Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
TREND BAJU RAYA SEDONDON DI ZOFFYA
Aidilfitri datang lagi.
Mesti yang sudah berkeluarga sibuk memilih pakaian yang sedondon untuk digayakan bersama di pagi Syawal nanti.
Tentu masing-masing kerenah untuk tampak cantik dan segak di pagi Hari Lebaran. Namun, mengapakah kita perlu memakai pakaian sedondon untuk raya?
Asalkan ada baju, itu sudah mencukupi, bukan? Nak cari baju sedondon pun macam susah, kita pakai baju ikut citarasa masing-masing sahaja lah.
Mari kita kongsikan kenapa perlu pakai baju raya sedondon di hari raya nanti.
Pakai Sedondon di Pagi Raya
1. Semangat kekeluargaan
Tak nampak semangatlah keluarga itu kalau tak berdondon. Kita datang beraya satu keluarga mesti nampak lebih meriah kalau semua pakai baju sedondon. Baju raya sedondon dapat menzahirkan rasa cinta kita kepada keluarga dan berasa lebih berbahagia di hari Raya.
2. Nampak cantik dan kemas
Memang sudah sikap manusia yang sukakan benda-benda yang cantik, kemas dan teratur. Oleh itu, jika satu keluarga berpakaian sedondon, mereka akan kelihatan sungguh sedap mata memandang. Malah kehadiran mereka boleh menceriakan majlis dan sanak-saudara.
3. Nampak Cantik Apabila Bergambar
Ini antara sebab ramai keluarga nak berdondon pada 1 Syawal. Dengan adanya media sosial, bergambar di pagi Raya merupakan aktiviti yang wajib dilakukan. Bayangkan bergambar dengan satu keluarga yang berpakaian sedondon seirama?
Tentu sungguh comel dan ‘sweet’. Sesudah bergambar, pakat-pakat kongsi gambar-gambar cantik di media sosial. Lagi-lagi sekarang trend TikTok, pasti semua sibuk ambil video untuk dikongsi bersama pengikut di TikTok.
4. Mencipta Kenangan
Dalam sesebuah kenduri rumah terbuka, keluarga yang berpakaian sedondon akan lebih senang dicam dan diingati. Secara tidak langsung, ia akan merapatkan lagi hubungan keluarga dan menjadikan satu kenangan manis.
5. Eratkan silaturrahim
Buat anak-anak yang sudah besar dan merantau ke negeri atau negara lain, Raya merupakan peluang untuk merapatkan kembali hubungan keluarga.
Walaupun ada yang tidak mampu pulang ke kampung, cukuplah sekadar berbaju yang sama supaya terasalah sedikit kasih sayang antara ahli keluarga.
6. Memeriahkan Hari Raya Aidilfitri Yang Istimewa
Telah menjadi satu tanggungjawab kepada umat Islam untuk memanjatkan rasa syukur dan gembira di hari yang mulia. Selain daripada solat sunat raya, bermaaf-maafan sesama saudara dan sahabat handai, kita boleh menghiaskan diri asalkan mengikuti syarak. Berpakaian sedondon sekeluarga boleh dijadikan satu cara kita memeriahkan Syawal dan menzahirkan rasa syukur.
Mesti kita fikir nak dapat baju sedondon ni mesti susah. Anda silap.
Anda boleh membeli baju raya sedondon untuk sekeluarga di https://www.zoffya.com/collections/semekar-aidilfitri . Terdapat pelbagai pilihan untuk anda dan keluarga.
Tapi sebelum tu dah fikir ke warna baju raya untuk tahun ini?
Warna Tema Baju Raya 2023
Pastinya ramai dalam kalangan kita menunggu dan masih memikirkan idea warna tema baju raya tahun 2023.
Bagi yang sudah berkeluarga, pastinya mencari baju sedondon. Manakala bagi yang berpasangan juga pastinya mencari warna baju yang bersesuaian untuk kedua-dua pasangan.
Kalau anda masih belum pilih warna baju untuk raya dan susah untuk buat pilihan, kami kongsikan tema warna baju raya yang dijangka akan menjadi trend pada tahun ini.
