#romikurus
Explore tagged Tumblr posts
sammueljack007 · 7 years ago
Photo
Tumblr media
antara rugby dan alternator.. 😓 saya memilih alternator kerana tanpa alternator kereta saya tiada nilainya.. semoga emas milik kita.. setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya.. ✌🏻 #demilencanadidada #kitajuara #bangkitbersama #raisingtogether #seagames2017 #kl2017 #romikurus #rugby #emasmilikkita (at Rapid KL Ampang Depot)
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Text
Aku sememangnya sukar memahami.
Hahahaha. Sudah terbukti. Sememangnya aku sukar untuk memahami. Apa yang aku sampaikan sememangnya tidak berkesan kepada aku. Sememangnya sikap aku yang sukar menolak, seringkali memakan diri. Bukan ingin mengungkit, tetapi sekadar renungan untuk penambahbaikan diri sendiri. Maafkan aku mak dan abah. Aku tahu, emak dan abah pastinya kecewa dengan aku. Aku harap, Allah Taala akan menanamkan sifat percaya pada anak-anak kepada emak dan abah. Bukan niat aku untuk melebihkan keluarga 1 lagi, tetapi aku tersepit dan sememangnya aku lemah. Aku sukar menentukan, keputusan terbaik uang perlu aku ambil. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kekuatan dan bantuanMu untuk aku terus bertahan sebagai anak dan suami yang soleh. Semoga aku bertemu cara yang paling sesuai untuk aku menjadi terbaik untuk mak, abah dan ejah. Amin. Aku sedar, segala yang berlaku adalah ujian untukku. Hidup tidak indah tanpa ujian. Hanya dengan ujian aku akan rasa hampir padaNya. Semoga aku akan tetap bersama dengan ibadah aku bagi mendekati Allah, suapa Allah tidak melupakan aku. Amin. Aku harus kuat demi cita-cita aku. Cita-cita yang aku pendam. Cita-cita yang aku idam. Biarlah hanya aku dan Allah yang tahu apa cita-cita itu. Semoga sega urusan aku dipermudahkan. Amin. Adakah aku sukar memahami, atau aku sukar difahami?! Persoalan ini terus bermain dibenakku. Hanya Allah yang tahu akan jawabnya. Namun, aku yakin. Aku pasti ketemu jawapannya satu hari nanti. Aku mohon kekuatan dariMu, ya Allah.
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Photo
Tumblr media
Satu lagi karya terbitan @dubookpress hasil nukilan para doktor di Malaysia. Kesinambungan daripada DIAgnosis 1,2,3. Namun, ceritanya tiada kaitan antara satu dengan yang lain. Persamaannya cuma yang menghasilkan ialah para doktor yang berkhidmat di Malaysia. Kini, baru saya mengerti bahawa sakit berkaitan mental amat membimbangkan. Simptom yang dimiliki tidak sama dengan penyakit-penyakit yang lain. Simptom tidak kelihatan. Hanya pakar sahaja yang boleh menganalisis dengan hanya melihat mereka yang menghidap masalah mental ini. Karya yang membuka mata saya kepada pelbagai jenis penyakit mental menjadi pengetahuan dan panduan untuk diri. Jangan sekali-kali "judgemental" andai tidak tahu punca sebenar jadi begitu. Delusi bukan sekadar imaginasi. ✌🏻 #romikurus (at Negeri Sembilan)
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Photo
Tumblr media
sejam rm45.. ko rasa?! #romikurus (at Taman Kosas,Ampang)
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Text
2/8/2017
hari yang penuh dengan keseronokan dan kepenatan. aku rasa, aku perlu begini untuk kekal cergas. nampak perbezaannya apabila aku bersukan dan tidak bersukan. apabila tidak bersukan, badan seolah tidak bermaya dan lesu tidak berdaya. hari ini juga buat julung-juling kali aku mampu untuk skip makn malam. berbaloi untuk keluarkan belanja sebab boleh keluar peluh dan mengurangkan kalori. yes!!! terima kaih sayang sebab akhirnya sudi juga pergi gym. cumanya, kalau setakat pergi gym nak main treadmill pun rugi jugak. fasiliti yang lain-lain pun kena pakai juga. barulah berbaloi membayar untuk masuk gym. kalau mengajar pagi macam dulu, akubdah suruh dah ejah datang je gyn pnb petang-petang. bawa 1 kereta je senang. 😁 kenapa beriya sangat aku bersukan? habis tu takkan nak kena diabetes betul-betul baru nak start bersukan. ini pun dah boarder line. kenalah mula sekarang. kurangkan makan, lebihkan bersukan. bab makan yang paling payah ni. 🤦🏻‍♂️ tapi tidak mengapa. aku cuba selagi mampu. bercerita bab mencuba ni pulak, aku pun ada cerita juga ni. boleh pula main suka-suka petik nama aku untuk jadi ketua pasukan. cakap memang senang, "you jadi ketua, nanti boleh arah-arahkan je". ko ingat diorang tu junior sekolah zaba, yang ko boleh suruh ambil nasi kat dewan makn walaupun bukan waktu makan. 😅 aku memang sukakan cabaran. tapi, untuk memimpin rakan sebaya dan juga yang dikenali ada masalah sikit. biarlah memimpin orang yang tak berapa nak kenal. itu lebih baik pada aku. lepas tu, ada pula yang berikan buah fikiran suruh buat tv show. masalahnya, bukan aku tidak mahu menurut, tetapi mahukah syarikat keluarkan wang untuk buat siaran tv? itu persoalannya. sememangnyalah, ada orang yang sukakan idea seperti itu, tapi perlaksanaannya, dan juga persiapan paper ni korang faham tak macam mana remehnya?!!!! walau apapun aku akan cuba. aku harap andai terjadi juga aku mengepalai, aku qkan berikan yang terbaik. sememangnya itu tuntutan. 🤔 apa jadi dengan paper translation aku ek? senyap je...
