#perencah
Explore tagged Tumblr posts
Text
Resepi Suhun Goreng Tomyam Siam
Resepi Suhun Goreng Tomyam Siam
Bahan bahan resepi suhun goreng:
Bwg merah blander
Bwg putih blander
Serai ketuk
Daun limau purut
Suhun
Cara masak suhun goreng tomyam siam:
*Tumis
Masukkan ayam
Buh sikit air sahaja…biar air ayam yg keluar
Masukkan perencah tom yam yg (pes) byk sikit
Klu suka pedas, ketuk beberapa cili api merah
Pastu baru masukkan sotong, udang, fishball dan lain2
Garam
Sayur ikut suka
Masukan Suhun yg direndam(gunting2 sikit)
Panaskan hingga masak.
Selamat mencuba resepi suhun goreng tomyam ini.
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/bf4230a69e61c5b6f0ae0f8d15866689/d512e0e5bd3d94cb-a0/s540x810/c2bfb0dc3b8a4eceb7cdb881e5bbe4b5ffda8626.jpg)
SIAPA BENGANG BILA MAK MERTUA CAKAP TAK PANDAI MASAK? Dengan adanya perencah seberguna ni, Sis dah tak perlu risau untuk memasak di depan Mak Mertua. Hanya dgn menggunakan Perencah ni dapat masak pelbagai jenis masakan dengan senang, segera dan yang penting adalah sedap. Tunggu apa lagi sis, sebelum kehabisan stok!!! Nak beli Perencah Serbaguna ni blh klik disini 👇👇👇 🌐 https://foodstuffbymell.com/pages/perencah Kami membantu anda menyelesaikan masalah yg sering dihadapi oleh Surirumah atau Wanita yg tak pandai masak / tak masa untuk masak. Pes kami pilihan ramai. #pesasampedas #sekalirasapastinaklagi (at Pengkalan Chepa) https://www.instagram.com/p/CQ84CAlMkbW/?utm_medium=tumblr
2 notes
·
View notes
Text
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/9f2c922078fb3a044f93e1ac0a20513f/d3a8c8875edd4736-0c/s540x810/ebf17cede0da9eb722aec63a84bd96cc2c1af26f.jpg)
@keiyoshi
replied to your
post
:
Everytime i see an asian making their instant...
3 mins. Speedrun maggi.
ah but wait. let me offer u a better way. speedrun maggi by boiling ur noodles in the pot and heating up water in the electric kettle at the same time. then once ur noodles are done, u plop in the bowl then put the perencah thing then pour the hot water from the kettle and mix. tadah
1 note
·
View note
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/bf69925bfc663f7597c84f5185014480/tumblr_oy64zwwuwj1wbyfcco1_540.jpg)
More info WebBudi.com -> http://www.webbudi.com/2017/10/kuis-berhadiah-total-1-juta-dan-paket-produk.html #adabiindonesia #rasadapurmama #kuis #oktober#november #sarden #sardenadabi #dapur #kreasi#masakan #adabi #perencah #enak #maknyus #igers #vsocam #resep #kontes #lomba #berhadiah #kontesfoto #lombafoto #tips #masakan #dapur #mama #keluarga #foodies #photocontest #kuis #photocompetition #rasa #buat #kesayangan #tersayang #sardenadabi #webbudi
#november#kontes#buat#photocontest#perencah#photocompetition#adabi#sardenadabi#kuis#berhadiah#keluarga#adabiindonesia#igers#tersayang#enak#vsocam#sarden#rasadapurmama#webbudi#mama#resep#rasa#kreasi#lombafoto#kontesfoto#masakan#lomba#maknyus#tips#foodies
0 notes
Text
At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 141 : Krisis Intelektualisme Di Negara Kita
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/8bfd895d21d2f5e74af512780bbe781b/56a1f3a82d83b52f-c2/s540x810/fc460571ce16a5d46dbec68e0601e694015ca258.jpg)
Di tanah air kita, sememangnya kita menghadapi krisis intelektualisme. Tidak cukup dengan hiburan yang kelas rendahan dan tidak bermutu, kita juga kerap sahaja disajikan dengan rancangan dan slot pengisian yang hanya meraikan orang yang beku akalnya, tepu pemikirannya dan kemalasan yang mendalam terhadap semangat pembelajaran. Bahkan, adakalanya ia lebih menjurus kepada doktrinisasi dan penentangan terhadap manhaj ilmu yang sejati.
Kita bukanlah mengharapkan agar stesen radio dan televisyen atau mana-mana platform untuk sentiasa menyediakan rancangan atau slot yang beraras tinggi dan perbincangan di tahap pakar. Akan tetapi, kita mengharapkan usaha yang bersepadu lagi berterusan untuk merancakkan lagi wacana dan perbincangan intelektualisme serta membangunkan masyarakat yang celik lagi cerdik serta sentiasa entusias untuk wacana seperti ini serta mengharapkan paparan
Kita juga mengharapkan agar wacana dan perbincangan ilmiah dapat dipertingkatkan dan dapat mengekalkan stamina tahap sederhana yang boleh para panel yang berkaliber untuk membahaskan bahagian di aras tinggi apabila diperlukan dan ia mampu ditanggung oleh masyarakat yang telah dididik dan dilatih untuk wacana seperti ini. Malah, rancangan hiburan juga pun patut lebih kreatif, bermakna dan berisi dengan sajian yang mengenyangkan minda intelektual.
Sampai bila kita ingin beri alasan dan berlapik kerana masyarakat di aras rendahan dan sukar untuk menghadam perbincangan yang lebih kompleks dan tuntas? Alasan seumpama ini sama ada ia merendahkan kadar akal masyarakat seakan-akan mereka terlalu bodoh untuk memahaminya atau merasa tidak bersalah untuk menerima masyarakat yang telah berkubang dalam kerendahan intelektualisme dan sanggup membiarkan ia berpanjangan.
Yang menghampakan adalah sebahagian kelompok masyarakat lebih gemar dan lebih menyambut baik cerita-cerita karut, ajaib dan mencarik adat seperti mimpi seseorang bertemu dengan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Tidak cukup dengan itu, penglipur lara dijemput bagi menambahkan perencah yang telah lama menggiurkan lidah dan memenuhi apa yang dituntut oleh kelompok ini dalam meredakan jiwa mereka yang sudah jemu dan letih dengan urusan pekerjaan.
