tetamumisteri00
Tetamu Misteri
6 posts
Dream, Fantasy & Reality
Don't wanna be here? Send us removal request.
tetamumisteri00 · 5 years ago
Text
Antara Senja Atau Sahabat?
Kuala Lumpur, sebuah kota besar yang menyimpan harapan bagi mereka yang ingin menjadi bangsawan. Tapi tidak bagiku, Kota ini adalah tempat aku mencuba untuk lari dari masa lalu, lari dari senja yang pernah membuat aku percaya akan keindahannya di waktu petang dan tetap ingin berada disana sambil ditemani warna-warna jingga dan kemerah-merahannya. Senja yang aku maksudkan adalah sosok seorang perempuan yang bernama Lyia.
Namanya cukup manja sesuai dengan perilakunya yang membuatkan aku cukup untuk jatuh hati buat pertama kali dalam hidupku. Dia adalah sosok seorang perempuan yang mengajar aku tentang berbagai hal. Dia adalah sosok senja yang aku kenal di awal usia remajaku sebelum aku melangkah jauh dari masa laluku. Dia adalah wanita yang aku kagumi, dia berani seperti senja.
Dia datang kepadaku melalui bahasa-bahasa yang aku kurang fahami sehingga satu saat, aku melihat jauh ke dalam matanya dan aku temukan rasa sayang yang terpancar kemerah merahan yang membuatkan aku terdiam sejenak. Dialah senja, terbit dihadapan orang-orang lalu memperlihatkan keindahannya sehingga membuat orang-orang bahagia termasuk aku.
Tapi aku lupa, bukan aku seorang sahaja yang menikmati ketika senja datang bahkan puluhan dan ribuan orang juga sedang melihat. Pernahkah kau berfikir sambil duduk di tepi pantai ditemani suara ombak, dinginnya angin di waktu petang sambil menikmati senja lalu disebelah mu ada seorang sahabat yang juga mengagumi senja sepertimu.
Tumblr media
Bahkan di dalam hatinya, ingin sekali dia miliki senja itu, membawanya kemana-mana sahaja biar orang lain tidak mampu memilikinya. Tapi sayangnya senja itu adalah milikku. Selama hampir setahun, kami mengagumi senja yang sama, akhirnya dia memutuskan untuk mengambil senja itu daripadaku.
Sungguhpun aku cuba mempertahankan senja yang selama ini aku miliki, tapi kata Sahabat terlalu bernilai untuk aku.Mungkin betul apa yang dikatakan Sukap, orang-orang sudah boleh berfikir untuk menciptakan senja tiruan biar semua orang dapat menikmati senjanya masing-masing. Sejak peristiwa itu, 6 tahun lamanya aku bersemadi bersama perasaanku sehingga aku bertemu dengan sang pelangi.
0 notes
tetamumisteri00 · 5 years ago
Text
Ayah & Ibu
“Titipan Kata Untuk Ayah Ibu”
Ayah,
Ketika sayap-sayap mula patah,
dan tangan mula lelah,
dia datang dengan hembusan nafas yang indah,
Mengajarku erti berjuang dalam resah,
Ibu,
Tempatku berkeluh kesah,
Tempatku bersandar saat ku letih,
Insya-Allah,
Sebaik-baik tempatnya adalah Darul Muqamah,
Tiada yang lebih hebat,
Selain doa yang didengar para malaikat,
Aku sujud berbicara dengan bumi biar didengar para langit,
Menemani doaku untuk ayah dan ibu di malam yang pekat.
0 notes
tetamumisteri00 · 5 years ago
Text
Dia Yang Istimewa
Hari ini aku melangkah dengan tawa,
bersama dia yang ku gelar istimewa,
tawaku bermaksud keselesaan,
bukan pemusnah keyakinan,
aku ingin kau faham ruang selesaku,
ruang keyakinanku,
ruang yang aku cipta untukmu,
biar kau tidak ragu,
tentangku,
ku susun ayat demi ayat perlahan,
ditemani tawa,
untukmu merasa selesa,
biar kau punya keyakinan,
untuk satu keputusan,
aku tidak ingin seperti mereka,
yang menjanjikan itu dan ini,
yang akhirnya pergi mengundur diri
kerana tewas dengan janji sendiri,
kau adalah istimewa,
yang perlu difahami,
bukannya diberi janji,
tapi aku cuma mampu menawar diri,
yang siap untuk memahami,
tapi aku yakin itu cuma mimpi,
mimpi sang pujangga untuk memiliki sang bidadari,
dan aku perlu kau disisi,
Biar semua jadi realiti.
