#tawaran bayaran balik separuh
Explore tagged Tumblr posts
diarymamacom · 5 years ago
Text
Tawaran Bayaran Balik Separuh Di Lulu Hypermarket Menjimatkan
Bershopping memang pekara yang sungguh menggembirakan terutama bila ada promosi yang memberi penjimatan berganda. Dalam zaman ekonomi yang tak berapa stabil ni, saya pasti ramai yang akan mencari tempat-tempat membeli belah yang mampu memberi penjimatan yang berbaloi serta menawarkan produk yang berkualiti.
Lulu merupakan destinasi yang sering saya kunjungi lebih-lebih lagi bila pusat beli belah ini sering mengadakan promosi hebat. Terbaharu, Promosi Tawaran Bayaran Balik Separuh kini bermula dari sekarang hingga 25hb Ogos 2019 untuk produk fesyen, beg tangan, kasut, kain saree dan churidar, telah di adakan di Lulu KL dan Lulu Shamelin.
Dengan setiap pembelian berharga RM100 dalam satu resit, korang akan mendapat baucar sebanyak RM50. Haaa…siapa yang tak nak kan, bukan sikit-sikit tau..separuh dari harga yang korang beli. Dengan baucar yang korang dapat tu, korang boleh beli barangan lain lagi kat Lulu, serius memang menarik sangat!
Promosi Tawaran Bayaran Balik Separuh Lulu Hypermarket
Saya sudah beberapa kali ke Lulu Hypermarket Kuala Lumpur dan Lulu Shamelin jadi dah mahir sangat bahagian mana yang harus saya terjah terlebih dahulu. Kebetulan saya pergi ke Lulu Hypermarket Kuala Lumpur baru-baru ini dua hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Haji, so saya ambil peluang untuk membeli belah keperluan hari raya di sana sebab saya dapat tahu ada tawaran bayaran balik separuh.
Sebabkan nak raya, maka saya ke bahagian fesyen terlebih dahulu. Melangkah sahaja kaki ke bahagian fesyen di tingkat satu buatkan saya teruja sangat, haruslah teruja sebab tempat ni memang menjadi kegemaran saya, maklum orang perempuan ni memang suka berfesyen, pantang tengok baju, kasut, beg tangan yang cantik-cantik. Tengok ni nak, tengok tu nak..hehehe. Nasib baik lah ada promosi..fuhhh!!
Bahagian Saree dan Churidar
Ok jom kita mulakan di bahagian Saree terlebih dahulu, dah memang saya ni peminat hindustan kan, so bahagian saree harus di terjah dahulu, yang istimewanya, terdapat satu bahagian yang menjual koleksi kain Sarees dan Churidar yang diimpot khas dari India.
Kualiti fabrik, corak dan warna memang sangat menarik. Naik juling mata tengok..hahaha. (jualan Sarees dan Churidar ni hanya terdapat di Lulu KL sahaja ya!).
#gallery-0-17 { margin: auto; } #gallery-0-17 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 50%; } #gallery-0-17 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-17 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Apa yang menarik, jika kita tak pandai pakai saree, terdapat juga saree yang dah readymade. Senang untuk dipakai, dah tak payah pening pikir macam mana nak balut-balut dan selit-selit lagi dah, serius memudahkan sesiapa yang tak pandai ikat saree tapi nak pakai saree, beli aje yang readymade ni.
Korang tengoklah model berdua dibawah ni memakai saree yang telah siap (readymade), cangkuk aje dipinggang kemudian balut lebihan kain yang panjang tersebut..eshh susah pulak saya nak terangkan, korang kena pergi sendiri kat sana, nanti mereka akan tunjukkan cara nak pakai.
#gallery-0-18 { margin: auto; } #gallery-0-18 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 50%; } #gallery-0-18 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-18 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Kain-kain saree untuk dijadikan baju kurung pun banyak pilihan. Harga pulak memang sangat berpatutan. Dahlah tu, ada pulak tawaran bayaran balik separuh, jimat berbaloi-baloi.
Aksesori
Selalu kalau nak lebih nampak cantik bila pakai saree, kenalah ada aksesori dia kan? Tak payah nak cari kedai aksesori sebab disini pun ada jual aksesori yang menarik dan banyak pilihan. Korang hanya perlu pandai padankan sari yang dipilih dengan aksesori yang ada dijual disana.
