#makan malam sedap di kuala terengganu
Explore tagged Tumblr posts
Text
Tak Sesak, Warga CH Kongsi Cara Nak Atur Perjalanan & Elak ”Jammed” Naik Cameron Highland
Kalau nak rasa seakan-akan melancong di lokasi indah dan sejuk bagai di luar negara, Cameron Highland salah satu tempatnya.
Sejuk, tenang dan damai, Cameron Highland memiliki tempat-tempat menarik yang cantik untuk dijadikan destinasi pelancongan sama ada anda ingin berjalan secara bersendirian atau bersama keluarga.
Untuk memudahkan perjalanan anda, seorang pengguna Facebook, saudara Basron Nizam telah berkongsi tips lengkap sebelum ke sana yang padat dengan cadangan lokasi, penginapan, makanan serta buah tangan yang perlu dibeli ketika di sana. Jom kita baca.
Tips Nak ke Cameron Highlands
1) Bagi anda yang dari Kuala Lumpur boleh ikut Tapah, dari Penang ikut Simpang Pulai. Dari Terengganu boleh ikut Kuala Berang – Felda Aring – Gua Musang ataupun Raub – Sungai Koyan.
2) Bertolak awal okey! Sesudah Subuh harap dah start enjin. Lambat confirm jem oi.
3) Merancang itu penting. Kena tahu info tempat-tempat menarik CH.
Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
KEA Farm 8.30am-6pm
KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
Taman Abang steamboat & grill (Harga Dewasa RM39 Kanak-kanak RM29)
Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari Jumaat, Sabtu & hari-hari dibuka untuk cuti sekolah)
Penginapan: Salah satunya Golden Hill Resort Cameron Highlands (jalan kaki je pergi pasar malam)
Pemandangan pasar malam dari penginapan Golden Hills Resort. (Gambar: Cameron Golden Hills Resort)
4) Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
sukar untuk dapat parking kereta.
kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
kurang privasi.
5) Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S Corner. Ada papan tanda S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis. Harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain. Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.
Gambar: CameronHighland.net
6) Kalau mahu makan nasi berlauk dengan bahagian yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
7) Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Letak kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
Ladang teh:
1. Bharat Valley Tea House 2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar) 3. Ladang Teh Boh Sungai Palas. ( Mossy Forest ) 4. Boh Tea Garden
Masuk Percuma
Buka 9.00am- 4.30pm
Nikmati tea, cake dll desert
Tempat menarik yang percuma
YZ Agro Farm (8.30 pagi – 6 ptg)
KHM Strawberry and Jem (8.30 pagi – 6 ptg)
Cactus point (9 pagi – 6 ptg)
Big Red Strawberry Farm (8 pagi – 6 ptg)
Ladang Lebah (8 pagi – 7 mlm)
Ladang Anggur Bertam Valley (9 pagi – 5 ptg)
Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
Kea Farm (8.30 pagi – 6 ptg)
Tempat menarik yang berbayar
Taman Agroteknologi MARDI (8.45 pagi – 5 ptg) Dewasa RM5, Kids RM3
Lavender Garden (9 pagi – 6 ptg) Dewasa RM10, Kids RM7
Butterfly Garden (9 pagi – 6 ptg) Dewasa RM7, Kids RM5
Orkid and Rose Garden (9 pagi – 6 ptg) Dewasa RM8, Kids RM6
Makanan yang wajib cuba
Aiskrim Malaysia Strawberry
Aiskrim Strawberry
Scone
Strawberry coklat
Nasi Lemak Sambal strawberry
Sayuran goreng
Steamboat cheese highlands
Jagung mutiara rebus
Ole-ole wajib beli
Strawberry
Jambu epal (merah dan hijau)