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Photo
Tumblr media
seri dewi malam #romikurus
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Text
1/8/2017
hajat tidak kesampaian. sesungguhnya benarlah aku merancang, Allah juga merancang. tetapi sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah Taala. banyak benda yang aku rancang. tapi sebahagiannya berjalan. sebahagian lagi minta tangguh. insya-Allah esok akan berlangsung semuanya. aku kena bersukan semula. demi menjaga kesihatan dan memenuhi cita-cita untuk mendapatkan berat badan yang ideal. ini bukan mainan lagi. banyak perkara perlu aku lakukan. aku perlu bermula awal pagi. kalau boleh seawal jam 5 pagi aku dah bangun dah. insya-Allah, aku nak beli juga treadmill letak kat rumah. insya-Allah setiap pagi selepas bangun daripada tidur bilehlah aku bersenam. dapat treadmill hari-hari mau jugak kurus aku ni. ya Allah, permudahkanlah urusan aku untuk turunkan berat badan. kesihatan aku semua telah berada di garisan. aku ingin sihat dan cergas semula. bantulah aku ya Allah. aku memang frust. namun, aku tiada sokongan. aku ikutkan sahaja kata hati. aku sangat susah untuk katakan tidak. aku harap, aku akan kuat kali ini. dapat treadmill, jadual kehidupan aku akan berubah. itu idea bijak.
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Text
31/7/2017
iye!! tarikhnya semalam. tapi hari ni baru nak tulis. yang hari ni punya kalau sempat aku tulis malam nanti, aku tulis. kalau tidak, esok waktu lapang macam ni baru aku menaip. baiklah. hari ni aku pergi pemeriksaan kesihatan. selalu aku temankan ejah jer. tapi hari ni aku pulak yang kena. semuanya gara-gara dr. marlik abu. aku rasa dia frust. sebab dari bulan 2 sampai habis bulan 7 dah, tiada perubahan pada berat badan kami. turun memang jauh sekali lah. naik lagi mungkin ada. berat aku memang macam yoyo. kejap naik, kejap turun. tapi kebanyakkannya memang menaiklah. aku dirujuk kepada dr. mat rifin. physician and nuclear medicine kepakaran dia. takut siot!! nuclear tu. mau dibubuhnya cecair nuklear dalam badan aku. macam dalam tv tu!!! pagi-pagi sampai aku ambil darah dekat lab. lepas tu pergi breakfast sebelum teman ejah pergi jumpa dr. marlik. masa jumpa dr. marlik dia cakap ejah punya consition semuanya ok. lepas tu dia cek result aku. pun ok. cuma asid urik tinggi boleh sebabkan gout, kolestrol tinggi boleh sebabkan sakit jantung dan gula dalam darah tinggi boleh sebabkan diabetes. makanya penyelesaiannya menurunkan berat badan. sekurang-kurangnya 1 kg setiap bulan. aku rasa tiada masalah kalau dapat sokongan daripada ejah. aku ok je tak makan siang. tapi, bila malam. dah ejah masak, takkan aku tak makan. memang minta dia moncong 4 depalah. tapi ni nampaknya dia pun nekad nak turunkan berat badan. siap ajak pergi gym bagai. aku akn menyokong tanpa berbelah bagi. aku harap usaha kami berhasil.
