#manchesterunited malaysia luahanhati
Explore tagged Tumblr posts
Text
Permulaan hambar Manchester United 2020/21
Selepas tewas kepada Sevilla dan kegagalan melayakan diri ke peringkat akhir Liga Europa musim 2019/20, pemain Manchester United hanya mempunyai masa 2 minggu sahaja untuk berehat sebelum kembali berlatih untuk persediaan musim 2020/21. Persediaan musim baru ini agak berlainan dari musim-musim yang terdahulu kerana mereka hanya sempat berlatih 2 minggu sebelum perlawanan pertama liga menentang Crystal Palace pada 20 September 2020.
Dalam perlawanan tersebut ternyata Manchester United tidak bersedia dengan perlawanan kompetitif di mana perlawanan di kuasai mudah oleh pihak lawan. Dari segi kecergasan, permainan atas padang pemain di bawah paras terbaik mereka. Perlawanan berkesudahan dengan kekalahan 3-1. Perlawanan kedua menentang Brighton juga menampakkan pemain Manchester United berhempas pulas untuk meraih 3 mata. Itu pun hasil gol penalti pada minit akhir permainan oleh Bruno Fernandes. Dan malam tadi sekali lagi Manchester United diaibkan di halaman sendiri oleh Tottenham Hotspur dengan kemenangan bergaya 6-1.
Apakah punca kemorosotan prestasi pemain Manchester United pada awal musim ini? Saya ada beberapa pendapat sendiri mengenai masalah ini.
1. Kurang Persediaan
- Para pemain belum cukup bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuhi perlawanan liga musim ini. Pemain Manchester United bermain sangat baik selepas liga disambung pada bulan Jun sehinggalah ke penghujung pemain sudah nampak keletihan kerana jadual yg sangat padat. Dengan cuti rehat yg pendek, masuk ke kem latihan dan kurangnya perlawanan persahabatan sedikit sebanyak menganggu persediaan pasukan.
2. Isu Luar Padang
- Semua sedia maklum dengan apa yang telah berlaku kepada Harry Maguire semasa bercuti di Greece pada bulan Ogos lalu. Selepas kejadian ini, nama Maguire digugurkan dari skuad kebangsaan England tetapi dia bernasib baik kerana masih dikekalkan sebagai ketua pasukan Manchester United. Selepas isu ini persembahan Maguire semakin menurun dan seperti hilang fokus .Kerap melakukan kesilapan individu yang mengundang gol mudah kepada pihak lawan. Pada pendapat saya Harry Maguire harus direhatkan sementara untuk dia mendapatkan kembali prestasi terbaik nya seperti di awal musim lepas.
- Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada Mason Greenwood. Dia juga menerima nasib yang sama kerana melanggar SOP yg ditetapkan semasa di Iceland. Tetapi pada pemerhatian saya persembahan pemain ini tidak seburuk Maguire. Dia masih fokus, kuat mental dan fizikal. Cuma musim ini masih belum menjaringkan gol untuk Manchester United.
3. Ed Woodward
- Kelemahan Woodward dan Judge dalam pasaran perpindahan pemain membantutkan perkembangan skuad kendalian Solskjaer. Solskjaer sendiri memberitahu mereka ada senarai pemain yang perlu di bawa masuk dan keluar semasa musim panas ini. Sehingga hari ini Manchester United baru membawa masuk Donny Van de Beek dari Ajax Amsterdam. Kelemahan ini semakin ketara di mana rundingan kelab untuk mendapatkan Jadon Sanco menemui jalan buntu walaupun pemain ini sudah bersetuju dengan terma peribadi yg ditawarkan. Begitu juga yang berlaku kepada Alex Telles. Rundingan ini memakan masa terlalu lama walaupun pemain ini sudah hampir menyertai Manchester United.
- Panic Buy? Nama Ousmane Dembele tiba-tiba menjadi bualan wartawan sukan luar negara di mana Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan Dembele secara pinjaman dan pilihan untuk membeli pada hujung musim nanti. Cubaan untuk mendapatkan Dembele ini adalah alternatif lain jika kelab gagal dalam rundingan Jadon Sancho. Pilihan ini agak berisiko pada pendapat saya kerana musim 2019/20 Dembele banyak menghabiskan masa untuk pulih dari kecederaan berbanding bermain bolasepak. Kualiti pemain ini tidak perlu dipertikaikan lagi tetapi adakah pemain ini betul-betul cergas dan bersedia dari segi fizikal untuk bermain di England? Nama kedua yg menjadi pilihan Manchester United pada penghujung tingkap perpindahan ini ialah pemain berstatus ejen bebas, Edinson Cavani. Edinson Cavani juga mengalami nasib yang sama pada musim lepas. Pemain ini kerap cedera dan untuk kali pertama dia gagal menjaringkan lebih 10 gol dalam satu musim. Musim 2019/20 Cavani hanya sempat bermain 22 perlawanan seluruh kejohanan dengan hanya menjaringkan 7 gol dan 2 bantuan gol. Pemain ini sudah berstatus ejen bebas sejak Julai tetapi Manchester United baru menawarkan kontrak kepada pemain ini pada penghujung tingkap perpindahan. Saya merasakan ini adalah panic buy dari pihak lembaga pengarah Manchester United untuk menutup kelemahan mereka dalam pasaran perpindahan.
- Kelemahan semakin ketara di mana Woodward gagal mengeluarkan pemain yg tidak relevan lagi dalam skuad Solskjaer. Pemain seperti Rojo, Jones masih berada di kelab. Mereka sudah pasti akan kekal kerana gaji terlalu tinggi dan dengan keadaan dunia sekarang tiada kelab yg berani membida dan menawarkan kontrak untuk mereka. Penghujung nya meraka akan pergi secara percuma jika gagal dijual dalam tempoh kontrak mereka dan ini merupakan satu kerugian untuk kelab.
Tanpa pemain baru pasukan ini masih hebat. Pasukan ini juga yg tidak kalah dalam baki perlawanan selepas liga bersambung. Tetapi untuk bersaing di peringkat tertinggi, Manchester United memerlukan beberapa penambahan pemain untuk membesarkan skuad bagi menghadapi liga yg padat dan memastikan kualiti yg ada di dalam padang dan bangku simpanan seimbang.
Saya masih percaya pasukan ini akan bangkit selepas ini kerana pasukan ini ada kualiti tersendiri untuk berada di puncak Liga England. Baru 3 perlawanan berlalu, masih berbaki 35. Liga ini adalah marathon, bukan lari pecut.
Semoga Manchester United akan bangkit dan konsisten untuk minggu yang akan datang.
BELIEVE.
1 note
·
View note