Bagi mereka, agama sekadar pengisian sampingan untuk tujuan kerehatan setelah penat bekerja, santai ketikamana tidak tahu apa yang patut dibuat pada masa lapangnya serta menjadi tempat untuk mengharapkan keajaiban dan sakti dari agamawan yang konon memiliki perbendaharaan untuk menyampaikan hajatnya dan wakil tuhan untuk mengalirkan kuasa-Nya kepadanya.
Agama sebagai pencetus kepada intelektualisme, semangat kepada pembelajaran sepanjang hayat, entusias untuk mewujudkan suasana dan budaya ilmiah serta puncak kepada segala ilmu, kefahaman dan kecendekiaan langsung sama sekali tidak dipandang melainkan sekadar sepintas lalu atau ibarat mencurah air ke daun keladi.
Atas sebab itulah apabila dihadapkan beberapa masalah yang memerlukan ketajaman minda, daya saing intelektual dan profesionaliti dalam pengaplikasian ilmu, kita seakan-akan melihat masyarakat yang terkandas, tumpul, dungu, terpinga-pinga, hanyut, ketinggalan jauh dan di dalam kemelut kebodohan yang dikeji. Seakan-akan mereka bukan sahaja tidak nampak, malah seakan-akan mereka meredhai situasi yang sangat meruncing lagi menyayat hati seperti ini.
Pada masa keributan ini, barulah terhegeh-hegeh mencari ilmuwan yang berkualiti dalam merungkai kemusykilan mereka dan mengubati syubhat yang meradang di jiwanya. Selama ini mereka mengharap para penglipur lara yang terus memperbodohkan masyarakat untuk mengisi keperluan mereka dan selama ini juga mereka menyindir, memboikot, mengenepikan dan menyisihkan golongan yang berkualiti kerana tidak mengikut rentak mereka. Akhirnya, setelah sedar bahawa idola dan figura yang mereka angkat itu tidak kurang kolot lagi tolol sepertimana yang lain, barulah menagih kewibawaan dan kemahiran mereka.
Pada saat genting ini, barulah masyarakat mula bertanya apa itu manhaj atau metodologi. Selama ini hanya mencedok apa sahaja yang ditemukan, menelan apa sahaja yang disajikan dan mengikut membabi buta terhadap seseorang yang dijulang. Mereka lebih kenal kebenaran melalui orang, bukan mengenali ahli kebenaran melalui kebenaran.
Apa sahaja yang penglipur lara dodoikan dinikmati tanpa waspada dan apa sahaja yang agamawan yang haprak ini curah ditimba tanpa saringan. Manakala, orang lain yang jauh lebih berkualiti daripadanya dipersoalkan kredibilitinya, bahkan ditendang secara zalim kerana melawan arus dan menentang kebejatan yang ada pada golongan tersebut. Sekarang, apabila tampak pada mereka kekalutan dan kontradiksi yang bertaburan, barulah mereka mengenal pembaris dan neraca untuk menyusun atur apa yang selama ini dibiarkan bersepah.
Yang lebih menyedihkan lagi adalah setelah tersadung ke lumpur setelah lama berjalan sambil mengelamun, barulah mula bina kesedaran untuk mengawasi sekeliling. Namun, ia menjadi seakan-akan hangat-hangat tahi ayam. Tidak berterusan semangatnya dan tidak mempelajari malang yang menimpanya dulu seoalah-olah tidak pernah mengalaminya.
Apabila muncul ajaran sesat yang baru, sebahagian masyarakat kita seakan-akan baru berhadapan dengan golongan ini dan yang lebih teruk lagi adalah terpengaruh dengan dakyah dan ajaran mereka. Padahal, kita sudah berhadapan dengan pelbagai ajaran sesat yang wajahnya persis dengan yang terkini, cuma berbeza bungkusan luar sahaja. Akan tetapi, sebilangan masyarakat kita ini seperti tidak pernah mendepaninya dan berkonfrontasi dengannya.
Usah berkata tentang ajaran sesat. Skim cepat kaya dan model bisnes yang kononnya bebas dari pemasaran berbilang aras pun masih ramai yang kecundang dan tidak mampu membezakannya seakan-akan kita baru sahaja belajar dan bertemu dengan komplot penipuan ini. Seakan-akan skim Pak Man Telo dan skim pelaburan emas Tok Belagak ini sesuatu yang asing, bahkan terlalu kuno untuk diimbau kembali dan dipelajari agar tidak berulang. Kita seakan-akan tidak ada masalah untuk jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali.
Bagaimana mungkin ini terjadi jika kita berhadapan dengan krisis intelektualisme. Sampai bila kita ingin redha masyarakat kita di tahap seperti ini dan di belenggu kitaran yang memalukan umat ini? Sampai bila kita hanya ingin menjadi masyarakat reaktif berbanding maju ke hadapan dengan proaktif?
Pembaharuan intelektualisme sangat diperlukan bagi masyarakat dan mereka yang membawa perjuangan ini perlu terus dilahirkan pada setiap generasi. Kita bukan tidak ada langsung orang seperti ini sepanjang sejarah kita, bahkan pada masa kini dan jumlah mereka bukan sedikit. Namun, apa jadi?
Ambilan : https://www.wattpad.com/1212862163-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-141-krisis-intelektualisme
0 notes
Text
Ramai takut guna Ajinomoto dalam masakan, sedangkan dakwaan ia menyebabkan masalah kesihatan hanyalah mitos
Sesetengah individu menggunakan bahan perasa seperti Ajinomoto sebagai perasa tambahan untuk menambahkan kelazatan sesuatu hidangan. Jika tambahan perasa ini tidak diletakkan, bagi sesetengah individu rasa tersebut boleh dikatakan kurang memikat selera.
Tetapi, ada pula yang mendakwa bahan perasa seperti ajinomoto harus dielakkan kerana mempunyai bahan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Satu perkongsian yang cukup menarik melalui kumpulan Masak Apa Hari Ini mengenai mitos yang disebarkan mengenai Ajinomoto. Berdasarkan pengkongsian itu juga ada menyatakan berdasarkan penilaian Pertubuhan Biologi Ujikaji Amerika Syarikat, MSG diklasifikasikan bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS) dan turut diakui kelebihannya oleh Pakar Nutrisi.