#gallery-0-19 { margin: auto; } #gallery-0-19 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 50%; } #gallery-0-19 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-19 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Kasut Dan Beg Tangan
Nak padankan dengan beg tangan wanita serta kasut pun ada. Pilih aje mana yang berkenan yang boleh dipadankan dengan pakaian harian, ke event ataupun ke majlis perayaan.
Pakaian Casual/Formal
Terdapat juga bahagian pakaian casual dan up-to-date untuk lelaki, perempuan serta kanak-kanak dengan pelbagai jenama. Boleh mix-match ikut kehendak korang sebab banyak pilihan fesyen terkini dari bahagian atas hingga ke bawah.
Nak membuat pilihan pun mudah sebab ruang yang cukup luas dan teratur, memudahkan korang mencari barang dan tidak membataskan pergerakkan, selesa dan tidak merimaskan.
#gallery-0-20 { margin: auto; } #gallery-0-20 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 50%; } #gallery-0-20 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-20 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Fesyen/Barangan Kanak-kanak
Bagi yang mempunyai anak kecil, terdapat juga koleksi baju kanak-kanak dengan pelbagai fesyen dan jenama. Siapa yang mempunyai anak tu bolehlah survey-survey baju untuk anak-anak. Kebanyakkan yang saya lihat cantik-cantik dan menarik. Rugi pulak saya tak ada anak kecik..hehehe.
Barang-barang keperluan kanak-kanak pun ada, macam saya cakap, memang mudah berbelanja di Lulu sebab semuanya tersedia di bawah satu bumbung.
Best sangat membeli belah di Lulu Hypermarket ni, kalau nak cari pakaian, kasut, beg tangan dan atau apa sahaja untuk ke majlis keraian atau ke pejabat, atau sekadar beriadah di hari minggu inilah masa terbaik membeli belah di Lulu hypermarket, kerana fesyen fesyen yang di jual adalah mengikut fesyen dan citarasa masakini selain harganya yang cukup berbaloi untuk di bayar.
Pembelian lebih menjimatkan jika korang datang semasa promosi bayaran balik separuh harga ni. Jadi rebutlah peluang yang ada dengan berbelanja di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur dan Lulu Hypermarket Shamelin. Tak rugi berbelanja semasa tawaran penjimatan seperti ini diadakan. Jadilah pembeli yang bijak demi membantu ekonomi keluarga.
Penuhi keinginan beli-belah anda dengan tawaran promosi eksklusif Bayaran Balik Separuh di LuLuKL & LuLuShamelin.
Info lanjut boleh layari :
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM
  Promosi Tawaran Bayaran Balik Separuh Di Lulu Hypermarket Memang Jimat Gila Bershopping memang pekara yang sungguh menggembirakan terutama bila ada promosi yang memberi penjimatan berganda. Dalam zaman ekonomi yang tak berapa stabil ni, saya pasti ramai yang akan mencari tempat-tempat membeli belah yang mampu memberi penjimatan yang berbaloi serta menawarkan produk yang berkualiti.
0 notes
hokalohnews · 6 years ago
Text
Hokaloh News Updated: Perbezaan Pekerja Asing dan Pekerja Tempatan - Berita Terkini
https://hokaloh.news/bisnes/perbezaan-pekerja-asing-dan-pekerja-tempatan-berita-terkini/
  Pepatah Melayu mengatakan “Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri” mungkin tidak sesuai untuk menggambarkan keadaan pekerja asing di Malaysia. Sebaliknya, bagi pendatang asing ini mungkin mereka berfikiran, “Jika negara orang memberi emas, maka lebih baik melombong emas dari terus menerima hujan batu”.
Sukar untuk menggambarkan kebanjiran pekerja asing di negara kita.  Tentunya lebih sukar lagi untuk mengelakkan kehadiran mereka ke sini.  Di sektor perladangan dan pembinaan, kehadiran pekerja asing adalah diperlukan akibat ketandusan pekerja tempatan. Penduduk tempatan kebiasaannya memilih kerjaya mereka, sangat kurang yang mahu bekerja di ladang dan sektor pembinaan.  Pekerja tempatan hanya mahukan kerja yang menawarkan pendapatan yang lumayan, selesa dan tidak berbahaya. Ada antara pekerja tempatan yang lebih suka bekerja di sektor perkilangan jika dibandingkan dengan di sektor perladangan atau pembinaan.  Kedatangan pekerja asing ini, yang majoritinya datang dari negara Indonesia, Myanmar, Afrika, Bangladesh dan Pakistan, diakui mempunyai kebaikan dan juga keburukan kepada negara kita.
