#Olimpik Malaysia
Explore tagged Tumblr posts
ubaylukis · 3 months ago
Text
Tumblr media
Olimpik 2024
15 notes · View notes
ahmadrazaliwifi · 3 months ago
Text
RTM Sukan Olimpik Paris Live Terkini 2024
RTM kembali sebagai penyiar rasmi untuk Sukan Olimpik Paris. Ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan acara sukan paling berprestij di dunia dengan akses mudah dan percuma.
0 notes
syida-abdul-rahman91 · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Assalamu'laikum. Saya Fatihah My. Ibu kepada 5 orang anak. Bercerita tentang SHAKLEE, banyak sangat testimoni yang kami sekeluarga dapat. Tapi hari ini, Ticer Teah nak cerita tentang anak sulung, 10 tahun. Dari umur 6 bulan, dia memang tak suka makan. Macam-macam masakan tapi dia tutup mulut kecuali susu badan. Masa ini, Ticer Teah belum kenal SHAKLEE. Semestinya berat badannya susut. Tembam memang tembam, tapi berat badan naik sikit sangat. Kemudian, lepas dia putus susu badan, dia mula makan tapi lebih banyak makan buah. Hantu buah, tapi nasi kurang sangat. Bila dah bersekolah tadika usia 4 tahun, dia da mula makan. Masa ni da bagi Mealshake untuknya tapi tak selalu(dia menolak untuk minum). Tapi lain pula masalahnya. Setiap kali lepas makan, dia akan buang air besar. Walaupun makan sedikit. Hati ibu mana tak risau bila umur 7 tahun tapi comel sangat. Paling dia marah bila orang ingat dia anak kedua. Mana taknya, adik dia sama tinggi dengan dia. Tapi, Alhamdulillah. Bila Vita-Lea for children masuk Malaysia, Ticer Teah terus bagi pada dia. Almaklum,tak perlu telan, hisap sahaja. Tapi dia kunyah. Tak cukup sebiji sehari. Kemudian, Ticer Teah perasan, dia dah kurang buang air besar, jarang sakit dan makan pun dah bertambah. Walaupun nampak kecik, tapi ketinggian tuh nampak perubahan setiap tahun. Kalau stok habis, dia yang akan ingatkan, " ibu vitalea dah nak habis". Doakan, AL1 , Al-Fatih terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan dapat berjasa pada keluarga, masyarakat dan agama. Amin Ya Mujib #syidaabdulrahman #empayarsemarakrimbun #shakleemalaysia #shakleekedah #sparkbalkis #spark #tingkatkanimunitibadan #kanakkanak #suplemenkanakkanak #paralimpik #tokyo #olimpik #malaysia #saveanhar #freepalestine #palestine https://www.instagram.com/p/CTddD_2JdmD/?utm_medium=tumblr
1 note · View note
mohdfikribinmohdali · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Semangat "Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir." (QS. Yusuf: 87). #tokyo #olimpik #olympics #olympictokyo2020 #tokyo2020 #ayatalquran #quran #melaka #malaysia #jonkerwalk #sport #keirin #diving #badminton #cyclingtrack (at Taman Warisan Dunia Jonker Walk) https://www.instagram.com/p/CSQyaYfJ9ZW/?utm_medium=tumblr
0 notes
redzkamal · 2 years ago
Photo
Tumblr media
Majlis penutup bengkel sepaktakraw malaysia tq dato nazif majlis olimpik malaysia tq2 https://www.instagram.com/p/Ces22lvJOCC/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
jdigital · 3 years ago
Text
BT Bina tawar RM1 juta untuk emas Paris 2024
BT Bina tawar RM1 juta untuk emas Paris 2024
PETALING JAYA : Ganjaran berganda menanti pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 apabila BT Bina Group Sdn. Bhd. bersedia menawarkan wang tunai berjumlah RM1 juta. Bagi menyemarakkan lagi semangat pemburuan pingat emas pertama buat Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BT Bina Group Datuk Seri David Tan bersedia memberi ganjaran berkenaan. Tambahnya, usaha dan strategi untuk memenangi…
View On WordPress
0 notes
theberita · 3 years ago
Photo
Tumblr media
PETALING JAYA – Sejarah tercipta di bumi Tokyo, Jepun apabila atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli muncul rakyat Malaysia pertama berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik buat kali kedua berturut-turut. Lebih manis, Ziyad memenangi pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik sebentar tadi dengan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m). Catatan itu secara tidak langsung mengatasi rekod kebangsaan, 17.54m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin di Palembang, Indonesia pada November 2011. https://instagr.am/p/CTVn_5_BCCT/
0 notes
eimhjanlurima · 6 years ago
Text
Sukan Asia: Mazlan bidas sasaran di Indonesia
https://www.hokaloh.news/sukan/sukan-asia-mazlan-bidas-sasaran-di-indonesia/
Sukan Asia: Mazlan bidas sasaran di Indonesia
Tumblr media
Informasi Hokaloh News
Sukan Asia: Mazlan bidas sasaran di Indonesia
Tumblr media
“INI tabiat orang kita.”
