#sultanah azizah
Explore tagged Tumblr posts
royalbloopers · 1 year ago
Text
Tumblr media Tumblr media
The King of Malaysia’s Official Birthday - 4 June 2023
30 notes · View notes
kazifatagar · 4 months ago
Text
Pointless to attend university only to end up on death row: Pahang sultanah
Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, urged against bullying at an event at Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), referencing the tragic case of navy cadet Zulfarhan Osman Zulkarnain. Read More LM News Suhakam under fire from netizens for backing Zulfarhan’s killers Pahang sultanah “It’s pointless to attend university and then end up on death row because…
0 notes
tiaramania · 3 years ago
Photo
Tumblr media
TIARA ALERT:  Queen (Raja Permaisuri Agong) Azizah of Malaysia wore the Gendik Diraja Tiara to an investiture ceremony at Istana Negara on 13 November 2021.
167 notes · View notes
islamicvoice-blog · 6 years ago
Text
Pertabalan Sultan Kedah penuh tradisi, istiadat bersejarah
New post https://is.gd/EGfrMz
Dalam suasana penuh tradisi, dilengkapi adat resam Kesultanan Mela­yu negeri, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-29 di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di sini.
Serentak dengan itu, baginda kini bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Pertabalan baginda juga penuh bersejarah selepas kali terakhir istiadat sama diadakan pada 1959, iaitu ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-28.
Sultan Sallehuddin diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Ma­liha Tengku Ariff dalam istiadat yang gilang gemilang tersebut.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan isteri, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah bersama isteri, Puan Seri Datuk Nora Abdullah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Laksamana Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria.
Istiadat bermula dengan keberangkatan masuk Sultan Sallehuddin dan Sultanah Ma­liha ke Balairung Seri diiringi para pegawai yang membawa alat kebesaran antaranya cogan agama, cogan alam, cokmar, pedang, tombak dan lembing didahului Datuk Paduka Seri Maharajalela, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbuddin yang bertindak selaku ketua istiadat.
Sebaik baginda berdua bersemayam di atas singgahsana, ketua istiadat kemudiannya menghadap dan memohon limpah per­kenan untuk memulakan istiadat.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang mengambil tempat bagi membacakan surah al-Imran Ayat ke-26 sebelum Menteri Besar membacakan watikah perisytiharan baginda.
Syed Unan kemudiannya mem­persembahkan al-Quran yang merupakan alat kebesaran kepada Sultan Sallehuddin sebelum baginda dilihat me­ngucup dan meletakkan naskhah suci tersebut di tempat khas di sebelah tempat baginda bersemayam.
Tidak berakhir di situ, Syed Unan sekali lagi mempersembahkan surat sumpah diraja kepada baginda.
Sambil para hadirin berdiri, Sultan Sallehuddin kemudiannya melafazkan titah diraja yang antaranya menyatakan sumpah dan ikrar baginda untuk menjalankan dengan adil dan amanah pemerintahan negeri serta semua jajahan takluk mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri.
Selepas itu, Keris Perkasa Alam yang melambangkan kekuasaan, kebesaran dan ke­daulatan Sultan Kedah di­persembahkan ketua istiadat kepada baginda. Baginda lalu menghunus keris tersebut lalu mengucupnya.
Ketua Istiadat lalu membuat pengumuman yang baginda ditabal sebagai sultan negeri ke-29 dengan gelaran Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah diikuti laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali.
Paluan nobat kemudiannya kembali bergema disusuli tembakan meriam sebanyak 21 das.
– Utusan Online
0 notes
eimhjanlurima · 6 years ago
Text
Tunku Azizah hasil dua buah buku masakan tradisi Pahang | Info Penting
https://www.hokaloh.news/informasi/tunku-azizah-hasil-dua-buah-buku-masakan-tradisi-pahang-info-penting/
Tunku Azizah hasil dua buah buku masakan tradisi Pahang | Info Penting
KUALA LUMPUR: Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah pada Ahad menghasilkan dua buah buku masakan dan manisan tradisi Pahang sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengumpul dana Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Majlis pelancaran buku yang bertajuk Air Tangan Tengku Puan Pahang – Masakan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang – Manisan Tradisional Pahang itu disempurnakan sendiri oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Buku yang dijual dengan harga RM380 sebuah, diterbitkan oleh TFF adalah hasil kompilasi resepi yang didokumentasikan sendiri oleh Tunku Azizah sendiri dengan mencemar duli menjelajah setiap pelusuk daerah negeri Pahang.
