#coachmegat
Explore tagged Tumblr posts
Video
instagram
Hampir 2 tahun dah tak ke LowYatt. Harini hari pertama keluar cari barang IT (keperluan). Sekarang ni nak masuk LowYatt security hanya bagi yang dah vaksin complete sahaja. Harini orang tak ramai tapi macam biasa di area Bukit Bintang foreigner (Indonesia, Bangla, Pakistan dll) masih mewarnai Bukit Bintang dengan meriahnya dan begitu juga di Chowkit. Kita rakyat Malaysia sangat patut dan duduk ditumah tapi foreigner ni nampaknya agak lalai. Sesuatu mesti dibuat dan penguatkuasaan perlu diketatkan. Tadi masuk ke Samsung outlet dan SOP sangat bagus sampai mintak spray 1 badan pun dia spray. Kita harap outlet lain yang dibuka ikut SOP ini. Semoga kita semua terus patuh SOP walaupun saya nampak tadi dah ada kedai kedai terutama kedai makan yang pakas mask tapi had misai sahaja. Agaknya misai dia boleh lawan COVID19. Mohon kerajaan perketatkan penguatkuasaan yang mula nampak lemah dan tidak dihiraukan lagi. #WinningByDesign. #AlwaysMovingFoward #CoachMegat https://www.instagram.com/p/CTVAbX7plUt/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
Ramai orang masuk pertandingan sebab nak menang. Ini sikap yang perlu dimurnikan. Kita masuk pertandingan bukan sebab nak menang tapi sebab nak tahu had mana kemampuan kita dan belajar sesuatu dari perspektif yang berbeza. Menang itu bonus. #WinningbyDesign #AlwaysMovingFoward #InnovatorsClubHouse #CoachMegat (at Bilik seminar murah kuala lumpur) https://www.instagram.com/p/CRyKVvujw8H/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
Fahami bagaimama vaksin membantu melindungi kita boleh menyelamatkan nyawa. #AlwaysMovingFoward #WinningbyDesign #InnovatorsClubHouse #CoachMegat https://twitter.com/coachmegat/status/1419218585826648071?s=19 (at Bilik seminar murah kuala lumpur) https://www.instagram.com/p/CRvo99-jGdg/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
Ada sahabat saya beritahu PKP ni dia tak tahu nak buat apa. Saya beritahu dia kalau dah tak tahu buat apa sangat boleh juga sertai program-program online training. Sekarang ni adalah masa yang terbaik untuk update knowledge. Hari ni saya bersama Institut Sosial Malaysia dalam program Volunteerism dan bersama KPWKM untuk program Klinik Bantuan Khas Perbendeharaan. Mari jadi sukarelawan. #WinningbyDesign #AlwaysMovingFoward #SahabatNgoKpwkm #Sukarelawan #CoachMegat (at Bilik seminar murah kuala lumpur) https://www.instagram.com/p/CRQWQWTjT-r/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
THE FUTURE IS TODAY In future we only have two options "INNOVATE or OBSOLETE". Its your choice. #WinningbyDesign #AlwaysMovingFoward #InnovatorsClubHouse #CoachMegat (at Bilik seminar murah kuala lumpur) https://www.instagram.com/p/CRHSO9ij95R/?utm_medium=tumblr
0 notes
Photo
Terima kasih MDEC atas penghargaan. #mdec #eusahawan #tncnetwork #AlwaysMovingFoward #COACHMEGAT (at Malaysia Digital Economy Corporation) https://www.instagram.com/p/CNcl6pbj982/?igshid=uiy53igqmdyr
0 notes
Photo
5 MINIT BERSAMA ARTIS Sembang petang bersama sahabat lama yang juga penggiat seni. Karyanya MasyAllah sangat hebat. Jadi saya beritahu sahabat saya yang saya nak bantu kongsi karya ini pada jaringan peminat seni di network yang saya ada. Untuk peminat seni yang ingin tambah koleksi boleh hubungi saya untuk dapatkan contact direct dengan pemunya karya. Jangan risau saya tak ambil komisen. Hanya bantu sahabat lama yang aktif berkarya. #coachmegat #winningbydesign #alwaysmovingfoward (at Setapak, K.Lumpur) https://www.instagram.com/p/CMhCt8vjOQs/?igshid=fvha8ho5as0h