Jom pilih warna baju raya yang sesuai dengan tona warna anda dan pasangan. Warna-warna ini juga terdapat di dalam ZOFFYA LUXE : SEMEKAR AIDILFITRI koleksi rekaan yang terbaharu yang diperkenalkan oleh ZOFFYA untuk tahun 2023 yang pastinya sedondon satu keluarga ibu, anak perempuan dan ayah serta anak lelaki.
Pemilihan tema warna baju raya sangat penting kerana raya hanya disambut setahun sekali. Lebih istimewa bila disambut dengan keluarga dengan tema warna yang sama.
Selain baju kurung, baju Melayu dan kurta untuk lelaki juga mempunyai pelbagai jenis warna yang boleh dipadankan dengan tema warna baju raya golongan wanita.
Sage green
Warna sage green ini aadalah warna yang semakin popular dalam dunia fesyen ketika ini. Ia adalah salah satu warna yang muted dalam kategori warna hijau. Berdasarkan psikologi warna, Sage Green adalah warna yang memberikan perasaan ketenangan, keseimbangan dan keharmonian menjadikannya pilihan yang bagus untuk mewujudkan persekitaran yang santai dan mesra.
Jadi, tidak hairanlah warna ini menjadi pilihan ramai untuk hari raya nanti.
Lilac purple
Warna yang ramai cari untuk raya kali ini adalah warna Lilac Purple. Warna ini adalah warna yang lembut, pastel dan menyerlahkan lagi ciri-ciri feminin buat wanita yang memakainya. Dalam psikologi warna, lilac juga sering dikaitkan dengan kemewahan, kecanggihan dan menjadikan ia sebagai pilihan warna popular untuk fesyen yang mewah.
Hitam
Hitam itu menawan.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa warna hitam ini sentiasa menjadi pilihan ramai tidak kira situasi, acara ataupun perayaan. Yakin ramai yang minat warna hitam ini kerana mudah untuk dipadankan dengan pelbagai corak dan warna tudung.
Jadi, tidak hairanlah warna hitam ini selalu menjadi pilihan. Warna hitam juga sering dikaitakan dengan warna yang tegas dan berani. Malahan, ia juga menyerlahkan lagi sifat elegan bagi wanita yang memakainya.
Lavender
Selain warna lilac, warna lavender juga menjadi pilihan ramai untuk raya tahun ini. Warna lavender juga adalah salah satu warna yang cerah dan lembut sahaja apabila dipakai.
Pemilihan warna ini bergantung juga kepada personal preference. Ada orang suka warna purple yang cerah, ada juga yang suka warna gelap. Di samping itu, warna lavender juga sering dikaitkan dengan feminin, kelembutan dan ketenagan.
Anda juga boleh pilih digital lavender. Bersifat gender neutral dan sesuai digayakan oleh lelaki dan wanita. Boleh pilih untuk jadi warna tema seisi keluarga kerana warna ini juga telah dipilih sebagai warna utama tahun 2023.
Nude/champagne
Antara warna lain yang menjadi pilihan waktu raya nanti adalah warna Nude atau Champagne. Semestinya warna ini ada peminatnya yang tersendiri. Ia adalah warna yang sering dikaitkan dengan kesederhanaan ketenangan dan mudah didekati.
Warna nude berdasarkan warna kulit orang Caucasians iaitu gabungan antara warna coklat pucat dan putih. Warna ini membuatkan pemakainya kelihatan elegan, praktikal dan moden.
Warna ini sangat cantik kalau dijadikan tema warna baju raya kerana boleh dipadankan dengan pelbagai warna lain termasuk warna hitam dan coklat gelap.
Navy blue
Warna seterusnya adalah warna Navy Blue. Pastinya ramai yang sudah tahu bahawa warna navy blue ini adalah warna neutral. Oleh itu, ia sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada anda mempunyai tona kulit cool ataupun warm.
Warna ini adalah warna yang sentiasa ada dalam mana-mana sahaja koleksi pakaian dalam dunia fesyen.
Maroon
Warna maroon juga antara warna yang popular dan hot pada tahun ini. Banyak koleksi pakaian raya yang menjual warna ini. Terdapat pelbagai corak dan rekaan yang boleh digayakan dengan warna ini.
Bagi penggemar warna merah tetapi tidak ingin kelihatan menyerlah, boleh pilih warna maroon sebagai baju raya anda.
