#wabak chikungunya
Explore tagged Tumblr posts
Text
Ketua Kesihatan Perlis: Mengimbas demam yang diperlukan di sempadan Malaysia-Thailand terhadap menakutkan Chikungunya | Malaysia
Ketua Kesihatan Perlis: Mengimbas demam yang diperlukan di sempadan Malaysia-Thailand terhadap menakutkan Chikungunya | Malaysia
Pemantau yang berkaitan dengan pengimbas suhu badan menunjukkan penumpang penerbangan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok 21 Jun 2015. Rakyat Malaysia dikehendaki melalui pengimbas suhu badan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar ketika kembali dari lawatan ke Thailand atas penyakit Chikugunya yang dilaporkan. – Gambar Reuters
PADANG BESAR,…
View On WordPress
#mesin pengimbas x-ray#Nasional#padang besar adat imigresen dan kompleks kuarantin#pengimbas x-ray#penyakit chikungunya#sempadan malaysia-thailand#wabak chikungunya
0 notes
Text
Kes denggi di Kedah meningkat 77.8 peratus
Kes denggi di Kedah meningkat 77.8 peratus
ALOR SETAR, 11 Syawal 1438H, Rabu – Kedah mencatatkan peningkatan 77.8 peratus kes demam denggi atau 871 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 1 Julai, berbanding 381 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, terdapat tiga kes kematian akibat denggi, berbanding satu kes bagi tempoh yang sama tahun lepas yang membabitkan dua kes di daerah Kulim dan satu di Kuala Muda.
Katanya, enam daerah didapati menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu Kulim (229 kes berbanding 75 kes), Kuala Muda (298 berbanding 148), Kubang Pasu (58 berbanding 21), Sik (55 berbanding 11), Padang Terap (27 berbanding 11) dan Bandar Bharu (14 berbanding 11) kes tahun lalu.
“Lima daerah yang menunjukkan penurunan kes ialah Yan dengan enam kes berbanding sembilan kes, Baling dengan 94 kes berbanding 105 kes, Langkawi 22 kes berbanding 30 kes, Pendang 16 kes berbanding 17 kes dan Kota Setar 52 kes iaitu bilangan kes yang sama pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.
Dr Norhizan berkata, ketika ini terdapat tiga lokaliti wabak denggi yang masih aktif iaitu di Kampung Padang Dudap, Kubang Pasu dengan dua kes, Taman Lobak dan Taman Makmur, Kulim dengan sembilan kes.
Sementara itu, Dr Norhizan berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 181 kes melibatkan penyakit Chikungunya yang melibatkan enam daerah telah dicatatkan iaitu di Kuala Muda (103 kes), Baling (72 kes), Pendang (dua kes) , Kulim dua kes, Kubang Pasu dan Sik masing-masing satu kes.
Beliau berkata, dalam tempoh itu, pihaknya melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes di 288,670 premis dan mendapati terdapat 5,693 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.
“Kami mengeluarkan 3,175 kompaun berjumlah RM1,587,500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 504 notis bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes,” katanya.
Katanya, pihaknya juga melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 318,062 premis di seluruh Kedah dan 57,758 premis diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik.
Beliau percaya musim perayaan yang berlalu menyebabkan berlaku pertambahan penggunaan bekas-bekas makanan dan minuman semasa hari terbuka yang dikhuatiri bakal menjurus kepada penambahan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Sehubungan itu, Dr Norhizan meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu sentiasa memastikan kutipan sampah dilakukan di kawasan berkenaan bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes termasuklah pemimpin setempat menganjurkan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah masing-masing.
“Mereka juga perlu memastikan urusan pelupusan sampah berjalan lancar bagi mengelak longgokan sampah dan memastikan longkang, saliran, taman-taman permainan serta riadah diselenggara dengan baik agar tiada takungan air berlaku,” katanya. – Bernama
The post Kes denggi di Kedah meningkat 77.8 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kes denggi di Kedah meningkat 77.8 peratus via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/07/kes-denggi-di-kedah-meningkat-778.html
0 notes