Jika dilihat daripada statistik yang diambil sehingga akhir bulan Ogos 2011 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia adalah sekitar 27,728,700 orang, meliputi kaum Bumiputera 61.8 peratus, Cina 22.9 peratus, India dan lain-lain 8.1 peratus. Penduduk bukan warganegara pula berjumlah 7.1 peratus.
Daripada sejumlah 10,889,500 tenaga buruh di Malaysia pula, statistik menunjukkan yang 57.3 peratus daripada jumlah tenaga buruh di Malaysia terdiri daripada Bumiputera; kaum Cina pula 24.8 peratus sementara India dan lain-lain sebanyak 8.2 peratus. Tenaga buruh dalam kalangan bukan warganegara pula berjumlah 9.7 peratus. Angka yang diberi mengejutkan kita, menunjukkan peratus tenaga buruh bukan warganegara yang terdapat di negara kita sebenarnya lebih tinggi daripada jumlah kaum India dan lain-lain di negara ini!
Terdapat beberapa perbezaan apabila memperkatakan tentang pengambilan pekerja tempatan daripada pekerja asing, juga sebaliknya.  Di bawah ini, diterangkan antara beberapa perbezaan yang ketara.
  Motivasi
Produktiviti dan motivasi bagi seseorang individu saling berhubung kait antara satu sama lain.  Mereka yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi, maka akan menjadi semakin tinggi produktiviti nya.  Begitu pula sebaliknya.
Syurga Dunia.  Ya, negara ini umpama syurga dunia bagi rakyat asing untuk mencari rezeki terutamanya mereka yang datang dari negara yang ekonominya berada pada tahap yang rendah seperti Indonesia, Nepal, Myanmar dan Vietnam.  Punca utama mendorong mereka untuk sanggup meredah lautan dan daratan untuk datang ke negara ini adalah kerana ekonomi negara kita yang jauh maju berbanding dengan ekonomi di negara mereka sendiri.  Mereka miskin, mempunyai kehidupan yang susah apabila tinggal di negara asal, namun apabila datang ke sini, mereka akan mendapat kerja dan dapat pula menghantar pulang wang kepada ahli keluarga yang masih tinggal di negara asal.  Ini motivasi bagi diri mereka.  Mendapat pendapatan lumayan di Malaysia merupakan satu tarikan, rangsangan dan dorongan kepada mereka sehingga ada yang sanggup melanggar undang-undang dan masuk ke negara ini dengan menggunakan pelbagai cara yang tidak sah seperti menggunakan laluan masuk yang tidak sah, menggunakan pas lawatan sementara, menipu pas pengajian,  ataupun berkahwin dengan warganegara Malaysia sendiri. Dari segi kerja pula, sudah tentu mereka akan bekerja bersungguh-sungguh demi mencari sesuap nasi dan mengenangkan ahli keluarga yang ditinggalkan di kampung halaman.
Walau bagaimanapun berbeza dengan penduduk tempatan.  Ada yang gemar memilih pekerjaan, dan mahukan kerja yang senang sahaja.  Ada juga yang malas untuk membuat kerja tapi mahukan gaji yang tinggi.  Kebanyakan yang masih di bawah tanggungan ibu bapa pula, bekerja ala kadar sahaja kerana mengetahui jika tidak bekerja pun, ibu bapa masih mampu memberi wang kepada mereka.  Ada juga pihak pengurusan yang terpaksa mengeluarkan modal yang lebih untuk mengadakan kursus-kursus motivasi bagi menaikkan semangat pekerja mereka apabila melihat produktiviti syarikat adalah tidak seperti yang diharapkan.  Hal ini tentu dapat dielakkan sekiranya pekerja itu sendiri mempunyai minda dan sikap ingin bekerja keras untuk mencari rezeki yang halal.