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Text
30/7/2017
kehidupan masih berterusan. hari ahad berlalu dengan tenang. aku diselubungi rasa bersalah sebab bawa pulang kerja ke kampung halaman. sepatutnya pulang ke kampung dengan hati dan jiwa yang tenang. melupakan segala duniawi dan menumpukan kepada syurga aku iaitu mak dengan abah. maafkan adik ye mak, abah sebab bawa balik kerja ke kampung. pertemuan dengan abang sekeluarga pun tidak semeriah seperti selalu. mungkin aku masih terbawa-bawa perasaan semalam. peristiwa sabtu, peristiwa meluahkan perasaan. namun aku belajar sesuatu hari ini. dahulu aku dimomokkan bahawa mudahnya melakukan kebaikan. tetapi sekarang aku tahu dan mengerti. melakukan kebaikan yang abadi sangat susah. contohnya, aku nak solat 5 waktu secara berjemaah, sangatlah susah. ya Allah, bantulah aku mencapai cita-cita untuk solat berjemaah setiap waktu. kentalkanlah jiwakudan mantapkanlah imanku. tugas sebagai penterjemah aku mulakan dengan hati berdebar. kepada Allah aku berserah. memang aku akui tugasan yang diberikan penuh dengan tekanan. tahap kesukaran dia memang tahap tinggi. baru aku sedar tugas menterjemah itu sememangnya sukar. apatah lagi berperang dengan masa yang sememangnya tidak pernah menunggu aku. sekarang, aku sedar bahawa Allah mendedikasikan surah untuk bercerita tentang masa bukan biasa-biasa. penuh makna dan makaud yang tersurat dan tersirat. andai diolah memang tidak cukup wadah mengungkapinya. Alhamdulillah. selesai lagi hari aku yang seterusnya. esok hari baru bakal menjelma.
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Video
instagram
nampak biasa tapi sangat bermakna #sbk #mrt #bismillah #alhamdulillah #jalanjalannaiktrain #laju #hargai #romikurus #imbaukenangan #jangantakrasa (at MRT Muzium Negara Station)
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Photo
Tumblr media
orang lain bersukan, aku sibuk duduk tepi padang menelaah buku ni.. DIAgnosis bukan buku biasa-biasa.. ayatnya santai.. tetapi menusuk ke sanubari.. tak sabar nak sambung part 4 dan 5.. mengenali dan mengetahui apakah cabaran yang dilalui seorang doktor.. sumpah aku tak marah lgi dengan doktor lepas ni.. #doktor #cabaran #kematianitupasti #doktorjugamanusia #dubook #banyakkanbersabar #pelbagairagam #bismillah #bersyukur #romikurus (at SMK Pandan Mewah ( Halaman Rasmi ))
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Photo
Tumblr media
Terima kasih geng-geng sebab ajak kami beraya. #prolintas #jamuanraya #masukkampung #bersamakumpulanpnb #msam #romikurus #makan #terbaik #bismillah #syukur #alhamdulillah (at Pejabat Operasi LKSA (Alam Impian))
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Video
instagram
Cerita yang banyak mengajar saya erti sebuah persahabatan dan kepercayaan. Kepercayaan kepada diri sendiri dan juga orang disekeliling kita. Berdiri bulu roma dan menitis air mata. Semangat membara dan suasana latihan bersama #wiseguys kembali menerjah memori. ✌🏻 #remeberthetitans #wiseguys #strong #rugby #padu #romikurus #togetherwestrong #americanfootball #champion #thechampionisinthemirror (at Ampang, Kuala Lumpur)
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Photo
Tumblr media
Remember The Titans. Siapa pernah menonton filem yang sarat dengan mesej ini mesti ingin menontonnya sekali lagi. Perbezaan warna kulit dan rupa paras seharusnya diketepikan demi mengecapi keamanan dan kejayaan. Pada sesiapa yang belum menontonnya, saya syorkan untuk menontonnya. Everywhere we go... People want to know... Who we are?... We are The Titans... #mengimbaukenangan #remeberthetitans #padu #bersatu #cemerlang #tabah #romikurus #americanfootball #ragbi #wiseguys (at Ampang, Kuala Lumpur)
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Photo
Tumblr media
Khazanah alam andai tidak diteroka, bagaimana ingin bersua. Andai meneroka, jangan sampai menoda. Belajarlah untuk menghargai dan menyayangi. Saling menyayangi menjadi kunci kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Mendaki memberikan pengajaran betapa sukarnya kehidupan. Bertemu sesuatu yang indah setelah berpenat lelah memberikan seribu makna dan harapan. Benar janji Allah, dalam setiap kesukaran, mesti ada kesenangan. #romikurus #10000langkah #turunnaik #airterjun #tasik #nyaman #indah #bersyukur #alhamdulillah #rezeki (at Bukit Ampang)
0 notes
sammueljack007 · 7 years ago
Photo
Tumblr media
The Wolf of Wall Street??????? 🤔🤔🤔 #leornadodicaprio #samake #romikurus #hobinjanghobin #takbolehkataapa #bukansayaminta #bersyukur #hensemboy #onefineday #willdo (at Permodalan Nasional Berhad (PNB))
0 notes