#kkm tunggal adalah
Explore tagged Tumblr posts
menujusenja · 5 years ago
Text
Kisah yang Mengubahku
Aku percaya setiap orang memiliki beberapa titik balik dalam hidupnya. Kejadian-kejadian yang begitu terpatri dan sanggup mengguncang prinsip hidup kita dengan begitu cepat. Apabila manusia ingin mengambil hikmah, maka Allah turunkan benturan-benturan hebat dalam satu fase perjalanan hidupnya. Bukankah kita memang ditakdirkan untuk bisa lebih belajar dari rasa sakit?
Satu cerita ini adalah favoritku, meskipun pedih bila diingat-ingat kembali. Sebuah kisah yang paling membekas, pengalaman pahit berharga yang akhirnya merubahku dari pribadi egois, bersudut pandang tunggal hingga menjadi pribadi toleran, mau mendengar dan kompromis. Kejadian ini terjadi 12 tahun yang lalu ketika aku duduk di kelas 1 SMP.
Hari itu, aku ingat sekali merupakan hari di mana ulangan mata pelajaran sejarah dibagikan. Hasilnya cukup mengejutkan, hanya 4 dari 39 anak memenuhi standard KKM dengan nilai 70. Artinya, 98% murid di kelas harus mengikuti remidiasi atau ujian ulang. Aku termasuk orang yang berhasil lulus dalam ujian dengan nilai 80. Kemudian muncul ide dari guru saya agar satu kelas melakukan ujian ulang, termasuk saya dan ketiga orang lainnya yang notabene telah lulus. Aku menjadi orang yang paling keras menentang ide itu. Hal ini disebabkan aku merasa telah belajar dengan keras dan tidak ada kesepakatan sebelumnya bahwa jika mayoritas anak remidi maka semuanya harus ikut remidi.
Perdebatan berlangsung panas, beberapa anak mengajukan pendapatnya namun aku bersikukuh meyakini dan memegang prinsipku. Tak ada yang mau mengalah hingga akhirnya ada satu anak yang telah lulus ujian, maju ke depan kelas, menyerahkan kertas ujiannya yang bernilai 100 dan berkata,“ Pak, saya siap mengikuti ujian ulang”. Hal itu membuatku terkejut dan akhirnya, demi kemaslahatan umat aku mengalah untuk ikut remidi.
Masalah tak berhenti sampai di situ. Selama 4 hari setelah kejadian itu, teman-teman satu kelas membenciku. Mereka mengolokku sebagai pribadi yang sombong dan egois. Selain ketiga temanku yang lulus ujian tadi, tak ada seorangpun yang mengajakku berbicara. Itulah pertama kalinya aku merasakan kebencian yang terorganisir, struktur, sistematis dan masif. Aku tak punya teman, hingga aku mengalami depresi yang cukup hebat. Pada akhirnya aku mengalah dan meminta maaf di depan teman-temanku hingga menangis saking hebatnya kebencian mereka menyakiti perasaanku.
Kisah itu merubah banyak hal dalam diriku, salah satunya bahwa kebenaran tidak pernah mutlak absolut. Sejak saat itu aku selalu berusaha belajar menghargai pendapat orang lain, mendengar tanpa menghakimi dan bersikap toleran. Dari hal itu aku belajar merasakan bagaimana sakitnya dibenci, sehingga aku memilih sikap untuk selalu berusaha memberikan kasih sayang dan cinta kepada orang lain.
