA" Dalam pembelian Hartanah anda memerlukan ilmu yang lengkap dan detail dalam pengurusan hartanah guaman,pinjaman,jurukur,pelan arkitek kerana semua melibatkan kos kepada anda,kami disini @arvinoproperties_hq akan detailkan kepada anda semua,tiada kos tersembunyi,sbb kami tahu anda tak suka bila keluar kos tambahan yang tak dijangka. *5 SEBAB WAJIB* Anda Harus Bina Rumah/Hartanah anda dengan kami 👇 *[1] KUALITI BINAAN* mengikut Spesifikasi JKR dan sirim *[2]* Kami *BERPENGALAMAN* Melebihi *10 TAHUN* dalam pembinaan *[3]* Harga ditawarkan *PALING MURAH* dalam pasaran Pakej *RM53K* *[4] KEPAKARAN URUS*, Kami Urus dari A sampai Z urusan Pecah Tanah, Pelan Arkitek, Pinjaman, Pembinaan dan Serah Kunci kepada anda *[5] TESTIMONI* dan *FEEDBACK PUAS HATI* semua dari pelanggan kami Klik link di bawah untuk terus *Whatsapp* pada kami: 📲 http://www.wasap.my/601115752125/Binarumah 📲 http://www.wasap.my/601115752125/Binarumah 📲 http://www.wasap.my/601115752125/Binarumah Kunjungi kami di: *📌Pejabat Terengganu:* Tingkat 1, Wisma Armon, Jalan Kamaruddin, Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. *📌Pejabat Kelantan:* Lot PT265, Tingkat 1, Wisma Nik Kob, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. *📌Pejabat Perak:* No 17A, Laluan Meru Indah G1 Gerbang Meru Indah, 30020 Ipoh Perak Darul Ridzuan. *📌Pejabat Negeri Sembilan:* 564-2 Jalan Haruan 4/7, Oakland Industrial Park, 70300, Seremban, Negeri Sembilan. (at Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CKbYeQqr7bt/?igshid=1or7rvdoy5t6x
0 notes
kerahlekung · 5 years ago
Text
Cakap Clare boleh dipakai dari cakap Ostad Hadi...
Cakap Clare boleh dipakai dari cakap Ostad Hadi....
youtube
Video starts at 9.15min onwards...
Bukan RM1.4 juta tapi RM14.7 juta 
kos Hadi tarik balik saman..
Penyunting Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown malam tadi dalam sebuah rancangan perbincangan yang dihoskan oleh aktivis Iswardy Morni, mendedahkan bahawa presiden PAS Abdul Hadi Awang dikenakan bayaran sebanyak 2.5 juta pound (RM13.3 juta) oleh firma perundangan British dalam usaha mengejar tuntutan saman fitnah yang gagal terhadapnya pada tahun 2019. Jumlah bayaran itu adalah tambahan kepada RM1.4 juta yang dibayar untuk penyelesaian di luar mahkamah sebagai kos biaya undang-undang Rewcastle-Brown, ketika anggota parlimen Marang itu menarik balik saman fitnahnya ke atas laporan portal tersebut yang telah mendedahkan bahawa UMNO  memberi sejumlah wang besar kepada PAS  sebelum pilihan raya umum 2018. Ringkasnya kos guaman lawyer Hadi £2.5 juta (RM13.3 juta) + RM1.4 juta bayar Kos kepada Clare Rewcastle Brown = RM14.7 juta Seperti petikan video di atas, Rewcastle-Brown menjelaskan bahawa bertentangan dengan dakwaan Hadi bahawa PAS telah memenangi kes tersebut, padahalnya kes itu tidak pernah sampai di mahkamah pun. Persoalannya kalau Hadi menang, kenapa dia kena bayar Clare? “Bahkan mereka melarikan diri sebelum sampai di mahkamah. Oleh itu, jika mereka mengatakan bahawa mereka menang kes ini, biarlah orang ramai mengadilinya secara yang waras, "katanya.
Sarawak Report pada 2018 telah mendedahkan bahawa bayaran berjuta-juta ringgit telah disalurkan kepada PAS sebagai bayaran deposit untuk 160 calon parlimen PAS. PAS bertanding di 196 kawasan parlimen pada pilihan raya 2018.  Rewcastle-Brown mengulangi bahawa dia menyimpan bukti2 dokumen mengenai transaksi tersebut yang menunjukkan berlakunya aliran dana dari UMNO ke akaun politik PAS. PAS sehingga selepas pilihan raya umum 2018 menjadi parti pembangkang, sementara UMNO mengetuai gabungan Barisan Nasional yang memerintah. Parti Islam telah menyatakan dalam kenyataan umumnya bahawa ia tetap menjadi parti pembangkang yang menentang UMNO.