Itu reaksi bersahaja daripada bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad, sebagai merumuskan rasa tidak bersetujunya selepas sasaran Sukan Asia 2018 sekadar untuk melepasi pencapaian di Incheon, empat tahun lalu.
Beliau menganggap ia bukan satu sasaran yang relevan.
Mazlan turut menyuarakan rasa hairannya mengapa pencapaian paling hampir di Incheon empat tahun lalu menjadi penanda aras sedangkan itu bukan pencapaian terbaik kontinjen negara setakat ini.
Menerusi pelaburan terbesar untuk persediaan atlet negara, sasaran negara perlu melepasi 10 pingat emas dalam Sukan Asia atau menyamai pencapaian terbaik negara di Guangzhou pada 2010, iaitu sembilan emas.
“Tabiat meletakkan sasaran untuk mencapai kedudukan lebih baik berbanding edisi sukan terdahulu sepatutnya tidak menjadi satu amalan. Kontinjen negara harus diajar untuk mencapai lebih baik berbanding yang terbaik,” katanya.
Mazlan menegaskan Malaysia masih terus berharap kepada sukan subjektif seperti wushu, karate dan silat yang kali pertama diperkenalkan sebagai sumber pingat emas di Indonesia nanti.
Hakikatnya, sukan di Malaysia melewati perkembangan yang memberangsangkan tetapi negara lain lebih pesat berkembang bertaraf Olimpik mengatasi pencapaian kem kebangsaan.
“Kita tidak dapat lari daripada keadaan ini dan sehingga kita benar-benar mantap dalam acara-acara Olimpik, kita terpaksa bergantung kepada sukan-sukan berkenaan.
“Malangnya, atlet kita dalam sukan-sukan Olimpik agak cemerlang tetapi terpaksa berdepan wakil negara lain yang lebih baik,” katanya lagi.
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
1 note · View note
harunmazlan969 · 3 years ago
Photo
Tumblr media
#Repost @tzafrul_aziz #ahasave @ahasave —— SELAMAT BERJUANG JIJO & SHAH! Debaran kian terasa. Mengapa? Pastinya untuk acara berbasikal di Olimpik Tokyo. Acara berbasikal Men's Sprint dijangka bermula pada 2.30 petang waktu Malaysia. Men's Keirin pula bermula 7 Ogos. Acara berbasikal memang antara salah satu acara wajib yang saya cuba tonton, lagi-lagi bila #TeamMalaysia yang bersaing. To Azizul and Shah, do your best and always remember that all Malaysians are here supporting you all the way! #DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #MAS #Tokyo2020 https://www.instagram.com/p/CSJQdEZHvGh/?utm_medium=tumblr
0 notes
mohdfikribinmohdali · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Alhamdulillah Dapat covid-19 vaccination digital certificate di Dewan Majlis Bandaraya Seremban Tahniah my idola sama umur datuk @azizulhasniawang menang pingat perak olimpik tokyo 2020… teruskan memberi kata-kata semangat kepada saya dan rakyat Malaysia.. Hari ini Perdana Menteri Malaysia @muhyiddinyassin_official mengumumkan boleh rentas negeri untuk second dose.. ini perkhabaran gembira untuk Rakyat Malaysia Selesai olimpik tokyo 2020 Malaysia mencapai 1 perak dan 1 gangsa (@aaronchiatengfong ) Selamat Bulan Merdeka semua rakyat Malaysia #vaksin #covid_19 #vaccine #vaccinationdone✔️ #seconddose #rentasnegeri #malaysia #teamazizul #azizulhasniawang #cycletrack #keirin #sprint #merdeka #selamatharimerdeka #olympics #tokyo2020 #olympictokyo2020 #olympic #ilovesport #sport #negerisembilan #seremban #dewanmajlisbandarayaseremban (at Dewan Majlis Bandaraya Seremban) https://www.instagram.com/p/CST4rWYpBCw/?utm_medium=tumblr