Yogyakarta, 15 Oktober 2019
@menujusenja
14 notes · View notes
putafied · 6 years ago
Text
Cara Menghitung KKM ( Kriteria Ketuntasan Minimal ) Yang Benar
Cara Menghitung KKM ( Kriteria Ketuntasan Minimal ) Yang Benar
Kriteria ketuntasan minimal merupakan aspek yang penting dalam Pendidikan. KKM digunakan untuk menentukan seberapa baik kualitas seorang murid pada setiap mata pelajaran yang diberikan di sekolah.  KKM adalah kriteria batas nilai terendah yang diberikan kepada peserta didik. Cara menentukan KKM SMP harus mempertimbangkan kemampuan rata-rata siswa di sekolah SMP tersebut. Cara menentukan KKM…
View On WordPress
0 notes
herokita · 5 years ago
Link
KUALA LUMPUR: Tiga teras utama diberi fokus bagi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat. Pelan tersebut adalah bagi memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran pandemik COVID-19. Tiga teras utama tersebut adalah memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi. Bagi teras memperkasakan rakyat, pelan yang diumumkan ini turut bertujuan untuk membina sebuah ekosistem yang dapat membantu pekerja kembali bekerja, dan menyesuaikan diri dengan cara kerja yang baru. Berikut adalah rangkuman senarai pelan tersebut; 1) Insentif pengaturan kerja fleksibel – Bagi menggalakkan amalan pekerjaan selaras dengan norma baharu, kerajaan memberikan beberapa insentif percukaian. – Ia termasuk potongan cukai tambahan ke atas  perbelanjaan yang layak kepada majikan yang melaksanakan atau membuat penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada bermula 1 Julai 2020. – Seterusnya adalah pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yangmenerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, tablet, komputer riba, dan tablet daripada majikan bermula 1 Julai 2020. – Pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM2,500 akan diberikan ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet bermula 1 Jun 2020. – Susulan penambahan pekerja yang bekerja dari rumah, PERKESO akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan pekerjaan di rumah bawah Skim Bencana Kerja. 2) Subsidi penjagaan anak – Bagi memudahkan pekerja yang bekerja dari rumah, kerajaan akan membantu ibu bapa melalui subsidi dan insentif perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak. – Ia termasuk pemberian e-Baucar bernilai RM800 untuk mendapatkan pengasuh secara dalam talian dan ia boleh dituntut sehingga penghujung Ogos 2020. – Selain itu, geran secara ‘one-off’ sehingga RM5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga 31 Disember 2020 untuk memenuhi SOP penjagaan kesihatan baharu. – Insentif tersebut adalah untuk melatih pengasuh baharu bagi penjagaan kanak-kanak dan kursus pendidikan awal di bawah KPWKM. 3) Subsidi Pengangkutan Awam MY30 – Kerajaan memperkenalkan pas perjalanan bulanan tanpa had pada kadar RM30 sebulan bagi penggunaan perkhidmatan re (MRT, LRT, Monorel), BRT, bas RapidKL dan bas pengantara MRT di Lembah Klang. 4) Bantuan sosial bagi golongan mudah terjejas – Bantuan kewangan secara ‘one-off’ bernilai RM300 akan diberikan kepada golongan OKU berdaftar dan ibu tunggal. – Geran juga akan diberikan kepada NGO berkaitan. 5) Skim kesihatan PEKA B40 – Kerajaan menggandakan peruntukan sedia ada seperti program PEKA B40 kepada RM100 juta untuk membiayai empat kemudahan kesihatan kepada golongan B40. – Empat kemudahan tersebut adalah saringan kesihatan, bantuan alat pernafasan, insentif rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan bagi kesihatan. 6) Perkihdmatan internet untuk pembelajaran dan peningkatan produktiviti – 1GB percuma setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang untuk melayari laman web berkaitan pendidikan, produktiviti (aplikasi persidangan video) dan berita oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat. – Ia termasuk penggunaan percuma  tanpa had bagi aplikasi COVID-19 yang diusahakan kerajaan dan akses kepada laman web KKM dan kementerian lain. (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src="https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v3.1&appId=517691711979098&autoLogAppEvents=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); HEROKITA.com | Digital Talents On Demand Source link
0 notes
leobellicose · 7 years ago
Text
Hospital tak guna semula alat perubatan pakai buang
Hospital tak guna semula alat perubatan pakai buang
KUALA LUMPUR, 6 Safar 1439H, Khamis – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan laporan yang mendakwa hospital kerajaan menggunakan semula alat perubatan pakai buang, kononnya kerana kekurangan dana.
