Tumgik
#sinaruntukfrontlinerscovid
mknace · 5 years
Photo
Tumblr media
Shah Alam, 22.03.2020 Assalamualaikum & Salam Sejahtera *TABUNG BANTUAN FRONTLINERS COVID-19 SINAR HARIAN* *Rakyat bantu Rakyat* ************************** Salur Sumbangan ke: *MBB: 5142 7125 4025 (SINAR KARANGKRAF SDN BHD)* Kemaskini 22.3.2020, 2.30pm: RM85,909.20 ************************** Turut merasai perit getir para petugas barisan hadapan negara yang sedang berjuang sehabis daya mereka untuk menangani COVID-19 yang meningkat setiap hari, bersama kita satukan hati untuk rakyat bantu rakyat. Benarlah, berat kita rasakan saat ini, mereka yang merisikokan diri menanggungnya lebih lagi. Ketika kita berada dalam suasana selamat di rumah bersama keluarga, mereka perlu meninggalkan keluarga dalam waktu yang lama, berhadapan dengan ancaman wabak dalam keadaan perlindungan yang tidak mencukupi dan suasana mendesak. *Tabung COVID Sinar* ini adalah tanda bahawa kita bersama-sama menghadapi saat getir ini. Sumbangan yang kita berikan tiada satu sen pun bagi kos pengurusan dan ianya adalah *sepenuhnya* untuk para pejuang yang sedang bertungkus lumus ini, memudahkan mereka untuk membantu kita dan merangkumi peralatan yang berkurang serta kebajikan para petugas ini. Tabung ini akan kami buka sehingga keadaan terkawal. Pecahan sumbangan yang telah diberikan melalui petugas (sukarelawan) untuk membuat pembelian setakat ini ialah: ▪21 Mac 2020 : RM 9,000 ▪22 Mac 2020: RM 50, 000 Keperluan mendesak yang menjadi prioriti ialah: ▪Sanitizer ▪Masks ▪Personal Protective Equipment (PPE) ▪Tents ▪Washing Machine (agak kritikal untuk frontliners cuci uniform sebelum pulang) Saya merayu agar kita terus menyumbang. Moga sumbangan ini mengurangkan beban dijiwa dan menambahbaik suasana yang ada. Sedikit atau banyak, ia amat bererti. Dari rakyat untuk rakyat. Terima kasih. ******* Hussamuddin Hj Yaacub Sinar Harian #sinaruntukfrontlinerscovid #rakyatbanturakyat #kitalahmalaysia https://www.instagram.com/p/B-CA7tBJ2kY/?igshid=1cdig12fla24o
0 notes