0 notes
Photo
KRITIK VS SYUKUR Bila orang tegur atau komplain kita apa reaksi kita? 1. Kita anggap itu komplain dan orang cuba salahkan kita atau; 2. Kita anggap itu sebagai satu penambahbaikan yang harus kita buat dan bak kata pepatah 'masih ada yang sayang' (sebab masih ambil berat). Sebagai usahawan ataupun dalam kehidupan seharian jawapan No 1 adalah punca segala masalah kerana kita 'take it personal' dan anggap semua 'about us'. Kita terlalu ego untuk berfikir dan melihat dari perspektif orang lain. Kalau jawapan No 2., alhamdulilah kerana masih banyak penambahbaikan yang sememangnya kita bolehdan perbaiki. Cuba lihat dari perspektif ini. Kenapa syarikat Amazon, Lazada, Shopee, Alibaba dan industri terutamanya hotel masih menyediakan ruangan 'review dan feedback'? Kenapa pula kita hanya mahu menggangap komplain dan komen itu hanya satu rungutan dan kritik? Lepas ini belajarlah bersyukur bila dikritik kerana kritikan juga adalah sumber penambahbaikan dan membuktikan yang kita hanyalah manusia biasa. #coachmegat #winningbydesign #alwaysmovingfoward #tncnetwork #tnc (at Bilik seminar murah kuala lumpur) https://www.instagram.com/p/CKQZyR0jX_5/?igshid=h97khovtkci4
0 notes
Photo
MARATHON Alhamdulilah tahun ini banyak kejayaan usahawan yang saya nampak bermula dari Zero to Hero. Tahun ini ada usahawan saya yang dapat geran 1 juta, ada yang menang HIP6, ada yang menang grant SUPERB ada yang sudah ada kilang sendiri dan agen diseluruh Malaysia dan ada yang sudah berada di persada internasional. Bagaimana mereka boleh sampai ke tahap ini? Jawapannya mudah. Untuk berjaya kita perlu ada ilmu, bila dah ada ilmu kita perlu usahakan mengikut apa yang kita telah tahu dan kemudian fokus dan istiqamah. Cabaran tetap akan ada tapi kejayaan juga tetap akan ada. Bidang keushawanan ini adalah proses dan perjalanan yang panjang dan hanya sesuai bagi yang berjiwa marathon. Untuk yang berjiwa sprinter nasihat saya jadi investor sudahlah sebab marathon ni perlukan ketabahan. Untuk semua sahabat usahawan saya doakan semoga terus berjaya dan semoga terus tabah dan istiqamah. Ingat tiada 'shortcut' untuk berjaya kerana keusahawanan adalah satu proses dan kita berada ditrack marathon. #coachmegat #alwaysmovingfoward #winningbydesign #tncnetwork #tncnetworkofmalaysia https://www.instagram.com/p/CIuomY7Dwev/?igshid=1bpgleoi2y0mf
0 notes
Photo
Negaraku Malaysia Kita bertuah sebab masih ada yang prihatin dengan masa depan negara kita terutama perpaduan dikalangan belia. Kalau tanya saya apakan perubahan yang paling ketara dinegara kita? Jawapan saya adalah perpaduan. Kepelbagaian kaum menjadikan negara kita unik dan perpaduan adalah antara aset negara yang kita perlu terus semai dan pupuk. Tahniah Akademi Belia, tahniah Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. #coachmegat #winningbydesing (at Royal Lake Club) https://www.instagram.com/p/CITFMjIjybN/?igshid=1fezpk86fkusm
0 notes
Photo
