#lawyerscam
Explore tagged Tumblr posts
peguam · 3 years ago
Text
SCAM SAMAN ATAU PENGHAKIMAN PALSU
Anda telah menerima sesalinan dokumen yang kelihatan seperti dokumen Saman atau Penghakiman. Anda tidak pasti samada dokumen tersebut adalah dokumen tulen ataupun palsu. Apa yang perlu anda buat? Adakah terdapat cara yang mudah untuk anda mengetahui bahawa dokumen yang anda terima adalah Saman atau Penghakiman yang tulen atau  palsu yang seringkali digunakan oleh scammer-scammer yang cuba untuk mendapatkan wang anda dengan cara penipuan atau scam?
SCAM SAMAN ATAU PENGHAKIMAN PALSU
1. Sebagaimana yang kita sedia maklum melalui rencana kami yang sebelum ini, scam yang menggunakan Saman Palsu adalah diantara scam yang sangat kerap digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
2. Objektifnya hanya satu. Untuk menakut-nakutkan mangsa dengan dokumen Saman Palsu bagi memeras wang ringgit daripada mangsa. Bukan sedikit yang menjadi mangsa kepada scammer-scammer ini.
CARA KENALPASTI SAMAN ATAU PENGHAKIMAN PALSU ATAU TULEN
3. Pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menerima pelbagai aduan berkenaan dengan scam-scam Saman, Perintah ataupun Penghakiman Mahkamah palsu.
4. Jadi untuk membendung perkara ini, salah satu cara yang telah diperkenalkan untuk memastikan ketulenan sesebuah dokumen Mahkamah telah diperkenalkan iaitu melalui imbasan kod QR pada dokumen-dokumen Mahkamah.
5. Apabila anda menerima apa-apa dokumen seperti Saman atau Penghakiman dan anda tidak pasti akan ketulenan dokumen-dokumen tersebut, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memeriksa kewujudan kod QR pada dokumen tersebut.
6. Setiap dokumen-dokumen Mahkamah yang tulen, akan terdapat kod QR, lazimnya pada bahagian bawah setiap muka (dari muka pertama sehingga terakhir) dokumen tersebut.
7. Sekiranya tiada sebarang kod QR, maka itu adalah bendera merah (red flag) dimana dokumen tersebut berkemungkinan adalah palsu.
8. Kod QR yang ada pada setiap muka dokumen tersebut boleh diimbas (scan) dengan menggunakan aplikasi imbasan yang ada pada telefon pintar anda dimana hasil imbasan tersebut akan membawa anda ke pautan https://ecourt.kehakiman.gov.my.
9. Sekiranya hasil imbasan tersebut tidak membawa anda ke laman https://ecourt.kehakiman.gov.my maka itu adalah bendera merah kedua dimana dokumen tersebut berkemungkinan adalah palsu.
10. Sekiranya dokumen yang anda terima itu adalah tulen maka laman tadi akan menunjukkan dokumen yang sama yang terdapat di dalam sistem Mahkamah dan anda boleh membandingkan dokumen tersebut untuk memastikan ketulenannya.
11. Ianya mudah dan pantas malah anda tidak akan dikenakan apa-apa bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini.
13. Secara kesimpulannya, sekiranya anda tidak pasti samada dokumen-dokumen “Mahkamah” yang anda terima itu benar-benar tulen ataupun hanya dokumen-dokumen scam yang sering digunakan oleh para scammer untuk memeras ugut anda, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di atas.
14. Jangan membuat sebarang bayaran kepada sesiapa sahaja tanpa mendapat sebarang pengesahan tentang ketulenan sesuatu dokumen yang dirujuk oleh individu tersebut.
https://www.norhafeezlaw.com/2022/03/scam-saman-atau-penghakiman-palsu.html
0 notes