Don't wanna be here? Send us removal request.
Photo
Yeah! Berkesempatan mengunjungi #ppas di Jaya One. Kepada anda semua yang ada masa, boleh berkunjung ke sini bersama keluarga. Buku untuk semua peringkat umur ada disediakan. Tempat yang selesa dan ceria. #marimembaca #perpustakaan #publiclibrary #ulatbuku #malaysiamembaca #booksofinstagram #reader #books https://www.instagram.com/p/BrZMPzbFs4a/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=10qt7tr4l3wgj
0 notes
Photo
1. INFINITI KARYA FARRAH IZZLORNA Teknik peralihan masa dari tahun 2007 ke 1985 kemudian kembali ke 2017 dilakukan dengan kemas. Setiap bab mempunyai “cliff hanger” yang menyebabkan aku tak sabar untuk mendapatkan jawapannya. Novel ini boleh dikategorikan sebagai urban fantasi. Diselitkan unsur mistik, fantasi dan cinta. Sekiranya ingin membaca sebuah novel cinta yang berlainan tetapi cukup menyentuh jiwa aku sarankan untuk membaca novel hebat ini. 2. BAGAIKAN PUTERI RAMLEE AWANG MURSHID 'Awan... Kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba' Penulis thriller tersohor ini tidak pernah mengecewakan pembaca setianya. Novel Bagaikan Puteri sebuah kisah yang penuh dengan konflik, tragedi, pengembaraan merentasi dimensi masa, mistik dan magik. Bagaimana ianya boleh berlaku? Baca novel ini, anda bakal menemui jawapannya. 3. KITAB LAMA KARYA SHA HANIM RAMLI Disaat ramai penulis wanita berlumba menulis genre cinta pasangan kekasih mahupun suami isteri, penulis bernama Sha Hanim Ramli ini menulis tentang perjuangan bangsa, pengorbanan demi tanah air tercinta dan keluarga, percintaan berlandaskan syariat dan adab sopan yang semakin terhakis. 4. SEKALI LAGI KARYA AUNI ZAINAL Nadiah seperti diberikan peluang ke-2. Sebuah diari misteri telah membawanya ke dimensi masa yang lalu. Nadiah keliru tapi pada masa yang sama dia teruja. Apa yang disampaikan kepada teman sebiliknya sangat gila. Tsunami di Acheh? 10 tahun akan datang, kapal terbang MAS akan hilang dari radar? Semuanya kelihatan gila pada Ilyani dan dia sukar mempercayainya. 5. MESEJ KARYA ANNA LEE Mesej sebuah karya bergenre urban fantasi hasil olahan penulis Anna Lee. Tiada kisah seorang anak Datuk atau Tan Sri bertemu jodoh dengan gadis kampung. Hanya kisah orang biasa yang menempuhi cabaran percintaan yang unik dan diluar pemikiran manusia normal tetapi perkara itu tidak mustahil jika Dia mengizinkan ianya berlaku. #novelmelayu #timetravel #ulasanbuku #bookreview #bookstagramfeature #booksofinstagram #reader #bibliophile https://www.instagram.com/p/BrESAU1FHGZ/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=5noopcuvjpdp
#novelmelayu#timetravel#ulasanbuku#bookreview#bookstagramfeature#booksofinstagram#reader#bibliophile
0 notes
Photo
Setelah selesai membaca helaian demi helaian saya akhirnya memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Kisah ini bukan sekadar cerita aksi kosong tanpa hala tuju. Kisah ini bukan hanya tentang seorang pembunuh upahan dan siasatan polis terhadap semua kes-kes pembunuhan yang telah dilakukan. Kisah Joker atau Faris mempunyai maksud yang lebih mendalam. Jantung Joker telah telah terhenti selama 3 minit. Menurut ilmu perubatan, Joker telah mati. Namun keajaiban berlaku dan jantungnya kembali berfungsi. Ya, Allah memberikannya peluang ke-2. Dia kemudiannya dipertemukan dengan rakannya Hambali. Hambali merupakan rakan sekolah dan tinggal sekampung dengan Faris. Keluarga mereka saling mengenali antara satu sama lain. Faris ketika remaja telah melarikan diri dari kampung kerana tidak tahan didera oleh pak ciknya. Sejak itu mereka telah terpisah. Takdir menemukan mereka kembali di hadapan rumah Allah S.W.T. Lawati blog untuk ulasan penuh. http://dulatbuku.blogspot.my #bookreview #bookstagramfeature #ulasanbuku #malaysiamembaca #bookchallenge #book #novelthriller #novelmelayu #reader https://www.instagram.com/p/Bpxyfa3FzY7/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=fj503irra4ur