April 24, 2018
0 notes
tetamumisteri00 · 5 years ago
Text
Sahabat & Zaman Kegemilangan
Bertemankan rasa bosan dalam diri, ditemani lagu-lagu yang tidak pasti, aku ingin bercerita tentang zaman sekolahku, zaman yang paling aku rindukan sejak aku menyambung pelajaran di Universiti Malaya. Aku mula tinggal di asrama sejak aku di tingkatan 4 lagi. Keputusanku untuk tinggal di asrama tidak pernah aku sesali. Cikgu Rusmini, cikgu yang ketika itu menjadi salah satu warden di asramaku dan dia jugalah cikgu ekonomiku. Bukan aku sahaja yang mengaguminya, bahkan boleh dikatakakn setiap kelas yang dia ajar akan terpegun dengan keikhlasannya mengajar. Dia merupakan tokoh penting yang membantu aku masuk ke dalam asrama. Tanpanya aku mungkin tidak akan kenal apa itu erti kehidupan asrama. Selama aku tinggal di asrama itu, macam-macam yang aku lalui, termasuklah pergaduhan. Ya pergaduhan, cerita utama dalam cerita ini. Maksudku bukan untuk pamer kenakalan tapi sekadar mengimbau kenangan.
Hari itu, aku bersama-sama sahabatku Azlil, Saiful dan selebihnya aku tidak ingat. Bukan bermaksud lupa kawan tapi memang sifat manusia itu pelupa. Kami melihat ada satu karya yang dibuat oleh pelajar lain dalam perjalanan ke dewan makan. Kami bukan membenci mereka, tapi perasaan yang diwariskan kepada kami itu perlu dipikul memandangkan kami adalah pelajar tahun akhir dalam asrama itu. Memang sejak awal penubuhan sekolah itu, sudah ada dua kelompok yang berlainan mazhab dan pemikiran. Kebetulan kami dan pelajar tersebut adalah dua kumpulan yang berbeza aliran. Karya itu hanyalah karya yang biasa, sebuah tulisan yang diukir di simen seperti hikayat dahulu. Kumpulan pelajar tersebut merupakan pemain bola sepak dalam sekolahku dan salah satu daripada mereka adalah rakan sekelasku, Jazli namanya. Tidak tahu bagaimana benda kecil itulah yang membawa kami ke bilik muka pengadilan sekolahku.
Hari itu, aku tidak tau benda apa yang merasuk sahabatku sehingga dia membuat keputusan untuk merosakkan karya itu. Dia adalah Azlil yang diberi gelaran pakar sejarah di dalam kelasku. Sesuai dengan gelarannya, dia memang menjadikan hari itu hari yang paling bersejarah dalam hidup kami sepanjang berada di dalam asrama. Selesai kami supper, semua masing-masing ke bilik untuk membuat perasiapan untuk ke sekolah keesokan harinya. Aku ke kiri dan yang lain ke kanan memandangkan aku satu-satunya yang tinggal di blok lain. Kami semua mendapat berita yang pelajar-pelajar itu tidak berpuas hati dan ingin berjumpa dengan sahabatku tadi. Tengah sibuk dengan persiapan, tiba-tiba ada suara yang memanggil.
“Nur, Nur,” dengan nada yang tenang aku menjawab “ya, ada apa?”.
“dorang yang lain sedang berkumpul dalam bilik di blok sebelah, marilah”
“Ok-ok” dengan nada yang perlahan menunjukkan aku dalam kerisauan.