Ada usahawan merungut sibuk dan banyak kerja. Nasihat saya jangan merungut dan komplain kalau sibuk dan banyak kerja. Cuba fikirkan kalau tak ada kerja dan takbada bisnes. Sebagai usahawan kita perlu banyakkan aktiviti dan tingkatkan usaha. Sebab kita tak tahu usaha mana satu yang betul membuahkan hasil. Kita boleh merancang tapi takdir yang menentukan. Apa yang penting kita usaha dan terus buat. #CoachMegat #WinningByDesign #TncNetworkOfMalaysia (at Bilik seminar murah kuala lumpur) https://www.instagram.com/p/CHf1JdNjQHn/?igshid=byodnxm6r3w6
0 notes
Photo
During COVID19 era, entrepreneurs must understand customers' shifting needs and then adjust their communications strategies, offerings and business model. Revise and revisit your business model. Follow me @COACHMEGAT #CoachMegat #WinningByDesign #BusinessModelCanvas #BusinessModel #MasteringBusinessModelCanvas #HackingBusinessModelCanvas #Covid19 #RecessionStrategies (at Bilik seminar murah kuala lumpur) https://www.instagram.com/p/CGjI39jDZVj/?igshid=1tujmac7f8tp6
#coachmegat#winningbydesign#businessmodelcanvas#businessmodel#masteringbusinessmodelcanvas#hackingbusinessmodelcanvas#covid19#recessionstrategies
0 notes
Photo
WINNING IDEA START WITH THE RIGHT ATTITUDE Idea yang kita pertandingkan perlu kita perjuangkan. Kalau hari ini idea yang kita pertandingkan tidak dipilih untuk menang kita tidak harus berhenti disitu saja. Idea ini perlu diusahakan dan dipertingkat ketahap ketersediaan yang lebih baik. Masuk pertandingan SUPERB atau mana-mana pertandingan geran hanya untuk dapatkan geran adalah persepsi yang salah. Geran hanyalah pemudahcara bagi mempercepatkan perkembangan idea dan bisnes yang kita buat. Akan sampai ketika apabila idea yang kita usahakan semakin matang dan lebih kemas dana dan geran akan jadi lebih mudah untuk kita dapatkan. #coachmegat #winningbydesign #tpmcoaches #terajusuperb #superbbusiness #superb2020 (at Kuching Town City) https://www.instagram.com/p/CF0uCgTjWSA/?igshid=hi6ozng0mpqt
0 notes
Photo
PERSAHABATAN ADALAH SUMBER REZEKI Antara sumber rezeki kita adalah jaringan yang kita ada. Kekalkan silaturahim antara kita. Program boleh tamat tadi persahabatan akan terus berkekalan. #coachmegat #winningbydesing https://www.instagram.com/p/CFbw_KGDvoH/?igshid=16xc9fef85jrg
0 notes
Photo
MELANGKAH KEPASARAN ANTARABANGSA Alhamdulilah semalam telah berjaya ke pasaran negara India dengan 40 peserta dari negara india yang menghadiri sesi latihan Digital Marketing. Pasaran ini berjaya diterokai dengan tiga ingredient utama iaitu "kerjasama kumpulan (teamwork), kolaborasi dan strategi yang jelas". InsyAllah selepas ini kami akan terokai pasaran Singapura, Vietnam, Thailand, Brunei dan Indonesia. #coachmegat #winningbydesign #digitalserantau #trainerandcoachesnetworkofmalaysia #tnc (at Bilik seminar murah kuala lumpur) https://www.instagram.com/p/CFYkejMjcMU/?igshid=oupwj6j7y711
0 notes
Photo
BERTABAHLAH KERANA KITA HIDUP MESTI DIUJI Adakah anda ingat saya tidak penat, tidak letih dan tidak pernah kecewa? Saya juga manusia biasa. Setiap kejayaan memberikan nafas baru dan semangat kepada saya tetapi tidak membentuk siapa saya. Kegagalan dan kepayahan menjadikan siapa saya hari ini. Jadi biasa-biasakanlah diri anda dengan kepayahan dan kegagalan kerana kita tidak dikatakan berjaya selagi belum diuji dan melepasi halangan. #coachmegat #winningbydesign https://www.instagram.com/p/CFQ3kKsDOXP/?igshid=1r0dhgf68czch
0 notes