MITOS AJINOMOTO
Salah seorang pegawai Ajinomoto menerangkan mengenai produk yang turut dihasilkan syarikat tersebut.
Ramai antara kita, takut untuk menggunakan produk penambah perasa Monosodium Glutamat (MSG) seperti Perencah Umami Ajinomoto dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan negatifnya kepada kesihatan. Sehinggakan ada yang mengharamkan produk itu berada di dapur rumah mereka.
Antara yang selalu kita dengar akibat kesan produk ini seperti kepala cepat botak, kepala pening, cepat berasa haus dan paling digeruni penyebab kanser.
Bagaimanapun, sekiranya produk ini banyak memberi kesan negatif kepada kesihatan, mustahil syarikat dan jenama Ajinomoto yang terkenal dengan MSG ini kukuh dan terus berkembang sehingga kini.
Tidak ada pula sesiapa yang pernah mengalami kesan dinyatakan tampil membuat sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan berkaitan kesan negatif pengambilan MSG tersebut.
Sebenarnya segala tohmahan dan kata-kata dimomokkan selama ini adalah tidak benar sama sekali dan ia hanya mitos semata-mata.
Berkesempatan mengikuti lawatan ke Infoseum Ajinomoto yang terletak di kilang terbesarnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur baru-baru ini, pada program Ajinomoto Media Gathering 2017-Exploring The Wonders of Umami, pelbagai perkongsian diberikan mengenai produk jenama tersebut.
Paling menarik apabila ke sudut Info mengenai mitos sering dikaitkan dengan MSG. Persoalan MSG, terutama punca dahaga tiada bukti saintifik bahawa kehausan berkaitan fungsi sodium dalam pengawalan keseimbangan bendalir badan.
Kehausan akan berlaku apabila mengambil sodium berlebihan. Walaupun MSG mengandungi sodium tetapi kandungannya hanya 12 peratus berbanding sodium dalam garam biasa iaitu 40 peratus.
Makanya, lebih baik mengambil MSG seperti Ajinomoto dalam masakan berbanding garam kerana kandungan sodium tinggi punca anda cepat berasa haus. Malah tiada juga bukti saintifik mengatakan MSG menyebabkan keguguran rambut dan migrain.
Selain itu, ada mitos yang selalu didengari, MSG terhasil daripada bahan kimia. Namun realitinya, MSG dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu melalui proses penapaian, proses sama untuk menghasilkan tapai, kicap soya, cuka dan dadih.
Bantu masalah kesihatan
Berpeluang menelusuri sejarah Umami Ajinomoto, ia bermula sejak 1909, di mana ketika itu, seorang ahli sains Jepun, Profesor Kikunae Ikeda mengenal pasti glutamat sebagai punca rasa enak yang dibuat daripada rumpai laut pada 1908.
Beliau menamakan rasa itu sebagai umami. Seterusnya, Ikeda mempelajari cara mengasingkan glutamat untuk menghasilkan penambah perisa, MSG.
Ajinomoto dipasarkan di Jepun pada 1909 dan kini lebih 100 tahun di seluruh dunia. Ia memasuki pasaran Malaysia pada 1965, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan mempunyai lapan cawangan di negara ini.
Pasti anda tertanya apa itu glutamat dan umami? Glutamat merupakan sejenis asid amino yang boleh ditemui di dalam kebanyakan makanan semula jadi termasuk susu ibu. Glutamat adalah komponen utama MSG, di mana ia mempunyai satu fungsi unik berupaya memberi rasa umami dalam makanan.
Sementara umami pula dikenali secara saintifik sebagai rasa asas kelima selain rasa manis, masam, masin dan pahit. Umami rasanya seperti daging dan ia datang daripada makanan yang kaya glutamat.
Kebaikan Perencah Umami Ajinomoto pula, bantu melazatkan makanan, tingkatkan selera makan dan galakkan pengambilan nutrien bagi kanak-kanak dan warga emas serta kurangkan risiko tekanan darah tinggi termasuk masalah kesihatan lain dengan mengurangkan 30 peratus pengambilan sodium.
Keselamatan terbukti
Mengenai keselamatan produk pula, berdasarkan penilaian Pertubuhan Biologi Ujikaji Amerika Syarikat, MSG diklasifikasikan bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS).
Ia diakui Pakar Nutrisi yang juga Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr Tee E Siong yang turut berkongsi kelebihan umami dan MSG dalam ceramahnya, Malaysia Diet.
E Siong berkata, dengan hanya sedikit MSG atau penambah perasa umami, pengambilan garam boleh dikurangkan sehingga 30 peratus, pada masa sama keenakan makanan terus dikekalkan.
Fakta keselamatan Umami Ajinomoto itu juga disokong Chef terkenal, yang juga Pengarah Akademi Latihan Kulinari, Chef Bernard Lee, ketika melakukan demonstrasi masakan pada program tersebut.
Bernard berkata, sebaiknya diletakkan terlebih dahulu MSG dalam masakan, sebelum meletakkan garam. Beliau akui banyak kelebihan dan manfaat MSG daripada umami yang sebelum ini kurang diketahui.
Sumber: Idalova Shida, Masak Apa Hari Ni
from The Reporter https://ift.tt/2CnaQwp via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2CljWtu via IFTTT
3 notes
·
View notes
Text
Resepi Nasi Goreng Cina Gampang Tapi Rasa Ummmphhhhh - Daridapur.com
Resepi Nasi Goreng Cina Gampang Tapi Rasa Ummmphhhhh – Daridapur.com
Untuk ibu-bunda juga,nasi goreng antara hidangan bekal buat anak-anak bawa ke sekolah.Jadi kami nak mudahkan seluruh orang, kali ni kami nak berikan resepi nasi goreng cina beserta video tutorial.Best kan. Tips buat jadikan nasi goreng ni sedap hingga menjilat jari ? Mestilah pakai lesung batu buat tumbuk hancur bahan perencah nasi gorengnya.Baru lebih terasa. Selain tu pula jangan pakai nasi yg…
View On WordPress
0 notes
Text
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/08f482d054741702ff8ac7a5f133ef2a/76424bdabf87c93e-2b/s540x810/cd977e431f3a8192fe025882d48d920d1b884a95.jpg)
KULDESAK - Dee Hwang
*
Terserap gambar-gambar, timbul tenggelam selepas bermimpi
Sebagai efigi wanita tua
Yang merenungi redup Betelgeuse
Gambaran ulang wajah visi
Serpihan kengerian terjebak
dalam sebotol ramuan halusinogenik
ingin cepat pulang!
terlepas nyata ataukah tidak
Dari tiap-tiap rajah yang tak selesai kusut-kusutnya
adalah mana yang bikin mati paling baik; panjang menderita atau selesai di muda usia
Seperti perencah patah
Sebelum sempat jadi bangun
Sudah kupelajari juga
Jawaban selalu di buntut soal
Dan ketika kuputar haluan seratus delapan puluh
Midnight caffeine rush menemani
Prediksi berhamburan, satu-satu bercerita seperti pelumat daging menyala
Takdir tak terlawan, menang pun jadi abu
.
