#takde putus-putus okay hahaha
Explore tagged Tumblr posts
miminorenai · 7 years ago
Text
I just...want to apologize for my awkward English? Tho it is no excuse, English is not my first language and even I try my hardest to make it in freestyle, the TL are hardly good and sometimes I even feel it’s awkward since my 99% of my life conversations are in my native language (Malay).
I’m sorry if I ever make anyone cringe >_< But I love to translate, to share stuff and it improves my Japanese reading greatly...so...since you all following me, thanks for bearing that...? haha
Also, my translation/previews/summary are no way perfect, please correct me if you notice mistakes, alright? Thanks for enjoying my posts(*´▽`*)
+ GOING TO SPAM MY BLOG WITH CYBIRD IKEMEN REVOLUTION/KAKUMEI NEXT FEW DAYS/WEEKS
19 notes · View notes
eh-myiaa · 8 years ago
Text
#16- crappyrants
Hi,
Aku baru lepas baca kitab terfaktab entah kali keberapa aku pun tak tahu. peliknya cuma ada dua nama dalam kepala, mubin dan baha (gelak jap pehal ada nama baha). letak tepi baha kejap fokus pada mubin. tak tahu kenapa setiap helaian aku belek, setiap tajuk aku baca aku nak relate antara aku dengan kau (mubin), ayam betei macam takde orang lain je. cis!
(Tindakan Selepas Clash)- Bukan Penggoda
Penulis secara peribadi cerita apa yang dia buat untuk move on dan menyatakan pendapat sama ada patut kawan semula dengan ex atau tak. 
 Aku tak tahu macam mana mubin move on laju laju sampai boleh jumpa pengganti before putus (curang?) tapi surely bukan mudah untuk aku. jadi apa aku buat? nangis lah paling mudah. kakaka. menangis meroyan sampai puas sampai bosan. no, actually sampai last mubin reply ws aku. apa dia tulis tu ibarat satu tamparan hebat di pipi, sakit sangat. lagi sakit daripada dicurangi barangkali. aku buat keputusan untuk pergi sementara waktu. yes time heals walaupun parut masih terasa :’) yelah buat apa kejar orang yang tak nak kat kita lagi ye dak?
(Confession)- Shahirah Khairuddin 
Beliau bagi dua situasi perasaan yang lama disimpan tapi tak terluah. huhu. aku suka ayat dia tulis ni “cinta memerlukan keberanian” dengan “Perasaaan itu memang sudah ada, cuma perlu sedikit kekuatan untuk menyampaikan. kadang kadang kita rela membiarkan perasaan itu berlalu begitu sahaja tanpa mahu mencuba, sedangkan kita ada pilihan untuk menyampaikannya dan berbahagia dengan persaan yang kita ada.” 
Parappappapa! tang ni jelah aku tetiba teringat crush kat office time internship. huhu izinkan saya dekah sekejap boleh?
(Rebound Relationship)- Mr K
Mr K cakap pasal advantage dengan disadvantage rebound relationship ni.
Kalau kau tanya aku, aku takkan buat benda ni (insyaAllah!) sebab aku rasa rebound cuma sekadar alternatif untuk kau nak lupakan yang lama je, dan mestilah nanti akan ada hati yang terluka. uhuks. lepas break up dengan mubin aku rasa kalau ada orang datang minang aku terima je. hahaha giler over kan! tapi tu dolu dolu je sekarang mak dah occay noks. nasib baik jugaklah takde orang datang minang bebetul kalau aku terima hahh menyesal jugak lah kot sekarang ni. huhu
(Kekeliruan)- Penulis. Sahaja
Penulis ceritakan kisah lelaki dan perempuan ni masih menyayangi tapi perempuan tu terima pinangan lelaki lain sebab tak nak bergelumang dengan dosa masa bercinta. tapi perempuan tu pergi macam tu je, mestilah sedih lelaki tu kan :(
Anggap saja memang aku dengan mubin takde jodoh cuma aku masih tak faham dengan orang yang pergi tak cakap apa apa ni. susah sangat ke nak cakap “awak saya nak putus sebab..” takpun cakap camni “awak saya taknak awak lagi, saya dah ada orang lain. jom putus” hah kan jelas camtu. orang yang ditinggalkan pun tak rasa sakit sangat. kot la kot. aku takdelah harap mubin balik cukup dia bagi pencerahan sudah. 
macam tengah buat kupasan novel time sekolah je huhu. eh untung tak kupas semua tajuk hm tapi taip panjang panjang bukan ada orang baca pun.
