3 Jam Sahaja belajar, dah boleh membaca semula walaupun anda Zero.
Don't wanna be here? Send us removal request.
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/612671b1f93a8ab962f4b3e3cf993dd3/3077ca905c9767a5-d5/s540x810/49334c6db00e113d8342982580d682ec81fd1398.jpg)
HARI INI DAN ESOK SANGAT BERBEZA..😊 Bagi mereka yang boleh merasakan perbezaan itu sangat bagus, kerana masa yanh paling jauh adalah masa yang sudah berlalu, kerana tak mungkin kita akan kembali kepada masa yang lepas. Setiap hari dalam kehidupan, jangan tunggu esok baru nak berubah, hari ni lah peluang terakhir yang kita ada, sebab esok belum pasti kita masih bernyawa. Buat yang terbaik hari ini, jika esok masih ada, itu adalah bonus yang Allah anugerahkan pada kita, bukan untuk di sia-siakan tapi, untuk kita ambil peluang lagi untuk membuat kebaikan.. Jadikan hari ini sebagai hari yang boleh kita maksimum kan kebaikan.😊 #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CFikxzpDx9U/?igshid=25qppvoc1lp9
4 notes
·
View notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/19a540f07e3273cb1621f1c3e9c06cdd/c22c9d6e57eb7907-d8/s540x810/5a027c018fe2a62d14ae9e5d62540119c3f0e465.jpg)
SOLAT MENENAGKAN HATI MANUSIA.. Ar-Ra’d [28]…Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.. Ta-Ha [14] .. dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ini sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati. Solah merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w. “Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang.” Ketika Rasulullah s.a.w. dilanda masalah, baginda menyuruh Bilal melakukan iqamah untuk didirikan solah. “ Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat (Riwayat Ahmad). Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”(Hadts riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi) Baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a.: Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadits) #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CFd_FazDlkJ/?igshid=1o2uta5gzdqqt
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/7280413c9767389a151bb4643511b488/165ec260a99c7697-64/s540x810/55964ba8fe953ef390f94a1cae77af0adb937b72.jpg)
PEROSAK AMAL ADALAH HATI💔💔💔 Ramai sangat yang mementingkan kesihatan jasad..Sehingga sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan jasad yang cantik, body yang sador, perkasa, slim melim dan pelbagai istilah lagi. Tapi, sedikit sangat yang memikirkan untuk mencantikkan seketul daging yang sedikit dalam diri tu.. Rasulullah SAW bersabda:- إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ. "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu." (Hadith riwayat Muslim, No. Hadith : 2564) Jadi, bukan tak boleh mencantikkan jasad, kerana Islam juga menuntut untuk umatnya menjaga kesihatan jasmani, tapi dalam masa yang sama kesihatan Rohani juga tidak boleh di abaikan. #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CEkw17FjYb-/?igshid=1q5p791pilcug
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/7c3e25f66cc4e3c217644ddc845c6ed1/bd11117d293c7143-bf/s540x810/a69f07e36ec7d460094bb05b0026880b66e604ae.jpg)
SELAMAT MENJAMBUT HARI KEMERDEKAAN..🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Erti kemerdekaan, bersangkutam dengan penghijrahaan..Apa ertinya merdeka, jika tiada penghijrahaan.. Allah SWT berfirman dalam Al Quran Surah An Nisa ayat 100 وَمَن يُهَاجِرْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يَجِدْ فِى ٱلْأَرْضِ مُرَٰغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِنۢ بَيْتِهِۦ مُهَاجِرًا إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ يُدْرِكْهُ ٱلْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jadi, sama-sama lah kita berhijrah. #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CEjtan5jyNz/?igshid=c9veacm3cjux
0 notes
Video
instagram
CARA TAJWID YANG BETUL..NI UNTUK MEREKA YANG SANGAT ZERO. Pengajian @ustazkotak menekankan kefahaman mengenal tanda bacaan tanpa perlu menghafal hukum-hukum. Sangat praktikal bagi mereka yang baru nak start membaca dan belajar Al Quran. Bagi mereka yang ZERO dalam sesi pertama kelas dan boleh mengenal, mengeja dan membaca..Tak perlu mengambil masa yang lama. Boleh hubungi 0133453560 untuk maklumat pengajian. #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CEdgbfMj4ol/?igshid=2b25zo3ca78k
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/b49c871445151d597fa47456fa67933b/32febb4cea79567f-9c/s540x810/74a1d0da73726a3e0c2fc03cbd8d2eb055b0e915.jpg)