Sayuran segar (10 sayur RM10)
Buah-buahan Kering
Coklat buah-buahan
Kordial buah-buahan
Extra info Suhu di Cameron Highlands. Pagi – 17*C Siang – 24-26*C Malam – 18*C
Highland steamboat cheese (5 p.m. – 12 a.m.) Dewasa-RM 35 Kanak-kanak- RM 20
The Stone Valley Steamboat (5 p.m. – 12 a.m.) Dewasa – RM 35 Kanak-kanak – RM 18
Bengkel
Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel – 24 hours- 019-3992888
Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel). Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang. Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)
Cameron Highlands Tyre Auto Centre. Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. – 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)
Cameron Highlands Tyre & Car Centre. A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. – 05-4915669/012-6511005 (SF.Phoon)
Cameron Highlands Tyre & Car Centre. No.9 (Ground floor), Jalan Angsana 3, Brinchang Point, Brinchang – 019-5295151
Ah Boy Bengkel – 016-5058738
Kedai Tayar (Tringkap) – 05-4961430
Awie (Kg Raja) – 019-9086694
Liu Pomen – 019 392 1166
Lenchai Pomen – 016 505 8735
Kama Koi Pomen – 012 542 4201
Rosli Pomen – 017 5777047
Farmasi, klinik dan hospital
Tigas Cameron Pharmacy 58-a Persiaran Camellia 3, Tanah Rata – 05-491 4791
Watson L ot 7,8, Grd. Floor, Marigolds Square, Tanah Rata.
Hospital Tanah Rata – 05-491 1966 (GPS : 4.466836, 101.390448)
Klinik Dr Ayob Tanah Rata – 05-4911654
Klinik Wong, Brinchang. (Sebelah Pasaraya Jimat One Stop) – 05-491 1478 Brinchang. (GPS : 4.492137, 101.389074)
Balai polis/Pondok polis
Tanah Rata – 05 491 5443 Brinchang – 05 491 1222 Kg. Raja – 05 498 1222 Ringlet – 05 495 6222 PP Tringkap – 05-496 2222 PP Lembah Bertam – 05-4956373
Sumber: Basron Nizam
This content was originally published here.
2 notes
·
View notes
Text
'Tadi bukan ikut jalan ini ke?'
Ini based on pengalaman saya sendiri ya, berlaku pada September 2017. Ini memang pertama kali pergi ke Pulau Perhentian. Nama-nama orang dalam cerita ini bukan nama sebenar. Hope enjoy.
HARI PERTAMA
So first, bila dah sampai ke Pulau Perhentian, kitorang seramai 10 orang check in masuk bilik masing-masing. Sebelum itu guide ada kata kalau nak pergi hiking, pergilah berkumpul di tempat sekian-sekian. Selepas itu kitorang berbincang sama ada nak pergi atau tidak, diorang kata nak pergi. Jadi biarlah, tetapi saya tak pergi dan saya kata kalau nak hiking, diorang kena tinggalkan Adra dengan saya dan adik saya dalam bilik.
Jadi, mereka pergi bernema sahaja. Saya tak pergi sebab rasa tak sedap hati. Lagipun diorang hiking bermula petang sampai maghrib, jadi tak elok bawa budak-budak dan Perhentian ada 'benda' dan banyak okey, bukan sikit. Biasalah pulau, kan? Hehehe!
Dalam jam 4 petang itu, diorang pun pergi hiking. Bila dah selesai hiking, jam 7.15 petang diorang pun sampai bilik dan Kak Sue ada cerita.
"Tadi nasib baik tak bawa Anna dengan kitorang pergi hiking, sebab ada benda terjadi," katanya.
"Apa benda pulak ni?" getus saya dalam hati.
Kak Fit kata, masa diorang hiking, adalah juga ranting-ranting, batu-batu di jalan, tetapi bila diorang nak turun daripada hiking, diorang kata jalan dah lain. Ranting-ranting dah tak ada dan tiba-tiba ada tali purple yang panjanglah juga dan diorang ternampak ada sekumpulan perempuan ikut tali itu. Jadi diorang pun ikutlah sekali.