Buat mubin, semoga awak sentiasa di dalam peliharaanNya, diberi kejayaan dunia dan akhirat. balik malaysia jumpalah myia okay :)
0 notes
aisamosshi · 4 years ago
Text
drama kedai elektrik
oh yaa, aku nak ceter drama aku dengan abang kedai elektrik ni. k lah. aku xtau nama dia. let say nama dia izzul or whatever. start dia dari sini tau. lama dah aku macam perati dia kerja since kedai elektrik tu bukak. daripada kedai coner lot terus maju sekarang dah dapat dua kedai. dia selalu gak laa beli makanan dekat siniaku tak pernah bercakap dengan dia selain urusan beli barang. cuma bulan puasa haritu kan aku meniaga roti john. so kedai dia pun bukak time pkp. dia ada gak datang nak beli roti john kan. lepas tu aku macam terfikir nak beli tv. aku usha kt shopee semua sold out. so aku sesaje je lah nak try beli kt kedai dia. agak murah plus memang memenuhi expectation aku. aku suruh sepupu aku tanya kan kt dia no phone boss dia ke apa yang boleh tanya pasal barang. mula2 dia tanya untuk ape nak bagi no phone, lepas tu dia bagi no phone. dia cakap laa nanti boleh msj no ni klau nak tanya apa2. sepupu aku tanya lah ni no boss ke no sape. “ ni no staff situ. nak beli ape? siapa yang nak beli.” sepupu aku cakap la aku. “haa nanti ws je no tu.” lebih kurang macam tu lah dia cakap. lepas dia pergi terus aku save no dia. aku ws, dp dia gambar dengan awek dia kot. lepas tu kan, dia tau aku ws terus dia tukar dp ws dia, gambar sorang. hahahaa. okay lah kot sebab dia ni jenis ramah juga kot. lepas tu aku discover aku crush kt dia lah lepas tu. next tu dia datang beli john ke ape tah, aku buat2 lah pandang belakang sebab taknak hadap muka dia sebab aku jadi lemah or kot dia nampak muka aku merah ke apa. hahaha. tetiba dia ajak sembang pulak, aduhhhhh. jangan lah fake hope kat aku please. sedarilah dia sebenarnya dah ade awek. huhuhuhu.
ada pulah haritu dia ajak aku sembang.
“ sebelah ni kedai ape eh?”
aku pun pikir what the fish soalan dia ni. takkan selalu datang kedai aku taktau sebelah ni kedai ape doe.
“sebelah ni kedai sparepart kereta” aku pun pikir dia ni first time kt teluk intan ke ape doe.
“aaa, rumah kat mana?” aku tanya dia.
“rumah kat belakang sana.” sambil tunjuk belakang. aku pun taktau belakang mana maksud dia. malas aku tanya banyak. kang jadi isu lagi panjang pulak.
lepas tu kan, dia lama tak datang kedai. adakah aku obviously nampak macam memang terkenan kat dia? nampak sangat eh? ke ada tertulis kat dahi aku? ke sebab bila dia dtg aku terus bagi attention kat dia?
ahhhh aku taktau yang mana satu.
sekarang dia dah suruh members dia yang belikan air untuk dia.
btw, harini  dia datang dua kali, dia datang beli nasi. lepas tu beli air.
haritu dia ade datang. walaupun ramai lagi pekerja kt depan dia, nak jugak tunggu aku yg tanya dia nak ape. hahahaha. manja betul.
maybe bak kata cousin aku, dia selesa dengan aku.
ye lah, time aku beli tv pun, dia yb serve aku. aku ingat lagi, aku sampai terus dia layan  aku je. ambik kan barang ape semua. ohhhh im so lucky. kahkahhh.
ha berbalik kepada story tak habis tadi, dia tanya aku.
“air apa yang lelaki boleh minum” aku pun terkejut. aku ingat kan dia nak main teka teki dengan aku. rasa nak gelak pun ade. tapi aku kesian pulak nak gelak, eh jap. ke aku gelak. hahahaah. tak ingat.
aku tanya la.