0 notes
alexminhtran4 · 4 years ago
Photo
Tumblr media
MESSI PUNCA SEBENAR? | Borak Borak Botak #bbb #abangbotak #botak #messi #cr7 #a... #blogema #analisisab14 #arena #arenabola #astro #astroarena #astroarena #badminton #bolamamak #bolasepak #bolasepak #darigelanggang #david #formasi #formasiarena #formasiekstra #forum #harimau #harimaumalaya #jdt #malaya #malaysia #maluapabossku #nadiarena #nicol #nubis #olimpik #olympics #seagames #seagames2019 #selangorfas #sepaktakraw #sepaktakrawleague #spike #sport #squash #stl2019 #sukan #sukansea #sukansea2019 #takraw #ultrasmalaya
0 notes
theberita · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Badminton Olimpik 2020 ‼️ Beregu Malaysia, Aaron Chia/ Soh Wooi Yik berjaya mencipta kejutan untuk menewaskan beregu nombor 1 dunia dari Indonesia, Gideon Marcus Fenaldi/Sukamuljo Kevin Sanjaya dengan keputusan 21-14, 21-17 untuk layak ke Separuh Akhir. Malaysia Boleh 💪🇲🇾 https://instagr.am/p/CR5aPNMpJcK/
0 notes
jamesonkoay · 6 years ago
Link
0 notes
islamicvoice-blog · 6 years ago
Text
Bendera Malaysia berkibar di Gaza selepas larang atlet Israel
Tumblr media
New post https://is.gd/1xO8QE
Selepas Malaysia tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini, bendera Malaysia dilihat berkibar di Gaza sebagai tanda penghargaan oleh rakyat Palestin.
Peminat bola sepak Palestin meraikan pendirian Malaysia dalam solidariti dengan mengibarkan bendera Malaysia di Stadium Yarmouk, salah satu stadium tertua di Kota Gaza, semasa perlawanan bola sepak pada Sabtu.
Di sebelah bendera itu terdapatnya sepanduk dengan slogan menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri lain kerana pendirian mereka terhadap Israel.
“Terima kasih Malaysia kerana berpendirian menentang normalisasi (hubungan) dengan apa yang dipanggil ‘Israel’,” tulis sepanduk itu.
Pada Ahad, peminat bola sepak terus meraikannya dengan memasang bendera Malaysia dan sepanduk yang sama di Stadium Palestin, tuan rumah pasukan bola sepak kebangsaan Palestin, yang dibom Israel pada 2006.
“Pemasangan (bendera dan sepanduk) di padang bola sepak merupakan tanda sokongan untuk Malaysia, untuk memperlihatkan bagaimana rakyat Palestin berbangga.
“Pendirian Malaysia diterima dengan baik oleh Palestin, terutama di Gaza,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran kepada FMT.
Beliau berkata rakyat Palestin cepat bertindak balas di media sosial di bawah hashtag #supportMalaysia, dan solidariti dengan Malaysia tersebar luas di Facebook, Twitter dan Instagram.
Putrajaya sebelum ini mengumumkan ia akan melarang atlet Israel daripada bertanding dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak, dari 29 Julai hingga 4 Ogos.
Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah kemudoan dilaporkan berkata Malaysia sangat meluat dengan kenyataan jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel yang menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan melabel Dr Mahathir Mohamad anti-Yahudi.