“Buku ini saya saya terbitkan dengan menggunakan modal pusaka yang diperoleh daripada ayahanda saya sendiri (Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail) bagi tujuan untuk mengisi dana TAFF.
“Selain dana yang diperoleh itu dapat membantu lebih ramai pasangan yang telah lama berkahwin, untuk memperoleh anak menjalani rawatan kesuburan (IVF), ia juga dapat memberikan pahala kepada Almarhum Ayahanda saya,” titah Tunku Azizah selepas majlis pelancaran dua buah buku berkenaan di sebuah hotel di sini Ahad.
Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan anakanda putera puteri baginda Tunku Azizah.
Untuk rekod setakat ini seramai 493 pasangan telah mendapat manfaat daripada penajaan prosedur perubatan yang ditawarkan sepenuhnya oleh TAFF dan seramai 115 anak berjaya dilahirkan menerusi kaedah rawatan ini.
Mengulas lanjut tentang buku berkenaan, Tunku Azizah bertitah ia dihasilkan dalam tempoh setahun dan baginda sendiri mempelarinya daripada orang kampung tentang cara memasak makanan dan manisan tradisional Pahang.
“Bakat saya memasak diwarisi oleh Almarhum bonda(Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah) dan turut mendapat galakan ayahanda (Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail) yang mahu saya belajar memasak sejak dari kecil.
“Malah Almarhum ayahanda juga berpesan, baginda mahu orang yang datang istana supaya memuji makanan sedap yang dihidangkan dan bukannya sebab besar dan cantiknya istana,” titah Tunku Azizah.
Sementara itu, Tengku Abdullah turut melahirkan rasa bangga atas penerbitan buku berkenaan yang disifatkan memartabatkan lagi warisan dan seni masakan tradisional Pahang.
— BERNAMA
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
muzaffar1969 · 8 years ago
Link
http://ift.tt/2pbwvzq Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 SULTAN Muhammad V. - Foto ihsan Unit Media Pejabat Sultan Kelantan KUALA LUMPUR: Laporan perkembangan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, di Istana Negara, hari ini. 8.50 pagi - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di anjung Istana Negara. 9 pagi - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di anjung Istana Negara. 9.04 pagi - Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, diiringi isteri, Toh Puan Majimor Shariff 9.06 pagi - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, diiringi isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam di anjung Istana Negara. 9.11 pagi - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra tiba anjung Istana Negara. 9.15 pagi - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad, diiringi isteri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di anjung Istana Negara. 9.20 pagi - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, diiringi Raja Permaisuri Perak, Tunku Zara Salim tiba di anjung Istana Negara. 9.23 pagi - Yang di-Dipertua Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz, diiringi isteri, Tuanku Aishah Rohani tiba anjung Istana Negara. 9.25 pagi - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin tiba di anjung Istana Negara. 9.27 pagi - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, tiba di anjung Istana Negara. 9.30 pagi - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, diringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, tiba di anjung Istana Negara. 9.56 pagi - Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, tiba dan diberi Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sebagai lambang taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi ATM di Peterana Diraja, Istana Negara. YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat daripada anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara hari ini.