#bookreview#bookstagramfeature#ulasanbuku#malaysiamembaca#bookchallenge#book#novelthriller#novelmelayu#reader
0 notes
Photo
The Ink Library Cafe Minggu lepas berkesempatan untuk singgah dan lepak di kafe @inklibrarycafe. Ramai pengunjung rupanya pada hujung minggu. Dekorasi dalaman kafe ini cantik dan memikat hati. Nak lepak lama sebenarnya, tapi bila tengok orang ramai, rasa bersalah pula. 😅 Mungkin sebab hujung minggu, jadi ramai pengunjung, kalau hari bekerja boleh kot lepak lama sikit. Lokasi kafe di Puncak Alam @EcoWorldGallery. Beroperasi dari 10pagi ke 10 malam. #bookcafe #bookworm #readerjourney #reader #cafe #bookstagramfeature https://www.instagram.com/p/BoyzalpDBox/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=wz8oist1i9v8
0 notes
Photo
SPLIT karya Nurul Ain Syuhada Kisah tentang seorang insan bernama Mikael yang mempunyai banyak watak. Sekejap dia jadi si pemarah Hafez, esok-esok dia jadi si lembut Dhia. Kadangkala muncul pula En.Suffian. Paling tak tahan bila muncul adik kecil Adam. Bila Jeff dan Kid muncul pun pening juga. Banyaknya personaliti Mikael ni! Begitulah hidup Mikael, dia tak mampu nak kawal, bila dia rasa marah Hafez akan mengambil alih tubuhnya. Melakukan sesuatu yang Mikael tak mampu nak lakukan. Dhia pula muncul bila Mikael excited dan happy. Dia sakit! Tak semua orang boleh terima dia. 😔😔😔 Maryam, dia terjumpa Mikael secara tak sengaja di majlis perkahwinan kawannya. Mikael dari rombongan pihak lelaki. Nak dijadikan cerita, mereka tinggal di kondo yang sama. Mikael hulurkan salam perkenalan dan Maryam menyambutnya dengan hati yang terbuka, tanpa syak wasangka. Namun, Maryam mula perasan perangai pelik Mikael, ada masanya dia seperti tidak kenal dengan Maryam. Siasat punya siasat baru tahu rupanya Mikael ada masalah split personaliti. Bagus Maryam ni, dia tak lari bila tahu Mikael sakit. Dia tidak seperti orang lain. Ya, orang seperti Mikael perlukan sokongan dan dorongan dari masyarakat. Sekiranya masyarakat menyisihkan mereka, itu boleh menjadikan orang seperti Mikael lebih sakit. Di sebalik kisah Mikael, ada orang lain yang tidak boleh melihat kebahagiaannya. Muaz! Dia pendendam. Dia bencikan Mikael disebabkan satu kisah hitam pada masa lalu. Nak tahu penamat kisah mereka? Bacalah SPLIT. 😉😉😉 Sedikit ulasan: 1) Kisah ini sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang mental illness. Sakit yang ramai orang tidak sedar. 2) Kita sebagai komuniti dalam masyarakat perlu lebih mengambil berat antara satu sama lain. 3) Dalam kisah ini, kurang penekanan tentang usaha Mikael untuk menangani masalah personaliti yang dialami. Saya rasa perlu ada untuk menambahkan permainan emosi. 4) Saya rasa untuk penamat, mungkin boleh dikemaskan lagi. Pada saya kisah ini memerlukan penamat yang agak serius. Sebenarnya saya tidak berapa boleh nak bayang bagaimana Aa'n dan Mia terima orang yang sama rupa tapi berbeza nama dan perangai. #bookreview #bookstagram #reader #bookchallenge https://www.instagram.com/p/BoQNs12D-gX/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1g8sxlktbu1q1
0 notes
Photo
