#loanmikro
Explore tagged Tumblr posts
Text
Hari Raya Aidilfitri bakal muncul tidak lama lagi. Adakah anda sudah bersedia untuk menyambutnya?
Agar sambutan Hari Raya meriah dan tidak hambar, pastikan anda sudah menyediakan yang berikut sebelum tibanya 1 Syawal. Di sini kami berikan tip-tip untuk berjimat di kala menyediakan segala keperluan.
1. Baju Raya
Yang ini biasanya memang menjadi keutamaan sesiapa sahaja. Namun, baju raya tidak semestinya bermaksud baju baru. Mengikut sunah Nabi Muhammad SAW, kita seeloknya memakai pakaian kita yang terbaik di hari raya. Jadi, jika tiada bajet, tidak salah kita “recycle” baju tahun-tahun lepas asalkan ianya masih elok, tidak koyak berlubang atau compang-camping.
Jika membeli baju baru pula, tidak semestinya perlu beli yang mahal-mahal. Cukuplah sekadar mengikut kemampuan masing-masing dan kita berpuasa hati dengan kualiti baju yang dibeli.
Tip: Anda boleh hias baju lama anda dengan dekorasi agar kelihatan baru, contohnya dengan hiasan manik untuk baju kurung atau tudung.
2. Kuih Raya
Sama ada kita hidangkan kuih buatan sendiri atau kuih “tunjuk-tunjuk”, kuih raya agak penting kerana sudah tentu kita perlu ada sesuatu untuk dihidangkan kepada tetamu semasa beraya. Namun kadang-kadang terkejut juga dengan harga kuih-kuih yang dijual sekarang ini. Jika terikat dengan bajet, anda tidak semestinya membeli kuih atau biskut mengikut trend yang ada sekarang ini. Apa kata gantikan kuih raya dengan maruku daripada penjaja maruku atau kacang putih? Sedap juga, bukan?
Jika tetap mahukan biskut pula, tidak salah membeli biskut daripada kedai runcit dan alihkan ia ke dalam balang kuih agar nampak lebih meriah. Kadang-kala, biskut berkrim coklat berharga RM3-RM5 sepeket itu mungkin lebih sedap daripada biskut cantik berharga RM20 sebalang.
3. Langsir dan Perabot Baru
Mungkin langsir sudah terlalu lusuh sementara perabot pula ada yang koyak-koyak atau punyai kesan kotor yang tidak dapat dihilangkan. Tentu sekali tidak selesa bila tetamu datang, betul?
Jika langsir sudah lusuh, tukarkan langsir di ruang tamu dengan langsir dalam bilik tidur. Biasanya langsir di bilik tidur kurang haus kerana tidak diusik sebanyak langsir ruang depan. Tapi jika keadaannya sama, beli langsir baru untuk ruang depan sahaja sudah memadai, kerana biasanya tetamu tidak masuk ke bilik tidur kita.
Bagi perabot pula, anda boleh tutup atau samarkan sebarang cela dengan penggunaan kain alas yang cantik atau kusyen yang diletakkan di tempat-tempat yang strategik. Namun, jika keadaan perabot itu sudah terlalu teruk, lebih baik dibuang sahaja. Buat sementara waktu, susun atur semula perabot yang ada dan gantikan kerusi yang dibuang dengan kusyen besar yang empuk dan selesa namun lebih murah berbanding membeli kerusi baru. Ruang-ruang kosong pula boleh diletakkan tumbuhan atau pasu bunga agar rumah anda kelihatan lebih segar. Apa yang lebih penting adalah rumah anda BERSIH, jadi jangan abaikan untuk menyapu dan mengemop rumah serta membersihkan sawang.
4. Duit Raya
Pemberian duit raya merupakan salah satu daripada ikutan Sunnah Nabi Muhamad SAW di mana kita harus memberi kegembiraan kepada kanak-kanak pada hari lebaran.
Kebelakangan ini, ada yang cuba membawa pembaharuan dengan memberikan “buku raya” atau “gula-gula raya” namun ia mungkin lebih mahal atau tidak dihargai oleh si penerima.
Di Malaysia, kanak-kanak sudah biasa mengharapkan duit raya, jadi beri sahaja mereka duit raya. Namun anda tidak perlu memberi amaun yang banyak, jika tidak begitu mampu, RM1 seorang sudah memadai. Ia lebih baik daripada langsung tiada, dan sekurang-kurangnya ia boleh menyumbang kepada tabungan mereka.
Walau bagaimanapun, walaupun kita cuba berjimat, kadang-kala kita tidak terlepas daripada perbelanjaan ekstra semasa musim perayaan. Bukannya mahu membazir atau berbelanja melebihi keupayaan, namun ada beberapa perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan demi keselesaan keluarga sendiri serta tetamu yang berkunjung semasa hari raya nanti.
Jika anda memerlukan bantuan kewangan segera menjelang hari raya ini, www.JomPinjam.com mungkin dapat membantu anda.
Bayar Bulan2 = BOLEH ✔️
Gaji Advance = BOLEH ✔️
Loan Sementara = BOLEH ✔️
Semak & Mohon 100% Percuma ✔️
*Klik Link Bawah Untuk Dapatkan Loan Anda Sekarang*
https://www.JomPinjam.Com/Borang-Permohonan (Borang Permohonan)
Pinjaman Peribadi Raya Special Promo!!
#personal loan#pinjaman#jompinjam#kualalumpur#selangor#instant bad credit loans#duit#loanmikro#cash advance loans no credit check#gaji pendahuluan#i need money#raya#hariraya#loanhariraya#promoraya#promosi Loan Raya#loanraya#duit raya#mohon#mohon loan#mohon pinjaman raya#mohon pinjaman#mohon pinjaman Peribadi#selamathariibu#selamat hari raya#selamat hari natal#hari raya#balik kampung#repair#pinjaman cepat laju 1jam lulus
2 notes
·
View notes