#tipskekalcantik
Explore tagged Tumblr posts
Photo
![Tumblr media](https://64.media.tumblr.com/22222cd717cbf2328a5dbfac59cf7af7/tumblr_p0n7f1zvbP1wcpp0vo1_540.jpg)
7) Luang masa di pusat rawatan kecantikan. Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda! 8) Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari. Admin kelaskan minum air putih sebagai petua moden kerana admin percaya petua ini tidak makan dek zaman. Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tips menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan 'kerja' usus kita. 9) Ambil supplement untuk pemberi tenaga. Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih lebih lagi dalam menyediakan persiapan hari bahagia, pastinya anda memerlukan tenaga tambahan. Kerana pastinya hari anda penat, jadi dengan pengambilan supplement di samping memberikan tenaga, turut menyumbang menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan supplement yang bersesuaian di farmasi berdekatan! Petua-petua ini admin peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang admin lakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian! #tipsperkahwinan #tipsawetmuda #tipskekalcantik #naikseriwajah #seripengantin
0 notes