(01.46 AM-3 Juli 2021)
📷 : James Steinberg
0 notes
Text
Resepi Suhun Goreng Tomyam Siam
Resepi Suhun Goreng Tomyam Siam
Resepi Suhun Goreng Tomyam Siam Bahan bahan resepi suhun goreng: Bwg merah blander Bwg putih blander Serai ketuk Daun limau purut Suhun Cara masak suhun goreng tomyam siam: *Tumis Masukkan ayam Buh sikit air sahaja…biar air ayam yg keluar Masukkan perencah tom yam yg (pes) byk sikit Klu suka pedas, ketuk beberapa cili api merah Pastu baru masukkan sotong, udang, fishball dan lain2 Garam Sayur…
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/c64d68e2281a1f2137b6a0c2c3d2173c/2e1bc0a4ad10c920-ac/s540x810/3ac2378cd26499391ca961bb89bf02a4b283ea13.jpg)
View On WordPress
0 notes
Text
Berusahalah perbaiki solat 5 waktu yang kita dirikan. Supaya dapat menyempurnakan tuntutan dalam solat iaitu syarat sah solat, rukun solat dan kesempurnaan solat.
Lalu berusahalah untuk hindari dari amalan sekadar mendirikan solat atas tikar sejadah. Supaya di hari akhirat amalan yang kita bawa itu tidak berulat lalu langsung tidak berguna. Perkara sebegitu rupa amatlah merugikan dan meletihkan kita.
Apatah lagi amalan yang akan dihisab di hari akhirat pertama adalah solat 5 waktu.
Jadi solatlah dan berusaha untuk perbaikinya. Kita solat bukan kerana kita baik atau tak baik tapi kita ini hamba Allah.
Cp
.
.
Confession ni baik tapi orang yang share confession sebegini akan ada yang ambil kesempatan untuk tarik rezeki secara jalan pintas.
Jadi disini saya nak beri nasihat untuk diri saya dan semua. Sebab sejak dulu lagi bila ada confession yang menceritakan kelebihan buat amalan sunat. Ramai yang akan share sampai beriban2.
Amalan sunat ini adalah perencah dalam menjemput rezeki.
Jika masak nasi goreng menggunakan nasi basi tetap dapat dimakan dengan enak ketika masih panas. Kerana kebasiannya terhijab dengan perencah. Tapi suatu saat pasti perut akan rasa sakit kerana ia adalah makanan yang tidak berkhasiat walaupun sedap.
Begitulah juga usaha untuk menjemput rezeki. Rezeki akan datang jika kita berusaha dan menariknya dengan membaca surah al waqiah, al mulk, melakukan solat sunat dhuha, solat sunat tahajjud dan bersedekah. Tapi tanpa hidup atas landasan syariat pasti rezeki yang datang itu secara tidak sihat.
Tidak sihat ini dinamakan sebagai nikmat dalam bentuk istidraj. Istidraj ini merupakan pemberiaan nikmat dari Allah tanpa redha dariNya.
Kata arwah abi saya nikmat rezeki bukan datang dari amalan sunat tapi datang dari Allah. Cuma untuk dapatkan nikmat dari Allah perlu menjalankan kehidupan atas landasan agamaNYA. Iaitu dahulukan amalan syariat kemudian tambahkan dengan amalan sunat untuk menunjukkan effort kita dalam usaha menjemput rezeki.
Wallahualam.
.
Cp
1 note
·
View note
Link
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/2670a4a8830c158ac65e8d5c05af64c0/a80fe07e9146d40c-e1/s540x810/867bb11101c4945e034af04585724e7ada11673a.jpg)
Semoga dipermudahkan kepada anda yang tengah siapkan urusan, sebelum PKPB :- semenanjung kecuali Kelantan, Perlis, dan Pahang. Amin. 💐 Jom rancang perkara yang menggembirakan. Perkara yang buat kita senyum. p/s :- Syida harini sempat masak lauk gulai ikan. 😊 Baru tau perencah kari Kat sini femes rempah Cap O. Okla.. Rempah kari area anda apa yang femes dan sedap? Saja share. #syidaabdulrahman #routine https://www.instagram.com/p/CHUiHPpnOE_/?igshid=1eoeihzskxa2k
0 notes
Text
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/772db23a0a4f8b72bdf31f8a42f3ab1f/2c4dbfd70fb4d454-de/s540x810/42592df7d4a05a5c7710c2a64e38f3b793d89776.jpg)
Sup Tulang
By @yantykitchen
Bahan-bahan:
Tulang lembu
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
Sup bunjut
Perencah sup siam adabi
Perasa
Ubi kentang
Carrot
Batang celery
Bawang holland
Daun sup
Tomato
Cili padi
Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang telah dikisar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau. Masukkan tulang yang telah dicuci bersih dan sup bunjut. Kemudian masukkan sedikit air dan perencah sup siam adabi. Masak sehingga isi tulang lembut. Masukkan perasa. Kacau sehingga semuanya sebati. Masukkan ubi kentang dan carrot. Setelah ubi kentang dan carrot empuk masukkan batang celery, bawang holland, daun sup, tomato dan cili padi. Selamat Mencuba ❤️❤️ .
.
Selamat Mencoba!!
.