Bukti2 dokumentari, menurut Rewcastle-Brown, menunjukkan bahawa kedua-dua pihak bekerjasama, dengan Hadi yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya gabungan Barisan Nasional itu menang. Hadi dan PAS telah mempertikaikan dakwaan Rewcastle-Brown, walaupun menurut maklumat2 risikan tempatan menyatakan sejumlah RM90 juta telah disogokkan untuk melunaskan penentangan PAS terhadap UMNO. PAS menipu kata dia tak terima duit dari UMNO?
Akhirnya, pakatan PAS dan UMNO menjadi realiti sebagai satu gabungan longgar yang dinamakan Muafakat Nasional, dibentuk tahun lalu. (Terjemahan daripada article "RM14.7M the total cost of Hadi's defeat to Rewcastle Brown" terbitan talkedabout.org) - TS
Tumblr media
Ini bukti bayaran RM 1.4 juta wujud...
Nak tutup penipuan punya pasal sanggup keluarkan £2.5 juta (RM13.3 juta) lagi untuk kos guaman selain terpaksa bayar RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown. Kalau PAS tak ambik dedak UMNO, kenapa bayar kos SR RM13.2juta? Persoalannya, dari mana datangnya wang £2.5 juta itu? Setakat kutipan menerusi tin Milo saja tak cukup... - f/bk
youtube
youtube
youtube
Kalau Reza tak curi, kenapa pulangkan RM465juta?...
Four states down, three more to go...
Johor, Perak, Malacca and Kedah have fallen. That’s four down. Should anyone be surprised that Negri Sembilan, Sabah and Selangor are on Perikatan Nasional’s next “hit list”? That’s three more to go. 'Tis the season for turncoats and traitors, or frogs or katak, as they are better, and more despicably, known locally. To me, they are nothing but parasites and low-life politicians who have no business being in the honourable profession we call politics. How did we end up with such miserable, wayward characters in our august legislative chambers? Did we just wake up from a bad dream? Believe me, PN is hungry for more. I do not have an iota of doubt that Prime Minister Muhyiddin Yassin will now show no mercy. He is no longer the “voice of reason” or the loyal deputy to Dr Mahathir Mohamad we thought he was. Didn’t we hear Mahathir recalling how, on that fateful day of Feb 24, Muhyiddin told him that “principles are not important, this is politics”? Neither do I think Muhyiddin has any conscience left in him, even as he has conceded that “this is not the government you voted for”. It has been said that “Power changes people, not necessarily for the better”; and I must add that “it’s for the worst, in most cases”. Muhyiddin, who we now know wanted to be prime minister even before GE14, is such a classic case. He has the coveted job in the bag now and he will do whatever it takes to keep it. It’s also valid and true, in the Malaysian context, that when some have power, they do not know how to handle it. Ask Pakatan Harapan what the hell happened when they were in power. I hope Harapan leaders have now awakened from their drunken stupor, after being intoxicated with power for 22 months. Isn’t it a real shame that they didn’t even know what hit them? My fair warning to Harapan leaders Today, I wish to register my fair warning to Harapan leaders in Negri Sembilan and Selangor as well as Parti Warisan in Sabah. Watch your back. PN daggers are sharpened and ready for the kill. There are traitors in your midst. By now, you should know who they are. Johore was the first state to fall after the backdoor PN government took office on March 1. This was followed by Malacca and Perak. Kedah was the latest state to be hijacked this past week, with poor Mukhriz Mahathir being shown the door of the menteri besar’s office for the second time in four years. I hope Negri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun will be better prepared and learn from the Kedah debacle. On May 18, members of the Negri Sembilan state executive council reiterated their support for him following talk that some Harapan assemblymen were planning to jump ship.
