#ssipr
Explore tagged Tumblr posts
Text
Free water
Mon 2020/09/28
Today I receive approval from SSIPR of my application for the Skim Air Darul Ehsan, 5 months after I submitted my application. My application has taken so long to process that I have have even forgotten about it. Anyway many thanks to the Selangor government for approving the first 20m3 of monthly free water usage.
0 notes
Text
Skim air percuma di selangor untuk b40 sahaja
Saya dah daftar secara online. Berikut perkongsian saya mengenainya
1. Tarikh akhir daftar 31 dec 2019
2. Daftar SSIPR
2.1 https://ssipr-daftar.selangor.gov.my
2.2 Nombor kad pengenalan
2.3 Cipta kata laluan
3. Sah kan email
4. Log masuk SSIPR
4.1 Nombor kad pengenalan
4.2 Kata laluan
5 Info mengenai anda
5.1 Jantina
5.2 Status perkahwinan
5.3 Agama
5.4 Taraf pendidikan
5.5 Tarikh lahir
5.6 Tempat lahir
5.7 Tempoh mastautin
5.8 Nombor telefon bimbit
5.9 Nombor telefon rumah
5.10 Alamat tempat tinggal
5.11 Pengesahan
Itu sahaja
NOTA:
1. B40 adalah jumlah pendapatan di bawah RM4 ribu sebulan
2. Anda perlu ada email untuk mendaftar SSIPR
3. Kongsi info ini kepada keluarga, sahabat atau kenalan anda agar mereka nanti dapat air percuma. Hanya sebab anda tidak mendaftar, anda akan kena bayar bil air walaupun sebenarnya anda/mereka layak untuk dapat air percuma. Duit tersebut boleh anda gunakan untuk top-up bayar bil elektrik.
0 notes
Text
Skim Air Percuma hanya untuk penduduk berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah mulai Mac 2020
Bermula 1 Mac 2020, hanya penduduk yang berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, DUN Selangor telah meluluskan agar penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma pada 23 November lalu bagi mencapai matlamat sebenar meringankan beban kumpulan sasar yang memerlukan dan layak.
Keputusan itu juga diambil berdasarkan faktor peningkatan jumlah penduduk yang memberi kesan kepada jumlah kewangan dibelanjakan bagi menampung subsidi bantuan tersebut.
Sebanyak RM1.8 bilion sudah dibelanjakan bagi melaksana Program Pemberian Air Percuma setakat 31 Disember 2018, manakala sepanjang 2019 pula, kos pelaksanaannya terus meningkat sehingga mencecah RM220 juta.
Bagi pengguna di pangsapuri kos rendah yang memiliki meter pukal, syarat kelayakannya juga adalah sama tetapi mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC).
Setiap pemohon hanya layak untuk satu akaun air atau premis sahaja.
Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan akan bermula pada 30 September sehingga 31 Disember ini bagi mengemas kini semua data pemohon serta pengesahan pemohon yang layak melalui semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurutnya, proses semakan pula hanya akan bermula selepas tarikh tutup permohonan dan pemohon akan dimaklumkan berkenaan status permohonan mereka selewat-lewatnya pada penghujung Februari tahun depan.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) https://ift.tt/2lAMDv8 atau mengisi Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan.
Borang permohonan yang siap diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui emel kepada [email protected] atau diserahkan di mana-mana kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2nbaxOG via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2mwjUrP via IFTTT
1 note
·
View note