Tetapi bila diorang dah separuh jalan, group perempuan itu hilang. Sedangkan jarak diroang dengan group perempuan itu dekat saja. Jadi, dari situ diorang dah mula rasa tak sedap hati dan berpatah balik. Bila patah balik, diorang ikut jalan yang ada tali merah dan Alhamdulillah diorang sampai. Tak sangka.
'Benda' itu ajak main pula petang camtu. Haha! Dan ya, diorang akhirnya sampai ke bilik.
Okey. Yang ini part dekat on the way nak pergi Long Beach. First, guide kata jalan nak pergi ke Long Beach ini dekat dengan kedai makan. Jadi, kitorang decide nak pergi makan dulu. Lapar beb. Dari sampai pulau, tak makan. Haha!
Okey, selesai makan, kali ini kami berlima saja pergi Long Beach sebab yang lagi empat orang tak dah larat nak naik bukit, penat berhiking masih tak hilang. Dah kenyang semua malas, jadi kami berlima pun mulalah mendakit bukit nak pergi ke Long Beach itu.
Jalan nak pergi ke Long Beach itu memang gelap. Ye, gelap yang teramat macam korang tutu psemua lampu dalam rumah. Begitulah gelapnya dengan suasana tepi pokok-pokok getahnya, mana tak seram?
Jalannya yang tak rata, kitorang berjalan dengan semua flashligth handphone dibuka. Bila dah separuh jalan, ada lampu sikit. Sikit sajalah, tak banyak. Kemudian kitorang pun sampailah di satu gerbang nak masuk ke Long Beach ini. Di gerbang itu dah mula tak ada lampu semula dan jalannya sangat kecil.
Semasa berjalan, Kak Fit terpijak seekor ular sawa kecil. Selepas saja tempat ular sawa kecil itu, kitorang dah nampak cahaya dan saya pandang pangkin buruk itu dan nampak sesuatu tetapi saya abaikan. Alhamdulillah kami sampai akhirnya.
Bila dah beberapa minit di Long Beach tu, tengok fire show semua, kitorang pun rancang nak balik bilik. Sepanjang perjalanan nak balik itu, saya ada terpandang satu pangkin buruk itu sekali lagi dan pangkin itu tak ada beb. By the way, kami pulang dengan jalan yang sama.
Selepas pangkin buruk itu hilang, saya dengan Kak Fit sambung perjalanan semula. Dah separuh jalan tempat terpijak seekor ular sawa itu, ada dua lorong. Satu lorong ada lampu meriah sangat suana dengan papan tanda bertulis "Kawasan Perumahan" dan saya dengan Kak Fit hampir masuk lorong itu. Tetapi masa pergi ke Long Beach, tak ada pun lorong itu. Bila nak balik, ada pula? Ya, 'dia' ajak main lagi di waktu malam.
Lorong kedua, lorong yang betul nak pergi balik ke bilik. My brother (1) dengan anak buah saya, Anna, yang pergi ikut jalan itu. Tiba-tiba my brother (1) kata, "Eh? Eh? Korang nak pergi ke mana tu? Jalan nak balik ikut sini,".
"Tadi bukan ikut jalan ini ke?" soal Kak Fit.
Bila dah malas nak argue semua, kitorang (saya dengan Kak Fit) ikut jalan yang adik saya kata dan ya Allah nasib baik jalan itu betul. Saya lega sangat jalan itu betul. Bila dah sampai di pokok itu, okey, benda ini saya dengar sendiri. Saya tak tipu dan ye, ada benda mengilai.
"Hee... Hee... Hee... Hee...."
Saya cepat-cepat jalan tanpa memandang ke belakang. Okey, masa ini Anna jalan dengan saya dan tiba-tiba Annaa berkata, "Tatak Anna nak dokong." Jadi saya pun dukunglah dia. Tak tahulah dia nampak apa sampai nak suruh saya dukung dia. Mungkin dia nampak 'benda' yang mengilai itu.