=========
0 notes
Text
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/5cee6e425752cfda5ebef07d0b4196b8/31996fbf9af2e79c-20/s540x810/3d405526b8ed27186f286cc2ed9520c575ed587f.jpg)
Resepi Ayam Bakar Madu VS Ayam Goreng Madu Paling Sedap
Tips untuk ayam bakar madu :
1- Pastikan ayam diperap dengan bahan-bahan perapan sekitar 2-3 jam minima untuk pastikan isi ayam menyerap segala bahan perapan.Anda boleh masukkan dalam plastik dan letak di freezer jika nak guna keesokan hari atau nak bawa pergi berkelah.Cara ini dapat kekalkan kualiti dan lambat basi.
2- Untuk elakkan ayam madu mudah hangit kalau anda bakar guna arang, pastikan jarak antara bara api dan jaring tinggi sedikit daripada biasa terutama pergi berkelah sebab masing-masing seronok dengan aktiviti.
Bahan Resepi Ayam Bakar Madu Istimewa :
1 ekoq ayam dipotong dengan size bersesuaian
2 sudu makan perencah nasi goreng cina cap seri aji
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos cili thai
5 sudu makan sos cili
1 sudu makan serbuk bawang putih
1 biji air limau nipis
1 cawan madu
Cara Buat Resepi Ayam Bakar Madu Sedap :
#1: Potong dan bersikan ayam bersih.Ketepikan.Masukkan dalam bekas besar semua bahan perapan di atas dan kacau rata.Masukkan potongan ayam dan perap selama 2-3 jam di dalam peti bahagian biasa.
#2: Barulah dibakar dengan arang mengikut tips kami beri.Ayam bakar madu ni warna merah sebab guna serbuk cili tadi.Tu yang cantik tu.
Ini baru betul resepi ayam bakar madu.Rasa madu dan bahan perapan lain masuk dalam isi ayam .Bakar pula dengan arang.Versi ayam goreng madu pun ada.Best
Versi 2 ayam goreng madu yang anda senang nak buat untuk makan malam nanti. Terima kasih kepada Puan Afy atas sumbangan resepi ini.
Bahan Resepi Ayam Goreng Madu :
Kuantit untuk 6-8 ketul ayam
Bahan Kisar :
1 1/2 inci setengah halia
1 batang serai
1/2 bawang besar Holland
2 ulas bawang putih
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan cili kering kisar
1/2 senduk air
1 senduk kicap Jalen manis
Kisar lumat bahan di atas
Bahan Lain :
3 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cili
Ini baru betul resepi ayam bakar madu.Rasa madu dan bahan perapan lain masuk dalam isi ayam .Bakar pula dengan arang.Versi ayam goreng madu pun ada.Best
Cara Buat Ayam Goreng Madu :
#1: Susun ayam dalam periuk dan masukkan bahan kisar.Gaul rata.Tambah gula,garam dan serbuk cili.Rebus dengan api perlahan hingga ayam empuk. Tutup api dan biarkan 10 minit.
#2: Goreng ayam dalam minyak panas dengan api sederhan sehingga garing.
Masukkan baki air rebusan dalam pan tak melekat untuk buat sos atau saute. Tambah 1 sudu makan madu.Kacau hingga sos memekat. Barulah masuk ayam dan gaul sebati dengan sos.
Ini baru betul resepi ayam bakar madu.Rasa madu dan bahan perapan lain masuk dalam isi ayam .Bakar pula dengan arang.Versi ayam goreng madu pun ada.Best
#3: Angkat ayam tadi dengan pengepit dan layurkan seketika atas api untuk bagi rasa bakar pada sos.Memang sedap.Hati-hati untuk elakkan sos jatuh atas lubang api gas.
Memang sedap resepi ayam bakar madu dengan ayam goreng madu ni untuk anda tambah masuk dalam koleksi resepi masakan anda.Lengkap kami beri.Selamat mencuba.
kredit: Mingguanwanita
0 notes
Link
Setiap orang mempunyai kisah perjalanan hidup yang tersendiri. Bukan semua orang mempunyai perjalanan hidup yang lancar di peringkat awal. Ada yang bermula dengan penuh kepayahan tetapi akhirnya menjadi insan yang sangat berjaya. Itulah yang berlaku pada seorang individu yang bernama Richard Montanez. Anda semua mesti tak tahu siapa Richard Montanez kan? Beliau merupakan naib presiden pemasaran dan promosi PepsiCo bagi Amerika Utara. Kalau anda nak tahu, Montanez tak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi untuk memegang jawatan tersebut. Tetapi beliau mempunyai idea membangunkan produk dan sistem yang baru. Inilah yang menjadikan beliau seorang yang istimewa. Montanez berasal dari sebuah keluarga imigran yang berasal dari Mexico dan menetap disebuah bandar kecil yang terletak di Ontario, California. Dia serta adik beradiknya yang lain seramai 10 orang terpaksa tinggal berhimpit di rumah yang mempunyai satu bilik sebelum mereka sekeluarga berpindah ke rumah tiga bilik yang berukuran 800 kaki persegi. Di sekolah pula, Montanez tidak mempunyai kawan kerana dia tidak tahu berbahasa Inggeris. Pernah satu ketika dia ingin makan bekal burrito iaitu makanan Mexico sewaktu rehat. Semua kanak-kanak disitu memandang ke arahnya. Ini kerana sekitar tahun 1960-an, masyarakat Amerika masih belum terbiasa dengan makanan asing. Kerana malu, Montanez menyimpan kembali bekal tersebut dan pergi bersembunyi di tempat lain. Di rumah, Montanez meminta ibunya untuk membuat bekal sandwich serta kek cawan seperti rakan-rakan sekolahnya yang lain. Tetapi ibunya memberikan bekal 2 biji burrito serta menyuruhnya untuk mencari kawan baru. Pada minggu itu Montanez yang berusia tujuh tahun telah menjadi peniaga cilik dengan menjual burrito kepada rakan-rakannya dengan harga 25 sen sebiji. Dari situ Montanez telah mempelajari sesuatu yang penting iaitu, tidak salah kalau kita berbeza dengan orang lain. Ada sebab mengapa kita dilahirkan berbeza. Inilah yang membentuk jati diri Montanez. Disebabkan beliau mempunyai kesukaran dalam pembelajaran