Aminuddin (above) must bear in mind what Mukhriz had revealed in his farewell press conference on May 17: about being deeply hurt after “friends” betrayed him. Mukhriz said the state reps had earlier pledged their support for him to continue as menteri besar until the end of his term in 2023. Didn’t I say previously that, in politics, trust no one, not even yourself! The domino effect following the collapse of four Harapan state governments over the past three months cannot be ruled out. The fall of the four states was, in fact, a domino effect after the Harapan federal government collapsed in late February. It must be noted that the four states which were toppled were ruled by Harapan with a marginal majority. Kedah and Malacca had only a two-seat majority under Harapan. Although Negeri Sembilan has a larger four-seat majority, Aminuddin must keep his team on a tight leash. Where there are Bersatu and PKR representatives? Nothing can be as certain as night and day. The same is true of Selangor. I would think that the DAP and Amanah state representatives are unlikely to jump ship, but the same cannot be said of those from Bersatu and PKR. There is also the Azmin Ali factor in Selangor, which Harapan must be wary of. Selangor Menteri Besar Amirudin Shari got his plum job via Azmin and there is little doubt where his loyalty lies. Many were surprised that Amirudin decided to stay loyal to Harapan – but it could be because the MB’s post was too big a sacrifice to let go. Or he could just be buying time – for the ultimate betrayal, perhaps. Harapan should do well to keep a close eye on the menteri besar because you will never know when the shrewd and ruthless Azmin will make his move on Selangor. In Sabah, Chief Minister Mohd Shafie Apdal is also getting the jitters. In a state synonymous with political frogs, the likelihood of crossovers should not be dismissed. As in Negeri Sembilan, Harapan state representatives have also pledged their support and loyalty to Shafie in recent days, an indication that the state government is also on shaky ground. Then, there is also talk of unhappiness among Sabahans with certain Warisan leaders who were once investigated for corruption. One positive sign on Warisan’s side is that many had also praised Shafie’s stand to stick with his Harapan allies, noting that it was the honourable thing to do as it is in keeping with the people’s GE14 mandate. These are uneasy and turbulent times for Malaysian politics. After all that had happened since February, nothing in politics should surprise us at all. Will you be surprised if more states are swallowed up by PN? I’ll not be. - Francis Paul Siah,mk
Tumblr media Tumblr media
cheers.
Sumber asal: Cakap Clare boleh dipakai dari cakap Ostad Hadi... Baca selebihnya di Cakap Clare boleh dipakai dari cakap Ostad Hadi...
0 notes
fhproperties · 2 years ago
Photo
Tumblr media
Banglo Satu Tingkat untuk dijual di Pondok Moden, Al-Jenderami, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor. Detail : Jika Pembeli Tunai : Teruskan. Jika Pembeli Pinjaman Bank/Lppsa : Buat Pinjaman Tanah Dahulu. Selepas Nama Dimasukkan Ke Geran Barulah Buat Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri. Jenis : Banglo Satu Tingkat Jumlah : 5 Unit Sahaja Tenure : Freehold Malay Reserve. Geran : Geran Individu Jumlah Bilik Tidur : 4 Jumlah Bilik Air : 3 Luas Tanah : 4564 Sqf (Lot tengah/ unit tengah). Built Up : 1666 Sqf. Kelebihan Bango Ini : 1. Rekabentuk Gaya Moden. 2. Pembeli Boleh Gunakan Pinjaman Bank. 3. Pembeli Sektor Awam Boleh Gunakan Pinjaman LPPSA 4. Tidak Banjir. 5. Infra Disedian Seperti Bekalan Elektrik, Air & Sebagainya. 6. Rumah Berpagar Sesuai Dengan Citarasa Banglo Moden. 7. Percuma Kos Guaman Perjanjian Jual Beli (S&P). 8. Kos Memorandum Of Transfer (MOT) Juga Dibiayai Pemaju. 9. Jalan Masuk Akan Dinaik Taraf. Kelebihan Lokasi Ini : 1. Lokasi Adalah Berada Di Jalan Utama Bandar Bangi Ke KLIA 2. Dalam Kawasan Pondok Moden Al-Jenderami Yang Terkenal. 3. Berdekatan Dengkil 4. Alamat Di Daerah Sepang. 5. Mudah Ke Lokasi Ini Melalui Lebuhraya Plus Tol Bandar Southville, Lebuhraya Plus Tol Nilai & Jalan Dengkil - Putrajaya Melalui Jenderam Hulu & Jenderam Hilir. Harga : RM 568 820 (Rumah Tengah) Hubungi : FADZIL Nombor Telefon : 011-23072362 Agensi: Nasir Sabaruddin Associates Sdn Bhd.P133 More info> https://t.me/FHproperties/3912 Whatsapps> wasap.my/601123072362/P133 (at Bandar Baru Bangi) https://www.instagram.com/p/Cm0-GvRvd6H/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
peguam · 3 years ago
Text
JENIS-JENIS KOS GUAMAN / FEE PEGUAM
JENIS BAYARAN KEPADA PEGUAM
Berapakah kos perkhidmatan peguam? Perkara yang paling merisaukan seseorang, sebelum bertemu dengan peguam pada tahun 2022 ini, sudah tentu adalah berkenaan bayaran, caj atau fi guaman peguam yang akan dikenakan untuk sesuatu kes.
