#ulumuda
Explore tagged Tumblr posts
Photo
Flip-Flap-Flat Pilih untuk membeli minuman kegemaran anda dalam karton, pilihan rendah karbon. Kemudian ikuti panduan infografik tersebut untuk memulakan kitar semula karton minuman terpakai anda hari ini! Rujuk rajah "How can you help?" Kitar semula karton adalah mudah! Keseluruhan pek karton Tetra Pak, termasuk straw atau penutup boleh dikitar semula. Hanya tekan straw kembali ke dalam pek atau pasang semula penutup pada pek karton selepas minum, kemudian Flip-Flap-Flat karton sebelum menghantarnya untuk dikitar semula. Ini membantu mengurangkan jumlah ruang karton kosong yang diambil dan menjadikan pengangkutan lebih cekap. Kitar semula memberikan karton minuman kehidupan baru, tetapi adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana? Rujuk rajah "The recycling journey" Sebagai alternatif, jadikan sampah anda menjadi khazanah dengan menggunakan semula atau menukar karton minuman terpakai anda menjadi objek berguna dalam kehidupan seharian. Gunakan karton lama sebagai tong mini di dapur untuk sisa sayur-sayuran dan kemudian tambahkannya ke kompos anda. Atau gunakan karton anda untuk menanam anak benih di kebun anda. @wwfmy @tkcwwfmy #teamkedahcakna #ulumuda #task4 #tetrapak #flipflapflat https://www.instagram.com/p/CVf0mjKBud5/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
Save #ulumuda 🙏🏼🌳🌧 Bukan setakat terancam risiko pembalakan bagi kawasan tadahan hujan tetapi turut ditambah kedatangan pemburu haram dari Laos, Thailand, Vietnam dan Myanmar. Fakta Ulu Muda: 1. Berkeluasan 163,000 hektar meliputi 7 kawasan hutan simpan 2. sumber penting sbg hutan tadahan hujan bagi 3 negeri di utara Semenanjung Malaysia: Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 3. Antara haiwan menjadi buruan pemburu haram: #harimaubintang atau dikenali secara saintifiknya: Panthera pardus sp. (disenaraikan sbg fauna terancam oleh International Union for Conservation of Nature @iucn ) [Sumber: @thestaronline , 8 Mei 2017 ] (at Kuala Lumpur, Malaysia)
0 notes
Video
instagram
Pengasingan Sisa di Punca. Bersempena cuti umum pada hari ini, saya dan anak-anak (Azwa dan Inara) mengambil peluang untuk mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula. Antaranya; kertas, botol plastik, tin/aluminium dan botol kaca (walaupun tiada harga belian semula). Kebiasaannya, rutin pengasingan sisa ini akan berlaku setiap hari dan sementara waktu sisa ini akan di letakkan di satu kotak kitar semula yang telah saya khaskan. #wwfmy #tkcwwfmy #ulumuda #task4 #perubahangayahidup (at Subang Jaya) https://www.instagram.com/p/CVNzlrlhf5x/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
Spotted Leopard (Panthera pardus) “It also suggests that the degree of melanism might be an evolutionary response to different environments: the pigment genes can help the melanistic form to adapt better to their evergreen dipterocarp forest with closed canopies and low light levels, whereas the spotted ones may do better in open grassland”, cabutan jurnal “The discovery of two spotted leopards (Panthera pardus) in Peninsular Malaysia”. Saya dapat menggambarkan bahawa personaliti saya akan berubah mengikut suasana, situasi, orang sekeliling dan mood semasa. Kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh; sepanjang 15 tahun berkhidmat di Jabatan, saya telah bertugas di empat (4) pejabat yang semuanya berlainan skop tugas dan saya dapat laksanakan semua tugasan tersebut dengan sempurna. Alhamdulillah. “When in Rome, do as the Romans do” Photo by Enric Cruz López from Pexels, Thanks @enriccruzlopez Fig. 3 daripada jurnal “The discovery of two spotted leopards (Panthera pardus) in Peninsular Malaysia” @wwfmy @tkcwwfmy #teamkedahcakna #ulumuda #task7 #FaunaUluMuda #spottedleopard #pantherapardus https://www.instagram.com/p/CVLPUpoBk8F/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
