#potensihargaemas
Explore tagged Tumblr posts
Text
MENGAPA HARGA EMAS NAIK TERTINGGI 2019 DAN RAMALAN EMAS
Mengapa Harga Emas Naik Tertinggi Dan Ramalan Emas
Mengapa harga emas naik tertinggi 2019 dan ramalan emas dengan sebab kenaikan emas tertinggi sejak 2013 dan potensi pelaburan emas masa depan
Kenaikan harga emas bulan Jun 2019 iaitu melebihi $1,400 auns adalah kenaikan emas pada tahap tertinggi sejak 2013 yang tidak pernah dilihat dalam hampir enam tahun. Emas kini ditahap tertinggi sejak 2013 disebabkan oleh beberapa faktor. Kenapa harga emas naik ke paras tertinggi sejak 2013 ?. KENAPA HARGA EMAS NAIK TERTINGGI SEJAK 2013 Kenaikkan harga emas disebabkan banyak faktor yang menyebabkan harga emas susah untuk di ramalkan. Faktor utama kenaikan harga emas Jun 2019 adalah disebabkan oleh KETEGANGAN EKONOMI DAN KETEGANGAN POLITIK. Harga EMAS akan naik apabila berlaku ketegangan politik dan ekonomi terutama melibatkan negara Amerika. Ketegangan ekonomi berlaku apabila berita dan peristiwa berlaku seperti US Federal Reserved akan mengurangkan kadar faedah (interest rate). Apabila US Federal Reserved mengurangkan kadar faedah serta laporan pekerjaan US yang lemah, ia menunjukkan kelembapan ekonomi US dan kejatuhan matawang dolar. Pada waktu ini pelaburan lain kurang selamat, jadi pelabur akan beralih arah kepada pelaburan yang selamat iaitu emas.
Amerika Syarikat Tuduh Iran Serang Dua Kapal Tangki Kenaikan harga emas tertinggi pada bulan Jun 2019 juga disebabkan oleh ketegangan politik. Ketegangan politik berlaku apabila 2 kapal tangki diserang di Teluk Oman dan Amerika menyalahkan Iran. Amerika Syarikat menuduh Iran mendalangi serangan itu yang turut meningkatkan lagi ketegangan antara Teheran dan sekutu Washington di Teluk. Maxwell Gold, pengarah strategi pelaburan di Aberdeen Standard Investments berkata, "Ketegangan lebih lanjut di Timur Tengah boleh membida harga emas lebih tinggi melalui permintaan yang tidak terjaga dalam jangka pendek," walaupun "faktor utama dalam mengawal emas sekarang adalah kadar dan kebimbangan kemelesetan. " Ketegangan politik juga diakibatkan oleh perang perdagangan US vs China yang berterusan dijangka memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi China, US dan dunia. Ketegangan Amerika Syarikat dengan China terhadap dasar perdagangan berterusan kerana peniaga menunggu pertemuan yang diharapkan dan kemajuan ke arah resolusi mengenai pertikaian perdagangan antara Presiden US iaitu Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di Sidang Kemuncak Kumpulan 20 pada 28-29 Jun 2019. 600 syarikat US mendesak presiden Donald Trump untuk menamatkan perang perdagagan secepat mungkin kerana ia merugikan syarikat US dan pengguna mereka. Kemana pelabur-pelabur akan pergi? Salah satu aset selamat adalah emas. RAMALAN HARGA EMAS Ketegangan ekonomi dan politik yang berlaku menyebabkan penganalisis telah menaikkan ramalan harga emas. "Demam emas kenaikan harga" baru-baru ini adalah wajar, menurut penganalisis Citigroup Inc., yang menaikkan ramalan mereka terhadap harga emas. Gabungan dasar monetari yang longgar, dolar yang lemah, risiko geopolitik yang meningkat dan pertumbuhan Amerika Syarikat memacu prospek optimistik untuk logam , mereka berkata. Kenaikan harga emas juga disokong daripada pembelian emas oleh beberapa bank pusat global. "Laporan terbaru oleh WGC menunjukkan beberapa bank pusat di Asia termasuk China, India dan Kazakhstan dan dari Eropah seperti Rusia, Poland dan Hungary telah mula mengumpul emas, walaupun dalam kuantiti minimum dan itu mula mencerminkan harga emas," kata broker domestik, Motilal Oswal berkata dalam nota. Penganalisis mengatakan bahawa harga emas dijangka terus disokong dengan baik dalam tempoh terdekat. "Secara keseluruhan apabila peningkatan minat bank-bank pusat terhadap emas, ketidakpastian geopolitik yang semakin meningkat dan kekurangan persekitaran kemelesetan global, kami percaya harga emas berkemungkinan besar akan meningkat pada suku yang akan datang. Kami terus mengekalkan kecenderungan positif yang menyasarkan $ 1435-1440 pada COMEX, " tambah broker tersebut.