1)Dr. Muharikah - Stigma Tema yang diketengahkan dalam novel adalah satu tema yang agak kontroversial. Isu LGBTQ yang mana turut sinonim dengan penyakit HIV dan Aids. Kisah di dalam buku ini cuba memberi gambaran tentang kehidupan golongan ini (Gay dan Lesbian) dan struggles yang mereka perlu hadapi. Masyarakat perlu membuang segala persepsi dan stigma agar dapat membantu mereka kembali kepada fitrah. 2)Dr. Fahd Razy - Cakar Ayam Seorang Doktor Dr. Fahd Razy menulis tentang kisah apa sebenarnya yang dilalui oleh seorang doktor. Realiti seorang doktor perubatan yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat luar. Semestinya pengalaman yang berwarna-warni - bukan sekadar merah darah dan putih white coat. 3)Dr. Beni Rusani - Breathe Kisah tentang Dr. Adam seorang Cardiologist. Sepanjang kerjayanya sebagai seorang doktor, dia telah banyak membantu pesakit. Namun, satu perkara yang dia tidak boleh lakukan, mengubati dirinya sendiri. 4)Dr. Rozanizam Zakaria - Refelksi Wad Sakit Jiwa - Aku Nabi Isa! Aku nabi isa adalah kisah benar berdasarkan pengalaman seorang pakar psikiatri Dr. Rozanizam yang bekerja di Lyell McEwin Hospital dan The Queen Elizabeth Hospital, south Australia. Di dalam buku ini penulis menerangkan secara khusus pesakit-pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit mental. Dijelaskan tentang simptom-simptom dan kecenderungan pesakit apabila berhadapan dengan penyakit ini. 5)Dr. Kamarul Ariffin - #Ghospital Hospital dan cerita seram seperti tidak boleh dipisahkan. Dalam buku ini Dr. Kamarul berkongsi kisah-kisah seram yang pernah terjadi dan dialaminya sendiri. Tajuk buku ini sendiri telah menterjemahkan isi kandungan buku ini ghost + hospital. #book #localbook #stigma #bookreview #reader #goodbooks #theulatbuku #bookchallenge https://www.instagram.com/p/BoMSSMQDi6-/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=5u0fp4cuhtnx
0 notes
Photo
#imbaskembali #throwback Aktiviti minggu lepas, berkesempatan singgah di kafe Readers Heaven & Coffee di Bangi Sentral. Cantik, tenang dan selesa tempatnya. Apa yang penting, banyak buku 😁😁😁. Jumpa pula dengan buku fantasi, bila baca blurb terus jatuh hati (nak tahu buku apa sila lihat gambar terakhir). Tak perlu fikir panjang, terus beli kedua-dua buah novel. Terima kasih @readers_heaven , ada masa pasti kembali mengunjungi kafe ini 😉. #cafe #bookcafe #booksofinstagram https://www.instagram.com/p/BnYkYNEDEen/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=2gzhzk7frkxz
0 notes
Photo
Sememangnya aku tidak salah memilih, mula dari muka surat pertama sudah berjaya menambat hati. Rentak cerita yang semakin lama semakin mendebarkan dan seterusnya penuh dengan misteri. Teknik flashback digarap dengan cukup baik. Sinopsis: Perubahan Ika semakin membingungkan Faris. Isterinya kerap bertanyakan soalan yang tidak masuk akal dan sudah beberapa kali dia menerangkan bahawa rumah mereka hanya ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air namun Ika tetap mengatakan rumah mereka ada 7 bilik. Keadaan Ika semakin serius apabila mula merasakan mereka pernah mempunyai anak yang ketiga. Akhirnya Faris akur bahawa Ika kemungkinan mempunyai masalah tekanan perasaan. Namun rawatan psikologis dari Dr. Salhah hanya mengundang tragedi berdarah. Kenapa dia dibunuh masih menjadi misteri. Faris pula telah di tangkap atas tuduhan membunuh anak-anaknya. “Kau memang akan mati, Roslan. Kau tolong keturunan pembunuh! Nantikan sahaja.” Antara dialog yang menambahkan misteri kisah di dalam novel ini. Ulasan: Penulis ternyata berjaya menggarap plot dengan kemas dan hubung kait setiap watak disusun atur dengan baik. Cliff hanger pada setiap bab cukup mendebarkan sehinggakan aku sendiri tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya. Di dalam novel ini diselitkan tugas-tugas seorang psikiatris, terpaksa berhadapan dengan penjenayah yang mempunyai sakit mental. Memang agak mencemaskan apabila doktor yang melakukan diagnosis ke atas Faris hampir menjadi mangsa. Keseluruhan novel ini aku tidak nampak mana kelonggarannya. Penceritaan yang ternyata tidak meleret. Boleh rasai setiap emosi watak dan kejadian yang berlaku. Detik seram mampu meremangkan bulu roma dan plot sedih mampu meruntun jiwa. Apa pun syabas buat Ahmad Rusydi. Kami menantikan karya anda seterusnya. Review penuh di blog kami: http://dulatbuku.blogspot.com #bookreview #bookstagramfeature #booklovermalaysia #bookoftheday #bookstragram #novelmelayu #novelserammalaysia