Kelabu
Kelabu juga antara warna yang menjadi pilihan pada raya nanti. Kelabu adalah warna yang neutral dan sesuai dipadankan dengan pelbagai warna. Terdapat banyak rekaan dan pilihan baju kurung dengan warna kelabu.
Warna kelabu ada yang pekat, gelap dan cerah. Tetapi untuk memilih kepekatan warna kelabu itu bergantung kepada kecenderungan masing-masing.
Baby blue
Selain warna navy blue, baby blue juga antara warna yang semakin popular sekarang ini. Golongan muda lebih suka memakai warna ini berbanding golongan berusia. Warna baby blue adalah warna pastel yang lembut yang memberikan kesan ketenangan.
Antara warna yang sesuai dipadankan dengan warna baby blue adalah Beige, Nude, Champagne, Navy Blue, Pigeon Post, Lavender dan lain-lain.
Light yellow
Walaupun tidak ramai yang mempunyai keyakinan memakai warna seperti ini tetapi warna ini juga antara warna yang banyak dicari raya nanti. Warna soft atau light yellow ini adalah warna yang lembut dan cerah. Ia juga adalah salah satu warna pastel yang ramai dicari oleh golongan muda.
Warna light/soft yellow ini membawa mesej seperti keceriaan, kebahagiaan, bertenaga dan menenangkan.
Dah tahu warna apa yang hendak dipilih? Jom kita terjah koleksi ZOFFYA LUXE : SEMEKAR AIDILFITRI. Sebuah koleksi yang memberikan keselesaan buat semua di hari raya nanti.
KOLEKSI ZOFFYA LUXE : SEMEKAR AIDILFITRI SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA
Koleksi ZOFFYA LUXE : SEMEKAR AIDILFITRI bagi tahun 2023 merupakan koleksi rekaan yang terbaharu yang pastinya sedondon satu keluarga ibu, anak perempuan dan ayah serta anak lelaki.
Sudah tentunya tak meriah Aidilfitri jika kita tidak mengenakan baju raya sedondon bersama keluarga tercinta. Setiap keluarga pasti ada tema warna baju raya yang tersendiri.
Oleh itu, para isteri haruslah memakai baju yang sedondon dengan si suami.
Bagi yang inginkan kurung moden dengan silky french lace di bahagian atas baju sehingga tangan dan bahagian atas skirt, PEONY Pleated Plain pastinya memjadi pilihan. Jika si isteri menggayakan PEONY Pleated Plain, suami mesti segak bergaya dengan Baju Melayu ARJUNA
Baju Melayu ARJUNA diperbuat dari material Santana cotton blend yang mempunyai rekaan moden tanpa pesak juga mempunyai koleksi untuk kanak-kanak lelaki.
ZOFFYA memartabatkan baju-baju Melayu dan mengekalkan identiti orang Melayu dengan menawarkan rekaan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Untuk ibu yang sedang mengandung, baju PEONY adalah sangat selesa untuk digayakan sewaktu raya.
Satu lagi koleksi baju kurung moden ialah CATTLEYA Pleat printed. Kurung moden diperbuat daripada fabrik fiore poly printed khas dengan godet net yang tampak mewah.
Terdapat perincian lace yang menarik di bahagian dada dan hujung tangan serta boxpleat di bahagian lengan rekaan CATTLEYA ini.
Rekaan baju kurung CATTLEYA dalam koleksi ZOFFYA LUXE: SEMEKAR AIDILFITRI nampak lebih elegan dengan hiasan lace.
Bagi suami pula jika tidak mahu berbaju Melayu, boleh sarungkan kurta di pagi Syawal. Terdapat pelbagai jenis kurta koleksi ZOFFYA LUXE: SEMEKAR AIDILFITRI yang sesuai untuk jejaka yang mementingkan keselesaan.
Antaranya ialah Kurta MALEEK. Diperbuat daripada Printed Poly (10% Stretchable), kurta ini merupakan kurta potongan biasa yang sesuai digayakan dengan koleksi CATTLEYA. Kurta Maleek bercorak petak-petak kecil.