“air ape yg lelaki boleh minum?” macam aku tanya kan ape maksud dia cakap.
“ dia tanya lah kopi jantan”, ke ape benda dia sebut. aku tak dengar yg hujung2 sebab tak fokus, aku gelabah doe.
“ takde, white coffee dengan radix ade la” pastu dia tanya lagi mana lelaki boleh minum.
aku pun tergelak laa sambil cakap dua2 lelaki perempuan boleh minum. hahaha. ni aku ingat memang aku gelak doe.
dia pun pegi lah balik nak tanya org yg order tu, last2 dia datang balik order white coffee kosong panas.
tu je lah kenangan yang boleh dikenangkan.
taktau kenapa aku nak admire dia even aku dah tau dia sebenarnya dah ada someone disisi dia.
kalau boleh dari jauh aku taknak langsung larikan pandangan aku dari dia, aku nak tersenyum setiap kali nampak dia. taktau kenapa dia macam sumber inspirasi untuk aku. aku tetiba ada semangat nak kurus.
aku dapat rasa kan dia seorang yang supportive.
aku suka cara dia. cara dia style kan rambut dia belah tengah. tak semua orang sesuai. dia? just perfect. walaupun dia sama rendah dengan aku. still he’s cute. always pakai tshirt jersey.
tapi still aku tak dapat tangkap nama sebenar dia lagi.
takkan aku nak whatapp dia tanya nama pulak kan?
tapi, kalau kau putus, aku setia menanti.
bukan doakan yang buruk, tapi jika nanti kau dah tak bersama dia, marilah kita bersatu. hahahaha. kbyeee. nanti kalau ada story pasal dia. aku akan keep updating.
0 notes
kemungkinan-blog · 7 years ago
Text
'Kalaulah aku pergi jumpa dia...'
Tahu kenapa Allah mengajar si lelaki ini dengan pengalaman? Sebab Allah tahu, peringatan sahaja tidak cukup buat dia. Semoga perkongsian kisah arwah tunang lelaki ini memberi pengajaran kepada semua. Hargailah orang yang kita sayang.
ASSALAMUALAIKUM guys. Okay, hari ini aku terbuka hati nak cerita tentang aku dengan arwah tunang aku yang aku namakannya sebagai Deela. Lets jugst call her Dee. 
Okay, aku dengan Dee ini sebenarnya satu sekolah dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Aku memang suka dia gile-gile masa sekolah rendah. Biasalah, baru darjah lima. So aku keep approach dia dan minta nombor bagai. Mesej, kawan lama-alam apa semua. 
Sampai tingkatan tiga, aku minta couple. Luckily dia terima, bapak terharunya aku masa tu. Hahaha! FYI, aku tak nafikan Dee memang lawa, putih, pandai dan baik. Kay bayangkanlah bestfriend dia tikam belakang dia pun, dia boleh buat baik. Selain itu dia pandai memasak. Memang wife material af. 
So couple punya couple, sampai habis sekolah. Punya banyak dugaan, especially aku. Aku curang, tak layan dia, lebihkan kawan-kawan gila. Tetapi dia sabar saja. 
Nak dijadikan cerita, result aku just nice and result dia gempak. Budak target biasalah. So dia dapat sambung belajar di Kuala Lumpur. Aku pula stay di Johor saja. Aku tak tahu apa masalah aku tetapi aku jadi menyampah dengan dia dan aku curang lagi sekali dengan member baik dia sendiri. Sebab member baik dia itu kerja di tempat sama dengan aku time tunggu result. 
Masa kerja, aku abaikan dia 100%, aku keluar pagi, jam 11 malam baru mesej dia good night sebab aku nak tidur. Padahal aku penat dating dengan member dia sendiri. Kerja tak penat mana pun. 
Sepanjang tunggu result, sampailah dia dah sambung study, perangai aku sama. Malah semakin menjadi-jadi. Satu hari itu, boleh kata enam saja chat dengan dia. Morning, dah makan, sihat ke, okey je, penat ni, night. Tiada love you ke apa. 
Dia pula even busy macam mana pun masih tanya makan minum aku dan how's my day. Selalu spam kata rindu, ajak video call, ajak OTP, sampai satu tahap dia call aku time aku tengah date. Aku tinggikan suara aku dan kata, 
"Weh! Sial! Boleh tak jangan kacau aku, aku tengah kerja la!" 