Bercakap kepada Oxford Union Society di Britain pada Sabtu, Dr Mathathir mengulangi pendirian kerasnya terhadap Israel.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel, Emmanuel Nahshon mengecam larangan itu dan berkata keputusan itu diinspirasikan oleh sikap anti-Yahudi melampau Dr Mahathir.
Di Muar, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Israel adalah hipokrit terbesar dalam kutukan terhadap Malaysia.
“Kenyataan Israel memaparkan sendiri sikap hipokrit mereka apabila menyatakan Malaysia mempolitikkan sukan, sedangkan mereka sendiri melakukan perbuatan sama apabila menyekat pasukan bola sepak Gaza untuk memasuki tebing barat ketika perlawanan akhir piala dunia Palestin, bukankan itu politik terhadap sukan?” katanya menerusi Instagram.
“Adakah Israel lupa bagaimana mereka sendiri meletakkan tekanan terhadap Persatuan Bola Jaring Amerika Syarikat NBA dengan memaksa untuk mengecualikan Palestin dari senarai perlawanan ketika 2018?” soalnya.
0 notes
muhaiminrafael · 7 years ago
Text
Aku rasa Mat Over tak sepatutnya tampar David Teo. Punyalah susah David Teo nak reka dan hafal pantun, last-last hanya ayat pembayang yang sempat diucap sebelum tamparan Mat Over singgah tepat ke mukanya. Mat Over kena faham David Teo jenis yang pelat Melayu memanglah bila bercakap nampak macam sedikit kurang ajar. Lagipun David Teo ni berpantun kalau tak puas hati sangat balaslah dengan pantun jugak. Barulah menarik kedua-dua pihak berbalas pantun. Pantun dua kerat pun cukup kalau rasa susat nak buat empat kerat. Barulah terserlah budaya Malaysia yang Truly Asia. Tapi tak peliklah kalau David Teo kena tampar sebenarnya. Sebabnya di Malaysia, imam yang tengah mengimamkan solat pun 'selamba badak' ditampar makmum. Raja Bomoh pun pernah cakap dekat KJ dulu "saya tampar dia macam buaya nanti!". Hakikatnya, rakyat Malaysia dengan penampar memang tak dapat dipisahkan. Tak mandi sebelum Maghrib mak tampar, tak siap kerja sekolah cikgu tampar, kena rasuk hantu ustaz tampar, ustaz pulak kena rasuk hantu jin tampar. Sebagai cadangan, aku harap Skuad Bola Tampar Malaysia boleh pertimbangkan untuk serap masuk penampar-penampar viral ni. Daripada tampar orang lebih baik tampar bola. Manalah tahu kalau ada rezeki boleh pergi jauh sampai ke Olimpik. Kesimpulannya, penampar memang cara mendidik yang digunakan rakyat Malaysia sejak turun temurun lagi. Janganlah takut untuk ditampar kerana ketahuilah bahawa tamparan akan menjadikan kita seorang yang lebih cekal, tabah dan kuat. Memetik lirik lagu daripada Kumpulan 6ixth Sense yang berbunyi " Tampaaar, cintamu aku resah, tampaaar kasihmu aku hampa, tampaaar dirimu aku mati...".
13 notes · View notes
hokalohnews · 6 years ago
Text
MESA tidak lagi ada kuasa terhadap papan selaju | Sukan Hokaloh News
TERDAPAT segelintir penggiat papan selaju yang kelihatan tidak puas hati dengan gabungan Persekutuan Sukan Luncur Berada Malaysia (MYSKATE) dan Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA).
Perkara itu diluahkan dalam akaun media sosial masing-masing selepas melihat gambar majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MESA dan MYSKATE.
Ada yang menganggap usaha majoriti komuniti papan selaju yang menolak pimpinan MESA adalah perjuangan yang sia-sia terutama sekali apabila ia diterima pemimpin MYSKATE yang pernah menolak kerjasama dengan MESA sebelum ini.
Bagaimanapun Presiden MYSKATE, Idroose Tambarin menolak tanggapan mereka dengan menyatakan MoU yang ditandatangani Terima Kasih Kerana Membaca 🙂 gabungan itu menyaksikan MESA bukan lagi badan kawal selia sukan papan selaju dan inline skate di negara ini.