Sebaliknya beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mementingkan aspek keselamatan pesakit dan standard perkhidmatan jagaan kesihatan.
“Kesemua barang guna habis dan peranti perubatan kegunaan tunggal yang digunakan bagi pesakit dengan penyakit bawaan Darah akan dibuang setelah digunakan mengikut tatacara yang ditetapkan.
“KKM memandang serius dakwaan ini yang kemungkinan telah disiarkan dengan niat untuk mensensasikan perkara ini atas sebab-sebab tertentu. Didapati laporan ini telah memetik sumber yang tidak dinamakan dan melaporkan seolah-olah KKM tidak mempeRdulikan aspek keselamatan pesakit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat beberapa peranti perubatan kegunaan tunggal yang digunakan lebih daripada sekali, namun peranti tersebut perlu menjalani proses semula melalui kaedah pembersihan dan pensterilan sebelum ia boleh digunakan semula untuk beberapa kali.
Dr Noor Hisham berkata, KKM telah menerbitkan garis panduan Polisi dan Prosedur Kawalan Jangkitan berkaitan perkara itu dan ia perlu diguna pakai oleh pengamal kesihatan dalam amalan klinikal mereka termasuk sebahagian besar barang guna habis dan peranti perubatan kegunaan tunggal yang digunakan bagi pesakit kategori lain.
Beliau menambah amalan itu telah lama dipraktikkan di Malaysia dan ia tiada kaitan dengan aspek kewangan dan peruntukan bajet.
“Malahan amalan pemprosesan semula adalah juga menjadi satu kebiasaan di fasiliti kesihatan swasta di Malaysia dan di negara maju misalnya Amerika Syarikat, negara Eropah dan negara OECD (Organisasi untuk Kerja Sama dan Pembangunan Ekonomi,” katanya.
Beliau menjelaskan hasil kajian tinjauan yang dijalankan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan mendapati 37 peratus daripada 40 hospital swasta di Malaysia turut melaksanakan penggunaan semula atau pemprosesan peranti perubatan kegunaan tunggal iaitu sama seperti diamalkan di hospital kerajaan.
Tegas beliau, perkara utama yang harus dititikberatkan dalam amalan itu adalah aspek kawalan jangkitan dan keselamatan pesakit di mana perkara berkenaan tidak boleh dikompromi. – Bernama
The post Hospital tak guna semula alat perubatan pakai buang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hospital tak guna semula alat perubatan pakai buang via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/10/hospital-tak-guna-semula-alat-perubatan.html
0 notes
leobellicose · 8 years ago
Text
Batal longgar syarat lulus Bahasa Melayu langkah tepat
Batal longgar syarat lulus Bahasa Melayu langkah tepat
KUALA LUMPUR, 12 Syawal 1438H, Khamis – Keputusan menarik balik kelonggaran syarat berkaitan Bahasa Melayu untuk sebarang jawatan dalam perkhidmatan awam dilihat sebagai satu keputusan yang tepat dan berani.
Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, beliau menyokong penuh keputusan itu dan menegaskan bahawa tidak sepatutnya ada kompromi dalam syarat berkaitan Bahasa Melayu.
“Saya menyokong penuh keputusan tersebut dan berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Kabinet atas keprihatinan dan ketegasan mereka.
“Amat penting untuk anak-anak muda kita kenal dan fasih Bahasa Melayu kerana ia menunjukkan rasa cinta dan hormat mereka kepada negara dan juga Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau turut menegaskan sekiranya ada perubahan yang ingin dilakukan, terutama perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, ia mestilah dibentangkan dahulu kepada Kabinet.
Timbalan Perdana Menteri hari ini mengumumkan Kabinet memutuskan untuk menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.
Katanya, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi Persekutuan, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan.