kerana tidak mahir berbahasa Inggeris, Montanez berhenti daripada persekolahannya. Dia mula melakukan pelbagai jenis kerja untuk mendapatkan pendapatan seperti menjadi tukang kebun dan penyembelih ayam sebelum bekerja sebagai seorang tukang cuci di kilang Frito Lay. Pada suatu hari mesin membuat keropok di situ rosak jadi perencah tidak dapat menyaluti keropok Cheetos. Montanez kemudiannya membawa pulang keropok tersebut untuk melakukan sedikit eksperimen makanan. Dirumah, beliau menyediakan cili, keju, butter dan juga limau. Resepi ini diinspirasikan daripada peniaga jagung jalanan. Keluarga serta rakan-rakan Montanez menyukai rasa Cheetos yang baharu ini. Montanez kemudiannya memberanikan diri untuk menghubungi CEO syarikat tersebut, Roger Enrico. Pada waktu itu dia tidak tahu yang dia tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut. Iyalah, dia cuma seorang tukang cuci. Tetapi pembantu kepada Enrico masih menyambungkan talian tersebut kepada Enrico walaupun Montanez mengatakan bahawa dia seorang tukang cuci. Enrico berminat untuk mendengar idea daripada Montanez dan memberi masa kepadanya selama 2 minggu untuk bersedia dengan pembentangan. Montanez pada waktu itu tidak mempunyai seutas tali leher ketika itu, terus membeli tali leher yang berharga $3 dolar. Beliau turut ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku perkaitan dengan pemasaran sebagai persediaaan untuk pembentangan nanti. Dipendekkan cerita Enrico menyukai idea serta resepi baru Montanez. Jadi rangkaian produk baru yang diberi nama Flaming mula diperkenalkan, Dari situ hidup Montanez mulai berubah. Daripada seorang tukang cuci, beliau telah naik sedikit demi sedikit sehingga dilantik menjadi salah seorang naib presiden eksekutif untuk PepsiCo. Pengalaman yang luar biasa dalam bidang pemasaran juga telah melayakkan beliau untuk berkongsi ilmu dengan menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti. Semua ini tentunya tidak akan berlaku kalau beliau tidak memberanikan diri untuk menghubungi CEO syarikat tersebut bukan? Kita juga dapat melihat peranan pihak atasan syarikat dalam kes ini. Sekiranya mereka tidak memberi peluang kepada Montanez untuk berkongsi idea, pastinya jenama Flaming Hot tidak akan muncul dan menjadi kegilaan rakyat Amerika. Jadi, jika anda mempunyai idea yang baik, jangan sia-siakan idea tersebut. Cubalah untuk merealisasikan idea tersebut. Jangan mudah untuk berputus asa dan yakinlah pada diri sendiri. Sumber Rujukan: HEROKITA.com | Digital Talents On Demand Source link
0 notes
Text
At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 98 : Pengiktirafan Bahawa Akan Ada Yang Lebih Unggul
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/fbd3d89e72c8eecaae154638829c246d/52ca90a847752663-86/s540x810/e66c155549c6cf6888f259f5824b5f166a274255.jpg)
Jalāluddīn as-Suyūṭiyy berkata :
قَالَ بَعْضُهُمْ: إذَا عَجَزَ الْفَقِيهُ عَنْ تَعْلِيلِ الْحُكْمِ قَالَ: هَذَا تَعَبُّدِيٌّ وَإِذَا عَجَزَ عَنْهُ النَّحْوِيُّ قَالَ: هَذَا مَسْمُوعٌ وَإِذَا عَجَزَ عَنْهُ الْحَكِيمُ قَالَ: هَذَا بِالْخَاصِّيَّةِ.
Sebahagian mereka berkata apabila ahli fiqh tidak berdaya dalam mencerap illah hukum, dia berkata: "Ini adalah ta*abbuddiyy". Apabila ahli nahu tidak berdaya, dia berkata: "Ini dapatan yang telah didengari". Apabila sang pintar tidak berdaya, dia berkata: "Ini adalah kes khusus". [Al-Ašbāh Wa an-Naẓō^ir, m/s 407, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].
Muḥammad bin *Umar bin Sālim Bāzmūl dalam menyusuli kata-kata ini :
وإذا عجز عن الدليل قال: أجمعوا. والآخر: قال: لغة. والآخر: قال: رواية. واليوم: قال الشيخ فلان!
Apabila seseorang tidak berdaya untuk memberi dalil, dia berkata: "Mereka telah sepakat". Yang lain berkata: "Ini adalah bahasa". Berkata yang lain: "Ini adalah riwayat". Hari ini, orang berkata: "Berkata syeikh fulan". [Rujuk : https://www.facebook.com/mohammadbazmool/photos/a.702742839844205/4258407050944415/].
Saya ingin menambahkan bahawa apabila ahli tafsir itu tidak berdaya dalam takwil, dia berkata: "Sepertimana yang dikhabarkan". Apabila ahli uṣūl tidak berdaya dalam menyelesaikan pertentangan, dia berkata: "Tinggalkan".
Daripada kesemua ini, ada dua manfaat yang boleh kita ambil.
Pertama, halal itu jelas dan haram itu jelas. Apakah bukti hukum itu jelas? Di sinilah munculnya kaedah fiqh : الحكم يدور مع علته وجودا وعدما "Hukum itu berputar bersama illahnya, sama ada wujud ataupun tidak". Apabila terbuktinya bahawa tidak ada dalil yang memalingkan penghujahan untuk menyatakan sebaliknya daripada apa-apa yang terkandung pada teks itu, maka barulah ketika itu nyata tentang keharamannya dan kehalalannya. Sebelum hukum diterbitkan, ia melalui proses uji dengan pelbagai persoalan dan pembuktian melalui metodologi yang betul. Apabila keraguan berjaya ditepis dan konsisten dengan metodologi yang betul, maka halal dan haram tidak lagi samar, tidak ada lagi khilaf terhadapnya dan menjadi jelas.
Atas sebab itulah, seseorang tidak boleh mengikuti sesuatu sebelum yakin bahawa hal tersebut terbukti benar bagi kedudukannya. Jangan terpedaya dengan perencah manis yang kononnya sesuatu itu telah ijmak, tiada khilaf, mazhab majoriti, sahih dalilnya, jelas penghujahannya dan lain-lain. Kitalah yang bertanggungjawab atas amalan kita, bukan orang lain.
