Tumgik
#wakafkatilhospital
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Photo
Tumblr media
Kadangkala saya sendirian berfikir untuk tinggalkan sahaja urusan NGO Peduli Sungai Besar kepada orang lain . Mungkin ada orang yang lebih berkaliber dan mampu menggerakkan persatuan ini lebih baik daripada saya. Tetapi apabila memikirkan NGO ini satu-satunya wadah untuk saya beramal setelah saya tinggalkan parti dan lain-lain NGO, saya tetapkan hati juga menggerakkannya. Tak kaya pun menggerakkan NGO ini. Bahkan kami banyak keluarkan wang poket kami sendiri untuk menggerakkan program-program disebabkan sumber bantuan kepada NGO kami tak banyak. Setakat ini kami lebih memfokuskan kepada penyerahan katil hospital wakaf kepada mereka yang memerlukan di sekitar Sabak Bernam , Sekinchan dan Tanjong Karang. Mungkin lepas ni kami akan mula fokus kepada penubuhan team banjir bagi menghadapi musim tengkujuh dan peralihan monsun yang sedang dan akan berlaku nanti. #cikguzhaf #sukarelawanngosb #GerilaKebajikan #wakafkatilhospital #kamiprihatin #sabakbernam #sekinchan #tanjongkarang https://www.instagram.com/p/ClMCo1tvXIjkM8wmml51xdQSHFy_bi72rIE-Qg0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
ahmadzhafrimdnoor · 2 years
Text
Pada hari ini gabungan NGO Sabak Bernam mengadakan ziarah dan serahan katil hospital wakaf kepada seorang warga emas wanita di Kampung Batu 38 Sabak Bernam. Kehadiran kami disambut mesra oleh salah seorang anak perempuan dan cucu kepada wanita warga emas tersebut yang bertindak menjaga wanita tersebut .
Nenek tersebut tidak mampu lagi menguruskan dirinya termasuklah mandi ,buang air atau makan minum. Warga emas itu kini berada dalam situasi lupa dan tidak lagi dapat bercakap dengan orang sekeliling. Nenek ini juga bergantung kepada pemakaian lampin dewasa dan susu dewasa sehari-hari. Alhamdulillah, nenek ini dijaga dengan baik oleh anak-anaknya yang secara bergiliran yang datang menjaganya di rumahnya.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada pewakaf katil hospital ini yang tinggal di Sungai Lias yang sudi mewakafkan katil hospital arwah ibunya untuk digunakan oleh nenek ini.Hanya Allah yang mampu membalas sumbangan yang diberikan . Semoga Allah s.w.t memberikan kesihatan yang baik kepada nenek ini dan diberikan kemudahan kepada ahli keluarganya untuk menguruskan kebajikan nenek tersebut.
#CikguZhaf #PeduliSungaiBesar #PERKOPP #KEKASIH #KEKASIHKU #NGOSabakBernam #SabakBernam #SungaiBesar #WakafKatilHospital
2 notes · View notes

1 note · View note