#Kemeriahan Aidilfitri
Explore tagged Tumblr posts
senigayungfatani · 8 months ago
Text
Majlis Aidilfitri PSGFM OFFICIAL - AIRBORNE FSR, UiTM 2024: Sertailah Kami dalam Kemeriahan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kami dari PSGFM OFFICIAL – AIRBORNE FSR, UiTM dengan penuh rasa gembira ingin menjemput Tuan/Puan untuk turut serta dalam Majlis Aidilfitri kami yang bakal berlangsung pada butiran seperti di bawah: Tarikh: 5 Mei 2024 (Ahad)Waktu: 2.30 petang – 6.30 petangLokasi: Shah Alam, Selangor.Tema: Baju Melayu & Baju Kurung (Wajib)Tuan Rumah: PSGFM Shah Alam & AIRBORNE…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
nadiajohari · 2 years ago
Link
0 notes
marzukamartillo · 2 years ago
Photo
Tumblr media
Apabila hari Syawal semakin menghampiri dan lagu-lagu raya Aidilfitri semakin bergema di mana-mana corong pembesar suara, mata kita lebih meneropong kepada hari berikutnya yang semakin tidak lama lagi pertemuannya dan jiwa kita semakin mendebar untuk menyambut kehadirannya sehingga kita lupa pada hari ini kita masih di bulan Ramadhan yang mulia. Sekalipun kemeriahan hari Syawal sudah mula bergegas dipersiapkan dan orang ramai mula berpusu-pusu untuk berlumba seakan-akan siapakah yang akan sampai dahulu untuk hari tersebut, kita yang masih berada pada hari ini jangan alpa disebabkan bayangan kemeriahan pada hari akan datang. Lebih-lebih lagi ketika sekarang netizen saling bertikaian apakah bulan Syawal tiba hari Jumaat atau Sabtu dan netizen sedang mengasak para pemerhati bulan dengan pembulian yang seolah-olah peralihan bulan perlu ikut kehendak mereka. Walaupun kita beranjak satu hari yang lebih, jangan kita lupa hari tambahan kita adalah hari di bulan Ramadhan dan jangan sampai terlupakan keutamaan bulan ini berbanding bulan-bulan yang lain. Jangan kita terlalai mengapa kita menyambut Ramadhan dan bersusah payah untuk terus berpuasa. Jangan kita tidak ingat lagi kenapa kita mengucapkan selamat bagi kedatangan Ramadhan kepada rakan-rakan sekeliling. Selamat meneruskan sambutan Ramadhan dan semoga kita tiba di hari Syawal dengan penuh keberkatan.
0 notes
osarothomprince · 2 years ago
Text
Yayasan Amanahraya Kongsi Kemeriahan Aidilfitri Kepada 53 Anak Yatim & Asnaf — Vigo
Seremban, 11 April 2023 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan AmanahRaya hari ini berkongsi kegembiraan membuat persiapan baju raya bersama lima puluh tiga (53) anak-anak yatim dan asnaf menerusi Program Beli-belah Baju Raya di […] The post Yayasan Amanahraya Kongsi Kemeriahan Aidilfitri Kepada 53 Anak Yatim & Asnaf appeared first on Vigo. Yayasan Amanahraya Kongsi Kemeriahan…
View On WordPress
0 notes
kemungkinan-blog · 6 years ago
Text
'Apa keperluan buat jamuan hari raya pada waktu kerja pejabat kerajaan?' - Dr Asri
Tumblr media
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kerajaan melihat semula keperluan jabatan kerajaan mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri setiap kali tiba bulan Syawal.
Beliau berkata program jamuan raya yang dianjurkan oleh sesebuah jabatan kerajaan biasanya melibatkan penyertaan sebahagian besar kakitangannya untuk menampakkan kemeriahan.
“Justeru apabila ada rakyat yang datang ke sesebuah jabatan untuk sesuatu urusan mereka terpaksa pulang dengan kehampaan kerana kakitangan di bahagian-bahagian tertentu jabatan itu berada di majlis jamuan hari raya,” katanya pada majlis ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.