Dalam perjalanan aku ke blok sebelah, aku melihat pelajar-pelajar tersebut sedang berkumpul di satu sudut bersebelahan dengan bilik ketua warden. Hampir lebih 20 orang mereka dalam kumpulan itu. Aku punya firasat yang perkara buruk akan terjadi. Sampai sahaja aku di dalam bilik sahabatku, aku melihat semua bersedia untuk bertempur. Ada yang siap dengan rantai besi, ada yang siap dengan pemegang penyodok sampah dan dua tangan (paling rare) yang siap bertempur. Aku hanya mampu tersenyum. Ku sapa semuanya dengan senyuman tanpa ada persoalan, sebabnya aku juga sudah bersiap sedia dengan apa yang terjadi selanjutnya. Dengan wajah tenang, aku dan seorang sahabatku Shazwan bermain dam, tiba-tiba mereka datang, semuanya ada 4 orang dan selebihnya menunggu di luar. Suasana yang tenang semuanya bertukar menjadi tegang. Semua berdiri mendengar perbualan sahabatku Azlil dengan 4 orang pelajar ini.
Tidak lama satu ayunan pukulan singgah di muka Azlil. Tanpa membuang masa semua yang ada di dalam bilik itu membalas pukulan itu, tidak kira besar atau kecil, semuanya tidak mau ketinggalan. Disebabkan jumlah kami yang ramai iaitu hampir 15 orang dan kesemuanya muslim, mereka semakin berundur selangkah demi selangkah sehinggalah mereka melarikan diri. Aku dengan tangan kosong bersama dengan 2 orang sahabatku mengejar tapi mereka lebih bijak. Mereka melarikan diri dengan memasuki bilik yang berdekatan dan menguncinya sehinggalah pengawal asrama datang. Rakan-rakan mereka hanya mampu melihat upacara malam itu. Bagiku itu merupakan tanda kelegaan dalam hati, bayangkan sahaja jika mereka ikut campur, dari segi jumlah kami memang sudah tewas. Aku sudah tahu apa nasib yang akan menimpa kami keesokan harinya. Malam itu, kesemua kami tidur dalam bilik yang sama bukan sebab rasa risau ataupun takutkan mereka (epiccomeback), tapi ada mesyuarat postmortem yang perlu diselesaikan.
Dalam mesyuarat itu, isu yang sekaligus menghilangkan ketegangan malam itu ialah isu rantai besi. Semua mencari ke mana pergi rantai besi itu, kenapa tiada yang menggunakannya dalam upacara malam itu. Semua hanya mampu tersenyum dan ditemani gelak tawa. Malam itu juga, aku menelefon abangku dan menceritakan semuanya. Keesokannya dia datang bersama kawannya seorang dan menyapa salah satu daripada mereka di dewan makan. Dia berjumpa dan mengajaknya beradu tenaga atau kata Hipsternya “one by one”, tapi mereka hanya terdiam. Sehinggalah situasi disitu menjadi tegang. Aku meleraikan ketegangan itu dengan menyuruh abangku pulang kerana takut akan melibatkan pihak polis. Tapi  itu hanya awal cerita, kami menunggu mereka di luar pagar sekolah, tapi semuanya sia-sia. Kami tidak melihat kelibat mereka disitu.
Aku ditemani abangku dan rakan seperjuanganku. Mereka adalah sahabat satu sekolahku dan ada yang sekampung denganku, namanya Rizqi. Sahabat seperjuanganku dalam pergaduhan semalam semuanya berada dalam asrama yang siap dengan pelbagai informasi.  Aku kira, pelajar-pelajar tersebut tahu kehadiran kami di luar sekolah kerana secara tiba-tiba kawanku ditegur oleh cikgu disiplin yang datang tidak tahu dari sudut mana. Keesokan harinya, kami semua dipanggil dan di beri kata-kata motivasi yang diselitkan dengan aura kemarahan. Kami siap diugut oleh guru-guru disiplin, mereka ingin kes ini dibawa ke pihak polis, tapi itu hanyalah cerita dongeng yang direka untuk kami. Kesemua kami dalam bilik itu hampir 10 orang walaupun yang memukul lebih dari 15 orang. Kami tidak ingin yang lain terlibat dan biar kami sahaja yang maju kehadapan. Kami bukannya orang yang pamer kekuatan, tapi itulah kami, sentiasa dengan prinsip persahabatan, “saling bantu-membantu”.