#bookstagramfeature#bookoftheday#novelmelayu#bookreview#novelserammalaysia#booklovermalaysia#bookstragram
0 notes
Photo
#tripbukittinggipadang #travel2018 #books #bookshelf #minilibrary Seronok bila jumpa mini library di Hotel Bunda. Banyak juga buku-buku di sini. Siri Harry Potter pun ada. Seperti yang kita ketahui, di Indonesia memang banyak buku diterjemahkan. Salah satu cara bagi menggalakkan rakyat mereka membaca. 😊
0 notes
Photo
27. Fictional place you wish was real Dashan - Kota Merah dan Emas "Dashan menyala dengan pohon semarak api dan bunga kuning emas yang mekar di setiap penjuru, menjadikannya kelihatan seperti sebuah kota yang terbina dari api dan emas di tebing sungai Anrain yang biru." Kisah tentang seorang pemerintah wanita Melyn yang cuba menyelamatkan negaranya dari diserang musuh. Ini kisah peperangan, namun saya harus nyatakan, penceritaan yang sangat menyakinkan, cantik dari segi gaya bahasa juga jalan cerita. Kisah ini tidak membosankan, malah sentiasa mengujakan. Cerita disebalik cerita, setiap yang terjadi ada aturannya yang tersendiri. Novel ini seperti menterjemahkan kata-kata "setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi." Kemelut mula melanda bila Sursis pahlawan dari gunung ingin menakluki Kota Nashan. Nashan tidak punya kuasa tentera yang kuat, sejak dulu ianya dikenali sebagai sebuah pelabuhan yang makmur dan pesat. Penduduknya terdiri daripada nelayan dan petani. Bagaimana bisa mereka ini semua bangkit dan menentang tentera Sursis? Puteri Melyn, Aristorka yang terakhir. Bagaimana Aristorka yang terakhir ini berjuang demi keamanan negaranya yang tercinta. Adakah kehadiran Merkia, wirza terhebat mampu memberikan sinar harapan kepada Merlyn. Untuk pengetahuan anda, Aristorka adalah buku pertama dalam siri Kronika Nashan. Kemudian kisah bersambung dalam Wirza dan pengakhiranya dalam Kesatria. Jadi, untuk novel yang pertama dalam siri ini, masih banyak persoalan yang ditinggalkan oleh tuan penulis untuk pembaca setianya. #book #junebookchallenge2k18 #bookendsmy #bookchallenge #bookstagramfeature #booksofinstagram @bookendsmy
0 notes
Photo
23. Favorite Author Susahnya untuk membuat pilihan. Ini antara penulis kegemaran. #junebookchallenge2k18 #bookendsmy #book #booksofinstagram #bookchallenge @bookendsmy
0 notes
Video
tumblr
Coex Library Seoul Korea. #awesomelibrary #seoul2018 #coexlibrary #books #place
0 notes
Photo
Alhamdulillah, rezeki di bulan Syawal. Terima kasih tuan @hilalasyraf . Semoga terus menghasilkan karya-karya yang bermutu dan dapat mendidik pembaca. #bookreview #hikayatsatriasatriasejati #novelmelayu #novelthriller Kepada anda yang belum baca review kami, boleh klik link blog di bio atau terus taip www.dulatbuku.blogspot.my 😊
0 notes
Photo
#CeritaBilikGuru #KomradBuku #reader #bukubest #book2018 Cikgu Fadli Salleh - Kisah dan pengalaman beliau semasa mengajar anak-anak muridnya di sekolah rendah. Kisah yang dikongsikan penuh dengan kedukaan. Di sini kita dapat membuka mata tentang kesusahan yang ditanggung oleh orang lain. Bila aku baca kisah-kisah yang dikongsikan, aku rasa sangat hiba. Cikgu berpeluang melihat kisah di sebalik kelakuan setiap anak muridnya. Kita jangan terlalu cepat menghukum tanpa pernah cuba untuk faham keadaan yang menyebabkan sesuatu itu terjadi. Cikgu Shahidan Shuib - Kisah yang dipaparkan banyak memberi kesan kepada aku. Walaupun diceritakan dalam konteks kerjaya seorang guru, namun aku rasa ianya applicable kepada semua bentuk kerja diluar sana. Apa yang paling terkesan ialah kisah tentang "Tidak berkurang, Tidak