Beliau berkata lebih memberi kesan apabila pegawai dan kakitangan sesebuah jabatan kerajaan keluar pejabat untuk menghadiri jamuan hari raya di pejabat lain.
Justeru beliau berharap kerajaan melihat semula perkara itu selaras dengan keperluan semasa kerana tidak semestinya apabila umat Islam berpuasa sebulan mereka harus mengadakan majlis makan selama sebulan juga untuk menyambut hari raya.
Sumber: Bernama
from The Reporter http://bit.ly/2Ft8NpU via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2XsFhe3 via IFTTT
2 notes · View notes
mag78 · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Setelah dua tahun disambut berjauhan, Aidilfitri kali ini pastinya penuh dengan kemeriahan. Salam Aidilfitri 1443H kepada semua, dan semoga Syawal anda dipenuhi dengan keriangan di samping mereka yang tersayang. #BersamaLebihBermakna #BLB #ToyotaMY #ToyotaMalaysia #Toyota (at Malaysia) https://www.instagram.com/p/CdC7twMLfGp/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
azrito · 4 years ago
Photo
Tumblr media Tumblr media
Setelah mendapat khabar dari Bapa Perutusan Malaysia, Sambutan Aidilfitri tahun ini sama seperti tahun sebelumnya. Tiada ziarah-menziarahi & melawat pusara. Rentas negeri jauh sekali. Cuma ucapan & bermaaf-maafan secara maya sahaja yang boleh dipraktikkan. Mentang2 la zaman Covid-19 ni semua benda menggunakan maya, teks perutusan pun sebar pakai fail PDF je. Dah takde live in TV. 
Tapi...Dah nama pun rakyat Malaysia, memang pelantak la dengan peraturan2 ini. Ziarah-menziarahi tetap macam biasa. Pandai2lah diorang parking kereta jauh sikit dari rumah yang diziarahi atau sorok kasut kat dapur untuk mengaburi pihak berkuasa. Bab rentas negeri ni, pasti ada perkhidmatan menyeludup manusia macam Hans Solo. Menyorok dalam lori kontena ais pun sanggup, janji sampai kampung dengan selamat. Ada juga yang menggunakan alasan outstation kerja dengan adanya surat pengesahan dari majikan & pihak polis. Yang ini cara paling hina sekali.
Walau apa pun, tradisi kemeriahan sambutan Aidilfitri mesti diteruskan. Anak2 kecil & orang2 tua melepaskan kemarahan PKP 3.0 dengan membakar mercun di malam raya. Langit di Taman Keramat meriah dengan letupan & pancaran warna-warni. Dari Bengkel Mara ke Jalan Enggang, hingga ke AU2, bunyi mercun bersahut-sahutan tanpa henti. Satu Keramat sepakat. Mercun KLCC dan Bateri paling menonjol pada malam itu. 49 das tembakan ke udara, cukup untuk menakut2kan hantu raya yang baru keluar lokap. Thunderclap & mercun bunga agak ke belakang. Tapi boleh la, janji bunyi tak masuk angin. Upacara ‘bakar duit’ ini berlanjutan sehingga lewat 12 malam (atau polis datang melawat kawasan).  
Pada malam Raya Pertama, aku melawat para imigran2 di Bangsar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing2. Lemang & rendang yang ku bawa menjadi pengubat rindu mereka. Jamuan ala kadar seadanya. Cukuplah menggembirakan mereka yang pilu itu. Sambil mereka layan blues dengan lemang & rendang, aku layan Mona yang dah semakin berat.
Salam Aidilfitri PKP 3.0, Maaf zahir & batin! 