  Kadar Upah Yang Lebih Rendah Berbanding Pekerja Tempatan
Kebanyakan majikan gemar mengambil pekerja asing disebabkan kadar upah mereka yang lebih rendah.  Pekerja asing ini ada antara mereka yang tidak kisah jika diberi gaji yang rendah, semata-mata untuk mengelakkan saingan.  Ada juga gaji yang ditentukan oleh agen mereka sendiri yang sudah tentunya tidak akan berkira dengan bayaran bulanan yang diterima oleh pekerja asing ini, yang penting komisen yang masuk ke dalam poket mereka jika majikan bersetuju mengambil pekerja asing ini.  Majoriti masyarakat Malaysia juga lebih memilih untuk mengambil pembantu rumah disebabkan gaji mereka yang murah jika dibandingkan dengan menghantar anak ke pusat jagaan harian, yang memerlukan bayaran dibuat mengikut bilangan anak!  Pembantu rumah ini juga bukan sekadar mengasuh anak, tetapi dapat juga meringankan beban kerja-kerja di rumah.
Berbanding dengan pekerja tempatan, ada yang akan menolak kerja yang ditawarkan jika gaji tidak setimpal dengan kelayakan mereka.  Bagi yang mempunyai kelulusan lebih tinggi, mereka ini lebih senang bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan lumayan dan persekitaran yang selesa, kononnya setimpal dengan usaha mereka belajar hingga berjaya.  Ada yang lebih rela menjadi penganggur daripada menerima tawaran kerja dengan gaji yang tak setimpal.  Bagi mereka yang tiada desakan hidup pula, ada yang tidak kisah untuk menganggur berbulan lamanya.
   Gejala Sosial dan Kadar Jenayah
“Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek”
Sikap yang jarang ada dalam diri pekerja asing.  Ada dalam kalangan pekerja asing ini yang membawa bersama budaya mereka yang sudah tentunya berbeza dengan budaya masyarakat tempatan.  Perbezaan budaya menyebabkan ada antara mereka yang tidak segan silu berpelukan antara lelaki dan perempuan di khalayak ramai, berpegang tangan apabila bersama kaum sejenis, mengenakan pakaian yang tidak bersesuaian seperti hanya bercelana pendek atau berkain sarung apabila berada di tempat awam.  Ramai juga dalam kalangan pekerja asing ini yang duduk bersama di rumah kongsi tanpa mengira jantina atau status diri.
Kebanjiran pekerja asing ini juga menggalakkan kes-kes jenayah seperti bunuh, pergaduhan, rompak, samun dan rogol.  Kes pembuangan bayi juga tidak mustahil turut disumbangkan oleh pekerja asing ini.
Begitu juga, terdapat kes-kes anak gadis yang dijanjikan janji-janji manis dan kemudiannya dilarikan oleh mereka yang datang dari Indonesia.  Pada awal tahun 2002, kerajaan pernah mengenakan tindakan agresif dengan membekukan seketika pengambilan pekerja asing dari Bangladesh kesan daripada laporan yang mengatakan mereka ini mengganggu isteri orang dan anak gadis di khalayak ramai tanpa rasa takut.
  Masalah Komunikasi
Di restoran-restoran besar, kedai mamak, rangkaian kopitiam atau hotel-hotel, kebanyakan majikan lebih menyukai khidmat pekerja asing atas faktor kadar upah yang murah.  Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak tahu berbahasa Malaysia, ataupun Bahasa Inggeris.  Maka akan terjadi lah masalah seperti lain yang dipesan, lain yang dapat ataupun apa yang dipesan langsung tidak dapat!  Apabila bercakap tentang industri yang banyak memerlukan komunikasi dengan pelanggan, perkara seperti ini tidak boleh dipandang remeh.  Mutu perkhidmatan akan terjejas, dan lebih teruk lagi jika pelanggan beralih ke tempat lain.
Masalah ini tentunya tidak akan terjadi jika kita menggaji pekerja tempatan.  Contohnya premis makanan segera yang kebanyakannya menggaji remaja dan warga tempatan demi mengelakkan masalah komunikasi.