Jika al-Qur^ān yang diikuti itu membuka cabaran untuk ia diuji, maka berhaklah juga dakwaan orang lain itu diuji. Biarlah kita lambat dalam beramal dalam keadaan kita memahaminya berbanding kita gopoh tetapi tidak dipastikan sandarannya. Sedangkan agama ini tidak disempurnakan hanya sekadar empat belas tahun sahaja. Namun, orang yang bersungguh-sungguh akan dapat menyelesaikan permasalahan agama untuk dirinya dalam masa yang singkat dengan izin Allah.
Kedua, adakalanya kita perlu berikan penghormatan kepada mana-mana insan yang berjaya mengkehedapankan suatu pendapat yang jitu yang lain daripada yang lain sama ada dari sudut penafsiran, taḥqīq al-Manāṭ dan pencarian illah bagi sesuatu teks agama atau analisis walaupun ia tidak pernah didahului oleh mana-mana orang atau menyalahi kesemua ahli ilmu jika ia benar-benar menepati kebenaran.
Keistimewaan ini perlu diraikan kerana inilah yang diberitahu Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bahawa orang yang disampaikan lebih faham daripada orang yang menyampaikan dan orang yang terkemudian ada yang lebih mengungguli daripada pendahulunya. Sabdanya :
نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ ، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ " . "Semoga Allah memperindahkan seseorang yang mendengar hadis daripada kami, lalu dia menghafalnya, kemudian ia menyampaikannya. Kadangkala seseorang menyampaikan fiqh kepada orang yang lebih faqih daripadanya dan kadangkala orang yang menyampaikan fiqh tidaklah faqih". [Sunan Abū Dāwud, kitāb al-*Ilm, no. 3177].
Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy berkata :
وَالْمُبَلَّغُ بِفَتْحِ اللَّامِ أَيْ رُبَّ شَخْصٍ بَلَغَهُ كَلَامِي فَكَانَ أَحْفَظَ لَهُ وَأَفْهَمَ لِمَعْنَاهُ مِنَ الَّذِي نَقَلَهُ لَهُ قَالَ الْمُهَلَّبُ فِيهِ أَنَّهُ يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ مَنْ يَكُونُ لَهُ مِنَ الْفَهْمِ فِي الْعِلْمِ مَا لَيْسَ لِمَنْ تَقَدَّمَهُ إِلَّا أَنَّ ذَلِكَ يَكُونُ فِي الْأَقَلِّ لِأَنَّ رُبَّ مَوْضُوعَةٌ لِلتَّقْلِيلِ قُلْتُ هِيَ فِي الْأَصْلِ كَذَلِكَ إِلَّا أَنَّهَا اسْتُعْمِلَتْ فِي التَّكْثِيرِ بِحَيْثُ غَلَبَتْ عَلَى الِاسْتِعْمَالِ الْأَوَّلِ لَكِنْ يُؤَيِّدُ أَنَّ التَّقْلِيلَ هُنَا مُرَادٌ أَنَّهُ وَقَعَ فِي رِوَايَةٍ أُخْرَى تَقَدَّمَتْ فِي الْعِلْمِ بِلَفْظِ عَسَى أَنْ يَبْلُغَ مَنْ هُوَ أوعى لَهُ مِنْهُ وَفِي الْحَدِيثِ دِلَالَةٌ عَلَى جَوَازِ تَحَمُّلِ الْحَدِيثِ لِمَنْ لَمْ يَفْهَمْ مَعْنَاهُ وَلَا فِقْهَهُ إِذَا ضَبَطَ مَا يُحَدِّثُ بِهِ وَيَجُوزُ وَصْفُهُ بِكَوْنِهِ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ بِذَلِكَ وَفِي الْحَدِيثِ مِنَ الْفَوَائِدِ أَيْضًا وُجُوبُ تَبْلِيغِ الْعِلْمِ عَلَى الْكِفَايَةِ وَقَدْ يَتَعَيَّنُ فِي حَقِّ بَعْضِ النَّاسِ
Al-Muballaġ -dengan memfathah kan huruf al-Lām-, iaitu boleh jadi seseorang menyampaikan kalamku kepadanya, dia lebih menghafalnya dan lebih faham maknanya berbanding yang membawanya kepadanya. Berkata al-Muhallab tentangnya bahawanya suatu hari di akhir zaman akan datang seseorang yang memiliki sebahagian kefahaman dalam bidang ilmu yang tidak orang yang terdahulunya menggapainya melainkan yang paling sedikit pada hal itu kerana perkataan "Rubba" adalah ditempatkan untuk penunjukan kesedikitan. Saya katakan bahawa ia pada asalnya adalah seperti itu melainkan ia digunakan untuk penunjukan banyak dengan sebab terdominannya pada penggunaan yang awal, tetapi ia menguatkan bahawa penunjukan sedikit di sini adalah yang dimaksudkan bahawa terjadi penunjukan sedikit itu pada riwayat yang lain yang mendahului dalam bidang ilmu dengan lafaz: "Mungkin sekali seseorang menyampaikan kepada orang yang lebih mapan ingatan tentangnya daripadanya". Pada hadis ini adalah petunjuk terhadap keharusan membawakan hadis itu kepada orang yang belum faham maknanya dan tidak mendalam pengertiannya apabila tepat apa yang dia sampaikan dengannya dan harus penyifatannya sebagai salah seorang daripada ahli ilmu dengan itu. Pada hadis itu terdapat beberapa faedah juga, iaitu kewajipan menyampaikan ilmu secara habis dan kadangkala ia tertentu pada hak sebahagian orang. [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 3, m/s 576, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].
Muḥammad bin Ismā*īl aṣ-Ṣon*āniyy :
فَحَدِيثُ «فَرُبَّ مُبَلَّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ» وَفِي لَفْظٍ: أَفْقَهُ، يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ يَأْتِي بَعْدَ السَّلَفِ مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُمْ
Hadis "Boleh jadi yang disampaikan itu lebih mapan ingatan daripada yang mendengar". Dalam lafaz lain: "Lebih faqih". Ia menunjukkan bahawa akan datang orang yang selepas zaman salaf lebih faqih daripadanya. [Subul as-Salām, jilid 1, m/s 166, keluaran Dār al-Ḥadīṯ].