“MYSKATE dan MESA mengambil pendekatan bersama untuk mewujudkan badan kawal-selia tunggal (sole governing body) dengan tujuan pemusatan sukan ini, sekali gus menyelesaikan konflik pengelolaan sukan luncur beroda dan sukan ekstrem.” kata Idroose dalam satu kenyataannya di akaun Facebook miliknya.
MYSKATE tetap menerusi fungsi sebagai badan kawal-selia disiplin sukan seperti inline speed, inline freestyle, inline hockey, roller freestyle aggressive dan papan selaju.
Pada masa sama, Idroose menegaskan ruang dibuka kepada mana-mana pihak untuk menyuarakan pendapat dan pemegang jawatan selaku ahli badan gabungan adalah wakil kepada komuniti sukan masing-masing.
Majoriti komuniti papan selaju Malaysia sebelum ini menolak kepimpinan MESA kerana menganggap badan itu tidak dibarisi pemain papan selaju dan turut memboikot beberapa kejohanan yang dianjurkan persatuan itu.
Ia menyaksikan kurang daripada 60 peserta menyertai kejohanan papan selaju anjuran MESA bagi memilih atlet kebangsaan untuk mewakili negara ke Sukan Asia 2018.
“Ini merupakan fasa baharu. Tidak perlu ambil langkah ke belakang dan maju terus ke hadapan. Persatuan harus bertindak sebagai sebuah persatuan yang berkhidmat untuk ahli-ahlinya dan selaku pentadbir yang harus mempraktikkan ‘good governance’.
”
Jelas Idroose lagi, langkah yang diambil memberi laluan kepada MYSKATE untuk menjadi ahli kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), yang menjadi keutamaan untuk memastikan kelancaran penghantaran atlet ke Olimpik oleh MYSKATE.
Atas sebab itu juga, struktur organisasi MYSKATE melalui sedikit perubahan dengan mengambil kira peranan Tan Sri Darshan Singh (Presiden MESA) sebagai tokoh berpengaruh dalam dunia sukan di Malaysia dengan menawarkan jawatan Presiden Kehormat Seumur Hidup (bukan eksekutif) kepada beliau.
Anak Darshan, Datuk Manjit yang merupakan pengasas MESA, menduduki jawatan Setiausaha Agung yang akan memberi tumpuan kepada urusan pentadbiran.
Pengerusi bagi Jawatankuasa Teknikal Papan Selaju Kebangsaan MYSKATE, Adlan Farazi turut memberi penjelasan mengenai MoU yang ditandatangani pada Selasa itu di laman Facebook miliknya.
Bagi Adlan, mereka telah lalui pelbagai rintangan untuk menyelesaikan konflik MESA dengan komuniti papan selaju dan siapa yang patut menjadi badan induk sukan papan selaju, termasuk mengadakan perjumpaan dengan Presiden Persekutuan Papan Selaju Antarabangsa (ISF) Gary Ream di Bangkok.
Malah Adlan menegaskan MESA yang sertai MYSKATE, bukan sebaliknya, dengan syarat-syarat tertentu.
Baginya ini merupakan satu permulaan baharu bagi pembangunan sukan papan selaju di negara ini.
Pasa Selasa, satu MoU ditandatangani antara Darshan dan Idroose di Wisma MOM.
Ia turut disaksikan Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Azim Zabidi, Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Datuk Zaiton Othman dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#Sukan #Ada #AdlanFaraz #AllInOne #Berita #Buddy #Gabungan #Hokaloh #HokalohNews #IdrooseTambarin #Kerjasama #Kuasa #Lagi #MajlisOlimpikMalaysia #MESA #MOM #MoU #MYSKATE #News #Olimpik #Papan #PapanSelaju #PocketNews #Selaju #Sukan #TanSriDarshanSingh #Terhadap #Tidak
https://hokaloh.news/sukan/mesa-tidak-lagi-ada-kuasa-terhadap-papan-selaju-sukan-hokaloh-news/
0 notes