Ibu saya @ustazkotak Telah kembali bertemu pencipta pada 25/8/2020 masa 7.15 am. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Allahumagfirlaha warhamha wa ‘Aafiha wagfu ‘anha Semoga ibuku berbahagia di sana, dilingkung rahmat dan redha Allah, aku telah kehilangan seorang insan yang bernama ibu, yang telah mengenalkan aku dengan dunia ini... Terima kasih kepada semua sahabat, kakak, abang dan adik-adik yang telah mendoakan.. jenazah dah selamat dikebumikan.. alhamdulillah.. semuanya dah dipermudahkan Allah.. #ustazkotak (at Baling) https://www.instagram.com/p/CEVekS6jMYZ/?igshid=f9kw4pou86rb
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/f912693566500887e1b08210a52ef15b/7c35069e7ee0887b-e8/s540x810/c2e2de6c323d1e90818ed5d2345990b53996f322.jpg)
Mohon semua untuk doakan kepada ibu saya @ustazkotak Sedang di rawat di Hospital Kulim, cedera di kepala.. Suspek pendarahan. Ibu dan famli kakak di timpa kemalangan di jalan Jeli-Gerik pada hari Jumaat.. Hari ini ibu di kejarkan ke Hospital Kulim, asbab, muka dan kepala ibu bengkak.. Ya Allah, semoga Engkau lindungi ibu ku..😥😥😥 Aamiin.. #ustazkotak (at Hospital Kulim Kedah) https://www.instagram.com/p/CERPNSrj_QY/?igshid=b3ikczp9uaf2
0 notes
Video
instagram
HIJRAH PERLU BERUBAH..SALAM MAAL HIJRAH 1442H.😊😊 Program Tautan Ukhwah Maal Hijrah Bersama @ustazkotak Jemputan Istimewa @cikgusitihajar dan @unggu_biru #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CEKQjh0DKTy/?igshid=1ri9728r6stsq
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/b893e6355e0cd1efb9f14182afcf3783/f88e99a986d2ca39-38/s540x810/344b73e22a03afb8cca4d293e21c3ce1fc1b4be5.jpg)
TEGURAN KALI NI PEDIH SIKIT...😡😡😡 Sempena Maal Hijrah ni, nama pun berhijrah.. Perpindahan dari sesuatu kepada sesuatu.. Allah bagi korang cantik putih gebu, muka comey, body slim merlin, bukan untuk korang kufur pada Dia. Korang jangan le tayang muka korang, tubuh badan korang di alam maya ni sewenang-wenangnya hanya nak kan orang follow korang. Nak cakap lebih-lebih korang cakap busy body. Korang yang masih tak sedar lagi, tolong lah berhijrah, molek-molek sikit kat alam maya ni, malu mak bapa korang tu, kesian kat diorang sama. Sedar lah korang sedang berhijrah dari muda kepada tua, tanpa korang minta tapi ia tetap berlaku..😭 Jadi, aku harap ayat-ayat yang aku guna di atas berlapik tak pedih sangat kot..ok Jumpa aku di @ustazkotak #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CEEfTSFDHQ3/?igshid=6e9y8uxzffbt
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/21d235cf7980bc8064bcad1e82c02d75/f9de09671d85bd51-45/s540x810/d21a09311edc5c9442f9af41979b66986ae88930.jpg)
MANUSIA NI DEGIL????😥 Bencana melanda dunia hari ini adalah kesan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (Surah ash-Shura, ayat 30) Sikap terlalu pentingkan diri sendiri, itulah puncanya ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (41) “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum, ayat 41) #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CEDm4DEjbaX/?igshid=mkzpzn0ot679
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/6ec049faefdae53e9a343d1908a1d346/f901bf852d9ea614-c8/s540x810/04b893b198390207c0cd8b1b1de39c95b5a07eab.jpg)
AKU BANYAK DOSA YA ALLAH.😭😭😭😭 Bila selalu melazimi melakukan maksiat, sehingga maksiat merasa nikmat, itu tandanya hati sudah MATI.. Jadi amalkan doa untuk hati ini:- اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي ، وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي ، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي . Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku, kejahatan penglihatanku, kejahatan lidahku, kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku. Ya Allah, kami berlindung dari kejahatan maksiat yang menyebabkan kami akan di azab oleh mu.. Kami cuba dan terus cuba untuk mengelak dan meninggalkan segala maksiat yang kami lakukan.. Ya Allah bantulah kami untuk taat kepada Mu..aaminn. Sila share sebanyak-banyak kepada kenalan kita agar menjadi manfaat. #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CD3uDEbjiGu/?igshid=14lbp5ajmulqo
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/509690cdf46127a4344167967dd8d7bb/05562af93cabc59e-bd/s540x810/a8650f18ba69ff0c08c2f83120f5330895112f11.jpg)
SAPE ADA PERANGAI MARAH-MARAH MACAM NI???😤😤😤 Lately, aku suka marah-marah, kenapa???😢😢😢😢 Sedih aku dengar, buat apa pun serba tak kena, asyik nak marah je. Sikit-sikit melenting.. Ada tips tak nak hilangkan rasa marah ni?? Ok, aku share ye, follow tau Langkah yang pertama, Menahan Amarah Menahan amarah dan mengawalnya merupakan satu sikap yang amat terpuji dan dituntut. Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur’an, tatkala menyifatkan beberapa ciri orang yang bertaqwa: الذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Surah Ali ‘Imran (134) Cuba menahan marah dahulu..k In syaa Allah.. #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CD3XKnlj1uZ/?igshid=b9r8e4sseh0t