Dia dengan suara sebak, "Sorry sayang, saya tak kacau dah. Ingat awak tak busy". 
Korang nak kata aku jahat? Ye, cakaplah. Aku mengaku. Aku terkedu selepas dia cakap macam itu. Tetapi disebabkan ego aku, setan dalam diri aku ini, aku buat dia macam tu. 
Satu hari itu, aku scroll IG dan ternampak gambar dia bertiga dengan kawan lelaki dia dan lecturer. Kau tahu apa yang aku buat? Aku maki dia, panggil dia perempuan sundal. Padahal aku lebih teruk lagi dari dia. 
Ya Allah sumpah menyesal aku cakap. Dia menangis meminta maaf, berulang kali dia jelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki lain. Aku terima maaf dia tetapi aku layan dia dengan dingin. Relationship aku dengan dia ibarat aku buat salah tak apa, dia buat salah memang teruk kena. 
Pernah sekali dia balik Johor, kami keluar bersama. Aku jumpa chat dia dengan lelaki lain di mana lelaki itu kata, "I miss you'. Padahal dia balas, 'saya dah ada pakwe'. Aku baling phone dia weh. Aku maki dia sepuas-puas hati. Aku ternaik tangan pada dia masa itu buat pertama kalinya. 
Dia jerkah aku, 'Ha pukul la kalau berani!" membuatkan aku terdiam. 
Keadaan itu berlarutan tetapi makin lama dia makin berubah. Satu malam itu, dia call aku sambil menangis-nangis. Dia luahkan semua kepada aku. Dia tanya apa kesalahan dia sampai aku buat dia begitu. Apa kekurangan dia? Kalau aku ada orang lain (dia dah tahu sebenarnya tetapi buat-buat tak tahu pada masa itu), dia terima jadi yang kedua. Dia minta maaf kalau dia menyusahkan hidup aku dan sebagainya. 
Sejam dia bercakap, aku senyap saja dan tersentap. Malam itu juga aku solat dan minta maaf pada Allah sebab buat perempuan begitu. Sumpah aku rasa bersalah. 
Esoknya aku minta maaf pada dia. Aku call dia jam 7 pagi, dia terkejut.Aku panggil dia sayang selepas hampir setahun. Pada hari yang sama, aku putus juga dengan kekasih-kekasih yang lain. Aku dah tekad aku nak dia saja. Perempuan mana yang sanggup setia dengan lelaki dayus seperti aku? Kalau aku jadi dia, dah lama aku pergi. 
Lebih kurang dua minggu kemudian, kebetulan dia ada cuti sem dan dia balik ke Johor. Setiap hari aku berusaha nak berjumpa dengan dia walaupun aku sibuk. Aku semakin sayangkan dia. Aku dah mula bahagia. Aku tak tahu mana silap dia dulu sampai aku buta. Dia pun pelik tapi dia biarkan saja katanya. 
7 Mei 2017, aku ajak dia kahwin. Berani aku kan? Aku ajak sebab aku dah ada cukup duit nak sara anak orang. Hahaha. Dia setuju, parents kitorang pun dah kenal lama jadi mudah lagi urusan. 
Alhamdulillah, 20 Mei 2017 kami bertunang. Allah mudahkan dan cepatkan. Aku bersyukur. Semuanya going well saja masa tu. Sebab aku dah berubah, kan. 
Sampai satu hari, aku keluar dengan dia. Dia tengok saja muka aku dan menangis. Dia kata, dulu hari-hari dia mendoakan aku berubah. Dia dah tak mampu sayangkan orang lain sebab dia sayangkan aku. Dia berharap aku jodoh dia. Dia sayangkan aku sangat-sangat. Aku diam saja masa tu dan cakap aku pun sayangkan dia. Aku minta maaf pula sebab pernah melukakan hati dia. 
Dalam seminggu itu, dia manja gila. Memang Ya Allah, macam jaga budak tetapi aku layankan saja. Dia nak coklat, aku bagi. Nak makan itu ini, aku bawa. Nak pergi sana sini, aku ikut. Rela habis duit dan bazir masa demi dia. 