SUNGAI DAMANSARA - Tidak Gah Seperti Namanya Damansara Avenue, Kwasa Damansara, Damansara Utama, Damansara Seresta, Damansara Heights, Mutiara Damansara, Damansara Aliff (Tampoi, Johor) dan terlalu panjang untuk saya senaraikan kesemuanya. Nama DAMANSARA telah digunakan meluas oleh pihak pemaju, berkemungkinan besar salah satu cara marketing dalam industri hartanah. Damansara adalah pinggir bandar di Petaling Jaya, sebuah mukim di Daerah Petaling, serta kawasan parlimen di Selangor, Malaysia. Ia dinamakan sempena Sungai Damansara yang mengalir berhampiran. Ia adalah salah satu kawasan yang paling padat penduduk di Malaysia. Mengikut Banci Malaysia pada tahun 2000, ia merupakan daerah kedua terbesar di Malaysia dari segi penduduk dengan jumlah penduduk seramai 453,420 orang. Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2019 (JAS), Sungai Damansara adalah pada kualiti Kelas III (WQI). Tributary kepada Lembangan Sungai Klang. Kemerosotan kualiti air sungai dari segi Keperluan Oksigen Biokimia/Biochemical Oxygen Demand (BOD) ini adalah disebabkan oleh pelepasan bahan buangan yang bersifat organik daripada pelbagai punca seperti air sisa industri, serta aktiviti komersil dan domestik. Kemerosotan kualiti air sungai yang disebabkan oleh Ammoniakal Nitrogen/Ammoniacal Nitrogen (NH3-N) boleh dikaitkan dengan pelepasan air sisa kumbahan manusia dan haiwan yang tidak diolah dan terolah ke dalam air sungai secara berterusan. Kemerosotan kualiti air sungai dari segi Pepejal Terampai/Suspended Solids (SS) tersebut boleh disebabkan oleh ketidakcekapan kawalan ke atas aktiviti kerja tanah dan pembukaan tanah di kawasan-kawasan tertentu. Insya-Allah dan berkemungkinan besar kita boleh mandi dalam sungai ini jika semua lapisan masyarakat dan pemain industri cakna untuk menjaga kelestarian sungai ini. Sungai di Ulu Muda bersih berbanding dengan keadaan sungai Damansara di lokasi pemerhatian saya ini. “Cintailah Sungai Kita” @wwfmy dan @tkcwwfmy #teamkedahcakna #ulumuda #task6 #sumberair #EQR2019 (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CVAvPPJB3GS/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
Kitar Semula Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula), Recycle (Kitar Semula) Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksudnya menghasilkan keluarkan. Kitar semula akan mengubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai, seterusnya mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial. 11 November setiap tahun sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. @wwfmy @tkcwwfmy #TeamKedahCakna #tkcwwfmy #wwfmalaysia #ulumuda #task4 https://www.instagram.com/p/CU0DbWmB_hA/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna Istilah plastik sekali guna bermaksud bahan yang diperbuat daripada plastik yang digunakan hanya sekali dan kemudian dibuang. YAB Perdana Menteri (PM) semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Julai 2018 telah memberi perhatian serius pelaksanaan larangan penggunaan produk-produk plastik sekali guna bermula dengan beg plastik dan straw plastik. Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics, 2018 - 2030 telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 10 Oktober 2018. Kami memilih untuk menggunakan botol minuman yang boleh diguna semula seperti berikut dalam menyahut kempen tersebut. @wwfmy @tkcwwfmy #teamkedahcakna #tkcwwfmy #wwfmalaysia #ulumuda #task4 https://www.instagram.com/p/CUuDE_1BgZwaPwSQ0BT-m0ZDTC0xCWOfIpjcFg0/?utm_medium=tumblr
0 notes