Ada peguam yang mengenakan bayaran yang mahal dan ada juga yang tidak mengenakan sebarang bayaran. Namun, apakah jenis-jenis bayaran yang lazimnya perlu dibuat kepada peguam untuk mendapatkan perkhidmatannya?
1. Bayaran peguam, kadangkalanya, adalah  satu isu yang boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak difahami dengan betul. Kekeliruan ini kerapkali menyebabkan salah faham dan kadangkala hingga berlakunya pertengkaran di antara peguam dan anak guamnya. Bahkan sehingga proses saman menyaman.
2. Dengan memahami bayaran dan juga kos-kos yang terlibat sebelum anda memulakan apa-apa tindakan undang-undang melalui peguam anda, tidak akan ada sebarang kekeliruan lagi berkenaan dengan bayaran-bayaran peguam yang perlu anda bayar kepada peguam anda.
JENIS BAYARAN KEPADA PEGUAM
3. Adalah amat penting untuk anda ambil maklum bahawa bayaran yang perlu dibuat kepada kepada seseorang peguam yang mengendalikan kes anda, secara lazimnya terbahagi kepada 3 jenis bayaran. Bayaran-bayaran itu adalah:
Yuran Guaman
Yuran Penyelenggaraan/Belanja Hangus
Cukai Perkhidmatan
i) YURAN GUAMAN
APA ITU YURAN GUAMAN, CAJ GUAMAN ATAU FI GUAMAN?
4. Ini adalah jenis bayaran yang seringkali kita dengar. Yuran, caj atau fi guaman ataupun "legal fees" adalah bayaran yang dikenakan oleh peguam untuk mewakili dan menjalankan tindakan bagi anda. Dalam bahasa mudahnya, yuran guaman ini adalah upah peguam.
5. Bayaran yuran guaman ini termasuklah upah untuk membuka fail, meneliti dokumen, memberikan nasihat undang-undang dan apa sahaja tindakan peguam yang memerlukan kepakaran dan pengalaman peguam berkenaan.
PERBEZAAN CAJ PEGUAM HARTANAH DENGAN PEGUAM JENAYAH ATAU SIVIL
6. Yuran guaman bagi sesuatu kes sivil sebagai contoh, tidak dikawal selia secara khusus oleh undang-undang. Ianya berbeza dengan yuran guaman bagi sesuatu kes pembelian hartanah, sebagai contoh, yang dikawal selia oleh Kaedah-Kaedah/Perintah Saraan Peguamcara 2016. 7. Untuk yuran guaman bagi kes-kes jual beli Hartanah, Kaedah-Kaedah/Perintah Saraan Peguamcara telah menetapkan formula yang wajib diikuti oleh peguam di dalam menetapkan yuran guaman yang akan dikenakan ke atas anak guamnya.
8. Peguam di dalam kes jual beli hartanah tidak dibenarkan sama sekali untuk mengenakan yuran sesuka hati, ataupun memberikan sebarang diskaun melebihi kadar yang telah ditetapkan oleh undang-undang.
9. Ianya berbeza dengan kes-kes selain kes jual beli hartanah. Yuran guaman untuk kes-kes sivil, jenayah, korporat atau syariah  bergantung sepenuhnya kepada budi bicara, perbincangan dan persetujuan di antara peguam dengan anak guam.
BUDIBICARA DAN PERSETUJUAN PEGUAM - ANAK GUAM
10. Budibicara untuk menetapkan kadar yuran guaman sesuatu kes sivil ataupun jenayah, sebagai contoh, kebiasaanya bergantung kepada kemahiran dan pengalaman peguam, jenis dan tahap kerumitan kes, jenis dan jumlah dokumentasi atau saksi, masa yang diperlukan dan juga bidangkuasa Mahkamah.
11. Sebagai contoh, sesebuah kes yang difailkan di Mahkamah Tinggi selalunya memerlukan yuran guaman yang tinggi berbanding dengan kes-kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen. Kes-kes yang melibatkan fakta yang rumit, dokumen yang banyak dan kemahiran serta pengalaman yang tinggi juga kadangkala akan menyebabkan yuran guaman menjadi tinggi.
ii) YURAN PENYELENGGARAAN/BELANJA HANGUS
APA ITU YURAN PENYELENGGARAAN?