Ramalan Emas 2019 Billionaire Paul Tudor Jones, pengurus dana dan pencipta Tudor Investment Corp., berkata “perdagangan kegemarannya dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang adalah emas”. Beliau menambah bahawa jika harga boleh melepasi $ 1,400 ia akan menolak kepada $ 1,700 satu auns "agak cepat.". Rujukan klik Gold Price Going To $1,700 Soon Says Billionaire Paul Tudor Jones - Bloomberg POTENSI HARGA EMAS MASA DEPAN
Potensi Pelaburan Emas Potensi pelaburan emas pada masa hadapan adalah amat cerah apabila peramal emas mula menaikkan ramalan harga emas dan dikatakan bahawa tahun 2019 adalah detik permulaan kenaikan harga emas. Analisa ramalan emas pula menunjukkan harga emas akan terus menaik bermula tahun 2019. KLIK FORECAST GOLDEN TREND LINES 2019 – 2021 untuk maklumat analis ramalan emas dari tahun 2019 hingga tahun 2021. Berdasarkan analisis Golden Line Forecasts, menjangkakan harga emas pada tahun 2020 meningkat kepada $2500/oz dan pada tahun 2024 harga emas meningkat kepada $8000/oz. Potensi harga emas yang positif juga disokong oleh circle economic iaitu kitaran ekonomi global yang meleset dalam kitaran lebih kurang 10 tahun. Martin Armstrong telah menerbitkan Economic Confidence Model (ECM) pada tahun 1990an dan menyebabkan ianya telah dipenjarakan. Model Keyakinan Ekonomi, Economic Confidence Model (ECM) adalah kitaran ekonomi global. Ini mencerminkan perubahan aliran modal global dari Asia dan Eropah ke Amerika Utara. Martin Armstrong menemui Model Keyakinan Ekonomi 8.6 tahun yang telah meramalkan krisis Keyakinan Ekonomi. Kitaran Keyakinan Ekonomi 8.6 tahun dijangka rendah pada bulan Jun 2011 dan 2020 iaitu harga emas tertinggi pada tahun 2011 dan 2020.
Economic Confidence Model (ECM) Pada pandangan saya, Model Keyakinan Ekonomi (ECM) adalah berkadar songsang dengan harga emas. Model Keyakinan Ekonomi merujuk kepada kemelesetan ekonomi dunia iaitu berkaitan kejatuhan matawang dolar Amerika. Harga emas pula berkadar songsang dengan mata wang dolar. Jadi, berdasarkan Economic Confidence Model (ECM) pada tahun 2011 matawang dolar jatuh dan harga emas betul mengalami kenaikan harga tertinggi. Apabila matawang dolar mengukuh, maka sebaliknya harga emas akan jatuh. Jadi, ramalan harga emas mengalami kenaikan harga tertinggi pada tahun 2020. Berdasarkan pengalaman saya 10 tahun dalam pelaburan emas iaitu sejak 2010, Model Keyakinan Ekonomi (ECM) Martin Armstrong boleh dijadikan rujukan untuk ramalan harga emas. Sila bandingkan Model Keyakinan Ekonomi (ECM) dengan sejarah harga emas. Klik PERKONGSIAN PENGALAMAN 10 TAHUN DALAM PELABURAN EMAS untuk maklumat mengenai pengalaman dalam Pelaburan Emas Public Gold sejak 2010.