  Pertukaran Teknologi dan Menaikkan Imej Negara
Kedatangan pekerja asing untuk bekerja di negara kita, tidak lah semua nya mendatangkan keburukan.  Ada juga kebaikannya apabila kita menggaji mereka ini.  Pekerja asing yang bekerja dalam kategori tenaga buruh mahir dan separuh mahir dengan institusi-institusi tempatan boleh berkongsi pengalaman dengan pekerja tempatan lantas membenarkan pekerja tempatan itu tadi mempelajari dan memperoleh pengetahuan dan selok belok teknologi baru.  Tenaga buruh mahir ini ada yang datang bekerja melalui program usaha sama yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu.  Begitu juga sebaliknya, apabila rakyat tempatan ditawarkan bekerja di luar negara, mereka berpeluang untuk mendapat pendedahan cara kerja masyarakat di sana dan membawa balik ilmu yang dipelajari untuk pembangunan negara.
Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu menaikkan imej negara.  Mereka ini akan mempromosikan negara kita kepada ahli keluarga dan kenalan, secara tidak langsung dapat membantu industri pelancong negara untuk terus berkembang.  Pelabur asing juga akan melihat kedatangan pekerja asing ini sebagai petunjuk bahawa ekonomi negara adalah berada pada tahap yang mantap dan berkembang.  Negara Malaysia akan dilihat sebagai contoh negara yang maju ekonominya dan aman makmur.  Dengan itu pelabur yang tertarik dengan imej yang diberikan, akan bersedia untuk membuat lebih banyak pelaburan di Malaysia.
  Kesimpulan
Benarkah kebanjiran pekerja asing ke negara kita mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan?  Benarkah rakyat kita yang memilih kerja?  Adakah terdapat alasan lain untuk majikan tidak mengambil pekerja asing? Mungkin kah majikan juga lebih cenderung kepada pekerja asing semata-mata kerana gaji mereka rendah, tidak perlu mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau mungkin mereka mempunyai alasan lain yang lebih kukuh?
Terdapat kebaikan dan keburukan menggaji pekerja asing ini.  Pekerja asing yang sah bukan sahaja dapat menyumbangkan sumber tenaga mereka demi untuk membangunkan dan mempercepatkan arus pertumbuhan negara. Pekerja asing ini juga dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor yang tidak diminati oleh pekerja tempatan.
Kerajaan harus lebih menggalakkan golongan belia untuk bekerja.  Sukatan pelajaran pada peringkat menengah atau selepas itu haruslah memenuhi keperluan industri.  Kerajaan juga wajar menawar kursus-kursus selepas tamat pengajian tinggi, bagi membolehkan mereka yang tidak mempunyai kemahiran, memahirkan diri mereka agar layak memenuhi keperluan sumber tenaga kerja.
Artikel ini cuma menceritakan sedikit perbezaan pendapat antara menggaji pekerja asing dan pekerja tempatan.  Tidak salah untuk menggaji pekerja asing, namun jika terdapat peluang maka majikan perlu mendahulukan pekerja tempatan.  Kebanjiran pekerja asing telah merampas pekerjaan yang sebelumnya dilakukan oleh pekerja tempatan.  Itu perkara yang amat kita takuti, apabila pekerja tempatan merempat di bumi sendiri!
Berminat nak mulakan bisnes sendiri?
[mailmunch-form id=”80119″] Lihat artikel menarik yang lain
قالب وردپرس
#Bisnes #Ahli #Anak #Awam #Bapa #Bunuh #Cina #Dunia #Gadis #Gaji #Ibu #Individu #Indonesia #Janji #Jumlah #Kadar #Kampung #Kaum #Keluarga #Kerajaan #Laporan #Lelaki #Luar #Malaysia #Masalah #Murah #Negara #Pas #Pekerja #Pelabur #Pelancong #Pulang #Rakyat #Rela #Restoran #Rumah #Samun #Status #UndangUndang #Utama #Vietnam #Wang #Warga #Warganegara
0 notes
diarymamacom · 6 years ago
Text
Anda pernah berkunjung atau dengar tentang Lulu hypermarket? Saya pasti kebanyakkan kaum wanita mesti dah tahu tentang Lulu Hypermarket ni kan? Maklumlah kaum wanita ni kalau bab-bab shopping ni memang laju dan sangat peka dengan apa yang di panggil ‘market’ ni. Tak kira la supermarket ke, mini market atau hypermarket jadi tak pelik kalau ramai wanita tahu kewujudan Lulu hypermarket.
