Tumgik
#mukshid
yaatra · 3 years
Text
Tumblr media
1 note · View note
hokalohnews · 6 years
Text
Hokaloh News Updated: Dera bayi hingga luka, pengasuh diburu polis - Berita Terkini
https://hokaloh.news/berita-semasa/dera-bayi-hingga-luka-pengasuh-diburu-polis-berita-terkini/
Suspek disenarai sebagai orang dikehendaki dan usaha polis mengesan wanita itu sedang dijalankan. – Foto NST
Selayang, 1 Julai –  Dian Durrani Hashirad Mukshid yang berusia satu tahun lapan bulan terlantar di wad hospital empat hari akibat kecederaan dialami ketika dijaga pengasuh.
Ibu mangsa, Nur Atiqah Ibarahim, 27, dan suami menghantar bayi perempuan mereka untuk dijaga pengasuh terbabit berhampiran rumahnya di Selayang Baru, Gombak Selangor, 26 April lalu.
Menurut laporan MyMetro, kejadian disedari selepas suaminya menjemput anak tunggal mereka dari rumah pengasuh terletak sejauh 300 meter dari rumahnya jam 6 petang, hari kejadian.
Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada suami ketika bekerja memaklumkan ada kesan bengkak di kepala anak mereka.
“Pemeriksaan lanjut turut menemui kesan lebam dan luka di kaki, telinga dan pipi anak kami. Suami memaklumkan pengasuh berusia 30-an itu tidak memaklumkan sebarang kejadian dialami anak mereka.
“Melihat keadaan Dian semakin lemah, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan sebelum dia dimasukkan ke dalam wad selama empat hari bagi menerima rawatan,” katanya.
Nur Atiqah berkata, dia membuat laporan di Pondok Polis Hospital Selayang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.
“Polis memaklumkan pengasuh terbabit memberi alasan Dian terjatuh di bilik air jam 2 petang hari kejadian. Wanita itu mendakwa mahu merawat anak kami dengan menuam kepala Dian menggunakan kain serta air panas.
“Bagaimanapun tindakan itu menyebabkan ada kesan melecur di belakang kepala Dian,” katanya yang kini sudah berhenti kerja sebagai kerani kerana mahu menjaga anaknya itu.
Dia berkata, polis memberitahu kes akan dirujuk ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan.
“Pada 14 Mei lalu, saya dihubungi polis memaklumkan akan memanggil pengasuh itu ke mahkamah. Bagaimanapun, pada 1 Jun, saya diberitahu wanita itu berpindah dari rumahnya di Selayang Baru,” katanya.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Suspek kini disenarai sebagai orang dikehendaki dan usaha mengesan wanita itu sedang giat dijalankan,” katanya.
KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB? 
KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 
DIKEMASKINI: Menteri Umno dipanggil SPRM kes guna wang yayasan bayar kad kredit miliknya dan isteri
KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?
KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 
Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share
قالب وردپرس
#BeritaSemasa #1mdb #Air #Anak #Bunuh #Dendam #Hari #Ibu #Jam #Julai #Laporan #Najib #Nilai #Rampasan #Rumah #Selangor #Wang #Wanita #Zahid
0 notes