0 notes
thoresolution · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Selamat menyambut kedatangan Syawal. Semoga sinar Aidilfitri membawa kemeriahan dan kebahagiaan di samping orang yang tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin. Our services :- - Sanitizing & Disinfectant Services - Carpet & Upholstery Cleaning - Steam Cleaning - Floor Cleaning - Spring & Deep Cleaning - Residential & Commercial Cleaning - Vehicles Interior Cleaning - Builder's Cleaning(Post Renovation Cleaning) - General Cleaning - High Rise Cleaning Call us for booking :- www.wasap.my/60105646004 -Ravin www.wasap.my/60162315030 -Jaya #disinfectionservices #sanitization #carseatcleaning #upholsterycleaning #sofacleaning #matresscleaning #carpetcleaning #steamcleaning #floorcleaning #springcleaning #residentialcleaning #commercialcleaning #postrenovationcleaning #builderscleaning #generalcleaning #contractcleaning #officecleaning #floorpolishing #Polishing #Marblepolishing #afterrenovationcleaning #highrisecleaning #signboardcleaning #signagecleaning #glasscleaning #disinfektan (at Ipoh, Perak) https://www.instagram.com/p/COzF7j6DlOX/?igshid=1k7u3gnc9hbhb
0 notes
mohdbadrul · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Sudah berlabuh tirai Ramadhan, Kita menyambut kedatangan Syawal, Sinar Aidilfitri membawa kemeriahan, Dengan memohon ampun Semoga Allah SWT menerima seluruh amalan ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Berbahagialah kita di samping orang yang tersayang, walaupun dengan bersederhana di rumah. Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin ❤️ https://www.instagram.com/p/COxrOtpN9xY/?igshid=106hcv3g0zh7e
0 notes
buzznewskl · 4 years ago
Text
Kekal Dalam Keharmonian & Kebijaksanaan. Sunway Angkat Tema Kepentingan Pendidikan Sempena Tahun Baru Cina
Kekal Dalam Keharmonian & Kebijaksanaan. Sunway Angkat Tema Kepentingan Pendidikan Sempena Tahun Baru Cina
Musim perayaan sentiasa menjadi waktu yang dinantikan rakyat Malaysia. Tidak kiralah sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina atau Deepavali semua perayaan diraikan dengan meriah dalam suasana penuh keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya, bangsa dan etnik. Namun begitu, serangan pandemik mengubah landskap kemeriahan yang memberikan impak kepada sebahagian…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
mzfye · 5 years ago
Photo
Tumblr media
Selamat menyambut kedatangan Syawal. Semoga sinar Aidilfitri membawa kemeriahan dan kebahagiaan di samping orang yang tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin. #raya1stday #uploadlatecozbusyalldaylong #stayathomegais #raya2020 https://www.instagram.com/p/CAnRuCkgi832wLytWdcqYs7n5vOyFlhTaNuHgQ0/?igshid=io915z6u7oie
0 notes
azmanjaeh · 5 years ago
Photo
Tumblr media
meraikan kejayaan tanpa kemeriahan... Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020/1441 Maaf Zahir Dan Batin #covid19 #staysafe #stayhealthy #kitajagakita https://www.instagram.com/p/CAjQWGgHDEH/?igshid=s6ugdulaq9xf
0 notes
mknace · 5 years ago
Photo
Tumblr media
Aidilfitri 1440 : from Baling to Gelang Patah. Masa dah tiba untuk kembali ke Gelang Patah. Sarapan dulu bersama famili. Around 8.15 pagi kami bergerak. Sempat singgah di Gunung Inaz untuk lepak jap. 8.30 pagi kami meneruskan perjalanan semula. Terpaksa berhenti di Padang Stong. Ici memang total out. Muntah teruk. Memang kalah jalan bukit dia ni. Dulu masa naik cameron, naik muntah, turun lagi la muntah. Jalan simpang pulai yang landai tu pun ke laut. Apatah lagi jalan Kroh - Gerik ni kan. Singgah Simpang Pulai untuk 1/3 yang pertama. So far so good. Gerak aje dah mula heavy traffic. Hujan lebat membantu menambahkan lagi suasana kemeriahan lebuhraya di hari raya. Ke utara toksah cerita. Lagi packed. Singgah di R&R Dengkil 3 jam kemudian. Solat; Lunch. Isi minyak. Amaran heavy traffics dah mula terpapar. Sampai je Nilai kami mula la menjadi sebahagian daripada warga jem yang best ni. Berjaya melepasi R&R Senawang 2 jam kemudian. Jarak? Plus minus 30 km je. Hahaha. Nak tak nak singgah sekali lagi di R&R Ayer Keroh. Lepak jap weh. Sambung semula dalam jam 6 petang. Alhamdulillah. Jam 9 malam kami tiba di Gelang Patah. Total. 12 jam 30 minit. Lebih banyak info @ https://mknaceunlimited.blogspot.com/2019/06/aidilfitri-1440-from-baling-to-gelang.html --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited #‎mknace ‎#blogger #‎photography #‎photoblog ‎#‎SJCAM ‎#SJ4000 #J3 ‎#Samsung ‎#Fujifilm ‎#altek #‎cubic #love ‎#followme #‎beautiful #‎blogoftheday #fun #like ‎ #life #colorful ‎ #photooftheday #‎MyExperience https://www.instagram.com/p/B0GZxsBhcBf/?igshid=1qga4gd8vlukn