Bagi yang masih tak tahu, saya kongsikan sedikit pengenalan tentang Lulu hypermarket. Ia merupakan rantaian pasar raya dan syarikat runcit yang sangat terkenal di seluruh dunia terutamanya di tanah Arab. Ia ditubuhkan pada tahun 2000 oleh MA Yusuff Ali yang berasal dari Kerala, India.
Cawangan pertama yang di buka di Malaysia terletak di Caps Square Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Jakel dan merupakan pusat membeli belah yang menjual pelbagai jenis barang keperluan harian seperti barangan dapur termasuk kering dan basah, fesyen untuk wanita dan lelaki, pelbagai barangan elektrik, gadjet dan banyak lagi dalam satu bangunan. Senang cakap, macam-macam ada!
Lulu Hypermarket Dengan Tawaran Bayaran Balik Separuh
Berita gembira buat anda semua,  sekarang ni Lulu hypermarket sedang melangsungkan promosi hebat sempena Hari wanita dengan menawarkan Pembelian Eklusif bayaran balik separuh harga hingga 24 March 2019.
Ini bermakna masih ada masa untuk anda merebut peluang keemasan ini dengan membeli belah di Lulu hypermarket KL. Memang rugi kalau tak rebut peluang ni, jimat sangat ni, apatah lagi time-time ekonomi yang tak berapa baik sekarang ni.
Dengan setiap pembelian RM100 anda akan dapat baucar membeli belah RM50 di bahagian fesyen yang terletak di tingkat satu dimana promosi di jalankan.
Memang berbaloi-baloi sangat tawaran yang mereka bagi. Dapat baucar boleh beli macam-macam lagi tanpa keluarkan duit lagi. Haaa…siapa yang tak nak kan?
Lulu Fashion Store
Melangkah kaki ke bahagian fesyen buatkan saya teruja sangat, tempat yang menjadi kegemaran saya, maklum orang perempuan ni memang suka berfesyen, pantang tengok baju, kasut, beg tangan yang cantik-cantik. Tengok ni nak, tengok tu nak..hehehe, nasib baik lah ada promosi ni, bolehlah rembat sepasang dua..(umm..sepasang dua je ke?) hehehe.. mana boleh sepasang dua, dah ada promosi bayaran separuh harga ni, haruslah beli berpasang-pasang, rugi lah beli sepasang dua.
Bahagian Beg Tangan
Bahagian beg tangan yang pelbagai
Bahagian Kasut
Bahagian kasut dari pelbagai jenama
Antara barangan yang terdapat di bahagian fesyen ni terdiri dari kasut, beg tangan wanita, kain sari dan churidar.
Kain Sari yang ada di sini pun cantik-cantik sangat. Raya nak dekat dah ni, boleh lah bershopping kain sari dan beli churidar untuk dijadikan baju raya nanti. Masa ni lah la kita kena pandai rebut peluang dengan membeli belah di Lulu hypermarket sementara promosi bayaran balik separuh masih berlangsung.
Selain fesyen wanita, di sini juga terdapat fesyen untuk lelaki, jadi cik abang sementara nak tunggu cik akak berbelanja di bahagian wanita..bolehlah cari baju di bahagian lelaki. Baju-baju lelaki di sini tidak kurang hebatnya dengan jenama yang terkenal serta kualiti kain dia juga cukup bagus.
Bahagian baju keperluan kanak-kanak pun ada, comel-comel aje baju diaorang. Kalau saya ada anak kecil memang dah lama dah saya borong..hahaha, geram pulak saya tengok baju-baju yang cute-cute tu.
#gallery-0-5 { margin: auto; } #gallery-0-5 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 50%; } #gallery-0-5 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-5 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Jadi, kalau nak cari pakaian, kasut, beg tangan dan atau apa sahaja untuk ke majlis keraian atau ke pejabat, atau sekadar beriadah di hari minggu inilah masa terbaik membeli belah di Lulu hypermarket, kerana fesyen fesyen yang di jual adalah mengikut fesyen dan citarasa masakini selain harganya yang cukup berbaloi untuk di bayar.