Zaynuddīn al-Munāwiyy berkata :
(رحم الله امرءا سمع منا حديثا فوعاه ثم بلغه) أي أداه من غير زيادة ولا نقص فمن زاد أو نقص فهو مغير لا مبدل (من هو أوعى منه) أي أعظم تذكرا يقال وعى يعي عيا إذا حفظ كلاما بقلبه ودام على حفظه ولم ينسه زاد في رواية فرب مبلغ أوعى من سامع أي لما رزق من جودة الفهم وكمال العلم والمعرفة وخص مبلغ السنة بالدعاء بالرحمة لكونه سعى في إحياء السنة ونشر العلم وفيه وجوب تبليغ العلم وهو الميثاق المأخوذ على العلماء {لتبيننه للناس ولا تكتمونه} قال البعض: فيه أنه يجيء آخر الزمان من يفوق من قبله في الفهم ونازعه ابن جماعة
<Semoga Allah merahmati seseorang yang mendengarkan hadis daripada kami, lalu dia menyematkannya, kemudian dia menyampaikannya>, iaitu memenuhinya dengan tanpa pertambahan dan pengurangan. Sesiapa yang menambah atau mengurangi, maka dia adalah penukar, bukan pengubah. <Orang yang lebih mapan ingatan daripadanya>, iaitu lebih kuat ingatannya. Dikatakan Wa*ā Ya*ī *Ayyan, iaitu apabila dia menghafal suatu kalam di jantungnya dan kekal dalam hafalannya serta tidak melupainya. Ditambah dalam riwayat lain: "Boleh jadi yang disampaikan lebih mapan ingatan daripada yang mendengar", iaitu tatkala direzekikan kemapanan fahaman dan kesempurnaan ilmu dan pengertian, dikhususkan penyampai sunnah dengan doa kepada rahmat kerana usaha dalam menghidupkan sunnah dan menyebarkan ilmu. Padanya terdapat kewajipan menyampaikan ilmu dan ia adalah perjanjian yang diambil terhadap ulama. <Supaya dia mengingatkannya kepada orang ramai dan kalian tidak menyembunyikannya>, berkata sebahagian orang bahawa padanya muncul pada akhir zaman orang yang mengungguli orang yang sebelumnya pada kefahaman. Tetapi, Ibn Jamā*ah membantahnya. [Fayḍ al-Qodīr Šarḥ al-Jāmi* aṣ-Ṣoġīr, jilid 4, m/s 29, keluaran al-Maktabah at-Tijāriyyah al-Kubrō, Mesir].
Daripada hadis ini, jelas bahawa boleh jadi orang yang terkemudian yang mendengarkan hadis boleh memahami hadis yang lebih baik daripada pendahulunya atau semasanya yang menyampaikan hadis kepadanyya. Perkara ini akan kekal berterusan sehinggalah hari kiamat. Tidak diikat bahawa hanya zaman tertentu sahaja atau akan ada zaman terputusnya peristiwa ini. Tidak juga disyaratkan bahawa yang menyampaikan itu seorang sahaja. Boleh jadi yang menyampaikannya adalah ramai atau sekalian daripada umat ini. Lalu, seorang yang mendengar daripadanya dilimpahi Allah dengan kekuatan yang tidak diberikan pada orang lain, lalu dia menyerlah dalam hal itu. Ini menunjukkan bahawa wujudnya ada orang yang terkemudian mampu memahami sesuatu isu lebih baik daripada para pendahulunya. Benarlah kata Ibn Mālik : وإذا كانت العلوم منحًا إلهية، ومواهب اختصاصية، فغير مستبعدٍ أن يدخر لبعض المتأخرين ما عسر على كثير من المتقدمين. أعاذنا الله من حسدٍ يسد باب الإنصاف، ويصد عن جميل الأوصاف، "Apabila ilmu-ilmu itu adalah anugerah tuhan dan bakat pengkhususan, maka tidak dianggap jauh bahawa kerdilnya apa yang sukar di sisi kebanyakan pendahulu di sebahagian yang terkemudian. Kami berlindung kepada Allah daripada hasad yang menutup pintu kesaksamaan dan menghalang dari keindahan ciri-cirinya". [Al-Musā*id *Alā Tashīl al-Fawā^id, karya Bahā^uddīn Ibn *Aqīl, jilid 1, m/s 3, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō, tahqiq Muḥammad Kāmil Barokāt].
Kita juga perlu renungi petikan yang as-Suyūṭiyy nukilkan ini :
قال ابن برهان: لا ينعقد الإجماع مع مخالفة مجتهد واحد خلافا لطائفة وعمدة الخصم أن عدد التواتر من المجتهدين إذا أجمعوا على مسئلة كان انفراد الواحد عنهم يقتضي ضعفا في رأيه. قلنا: ليس بصحيح إذ من الممكن أن يكون ما ذهب إلى الجميع رأيا ظاهرا يبتدر إليه الأفهام وما ذهب إليه الواحد أدق وأعوص وقد ينفرد الواحد عن الجميع بزيادة قوة في النظر ومزية في الفكر ولهذا مدح الله الأولين فقال تعالى: "وقليل ما هم" وقال تعالى: ثلة من الأولين وقليل من الآخرين". انتهى. Berkata Ibn Burhān: "Tidak tersimpul ijmak bersama penyelisihian seorang mujtahid yang bersalahan dengan sesuatu golongan. Tonggak perselisihan adalah bahawasanya sejumlah ramai yang tidak terkira bilangannya dari kalangan mujtahid apabila bersepakat dalam suatu isu, yang terjadi pada ketersendirian seseorang daripadanya menunjukkan lemahnya dalam pandangannya. Kami katakan ini tidaklah betul memandangkan termasuk yang dimungkinkan adalah apa yang para sekalian mengambil suatu pandangan yang zahir yang automatik kefahamannya padanya, sedangkan yang seorang daripadanya lebih teliti dan lebih peka. Boleh jadi yang bersendiri daripada para sekalian mempunyai kekuatan tambahan dalam pemerhatian dan keistimewaan dalam fikiran. Kerana inilah Allah memuji para golongan yang awal. Dia Ta*ālā berfirman: {Sedangkan sedikitnya mereka}. Dia Ta*ālā berfirman: {Segolongan besar dari orang terdahulu dan sedikitnya dari orang terkemudian}". [Ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli *Aṣr Wa Farḍ, m/s 82, keluaran Maktabah aṯ-Ṯaqōfah ad-Dīniyyah].
Ambilan : https://www.wattpad.com/1122185073-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-98-pengiktirafan-bahawa-akan
0 notes