0 notes
junklist · 6 years ago
Text
[Pentas] Sabdha
Tumblr media
20 APRIL 2019 | SABTU | 4PM - Telah berlangsungnya satu persembahan seni muzik pelbagai genre untuk terakhir kalinya di Tingkat Dua. Acara ini dianjurkan oleh Sabdha dan ini merupakan acara sulung bagi mereka. Team Junklist berbesar hati kerana turut dijemput ke acara ini walaupun pada hari yang sama turut diadakan beberapa event besar di sekitar Kuala Lumpur seperti Konsert Big4Malaysia di HGH Convention Center Sentul, ZineXDiy di Oasis Ara Damansara, dan juga Live Out Loud di Angkasa Space Cheras. Ia juga sebagai penghormatan terakhir terhadap pihak Tingkat Dua atas kewujudan mereka yang hampir setahun dalam scene Indie/Underground tempatan dan menyediakan platform sama ada untuk band baru atau lama untuk memperkenalkan muzik mereka pada orang ramai.
Sabdha, diambil dari perkataan Sanskrit yang merujuk pada ‘perkataan yang dimanifestasi oleh bunyi atau lisan’. Sabdha merangkumi hubungan antara bahasa, bunyi dan budaya dan akan diwujudkan oleh rakyat, untuk rakyat. Itu adalah definisi yang diberikan oleh curator Sabdha.
Penulis tiba di lokasi sekitar jam 4 petang. Sebelumnya sempat juga penulis singgah di Oasis Ara Damansara bagi melihat kemeriahan acara Zine X Diy yang menghimpunkan karyawan-karyawan Zine dan juga turut diadakan mini gig. Bertepatan juga dengan pelancaran split zine Junkzine dan Speak, Junklist membuka booth untuk menjual zine terbaru tersebut. Saat artikel ini ditulis, zine tersebut hanya terdapat kurang dari 25 naskhah. Cepat dapatkannya dengan harga cuma RM10 (tidak termasuk postage ya). Penulis tiba sedikit lewat ke Tingkat Dua disebabkan hujan lebat yang turun sekitar jam 3:30 petang dan pada waktu itu penulis masih di Oasis Ara Damansara. Sebelum itu panasnya bukan kepalang. Tapi mujur hujan turun juga untuk mendinginkan sedikit cuaca pada hari itu. Setibanya di Tingkat Dua yang bertempat di sekitar Ara Damansara juga, kelihatan crowd masih menunggu di luar venue gig kerana pintu masih belum dibuka pada orang ramai. Pelbagai fesyen pakaian yang dipakai oleh crowd yang datang pada petang itu. Agak meriah juga sambutan yang diberikan untuk acara ini.
Sekitar jam 4:40 petang, persembahan pentas dimulakan dengan band bergenre Post-Punk iaitu Killeur Calculateur (KC). Sebelum mereka memulakan set mereka, terdengar background song yang dimainkan yang mengandungi unsur muzik tradisional. Permainan instrument Cak Lempong yang dimainkan dalam lagu yang disuntik sedikit melodi Jong Jong Inai menghasilkan satu perasaan yang luar biasa bagi penulis setiap kali ia dimainkan pada sebelum dan selepas persembahan setiap band/performer. KC memulakan set mereka pada petang itu dengan lagu yang penuh semangat. Kehadiran crowd yang ramai pada petang itu menghangatkan lagi suasana di dalam venue gig. Walaupun di acara pembukaan, namun venue sudah hampir penuh dengan peminat - peminat band ini. 4 orang ahli band tersebut kelihatan sangat fokus dengan permainan instrument masing - masing. Bagi yang belum mengenali KC, mereka sudah pun aktif dari tahun 2006. Mereka mengambil root genre Punk dalam muzik mereka namun lebih dari segi penulisan lirik dan idealogy yang disampaikan. KC juga pernah mengeluarkan sebuah split EP bersama 3 piece band Punk Indonesia iaitu Vague. Pada tahun 2014 pula, EP mereka ‘Book Of Flags’ telah dilancarkan dan diikuti dengan siri jelajah ke 13 negeri dalam Malaysia bagi tujuan mempromosi EP tersebut. Killeur Calculateur terdiri dari Smek (Gitar & Vokal), Rafique (Gitar & Vokal), Zamir (Bass & Vokal) dan Ali (drum).