Bahagian Groceries
Pelbagai jenis beras
Bahagian rempah ratus
Bukan sahaja pakaian, kasut dan aksesori aje di jual di lulu hypermarket ni, terdapat juga barangan runcit/ barang dapur yang terletak di tingkat bawah sekali (Ground Floor). Jika ada perancangan nak masak atau nak tambah barang dapur/ bahan mentah untuk keperluan harian memasak boleh pergi ke bahagian groceries.
Saya ni kalau masuk bahagian Groceries memang lambatlah keluar dari situ, macam-macam nak tengok dan macam-macam pulak nak beli. Dah lah tu, ruangnya yang besar dan tersusun, senang untuk kita berjalan dan membuat pilihan. Kebersihan di sini memang terbaik. Bahan-bahan mentah yang dijual juga cukup segar.
Yang bagusnya di sini dan menarik perhatian saya, barangan dan makanan di sini semuanya HALAL. Saya perhatikan, tidak ada bahagian tidak halal seperti supermarket lain yang mempunyai bahagian tidak halal. Di sini tidak ada menjual minuman beralkohol dan tidak ada juga menjual bahan dan makanan yang tidak halal..haaa best kan!
Kalau sambil-sambil bershopping dan terasa lapar, jangan risau sebab di dalam ini juga tersedia makanan yang telah siap dimasak dan boleh di makan terus di sana. Saya sempat lagi beli nasi briyani tau. Memang sedap dan setanding dengan makanan di restoran.
Satu lagi bahagian yang cukup menarik minat saya untuk singgah adalah di bahagian ROSATERY. Bahagian ni memang menjadi tumpuan pengemar manisan, kacang panggang dan buah-buahan kering dari seluruh dunia. Tak semua pasaraya ada jual manisan, buah-buahan kering dan kacang panggang macam di sini tau. Kebiasanya perlu di beli di kedai kedai yang menjual manisan atau rempah ratus dan makanan arab sahaja.
Macam saya yang suka makan kekacang ni, haaa apa lagi, memang macam-macam kekacang lah saya bawak balik..sedap tau makan sambil tengok tv..hehehe. Buat sesiapa yang teringin nak merasa atau peminat manisan, kacang panggang dan juga buah-buahan kering, boleh cari di sini. Harga pulak memang murah-murah.
Household Dan Elektrical/Gadjet
Masuk pula kebahagian barangan elektrik di tingkat 2, terdapat pebagai jenis barangan elektrik dan gajet dari pelbagai jenama boleh anda beli di sini.
Di tingkat yang sama di bahagian household, macam-macam barangan rumah dan dapur boleh di dapati di sini, terdapat pinggan, kuali, sofa dan macam-macam lagi barang dengan potongan harga yang cukup murah (In Store Promotion). Godaan sungguh di buatnya.
So macam mana, best tak tengok saya bershopping di Lulu Hypermarket ni? Bagi saya memang best dan senang sangat di sini, semua keperluan ada dalam satu bangunan, tak perlu la nak berkejar dari satu shopping mall ke satu satu shopping mall lain demi mencari satu-satu produk yang kita inginkan.
Bila keperluan barangan yang kita perlukan semua ada dalam satu bangunan, ini turut membantu menjimatkan masa, tenaga dan kos perjalanan kita. Almaklum sekarang selangkah keluar rumah tak ada benda percuma. Kos minyak/tambang, kos makan, kos parking selain kos nak membeli belah semua kena ambil kira.
Jadilah pembeli yang bijak, cara untuk jimat dan dapatkan barang yang anda ingin dengan harga rendah dan murah, kena pandai cari promosi seperti yang di buat oleh Lulu Hypermarket dengan tawaran hebat “Bayaran Balik Separuh”.
Untuk maklumat dan Info lanjut berkaitan Lulu Hypermarket atau promosi bayaran balik separuh yang sedang berlangsung boleh layari :
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM
  Penuhi Keinginan Beli-Belah Anda Dengan Promosi Hebat “Bayaran Balik Separuh” Di LuLu Hypermarket Anda pernah berkunjung atau dengar tentang Lulu hypermarket? Saya pasti kebanyakkan kaum wanita mesti dah tahu tentang Lulu Hypermarket ni kan? 1,124 more words
0 notes