- Foto BERNAMA 9.58 pagi - Lagu Negaraku dimainkan di perkarangan Istana Negara bagi menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. 10.01 pagi - Sultan Muhammad V, berkenan memeriksa kawalan kehormatan Rejimen Batallion Pertama, Rejiimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat, dipimpin Mejar Mohd Ridhuan Mohd Basheer. 10.05 pagi - Selesai lagu Negaraku dimainkan kali kedua sebagai tanda hormat, Sultan Muhammad V, yang mengenakan persalinan Muskat diiringi ke Dewan Seri Maharaja. 10.27 pagi - Perarakan masuk Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V ke Balairong Seri disambut tiupan nafiri dan diiringi alunan muzik lagu 'Raja Berangkat' oleh Pasukan Gendang Besar Diraja Kelantan, diketuai Zaiduna Jauhar yang dibawa khas sempena Istiadat Pertabalan di Istana Negara. 10.30 pagi - Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah memohon perkenan Sultan Muhammad V untuk memulakan Istiadat Pertabalan. 10.40 pagi - Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah memohon perkenan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengadap Sultan Muhammad V untuk membacakan surat pengisytiharan. 10.32 - Naskhah al-Quran dan alatan kebesaran pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong dibawa masuk ke Balairong Seri Istana Negara. 10.35 pagi - Paluan gendang dan tiupan seruling lagu 'Menjunjung Duli' memenuhi segenap ruang Balairong Seri Istana Negara ketika keris, al-Quran dan alatan kebesaran lain untuk Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong dibawa masuk oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah. 10.36 pagi - Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah memohon perkenan mempersembahkan naskah al-Quran kepada Sultan Muhammad V. 10.42 pagi - Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah memohon perkenan untuk mengadap Sultan Muhammad V bagi mempersembahkan Keris Kerajaan. 10.44 pagi - Sultan Muhammad V mengeluarkan, mengucup dan menghunuskan Keris Kerajaan sebelum meletakkan alat kebesaran itu di sisi tempat bersemayam. 10.46 pagi - Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah memohon perkenan mengadap Sultan Muhammad V bagi mempersembahkan warkah ikrar. 10.48 pagi - Sultan Muhammad V melafazkan ikrar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. SULTAN Muhammad V berkenan mengucup Keris Kerajaan sebagai simbolik penerimaan kuasa Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA 10.49 pagi - Laungan 'Daulat Tuanku' memenuhi segenap ruang Balairong Seri Istana Negara dan disusuli tembakan meriam 21 das sebaik Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. 10.52 pagi - Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah, memohon limpah perkenan untuk membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengadap Sultan Muhammad V bagi mempersembahkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan serta rakyat Malaysia. 10.53 pagi - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mempersembahkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan serta rakyat Malaysia. 11.07 pagi - Dengan perkenan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selesai menyampaikan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA 11.08 pagi - Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah memohon limpah perkenan mengadap Sultan Muhammad V untuk mempersembahkan warkah pertabalan. 11.16 pagi - Sultan Muhammad V selesai menyempurnakan titah pertabalan. Antara lain, baginda mengajak rakyat bersama berganding bahu memacu kecemerlangan Malaysia di persada antarabangsa. 11.18 pagi - Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Aziz Che Yacob, memohon limpah perkenan untuk membacakan doa selamat sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 11.24 pagi - Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah, memohon limpah perkenan untuk menerima kembali naskah al-Quran daripada Sultan Muhammad V. 11.25 pagi - Sultan Muhammad V yang bersemayam di singgahsana mengucup sebelum menyerahkan al-Quran sebagai alat kebesaran diraja kepada Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah. YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan melafaz Warkah Ikrar pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara hari ini.
 - Foto BERNAMA 11.27 pagi - Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah memohon limpah perkenan untuk menyembah maklum Istiadat Pertabalan selamat disempurnakan. 11.28 pagi - Dengan kalimah suci 'Alhamdulillah Hirobbil Alamin' yang diucapkan Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdulllah, Istiadat Pertabalan di Balairung Seri Istana Negara melabuhkan tirai. 11.29 pagi - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan turun dari singgahsana dan berarak meninggalkan Balairung Seri Istana Negara, diiringi paluan gendang dan tiupan seruling, menandakan Istiadat Pertabalan menghampiri penghujungnya. YANG di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, tiba dan diberi Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sebagai lambang taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi ATM di Peterana Diraja, Istana Negara. BHarian ===== Istiadat pertabalan bermula dengan adat ketenteraan   YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat daripada anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara, hari ini.
- Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 Sultan Muhammad V bermula dengan istiadat penuh ketenteraan yang berlangsung di Dataran Istana Negara. Ia sebagai lambang taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pasukan pertahanan negara kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM. Acara bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Anjung Tamu, Istana Negara sebelum diiringi ke Peterana Diraja oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta isteri Datin Seri Raya Erom. Sebaik tiba di Peterana Diraja, Seri Paduka diberi Hormat Diraja oleh Barisan Kawalan Kehormat Utama oleh seramai 108 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Serentak itu lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dan istiadat Pecah Bendera dijalankan yang menyaksikan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan. Seri Paduka kemudiannya berkenan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd Riduan Mohd Basheer, dalam perbarisan itu yang diadakan di Dataran Istana Negara. Selesai pemeriksaan kawalan kehormat, Seri Paduka yang lengkap berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai "Muskat" sekali lagi menerima persembahan Hormat Diraja dan lagu Negaraku dimainkan. Baginda kemudiannya diiringi dif kehormat berangkat meninggalkan Peterana Diraja ke Dewan Seri Maharaja bagi meneruskan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Balairung Seri, Istana Negara. - BERNAMA/BHarian SULTAN Muhammad V terima Keris Kerajaan sebagai simbolik penerimaan kuasa Yang di-Pertuan Agong. ======= Sultan Muhammad V ditabal Yang di-Pertuan Agong ke-15   SULTAN Muhammad V berkenan mengucup Keris Kerajaan sebagai simbolik penerimaan kuasa Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara hari ini.- Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: "Daulat Tuanku!". Sultan Muhammad V hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun. Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu adalah bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia telah mempunyai ketua negara yang baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan. Sultan Muhammad V, 47, sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan itu, pada 13 Disember lalu, bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh itu. Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seumpamanya di dunia. Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut menyaksikan acara gilang-gemilang itu ialah tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua Diplomat asing dan ketua jabatan kerajaan. Tiupan serunai diiringi paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D"Raja Kelantan yang memainkan lagu "Raja Bertabal" berkumandang di dalam Balairung Seri, Istana Negara, sebaik sahaja Sultan Muhammad V menyempurnakan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong Ke-15. Ia disusuli dengan laungan "Daulat Tuanku!" sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara Mej Jen (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah dan disahuti para hadirin di dalam Balairung Seri yang diadakan dengan penuh adat istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu. Sejurus laungan itu, lagu "Negaraku" dimainkan oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia dan berserentak dengan itu tembakan meriam sebanyak 21 das. Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V itu turut disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Terdahulu, Istiadat Pertabalan itu dimulakan sebaik keberangkatan masuk Sultan Muhammad V ke Balairung Seri dengan diiringi tiupan serunai dan paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D"Raja Kelantan yang mengalunkan lagu "Raja Berangkat." Keberangkatan masuk baginda didahului oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, serta diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain diiringi oleh juruiring-juruiring baginda dan panglima-panglima lain yang membawa alat-alat kebesaran Diraja. Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak adalah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja yang begitu signifikan dalam istiadat pertabalan dan menjadi lambang kebesaran institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia. Sultan Muhammad V yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu "Muskat" (seperti kot hitam labuh) bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dan memakai Tengkolok Diraja yang soleknya (bentuk ikatan) dinamakan "Dendam Tak Sudah." Baginda juga memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga. Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas. Seri Paduka kemudiannya bersemayam di Singgahsana di Balairung Seri itu untuk Istiadat Pertabalan. Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian menghadap Sultan Muhammad V bagi memohon perkenaan untuk memulakan Istiadat Pertabalan itu yang kemudian membuat pengumuman bahawa istiadat itu dizahirkan selepas mendapat perkenan baginda. Sejurus selepas itu, Datuk Paduka Maharaja Lela memohon perkenan baginda untuk membawa masuk naskah Al-Quran dan baki alat-alat kebesaran Istiadat Pertabalan ke Balairung Seri. Kemudian, dengan iringan tiupan serunai dan paluan gendang lagu "Seri Istana", Datuk Paduka Maharaja Lela diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz membawa masuk naskhah al-Quran dan Keris Panjang Diraja yang juga Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan serta Warkah Ikrar yang dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara lain, diikuti Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob. Nashkah al-Quran, yang juga lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh Datuk Paduka Maharaja Lela yang disambut baginda lalu mencium naskhah suci itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kanan baginda. Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan Surat Pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri yang tampil ke hadapan Singgahsana, mengangkat sembah dan membacakan perisytiharan itu. Ini diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang juga alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu menghunus dan mengucupnya, simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka, sebelum baginda menyarungkan semula keris itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kiri baginda. Istiadat kemudian diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar oleh Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman. Sebaik sahaja selesai ikrar dilafazkan, tiupan serunai dan paluan gendang dengan lagu "Raja Bertabal" dimainkan, diikuti laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin di dalam Balairung Seri. Sejurus selepas itu lagu Negaraku dimainkan sekali lagi dan serentak itu tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan. Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi menghadap Seri Paduka untuk mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas pertabalan baginda sebagai mewakili kerajaan dan rakyat. Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyampaikan Titah Diraja, sebelum Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob membacakan doa selamat. Selepas itu, naskhah Al-Quran dibawa turun dari Singgahsana oleh Datuk Paduka Maharaja Lela sebelum menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 selamat disempurnakan. Seterusnya, Balairung Seri sekali lagi didendangkan dengan gemersik tiupan serunai berserta gema paluan gendang yang memainkan lagu "Raja Berangkat" bagi mengiringi Seri Paduka meninggalkan istiadat yang didahului Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja serta diiringi panglima-panglima yang membawa alat-alat Kebesaran Diraja. Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Oktober 2016, bagi tempoh lima tahun. - BERNAMA/BHarian ====== Ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15   YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan melafazkan Warkah Ikrar pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara, hari ini.
- Foto oBERNAMA KUALA LUMPUR: Berikut adalah ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini. "Bismillahirrahmanirrahim, Beta Sultan Muhammad kelima bersyukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya Beta telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Dengan ini, Beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara, serta memelihara dengan sempurna setiap masa, agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara." - BERNAMA/BHarian April 24, 2017 at 08:58AM http://ift.tt/2pUB13q from http://ift.tt/2pUB13q
0 notes
royalbloopers · 1 year ago
Text
Kembara Borneo - September 2023
11 notes · View notes
royalbloopers · 1 year ago
Text
Tumblr media Tumblr media
Malaysian King election ceremony - 27 October 2023
3 notes · View notes
royalbloopers · 2 years ago
Text
3 notes · View notes
royalbloopers · 2 years ago
Text
Tumblr media Tumblr media
Back To School-themed concert in Kuala Lumpur, Malaysia - 4 February 2023
6 notes · View notes
tiaramania · 5 years ago
Photo
Tumblr media
TIARA ALERT: Queen (Tengku Ampuan) Azizah of Pahang wore the Gandik Diraja Tiara during the birthday celebrations of her husband, Sultan Abdullah of Pahang, King of Malaysia, on 9 September 2019.
35 notes · View notes
tiaramania · 5 years ago
Photo
Tumblr media
TIARA ALERT:  Queen (Tengku Ampuan) Azizah of Pahang wore the Gandik Diraja Tiara during the installation of her husband, Sultan Abdullah of Pahang, as the King of Malaysia on 30 July 2019.
55 notes · View notes
tiaramania · 5 years ago
Photo
Tumblr media
TIARA ALERT: Queen (Tengku Ampuan) Azizah of Pahang wore Queen Afzan’s Diamond Tiara at a banquet celebrating the installation of her husband, Sultan Abdullah of Pahang, as the King of Malaysia on 31 July 2019.
34 notes · View notes
tiaramania · 6 years ago
Photo
Tumblr media
TIARA ALERT: Queen (Tengku Ampuan) Azizah of Pahang wore Queen Afzan’s Diamond Tiara during the inauguration of her husband, Sultan Abdullah of Pahang, as the King of Malaysia on 31 January 2019.
74 notes · View notes
tiaramania · 6 years ago
Photo
Tumblr media
TIARA ALERT: Queen (Tengku Ampuan) Azizah of Pahang, Raja Permaisuri Agong (Queen) of Malaysia, wore her Diamond Tiara during her husband’s first speech at Parliament on 11 March 2019.
35 notes · View notes
royalbloopers · 2 years ago
Text
Tumblr media
3 notes · View notes