Selesai persembahan oleh KC, acara diteruskan dengan persembahan oleh Viktoria. Bukan sebuah band akan tetapi persembahan muzik Electro/Techno yang dipersembahkan oleh 3 orang. Viktoria (vokal) diiringi oleh seorang DJ yang memainkan lagu-lagu dan mengawal butang - butang efek untuk vokal dan juga seorang lagi lelaki yang mempersembahkan tarian eksotik mengikut rentak lagu. Pakaian mereka juga menepati citarasa muzik yang mereka bawa petang tersebut. Secara personal, genre muzik sebegini bukanlah didalam playlist penulis namun ini adalah satu usaha yang baik dari Sabdha untuk mengketengahkan muzik - muzik genre sebegini kerana masih ada pengikutnya dan jarang sekali diketengahkan.
Seterusnya, antara lineup yang dinanti - nantikan juga oleh crowd pada hari itu iaitu band Lust. Setup mereka mengambil masa agak lama di waktu permulaan. Kelihatan Ku Miro, selaku sound engineer pada hari itu membantu bassist Lust atas sedikit kesilapan teknikal. Pada waktu itu, background song yang penulis rasa diambil dari riffing lagu ‘Desire’ dimainkan berulang kali sambil menunggu mereka siap setup instrument masing-masing. Suasana pada waktu itu dapat dilihat kepadatan crowd semakin menambah. Kali ini memang betul - betul penuh hampir ke belakang. Penulis dapat lihat sebuah sosok yang sangat dikenali iaitu seorang vlogger di Youtube dan juga gitaris band Pasca Sini, Anwar Hadi! Sewaktu Lust memainkan lagu - lagu mereka kelihatan semua crowd turut menari kerana lagu - lagu yang dimainkan sangat kuat hook-nya dan seperti mengajak semua orang menari. Ini adalah pertama kali bagi penulis menyaksikan mereka beraksi live di pentas. Sungguh bertenaga vibe yang dibawakan oleh mereka dan ia juga disambut baik oleh kesemua crowd yang ada pada petang itu. Mereka telah pun meriliskan sebuah album yang diberi tajuk ‘Tekesima’ dan mengandungi 12 lagu. Ia dijual pada harga RM25 untuk Normal Pack, manakala RM40 untuk Special Edition pack. Boleh lawati profile band mereka di segenap SocMed dengan nama @lustography untuk info lebih lanjut.
Persembahan seterusnya oleh Fauxe yang berasal dari Singapura. Penampilan yang agak bersahaja dan santai. Mana tidaknya, beliau memakai kain pelikat, berstokin pink cerah dan memakai selipar Crocs. Ini persembahan solo oleh beliau bersama set DJ di atas. Antara performer music Techno pada petang itu. Suasana sedikit sendu pada waktu ini kerana kebanyakan crowd masih berada di bawah untuk mengambil udara dingin selepas berpanas dan berpeluh tadi dan jarak waktu persembahan antara  Lust dan Fauxe kira-kira dalam 10-15minit sahaja. Jam pada waktu tersebut sekitar jam 7 petang dan menghampiri senja. Walaupun dengan jumlah crowd yang tidak seramai tadi, namun Fauxe tetap memberikan yang terbaik dalam persembahannya di atas pentas. Lagu - lagu yang disampaikan oleh Fauxe agak menarik juga kerana diantaranya ada yang berentak HipHop dan RnB. Masih dalam kategori easy-listening. Penulis sempat menjenguk ke Soundcloud untuk mendengar lagu-lagu yang berkaitan dengan Fauxe dan ternyata banyak juga kolaborasi yang beliau telah buat dengan pemuzik yang lain. Bagi yang ingin mencuba untuk mendengarkan karya Fauxe, boleh dengarkan lagu Gaut di Soundcloud.