Bila dah hampir sampai ke restoran itu, Anna pun suruh turunkan dia. Kak Fit, my brother dan adik saya relaks saja, macam tak dengar apa-apa pula. Pelik? Hahaha! Alhamdulillah selamat sampai dan kitorang balik ke bilik masing-masing.
HARI KEDUA
Keesokan harinya selepas makan malam, saya pergi lagi ke Long Beach untuk kali kedua. Tetapi kali ini dengan ibu, ayah, adik, brother dan Kak Rin. Kak Fit dengan my brother serta anak buah tak pergi sebab diorang dah serik. Seperti mana yang korang tahu, ktiorang lalu jalan gelap itu lagi. Tetapi kali ini mungkin lagi seram kot.
Kali ini kitorang susun kedudukan. Ibu dan brother (2) lead jalan, abah dengan adik tengah, saya dengan Kak Rin di belakang. Kitorang pun jalan, tetapi masa tengah jalan, ibu kata dia penat dan terasa macam ada 'benda' bertenggek di bahu dia.
Heh! Saya dah meremang bulu roma masa itu. Dan ya, ibu pun bacalah macam-macam bagi 'benda; itu berambus dan ye 'benda' itu berambus.
Kitorang dah fikir nak balik bilik disebabkan 'benda' itu tetapi ibu kata tak apa dan teruskan perjalanan. Kitorang berhenti sekejap di tengah jalan (dah setengah jalan). Tiba-tiba ada tiga orang stranger berkepala botak dengan kurang ajarnya berkata,
"Apehal pula ada trafic lights di depan?!"
Saya cakap dekat Kak Rin, "Kurang ajar gila, tak nampak ke orang penat. Boleh saja lalu di tepi.".
Kitorang memang dah berputus asa tau, penat punya pasal, kitorang turun balik dan tiba-tiba ada seorang pakcik pakai seluar pendek, baju t-shirt lusuh dan berselipar bawa torchlight. You know what? Dia langgar saya dan saya tak rasa apa-apa langsung. Bulu roma semakin meremang dan terus meremang.
Saya tak tahu dari mana dia datang tetapi dia (pakcik misteri) baik sangat. Dia kata, "Tak apa, teruskan jalan. Saya tunjuk jalan." dan ye dia tunjuk jalan tetapi dia bawa pergi ke ceruk lain. Ceruk yang lagi cepat sampai. Sampai satu jalan itu, macam biasa ada dua lorong. Saya kata la satu lorong itu ada lampu terbuka dan bercahaya, tetapi pakcik misteri itu kata,
"Jalan itu tutup dan gelap, tak apa, ikut saja saya."
Yang saya pelik, pakcik itu suluh jalan belakang tau, tak suluh jalan depan dan saya tak nampak muka dia langsung. My brother (2) bisik, "Dia baik, dia nak tunjuk jalan saja. Dia tak ada muka," katanya.
My brother (2) hijab dia tebuka, so faham-faham sajalah.
Bila kitorang dah nak sampai itu, mata saya tiba-tiba kabur dan yang lain juga mengalami perkara yang sama. Serta merta pakcik misteri itu hilang. But ya, saya berterima kasih sangat kepada pakcik misteri itu sebab tunjuk jalan dan tak sesatkan kitorang.
Selepas itu, bila saya rasa tak selesa sebab ada orang pandang lain maca, saya ajak diorang balik. Dalam perjalanan balik, saya pelik, jalan yang saya kata ada lampu dan signboard itu tak ada langsung. Saya lalu jalan sama lagi dan saya tak sedap hati terus jalan laju-laju. Nasib baik sampai ke bilik dengan selamat.
HARI KETIGA
Keesokan harinya, kami semua balik ke jeti Besut, Terengganu dan pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kitorang dan mujur tiada 'benda' yang ikut balik.