Persoalannya kenapa kami sahaja yang dipanggil, keempat pelajar itu, yang maju ke tempat kami tanpa punya akal, bagaimana? Ketidakpuasan itu hanya tersimpan di dalam hati dan menunggu saat yang tepat untuk melepasknnya. Tapi kami tetap bersyukur sebab hari itu juga kami masih boleh menarik nafas yang lega dan hari itu juga kes kami ditutup dengan janji tidak akan mengulanginya lagi, tapi itu hanyalah lisan, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Perjuangan dalam kebencian berakhir bila semuanya tamat persekolahan di tingkatan lima. Sekarang semuanya masing-masing dengan haluan sendiri, ada yang sudah bertemu hidayah dengan menjadi Tabligh, ada yang menjadi penyelam bundle, ada yang memilih menjadi seorang perantau dan aku terdampar di sini, di kota Metropolitan, kota yang menyimpan harapan bagi mereka yang ingin menjadi bangsawan.
0 notes
tetamumisteri00 · 5 years ago
Text
Sketsa Para Manusia
Ambil secawan kopimu dan lihatlah sketsa para manusia. mereka hidup dengan berbagai-bagai ragam. gembira, sedih, marah, sakit hati, kecewa. semuanya kau akan rasakan dan rasanya akan lebih pahit dari kopimu meskipun sudah kau tabur gula penambah rasa. apa yang boleh kau lakukan hanyalah menikmati dengan diam di kerusi panggungmu. berteman atau tidak itu hal biasa, yang luar biasa apabila penonton di sampingmu juga pelakon dalam sketsa itu. apa yang menarik dalam sketsa itu, ramai para pelakon mencabar hukum alam di dunia nyata, cuba menjadi tuhan dengan menghakimi tanpa ada persoalan mengapa dan bagaimana. konsep tuhan diketepikan tanpa ada rasa malu dalam diri. ketika para penonton berjuang dalam hidup, mereka datang menambah resah. sekejam itu kah sketsa dunia? 
0 notes
tetamumisteri00 · 5 years ago
Text
Angan
Selepas melihat video pidi baiq mengenai bukunya Dilan, aku terpanggil untuk menulis semula. Kejap, aku yang terpanggil atau dia yang memanggil. Haha aah persetan dengan semua itu. Yang penting kan aku mau menulis. Selesai menjawab persoalan yang diajukan oleh pensyarahku, aku terus menulis. Ini adalah berkaitan dengan wanita yang hidup di kota raya besar. Kuala Lumpur namanya. Selama hampir 2 tahun aku hidup di kota ini, semakin banyak aku belajar tentang sosok seorang wanita. Hipotesis awalku adalah, wanita di kota raya ini adalah matre. Ya MATRE. Tau maksudnya. Tidak tau kan ada Google, makhluk kecil yang dianggap sebagai tuhan yang merasa dirinya selalu betul di zaman Milenial. Selama hampir dua tahun aku di kota ini, aku merasa hipotesis awalku itu sebetulnya memang betul. Buktinya sekarang aku tidak punya siapa-siapa. Aku yang memilih, atau perempuan yang memang tidak mau denganku, hurmmmmmmmmm.. Aku memang hidup di sini sekadar hidup yang biasa-biasa sahaja. Berjalan kaki ke kelas dengan kasutku yang tidak pernah ku ganti. Bukan bermaksud untuk pamer hidup dalam kesederhanaan tapi belajar untuk hidup dalam kesederhanaan. Aku sebetulnya memang menginginkan pasangan hidup seperti sahabat-sahabatku, tapi kadang pemikiranku itu menghentikan angan-anganku. Aku sedar aku tidak punya apa-apa, jadi kenapa harus punya pasangan. Diri sendiri sahaja susah mau diuruskan inikan pula mengurus anak orang. Lagipula mereka itu maunya lelaki yang punya segalanya. Motor kereta bahkan duit sahaja kau tidak ada.  Ya sudah, tidak mau itu mah urusanmu. Yang penting urusanku adalah mencintaimu apa adanya. Sehingga Pada akhirnya aku menulis puisi untuk si dia.
Melihatmu,
Ingin ku rungkai perasaan menjadi kata,
tapi takut kita punya rasa yang berbeza,
pada akhirnya aku memilih diam,
biar segala yang terpendam,
karam bersama malam.
Monday, April 16, 2018
Sekian, aku ingin menyiapkan tugasan lainku (Thesis), takutnya dimarah buat kedua kalinya oleh pensyarah yang sama. Doakan aku semoga berjaya.
1 note · View note