Pastel Lite menghangatkan lagi suasana bagi sesi malam pula. Grup Duo ini semakin menempah nama dalam industri tempatan kita lebih-lebih lagi mereka kini di bawah payung Yunaroom Records. Eff Hakim dan Mohd Faliq berseragam berwarna merah untuk persembahan mereka kali ini. Crowd sudah bersedia di hadapan pentas sebelum mereka memulakan persembahan. Mereka bermula sedikit lewat kerana sedikit kesilapan teknikal sewaktu setup instrument mereka. Suasana di dalam venue agak kelam dan hanya dibantu pencahayaan oleh lampu LED pentas yang menaikkan lagi mood sewaktu melayan lagu-lagu yang mereka bawakan. Pentas dibuka dengan lagu People. Lagu yang agak catchy sebagai pembuka persembahan mereka. Crowd kelihatan menari secara minimal dan ada yang turut sing-along. Penulis sempat menemubual Pastel Lite untuk bertanyakan rencana mereka selepas ini dan menurut mereka mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri nanti akan ada album baru yang akan dilancarkan buat peminat-peminat mereka dan turut diikuti dengan siri jelajah satu Malaysia dan mungkin juga luar negara. Kita doakan yang terbaik buat Pastel Lite dan semoga dapat mengubah landskap musim tempatan! Lagu penutup mereka buat malam itu adalah single yang baru sahaja mereka keluarkan muzik video rasmi di Youtube iaitu Masa Kita.
Persembahan pada malam itu diteruskan dengan 3 lagi performer iaitu Ichu, BAP.. dan Cahaya. Ketiga-tiganya memberikan persembahan yang unik mengikut genre yang dibawa. Pada persembahan oleh BAP. , sebuah kumpulan yang berasal dari Jakarta ini membuat kejutan dengan mengorbankan sebuah gitar elektrik di lagu terakhir yang mereka bawakan pada malam itu. Cahaya pula menutup tirai Sabdha siri yang pertama pada malam itu dibantu dengan cahaya LED yang telah pun mereka setup di sekeliling ruang gig sejak siang tadi. Ditambah dengan penggunaan fog machine yang menaikkan lagi mood pencahayaan. Crowd dilihat berpuas hati dengan semua persembahan yang diberikan oleh barisan performer pada hari itu. 
Kudos kepada barisan kurator Sabdha kerana telah menyediakan sebuah acara yang agak avant garde dan lain daripada kebiasaan gig. Di harap pasukan - pasukan yang turut berkerjasama pada hari ini turut berpuashati dengan segala perancangan yang telah disusun untuk menjayakan acara ini. Sayonara Tingkat Dua! Jumpa kalian di venue yang lain dan juga di Sabdha Series yang lain!
 Penulis: Junk Kim Un Editor : Kamil G.
0 notes
senigayungfatani · 6 years ago
Text
Shah Alam, Selangor – Syawal yang menjelma pada 1440H menjadi saksi kepada kejayaan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri 1440H yang dihadiri oleh ramai ahli, bekas ahli, peminat, penyokong serta pemimpin kerajaan yang memberikan sokongan moral di atas segala pencapaian Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM OFFICIAL) sejak diterajui oleh YM GM Aminuddin Anuar pada Mei 2013.
Walaupun tidak pernah diberikan sebarang jenis geran tahunan oleh mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta PSGFM OFFICIAL bergerak melalui sokongan dana dan infak para ahli yang ikhlas memberikan bantuan sama ada daripada segi kewangan, masa mahupun tenaga.
Jelas pencapaian-pencapaian yang dikecapi adalah hasil daripada niat murni setiap ahli yang memahami objektif dan amanah yang diberikan oleh guru-guru mahupun pejuang-pejuang negara sebelum ini khasnya amanat yang ditinggalkan oleh Almarhum Tuan Guru Anuar bin Abdul Wahab.