11 Ogos 2017, aku ada kecemasan pada masa itu. Kawan aku kemalangan dan patah kaki. Dee call aku, cakap nak jumpa sebab dia rindukan aku sangat-sangat. Aku kata, 'sorry sayang, saya kat hospital. Kita jumpa esok, okay?'. Dia pun cakap, 'hospital mana? nak pergi'. Aku cakap sajalah sebab selalunya dia saja je gurau macam tu. 
Masa call itu jam 8.30. Jam 9, mak dia call aku. "Rif! Rif kat mana? Dee excident. Dee dah takde Rif!" 
Aku gelak weh! Aku tak percaya masa tu dan on the way balik ke rumah terus tak jadi dan patah balik ke hospital. Nampak keluarga dia semua ada. Aku pergi, peluk ayah dia. Aku menangis. Aku cakap, "Yah, tunang Rif dah tak ada'. ayah dia yang berair mata itu pun cakap, 'Anak ayah pun dah takde Rif'. Aku sebak, waktu itu semua rasa kosong, sedih, sebak, kecewa, menyesal, benci diri sendiri bagai. 
Rupanya dia memang serius nak jumpa aku. Dia keluar rumah begitu je tak cakap apa-apa pada ayah dia yang tengah tengok tv. Tetapi selepas makan malam, dia salam dan peluk parent dia. Dia keluar naik motosikal tapi tak pakai helmet sebab dia nak cepat. Kalaulah aku pergi jumpa dia.
Keesokkannya, aku iringi setiap langkah dia ke rumah baru. Aku tatap jenazah dia tapi tak mampu pergi dekat. Aku bukan suami, aku menyesal. Aku buat orang yang sayangkan aku macam tu. AKu benci pada diri aku. Tapi aku semakin kuat, redha, mungkin di jodoh aku di syurga sana. Aku puas hati, dia cakap dia maafkan semua silap aku sebelum pergi dan aku pun tak menyesal sangat sebab aku dah layan dia 100% baik daripada sebelum ini. 
Jadi nasihat aku untuk lelaki semua. Tolonglah hargai perempuan yang sayangkan kau gila-gila. Kau tahu tak, kadang kau sayang dia cuma kau ego. Berhenti mainkan perasaan perempuan. Kalau dia pergi dari hidup aku, sumpah aku cakap kau akan menyesal kalau kau layan macam apa semasa dia masih hidup. 
Guys, lelaki dicipta untuk melindungi perempuan, bukannya untuk gunakan perempuan. Buat yang ada teman wanita, tunang, isteri, aku mohon jagalah mereka baik-baik. Layan saja manja dan gedik mereka. Semua itu ada balasannya. Kadang-kadang dengan manja merekalah kau akan tenang. 
Semoga korang mendapat iktibar dari kisah hidup aku. Doakan aku terus kuat dan sedekahkan juga Al-Fatihah kepada arwah tunang aku. Dia baik orangnya. 
"Sayang, saya puji awak ikhlas ni"
Itulah saja cerita aku. Terima kasih kerana sudi membaca. 
Sumber: Bro Nike
from The Reporter http://ift.tt/2hiQ1ox via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2yrzZQ8 via IFTTT
0 notes
yainfarzana-blog · 8 years ago
Text
WHAT TO DO BEFORE SPM
Assalamualaikum and hai everyone. Sebelum spm macam a quite busy kan nak buat preparation so tak sempat nak update apa apa (baru buat ni). After spm ingat nak update tapi tangguh tangguh siap lupa password hahaha. This post is more about my experience before SPM and i am willing to share dekat adik adik yang nak ambil spm nanti.
SO BEFORE SPM APA NAK BUAT? APA NAK BUAT KALAU ADA TERFIKIR BENDA BENDA NEGATIF? Read thiss!!! 👇👇
1) PUTUSKAN HUBUNGAN CINTA YANG AKAN GANGGU FOKUS AWAK (this is serious)
Why? Sebab benda benda macam ni la yang akan buat awak lagha. Tak boleh buat apa pun dengan hubungan cinta monyet ni. Seriously you akan terganggu kalau ada apa apa berlaku in your relationship. #pengalaman I took about 4 months ++ to recover and bila dah sedar diri dah terlambat. Yela masa tu dah bulan april/mei kot. Tapi TAK APA. BUANG ISTILAH TERLAMBAT DALAM HIDUP. Usaha sehabis boleh. 💪💪💪
2) RASA LAST MINUTE? TAK BOLEH COVER SEMUA SUBJECTS NI!!