Tetapi korang kena berhati-hati bila pergi ke Pulau Perhentian sebab banyak kes rompak, sebab gelap. Tetapi Pulau Perhentian sangat menarik sebab airnya cantik, cuma jangan pergi ke Long Beach. Min, tolong rahsiakan sumber ye.
Hantarkan kisah seram anda kepada kami di [email protected]
from The Reporter https://ift.tt/2GrN9F2 via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2H30Vem via IFTTT
4 notes
·
View notes
Text
Banjir: Suami isteri korbankan ruang tamu untuk kambing
Banjir: Suami isteri korbankan ruang tamu untuk kambing
KUALA BERANG, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Sepasang suami isteri terpaksa menjadikan ruang tamu rumah mereka sebagai ‘kandang sementara’ setelah kampung mereka dinaiki air beberapa hari lalu.
Rohani Mamat, 50 dan suaminya, Ismail Othman, 60 berdepan saat berkenaan setelah kandang asal kambing mereka di Kampung Nibong, Hulu Terengganu runtuh akibat dipukul ribut kencang, Ahad lalu.
“Pada masa kejadian, pukul 12 tenga hari…saya dan suami tiada di rumah sebab ada urusan…hanya ada anak bongsu perempuan kami berusia 9 tahun di rumah pada ketika itu.. saya sudah berasa tidak sedap hati sebab angin sangat kuat terpikirkan anak dan kambing di rumah.
“Sampai di rumah, betul tekaan saya, dari jauh lagi saya mendengar bunyi kambing dan saya terus meluru melihat kandang kambing di belakang rumah…pada masa itu suami saya sudah mula mengalih kambing-kambing yang terperangkap di bawah runtuhan kandang di mana kami ikat kambing di tiang bawah kandang sebelum keluar rumah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ibu kepada tiga orang anak ini terpaksa membawa masuk kambing ke dalam ruang tamu kerana tiada kawasan tinggi yang boleh menempatkan 14 ekor kambing mereka ini.
“Saya dengan suami segera mengalihkan mereka untuk segera masuk ke dalam ruang tamu kerana air pada masa itu mula mencapai tahap lutut…jadi agak mustahil untuk memindahkan mereka ke tempat lain kerana gelap dan air pula mula menjadi laju.
“Selepas runtuh kandang tersebut, kami letakkan semua kambing di bawah rumah kami buat sementara kerana ingin mencari tukang untuk membaiki kandang dalam tempoh yang cepat memang susah…lebih lebih lagi sekarang musim hujan dan bayarannya juga mungkin lebih tinggi dari hari biasa,” katanya..
Memikirkan nasib kambing tersebut, mereka merelakan diri untuk berkongsi rumah bersama kambing sehinggalah musim hujan ini berakhir.
“Kami sudah anggap mereka seperti anak sendiri, malah turut menggelarkan diri sebagai ‘mok’ (emak) dan ayah kalau datang memberi makan dan berinteraksi dengan mereka.
“Cuma kami berharap hujan berhenti seketika sebab memberi ruang untuk tukang membaiki kandang…kesian kambing ini terpaksa berhimpit di ruang tamu kami yang tidaklah sebesar mana.
“Sepanjang dua malam ini, selang empat jam sekali saya dan suami akan membasuh ruang tamu kami kerana mereka akan membuang najis di dalam kawasan itu juga, mahu tidak mahu itulah yang harus dihadapi selagi paras air belum turun…tapi alhamdulillah hari ini sudah tiada air di sekitar kawasan rumah,” katanya.
Katanya, kali ini juga mereka tidak berpindah ke pusat pemindahan di kampung mereka kerana bimbang dengan keadaan kambing belaan mereka. – Bernama
The post Banjir: Suami isteri korbankan ruang tamu untuk kambing appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Banjir: Suami isteri korbankan ruang tamu untuk kambing via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/11/banjir-suami-isteri-korbankan-ruang.html
0 notes