Kolar teluk belanga (kolar leher bulat) dengan perincian jahitan atas dan pembukaan butang hadapan tunggal (butang ukiran tersuai Zoffya). Mempunyai Poket sisi tersembunyi (kedua-dua belah) dan reka bentuk lengkung garis bawah.
Bagi wanita yang inginkan kelainan dan penuh bergaya di hari raya nanti, boleh pilih MIMOSA, koleksi reka bentuk jenis kaftan kurung.
Diperbuat daripada kain jacquard satin yang mempunyai leher V dengan stand collar serta lace di bahagian tangan. Reka bentuk ini memiliki maksud tersendiri iaitu halus, mulus dan sopan.
Dapat lihat reka bentuk Mimosa mempunyai kehormatan yang sesuai untuk digayakan oleh ibu dan juga anak. Bagi kaum bapa pula boleh pilih koleksi kurta Raden daripada material soft cotton linen.
Rekaan kurta dari ZOFFYA LUXE: SEMEKAR AIDILFITRI ini memang sedondon dengan baju untuk wanita.
Koleksi MIMOSA ini juga boleh dipadankan dengan Baju Melayu ARJUNA.
Selain itu, terdapat rekaan CALENDULA dengan material bloomcore printed 10% yang stretchable dengan gabungan gaya kimono style dan gabungan mermaid cut skirt.
CALENDULA Flare Printed Kurung Modern dengan Floral Embellishment ini dipenuhi dengan bunga-bunga yang mekar dan mewarnai hari raya anda sekeluarga dengan lebih ceria!
Jika isteri dan anak perempuan gayakan corak berbunga, suami dan anak lelaki boleh gayakan dengan baju Melayu ARJUNA ataupun kurta MUEEZ. Kurta tanpa corak ini diperbuat daripada pearl skin satin yang lembut.
Kurta potongan bias aini mempunyai leher cekak musang dan 3 panel badan hadapan dengan celah pembukaan butang hadapan.
Mempunyai poket sisi tersembunyi (kedua-dua belah) dan reka bentuk lengkung garis bawah.
Jika anda inginkan koleksi sedondon lengkap untuk sekeluarga namun dengan menggayakan kaftan, pastinya anda akan memilih koleksi AIMEE CAFTAN In Printed Korean Chiffon Crepe dan kurta MATEEN.
Kaftan AIMEE ini diperbuat daripada material Korean chiffon crepe. Kaftan ini kaftan longgar dan nursing friendly yang mempunyai zip di bahagian hadapan dan mesra wuduk.
Dipadankan dengan kurta MATEEN dari fabrik printed poly (10% stretchable) dan bercorak amat sesuai untuk bergaya di hari raya. Koleksi pakaian ini sesuai untuk aktiviti ziarah ke rumah sanak saudara dan sahabat handai.
Kenapa Perlu Memilih koleksi ZOFFYA LUXE: SEMEKAR AIDILFITRI
Koleksi ZOFFYA LUXE: SEMEKAR AIDILFITRI sebuah koleksi raya sedondon buat anda dan yang tersayang, sebagai lambang kekeluargaan dan cinta sejati.
Koleksi istimewa daripa ZOFFYA INI mengambil masa lebih 6 bulan untuk memastikan ianya sempurna.Dari penghasilan rekaan pula, pemilihan dilakukan dengan penuh teliti, bagi menghasilkan gabungan yang sempurna buat anda.
Selain baju kurung dan kaftan untuk wanita, baju Melayu dan kurta untuk lelaki juga mempunyai pelbagai jenis warna yang boleh dipadankan dengan tema warna baju raya golongan wanita.
Pastinya koleksi ZOFFYA LUXE: SEMEKAR AIDILFITRI merupakan one stop centre untuk anda memilih pakaian sekeluarga di hari raya nanti.
Jika anda berminat untuk memiliki koleksi ZOFFYA LUXE: SEMEKAR AIDILFITRI, anda boleh membuat pembelian secara online. Dapatkan potongan harga sebanyak RM 30 bagi setiap baju yang ditawarkan. Promosi adalah TERHAD.
Kualiti yang ditawarkan oleh Koleksi ZOFFYA LUXE: SEMEKAR AIDILFITRI sememangnya terjamin dan sentiasa menjadi pilihan ZOFFYALOVERS.
Visit www.zoffya.com for more info.
1 note
·
View note