Berikut adalah ringkasan Majlis Rumah Terbuka PSGFM Official 2019 yang berlangsung semalam:
11.00 pagi – Para Ahli Majlis Tertinggi (MT) PSGFM Official tiba dan meninjau persiapan sementara menunggu kehadiran Guru Utama PSGFM Official. Tiga buah khemah ditempatkan di laman Teratak Pendekar bagi menampung para tetamu yang bakal hadir pada hari yang dinanti-nantikan ini.
Syukur kerana tiada tetamu yang membawa anak-anak terjun ke dalam kolam renang kerana ianya merupakan lokasi utama para pesilat menjalani latihan air (aqua silat) sebelum ke luar negara.
#gallery-0-85 { margin: auto; } #gallery-0-85 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-85 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-85 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Teratak Pendekar PSGFM Official
Laluan Utama ke Teratak Pendekar
Gembira Guru Utama
11.15 pagi – Kehadiran Guru Utama PSGFM Official disambut oleh TG GM Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan dibawa sekeliling melihat khemah kambing golek, nasi beriani, cendol dan rojak Shah Alam dan lain-lain lagi.
#gallery-0-86 { margin: auto; } #gallery-0-86 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-86 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-86 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Kambing Golek Menjadi Tumpuan
Nasi Beriani Signature Faris
Gerai Rojak & Cendol Shah Alam
11.30 pagi – Bacaan tahlil untuk Allahyarham TG Anuar Abdul Wahab dan guru-guru yang telah meninggalkan kita diikuti bacaan doa selamat.
Majlis berlangsung dengan tenang dan dipimpin oleh ahli MT PSGFM Official iaitu Ustaz Ahmad Farhan.
Beliau juga adalah bekas imam di sebuah Masjid di Shah Alam.
#gallery-0-87 { margin: auto; } #gallery-0-87 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-87 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-87 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
12.00 tengah hari – Ketibaan awal para tetamu. Mereka adalah ahli keluarga dan kenalan rapat Ahli MT PSGFM Official.
Ada juga yang membawa juadah bersama termasuklah kek lapis, kek bertingkat, spaghetti istimewa yang dibuat khas untuk majlis ini serta manisan dari Syria.
1.00 petang – Hampir 300 orang tetamu telah hadir ketika ini walaupun majlis sebenar bermula pada jam 2 petang. 
#gallery-0-88 { margin: auto; } #gallery-0-88 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-88 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-88 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Khemah kambing golek… tu dia…
Tiga khemah…
Kolam tu… jangan terjun
#gallery-0-89 { margin: auto; } #gallery-0-89 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-89 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-89 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Antara barisan MT yang ceria
Gembira hadir ke rumah terbuka PSGFM Official
Meriah
#gallery-0-90 { margin: auto; } #gallery-0-90 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-90 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-90 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Ceria
Wow
Hebat
#gallery-0-91 { margin: auto; } #gallery-0-91 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-91 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-91 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Jangan tunggu… tempat terhad
Dapat juga tempat duduk
Kambing golek pilihan saya
2.00 petang – Teratak Pendekar diserbu oleh hampir 500 orang tetamu yang terpaksa beratur panjang untuk memasuki kawasan ini. Kebanyakan dari mereka hadir dari utara dan selatan tanah air.
Ahli Majlis Tertinggi, PT Hazim yang merupakan Ketua Jurulatih Kecergasan PSGFM Official hadir pada jam 3 petang kerana terpaksa beratur panjang sebelum berjaya memasuki kawasan Rumah Terbuka Aidilfitri.
Beliau bergegas dari Putrajaya disebabkan urusan kerja di sebelah pagi.
#gallery-0-92 { margin: auto; } #gallery-0-92 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-92 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-92 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Bos daftar dulu
Penyambut VIP
Terbaik
#gallery-0-93 { margin: auto; } #gallery-0-93 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-93 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-93 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Daftar segera
Luar penuh, ke dalam teratak pula
Saya daftar dulu
#gallery-0-94 { margin: auto; } #gallery-0-94 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-94 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-94 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Pusingan ke berapa dah ni?