0 notes
Video
instagram
HEBAT APA, ANAK DAN HARTA MASA TU TAK ADA MANFAAT...😭😭😭😭 Perjalanan hidup di dunia ini sentiasa ada suka dan dukanya. Semalam, mungkin kita berada dalam keadaan gembira, namun hari ini kita dilanda kesedihan. Walau bagaimanapun, kesenangan dan kegembiraan dunia hanya bersifat sementara, malah penuh dengan tipu daya. يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ “(Iaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna” (QS. Asy Syu’ara’: 88). Persiapkanlah bekalan untuk perjalanan kita yang panjang dengan Amal Soleh.. #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CD0RAs7D3TC/?igshid=b3yyfyydyf99
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/0f140d9d53807ce4d8e5366a5431a411/0a1a6e939d42f4c7-71/s540x810/038a0f7747eb45d56edd7abd0c009e3be4dbc781.jpg)
AKU BUKAN BENCI KAU, TAPI BENCI AKU PADA DOSA YANG KAU BUAT..😭😭😭 Dosa tetap dosa, walaupun kecil, kita melakukan dosa bukan pada manusia tapi pada yang menciptakan kita iaitu Allah. Jangan meremehkan dosa yang kecil itu, seandainya tidak diampunkan oleh Allah, tempatnya di Neraka kelak. Tak nanti dosa yang besar. Aku cuma nak berpesan sahaja..Jika ada terasa hati aku mohon kemaafan..Ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.. Pesananan untuk kita semua. #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CDtDwpzjkHY/?igshid=2t15tpmxajn6
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/8f673a0c7ddd5adfc44eb606d7117bf2/95e68f20b97fea64-35/s540x810/1250e880f0bb6ae030039c5aee99a0693a5d71c3.jpg)
BOLEH KE MINTA PADA ALLAH BENDA YANG REMEH???🤔 Apabila bercakap mengenai doa, adakah kita boleh berdoa kepada-Nya dan meminta perkara kecil atau remeh-temeh kepada ALLAH SWT seperti diberi peluang makan di restoran yang bagus atau supaya lampu isyarat merah bertukar hijau dengan segera? Dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..." (Surah Ghafir, ayat 60) Ayat itu jelas menunjukkan, ALLAH SWT memberikan jaminan akan mengabulkan setiap permintaan hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada ALLAH SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus." (Jami' Tirmizi) Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadis itu menyatakan: "Seluruh khazanah kekayaan milik ALLAH dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh. "Sesungguhnya jika ALLAH SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya." Justeru, berdoalah kepada ALLAH SWT walau sekecil-kecil perkara atau perkara yang remeh. Ia bukan setakat dibolehkan, bahkan juga ia sebenarnya satu anjuran yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat baginda. Dengan berdoa walaupun hanya sekecil-kecil perkara, ia sebenarnya menunjukkan betapa tingginya pergantungan kita kepada-Nya. #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CDspcGMDIWM/?igshid=1izxna3vgwyp
0 notes
Video
instagram
PERCAYALAH, DARI TESTIMONI INILAH HIDAYAH AKAN SAMPAI PADA KORANG YANG TAK BOLEH BACA QURAN... Aku percaya, masih ramai lagi yang masih mencari kelas mengaji.. Semua masih lagi takut nak datang kelas, mungkin takut kena baca sorang-sorang kot.🤔 Jangan risau, Kita belajar dalam kelas yang sama level, tak perlu baca sorang-sorang..Kita belajar Al Quran dari A to Z dahulu..Dah ada ilmu baru citer lain. Yang penting, jika anda ZERO in Syaa Allah, boleh baca Al Quran selepas 2 3 sesi kelas.. Aku jamin..Ilmu milik Allah, jika betul niat, pasti Allah mudakan. Terus hubungi aku di 0133453560. wasap/call. Link wasap www.wasap.my/60133453560/nakkelasmingguan Ok....😍😍😍 #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CDsdmW6D_jx/?igshid=ddaosrye5on0
0 notes
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/f4599f277c34df52c7a96c30d0b8b230/2b20ca11528826ca-18/s540x810/e5564117d054ebb652b8255522d8be5a08abe32f.jpg)
YANG TUA, TAK SEDAR DIRI LAGI KE? YANG MUDA JANGAN INGAT TAK MATI😢 Sebentar sahaja lagi perjalanan hidup kita di atas muka bumi ni.. Dah nak sampai ke destinasi pun..Kenapa ada yang masih lagi bersifat langit? Orang yang setiap hari kerja bergelumang dengan najis dan dengan perkara-perkara yang kotor dan menjijikkan. Maka dia sudah lalai dengan kekotoran itu. Busuk najis itu tidak lagi mengganggu perasaannya. Begitulah orang yang bergelumang dengan maksiat dan dosa. Dia tidak terasa lagi membuat maksiat dan dosa. Bahkan merasa sedap dengan dosa. Siapa yang menasihatinya akan dianggap mengganggu ketenteraman dan hak asasinya. Sedarlah kita bahawa, dagangan kita dah nak habis. #ustazkotak (at Quran Center Ustaz Walid) https://www.instagram.com/p/CDmy9ORjcok/?igshid=1jkhegyikdctt
0 notes