#komradbuku
Explore tagged Tumblr posts
Photo
#CeritaBilikGuru #KomradBuku #reader #bukubest #book2018 Cikgu Fadli Salleh - Kisah dan pengalaman beliau semasa mengajar anak-anak muridnya di sekolah rendah. Kisah yang dikongsikan penuh dengan kedukaan. Di sini kita dapat membuka mata tentang kesusahan yang ditanggung oleh orang lain. Bila aku baca kisah-kisah yang dikongsikan, aku rasa sangat hiba. Cikgu berpeluang melihat kisah di sebalik kelakuan setiap anak muridnya. Kita jangan terlalu cepat menghukum tanpa pernah cuba untuk faham keadaan yang menyebabkan sesuatu itu terjadi. Cikgu Shahidan Shuib - Kisah yang dipaparkan banyak memberi kesan kepada aku. Walaupun diceritakan dalam konteks kerjaya seorang guru, namun aku rasa ianya applicable kepada semua bentuk kerja diluar sana. Apa yang paling terkesan ialah kisah tentang "Tidak berkurang, Tidak bertambah". Aku teringat pesan seorang Ustaz, "Jika gaji kita RM5,000 sebulan tapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah S.W.T akan berikan beza RM15,000 itu samaada dalam bentuk rezeki lain seperti anak soleh, hidup bahagia." Jadi dalam apa jua perkerjaan yang kita lalukan, jangan berkira. Lakukan yang terbaik selagi terdaya. Cikgu Reyna Ibrahim - Kisah seorang guru pra sekolah. Mengajar anak-anak kecil ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Syabas kepada cikgu Reyna kerana tenang dan sabar melayan kerenah anak kecil yang comel ini. Kisah ini menggambarkan setiap anak ada potensi dan kebolehan mereka itu tidak sama. Jadi mengenalpasti kelebihan setiap anak itu penting untuk membentuk mereka menjadi insan yang berguna kelak. Cikgu Firdauz Abdullah - Kisah seorang Pengetua. Tanggungjawab mengurus sekolah adalah besar dan penting bagi memastikan kejayaan pelajarnya. Cikgu yang sangat membantu dan kisah cikgu ini sedikit sebanyak membuka minda dan mata kita tentang apa tugas mereka disekolah. Bukan setakat mengajar tapi banyak lagi perkara lain yang perlu mereka lakukan. Tahniah kepada semua guru-guru di luar sana. Tidak kisah anda mengajar sekolah rendah, menengah atau tadika, anda tetap guru yang memberi ilmu kepada kami semua. Terima kasih Cikgu! #bookstagram #bookreview
0 notes
Photo
Pelbagai ragam, kisah mencuit hati, gelak ketawa dan deraian air mata. Buku ini cukup rencah, kisah seorang cikgu dan anak muridnya. Mari baca review kami di dulatbuku.blogspot.my #bookreview #cikgukelassebelah #komradbuku #bookstagram #bookstagramfeature #books #booklover #writersbestfriend #dulatbuku
#booklover#komradbuku#writersbestfriend#bookreview#dulatbuku#books#cikgukelassebelah#bookstagram#bookstagramfeature
0 notes