Berhati-hati.. kolam tu..
Mana nak duduk ni…
#gallery-0-95 { margin: auto; } #gallery-0-95 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-95 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-95 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
saya pilih ini TERBAIK
YES!
Masih ada lagi…
#gallery-0-96 { margin: auto; } #gallery-0-96 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-96 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-96 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Segera…
Master Safwan kenyang
Mantap
#gallery-0-97 { margin: auto; } #gallery-0-97 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-97 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-97 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Aduh bila nak sampai.. panjang beratur ni.
Syukur.. sampai juga.
Mana nak duduk ni?
#gallery-0-98 { margin: auto; } #gallery-0-98 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-98 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-98 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Happy
spaghetti on the way…
Puas hati
#gallery-0-99 { margin: auto; } #gallery-0-99 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-99 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-99 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Terima kasih PSGFM OFFICIAL
Pesilat Syria sampai juga.
Kenyang ooo
#gallery-0-100 { margin: auto; } #gallery-0-100 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-100 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-100 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Makan lagi
Bahagia
Tahniah PSGFM
3.00 petang – Kehadiran Exco Negeri Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, menambahkan lagi kemeriahan majlis rumah terbuka PSGFM Official.
Sekalung bunga kepada Datuk yang hadir pada majlis ini.
Beliau disambut oleh Guru Utama, Aminuddin Anuar dan para ahli MT PSGFM Official. Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan kerja, beliau masih memberikan tumpuan kepada majlis di Teratak Pendekar ini.
Datuk Abdul Rashid dihidang dengan hidangan istimewa beliau.
Pelbagai perkara dibincangkan selama 45 minit Datuk Abdul Rashid bersama Guru Utama, GM Mohamad Nizam dan para ahli MT. Cenderahati istimewa diberikan kepada beliau sebelum beliau berangkat ke Majlis bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Pandan.
#gallery-0-101 { margin: auto; } #gallery-0-101 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-101 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-101 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Kehadiran Exco Negeri Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari
Ceria MT PSGFM Official
Steady Tuan Guru & Datuk…
#gallery-0-102 { margin: auto; } #gallery-0-102 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-102 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-102 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Saya setuju Datuk
Jemput menjamu selera
Panas perbincangan
5.00 petang – Majlis selasai walaupun masih ada para tetamu yang hadir. Para tetamu masih dihidangkan dengan jamuan yang disediakan. 
PSGFM Official mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
#gallery-0-103 { margin: auto; } #gallery-0-103 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-103 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-103 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Masih ada lagi
Terima kasih bos
Team Legend
#gallery-0-104 { margin: auto; } #gallery-0-104 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-104 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-104 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Puas hati
Lain kali saya datang lagi 🙂
WOW
#gallery-0-105 { margin: auto; } #gallery-0-105 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 33%; } #gallery-0-105 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-105 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Jumpa lagi bos
Dr Nizam menerima buku terkini Dr Lee
Terima kasih hadir
Rumah Terbuka Aidilfitri PSGFM Official Berlangsung Meriah. Shah Alam, Selangor - Syawal yang menjelma pada 1440H menjadi saksi kepada kejayaan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri 1440H yang dihadiri oleh ramai ahli, bekas ahli, peminat, penyokong serta pemimpin kerajaan yang memberikan sokongan moral di atas…
0 notes
spabekamarrayyan · 6 years ago
Video
KEMERIAHAN SYAWAL DIRA’I BERSAMA . . Terima kasih kepada Team @spabekamarrayyan , pelanggan2, pihak media, ustaz & ustazah, artis2 serta semua tetamu yang hadir ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kami.Semoga ukhwah berterusan sampai bila2. InsyaAllah . Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami warga Spa Bekam Ar Rayyan seluruh Malaysia 🇲🇾 . . Thanks to: @serambikatering @thelivemy @aiskrim.malaysia_4is @walikambinggolekk @mantigercharkueyteow @cosmopolitan #raya #syawal1440h (at Spa Bekam Ar Rayyan) https://www.instagram.com/p/ByzHrPYHcn4/?igshid=eztt8c18kvp8
0 notes