bertambah". Aku teringat pesan seorang Ustaz, "Jika gaji kita RM5,000 sebulan tapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah S.W.T akan berikan beza RM15,000 itu samaada dalam bentuk rezeki lain seperti anak soleh, hidup bahagia." Jadi dalam apa jua perkerjaan yang kita lalukan, jangan berkira. Lakukan yang terbaik selagi terdaya. Cikgu Reyna Ibrahim - Kisah seorang guru pra sekolah. Mengajar anak-anak kecil ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Syabas kepada cikgu Reyna kerana tenang dan sabar melayan kerenah anak kecil yang comel ini. Kisah ini menggambarkan setiap anak ada potensi dan kebolehan mereka itu tidak sama. Jadi mengenalpasti kelebihan setiap anak itu penting untuk membentuk mereka menjadi insan yang berguna kelak. Cikgu Firdauz Abdullah - Kisah seorang Pengetua. Tanggungjawab mengurus sekolah adalah besar dan penting bagi memastikan kejayaan pelajarnya. Cikgu yang sangat membantu dan kisah cikgu ini sedikit sebanyak membuka minda dan mata kita tentang apa tugas mereka disekolah. Bukan setakat mengajar tapi banyak lagi perkara lain yang perlu mereka lakukan. Tahniah kepada semua guru-guru di luar sana. Tidak kisah anda mengajar sekolah rendah, menengah atau tadika, anda tetap guru yang memberi ilmu kepada kami semua. Terima kasih Cikgu! #bookstagram #bookreview
0 notes
Photo
"Kita ini orang Melayu Islam. Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Sejauh mana adat kita sesat atau disesatkan, kita masih boleh berpatah balik dan berpegang kembali pada syarak, kalau hati sendiri masih mahu." - Merah Disaat ramai penulis wanita berlumba menulis genre cinta pasangan kekasih mahupun suami isteri, penulis bernama Sha Hanim Ramli ini menulis tentang perjuangan bangsa, pengorbanan demi tanah air tercinta dan keluarga, percintaan berlandaskan syariat dan adab sopan yang semakin terhakis. Agak kagum dgn plot dan olahan cerita yg cukup menarik dan mengasyikkan. Ternyata penulis tidak menulis semborono tetapi membuat kajian secara terperinci terhadap fakta-fakta sejarah yang terdpt dalam novel ini. Kitab Lama bergenre sejarah+fantasi+aksi #novelmelayu #ulasanbuku #bookstragramfeature #bibliophile #bookreview #bukusejarah #alaf21
0 notes
Photo
Artikel : Gundik dalam Teks Kesusasteraan Melayu Perkara pertama yang muncul dibenak sebaik terlihat perkataan gundik adalah “perempuan simpanan”. Menurut Ismail Azman Omar (2009:179), maksud gundik adalah isteri yang tidak rasmi (isteri bukan gahara) atau perempuan simpanan untuk golongan raja. Setelah selesai membaca artikel ini, saya lebih memahami siapa dan peranan seorang gundik di dalam sesebuah institusi beraja. Pengaruh seseorang gundik mampu mengubah pentadbiran malah mampu juga menghancurkan sesebuah kerajaan. Singapura diserang Majapahit berpunca dari seorang gundik kesayangan Sultan Iskandar Syah yang dihukum sula akibat difitnah. Menurut Sulalatus Salatin (2010:82), bonda kepada Sultan Muzaffar Syah iaitu Tun Ratna Wati adalah seorang gundik diraja. Maka secara tidak langsung baginda mempunyai jurai darah keturunan seorang gundik diraja begitu juga dengan sultan-sultan yang mewarisi takhta empayar Melaka seterusnya. Untuk bacaan artikel penuh sila dapatkan Tunas Cipta Bil. 6 2017, artikel ditulis oleh Wan Roshazli Wan Razali di segmen Fokus. Baca juga review penuh di blog kami: https://dulatbuku.blogspot.my #review #bookstagram #booksofinstagram #books #artikel #gundikdalamtekskesusasteraanmelayu #tunascipta #dbp #bookstargramfeature #theulatbuku #writersbestfriend #sejarah #sejarahmelayu #kesusasteraanmelayu
#bookstagram#gundikdalamtekskesusasteraanmelayu#dbp#kesusasteraanmelayu#booksofinstagram#artikel#theulatbuku#writersbestfriend#sejarahmelayu#sejarah#review#books#bookstargramfeature#tunascipta
0 notes