Macam saya cakap dekat atas tadi, after recover rasa terlambat and mula fikir tak sempat ni nak cover all the subjects. Topik form 4 lagi. Form 5 lagi. Banyak gilaaaa kot. Hahaha.
i) First thing to do is, BE POSITIVE. Why? Sebab positive mind je yang mampu dorong awak buat sehabis baik. Sebenarnya, jujur la saya kata awak dah belajar semua topik cuma takde keyakinan je. Yakin pada diri sendiri and keep positive that you can do this!!
ii) STRUGGLE sampai putus urat. Haha takde la. Based on my experinced saya memang orang yang struggle. My life masa form 5 sangat la bosan. Since saya sedar diri LAMBAT kan, so ape je boleh buat selain USAHA KERAS. Saya bukan orang yg cepat pick up. Dalam kelas fokus je belajar (walaupun mata tertutup). Malam stay up la kejap selama mana mampu. Before stay up boleh la buat solat hajat harap2 senang masuk apa belajar. Bagi yang tak mampu stay up bangun la awal pagi. My life starting bulan 5 macam tu, tidur pukul 1 30 bangun 5 30. Everyday. Nanti bila dah biasa tak rasa mengantuk pun. Pernah masa trial saya tidur pukul 4 30 pagi untuk study je padahal esok tu ada paper. Nampak tak? Orang kata study smart jangan study hard tapiiiii i need to really struggle to get the best result. Alhamdulillah result trial okayy la 😂
iii) IDENTIFY YOUR CRITICAL SUBJECTS BANYAKKAN LATIHAN
Haaaa cari apa subjek yang korang lemah! Macam saya dulu my critical subjects ACCOUNT ENGLISH AND OF COURSE ADDMATH hahaha. So what i did? Account tu memang hari hari buat latihan bukan satu soalan banyak gila boleh muntah fuh fuhh. Saya tak pernah A acc (masa form 4 pernah tapi soalan basic je) Alhamdulillah i got A masa SPM. Berkat usaha Teacher Zainah 😇 Kalau tak mampu 2 soalan sehari pun okay dah. Addmath? Hmmmm ni nanti saya cerita how to get the best hahaha. English pun saya berterima kasih to all my english teachers sebab in a week semua orang dilatih untuk at least buat 2 essay (nak dekat spm dah ni). So identify your weakness and you will get the best result!
3) KALAU ADA DUIT LEBIH PERGI LA TUITION
Okayy tadi one of my critical subject is ADDMATH rite? Since saya sekolah asrama penuh macam susah la nak pergi tuition luar kan, so saya ambil peluang setiap kali OB (balik) which is hanya sebulan sekali (kadang2 takde pun 😢😢), saya pergi tuition. Cth kan cuti penggal bulan 3 kan ada la dalam 7 hari macam tu. So saya akan pergi tuition full 7 hari. Hmmm orang kata balik rumah rehat saya tak pernah rehat sepanjang form 5. Tak tipu penat gila. Sebab apa saya korbankan masa untuk berehat? Sebab………… sampai bulan 7 macam tu (before trial) saya tak pernah lulus Addmath. So this is cabaran besar nak lulus ni. Rasa nak menangis bila ingat balik apa saya buat hanya untuk lulus addmath. Banyak lagi. Nak tahu tips boleh pm hahaha. Ohhh ya i got B in SPM. Alhamdulillah 😂 oh kalau siapa area seremban nak tahu tempat tuition addmath yang saya pergi boleh pm.
4) SOLAT HAJAT SOLAT TAUBAT AMALAN BERTERUSAN
Ni yang saya dengan rakan rakan buat sebelum spm. Ni macam budaya sekolah la. After maghrib kami akan baca yasiin supaya dipermudahkan untuk spm. Kemudian solat sunat taubat and diikuti dengan solat sunat hajat. Secara berjemaah nak buat sorang sorang pun tiada masalah.
(Ada banyak lagi preparation kalau ingat saya sambung post! Thank you)
Assalamualaikum 😄
1 note · View note