12. Yuran penyelenggaraan, ataupun belanja hangus, di dalam satu kes sivil adalah bayaran yang dikenakan keatas anak guam, bagi menampung kos-kos pemfailan dokumen-dokumen di Mahkamah dan juga kos-kos sampingan yang ditanggung oleh Peguam.
13. Apa yang dimaksudkan dengan kos-kos pemfailan dokumen-dokumen di Mahkamah? Anda perlu tahu bahawa bagi setiap dokumen yang perlu difailkan, Mahkamah akan mengenakan bayaran kepada setiap satu dokumen tersebut.
14. Writ Saman, Pembelaan, Notis Rayuan adalah contoh-contoh dokumen dimana yuran pemfailan perlu dibayar ke Mahkamah sebelum pemfailannya diterima. Pembayaran-pembayaran ini akan dicaj kembali kepada anda sebagai yuran penyelenggaraan.  
15. Yuran penyelenggaraan ini termasuk juga kos-kos yang perlu dibayar oleh peguam kepada mana-mana pihak ketiga seperti Jabatan Insolvensi, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan lain-lain lagi, bagi maksud untuk menguruskan kes anda.
16. Apa pula kos-kos sampingan yang ditanggung oleh peguam? Secara lazimnya, ianya adalah kos perjalanan, kehadiran Mahkamah, penginapan, cetakan dan fotostat, penyerahan dokumen dan sebagainya.
BEZA YURAN GUAMAN DENGAN YURAN PENYELENGGARAAN
17. Yuran penyelenggaraan adalah berbeza dengan yuran guaman. Jika Yuran guaman adalah upah untuk menjalankan kes bagi pihak anak guam, maka Yuran Penyelenggaraan adalah "out of pocket expenses" ataupun belanja hangus.
18. Bagi membolehkan sesuatu kes itu diuruskan dengan lancar, kos-kos penyelenggaraan atau belanja hangus ini memang tidak dapat dielakkan.
iii) CUKAI PERKHIDMATAN
19. Cukai perkhidmatan adalah cukai yang dikenakan oleh Kerajaan untuk sesuatu perkhidmatan. Setakat rencana ini ditulis Cukai Perkhidmatan SST yang dikenakan oleh kerajaan adalah pada kadar 6%. Cukai Perkhidmatan ini selalunya akan dikira berdasarkan jumlah Yuran Guaman yang dikenakan.
KEPENTINGAN MEMAHAMI JENIS BAYARAN KEPADA PEGUAM
20. Seperti yang dinyatakan pada awal rencana tadi, adalah amat penting bagi anda untuk memahami atau mendapatkan penjelasan terperinci daripada peguam anda tentang jenis-jenis bayaran guaman yang perlu dibuat kepada peguam.
21. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya sebarang salah faham, pertikaian ataupun lebih teruk, pertengkaran di antara anda dengan peguam anda tentang bayaran guaman. 22. Pada kebiasaannya, sebutharga yang diberikan oleh seseorang peguam hanya meliputi Yuran Guaman dan tidak termasuk Yuran Penyelenggaraan dan Cukai Perkhidmatan.
23. Dapatkan perincian yang jelas daripada peguam anda berkenaan anggaran kos bagi setiap satu bayaran-bayaran yang perlu dikeluarkan.
24. Ini adalah bagi membolehkan anda merangka perbelanjaan untuk kes anda dan supaya anda tidak dikejutkan dengan bil-bil yang dihantar oleh peguam anda.
25. Sekiranya amaun yuran guaman telah dipersetujui, buatlah bayaran di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh peguam anda untuk mengelakkan sebarang masalah berhubung dengan fail anda di Mahkamah. 26. Kegagalan membuat bayaran boleh menyebabkan peguam tidak dapat meneruskan perkhidmatannya bagi pihak anda, ataupun kelewatan untuk melakukan tindakan yang sepatutnya dilakukan dan menahan akses terhadap sebarang dokumen di dalam simpananya sehinggalah baki yuran guaman dijelaskan.
27. Bukan itu sahaja, peguam anda boleh menyaman anda kerana gagal membayar yuran guaman sekiranya kerja-kerja guaman telah dilakukan.
https://www.norhafeezlaw.com/2021/09/kos-guaman-peguam-2022.html
0 notes