Pelaburan Emas Public Gold Selagi mana ketegangan politik dan ekonomi dirasai, emas akan terus naik. Ini adalah faktor-faktor fundamental yang menyebabkan emas kembali kepada harga tertinggi. Semua petunjuk menjurus kepada potensi kenaikan harga emas untuk jangkamasa panjang. Jadi, sekarang adalah masa untuk emas iaitu masa paling sesuai mula membeli atau menambah jumlah belian emas. Pembelian emas untuk pelaburan terbaik adalah emas Public Gold. Pembelian emas pelaburan Public Gold paling selamat, menguntungkan dan patuh syariah kerana harga emas terendah, harga telus ikut harga emas dunia, kemudahan jual beli emas online, modal terendah, peratus spread terendah dan peluang berniaga emas. Maklumat lanjut pelaburan emas fizikal Public Gold whatsapp KLIK 0199185593 (Mohd Zaidi Bin Junus) atau KLIK CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan membeli emas fizikal Public Gold untuk menjana aset harta, menjana keuntungan pelaburan, bekalan dana kecemasan, pelindung kejatuhan nilai wang dan peluang menjana pendapatan pasif sepanjang hayat. Jadi, sekarang adalah MASA UNTUK EMAS... Wallahu a’lam bish-shawabi Read the full article
#analisaemas#analisisemas#Emas#hargaemas#hargaemaskini#hargaemastertinggi2019#kenapaemasnaik2019#kitaranekonomiglobal#masaterbaikbeliemas#mengapaemasnaik#mengapahargaemasnaik#pelaburanemas#pelaburanemaspublicgold#pengalamanpelaburanemas#potensiemasmasadepan#potensihargaemas#potensikenaikanhargaemas#potensipelaburanemas#prestasihargaemas#ramalanemas#ramalanhargaemas
0 notes
Photo
"RAMALAN HARGA EMAS 2019 HINGGA 2021" Jangkaan harga emas dari 2019 hingga 2021 akan terus menaik. Kini masa terbaik beli atau tambah beli emas.... Maklumat layari www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com #ramalanemas #potensihargaemas #pelaburanemaspublicgold #pelaburanemaspublicgoldmalaysia #jangkaanhargaemas #pelaburanemas https://www.instagram.com/p/BzDAZfYj1HB/?igshid=uzs8phmim2iv
#ramalanemas#potensihargaemas#pelaburanemaspublicgold#pelaburanemaspublicgoldmalaysia#jangkaanhargaemas#pelaburanemas
0 notes
Photo
"HARGA EMAS TERTINGGI SEMENJAK 2012" Hari ini harga emas melonjak tinggi semenjak kejatuhan harga emas tahun 2011. SEBABNYA adalah kerana KETEGANGAN EKONOMI DAN POLITIK. Harga EMAS akan naik apabila berlaku ketegangan politik dan ekonomi. Ketegangan ekonomi berlaku apabila berita bahawa US Federal Reserved akan mengurangkan kadar faedah (interest rate). Apabila US Federal Reserved mengurangkan kadar faedah serta laporan pekerjaan US yang lemah, ia menunjukkan kelembapan ekonomi US dan pelabur akan beralih arah kepada pelaburan yang selamat iaitu emas. Ketegangan politik berlaku apabila 2 kapal tangki diserang di Teluk Oman, Amerika menyalahkan Iran. Ketegangan politik juga diakibatkan oleh perang perdagangan US vs China yang berterusan dijangka memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi China, US dan dunia. 600 syarikat US mendesak presiden Donald Trump untuk menamatkan perang perdangan secepat mungkin kerana ia merugikan syarikat US dan pengguna mereka. Kemana pelabur-pelabur akan pergi? Salah satu aset selamat adalah emas. Disini duit pelabur akan bermastautin. Selagi mana ketegangan politik dan ekonomi dirasai, emas akan terus naik. Ini adalah faktor-faktor fundamental yang menyebabkan emas kembali kepada harga tertinggi. Semua petunjuk menjurus kepada kenaikan emas untuk jangkamasa panjang. Jadi, sekarang adalah MASA UNTUK EMAS... #emas #hargaemasnaik #potensihargaemas #"HARGA EMAS TERTINGGI SEMENJAK 2012" Hari ini harga emas melonjak tinggi semenjak kejatuhan harga emas tahun 2011. SEBABNYA adalah kerana KETEGANGAN EKONOMI DAN POLITIK. Harga EMAS akan naik apabila berlaku ketegangan politik dan ekonomi. Ketegangan ekonomi berlaku apabila berita bahawa US Federal Reserved akan mengurangkan kadar faedah (interest rate). Apabila US Federal Reserved mengurangkan kadar faedah serta laporan pekerjaan US yang lemah, ia menunjukkan kelembapan ekonomi US dan pelabur akan beralih arah kepada pelaburan yang selamat iaitu emas. Ketegangan politik berlaku apabila 2 kapal tangki diserang di Teluk Oman dan perang perdagangan US vs China yang berterusan dijangka memberi kesan negatif #hargaemas #ramalanemas #hargaemasnaik #masauntukemas https://www.instagram.com/p/By9N1puDYm4/?igshid=163zxzpn07v7n
0 notes