Menyuarakan pendapat yang sama, Felo Utama Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, keputusan itu bertepatan dengan usaha dan dasar kerajaan yang mendukung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, adalah menjadi keutamaan bagi setiap warganegara Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan perkara itu perlu sentiasa dihormati.
“Saya sokong keputusan yang menetapkan syarat lulus Bahasa Melayu dalam semua jawatan. Jika mereka tidak mengambil kertas Bahasa Melayu Sijil Pelaran Malaysia (SPM), mereka perlu menduduki mana-mana peperiksaan Bahasa Melayu  yang setaraf dengan SPM,” jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Cendekiawan dan Profesional Malaysia (CenPro), Razak Rashid Ghows dalam kenyataannya berkata, satu sistem pengauditan hendaklah dilakukan bagi memastikan pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai syarat pengambilan jawatan meliputi semua jawatan pada semua peringkat dalam pentadbiran kerajaan.
Beliau turut menyeru Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil tindakan tegas dan proaktif bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan di semua sektor.
“Kami juga menyambut baik keputusan yang memberi peluang kedua kepada Pegawai Perubatan Kontrak untuk mengambil peperiksaan Bahasa Melayu secara tunggal seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Razak dalam kenyataan yang sama turut mencadangkan agar syarat kelulusan Bahasa Melayu pada masa hadapan ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya kelulusan di peringkat kepujian atau kredit bagi memastikan kemampuan pegawai perubatan menguasai Bahasa Melayu lisan dan penulisan dengan baik.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan sebelum ini berkata, JPA pada 23 Feb telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di KKM.
Katanya, langkah itu dilakukan bagi memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan SPM atas pelbagai sebab.
The post Batal longgar syarat lulus Bahasa Melayu langkah tepat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Batal longgar syarat lulus Bahasa Melayu langkah tepat via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/07/batal-longgar-syarat-lulus-bahasa.html
0 notes
leobellicose · 8 years ago
Text
JPA longgar syarat lulus Bahasa Melayu untuk pegawai perubatan kontrak
JPA longgar syarat lulus Bahasa Melayu untuk pegawai perubatan kontrak
BANGI, 8 Syawal 1438H, Ahad – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah bersetuju memberi kelonggaran syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41.
Kelulusan itu diberikan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 23 Februari lalu.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua graduan perubatan yang berkelayakan untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan UD41 untuk menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib selama dua tahun diberi kelonggaran kepada syarat Lulus BM ini.
Katanya, bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi Persekutuan, iaitu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32).
“Oleh itu, seperti juga lantikan tetap bagi lain-lain skim perkhidmatan dalam sektor perkhidmatan awam, calon yang memohon lantikan secara tetap sebagai Pegawai Perubatan di KKM perlulah Lulus BM di peringkat SPM.
“Malahan terdapat beberapa skim perkhidmatan lain yang meletakkan syarat lebih tinggi iaitu Kredit BM sebagai syarat lantikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru, Dr Noor Hisham berkata, semua calon Pegawai Perubatan UD41 yang dilantik dengan kelonggaran syarat Lulus BM ketika lantikan kontrak perlu memenuhi syarat Lulus BM di peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan.
Katanya, kementerian mengambil maklum bahawa calon persendirian yang mendaftar untuk Peperiksaan SPM kali pertama boleh memohon kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan untuk mengambil Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran tunggal iaitu bagi memenuhi syarat perkhidmatan lantikan ke perkhidmatan awam, tanpa perlu menduduki subjek SPM lain.
“KKM akan berbincang selanjutnya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Pendidikan bagi melicinkan proses ini bagi calon persendirian yang terlibat,” katanya.
The post JPA longgar syarat lulus Bahasa Melayu untuk pegawai perubatan kontrak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di JPA longgar syarat lulus Bahasa Melayu untuk pegawai perubatan kontrak via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/07/jpa-longgar-syarat-lulus-bahasa-melayu.html
0 notes